Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday 18 April 2012

Hanya Kau Milikku 10



Wani baru pulang kerja. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju ke stesen bas dia terlanggar bahu seseorang. Lalu dia menoleh. Terkejut dia melihat si empunya badan. Yusri!!

“Yusri!!”

“Wani!! Hai.. Ingatkan siapalah yang terlanggar bahu I tadi.. Ni nak ke mana?” soal Yusri. Memang dia tidak menyangka akan bertemu dengan Wani petang itu.

“Nak balik kerja. Tunggu bas kat depan tu” ujar Wani sambil menunjuk kearah stesen bas.

“Oh ya kawan kamu yang sorang lag itu mana?” soal Yusri lagi.

“Siapa?” soal Wani.

“La awak lupa ke siapa kawan baik awak tu? Mira Syafika. Kau ada jumpa dia tak? Dah lama aku cari dia tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi.”

“Buat apa kau nak cari dia?” soal Wani. Patut ke tidak dia beritahu Yusri yang Mira sudah berkahwin. Lagi pun tiada siapa antara kawan-kawan lain tahu yang Mira sudah berkahwin. Arg.. biar sajalah.

“Rindulah dengan dia. Lama aku tak dengar berita dari dia. Semenjak habis pengajian tu langsung tak jumpa dia lagi. Pandai betul dia main sorok dari aku.” Jawab Yusri. Memang selepas mereka berdua bergaduh besar hari tu, dia sudah tidak bertemu dengan Mira lagi. Entah bagaimana keadaan gadis itu sekarang. Rindu dia pada gadis itu.

“Aku pun lama tak jumpa dia” Jawab Wani pendek. Yusri mengerutkan dahinya. Hairan!! Sedangkan setahu diamereka tu berkawan baik.

“Awak memang tak tahu kat mana dia sekarang?” Wani menggeleng kepalanya.

“Aku pun tak tahu.” Sungguh dia pun tak tahu di mana Mira berada dan bekerja. Kerana selepas hari pernikahan Mira mereka tidak pernah bertemu lagi atau menghubungi antara satu sama lain. Kesibukan kerja juga menjadi dia lupa akan sahabatnya itu.

“Kalau kau ada jumpa dia kau cakap aku cari dia, atau suruh dia contact nombor aku ni.”

Sekali lagi Yusri berasa hampa. Hanya dengan Wanilah satu-satunya harapan terakhir untuk mencari Mira Syafika. Sebab gadis itu adalah kawan karib kepada Mira mustahil dia tidak tahu di mana Mira berada. Terasa pencarian dan penantiannya hanya sia-sia. Gadis yang di puja sejak universiti dulu masih belum di temui.

.....................................................

Selepas makan malam Mira melabuhkan pinggang di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Tangannya segera menekan remote control yang ada di tangannya. Seharian bekerja inilah masanya dia berehat. Segala makan minum Iqbal Iskandar di sediakan walau pun dia sudah bekerja.

Iqbal Iskandar sengaja melabuhkan pinggangnya di sisi Mira yang asyik menonton rancangan kegemarannya. Dia teringat permintaan papanya yang mengajaknya pulang ke rumah papanya.

“Sayang..”

Namun senyap saja. Mira masih menumpukan perhatiannya pada skrin television.

“Tak jawab dosa..”

“Ye.. kenapa?”

“Minggu ni kita kena pergi rumah parent abang..” ujar Iqbal Iskandar sambil memandang wajah Mira yang berada di sisinya.

“Buat apa pergi sana?” jawab Mira acuh tak acuh.

“Papa dan mama nak buat majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi papa jemput kita datang sekali. Kita tidur kat sana..”

“Kalau Mira tak pergi boleh ker?” tanya Mira lagi.

“Mana boleh ini permintaan papa tau! Sejak kita kahwin, Mira belum pernah pergi ke rumah family abang. Lagi pun dalam majlis tu nanti papa dengan mama nak memperkenalkan Mira pada semua orang“ agak keras sedikit suara Iqbal. Geram pun ada.

“Yelah.. yelah.. Mira pergi..  Orang tanya sikit pun dah nak naik angin..” kini giliran Mira pula yang terasa.

“Sorrylah abang tak sengaja nak tinggikan suara..” matanya sempat melihat wajah Mira yang menarik muka masam. Timbul pula nakalnya ingin mengusik Mira.

Baru saja Mira ingin bangkit dari tempat duduknya, tiba-tiba tangannya di rentap kasar. Bukan sengaja tapi dia tidak tahan melihat sikap Mira yang sengaja melarikan diri darinya. Sedangkan dia setiap hari menanggung rindu pada wajah itu.

“Mira nak masuk tidurlah..”

“Duduklah temankan abang. Ada banyak perkara yang abang nak cakap dengan sayang.”

“Esok-esok sajalah. Mira mengantuk ni” jawab Mira tidak senang hati. Bukan dia tidak tahu perangai Iqbal memang sukar di jangka. Teringat dia perbualan Dato Ismail dengan Encik Fuad hari tu.

“Banyaklah alasan. Abang suruh duduk sini temankan abang. Itu pun susah sangat ker?”

Mira mengeluh keras. Tanda dia tidak suka dengan sikap Iqbal yang kadang kala merunsingkan dia. Agaknya lelaki itu jenis yang suka memaksa. Kekadang dia tidak faham dengan perangai lelaki itu. Kekadang okey kekadang tak okey.

“Yelah..yelah.. Awak nak cakap apa, saya dengar ni” akhirnya Mira mengalah.

Mira kembali duduk di tempatnya yang tadi. Matanya di tuju ke arah television. Iqbal mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah itu.

..........................................................................

Habis waktu pejabat, Mira terus menuju ke stesen menunggu teksi. Dia sudah berjanji dengan Wani untuk berjumpa di Restoran Melayu. Ketika sampai di sana, kelihatan Wani sudah pun menunggu.

Mira terlambat sampai. Maklumlah jalan akan sesak selepas waktu pejabat. Tergesa-gesa dia mendapatkan Wani kemudian memeluk Wani apabila gadis itu menerpa ke arahnya. Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Selepas majlis akad nikah di kampung, mereka berdua sibuk bekerja membuatkan mereka susah bertemu.

“Mira apa khabar?” Wani bertanya kepada Mira lembut dan dengan penuh kasih sayang. Wajah Mira sedikit cengkung di tatapnya.

Mira adalah kawan karibnya dari kecil lagi. Kawan karib yang dia boleh berkongsi segala suka dan duka, susah dan senangnya. Dia melihat Mira menggeleng. Ada wajah kesedihan terpamer.

“Apa sudah jadi ni? Dia tak layan awak dengan baik ke?” soalnya lagi.

Mira menggeleng kepalanya. Wani  memimpin tangan Mira lalu duduk di salah sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ.

“Dia layan aku baik.. tapi aku..”

Mira tidak dapat menahan rasa sebaknya. Wani mengurut bahu Mira lembut dan menyuruh gadis itu bertenang. Dia faham apa yang di tanggung dan di alami oleh sahabat karibnya itu sekarang. Bukan mudah untuk menerima hakikat dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Terutama seklai lelaki itu pernah menjadi musuhnya ketika mereka berada di university lagi. Tapi itulah jodoh tiada siapa yang mampu menolak aturan tuhan yang sudah di tetapkan.

“Sabar Mira, mengucap banyak-banyak. Bertenang. Kita minum dan makan dululah ya.. hari ni aku belanja kau. Sebab aku dah dapat gaji” ujarnya sambil gelak. Dia mahu Mira kembali ceria semula.

“Oh.. patutlah beriya-iya nak ajak Mira keluar makan. Ni sebabnya” ujar Mira dengan nada gurau. Air matanya di lapkan cepat-cepat.

Wani melambaikan tangannya pada pelayan yang memandang kearahnya. Dia memesan makanan untuk mereka berdua.

“Beb!! Hari tukan aku ada jumpa Yusri. Dia ada tanya pasal kau” ujar Wani.

“Tanya pasal apa pula?” soal Mira kehairanan. Memang sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

“Dia tanya dengan aku sama ada aku ada jumpa kau ke tidak? Dia kata dah lama dia cari kau tapi tak jumpa... dan dia ada bagi kad nama dia.. kalau aku ada jumpa kau dia suruh aku bagi.” Cepat-cepat Wani keluarkan kad nama Yusri dari beg tangannya.

“Kenapa dia masih cari aku?” soal Mira lagi.

“Bukan kau tak tahu dari dulu lagi dia suka kat kau. Kau tu je buat tak layan dia. Kekadang aku pun tak faham dengan perangai kau ni. Pada hal dia tu baik, handsome pulak tu. Ramai gadis suka kat dia. Tapi dia suka kat kau. Kiranya kau bertuah tau.”’Bertuah’ Ini kali ketiga manusia di sekeliling mengatakan perkataan bertuah pada dirinya. Entah bertuahlah sangat.

“Sebab aku tak layak buat dia. Lagi pun sekarang aku dah jadi isteri orang.” Jawab Mira menahan sebak dalam hatinya. Kalaulah dia seperti gadis lain sudah lama dia menerima huluran cinta jejaka itu. Tetapi apa yang dia ada untuk di berikan pada jejaka itu. Maruahnya sudah tergadai. Seandainya lelaki itu tahu kisah silamnya, mahukah lelaki itu cinta kepadanya?

“Tak layak?  Dari dulu lagi kau selalu cakap kau tak layak buat dia. Dari segi apa kau tak layak buat dia? Dia bukannya memilih pasal harta dan darjat. Tapi ini soal hati” soal Wani hairan.

‘Kau tak akan tahu dan tak faham apa yang ku rasa Wani. Tak apalah ada masa nanti aku akan cerita dengan kau’

“Woi.. kau dengar tak ni aku cakap dengan kau.. mengelamun pula...”

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa nasi goreng kampung.

“Jomlah kita makan laparlah perut Mira ni.”ujar Mira. Sengaja dia menukar topic.

“Mmmm Mira, Iqbal macam mana? Dia layan kau baik tak?” soal Wani. Dia memandang tepat kearah wajah sahabatnya itu.

“Dia layan aku baik tapi aku.. Entahlah.. Masih takut nak terima semua ni.. Aku belum bersedia lagi..”

“Belajarlah mencintai dia. Cinta akan datang apabila kau sudah menyiapkan diri untuk menerima cinta. Lagipun tak salah kalau kau belajar cintakan suami kau. Manalah tau nikmatnya nanti” Ujar Wani.

‘Belajar untuk menyintai Iqbal. Bolehkah dia?’ dia  memandang tepat kearah muka Wani.

“Mira belum bersedia untuk menerima semua ini. Dan awak tak akan faham dengan apa yang Mira lalui.. Apa yang Mira rasa..” ujarnya perlahan. Kembali terlayar peristiwa hitam itu. Walaupun dia sedaya upaya untuk mengusir sejarah hitam itu namun seringkali sahaja ianya muncul dalam mimpi. Kini setelah dia bergelar isteri kepada Iqbal, setakat ini dia tidak lagi mengalami mimpi ngeri itu. Apakah jodohnya memang di takdirkan dengan lelaki yang bernama Iqbal Iskandar.

“Kalau macam tu kau cakaplah apa yang kau rasa dan lalui itu. Mungkin dengan cara itu ia dapat melapangkan hati dan perasaan awak tu.”

“Tunggulah kalau ada masa yang panjang nanti aku akan ceritakan. Tapi bukan sekarang. Sebab Mira belum bersedia untuk menceritakannya” jawab Mira lagi.

“Kau ada rahsia tak bagi tau aku ke?” soal Wani sangsi. Mira hanya mengangguk.

“Tak apalah kalau kau belum bersedia nak bagi tahu. Tapi janji jangan lupa nak cari aku tau kalau dah rasa bersedia nak luahkannya.” Mira hanya mengngguk.

“Kau dah kerja ke sekarang? Atau jadi suri rumah sepenuh masa? Maklumlah suami kau tu orang kaya” usik Wani. Bertuah Mira. Kahwin dengan anak dato. Anak tunggal lagi.

Mira mencebik.

“Tak ada maknanya aku sekolah tinggi-tinggi sekadar nak jadi suri rumah. Tak berbaloi segala penat lelah aku. Lagi pun aku tak suka nak pakai duit orang macam tu. Nanti aku terhutang budi pula dengan dia.”

“Hish.. tak baik cakap macam tu tau. Apa pun dia suami kau dan dia berhak bagi nafkah. Jadi Iqbal bagilah kau kerja..?” soal Wani lagi.

Mira mengangguk.

“Dia bagi aku kerja dengan syarat kerja kat opis dia tu.. Leceh betul. Ingatkan dapatlah aku nak lari dari santapan mata dia tu. Tapi kalau di fikirkan balik memang susah nak cari kerja kat tempat lain.”

“Kau kerja kat opis dia? Eh.. kejap.. kejap. Kan ke kau ada pergi interview hari tu, macam mana?”

“Memang benar pun ada jawatan kosong kat pejabat dia tu. Memang jawatan itu yang aku pegang sekarang.”

“Bertuahnya kau. Tu tanda dia sayang kat kaulah tu. Dia tak nak kau jauh darinya sebab tu dia tak nak ambik calon lain. Jangan-jangan Iqbal dah jatuh cinta kat engkau. Mana tahu!” Wani mengusik lagi.

“Hish mana ada! Melampau betul dia tau tak. Aku memang tak ada pilihan. Kalau aku kerja kat tempat lain dia tak bagi aku kerja. Apa yang aku boleh buat. Nak duduk di rumah lagilah bosan. Kerja sajalah kat opis dia tu.”

“Mereka tau tak awak bini bos mereka?” soal Wani lagi.

“Mereka belum tau lagi. Malam esok baru nak umumkan kepada tetamu tentang status kami.”

“Malam esok ada apa?” soal Wani pula.

“Majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Iqbal. Nilah yang Mira nak jemput Wani. Datang ye malam esok kau carilah teman. Aku seganlah nak berdepan dengan tetamu tu..”Mira cuba memujuk.

“Eh aku mana ada kawan lain..”

“Laa yang satu rumah dengan kau tu?”

“Tengoklah nanti. Kalau aku rasa nak pergi aku call kau eh..”

“Tapi kalau boleh pergilah..” Mira cuba memujuk.

“Tak dapat nak janjilah..”

........................................................

Sejak tadi dia menunggu Mira. Namun kelibatnya belum juga sampai. Dari tadi lagi dia cuba menelefon Mira namun hampa. Asyik-asyik voice mail. Entah kemana dia pergi? Dia risaukan keselamatan Mira. Dia pernah beritahu Mira tentang peraturan tinggal di rumah itu. Baru sebulan inilah kali pertama Mira pulang lewat darinya. Dia sanggup tinggalkan kerja yang masih berlambak kerana dia mengingatkan Mira mahu pulang awal hari ini. Mana dia tahu apabila dia keluar dari bilik pejabatnya Mira sudah tidak kelihatan lagi. Nak bertanya kepada pekerja lain mesti mereka akan syak sesuatu. Dia menelefon tapi hanya kedengaran suara operator wanita saja yang menjawab.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Tiba-tiba pula matanya rasa mengantuk. Namun di lawannya juga rasa ngantuknya.

‘Lebih baik aku keluar cari dia. Manalah tahu dia ada apa-apa hal..’ bisiknya dalam hati. Baru saja dia melangkah kearah pintu. Bunyi pintu utama membuatkan dia terkejut. Rasa marahnya masih lagi menyesakkan ruang dadanya.

“Awak dari mana ni? Dah pukul 9 malam baru ingat nak balik. Bagus tak payah balik.” soalnya garang. Mira mengangkat mukanya. Terkejut dia bila mendengar suara Iqbal yang agak kasar itu. Bungkusan nasi goreng itu masih berada di tangannya. Dia tahu pasti Iqbal lapar sebab selalunya dia akan memasak bila balik dari pejabat. Namun hari ini dia pergi berjumpa dengan Wani. Dia mahu menelefon Iqbal untuk memberitahu kemana dia pergi, namun handphonenya terpadam kerana kehabisan bateri.

“Saya tanya jawab. Itu pun susah sangat ke awak nak jawab!” Iqbal tiba-tiba naik angin. Bayangkan dia tengah bersusah hati, tiba-tiba isterinya selamba saja tanpa mempedulikan perasaannya. Memang sakit hatinya..

“Jumpa kawan..” jawab Mira perlahan walau pun rasa terkejutnya tadi belum hilang lagi namun dia tidak mahu cari gaduh masa  sekarang. Mira terus berlalu menuju ke ruang dapur. Iqbal terus mengikutinya dari belakang. Dia masih belum puas hati dengan jawapan Mira tadi.

“Ni Mira belikan nasi goreng kampung buat awak.. Mira tak tahu awak suka makan apa?” seraya itu Mira meletakkan bungkusan nasi goreng itu di atas meja. Dia mengambil sudu lalu di letakkan di atas bungkusan plastic itu. Kemudian dia mengambil air kosong. Gelas itu di letakkan di tepi bungkusan plastic itu.

“Kawan awak tu lelaki ke perempuan?” soal Iqbal tidak puas hati. Hatinya tiba-tiba rasa cemburu. Memang dia mahu tahu sama ada Mira keluar dengan kawan lelaki ke perempuan. Lebih baik dia bertanya terus. Tidak kisahlah kalau Mira kata apa tentang dirinya.

“Kenapa? Mira keluar dengan Wanilah. Baru hari ini kami ada masa terluang.” Jawab Mira dengan rasa tidak senang hati. Lelaki ni memang kuat cemburu kot!!

“Tak adalah. Manalah tahu Mira keluar dengan kawan lelaki. Habis kenapa tak call abang. Boleh abang pergi hantar. Naik teksi bahaya tau. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.” Dia menutur lembut suaranya.

“Tak payahlah. Terima kasih. Lagipun teksikan ada. Memang pun Mira nak bagitahu tapi bateri handphone Mira dah habis. Nak buat macam mana?”

“Alasan... Awak tahu tak awak telah menyusahkan saya. Lain kali jangan nak buat perangai macam tu. Abang tak suka.” Entah kenapa dia boleh bercakap macam tu di depan Mira.

...........................................................................

Pagi Sabtu mereka sudah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Dato Ismail.  Mereka singgah di sebuah supermall utnuk membeli hadiah. Selepas mereka membeli hadiah sempena majlis ulang tahun perkahwinan, Iqbal Iskandar sengaja mengajak Mira ke sebuah butik. Dia mahu membeli blaus untuk Mira pakaikan malam nanti. Dia tahu Mira tidak punya pakaian untuk malam nanti. Mira yang tiada mood mengikut sahaja kehendak Iqbal. Entah kenapa hatinya rasa tidak begitu sedap. Mungkin ada perkara yang berlaku menjelang malam nanti.

“Hai Auntie Lisda...”

“Hai.. pengantin baru.. Ada apa datang ke butik Auntie ni?”

“Ni malam nanti ada majlis dekat rumah family Iqbal. Sebab tu Iqbal nak Auntie pilih pakaian yang paling cantik dan selesa buat Mira.. Bolehkan Auntie..?”

“TAk ada masalah.. Serahkan saja pada Auntie.”

 “Tak payahlah nak belikan yang mahal-mahal..” ujar Mira berbisik ke telinga Iqbal.

“Tak apalah, malam nantikan malam yang bermakna buat kita. Abang nak semua tetamu yang hadir terpegun dengan kecantikan Mira.” Balas Iqbal dengan senyumannya. Dia suka kalau hari-hari dia dapat mengusik si isteri. Dan hari ini dia berpeluang untuk berdua-duaan dengan Mira. Harapnya tiada siapa yang mengganggu. Kalau tidak tak dapatlah dia bermanja-manja dan bergurau senda dengan isterinya itu.

“Ni yang malas ni. Leceh betul tau jadi perhatian ramai. Nak buat apa semua tu? Semua orang dah taukan Mira ni isteri awak..” balas Mira lagi.

“Abang tak kira abang nak juga belikan. Malam nanti sayang kena pakai.”

Ketika Mira berada di dalam bilik persalinan itu datang pula Elly kawan si Rozie. Dari luar tadi Elly melihat Iqbal sedang menilit gaun malam yang ada dalam butik tersebut. Jadi dia mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan Iqbal.

“Hi Iqbal you dengan siapa?” saolnya sambil matanya meliar mencari seseorang.

“Hi Elly.. I dengan special girl. Kenapa?”

 Lalu mata Elly terarah kepada seorang gadis yang bertudung sedang berdiri di hadapan mama Amirul.

“Itu ke your special girl? Kampung sangatlah.. Sejak bila pula your taste berubah ke perempuan bertudung?”

“Really.. tapi bagi I dia yang teristimewa sekali. Kalau nak di bandingkan dengan you all.”

“You.. sampai hati cakap macam kat kita orang. Ni Rozie tau tak?” ujar Elly mendengus marah. Sakit hatinya bila dia mendengar Iqbal seperti mengejeknya.

“Dia akan tahu malam nanti.. Tak payahlah nak kecoh sangat..” ujar Iqbal.

Dari jauh Mira terlihat Iqbal sedang berbual dengan seorang gadis cantik dan seksi. Mungkin begitulah citarasa si suaminya yang sebenarnya sebab itu dia bersusah payah datang ke butik yang standard macam ni. Dasar lelaki pantang nampak perempuan yang berdahi licin.

“Mira.. semua okey ke?” soal mama Amirul.

“Semuanya okey auntie. Terima kasih sebab tolong Mira. Kalau Mira memang suka yang simple saja.. tapi tak taulah citarasa Iqbal pula begini.”

“Mirakan cantik. Mestilah dia mahu yang terbaik buat Mira. Auntie tak pernah lihat dia bawa perempuan lain kat butik auntie. Sebab tu hari tu auntie terkejut bila dia tiba-tiba bawa Mira ke butik auntie hari tu. Jadi tentulah auntie fikir Mira sangat special buat Iqbal.”

“Ye ke Auntie. Boleh percaya ke?”

“Kenapa Mira cakap macam tu pula?” Aunti Lisda pula yang bertanya.

“Tu... Dia tengah berbual dengan perempuan yang lebih cantik dari Mira..”

“Tapi kalau auntie tengok, Mira lebih cantik dari perempuan seksi tu.. Ala dia cantik pun sebab pakai makeup yang mahal dan tebal. Kalau auntie suka dengan wajah yang solekan ala kadar saja macam Mira.”

“Terima kasih Auntie..” jawab Mira samba tersenyum.

“Dah okey ke?” soal Iqbal yang datang secara tiba-tiba di belakang Mira.

“Semuanya okey. Cantik sangat dia pakai..” balas Auntie Lisda.

“Ruginya abang tak sempat tengok tadi.”

“Ala surprisekan.. Malam nanti awak boleh tengok dia pakai puas-puas..” jawab Auntie Lisda. Dia memang kagum dengan kecantikan Mira Syafika. Alangkah bertuahnya Iqbal memperisterikan gadis itu. Dahlah cantik, baik dan berbudi bahasa pula tu.

“Aik.. mana kawan awak tadi. Dah balik ke?” soal Mira. Matanya masih melilau cari perempuan yang berbual dengan suaminya sebentar tadi.

“Aaa.. Dah balik pun sengaja je dia singgah nak bertegur dengan abang..” jawab Iqbal.

“Oh yeke.. cantik orangnya..” puji Mira lagi.

“Tapi cantik lagi isteri abang...” jawab Iqbal dengan cepat.

“HIshh tak malu betullah dia ni...”

‘Lain aku cakap lain pula dia balas’

“Yelah.. Mira lebih cantik dari perempuan tadi tukan Iqbal? Dia kawan Iqbal ke?”

“Kenal gitu-gitu saja. Kawan Rozie.” Jawab Iqbal selamba.

Selepas keluar dari butik Mama Amirul, mereka terus menuju ke tempat makan. Terasa laparlah pula. Kemudian mereka pergi menonton wayang. Sepanjang mereka bersama, Iqbal langsung tidak melepaskan tangan Mira. Ada saja alasannya dia mahu memengang tangan Mira itu. Sesekali Mira membantah namun dia terpaksa menurut sahaja. Bukan selalu pun si suaminya berpeluang memengang tangannya itu.

Selepas menonton wayang, Iqbal membawa Mira pergi ke rumah keluarganya. Sesampai di sana mereka di sambut oleh Datin Mardiah dan Dato Ismail.

..................................................

Malam sudah tiba, hati Mira rasa gelisah. Dapatkah dia menyesuaikan diri dalam majlis itu nanti. Berkali-kali dia membelek blaus yang di beli oleh Iqbal dari butik Auntie Lisda. Cantik!! Sangat cantik.

Kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Selepas mandi tadi dia memakai pakaian biasa. Kali ini baru dia nak bersiap-siap untuk majlis malam ini.

Lama juga dia membelek dirinya di hadapan cermin. Kemudian dia meilit tudung pula.

Selesai saja dia mempersiapkan diri, kedengaran tombol pintu di buka dari luar. Makin berdegup kencang rasa jantungnya. Kali ini mesti Iqbal yang ingin masuk kebiliknya.

“Sayang dah siap ke?”

“Tinggal sikit lagi..”

Sekali saja Iqbal mengangkat mukanya, dia terpegun. Terpegun dengan kecantikan isterinya malam ini. Dia tidak menyangka gurauan Auntie Lisda petang tadi bukan hanya gurauan.

“Cantiknya isteri abang.. Ni yang buat abang tak tahan ni..” ujarnya sambil tersengih-sengih.

“Awak jangan nak macam-macam.. Majlis tu akan bermula sebentar nanti.”

“Kalau dah siap jom kita turun ke bawah.. Kalau lambat, Abang akan...”

“Awak akan apa?”

“Nak cium mulut tu.. banyak pula soalan..”

“Yelah-yelah dah nak siaplah ni..” sekali lagi Mira membelek wajahnya di hadapan cermin. Dia sudah berpuas hati. Makeup yang ala kadar saja. Yang penting dia selesa.

“Dahlah tu dah cantik dah..  Abang pula yang rasa takut..”

“Kenapa pula awak nak rasa takut. Sepatutnya Mira yang rasa macam tu sebab nilah kali pertama Mira berdepan dengan tetamu korporat”

“Takut sayang dilarikan orang nanti.. Cantik sangat mesti orang suka. Jomlah.. nanti lambat pula..” sengaja tangan Iqbal menarik tangan Mira.

“Sengajalah tu nak pegang tangan Mira..”

“Eh mana ada? Apa kata mereka nanti kalau abang tak pegang tangan Mira? Terutama sekali di depan para tetamu papa tu..”

“Yelah-yelah.. Malam ni awak boleh pegang tangan Mira ni..” balas Mira mengalah.

“Terima kasih sayang.. inilah yang abang selalu inginkan..”

Mereka berdua terus keluar dari bilik menuju ke ruang halaman rumah.

1 comment: