Dato
Ismail sedang meneliti kertas laporannya. Kedengaran pintu di ketuk dari luar.
“Masuk..”
dia memberi arahan.
Dia
mengangkat mukanya. Kelihatan penyiasat upahannya berdiri di depannya.
“Selamat
pagi Dato..”
“Selamat
pagi. Awak dah jumpa dengan pewaris arwah Megat?” soal Dato Ismail. Semenjak
kematian sahabatnya dia sedaya upaya mencari pewarisnya. Namun hingga ke hari
ini mereka masih belum menjumpainya. Apa yang dia tahu hanya sahabatnya itu
mempunyai seorang anak perempuan.
“Belum
lagi Dato. Kami sedang berusaha nak cari dia.”
“Baguslah.
Jalankan siasatan secepat mungkin sebelum ada orang lain tahu hal ini.”
“Baik
Dato..”
Penyiasat
persendirian itu pun terus keluar. Dato Ismail bangun dari kerusinya.
“Susahnya
nak cari anak kau Megat.. Tapi tak apa, aku akan cari dia sampai dapat. Aku
percaya kemalangan yang berlaku ke atas kamu berdua bukan kemalangan biasa
tetapi angkara khianat. Cuma kita belum tahu siapa dalangnya.”
Dato
Ismail berdiri di hadapan cermin sambil memandang ke luar. Jauh betul dia
termenung. Mengingatkan kembali pada sahabatnya dia menjadi sedih. Entah dimana
anak sahabatnya sampai sekarang tidak di temui. Kalaulah dia sempat berjumpa
dengan anak sahabatnya itu sekurang-kurangnya dia dapat menjaga kebajikannya .
Sekiranya sahabatnya itu masih hidup, mungkin juga dia akan menjodohkan anaknya
dengan Iqbal. Mereka mungkin juga berbesan. Namun segalanya sudah di takdirkan.
Dia cuma ada photo kecil sahaja yang kebetulan dia jumpa dalam pejabatnya
sebelum kemalangan itu berlaku. Photo kecil itu di simpan dalam frame
gambarnya. Setakat ini masih tiada orang bertanya tentang gambar kecil itu.
.......................................................
Petang
semalam dia menerima panggilan dari sebuah syarikat memberitahu bahawa dia di
jemput untuk temuduga jawatan kosong itu.
“Wani..
Aku dapat interview kat Syarikat Jaya Holding.”
“Syarikat
mana?”
“Syarikat
yang aku hantar resume minggu lepas. Tak sangka pulak terus dapat panggilan
dari mereka.”
“Tahniah..
mudah-mudahan kau akan dapat jawat jawatan itu nanti.”
“Berdoa
sajalah. Bukan saya seorang yang akan di temuduga nanti..” Mira Syafika
tersenyum. Gembiranya dia tak terkata. Tidak kisahlah kalau sekadar dapat pergi
temuduga. Gagal atau lulus itu kemudian. Yang penting inilah pengalaman pertama
beliau pergi temuduga untuk jawatan dalam pejabat.
Malam
itu, Mira Syafika sudah menyediakan pakaiannya iaitu baju kurung dengan tudung
yang sama warna di gunakan masa temuduga nanti. Petang esok tidaklah dia kelam
kabut lagi. Rasa berdebar-debar pula menantikan hari esok. Maklumlah inilah
kali pertama dia akan di temuduga untuk jawatan yang sesuai dengan bidang yang
di ambilnya dulu.
Pada
masa yang di tetapkan, Mira Syafika menuju ke bilik hotel yang telah di
beritahu. Dia menyuruh Wani menunggunya di lobi. Dalam perjalanan menuju ke
bilik hotel, dia juga tertanya-tanya adakah orang pergi temuduga dekat bilik
hotel yang serba mewah ini. Namun dia bertekad dia mahu mendapatkan pekerjaan
yang lebih baik dari sekarang. Namun tiada calon lain pun yang kelihatan di
tempat itu. Berdebar-debar juga dadanya ketika mendekati pintu bilik hotel itu.
Kedengaran sayup-sayup lagu kenangan terindah dari Samson. Nombor
yang tidak dikenali tertera di skrin. Teragak-agak Mira mahu menjawab.
“Assalamualaikum.” Mira memberi salam.
“Waalaikummusalam. Cik Mira Syafika ke?” soal pemanggil. Suara perempuan.
“Saya bercakap. Siapa di sana?” soalnya dengan wajah bingung.
“Saya Liza. Salah seorang setiausaha di Jaya Holdings. Cik Mira Syafika dah sampai ke tempat temuduga ke sekarang?”
Aku cuba memproses apa yang dikata pemanggil.
“Assalamualaikum.” Mira memberi salam.
“Waalaikummusalam. Cik Mira Syafika ke?” soal pemanggil. Suara perempuan.
“Saya bercakap. Siapa di sana?” soalnya dengan wajah bingung.
“Saya Liza. Salah seorang setiausaha di Jaya Holdings. Cik Mira Syafika dah sampai ke tempat temuduga ke sekarang?”
Aku cuba memproses apa yang dikata pemanggil.
“Ya dah sampai. Kenapa? Ada hal apa? Temuduga tak jadi ker?” Aku
bersuara ingin tahu. Gelisah mula menguasai diri.
“Jadi. Cuma bos saya nak pastikan awak betul-betul datang. Cik masih ingat tak nombor bilik tu?” Liza bersuara lembut. Itu yang dipesan Iqbal Iskandar ketika menyuruhnya menelefon gadis itu.
“Bilik 505kan?”
“Jadi. Cuma bos saya nak pastikan awak betul-betul datang. Cik masih ingat tak nombor bilik tu?” Liza bersuara lembut. Itu yang dipesan Iqbal Iskandar ketika menyuruhnya menelefon gadis itu.
“Bilik 505kan?”
“Ha..hah.. Betullah tu. Cik masuk je, Pintunya sedikit terbukakan?
“Ya..ya.. Terima kasih.. Cik Sapa ya..?”
“Cik Liza...”
“Terima kasih.. Saya nak masuk dulu..”
“Okey.. semoga awak berjaya..”
Pintu
bilik itu di ketuk. Namun tiada siapa yang membukanya. Pintu itu di ketuk lagi.
Kedengaran bunyi pintu di buka dari dalam dan mendengar arahan supaya dia masuk.
Mira hanya dapat melihat belakang lelaki itu. Namun wajahnya dia gagal untuk
melihatnya.
“Masuklah.
Tunggu sekejap ya..” Lelaki itu sempat menghantar sms kepada kawannya.
Mira
membuka luas pintu itu dengan perlahan dan dia melangkah masuk. Kemana pula
gerangan si punya suara itu. Mira menuju ke sebuah sofa yang di sediakan
didalam bilik itu. Matanya meliar mencari. Kemudian dia bangun menuju ke arah
berenda itu. Dari situ dia dapat melihat pemandangan kotaraya Kuala Lumpur.
Tiba-tiba
dia merasakan ada lingkaran tangan sedang melilit di pinggangnya. Apa kena
dengan tangan itu? Suka hati dia je nak sentuh aku!
“Hai
sayang.. Lama kita tak jumpakan? Takkan dah lupakan wajah kacak dan tampan ni?”
suara itu mengejutkan dia. Macam pernah didengarnya suara itu.
Mira
Syafika menoleh. Betapa terkejutnya bila wajah itu yang sekian lama lenyap dari
kotak fikirannya kini muncul semula. Apa dia buat kat sini? Bukankah dia
sepatutnya menghadiri temuduga? Pelbagai persoalan yang timbul di kepalanya
kini.
“Kau..
Iqbal..Iqbal Iskandar.. jahanam kau. Lelaki jahanam. Kau buat apa kat sini?” menyinga
wajah Mira. Tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki di hadapannya
ini. Dia berkira-kira ingin melarikan diri. Matanya meliar menuju ke arah
pintu.
“Ingat
pun sayang.. Iqbal ingat sayang dah lupakan wajah ni” jawab Iqbal sambil
tersenyum-senyum.
“Kau
buat apa kat sini? Bukan ke sini tempat untuk temuduga?” Iqbal tersenyum
mendengar kata Mira. Memang pun situ tempat untuk temuduga. Tetapi calon
terakhirnya ialah Mira.
Pintu
utama itu agak jauh dari tempat dia berdiri. Macam mana ni. Mampuslah kali ini.
Terkena lagi dengan sang buaya durjana ini. Iqbal Iskandar dengan selamba
sahaja memandang kearah muka Mira. Di lihatnya dari atas ke bawah. Dari bawah
ke atas.
Dengan
senyuman yang nakal dia cuba mengungkit peristiwa empat tahun yang lalu. Dia
terpaksa berlakon dengan menyakiti hati Mira Syafika.
“Ala..
jangan marahlah. Ingat tak empat tahun yang lalu tu, dekat bilik inilah saya..”
Mira cuba melepaskan genggaman tangan itu dari pelukannya.
“Tak
nak ingat..” tiba-tiba sahaja ingatan kembali
pada peristiwa hitam empat tahun yang lalu.
Lelaki itulah yang memperkosanya. Lelaki itulah yang menghancurkan masa
depannya. Pada masa itu dia hampir putus asa kerana kesucian diri telah di
nodai.
Dengan
sekuat hati Mira meronta akhirnya dia dapat melepaskan diri dari pelukan Iqbal.
“Jangan
datang dekat.” Kata Mira hampir menangis. Dia takut dan bimbang seandainya
Iqbal Iskandar mengulangi perkara yang terjadi empat tahun yang lalu.
Iqbal
Iskandar ketawa melihat gelagat Mira. Dalam diam dia begitu teruja ingin
menikmati saat indah bersama Mira sekali lagi. Wajah yang sekian lama di
rinduinya sudah ada di depan mata.
“Kau
takkan dapat lari lagi Mira. Kau tak akan dapat lari jauh di aku. Walau seceruk
manapun engkau bersembunyi aku masih dapat cari engkau..” Iqbal ketawa dengan
kuat. Puas hatinya dapat mengenakan gadis yang berdiri di hadapannya kini.
Segala rindu dendamnya sudah terurai walaupun dia sebenarnya tidak berniat
untuk mempermainkan perasaan Mira. Namun dia tiada jalan lain.
Suara
itu betul-betul menakutkan Mira. Dia tahu tiada jalan lain untuk melepaskan
diri kecuali menuju ke pintu bilik itu. Baru sahaja dia ingin melangkah,
tiba–tiba tangan Iqbal menyambar untuk sekali lagi.
“Lepaskan
aku.! Sakitlah..” bercucuran air mata Mira di pipi. Namun Iqbal tidak peduli
dengan rayuan itu. Dengan perlahan dia berbisik ke telinga Mira.
“Sayang..
Jangan macam tu. Iqbal rindu sangat dengan sayang. Sudah empat tahun Iqbal tak
jumpa sayang. Makin hari semakin cantik pula Iqbal tengok” dia tetap memeluk
Mira. Dia tidak peduli dengan airmata Mira yang jatuh di pipi. Dia harus
menguatkan hatinya agar tidak kalah dengan senjata gadis itu.
Iqbal
memujuk Mira agar menurut kehendaknya. Dia membawa Mira duduk di atas sofa yang
sedia ada. Dia tahu Mira memang dalam keadaan ketakutan namun dia tidak boleh
mengalah kepada Mira kerana ini sajalah peluang yang dia ada untuk memiliki
Mira. Jika dia tak dapat memujuk Mira sia-sialah rancangannya dengan Amirul.
“Sebenarnya,
saya ada benda nak cakap.”
Mira
mengangkat mukanya. Memandang ke arah Iqbal. Entah kenapa mamat ini tiba-tiba
pula jadi baik. Sedangkan sebentar tadi garang macam singa saja. Perasaan
gementarnya masih terasa.
“Apa
yang awak nak cakap? Bukan ke saya di panggil untuk temuduga hari ini. Kalau
saya tahu begini jadinya.. Sumpah mati pun saya tak akan datang ke sini..”
jawab Mira dengan berani. Iqbal Iskandar cuma tersenyum. Kelakar mendengar
bebelan Mira.
‘Hish
lambatnya Amirul.. Nanti tak pasal-pasal gagal pula rancangan mereka berdua.’
“Sebenarnya...”
masih tergantung ayat di situ.
Tiba-tiba
mereka mendengar pintu bilik hotel di ketuk. Kedua-dua mereka berpaling kearah
bunyi ketukan itu.
“Sebentar
ya mungkin pekerja hotel hantarkan makanan agaknya” kata Iqbal berbasa basi. Dia
bingkas bangun menuju kearah pintu utama. Mira Syafika dari tadi duduk di
kerusi itu diam tidak berkutik. Pintu utama di buka. Beberapa orang lelaki berpakaian
lengkap dan berkopiah putih berdiri di muka pintu.
"Apa
yang sedang berlaku disini?" Iqbal terkejut dengan jerkahan itu. Dia
terkaku seketika.
"Err... takde apa-apa encik. Biasalah
masalah rumahtangga sikit!" jelas Iqbal Iskandar dengan tenang.
'Hrmm..
Tenang Iqy jangan tak tenang. Kau boleh tu Iqy!' bisik hati Iqbal Iskandar.
"Kami tak percaya! Tadi kami ada mendapat
laporan ada berlaku kegiatan maksiat di sini" suara tegas itu menyanggah.
Mira
menoleh kearah pintu bila mendengar suara agak garang kedengaran. Apa? Kegiatan
maksiat? Siapa yang bagi laporan palsu ni? Tapi siapa mereka ni? Dia tercongak-congak
dengan kata-katanya sendiri. Lantas satu gelaran sudah menari-nari di ruangan
mindanya. Pencegah maksiat!!! Benarkah??? Sungguh! Gelaran itu bagaikan penjenayah
yang amat menakutkannya saat ini. Dia sudah benar-benar kecut perut. Darah
sudah berlumba-lumba memenuhi setiap inci salur darah di mukanya. Dia mula
berpeluh-peluh walau pun air cond dalam bilik hotel itu sudah cukup
menyejukkan. Betapa malunya dia rasakan saat ini. 'Ditangkap khalwat'. Perkataan
itu sudah terngiang-ngiang di telinganya..
Ya
Allah! Kenapa sampai begini sekali nasibku ya Allah. Apakah yang harus aku lakukan
ya Allah! Dia mula menangis teresak. Mira sangat takut memikirkan akibatnya
kelak. Hidupnya bakal hancur sekali lagi. Apatah lagi jika dipaksa menjadi
isteri kepada lelaki yang pernah menghancurkan masa depannya. Ya Allah!
bantulah hambamu ini.
Permudahkanlah
masalah hambamu ini Ya Allah! Berikankanlah aku kekuatan untuk menghadapi
masalah ini! Sempat aku panjatkan doa kepada-NYA memohon agar diperkukuhkan
imanku. Dipermudahkan urusanku. Semoga ada hikmah di sebalik semua kejadian
ini. Pegawai-pegawai dari jabatan pencegah maksiat tadi menapak masuk. Tanpa
sedar airmatanya menitik laju.
"Tak guna awak menangis sekarang! Percuma!
Memang begini perangai perempuan zaman sekarang. Murah sangat maruah
diri!" tengking suara lain. Bukan sekali ini dia berjumpa dengan perkara
seperti ini. Tetapi setiap kali mereka berdepan dengan kejadian seperti ini
mesti si gadis akan menagis. Kononnya mereka tidak sengaja. Dan pelbagai alasan
yang akan mereka dengar. Tetapi mereka sudah biasa.
Mira jadi bertambah sebak bila dikatakan
perempuan tak bermaruah. Air mata semakin deras mengalir keluar dari kelopak
mata. Kalaulah mereka tahu dia bukanlah gadis sepincang itu. Mahu saja dia
jeritkan bahawa dakwaan mereka salah sama sekali. Namun takut pula dia
bersuara. Mira takut lebih banyak hinaan akan dilemparkan padanya
nanti.
"Syyy...
jangan nangis sayang! Saya ada disini. Saya janji akan bertanggungjawab dan akan
melindungimu sayang!" bisik Iqbal Iskandar sebak ke telinga Mira Syafika. Entah
bila masa pula dia berada di sebelahnya. Mira Syafika menjeling tajam.
“Siapa
sayang awak?” soalnya kepada Iqbal Iskandar. Bertambah sakit hatinya mendengar
Iqbal memanggilnya begitu. Sesenang itu
saja Iqbal memanggilnya sayang.
“Sayang
jangan cakap macam itu. Saya akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku.”
“Semudah
itu je?”
“Dan
saya sanggup berkahwin dengan sayang” ujarnya perlahan. Semakin bencilah gadis
itu kepadanya. Mencerlung pandangan Mira kepadanya. Paling Mira geli dengar
bila Iqbal memanggilnya sayang. Entah apa mimpi dia memanggil dirinya begitu.
“Siapa
yang nak kahwin dengan awak? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.. Biarlah perkara
ini selesai macam tu saja. Aku tak kisah kalau awak tak nak bertanggung jawab
pun”jawab Mira separuh sakit hati.
“Tapi
aku kisah. Sayang jangan berdegillah okey. Awak ingat masalah ni boleh selesai
macam tu saja.”geram juga hatinya mendengar kedegilan Mira yang masih membantah
keputusan itu.
“Sudah!!
Sudah!! Kenapa awak berdua bertengkar pulak? Tadi yang perempuan menangis. Sekarang
bertengkar pulak. Apa nak jadi dengan korang berdua ni?” kedengaran salah
seorang pegawai itu menegur mereka. Mereka bertengkar tanpa menyedari ada
mata-mata yang menyaksikannya.
Memandangkan
jelingan mata yang tajam dari Mira Syafika dia sedar hati gadis itu tergores
dengan hinaan yang dilemparkan oleh pencegah maksiat tersebut. Dia tidak rela
mendengar tangisan dari wanita kesayangannya. Hatinya turut sama sedih bila
gadis kesayangannya sedih. Bagaikan ada perkongsian perasaan diantara mereka.
'Ahh!!
salahku semuanya!' desis hatinya.
"Err.. Saya rasa encik semua sudah
tersalah bilik!" ujar Iqbal Iskandar.
"Kamu
jangan nak bohonglah! Baik... Kalau benar laporan itu palsu encik perlu
buktikan bahawa kamu tidak bersalah. Sekarang, tunjukkan kad nikah kamu!"
sahut suara lain dengan lantangnya. Geram juga mereka apabila mendengar Iqbal
berkata demikian.
"Err..ermm....saya
terlupa bawa encik. Kad nikah tu ada di rumah keluarga saya" terang Iqbal
Iskandar dengan sedikit gagap. Siapa tidak cuak bila ditangkap khalwat walaupun
semuanya itu adalah rancangan spontannya. Namun, rasa gembiranya masih disitu.
"Selain dari kamu berdua, ada sesiapa
lagi yang menyorok dalam bilik ini?" tanya suara itu dengan sinis.
"Maaf
encik! Hanya kami berdua dalam bilik ini. Tidak ada orang lain! Sebenarnya
tadi memang ada sessi temuduga calon. Tetapi kawan saya sudah balik. Manalah
saya tahu ada calon terakhir lagi" lancar saja Iqbal Iskandar
menjawab. Namun jantungnya sudah berdetup-detap. Mana tahu kalau gadis itu
mengamuk dengannya. Tak jadilah rancangan dia dan Amirul.
Mira
mengigit bibirnya menahan geram. Kata-kata Iqbal sebentar tadi seolah-olah menyalahkan
diri yang datang lambat untuk temuduga itu.
"Baiklah..
Kalau macam tu sila ikut kami ke balai sekarang juga!!!"
“Encik..
Tolonglah.. Saya tak nak kahwin dengan dia ni. Saya ke sini untuk temuduga
bukan untuk jumpa dia ni.” ujar Mira. Merayu kepada salah seorang pegawai di
hadapannya itu.
“Sayang
kenapa ni? Kita berduakan saling kenal. Jadi tak ada masalahkan? Takkan sayang
tak nak kahwin dengan saya ni?” soal Iqbal. Dia cuba menarik perhatian daripada
pegawai tersebut.
“Siapa
yang nak kahwin dengan awak?” jawab Mira berani. Matanya berlawan dengan mata
Iqbal. Rasa nak meletup saja dirinya menahan amarah.
“Sayanglah.
Siapa cakap sayang boleh pilih nak kahwin atau tidak. Boleh tak boleh... mesti
kahwin.. “selamba saja Iqbal menjawabnya.
Mira
melihat Iqbal merenungnya tajam. Sukar rasanya mahu menggambarkan perasaannya
sekarang. Memang dia sangat-sangat marah dan geram.
“Amboi
senangnya awak bercakap. Awak ingat saya ni anak patung. Sesuka hati awak je
buat keputusan.”ujar Mira tidak puas hati.
“Dah
jangan bergaduh lagi. Elok kita pergi ke balai sekarang.” Salah seorang pegawai
cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua.
"Baik
encik. Tapi boleh tak encik semua tunggu di luar sekejap. Tak elok rasanya
membiarkan saya berpakaian sebegini. Saya nak tukarkan pakaian saya
sekejap!" pinta Iqbal Iskandar dengan lembut.
"Ok..
saya bagi kamu 10 minit untuk berkemas. Kami tunggu diluar!" akur salah
satu lagi pegawai pencegah yang sedari tadi senyap sebelum mereka keluar
meninggalkan bilik itu.
"Baik
encik. Terima kasih kerana berikan kerjasama!" balas Iqbal Iskandar tona
suara yang masih sama.. Namun dalam hatinya gembiranya sudah bukan main
kepalang. Namun terbit rasa bersalahnya kepada Mira. Tak semena-mena gadis itu
sudah terlibat dalam masalah hidupnya. Ya Allah! ampunkan dosaku. Aku tidak
punya pilihan lain. Aku terpaksa lakukan ini semua. Iqbal Iskandar sudah
bemonolog dalam hati. Keinginan yang sudah tak terbendung membuatkan dia
merancang satu cara untuk memiliki Mira Syafika.
Sungguh!
Dia sudah tidak punya banyak masa. Kes darurat sangat. Dia didesak oleh mamanya
untuk mengahwini Rozie anak Tan Sri Ruslan. Dia benci pada gadis itu. Dia sudah
penat memujuk mamanya untuk membatalkan rancangan perkahwinan mereka.
Mira
sudah makin tidak keruan bila dia kena datang ke balai. Apakah yang sudah
berlaku disini sebentar? Mengapa mesti dia yang terlibat dalam masalah sebegini?
Entah kenapa tiba-tiba hatinya merasa sangat sebak. Air mata sudah
mengalir membasahi pipinya walaupun tanpa esakan. Mira baru saja ingin
melangkah keluar namun tangannya sempat di rentap oleh Iqbal Iskandar.
Membuatkan Mira terpeluk lagi dalam pelukan Iqbal Iskandar.
Tiba-tiba
Iqbal Iskandar tersenyum lebar pada Mira. Kemudian jemari kasarnya mengesat
airmata Mira perlahan-lahan.
“Maafkan saya kerana membuatkan sayang
menangis. Saya tak bermaksud untuk melukakan hati sayang. Tapi percayalah apa
yang berlaku ini adalah kehendak tuhan. Saya tak kisah untuk bertanggungjawab
jika itu yang boleh membuatkan saya untuk memiliki awak Mira!" luah Iqbal
Iskandar dengan lembut. Mira hanya mendiamkan diri. Entah betul ke tidak kata
mamat ni.. Yang pasti hatinya sukar untuk mempercayai kata-kata yang baru
kedengaran di telinganya tadi. Mungkin itu hanya lakonan semata-mata.
"Sekarang saya nak ganti pakaian yang
sesuai dulu ya... kita kena pergi ke balai kejap lagi. Jangan lupa beritahu
orang tua sayang yang kita ditahan di balai. Untuk kali ini saja saya harap
Mira tidak membantah cakap saya!" rayu Iqbal Iskandar lembut sebelum
meleraikan pelukannya.
Mira
terdiam dengan kata-katanya. Dia bagaikan terpujuk dengan rayuannya. Sekarang,
mana dia kata janjimu. Dasar hipokrit!!! Ahh! Entah kenapa cepat sahaja
pendiriannya berubah. Mungkin kerana kata-katanya yang begitu tulus dan suci
dipendengaranku. Tapi bolehkah dia percaya kata lelaki itu. Namun sekarang dia
buntu dengan semua ini. Apa maksudnya mahu memilikiku? Ahh! Susahnya
otaknya memikirkan perkara itu. Bukankah dulu dia juga yang...?
Arghh..!!!!!!!!!
Tiba-tiba
terlintas di fikiranku satu mainan perkataan yang begitu keramat. Mungkinkah
dia? Mungkinkah dia sengaja ingin membalas dendam yang masih ada terhadapku?
Tapi besar sangatkah salahku sampaikan ke hari ini Iqbal Iskandar masih
mendendamiku. Mungkinkah? Tak mustahilkan? Ah! Mengarut! Seumur hidupku, aku
tidak pernah mempercayai cinta. Seringkali kawan-kawanku mengatakan aku kolot.
Ah! lantaklah.
Biarlah
aku begini hidup sendirian. Lebih bahagia. Benarkah??? Oh kenapa semua ini
harus berlaku kepadaku? Adilkah tuhan memperlakukan aku sebegini? Mengapa aku
harus diuji begini? Pernahkah aku berbuat salah sebesar ini sehingga tuhan
mengujiku sebesar ini? Ya! Mungkin juga sebab aku mendendami lelaki yang berada
di depanku ini. Mungkinkah ini balasan yang ku terima atas perbuatanku?
Astaghfirullahalazim...' Ya Allah aku hanya mampu berserah kepadamu. Redhailah
hidupku. Walau apapun yang akan berlaku selepas ini, redhailah keputusanku.
Semoga ianya memberi hikmah yang besar kepada hidupku kelak. 'Mungkin ini sudah
takdir hidupku!' bisikku sendirian.
Air
matanya tetap membasahi pipinya. Penyesalan yang tiada gunanya. Penyesalan yang
tiada kesudahan dalam jiwanya. Kerana dia alpa, dia di bebani dengan dugaan
yang sebegini besar. Dimana dia nak sorokkan mukanya. Apa yang harus dia jawab
kepada insan yang menyayanginya. Apakah alasan yang boleh membuatkan mereka
agar percaya dengan kata-katanya. Untuk berkahwin dengan lelaki itu bukanlah
kemahuannya. Namun apa yang boleh dia buat untuk mempertahankan dirinya. Dulu
pun dia pernah tewas sekali dalam tangan lelaki durjana itu. Apa lagi situasi
sekarang membuatkan orang menuding jari ke arahnya.
No comments:
Post a Comment