ISABELLA tersenyum gembira apabila dia berjaya mengajak Tengku Elman
pergi membeli belah tengah hari itu. Dia mahu Tengku Elman kagum dengan
kecantikannya pada malam perasmian majlis itu. Dia tidak mahu kalah dengan
sesiapa sahaja pada malam itu. Dia mahu kelihatan cantik dan memukau pada malam
yang penting itu.
Tengku Elman yang sedang menunggu Isabella sedang
membelek majalah di tangannya. Dia berasa bosan kerana terpaksa menunggu
Isabella yang memang terkenal dengan sikapnya yang cerewet ketika membeli
barang. Kalau Isabella itu bukan tunangnya sudah lama dia pergi meninggalkan
tempat itu.
“Sayang ini cantik tak?” kedengaran suara Isabella
menerjah di telinga Tengku Elman. Tengku Elman menoleh.
“Mmmm Cantik!!” balasnya pula. Isabella tersenyum
suka. Dia sudah mengangak yang Tengku Elman akan sukakan pilihannya tadi. Dan
dia juga benar-benar berpuas hati dengan gaun malam yang agak seksi itu. Malam
itu nanti pastinya dia akan menjadi tumpuan para tetamu. Rasanya dia tidak
sabar menunggu malam itu.
“Kalau sayang dah cakap cantik, Bella ambil yang
inilah..” jawab Isabella lagi. Tengku Elman hanya mengangguk. Dia tiada ‘mood’
untuk menemani Isabella keluar petang itu. Fikirannya hanya melayang kepada
Humaira.
Setelah berpuas hati dengan gaun yang dibelinya,
mereka terus keluar dari butik itu.
“You masih lagi nak shopping lagi ke?” soal Tengku Elman. Dia melihat Isabella masih
lagi melihat-lihat persekitaran seperti tidak mahu balik lagi.
“I rasa nak shopping
lagi. Dah lama I tak ada masa shopping
macam ni. Lebih-lebih lagi pergi shopping
dengan you..”
“I kena balik ke pejabat.. Ada banyak kerja yang perlu
I siapkan..”
“Takkan you tak boleh temankan I? Asyik-asyik kerja..
Ni mesti alasan you je kan?”
“Bella.. Pleaselah..
I betul-betul banyak kerja.. Lain kali lagi I temankan you pergi shopping. Tapi buat masa sekarang, I
betul-betul busy.. You pun tahukan
ada banyak perkara yang kena siapkan dengan cepat sebelum majlis itu nanti..”
“Okeylah.. kalau macam tu.. tapi you janjikan akan
temankan I shopping lain kali..”
Tengku Elman mengangguk.
Tengku Elman pula terus sahaja pulang ke pejabatnya.
Manakala Isabella masih lagi mahu membeli belah.
“Hai
Bella..” sapa satu suara dari belakang. Isabella menoleh. Dia memerhati wajah
yang berdiri di depannya. Trisha? Apa yang dia buat kat sini?
“Oh
Hai Trisha..” jawab Isabella sambil tersenyum yang tidak ikhlas.
“You
sorang saja ke?” soal Trisha lagi bila melihat Isabella seorang diri di
depannya.
“I
seoranglah..” jawab Isabella tidak senang hati. Kalaulah Tengku Elman berada di
sisinya pasti dia akan tersenyum puas hati kepada perempuan itu.
“Hai..
Tengku Elman mana? Dulu bukan main berkepit lagi you dengan dia, sampai kami
pun tak ada chance nak dekat Tengku
Elman..” ujar Trisha separuh menyindir. Isabella semakin panas hati. Pantang
baginya kalau ada orang yang menyindirnya pasal Tengku Elman. Perempuan ni
mungkin tak tahu yang dia dengan Tengku Elman sudah bertunang dan akan
berkahwin tak lama lagi.
“Hei
Trisha, dengar sini baik-baik. I dengan Tengku Elman sudah bertunang, dan akan
kahwin tak lama lagi. Jadi I harap you tu patut menerima hakikat yang I memang
di takdirkan untuk lelaki yang bernama Tengku Elman..”
“Oh
iya ke? Congratulation!! Jangan dia
kahwin dengan orang lain tu sudahlah.. You juga yang gigit jari..” balas Trisha
lagi. Dia tidak hairan pun kalau Isabella sudah bertunang dengan Tengku Elman.
Dia masih ingat lagi ketika mereka sama-sama menuntut di London dulu, mereka
berdua memang tak dapat berenggang. Isabella pula sanggup bergaduh dengan
mana-mana wanita yang di nampaknya bercakap dengan Tengku Elman. Dia juga tidak
terkecuali.
“Jaga
sikit mulut you tu.. Walau dengan apa cara sekali pun, I tetap akan berkahwin
dengan Tengku Elman.. dan Tengku Elman tetap akan jadi milik I..” kini giliran
Isabella pula yang menjawab. Trisha hanya tersenyum. Perempuan ini memang tidak
pernah berubah!
“Okey
I pun nak cow dulu.. Pastikan jangan lupa beri kad jemputan pada I. I pasti
akan datang di hari pernikahan you all
berdua.”
Isabella
merengus sendirian. Ada-ada saja insan yang cemburukan dia dengan Tengku Elman.
Dia terus sahaja mengmabil keputusan untuk pulang ke rumah. Kalau dia terus
berjalan-jalan nanti ada pulak masalah lain yang timbul. Cukuplah dengan
pertemuannya tidak sengaja dengan Trisha tadi sudah membuatkan dia hilang
pertimbangan.
SALLY
berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan Tengku Elman Qaufar. Dia ingatkan
semasa di Johor hari itulah kali terakhir dia akan berjumpa dengan lelaki itu.
Namun kerana tuntutan kerja, kini dia berpeluang berjumpa semula dengan Tengku
Elman Qaufar.
“Hi
Tengku, kita jumpa lagi..”
“Ya
Hi.. Macam mana perjalanan you hari
ini?” soal Tengku Elman pada Sally.
“I baru sampai dan terus datang ke
sini..” jawab Sally dengan senyuman yang mekar di bibirnya.
“Husband you tak ikut ke?” soal Tengku
Elman Qaufar.
“Dia
akan datang pada hari majlis pelancaran itu nanti. Sekarang dia masih sibuk
dengan kerjanya..” jawab Sally sambil tersenyum. Berada di samping lelaki itu
walau pun sekejap membuatkan dia berasa bangga. Bukan mudah untuk mendekati
lelaki yang penuh karisma segak dan bergaya seperti Tengku Elman Qaufar.
Silap-silap dia akan di serang oleh tunang lelaki itu.
‘Oh
nasib baiklah Azwan tak datang awal’ bisik hati Tengku Elman. Kalau tidak pasti
hatinya tidak akan senang bila mengingatkan Humaira yang masih lagi bersedih
dengan perpisahan mereka. Tengku Elman memandang jam di tangan. Sudah masuk
waktu makan tengah hari.
“Oh
ya.. Okey apa kata kita keluar makan? Lagipun dah tengah hari ni! Atau you diet?” usik Tengku Elman Qaufar.
Sally ketawa. Lucu betul kata Tengku Elman. Tetapi memang Tengku Elman tidak
silap. Dia jarang mengambil makanan berat di waktu tengah hari. Tetapi hari
ini, dia tidak mahu terlepas peluang. Bukan selalu dia dapat berdampingan
dengan lelaki yang gah pada nama dan rupanya itu.
“Okey
jugalah tu.. I tak nak dietlah hari
ni.. Lagi pun rasa penat sikit juga…” ujar Sally dengan mesra.
Belum
sempat mereka bangun menuju ke pintu, tiba-tiba pintu di buka dari luar.
Kelihatan Isabella memengang tombol pintu itu.
“Sayang..
you nak pergi mana?” soal Isabella.
Dia ternampak seorang perempuan bersama tunangnya dalam billik itu. Baru dia
teringat tadi dia di maklumkan oleh Erin tentang kedatangan Sally dari Johor
sedang bersama Tengku Elman dalam pejabatnya.
“Oh
ya,, Bella.. Kenalkan ini Sally wakil dari Johor.. Ini Isabella tunang I merangkap pembantu I sekarang ini..” Tengku Elman Qaufar
memperkenalkan mereka berdua.
Isabella
menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Sally. Sekali sekala Sally
menjeling ke arah Isabella. ‘Bertuah betul perempuan ini dapat tunang yang
kacak dan kaya seperti Tengku Elman ini’ bisik hati Sally. kalaulah dia belum
lagi berkahwin dengan Azwan pasti dia tidak akan melepaskan peluang keemasan
ini.
Ketika
ketiga-tiga insan itu keluar dari bilik pejabat Tengku Elman, Humaira hanya
memandang dari jauh. Entah mengapa hatinya tiba-tiba jadi sakit. Cemburukah dia
terhadap Tengku Elman yang kelihatan mesra dengan kedua wanita itu? Biar pun
dia tahu hakikatnya bahawa Isabella tunang kepada Tengku Elman dan Sally pula
isteri kepada Azwan. Arghhh!!!
‘Aku
benci pada hati yang pandai cemburukan dia’ bisik hati Humaira sambil mengurut
dadanya. Dia rasa seperti sesak nafas. Apakah petanda ini menunjukkan dia sudah
jatuh hati pada lelaki itu. Oh tidak! Lelaki itu sudah menjadi tunang orang.
Hish!! Perasaan apa yang tiba-tiba datang kepadanya pula? Perasaan yang tidak
di undang tapi sungguh dia tidak meminta perasaan itu datang padanya.
Entah
mengapa Humaira rasa cemburu apabila melihat Tengku Elman sedang tersenyum pada
kedua wanita itu. Dia mula berperang dengan perasaan sendiri. Bagaimana
penerimaan Tengku Elman jika dia tahu dirinya mempunyai perasaan yang luar
biasa.. Selama ini dia selalu menidakkan perasaan yang hadir dalam dirinya.
Arghh!! Dia rasa sangat keliru!!
KETIKA
berada di meja makan hanya kedengaran Sally dan Tengku Elman sahaja yang
berborak. Manakala Isabella hanya menjadi pendengar sahaja. Sekali sekala
terdengar gelakan manja dari Sally membuatkan hati Isabella semakin membengkak.
Tengku Elman Qaufar pula membuatkan diri seperti tidak wujud di antara mereka
bertiga.
Selepas
makan, mereka bertiga beredar. Sally suka kerana Tengku Elman sentiasa memberi
perhatian kepadanya.
“Bella,
you balik dululah ya. I nak hantarkan Sally balik ke hotel. Lagipun I tahu
mesti Sally penat.”
“Sayang,
takkan nak tinggalkan I kat sini. Kan ke tadi I naik kereta you..” soal
Isabella dengan mimik mukanya. ‘Mana boleh dia nak biarkan Tengku Elman dengan
Sally! Ingatkan dengan Humaira saja dia kisah. Rupanya dengan perempuan ini
lagilah. Rupanya pandai menggoda. Takut pula kalau Tengku Elman tiba-tiba
berubah hati!’
Sally
mencebik mukanya. ‘Jelouslah tu!’
bisiknya dalam hati. ‘Tapi memang pun siapalah yang berani biarkan perempuan
lain dengan tunang yang sekacak Tengku Elman ini! Itulah lumrahnya’
“Okey..
you ikutlah I sekali. Nanti baru kita balik office
sama..” Tengku Elman memberi keputusan. Isabella tersenyum lebar. ‘Padan muka
kau.. ya nak sangat menggedik dekat tunang aku!’ ujarnya dalam hati. Tengku
Elman terus menghantar Sally ke hotel kemudian dia dan Isabella balik ke
pejabat.
SEKALI sekala terdengar
suara keluhan dari bibir Humaira. Kak Sofi dapat melihat wajah Humaira yang
agak cengkung sedikit. Memanglah dia tahu beberapa hari ini mereka sibuk untuk
membuat persiapan majlis pelancaran produk baru. Akhirnya kakinya tetap juga
melangkah mendekati Humaira.
“Akak
tengok Ira macam letih je..”
“Memang
letih.. Hari-hari Ira kena balik lambat..”
“Balik
lambat?” soal Kak Sofi hairan. Setahu dia semua pekerja lain balik awal seperti
biasa.
“Memanglah..
Ira balik lambat tiap-tiap hari. Ni pun Ira belum sempat beli apa-apa lagi tau
unutk di pakai malam ini..” Humaira mula mengadu. Dia rasa hanya pada Kak Sofi
saja dia dapat meluahkan perasaannya.
“Oh
kesiannya.. Akak tak tahu pula Ira selalu balik lambat.. Jadi Ira nak pakai apa
untuk pakaian malam ini?” soal Kak Sofi lagi. Memang dia nak tahu apa yang
Humaira mahu pakai kerana malam ini dia akan menemani Humaira untuk berdiri di
depan pintu menyambut tetamu.
“Entahlah
kak.. Kalau Ira tak sempat membeli petang ini, Ira pakai kebaya sajalah..”
jawab Humaira selamba.
“Hah!!
Ira jangan nak bergurau?” kata Kak Sofi terkejut. Dia terkejut mendengar
jawapan dari Humaira.
“Bergurau
apanya kak? Betullah cakap Ira.. Pakai baju kebaya pun nampak elegan kalau kena
dengan majlis...” Humaira tergelak. Dia sudah menjangka yang Kak Sofi akan
terkejut mendengar jawapannya.
“Sebenarnya
orang macam Ira ni, pakai apa pun nampak cantik!!” balas Kak Sofi lagi.
“Kakak
yang bergurau!!” ujar Humaira lagi.
“Kakak
seriuslah Ira. Mana tahu malam nanti, tengok-tengok Ira yang menonjol walau pun
pakai baju kebaya!” kedua mereka ketawa! Pada masa yang sama, Tengku Elman
terdengar gurauan dari Humaira dengan Kak Sofi.
‘Abang
akan pastikan isteri abang paling cantik malam ini!!’ ujar Tengku Elman dalam
hati.
PAGI ini adalah waktu terakhir mereka membuat persiapan. Humaira ingat
kalau dia selesai membuat kerja itu nanti dia mahu pulang ke rumah secepat
mungkin dan keluar unutk membeli pakaian yang akan di pakaikan malam ini. Namun
entah sempat ke tidak dia pergi membeli pakaian itu nanti.
Dia berhenti apabila lampu isyarat menunjukkan merah.
Entah mengapa dia teringat kembali akan gelagat Tengku Elman yang hari ini
langsung tidak bertegur dengan dirinya. Tiba-tiba timbul pula rasa cemburu.
‘Hish kenapa dengan aku ni? Sepatutnya aku gembira
kerana dia tidak menganggu aku seperti selalu. Tetapi pelik pula rasa perasaan
ini bila tidak mendengar suara usikannya.. Apakah aku dah jatuh cinta dengan
lelaki itu..’
‘Kenapa kau nak jatuh cinta pada tunang orang? Dulu
kau juga yang selalu cakap tak sukakan dia!’ bisik satu suara di telinganya.
‘Tak aku tak sukakan dia!! Aku bencikan dia!!’
‘Benci konon! Kalau benci kenapa kau rasa tak selesa
bila dia langsung tak tegur kau? Kenapa pula timbul rasa cemburu di hati kau
bila ternampak dia bersama wanita lain?’
‘Tidak aku memang tak sukakan dia. Aku bencikan dia!
Aku memang tak sukakan dia!!’
‘Kau boleh tipu orang lain. Tapi kau tak boleh tipu
hati kau sendiri.. sebab hati kau lebih mengenali peribadi kau..’
Humaira tersentak. Bunyi hon kereta di belakang
mengejutkan dia. Lalu dia mengucap!! Rupa-rupanya itu hanya khayalannya sahaja.
Cepat-cepat dia menekan minyak lalu menuju ke rumah.
BEST NAK LAGI.
ReplyDeletetq.. kerana sudi mengikuti siri novel yang tak seberapa ini..
DeleteI like it...waiting 4 the nxt chapter
ReplyDeleteTq.. kerna sudi follow cerita ni..
Deleteassalamulaikum. sally nak mengorat tengku elman pula ya. suaminya nak tinggal kat mana. Nak perang dengan isabella ya
ReplyDeletesalamm... tq.. biasalah... orang macam Sally memang macam tu.. nak dapat yang lebih lagi. pada hal suami dia dah cukup baik..
DeleteBest... biar la dorang nak perang ap k.... asal dorang tak kacau humaira n TEQ... ^_^
ReplyDeleteyelah biarlah dua orang tu bergaduh.. janji tak ganggu Humaira dan TEQ...
Deleteakak.. bila next en3 kluar? jgn lah lame sngt... rindu tau ngan dorang... :)
ReplyDelete