Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 14 July 2012

Hanya Kau Milikku 12


Rozie pulang bila jam menginjak angka pukul 4 pagi. Selepas majlis yang berlangsung di rumah Dato Ismail dia terus menghubungi Helmi untuk menemaninya malam itu. Dia minum arak sehingga mabuk.  Dia fikir kalau sudah mabuk nanti dia pasti akan melupakan peristiwa yang berlaku malam tadi. Berita itu amat mengejutkannya dan memang tidak dapat diterima baik oleh akalnya. Sebaliknya dia menuduh perempuan yang bernama Mira Syafika punca segala-galanya dia kehilangan lelaki yang bernama Iqbal Iskandar.

Hari ini dia bangun tidur hampir pukul 12 tengah hari. Nasib baiklah dia pulang ke kondo bukan di rumah keluarganya. Kalau tidak memang bernanah telinganya mendengar bebelan dari mamanya Datin Sri Junaidah.

Disebelahnya ada seorang lelaki menemani tidurnya. Siapa lagi kalau bukan Helmi.

“Heh..You.. bangunlah..” ujarnya pada lelaki itu.

“Malaslah.. bi.. Mata mengantuk sangatlah ni..” jawab Helmi.

“Dah tengah harilah.. Baik you cepat balik..”

“You halau I ke? You tau tak pagi tadi penat I bawa you balik ke sini tau. Dahlah teruk betul kau mabuk malam tadi..” jawab Helmi dengan rasa tidak bersalah langsung. Manalah ingat dosa lagi. Kalau semua itu memberi keseronokan dalam hidupnya.

“Sorry.. I tau.. Tapi you balik rumah you sendiri. I nak balik rumah family I.”

“Okey-okeylah.. You dah okey ke?” soal Helmi. Memang dari dulu lagi dia selalu ambil berat akan Rozie, tetapi dia tahu Rozie hanya sukakan Iqbal Iskandar. Dan apa yang dia tahu dari Rozie malam tadi, dia pun turut terkejut mendengarnya.

“I okey.. You jangan risau. I bukan budak kecik lagi.. Tak payah risaulah..” jawab Rozie lagi.

“Okey kalau macam tu I balik dulu.. Kalau ada apa-apa you call I tau!” ujar Helmi.

“Okey... Thank you sebab you tolong I malam tadi..”

“Tak ada apalah.. hal kecil ja..”

Kemudian Helmi pun pulang meninggalkan Rozie sendirian. Nasib baiklah dia tinggal berseorangan. Kalau ada teman serumah sudah pasti dia kena bising sebab bawa lelaki masuk ke rumah dah tidur di bilik yang sama lagi tu.

Rozie masih berasa geram kerana selama ini dia tidak menyangka Mira Syafika adalah isteri kepada lelaki pujaannya. Perasaan terkejutnya masih terasa. Bagai mana Iqbal boleh menikahi perempuan kampung itu? Patutlah hari itu Iqbal mengambil cuti panjang. Kononnya dia lama tidak bercuti. Rupa-rupanya ada hal yang berlaku di luar pengetahuannya. Hancur musnah harapannya untuk memiliki Iqbal Iskandar lelaki pujaan hatinya.

Dia cuba mencari jalan agar dia dapat kembali ke sisi Iqbal Iskandar. Tapi bagai mana caranya. Rozie membersihkan dirinya. Selepas ini dia mahu pulang ke rumah keluarganya. Dia pasti Daddynya juga terkejut menerima berita yang mengejutkan itu.

Sampai sahaja di rumah keluarganya dia terus mencari-cari daddynya.

Rozie masuk ke ruang bilik pejabat ayahnya di rumah besar itu. Kelihatan ayahnya sibuk membuka fail penting. Sakit hatinya malam tadi belum reda apabila tahu yang Iqbal Iskandar sudah berkahwin dengan perempuan kampung itu. Segala impiannya musnah sekali untuk memiliki Iqbal.

“Sial Iqbal dah kahwin dengan perempuan kampung rupanya. Saya ingat itu khabar angin je. Daddy macam mana dengan rancangan kita..?” ujar Rozie kepada Tan Sri Ruslan.

“Ni yang buat Daddy risau. Tapi daddy harus cari jalan agar kita dapat syer saham yang besar dalam syarikat Jaya Holding tu.”

Mereka anak beranak merancang sesuatu. Rozie dengan sakit hatinya yang masih membara itu juga mencari jalan bagai mana untuk memporak perandakan rumah tangga Iqbal. Dan bila rancangannya berjaya dia akan berkahwin dengan Iqbal Iskandar. Dalam diam dia mengayam impian. Mana pernah dia tumpas pada mana-mana perempuan sebelum ini tetapi kini dia kalah di tangan perempuan kampung tu. Sungguh memalukan.! Apakah selera Iqbal memang kepada perempuan kampung macam tu agaknya! Tapi tak apa dia tidak akan berputus asa. ‘Kita lihatlah nanti Iqbal’ ujarnya dalam hati.

.................................................................



 Mira terjaga dari tidurnya. Seingat dia sesampai saja dia di biliknya tadi dia terus berbaring. Ingatkan dapat merehatkan badannya sekejap namun dia terlajak tidur. Sekarang dah pukul 5 petang. Cepat saja dia terbangun dan cepat-cepat dia menuju ke bilik mandinya. Selepas menyegarkan badannya dia terus turun menuju ke dapur. Peti ais di buka. Malam ini dia kena masak. Apa bila peti ais di buka bahagian letak daging sudah kosong. Alamak!! Dia terlupa membeli barang dapur dan makanan mereka untuk seminggu. Baru dia teringat semalam mereka bergegas pergi ke rumah mertuanya. Dan sudah tentulah dia belum membeli barangan dapur.

‘Macam mana nak cakap dengan Iqbal ni. Tak apalah baik aku keluar beli barang makan sendiri . Tak payah nak ganggu dia.’ Mira terus masuk ke biliknya. Dia bersiap-siap dengan pakaian untuk keluar. Sebaik saja dia keluar dari biliknya kebetulan juga Iqbal keluar dari biliknya.

“Sayang nak pergi mana pakai cantik macam ni?” soal Iqbal kehairanan.

“Mira nak keluar beli barang dapur. Barang dapur semua dah habis. Ingatkan Mira nak masak tadi..” jawab Mira selamba.

“Mira tumpang siapa keluar?”

“Tumpang teksilah.. Mira bukannya ada lesen memandu pun..” jawab Mira lagi. Dah tahu dirinya tidak ada lesen memandu lagi dia bertanya.

“Kalau macam tu tunggu abang. Kita keluar sama-sama beli barang dapur. Sekali kita makan kat luar.”

“Apa????”

“Ye sayang kita keluar bersama-sama beli barang keperluan dapur dan rumah. Hari ni tak payah masak. Abang belanja makan..”

Tanpa sedar Mira tersenyum sendirian. Entah apa yang di pikirkannya.

“Kan cantik kalau senyum macam tu selalu..” Mira malu sendiri. Dia tidak sedar akan kehadiran Iqbal masih di situ.

“Cepatlah Mira tunggu awak kat bawah..” dengan spontan tangannya menolak Iqbal masuk kebiliknya semula.

“Okey tunggu tau... jangan tak tunggu.. Kalau sayang mungkir janji, taulah macam mana abang ajar nanti..” Iqbal mengugutnya. Memang sengaja dia mahu kenakan Mira. Biar Mira sentiasa beringat yang dia boleh lakukan apa saja untuk mendapatkannya.

“Okey bos!!”

Iqbal kembali masuk ke biliknya. Dia mahu mandi dan bersiap keluar bersama Mira. Setelah semuanya selesai, Iqbal membawa Mira seperti yang di janjikan.

..................................................................

Selepas menyimpan barang-barang yang di beli, Mira meminta diri untuk ke bilik. Rasa penat pula selepas mereka keluar membeli barang dapur tadi.

“Mira..” cepat-cepat Iqbal memengang pergelangan tangan Mira, menahannya dari terus berlalu.

“Kenapa?” lama keduanya berpandangan. Hilang sudah madah yang telah disusun oleh Iqbal dari tadi lagi. Terasa kelu lidahnya.

“Tak.. Abang nak..” luahan hatinya baru hendak di luahkan terhenti apabila telefon Mira berbunyi. Panggilan dari Wani. Iqbal hanya memasang telinga.

“Apa.. Awak jatuh kat bilik air? Habis sekarang awak dekat mana?” soal Mira.

Suara cemas itu mengejutkan Iqbal.

“Okey, Mira akan datang menemani Wani malam ni...”

“Tak apa, suami Mira akan faham..” Mira segera menutup telefon bimbitnya.

“Awak nak cakap apa tadi?” soal Mira bila di sedari Iqbal seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya sebentar tadi.

“Tu tak penting.. Macam mana dengan kawan sayang tu?” mata Iqbal memandang tepat kearah mata Mira. Dia tahu isterinya itu sedang dalam kerisauan. Beruntung jadi kawan Mira.

“Boleh tak malam ini Mira temankan dia kat hospital?” suara Mira seakan sayu.

“Kalau abang tak benarkan?” soal Iqbal lagi.

“Please untuk malam ini saja.. Lagi pun Wani tak ada siapa-siapa kat Kuala Lumpur ni.. kecuali saya.”

“Baiklah dengan syarat?”

“Nak bersyarat juga ke?” berkerut dahi Mira bertanya.

“Mesti.. Sebab Isteri abang ni kan memang pandai mengelat..”

“Apa syaratnya?”

Iqbal menunjukkan pipinya. Terbeliak mata Mira. Dia tidak menyangka yang suaminya itu benar-benar maksudkannya.

Mira terpaksa juga bersetuju dengan syarat itu. Dengan perlahan dia mendekati Iqbal. Satu ciuman pantas hinggap di pipi Iqbal. Kelakuannya itu membuatkan Iqbal tersenyum panjang. Kalau tak guna cara ini memang jangan harap Mira akan lakukannya.

“Sayang ni kan, kalau untuk kawan sanggup lakukan apa saja.. Tapi demi abang banyak pula songehnya” ujar Iqbal seperti merajuk.

“Awak tak ikhlas ke?” soal Mira tidak puas hati. Sekarang dia nak mengungkit pula.

“Sayang yang tak ikhlas..”

“Apa-apa sajalah. Malas nak layan awak ni..” ujar Mira lalu dia berlalu menuju ke biliknya.

 Setelah dia keluar dari bilik dia terkejut melihat Iqbal juga sudah bersiap menunggunya di ruang tamu.

“Awak nak ikut saya ke?” ujar Mira.

“Yelah.. Apa salahnya setakat menghantar si isteri. Itukan tanggung jawab abang. Nanti kalau ada apa-apa berlaku macam mana abang nak jawab dengan Nenek Nab, Pak Su dan keluarga abang..”

“Jomlah nanti terlewat pula. Takut masa melawat habis nanti..” balas Mira. Malas dia mahu bertengkar dengan si suami. Suka hati dialah nak hantar.. itu lebih selamat.

Sebaik saja tiba di hospital, Mira bergegas turun dari kereta. Dia terus menuju ke kaunter pertanyaan. Iqbal yang masih di tempat parking berlari-lari mendapatkan Mira.

“Alwani bte Husin dekat wad mana?”tanya Mira dengan nafas yang masih tercungap-cungap akibat berlari anak tadi.

“Dia di wad tingkat 3B..” jawab jururawat di kaunter itu tadi.

Mira dan Iqbal berjalan menuju ke lif. Mereka berdua menunggu lif untuk naik ke atas. Sampai sahaja di wad yang menempatkan Wani, Mira terus saja menerpa ke arah Wani.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” soal Mira.

“Lantai licin. Manalah tau tiba-tiba boleh jatuh, malam tu” jawab Wani.

“Patutlah awak tak datang majlis malam tu..”

“Saya minta maaflah Mira, sebab tak datang datang ke majlis awak malam tu.. Pada mulanya memang saya nak pergi. Tapi tiba-tiba pula saya terjatuh di bilik air.”

“Kenapa malam tu tak call Mira?”

“Sebab saya tak nak ganggu malam awak berdua.. Tak apalah. Wani tak apa-apa pun. Esok Wani dah boleh keluar.. Itu yang doktor cakap.. Tak ada hal serius yang berlaku.”

“Apa pun saya akan menemani awak malam ni..” ujar Mira.

“Habis laki awak tu?”

“Nanti dia baliklah.. Dia cuma hantarkan Mira sampai ke sini..”

“Baiknya laki awak Mira.. Beruntung awak kahwin dengan dia..” balas Wani sambil tersenyum. Iqbal juga tersenyum mendengar pujian dari bibir sahabat isterinya itu.

“Memang Mira beruntung dapat laki macam saya.. Wani pun beruntung jadi kawan baik Mira..”

“Terima kasih kerana benarkan Mira menemani saya malam ini. Terima kasih juga kerana sudi datang melawat saya.”

“Sama-sama.. tapi dengan syarat..”

“Apa syaratnya?” soal Wani.

“Tolong jaga buah hati saya ni baik-baik. Jangan bagi dia sangkut dengan mana-mana lelaki dalam hospital ni.. Al maklumlah doktor kat sini boleh tahan juga”

“Kalau itu je syaratnya.. no hal punya..” jawab Wani.

“Awak nikan tak padan dengan sakit. Sempat juga nak kenakan saya eh!!”

“Yang sakit tu kat kaki bukan dekat mulut..” jawab Wani. Iqbal ketawa.

“Awak nikan suka sangatlah tu..”ujar Mira geram.

“Okeylah saya balik dulu.. semoga awak cepat sembuh. Rajin-rajin makan ubat. Malam ini saya bagi awak pinjam Mira tidur sini. Lain kali jangan harap!!” ujar Iqbal dengan usikannya. Mira mengetap bibirnya sambil menjeling tajam ke arah Iqbal.

“Jangan jeling abang macam tu. Nanti abang tak nak balik..” ugut Iqbal pula.

Mira menyorong tubuh Iqbal agar dia terus keluar dari bilik tersebut. Makin lama suaminya itu ada disana, makin galak pula dirinya di usik. Namun tubuh Iqbal berhenti di depan pintu itu.

“Sayang jaga diri elok-elok tau. Tidur jangan lupa mimpikan abang..” ujar Iqbal lembut. Entah kenapa dia berasa berat hati pula mahu meninggalkan Mira di situ.

“Awak pun sama jaga diri baik-baik..” balas Mira.

“Tu je.. tak nak suruh abang mimpikan sayang ker?”

“Buat apa? Cukuplah abang tidur lena malam ini. Esokkan awak nak kerja?”

“Nanti mesti abang rindukan sayang...”

“Kenapa pula.. Bukannya saya pergi jauh pun..”

“Okeylah abang pergi dulu. Apa pun jangan lupa pesanan abang tadi..” Iqbal sengaja menghulurkan tangannya. Dia mahu Mira mencium tangannya sebelum dia pergi. Mahu-tidak mahu, Mira terpaksa juga menyambut huluran tangan itu. Ketika dia menunduk mencium tangan Iqbal, terasa ada kucupan singgah di dahinya.

Teringat pula dia di hari perkahwinan mereka. Kemudian Iqbal melangkah keluar dari bilik tersebut. Wani hanya tersenyum melihat gelagat suami isteri itu. Masih kelihatan malu-malu walaupun usia perkahwinan mereka sudah masuk dua bulan.

Kemudian Iqbal keluar dari bilik tersebut. Mira mengatur langkah menuju ke arah katil Wani. Lalu dia duduk di kerusi yang di sediakan.

“Bahagianya kau.. Saya tumpang gembira dengan awak..”

“Terima kasih..”

Sesampai sahaja di rumah, Iqbal terus menuju ke bilik tidurnya. Dia berasa penat sedikit. Badannya di baringkan di atas tilam empuknya. Entah kenapa malam ini matanya susah mahu tidur. Biasanya pantang sahaja dia baring sudah pasti terlelap..

‘Kan abang dah cakap. Mesti abang tak dapat tidur malam ini. Mira..Mira.. buat hidup abang jadi tak tentu!’ ujar Iqbal dalam hati. Teringat kembali perbualannya dengan Mira ketika di hospital tadi.

“Mata.. tidurlah.. Esok aku nak kerja.. Jangan buat malu dengan Mira pula.. dah elok dia pesan suruh tidur nyenyak malam ini.”

Akhirnya Iqbal terlelap tanpa menyedari sudah pukul berapa dia tertidur.

..................................................................



Pagi-pagi lagi satu pejabat sudah kecoh dengan berita yang baru di dengari. Ada di antara mereka yang tidak hadir malam itu merasa rugi pula tidak datang malam itu. Kalaulah mereka tahu bos mereka mahu mengumumkan perkara penting itu pasti mereka akan datang.



Ada pula di antara mereka merasa kecewa kerana bos mereka sudah berkahwin. Siapa yang tidak terpikat pada bos yang masih muda, kacak serta bergaya itu. Kerana sikap dinginnya terhadap wanita membuat mereka begitu tertarik tentang penampilan bos mereka.



Sedang leka Mira mengemas mejanya tiba-tiba telefon di mejanya berbunyi. Siapa pula yang awal pagi sudah telefon ni? Lalu dia menganggkatnya.



“Hello sayang selamat pagi...” ucap Iqbal Iskandar.



“Hah, kenapa ni...?” jawab Mira garang. Rasa geram tiba-tiba datang apabila mendengar suara Iqbal di hujung talian. Tadi bukan main malu lagi dia berdepan dengan para pekerja yang lain. Dengan berita yang mereka ketahui kini memang dia rasa macam kecil je dunianya kini.



“Amboi.. garangnya..... Ni kenapa? Tadi elok aja dengan abang ” tegur Iqbal.



“Sorry tak ada apa-apa. Awak nak apa ni?” tanya Mira bertukar nada.



“Hah camtukan elok sikit. Cuma ubah sikit panggilan ‘awak’ ke ‘abang’. Baru sedap nak dengar” Iqbal mengusik lagi.



Entah macam mana rupa Mira sekarang. Apa yang dapat dia lihat dari skrin monitor laptopnya memang muka Mira sudah merah. Dia selalu memperhatikan Mira dari dalam tanpa pengetahuan sesiapa. Sebab dia dapat melihat mereka di luar sana dengan bantuan cctvnya.



“Nak mulalah tu.. ada apa ni?”

“Eermmm, tak ada apa-apa... Cuma nak minta sayang buatkan kopi. Abang teringin nak minum kopi sayang yang sedap tu. Pagi ni abang belum minum lagilah...” pinta Iqbal manja.



“Kat sini pejabat, bukannya di rumah cik abang oii!!” jawab Mira geram.



“Masalahnya di pejabat ke di rumah ke, abang tetap nak sayang yang buatkan kopi. Sebab mata abang mengantuk sangat.”



“Mengantuk? Bukan ke awak balik tidur malam tadi?” soal Mira kehairanan.



“Dah tu sayang buatkan abang tak boleh tidur nak buat macam mana?”



“Kenapa nak salahkan saya pulak? Awak ni tak adil betullah!!” marah Mira.



“Nak buatkan ke tidak?”



“Owh...okey..... 5 minit lagi saya hantarkan..” balas Mira seraya menamatkan panggilan. Sambil itu dia masih lagi memikirkan apa yang Iqbal buat malam tadi sampaikan dia tidak dapat tidur.



“Amboii..... kemain lagi mesranya dengan Encik bos hari ni ya..” tegur Liza selepas Mira meletakkan telefon.



‘Mesra apa, nak gaduh adalah’ bisik hati Mira sambil membalas dengan mengetap senyuman di bibir.



“Kejap ea.. Bos minta buatkan air kopinya..” beritahu Mira lagi. Sengaja dia mahu larikan diri dari soalan mereka.



“Macam-macam. Tapi okeylah kalau hubungan kamu semakin baik” jawab Liza sambil tersenyum.



Tiba-tiba Iqbal  Iskandar di kejutkan dengan kedatangan Rozie ke pejabatnya.

“Ada apa you datang jumpa I ni?” soal Iqbal sebaik saja Rozie melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan meja Iqbal.

“Iqbal, betul ke you dah kahwin dengan gadis kampung tu?” soal Rozie meminta kepastian.

“Betul. Kenapa?” jawab Iqbal tenang. Memang dia sudah agak akan reaksi Rozie jika tahu dia sudah berkahwin dengan Mira. Dia mahu menjauhi Rozie dari dirinya.

“Dia langsung tak sesuai dengan you. Apa kelebihan dia berbanding dengan I? Apa lebihnya dia hah!!!” ujar Rozie.

“Dia memang sempurna.. banyak kelebihannya..”

“Mana kau tahu, sedangkan you kahwin dengan dia pun sebab kena tangkap khalwatkan? Itu yang mama you cakap dengan I.”

“Jadi apa masalahnya. Bagi I itu tak jadi masalah pun.. dan sekarangpun  kami mengambil masa untuk mengenali diri masing-masing..” jawab Iqbal tenang.

“Tapi dia tak cintakan you. Dia hanya nakkan duit you. Sebab dia tahu you orang yang berduit” ujar Rozie serius. Memang dia tidak percaya dengan kata-kata Datin Mardiah sebentar tadi. Mereka berkahwin pun disebabkan mereka berdua di tangkap khalwat. Sebab itu dia tidak hairan Iqbal berkahwin dalam masa terdekat ini.

“Mana you tahu yang isteri I mata duitan? Kalau you nak tuduh isteri I mata duitan, I tak percaya” balas Iqbal. Hatinya mula sakit. Pantang benar kalau ada orang cuba memburuk-burukkan Mira Syafika.

“Kenapa? You dah kenal ke dengan Mira sebelum ini?” soal Rozie tidak puas hati. Niatnya tadi mahu memburuk-burukkan Mira membuatkan Iqbal makin bertambah marahkan dirinya.

“Itu bukan urusan you.. you tak payah nak cari seribu alasan untuk merosakkan hubungan kami”

Rozie terdiam seribu bahasa. Hancur berkecai impiannya untuk memiliki lelaki di hadapannya itu. Hanya lelaki itu saja yang dapat menarik perhatiannya dan dia amat menyintai lelaki itu. Tetapi sekarang lelaki itu milik orang lain. Tapi dia tak kisah. Dia akan dapatkan semula lelaki itu. Walau pun dengan apa cara sekali pun.

“Tapi dia tak cintakan you!!” ujar Rozie tidak berputus asa.

“Itu bukan masalahnya. Cinta boleh di pupuk selepas kahwin.”

“Alasan yang lapuk sekali. Ada ke cinta boleh di pupuk selepas kahwin?” Rozie mula mempersoalkannya. Hairan dia dengan sikap Iqbal yang mempercayai perkara karut macam tu.

“Mana ada lapuk. Kan dari dulu lagi memang ada berlaku macam ni. Orang tua kata, bercinta selepas kahwin manis rasanya...” balas Iqbal tidak mahu mengalah.

“Tapi I cintakan you. You tak boleh buat I macam ni..” ujar Rozie lemah sekali.

“Masalahnya I tak cintakan you. Antara kita tak lebih dari seorang kawan. Dan I akan bahagiakan dia walau apa cara sekali pun.”

“ Maksud you?” Rozie mengerutkan dahinya.

“Alah lupakanlah.. Yang penting I tak pernah cintakan you..” balas Iqbal dengan cepat. Dia mahu Rozie tahu akan perasaannya. Dia hanya cintakan Mira Syafika. Tiada nama perempuan lain dalam hatinya itu.

“Iqbal.. Sampai hati you buat I macam ni..!” rengek Rozie lagi. Dia tidak mahu berputus asa. Dia akan gunakan pelbagai cara untuk mendapatkan cinta Iqbal.

“I minta maaf banyak-banyak kalau I sakitkan hati you. Kita  cuma sekadar kawan, tak lebih dari itu. Tetapi perasaan I pada dia lain. Perasaan yang tak dapat I nak ungkapkan.” Iqbal cuba menjelaskan perkara sebenarnya. Dia tidak mahu Rozie menaruh harapan padanya lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Angkara mamanya dia kini terpaksa menjawab pertanyaan Rozie.

Rozie menyapu airmata di pipinya. Beruntungnya kau Mira, semudah itu kau dapat menawan hati Iqbal. Sedangkan aku bertahun-tahun cuba memikat hatinya langsung tak di pandang dan di hargai.

Ketika Mira melangkah masuk ke bilik Iqbal, dia terkejut melihat Rozie juga turut berada di dalam bilik itu. Bila masa pulak minah itu berada dalam bilik pejabat suaminya. Mungkin ketika aku bancuhkan air kopi dia tadi kot? Pelbagai persoalan di fikirannya.



“Ermmm... sorry , saya tak tahu Cik Rozie ada sekali..” ucap Mira sambil tersenyum.

Kemudian dia meletakkan air minuman Iqbal di atas meja. Rozie hanya tersenyum sinis. Raut wajah Mira tetap bersahaja. Namun lirikan matanya tajam menuju ke arah Iqbal. Iqbal menjadi serba salah melihat raut wajah isterinya itu. Mira ingin segera keluar dari situ.



“Saya keluar dulu.. Maaf kalau saya mengganggu..” ucap Mira dengan riak wajah cuak. Menyesal dia masuk ke bilik itu tadi. Kalaulah dia tahu perempuan itu ada bersama suaminya dalam bilik itu.. Memang dia tidak akan masuk.



“Err... Mira, tunggu kejap..” halang Iqbal Iskandar. Dia bangun dari tempat duduknya. Tangan Mira di tariknya. Mira tidak jadi untuk melangkah keluar. Dia terhenti di tepi pintu dan menekur lantai. Tidak mahu memandang wajah Rozie ataupun Iqbal. Dia juga tidak faham dengan perangai suaminya itu. Kalau sudah ada tetamu buatlah cara ada tetamu!! Ini tidak..sekarang bukannya masa untuk berlakon.. Hei.. menyampahnya!!



“Rozie.. you keluar dulu ya... I ada hal sikit dengan wife I” beritahu Iqbal Iskandar.

Mira memandang seketika ke wajah Iqbal. Rozie pula agak bengang dan seperti tidak mahu berganjak. Merah mukanya menahan marah. Tadi dia susah-susah datang ke sini gara-gara mahu berjumpa dengan Iqbal Iskandar untuk memastikan perkara yang sebenarnya. Kini dirinya di halau keluar pula. Dia tahulah perempuan tu isteri Iqbal. Tapi tak payahlah nak menunjuk.



“Rozie.... please...” ucap Iqbal lagi seakan memujuk. Akhirnya Rozie akur, dia terus meluru keluar dan melanggar Mira yang berada di tepi pintu. Hampir sahaja Mira terjatuh. Nasib baik Iqbal sempat memautnya. Terasa badan Mira agak kurus.



“Are you okay sayang..?” tanya Iqbal.



Mira hanya mengangguk dan memaksa dirinya tersenyum. Kemudian Iqbal mengajak Mira duduk di sofa. Mira menurut sahaja.



“Sebenarnya abang dengan Rozie tak ada apa-apa hubungan. Mira jangan salah anggap” laju saja dia berterus terang dengan Mira. Dia tidak tahu kenapa dia perlu berterus terang dengan Mira.



“Ada saya tanya pasal hubungan kamu tadi? Tak adakan! So tak payah nak peningkan kepala awak tu! Ada ke tak ada hubungan kamu ia tak berkaitan dengan saya” jawab Mira kasar. Hatinya sakit apabila Iqbal seperti sengaja mempermainkan dia seperti itu. Patutlah tadi beriya-ia suruh dia buatkan kopi. Rupa-rupanya dia nak tunjukkan dia pada teman wanitanya.



“Memang ada!! Sebab abang tak nak Mira salah faham. Abang rasa kita makin jauh. Makin hari kita semakin jauh. Abang tak nak Mira fikir yang bukan-bukan. Abang tahu abang banyak buat silap dengan Mira sebab itu abang nak tebus balik semua tu” ujar Iqbal keras sedikit. Dia sakit hati bila isterinya seperti tidak mengendahkan kata-katanya. Hati Isterinya sungguh keras! Bukan mudah untuknya melembutkan hati yang sedia keras itu.



“Sekarang waktu pejabat.. Kalau awak nak membebel macam ni tunggu kat rumah sajalah..”ujar Mira lagi.



“Masalahnya abang nak bagi tahu sayang sekarang. Abang tak nak Mira salah faham..”

“Awak, kalau awak tahan saya duduk dalam bilik ini setakat nak suruh saya dengar bebelan awak yang macam mak nenek macam ni baik tak payah! Awak ingat seperkara ni, saya tak akan maafkan awak atas perbuatan awak yang lalu. Hati saya ni sakit. Sakit sangat!” hampir saja air matanya berguguran. Namun dia cuba untuk menahannya.



Iqbal Iskandar memandang wajah itu. Memang di sebalik anak mata itu masih tersimpan seribu kesedihan. Dia menyesal dengan apa yang dia lakukan terhadap gadis itu. Tetapi kerana cinta membuatkan dia buta mata dan buta hati. Sampai dia sanggup menyakiti hati gadis itu sekali lagi.



“Abang minta maaf..” hanya itu sahaja ayat yang mampu keluar dari bibirnya.



Mira terus bangun menuju ke arah pintu. Lebih baik dia keluar sebelum dia menjadi semakin parah. Dia sedar sekarang dia masih berada di pejabat. Bukannya rumah.



“Lamanya kat dalam bilik bos tu...? Hantar air ke ada buat benda lain kat dalam tu..?” usik Liza sambil tersenyum nakal.  Mereka suka sangat mengusik Mira. Apalagi bila mereka tahu yang sebenarnya Mira itu isteri kepada bos mereka. Mereka suka bergaul dengan Mira kerana Mira bukan jenis yang sombong.



“Ish kau ni, macam-macam aja. Kena ceramah free kat dalam tu adalah” balas Mira sambil tersenyum hambar. Dia tidak mahu orang lain tahu masalahnya dengan Iqbal Iskandar. Biarlah mereka hanya melihat kebahagiaan bukannya kesedihan hatinya.



“Manalah tahu..hahaha” jawab Liza sambil ketawa.

“Apesal tadi , aku tengok minah senget tu muka masam aja keluar dari bilik bos?” tanya Liza ingin tahu.

“Dia tak puas hati kot pasal bos tu suruh dia keluar tadi masa aku masuk tadi..” jelas Mira Syafika.

“Owwh.. patutlah..” jawab Liza pendek. ‘padan muka kau Rozie’ bisik Liza dalam hati.

“Pandai kau simpan rahsia dari kami orang ya.. mati-mati kami tak tahu awak ni isteri bos.. Patutlah minah gedik tu naik angin.”

Mira hanya tersenyum mendengar kaletah budak pejabat tu.

“Sebab tulah dari mula Mira kerjakan, saya nampak bos layan dia lain macam. Rupa-rupanya dah kahwin.. Padan muka minah gedik tu” ujar Kak Rosnah.

...................................................................

“Sial kau Iqbal berani kau halau aku dari bilik pejabat kau depan isteri kau pula. Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku. Kau tunggulah apa aku boleh buat dengan perempuan tu.” Kata Rozie dengan geram.

Dia menghentakkan tangannya pada stering keretanya. Rasa marah membuak di dada, kenapa dia orang terakhir tahu bahawa lelaki pujaannya itu sudah berkahwin. Tetapi dia tidak kisah dengan status itu. Yang penting dia harus mendapatkan cinta lelaki itu. Seperti orang bodoh pula bila mengetahui dialah orang terakhir mengetahui berita itu.

Dia harus merancang sesuatu. Agar Iqbal dan Mira boleh berpisah!! Dia nekad dengan cara apapun dia harus memiliki lelaki itu.

Keretanya terus di pandu menuju ke pejabatnya semula.

1 comment: