Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday 29 August 2013

Ada Dia Di Hati 25


 “Abang, Isha hantar Akif ke taska dulu ya..”

“Kenapa tak suruh Pak Mat hantar?” soal Amri kehairanan.

“Entahlah.. Dia merengek-rengek minta Isha hantar dia..” jawab Alisha. Dia pun tidak tahu apa kena dengan anak lelakinya pagi ini. Tiba-tiba sahaja minta dia hantarkan ke sekolah.

“Mama, cepatlah nanti Akif lambat!”

“Dengar tu bang, sekarang dia dah pandai nak menyuruh pulak!” ujar Alisha dengan geram. Amri hanya ketawa. Kadang-kadang dia terasa lucu dengan sikap Alisha yang kadang-kadangnya kebudak-budakan.

“Biasalah budak-budak. Sekali sekala memang dia nak bermanja-manja juga dengan Isha. lagi pun Isha dah lama tak hantar dia pergi ke sekolah..” ujar Amri sambil mengambil kasut di rak yang telah di sediakan.

“Yelah abang ni pun sama..”

Amri hanya ketawa. Pagi-pagi lagi dia terhibur dengan gelagat kedua insan yang penting dalam hidupnya. Amanah papanya supaya menjaga Alisha dengan Akif tetap di pengangnya.

Masuk kedalam kereta, Alisha menghidupkan enjin kereta.

“Mama cepatlah. Apalah yang di cakapnya dengan babah lama-lama. Nanti Akif lambat tau!” bebel si anak kecil itu. Alisha tersenyum. Dia terhibur pula melihat gelagat Akif pagi ini.

“Alolo anak mama cayang.. Cayang merajuk ke? Kita belum lambat lagilah.. Tadi mama cakap dengan babah nak hantar Akif sebelum mama masuk pejabat..”

“Oh macam tu.. Cepatlah mama. Nanti lambat..”

Alisha mencuit pipi Akif. Permata hati yang selalu menghiburkan dirinya. Terus sahaja dia memandu menuju ke sekolah Akif.

.........................

Alisha mempercepatkan langkahnya. Nampaknya hari ini dia terlewat untuk masuk ke pejabat. Memanglah syarikat itu arwah papanya yang punya tapi dia tidak boleh menunjukkan sikap yang tidak baik pada para pekerjanya. Ketika dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya tadi, dia sempat menghubungi abangnya mengatakan dia lambat masuk kerja. Nasib baiklah abangnya tidak marah.

Entah apa angin Akif pagi tadi, tiba-tiba merengek minta di hantar ke Taska. Biasanya dia tidak berperangai begitu.

Dalam perjalanan pula dia terperangkap dengan kesesakan jalan raya kerana berlaku kemalangan di lorong tengah jalan raya.

Tiba-tiba dia terlanggar tubuh seseorang.

‘Dupp!’

Alisha terjatuh akibat pertembungan yang kuat dari orang yang berlanggar dengannya. Dia terduduk kerana terasa pinggangnya sakit akibat hentakan tadi. Alisha mengangkat wajahnya. Lambat-lambat Alisha berpaling ke belakang, Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

Matanya tertancap tepat ke seraut wajah yang merenungnya. Wajahnya yang dari tadi tengang mengendur perlahan. Jantungnya berdegup laju, dan nafasnya ditarik dan dihembus sudah terasa sesak dan pendek. Seluruh badannya terasa sejuk dan menggigil lututnya menahan sejuta rasa. Demi tuhan mengapa dia harus bertemu dengan wajah itu?

“Miss are you okey?” Tajam mata Alisha melihat tubuh lelaki yang berjalan menujunya itu. Entah kenapa suara itu membuatkan dadanya berkocak resah. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Takkanlah dia?

Nafasnya mula sesak, berdebar-debar menunggu lelaki itu berpaling menayang muka. Kalau betul dia tu Zafran Haicarl, apa yang perlu dia buat? Lari sekuat hati? Atau mungkin dia terus pengsan di sini?

 Miss, are you okey?” semakin berderau darah Alisha mendengar soalan dari bibir lelaki itu. Tangannya serba tak kena. Perlahan lelaki itu menapak ke arahnya. Dan apabila lelaki itu mendekat, dia berpaling, matanya membulat. Terasa degupan jantungnya berhenti untuk beberapa saat. Bukan dia saja yang terkejut, malah lelaki itu turut tercengang melihat dia ada di sini.

Melihat lelaki itu mahu mendekati dirinya Alisha terus mengangkat tangannya.

“I said leave me alone!”

Zafran Haicarl menelan air liur. Buat pertama kalinya dia di tolak dan direject seperti ini! Perempuan ini dari mana datang agaknya? Langsung tak tergoda dengan rupa dan suaranya. Bibirnya di ketap rapat. Rasa geram pun ada!! Ini semua pasal wanita ini!

“Jangan dekat dengan I!” jerit wanita itu dengan lantang.

“I cuma nak tolong you..”

Wajah wanita cantik di hadapannya di renung. Yang ini lebih classy dan bergaya serta semula jadi cantik. Langkah Zafran Haicarl itu terhenti. Buat seketika mata mereka berlaga. Dan wanita itu benar-benar tidak suka dengan kehadirannya. Entah di mana silapnya dan apa salahnya?

 “Alisha..” panggil lelaki itu. Mendengar lelaki itu menyebut sebaris nama itu membuatkan Alisha yakin! Itulah lelaki yang ingin dia hindari seumur hidupnya!

Melihat reaksi wanita itu, Zafran menyedari wanita itulah yang di carinya selama ini! Dia tidak menyangka yang dia betul-betul bertemu dengan Alisha. Dengan tidak menunggu lama Alisha terus melangkah meninggalkan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui identitinya.

“Alisha..”

Alisha menoleh sekali lagi. Memang benar itulah lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya suatu masa dulu. Dia tidak berlengah lagi. Dia harus lari dari situ.

“Alisha..” kelam kabut Alisha melarikan diri. Dia tidak mahu lelaki itu menjejakinya. Namun lelaki itu tetap mengejarnya dari belakang.

“Alisha...” panggil lelaki itu lagi. Makin cepatlah Alisha melangkahkan kaki. Dan Zafran yakin itu memang Alisha. Sebab itu dia melarikan dirinya.

...........................................

Sebaik sahaja ternampak kelibat Alisha, Maisarah mula menegur. Biasanya Alisha yang rajin menegur dahulu. Namun pagi ini, Alsiha lambat masuk ke pejabat.

Good morning kak!” sapa Maisarah.

Good morning..

“Kenapa wajah akak semacam je?” soal Maisarah lagi. Alisha cuba tersenyum. Namun senyumannya itu pun begitu payah di ukir.

“Tak ada apalah..”

“Kenapa lambat? Biasanya akak tak lambat pun!”

“Si Akif meragam. Dia nak akak juga yang hantar dia ke sekolah. Dalam perjalanan pula akak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Kau pun tahukan jalan kat Kl ni kalau ada berlaku kemalangan?”

Maisarah hanya mengangguk!

“Okeylah akak masuk dulu!” Alisha meminta diri.

........................

Dalam pejabat, Zafran masih memikirkan kelakuan wanita yang di temuinya pagi tadi. Nampak aneh. Selama ini tidak pernah ada wanita yang menolak dirinya mentah-mentah. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang di temuinya pagi tadi.

Bunyi ketukan pintu biliknya membuatkan dia tersedar.

“Masuk..”

Noni segera masuk membawa fail yang perlu di lihat oleh Zafran.

“Petang nanti, bos kena jumpa Encik Amri untuk projek kat Johor tu.”

“Okey.. Ada apa-apa lagi ke?”

“Itu saja..”

“Terima kasih..”

 Zafran kembali lagi menyambungkan kerjanya. Dia tidak mahu memikirkan sangat tentang wanita pagi tadi. Namun sudah dua jam berlalu wajah itu tetap menganggu fikirannya.

........................

Alisha berpaling ketika mendengar bunyi pintu di buka dari luar. Terpacul pula wajah abangnya di muka pintu sambil tersengih-sengih.

“Macam mana dengan Isha hari ini? Sibuk sangat ke sampai tak keluar makan tengah hari?” soal Amri sebaik saja dia mengambil tempat duduk di depan Alisha.

“Abang, kan ke Isha dah pesan kalau nak masuk bilik Isha kena ketuk pintu dulu. Ni tak suka sangat nak buat Isha terkejut...”

Amri tersengih.

“Ala bos nak masuk bilik pekerja sendiri pun kena ketuk ke?” soal amri lagi. Suka sangat dia melihat wajah Alisha yang membulatkan matanya.

Isha hanya mencebik.

“Aik nak masuk bilik pejabat adik sendiri pun nak ketuk dulu ke? Tak ada surpriselah kalau macam tu!”

Surprise apanya bang. Nasib baik Isha tak sakit jantung! Kalau tak memang ada Isha terus pengsan kerana terkejut!” marah Alisha lagi. Dia memang geram dengan sikap abangnya itu.

Amri hanya tersenyum. Alisha sudah banyak berubah. Yelah semenjak dia bekerja di syarikat ini, dia memang menjaga penampilan dan juga pergaulan. Dia senang dengan perubahan Alisha.

“Abang dah nak pergi dah ke ni?” Amri tersedar dari lamunannya.

“Nak pergi mana?”

“La.. pagi tadi cakap, abang cakap nak jumpa klien. Cakap nak bincang pasal projek tu” ucap Alisha lagi.

Amri baru teringat.

“Ya tak ya juga abang lupalah. Kalau Isha tak ingatkan mesti abang lupa..” kelihatan Amri menepuk dahinya. Alisha mengetap bibirnya. Memandang abangnya dengan penuh geram!

“Apa yang abang ingat sampai dah lupa dengan temu janji tu.. Abang ingatkan Kak Nor ye?” usik Isha lagi. Amri hanya tersenyum.

“Hish!! Isha ni kalau bab nak usik abang.. Sukanya dia..”

“Mestilah suka.. Tak sabar tau Kak Nor jadi kakak ipar Isha.. Lagipun abang tak perlu risau pasal Isha lagi!”

Amri terus memandang jam tangannya. Dia berfikir seketika.

“Tapi abang ada appointment dengan klien Jepun sekejap lagi di Restoran Amana.”

“Habis macam mana dengan appointment dengan syarikat yang satu lagi ni?”

Amri terdiam. Mengeluh sejenak sambil duduk menyandar kekerusi.

“Isha ganti tempat abang!”

“Ah.. Isha tak nak lah..” Isha terus sahaja menolak cadangan abangnya. Lagi pun dia manalah pandai dalam bab-bab ini. Dahlah abangnya suruh dia pergi seorang. Enatah macam mana pula rupa orang yang akan di temuinya nanti. Memikirkan semua itu, Alisha jadi risau.

“Alah tolonglah. Untuk sekali ini saja. Lagi pun takkan abang tak batalkan kedua-dua appointement itu!?” rayu Amri lagi.

“Abang batalkan salah satunya lah..”

“Kalau abang batalkan appointment abang dengan orang Jepun tu nanti, takut mereka tidak akan percayakan abang lagi. Kalau abang batalkan appointment dengan syarikat ni abang rasa kita tiada peluang lagi. Walaupun mereka syarikat kecil tetapi mereka sangat berpotensi. Abang tak nak hilang peluang..” ujar Amri dengan panjang lebar.

“Isha mana ada pengalaman nak jumpa klien? Selama ini pun semua kerja Isha hanya kat pejabat ni saja! Lagipun manalah Isha pandai cakap Jepun! Lainlah abang...”

“Abang bukan suruh Isha jumpa dengan orang Jepun tu?”

“Habis?”

“Abang nak suruh Isha jumpa bos syarikat tu.”

“Tapi?”

“Tak ada tapi-tapi. Abang minta tolong sekali ini saja. Lagipun inilah peluang Isha belajar untuk menguruskan syarikat. Manalah tahu kalau-kalau abang ada hal, Isha boleh handle syarikat keluarga kita ini. Isha mesti ingat inilah harta keluarga kita untuk kita.”

Alisha terdiam. Memang betul apa yang katakan oleh abang Amri. Kalau dia tidak belajar dari sekarang sampai bila dia akan pandai. Takkan dia hanya mengharapkan abang Amri seorang!

“Pergilah ya.. abang nak cepat jumpa klien Jepun ni..”

Alisha mengangguk. Dia juga bangun bersiap untuk menuju ke pejabat yang di maksudkan abang Amri.

 

Monday 26 August 2013

Ada Dia Di Hati 24


Zafran memandang untuk ke berapa kalinya. Macam pernah kenal dengan lelaki itu. Tapi di mana? Lama dia cuba mengingatinya. Baru dia teringat gambar yang di berikan Sofia kepadanya beberapa tahun yang dulu. Tapi betul ke Alisha pergi ikut dia? Tapi inilah kesempatan dia untuk menanyakan hal yang sebenarnya. Argh!! Mungkin untung nasibnya dia tahu di mana Alisha. Cepat sahaja kakinya melangkah ke arah tubuh itu.

“Encik?” Zafran menegur lelaki itu.

“Encik..”

Lelaki itu menoleh. Mungkin benar ada orang yang menegurnya. Dia pun tidak tahu kenapa encik di depannya itu memanggilnya dengan perkataan ‘encik!’

“Encik panggil saya ke?” soal lelaki itu lagi. Zafran Haicarl tersenyum. Nampaknya lelaki itu tidak curiga apa-apa.

“Ye.. kalau tak silap you ni Nizamkan?” soal Zafran Haicarl terus. Tiba-tiba sahaja dia teringat nama lelaki itu. Bukannya dia memusuhi lelaki itu tetapi dia ingat dengan cepat sebaris nama itu yang pernah di kaitkan dengan isterinya.

“Ya saya.. Kalau tak silap saya ni juga encik ni Abang Zafrankan?” Zafran mengangguk. Nampaknya dia tidak perlu memperkenalkan dirinya pada lelaki itu.

“Nizam buat apa kat sini?” soal Zafran lagi. Namun hatinya berdebar pula! Pada hal tadi dia sangatlah marah. Nasib baiklah dalam keadaan ini dia masih mampu mengawal perasaannya.Kalau di ikutkan hati memang dia mahu menghadiahkan penumbuk ke wajah lelaki itu. Lelaki yang telah mamabawa isterinya lari!

“Tengah tunggu seseorang..”

“Seseorang?” soal Zafran Haicarl dengan nada serius. Cuak juga dia mendengar kata-kata Nizam itu. Mungkin Alisha yang di katakan ‘seseorang’ itu!

“Ye.. seseorang yang special dalam hidup saya..” jawab Nizam sambil tersenyum.

“Maksud Nizam?” soal Zafran tidak puas hati. Kalau dia sebut nama Alisha pasti penumbuknya akan melayang ke wajah lelaki itu.

“Abang.. Sorry kalau lama menunggu.. Tapi orang kat dalam tu ramai sangat!” terdengar satu suara menyampuk perbualannya dengan Nizam.

“Habis tu, kenapa sayang keluar?” soal Nizam kepada wanita yang tak di kenalinya itu. Dalam diam, Zafran tersenyum lega!

“Nur takut abang lama tunggu..” jawab wanita itu dengan lembut.

“Tak apalah, abang akan tunggu Nur kat luar ni. Lagipun abang jumpa kawan lama ni. Kenalkan ini abang Zafran suami Alisha.. Ingat tak sepupu abang yang selalu abang certiakan itu?”

“Ingat. Kalau macam tu, lega hati Nur. Nur masuk ke dalam dulu..” si isteri meminta izin.

“Your wife?” soal Zafran tanpa sabar lagi.

“Ya.. Kenapa? Abang Zafran nampak macam terkejut saja.”

Zafran menghembus nafas lega. Tanpa sedar dia tersenyum lagi!

“Sebenarnya, dah lama abang cari Alisha. Sehingga hari ini abang belum lagi bertemu dengannya. Entah di mana agaknya dia sekarang?” terdengnar keluhan dari bibir Zafran.

“Abang tak pernah jumpanya?” soal terkejut.

Zafran mengangguk. Nizam menunduk. Dia pun sudah lama tidak berjumpa dengan Alisha. Semenjak Alisha keluar dari kampung, hingga ke hari ini dia belum berjumpa dengan Alisha lagi. Entah ke mana dia pergi membawa diri!

“Saya pun dah lama tak jumpa Alisha.. Sejak dia keluar dari kampung. Ayah saya cakap sehingga hari ini Alisha tidak pernah balik ke kampung. Kami sangat risaukan dia dan rindukan dia.”

“Selama ini abang memang terpikir dia lari ikut lelaki lain..” luah Zafran lagi. Entah kenapa dengan Nizam cepat saja dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Mungkin di sebabkan dia tahu bahawa Alisha tidak pernah ikut Nizam. Tapi di mana Alisha jika dia tidak bersama Nizam?

“Ikut lelaki lain? Tak mungkin! Isha bukan jenis yang macam tu. Kenapa abang Zafran fikir macam itu?” soal Nizam terkejut. Setahu dia Alisha seorang gadis yang baik. Dia tidak mungkin seperti yang Encik Zafran beritahu itu.

“Sebab ada orang menunjukkan gambar itu pada abang. Dan gambar lelaki itu adalah gambar awak!”

“Gambar saya?” soal Nizam.

“Ya ini dia..” Zafran menunjukkan gambar di dalam telefon bimbitnya. Nasib baik dia masih lagi menyimpan gambar itu. Manalah tahu kalau-kalau terjadi seperti sekarang ini.

Kemudian dia terdengar Nizam ketawa.

“Kenapa Nizam ketawa?”

“Mana tidaknya.. Itu gambar ketika hari pengebumian Pak Su Hamid dan Mak Su Limah. Mana abang Zafran dapat ni?” soal Nizam kehairanan. Ada pula orang curi gambar dia dengan Alisha.

“Jadi Nizam dan Alisha tidak ada apa-apalah?” soal Zafran seperti orang bodoh. Memang dia tidak percaya.

“Benar abang Zafran. Gambar itu di ambil ketika saya menolong Alisha yang hampir pengsan ketika itu. Oleh kerana saya dan Mak Jah saja yang berada di situ, saya pun menolong Alisha. Tak salahkan?” soal Nizam kembali. Dia dapat mengesan wajah Zafran yang kebingungan dengan kenyataannya.

Zafran mengucap sendirian. Selama ini dia sudah tersalah anggap pada Alisha.

“Abang sudah salah anggap hubungan kamu selama ini. Abang betul-betul ingat Alisha ikut kau lari ke tempat lain. Lagi pun sehingga sekarang abang masih mencari Isha..”

Nizam hanya mengangguk. Dia faham perasaan Zafran. Lelaki mana yang mampu menahan perasaan bila melihat isterinya berada di pelukan lelaki lain. Namun dalam keadaan mereka itu semua salah faham.

“Kita bersabar sajalah. Manalah tahu suatu hari nanti pintu hati Alisha terbuka untuk pulang ke kampung...”

“Abang juga berharap begitu..”

Tiba-tiba, Zafran Haicarl menerima panggilan dari pihak hospital. Kata pihak hospital, papanya sudah tersedar.

“Abang nak pergi dulu. Abang ada hal.”

“Nampak tergesa-gesa nak kemana?” soal Nizam. Pelik melihat sikap Zafran yang seperti tidak keruan bila menerima panggilan sebentar tadi.

“Papa abang ada kat hospital.” Beritahu Zafran lagi. Dia sebenarnya rasa gembira bila di beritahu oleh pihak hospital yang papanya sudah sedar.

“Kenapa, papa abang sakit ke?” soal Nizam.

“Tak dia kemalangan hari tu. Baru sebentar tadi pihak hospital memberitahu yang dia baru sedar..” beritahu Zafran lagi.

“Alhamdulillah..”

Zafran cepat-cepat menuju ke keretanya.. Biarpun dia berada ditempat lain namun fikirannya hanya pada papanya yang terlantar di atas katil di hospital. Dia hanya singgah sekejap ke pejabatnya untuk memberitahu sesuatu.

......................

Sesampai sahaja di bilik rawatan Tuan Razman, Zafran Haicarl melihat ada doktor yang sedang merawat papanya.

“Macam mana dengan keadaan papa saya doktor?”

“Nampaknya dia sudah melepasi saat kritikalnya. Dia sudah sedar. Cuma dia perlu banyak berehat.”

“Terima kasih doktor..”

Kemudian doktor serta jururawatnya keluar dari bilik itu. Zafran memandang sayu wajah itu. Tuan Razman tersenyum pahit. Dia tidak menyangka Zafran masih sudi menjenguknya dalam keadaan dia begitu.

“Papa..” panggil Zafran lagi.

“Zaf nak minta maaf..” ujar Zafran. Tuan Razman cuba tersenyum. Biar pun kerongkongnya rasa pedih, namun dia berusaha untuk bercakap dengan Zafran.

“Pa..papa yang patut minta maaf..” Tuan berusaha bercakap walau pun terasa payah. Zafran terus meluru ke arah Tuan Razman. Entah mengapa dia terasa ingin memeluk papanya kali ini. Mungkin dia sudah sedar bahawa selama ini dia telah mengabaikan papanya.

“Zaf minta maaf papa.. Zaf banyak buat dosa dengan papa..” Tuan Razman terus membalas pelukan dari Zafran. Dia juga ingin meminta maaf di atas apa yang berlaku.

“Papa juga nak minta maaf dengan Zaf.. Sebenarnya sudah lama papa cari Zaf. Tapi akhirnya kita bertemu dalam keadaan begini pula..” ujar Tuan Razman dengan kesal. Sepatutnya dia tidak mahu menyusahkan Zafran dengan keadaan dia sekarang.

“Ini bukan salah papa. Zaf yang langgar papa hari tu.. Zaf tak sengaja..” seraya itu pelukan di longgarkan.

“Zaf rasa bersyukur sangat sebab papa masih selamat.” Kini barulah Tuan Razman mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Patutlah Zafran meminta maaf darinya. Dan kalau tidak berlaku kemalangan itu sudah pasti sampai sekarang dia tidak akan berjumpa dengan Zafran!

“Papa malu dengan Zaf. Papa dah banyak buat silap. Kalau bukan kerana silap papa, hidup Zaf tak akan seperti sekarang.”

“Itu bukan salah papa.. Zaf pun bersalah juga.. Zaf pergi tinggalkan papa keseorangan...” Zafran rasa lega apabila dia dapat bertemu kembali dengan papanya. Begitu juga dengan papanya Tuan Razman. Rasa gembira bila mereka berdua bertemu kembali.

Tiba-tiba Zafran menerima panggilan dari Fana. Pasti gadis itu sedang mencarinya kerana dia langsung tidak masuk pejabat hari ini. Pagi tadi dia hanya singgah sekejap ke pejabatnya menyatakan yang dia cuti. Dia juga mahu memastikan bahawa dokumen yang perlu di tandatangainya selesai. Dia tidak mahu Noni mengalami kesukaran dalam membuat kerjanya.

“Helloo..”

“Helloo.. You kat mana sekarang? Kenapa tak masuk ofis lagi?” soal Fana.

“Sorrylah lupa I nak bagitau, I cuti hari ini. Kalau ada apa-apa kita jumpa esok..” ujar Zafran sambil menekan butang merah.

Fana mendengus marah. Dia belum habis bercakap, tetapi taliannya sudah di putuskan. Entah ke mana Zafran pergi sehinggakan dia tidak berkesempatan utnuk berbual lama.

“Siapa tu?” soal Tuan Razman.

“Budak pejabat. Hari ini Zaf dah minta cuti. Tapi still juga nak kacau Zaf time cuti macam ni..” Tuan Razman tersenyum. Sekurang-kurangnya Zafran mempunyai pekerjaan di bandar besar ini.

“Papa nak minta maaf..”

“Kenapa nak minta maaf? Zaf pun bersalah juga. Sampai sekarang Zaf masih lagi mencari Alisha..”

“Zaf masih tidak jumpa Alisha?” soal Tuan Razman terkejut. Namun apa nak di hairankan. Semua itu salah dia juga.

“Papa minta maaf Zaf. Disebabkan papa, Alisha telah keluar dari rumah. Papa pun tak tahu di macam mana nak cari dia” ujar Tuan Razman dengan kesal.

“Apa yang sebenarnya berlaku papa? Banyak benda yang Zaf nak tanya kat papa. Kenapa Isha keluar rumah tanpa izin Zaf.. Papa tau tak setiap hari Zaf asyik menyesali diri. Asyik salahkan diri kerana tidak menjaga Alisha dengan baik. Kalaulah Zaf tak pergi Jepun masa itu, semua ini tidak akan berlaku.”

Tuan Razman menarik nafas. Dia akan menceritakan satu persatu kejadian yang menimpa Alisha sebelum Alisha di halau olehnya. Dia tahu pasti anaknya Zafran akan memarahi dirinya. Namun dia juga tidak dapat menanggung beban itu. Dia rasa sangat bersalah kerana dia percayakan kata-kata Sofia bulat-bulat. Namun apa yang boleh dia buat semuanya sudah terlambat. Dan akhirnya anaknya juga yang menderita kerana kehilangan Alisha.

Zafran juga menarik nafas lega. Kalau begitulah ceritanya memang ini semuanya angkara Sofia. Sofia sengaja berbuat begitu agar Alisha pergi dari hidupnya.

Tuan Razman juga bercerita tentang harta yang akan di warisi oleh Zafran. Nasib baiklah ketika itu dia terdetik untuk menukar wasiatnya. Kalau tidak memang dia menyesal kerana memberikan sebahagian hartanya pada perempuan tak guna itu. Melalui peguamnya, dia mendapat tahu Sofia tidak berpuas hati kerana dia hanya mendapat 10% dari harta yang mereka ada. Memang perempuan itu tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada sebenarnya.

.......................

Hari ini Tuan Razman di benarkan keluar. Itupun setelah dia menjalani beberapa pemeriksaan khas. Dan orang yang paling gembira ialah Zafran.

Zafran membawa Tuan Razman pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu papanya bermalam di hotel sedangnya papanya boleh menumpang tidur di rumahnya. Cukuplah selama ini dia sudah mengabaikan tanggung jawabnya sebagai seorang anak. Biar apa pun yang sudah berlaku dalam hidupnya itu bukanlah salah papanya.

..........................

Mak Jah duduk termenung. Dia selalu memikirkan Alisha. Dia mana agaknya Alisha sekarang? Sudah lama dia menyepikan diri. Semenjak dia keluar dari rumah Tuan Razman dia langsung tidak tahu kemana Alisha pergi. Kesian dengan Alisha. Baru saja dia mahu mengecap bahagia, namun gelora datang melanda.

Wednesday 21 August 2013

Ada Dia Di Hati 23


Hari ini, Alisha membawa Akif keluar berjalan-jalan sambil di temani oleh Maisarah. Dia mahu membeli barang untuk Akif. Maisarah tidak kisah jika Alisha mengajaknya keluar. Lagipun hujung minggu begini dia memang bosan duduk di rumah.

“Mama! Akif nak ke tandas sekejap! Mama tunggu kat sini ya!” pinta anak kecil itu lembut. Belum sempat Alisha menjawab anaknya sudah terkocoh-kocoh masuk kedalam tandas lelaki. Alisha hanya mampu menggelengkan kepala melihat kecergasan anak manjanya. Dia menunggu Akif dengan Maisarah di depan pintu masuk tandas sambil berbual-bual.

Zafran Haicarl memasuki tandas dengan tergesa-gesa. Perutnya rasa tak enak, mungkin dia tersalah makan. Ketika menyimpang masuk satu selekoh, dia bertembung dengan budak kecil yang baru keluar dari tandas. Mujur tubuh si kecil sempat dipaut. Jikalau tidak tubuh budak itu tentu sudah terpelanting kerana terlanggar dengan tubuh sasanya. Zafran Haicarl masih tidak perasan akan wajah anak itu kerana menunduk menyarungkan seliparnya yang tertanggal dari kaki.

I'm sorry uncle!” ucap si kecil lalu mendongak tinggi supaya dapat melihat wajah lelaki bertubuh tinggi tersebut yang dilanggarnya tadi.

It's okay! Errr...” tiba-tiba Zafran tidak dapat meneruskan kata-katanya. Matanya terus terpaku pada seraut wajah si kecil yang sangat memukau pandangannya. Masya-allah! Adakah ini tanda kekuasaanmu ya allah? Budak ini sama sepertiku waktu aku kecil dulu! Bisik hati kecil Zafran Haicarl. Walaupun dia tidak pasti tapi apa yang dirasakannya sekarang tidak dapat dia gambarkan.

“Saya pergi dulu uncle! I'm sorry again!” ujar budak kecil yang sangat comel itu begitu berbudi bahasa. Itulah nilai-nilai murni yang diterapkan oleh ibunya sedari kecil. Zafran Haicarl terpaku. Kagum sungguh dengan ibubapa yang mendidik anak kecil tersebut. Baru si kecil hendak melangkah pergi tangannya disambar oleh Zafran Haicarl perlahan. Si kecil memalingkan semula wajahnya memandang lelaki itu. Tidak pula dia takut pada dirinya. Zafran sekali lagi terkaku. Dia benar-benar asyik merenung mata budak lelaki kecil itu yang seratus peratus sama dengannya. Allah! Apakah dia.... ah! Tak mungkin!

“Berapa umur awak?” soal Zafran Haicarl cuba beramah mesra. Sudah hilang rasa senak dalam perutnya melihat keindahan ciptaan allah itu.

“Empat tahun uncle! Saya baru sambut birthday saya dengan mama dan kawan mama!” beritahu Akif jujur. Dia sudah berada dalam pelukan lelaki itu. Dagu Zafran dimain-main. Zafran Haicarl hanya membiarkan. Suka dengan keletah dan ragam budak kecil tersebut yang sangat menawan dimatanya. Mungkin beginilah anaknya sekiranya isterinya mengandung dahulu. Tiba-tiba terlintas di mindanya akan persoalan itu. Benarkah? Arggh tak mungkin!!

“Siapa nama awak?” soal Zafran teruja.

“Akif!” jawab Akif Hazami lancar. Dia melihat kulit budak comel itu putih melepak sama macam kulit dia dengan kulit Alisha. Ya allah! Kuatkanlah hamba!

“Awak datang dengan siapa?”

“Dengan mama.”

“Papa kamu tak ikut sekali?” budak kecil itu menggeleng.

“Babah ada kerja. Akif datang dengan mama dan kawan mama saja..” jawab si kecil itu. Zafran tersenyum. Bijak sungguh budak ini. Walaupun umurnya empat tahun tetapi dia sangat bijak berbicara!

“Mana mama sayang?” Zafran bertanya lagi. Risau pula kalau mama budak itu menunggu lama. Maklumlah dia juga yang bersalah kerana menahan budak itu.

“Akif lupa uncle! Mama tunggu lama kat luar! Saya pergi dulu ya!” Akif memberitahu dengan segera dia berlalu dari situ. Sebuah ciuman hinggap di pipi Zafran.

Perlahan-lahan Zafran mengatur langkah apabila Akif sudah berlari meninggalkannya. Namun tangannya masih memengang pipi yang di cium oleh Akif tadi.

“Lamanya you pergi toilet. Kau sesat ke?” Soal Fana sebaik saja dia melihat kelibat Zafran yang masih lagi jalan sambil menoleh-noleh. Manalah tahu matanya akan memandang budak comel itu tadi. Tapi dia hampa juga.

Zafran Haicarl menggeleng kepalanya. Dia sebenar berasa teruja sekali dapat berjumpa dengan budak kecil tadi. Sekurang-kurangnya harapannya untuk mencari isterinya masih ada sinar. Entah mengapa dengan menatap wajah anak kecil itu, hatinya mula berkobar-kobar.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu tubuh yang amat di kenalinya. Tapi tak mungkin itu dia. Ya mungkin itu Alisha. Gaya percakapannya, senyumannya, dan cara dia berdiri semuanya mirip Alisha. Wanita yang sangat di rinduinya. Tapi benarkah itu dia. Zafran mempercepatkan langkahnya menuju ke arah wanita itu. Dia melihat wanita itu sedang memimpin tangan seorang budak lelaki. Budak yang di temui di tandas tadi.

“Alisha..” dia cuba memanggil nama itu.

Ternyata wanita itu berpaling. Ada riak terkejut di wajahnya. Tetapi cuba di sembunyikan. Wanita itu cepat-cepat mahu berlalu dari situ.

“Mai.. Saya balik dululah.. Esok jumpa kat pejabat ya. Terima kasih temankan akak dan Akif hari ni..” ujar Alisha.

“Ok sama-sama. Terus nak baliklah ni?” soal Maisarah.

“Ya kami nak balik terus. Penatlah.”

“Ok.. bye.bye. Auntie terima kasih temankan Akif dan mama.” Ujar Akif lagi. Maisarah hanya tersenyum melihat kaletah anak buahnya itu.

“Sama..sama.. ni yang buat Auntie Mai geram sangat tengok dia ni..” usik Maisarah lagi.Dia sungguh senang dengan kaletah Akif. Dia sangat bijak dalam berkata-kata.

Akif bersalam dengan Auntie Maisarahnya. Alisha terus menarik tangan Akif untuk berlalu dari situ.

Tiba-tiba dia terpandang seseorang. Seseorang yang sudah lama hilang dari hidupnya. Hatinya berdetak kencang. Benarkah lelaki itu Zafran Haicarl? Tapi apa yang dia buat di sini? Dia bersama seorang perempuan lagi tu. Nampaknya erat sungguh perempuan itu memaut lengan lelaki itu.

Zafran Haicarl pula seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat tadi. Silap orangkah? Namun tidak mungkin dia silap. Sebab budak itu tadi adalah Akif. Kalau budak itu datang bersama perempuan itu bermakna?

“Sayang.. kenapa ni?” soal Fana terus mematikan segala persoalan di fikirannya.

“Tak ada apalah..” jawab Zafran. Dia tidak mahu Fana tahu apa yang ada dalam kotak fikirannya. Biarlah dia sendiri yang akan mencari.

“Jom kita balik. Lagipun esok nak kerjakan?” soal Zafran dengan lembut. Fana yang mendengar suara Zafran yang lembut itu terus saja mengangguk. Benar juga kata Zafran esok nak kerja. Labih baik dia balik awal supaya dia dapat berehat sepuas-puasnya.

...............................

Zafran Haicarl memandu keluar simpang. Fikirannya masih kepada pertemuan spontan tadi. Benarkah wanita yang di lihatnya tadi itu Alisha. Jadi jika dia benar Alisha, anak kecil itu siapa pula? Tanpa di sedarinya dia terlanggar objek. Dia terus menekan brek dengan kakinya. Kedengaran dentuman di hadapan keretanya. Zafran Haicarl terkejut. Nampaknya dia terlanggar objek. Pada hal tadi dia tidak nampak sesiapa pun yang berjalan di hadapan.

Cepat-cepat dia keluar dari kereta. Dia mahu memastikan sesuatu. Dia bertambah terkejut bila objek yang di langgarnya tadi adalah lelaki separuh umur yang sudah terbaring. Cepat-cepat Zafran menundukkan kepalanya memusing tubuh lelaki itu. sekali lagi dia terkejut!

“Papa!” panggilnya dengan suara yang agak gementar. Apa yang papanya buat di sini? Itulah soalan yang berada di fikirannya. Namun dia cepat-cepat mengangkat tubuh itu di bawa masuk ke keretanya. Dia memasang seltbelt lalu dia cepat-cepat menuju ke bahagian pemandu. Keretanya itu terus meluncur laju menuju ke hospital berdekatan. Apatah lagi dia melihat ada banyak darah yang mengalir dari kepala papanya. Dia sangat cemas dan takut. Mulutnya tidak henti-henti berdoa semoga papanya selamat.

Sesampai sahaja dia di petak bahagian kecemasan, Zafran terus berlari menuju ke kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan. Dua orang lelaki yang menjaga bahagian kecemasan terus membawa katil pesakit. Mereka cepat-cepat mengeluarkan si pesakit yang berada dikereta Zafran. Sementara itu Zafran terus masuk ke keretanya untuk mencari tempat parking. Sementara itu dia sempat menghubungi sahabatnya Shahrul.

Selepas mendapat tempat parking, Zafran terus menuju ke bilik kecemasan. Namun papanya masih lagi dalam rawatan. Dia terpaksa menunggu di luar sahaja. Shahrul datang sebaik sahaja Zafran menelefonnya tadi. Dia segera menuju ke arah Zafran. Dia dapat melihat wajah resah dan gelisah Zafran. Pasti sahabatnya itu sangat tertekan sekarang.

“Macam mana boleh berlaku kemalangan ni Zaf?”

“Entahlah aku keluar simpang tak nampak pun ada sesiapa di depan. Tiba-tiba saja aku ternampak orang lalu. Aku tekanlah break.. yang aku terkilan sangat orang yang aku langgar tu bukannya orang lain. Tapi papa aku sendiri..”

“Hah!! Papa kau? Macam mana dia ada dekat sini?” soal Sharul terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

“Itu yang aku tak tahu..”

Shahrul menepuk-nepuk bahu Zafran supaya dia banyak bersabar. Entah apalah nasib yang menimpa sahabat baiknya itu. Satu persatu pula dia di duga.

Setelah 30 minit kemudian, barulah doktor yang berada di bilik kecemasan itu keluar.

“Siapa saudara pesakit bernama Razman bin Mutalib?” kedengaran doktor Hamidi itu bertanya.

“Saya Zafran Haicarl. Anaknya doktor. Macam mana dengan papa saya doktor?” jawab Zafran sambil mendekati doktor lelaki itu. dalam menunggu tadi dia memang resah dan gelisah. Risau kalau ada apa-apa berlaku pada papanya.

“Sebenarnya, kami berjaya selamatkan dia. Cuma dia masih tidak sedarkan diri. Kita tengoklah berapa lama dia dalam keadaan begitu. Nanti Encik Razman akan di pindah ke bilik icu dulu..” terang doktor Hamidi. Zafran mengucapkan syukur. Begitu juga dengan Shahrul yang mendengar berita baik itu. sekurang-kurangnya papa Zafran selamat.

Doktor itu terus berlalu dari situ. Mungkin ada pesakit lain lagi yang sedang menunggu khidmatnya.

Zafran tersenyum sambil memeluk Shahrul. Dia tidak dapat bayangkan jika papanya tidak selamat. Mujurlah papanya tidak apa-apa. Shahrul menepuk-nepuk belakang Zafran. Dia mahu meredakan segala keresahan di hati sahabatnya itu.

.......................................

Tuan Razman sudah siap di tempatkan di bilik khas itu. Hanya dia seorang saja di dalam bilik icu itu. Manakala Zafran dan Shahrul masih menunggu di luar bilik. Sekali sekala Zafran masuk menjenguk papanya.

“Kau nak jaga papa kau ke?” soal Shahrul kepada Zafran. Zafran hanya mengangguk.

“Mestilah aku kena jaga dia. Aku ni satu-satunya anak yang dia ada..” jawab Zafran perlahan. Shahrul mengangguk. Memang betul pun cakap Zafran. Setahu dia Zafran memang anak tunggal. Dan ibunya telah meninggal dunia sejak Zafran berumur sepuluh tahun. Untung dia kerana sehingga sekarang dia masih mempunyai kedua orang tua yang masih hidup dan sihat.

“Kalau macam tu, aku balik dulu. Tapi kalau kau perlukan apa-apa kau call aku ye..” Shahrul memberi pesan. Kasihan betul dia dengan Zafran. Tak habis-habis dia di duga.

Okey.. Thanks.

For what?” soal Shahrul.

Everything..

Ala small matterlah bro.. Hari ini hari kau. Manalah tahu, esok-esok hari aku pulak!” balas Shahrul. Dia tidak berkira sangat dengan Zafran. Mereka selalu bersama dalam susah dan senang. Selepas itu Shahrul pulang ke rumahnya.

.......................

Zafran Haicarl duduk di kerusi panjang itu. Fikirannya runsing memikirkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Dia rasa sangat menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mengambil peduli tetang papanya. Adakah papanya sihat? Adakah papanya bahagia? Mungkin benar kata Sofia beberapa tahun yang lalu. Mungkin papanya sudah bercerai dengan Sofia. Kalau tidak masakan Sofia tidak datang menjenguk papanya. Tetapi di mana pula Sofia sekarang? Kali terakhir dia berjumpa dengan perempuan itu selepas mereka bergaduh di kelab hari itu.

Lama-kelamaan dia rasa sangat mengantuk. Zafran tertidur di kerusi panjang itu. Pada mulanya dia mahu menjaga dan menunggu sehingga papanya tersedar. Tetapi entah macam mana dia terlena di atas kerusi panjang itu. Mungkin juga disebabkan dia terlalu penat.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Zafran tersedar dari tidurnya bila mendengr azan berbunyi. Dia cepat-cepat menuju ke arah katil yang menempatkan papanya. Nampaknya keadaan papanya masih sama. Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke bilik air. Dia mahu menunaikan solat subuh.

 

Tuesday 20 August 2013

Saat Ku Cinta 3


PAGI hari Sabtu itu, Zharif datang juga ke rumah Hana dan Safwan. Itu pun setelah beberapa kali mereka menjemput Zharif datang. Kedatangan Zharif di sambut gembira oleh pasangan bahagia itu.

“Seorang saja?” soal Safwan sebaik saja kaki Zharif melangkah ke dalam rumah.

“Seoranglah. Ada nampak berdua ke bertiga ke?” usik Zharif lagi. Safwan dan Hana tersenyum. Namun mereka kecewa sedikit kerana Zharif tidak datang membawa budak-budak tersebut.

“La.. Kenapa tak ajak budak-budak tu sekali? Kami pun rindukan mereka tau!!” sampuk Hana pula.

“Risau pulak kalau mereka menganggu kamu berdua pula nanti. Itu yang tak bawa mereka keluar..”

“Apa pula? Biasalah budak-budak mestilah macam perangai budak-budak! Macamlah dia tak pernah merasa zaman kanak-kanak” sindir Hana lagi.

Walaupun Hana sudah sarat mengandung, tetapi dia tetap tidak penat untuk memasak hidangan tengah hari itu.

“Bahagia betul hidup korang berduakan?” soal Zharif. Dia melirik pandang pada Safwan. Dalam hatinya dia cemburu melihat pasangan bahagia seperti sahabatnya ini. Namun begitu dia berharap dia juga akan bahagia bersama pasangannya suatu hari nanti seperti mereka.

“Eh, mestilah tambah-tambah lagi kami akan mendapat cahaya mata tak lama lagi..” balas Safwan lagi. Dia tersenyum bangga. Walaupun perkahwinan mereka masuk dua tahun, tetapi baru kali ini mereka menerima khabar gembira. Dan dia tidak sabar menantikan saat-saat manis itu.

“Aku tau tengok wajah kau pun aku tau kau gembira sangat. Maklumlah tak lama lagi nak jadi seorang ayah..” ujar Zharif sambil tersenyum. Dia tumpang gembira melihat pasangan itu hidup dengan bahagia.

“Kau ni bila lagi nak kahwin? Takkan sampai sekarang kau tak jumpa calonnya?” soal Safwan sambil menjeling ke arah isterinya.

 “Belum ada calon lagilah.. Lagipun sekarang memang aku sibuk sikit. Kalau tak percaya tanyalah Hana..” jawab Zharif cuba berdalih. Dia yakin sahabatnya tidak akan berhenti mengorek selagi tidak mendapat jawapannya.

“Kau tu asyik fikir pasal kerja sepanjang masa. Sampaikan diri sendiri pun tak terurus..” kedengaran suara Zharif mengeluh. Tak semudah itu untuk mencari calon isteri yang sesuai. Wanita sekarang wanita yang moden. Tidak semudah itu dia dapat mencari calon yang sesuai untuk keadaan mereka sekeluarga.

“Habis apa yang aku patut buat?” soalnya.

“Kahwin Zhar. Aku rasa itu yang sepatutnya.” Kedengaran sekali lagi Zharif mengeluh perlahan. Bukannya dia tidak mahu kahwin. Tetapi macam mana dia mahu mencari wanita yang sesuai. Wanita yang boleh menjaga kedua budak itu. Dia tidak mahu berkahwin semata-mata takut di gelar bujang terlajak!

“Zhar, kau patut fikirkan pasal budak-budak tu. Mereka pun perlukan seorang wanita yang menjadi ibu mereka. Begitu ramai yang berminat kat kau kat luar sana tu, satu pun tak dapat jadi calon?” soal Safwan sambil tergelak. Memang dia tahu sejak mereka di universiti lagi, ramai gadis yang berminat pada sahabatnya itu. Tetapi yalah bak kata sahabatnya itu mereka bukan calon yang sesuai. Zharif memang memilih orangnya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Zharif sudah di pertanggung jawabkan untuk menjaga dua anak saudaranya itu.

“Masalahnya siapa calonnya?  Bukannya senang nak cari calonnya. Ingat macam pilih baju kat pasar? Suka kita pakai. Tak suka kita buang. Yang aku jumpa, rata-rata takut nak jaga budak-budak tu..” keluh Zharif lagi. Bukan sekali dua dia membawa budak-budak keluar bersama teman wanitanya. Namun semua mereka lari bila mengetahui yang dia sudah mempunyai ‘anak’.

“Aku faham masalah kau..” jawab Safwan lagi. Yelah siapalah sanggup menjadi ibu terjun pada budak-budak itu.

“Abang, Zharif jemput makan buah..” ujar Hana sambil meletakkan pinggan yang sudah berisi buah yang di potongnya tadi. Kedua mereka tersenyum.

“Apa yang rancak sangat berbual tu?” soal Hana ingin tahu. Dari dapur lagi dia terdengar suaminya dan Zharif rancak berbual. Tapi dia tak perasan topic apa yang mereka bualkan.

“Abang suruh Zhar kahwin cepat-cepat. Lepas tu dapat anak. Macam kita ni..”

“Habis tu, apa yang susah sangat. Wanita di luar sana tu banyak pilihan.. Zhar saja yang tak tahu memilih..” usik Hana lagi.

“Itulah yang abang cakapkan tadi..” Zharif hanya tersengih-sengih.

“Wanita tu ramai, tapi hati ni pula tak berkenan nak buat macam mana? Lagipun tak ada ciri-ciri wanita idaman..” jawab Zharif selamba!

“La.. si Amylia tu nak letak kat mana?” soal Hana mengusik. Bukannya dia tidak tahu Zharif memang tidak sukakan perempuan itu. Tetapi sengaja dia mengusiknya.

“Entahlah.. jadi hiasan saja kot!” terburai kedua-dua mereka ketawa. Lucu mendengar jawapan si Zharif.

“Hish tak baik cakap macam tu..” ujar Hana lagi. Cuma dia hairan. Dari mana Zharif kenal dengan Amylia itu? Dan dalam ramai-ramai teman wanita Zharif, hanya Amylia seorang saja yang masih boleh bertahan dengan perangai Zharif.

“Ni Hana nak tanya ni. Boleh ke?” soal Hana tiba-tiba. Rasanya inilah masa yang sesuai untuk bertanya tentang Amylia.

“Tanyalah.. ini bukan pejabat. Hana boleh tanya soalan peribadi.” Hana dan Safwan tersenyum. Inilah masanya mereka mahu mengorek rahsia hidup kawannya yang seorang itu!

“Kat mana Zhar jumpa si Amylia tu?” Zharif tersenyum. Rupa-rupanya selama ini mereka masih tertanya-tanya dekat mana dia boleh berkenalan dengan Amylia.

“Masa wasiat arwah abang Zul dan Kak Arfa di bacakan..” kedua suami isteri semakin hairan. Ada sesuatu yang Zharif tidak pernah beritahu mereka.

“Apa kena mengena arwah Kak Arfa dengan Amylia?” soal Safwan pula. Dia rasa berminat mahu tahu perkara itu. Inilah peluangnya dia bertanya.

“Sebenarnya, Amylia dan Suffian adik beradik tiri Kak Arfa. Arwah ayah Kak Arfa telah berkahwin dengan ibu mereka selepas ibu Kak Arfa meninggal. Jadi semasa wasiat di baca, mereka keluarga tiri kak Arfa terkejut apabila arwah Datuk Mahdi menyerahkan semua asetnya kepada arwah kak Arfa dan arwah abang Zul. Dan selepas kematian kak Arfa dan abang Zul pula, mereka sekali lagi terkejut, mereka mewasiatkan semua aset dan anak mereka di bawah nama aku!”

“Oh.. macam tu rupanya. Patutlah si Amylia tidak berputus asa nak dekat dengan Zhar!” jawab Hana lagi. Dari cerita yang di dengarnya dari Zharif tadi, dia tidak hairanlah kalau perempuan itu masih berusaha mendekati Zharif.

“Habis tu, parent Zhar tahu tak yang Nini dan Adam tu cucu mereka?” soal Safwan lagi. Itu pun salah satu tanda tanya buat mereka. Zharif menggeleng.

“Ayah tahu tapi dia tetap tidak mahu menerima mereka sebagai cucu. Dan ibu pula langsung tak tahu. Cuma Zack saja yang tahu dan sudi menerima mereka sebagai anak abang Zul” ujar Zharif dengan kesal. Kesal dengan sikap ayahnya yang tidak mahu menerima budak-budak itu sebagai cucu mereka!

“Kenapa pula?” soal Hana bingung.

“Sebab mereka kahwin tanpa restu mereka. Sehingga sekarang ayah tetap tidak dapat menerima kenyataan yang arwah abang Zul dah berkahwin dengan kak Arfa.”

“Kesiannya Nani dan Adam. Kecil-kecil lagi mereka sudah menjadi yatim piatu. Memang patut pun Zhar langsung tak terfikir nak kahwin..” giat Hana lagi. Baru hari ini dia faham kenapa selama ini Zharif begitu susah nak dekat dengan mana-mana wanita di luar sana.

“Sebab itulah aku mengambil keputusan keluar dari rumah dan tinggal bersama Adam dan Nini di rumah ibu bapa mereka. Rumah tu arwah Kak Arfa dan abang Zul yang punya. Aku cuma di amanah menjaga mereka dan asset mereka sahaja.” Terang Zharif panjang lebar. Hari ini biarlah dia menceritakan perkara yang menjadi rahsia hidupnya selama ini.

 Dari universiti lagi mereka bertiga bersama. Baru pada hari ini dia mengetahui kisah hidup Zharif yang sebenarnya. Rupa-rupanya hidup Zharif penuh dengan rahsia!

Setelah hari mula petang, Zharif pun pulang ke rumah. Risau juga dia keluar lama-lama tinggalkan budak-budak itu.

Pagi Ahad, Ashraf sudah setia menunggu Zarra di luar rumah. Nampaknya dia tidak mahu terlambat untuk menjemput Zarra ke butik. Apatah lagi di pagi Ahad merupakan hari yang sibuk buat penghuni kota keluar berjalan-jalan selepas penat bekerja.

Orang yang di tunggu belum muncul lagi. Ashraf masih berdiri di luar pagar itu. Tiba-tiba dia di kejutkan oleh seorang suara perempuan. Cepat sahaja Ashraf menoleh. Mona rupa-rupanya. Dia ingatkan Zarra!

“Hi Ash!!” sapa Mona. Dia kelihatan cantik dengan pakaian yang agak seksi. Pagi-pagi lagi dia bersiap-siap mahu keluar. Biasanya memang liat dia mahu bangun pagi. Tapi hari ini dia ada hal.

“Hai” balas Ashraf selamba. Dia masih juga menjenguk-jenguk ke dalam rumah. Manalah tahu kalau Zarra sudah keluar dari biliknya. Namun orang yang di cari masih belum muncul.

“Zarra mana?” soalnya tidak sabar.

“Kenapa nak tanya kak Zarra? Mona ada di depan Ash sekarang!” jawab Mona kasar. Ashraf hanya tersenyum. Sungguh perempuan ini sangat perasan. ‘Kak Zarra kau tu tunang Ash. Kau tu tak ada kena mengena dengan aku!’ bisiknya dalam hati.

Tidak lama kemudian, Zarra keluar dari rumah. Dia melihat Mona juga ada bersama Ashraf. Hairan juga dia. ‘Apa yang Mona sedang buat dengan Ash? Pakaian Mona sangat cantik. Entah-entah dia nak ikut keluar dengan kami tak?’ Soal Zarra dalam hati. Namun dia cepat membalas senyuman dari Ashraf.

“Mona nak ikut kita orang ke?” soal Zarra sambil menghampiri Mona dengan Ashraf.

“Kalau Mona nak ikut, abang Ash bagi ke?” sindir Mona lagi. Dia perasan wajah Ashraf yang berubah bila Kak Zarra bertanya kepadanya tadi.

“Mona tunggu kawan Monalah kak! Kalau Mona ikut nanti takut tak jadi pula korang nak keluar!!” sambungnya lagi. Namun matanya masih melirik pandang pada lelaki di sebelah itu. handsome sungguh! Untung kak Zarra dapat lelaki macam Ashraf.

Kemudian kelihatan sebuah kereta hitam sedang berhenti. Dia menekan hon tanda dia sudah samapai. Mona terus berlalu meninggalkan kedua insan itu.

“Okeylah kak, Mona pergi dulu!!” ujar Mona sambil mencuit dagu Zarra. Ashraf yang menahan perasaan ketika itu hanya sempat mengucap! Geram juga dia dengan sikap Mona! Kalau hari-hari Mona buat perangai boleh sakit jantung dia di buatnya.

Akhirnya dia membuka pintu depan dan menjemput Zarra masuk ke dalam kereta. Mereka terus menuju ke butik.

DI butik itu, Zarra pula rasa rimas. Entah pakaian yang macam mana pula jadi pilihan Ashraf. Untuk ke berapa kali dia bertukar pakaian. Dia pula rasa pening. Rupa-rupanya tunangnya itu memang pemilih juga orangnya.

“Hai Ash! You buat apa kat sini?” tegur seorang gadis yang langsung tidak Zarra kenali. Dia pula berpura-pura seperti bekerja di butik itu. membelek-belek pakaian pengantin yang sedia ada di situ. Ashraf terus saja meletakkan majalah yang di bacanya. Dia sedikit terkejut melihat si gadis yang berada di depannya itu. Sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan gadis itu semenjak dia memberikan jawapan bahawa dia hanya menganggap gadis itu teman biasa sahaja.

“I tunggu tunang I. Kami cuba pakaian pengantin.. You buat apa kat sini?” soal Ashraf lagi. Si gadis yang bernama Abby itu pula menjawab.

“I saja je masuk sini sebab dari luar tadi I nampak you kat sini.. Tak sangka you dah nak kahwin ya.. Untung tunang you tu..” ujar si gadis itu.matanya masih meliar mencari manalah tahu kot-kot tunang lelaki itu ada di sekeliling.

“Oh..” jawab Ashraf pendek. Risau pula kalau Zarra ternampak dia sedang bercakap dengan perempuan lain. Bukannya dia boleh duga hati tunangnya itu! Sekarang pun dia dalam proses memikat hati tunangnya.

“Mana tunang you? Dari tadi lagi I tak nampak..” soal gadis itu lagi. Teringin benar dia mahu melihat gadis yang berjaya menawan hati lelaki yang sekacak Ashraf itu. Dia sendiri juga pernah mencuba dekatkan dirinya dengan lelaki itu. Tetapi lelaki itu menolak kasihnya. Beruntung benar perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu! Sebab itulah perasaannya kuat untuk melihat perempuan yang bagaimana menjadi pilihan hati lelaki yang bernama Ashraf itu!

“Dia masih kat dalam. Mungkin tengah cuba pakaian lain..” jawab Ashraf lagi.

“Tak apalah kalau dia belum keluar lagi. I singgah pun just nak sapa you je. Sorrylah kalau I ganggu you. Mungkin I tak jumpa tunang you sekarang. Tapi I akan tunggu kad jemputan you!” ujar Abby lagi. Dalam erti kata lain dia sebenarnya hampa. Tadi dia benar-benar tidak sabar mahu melihat tunang lelaki itu.

“Okey.. Thank you atas perhatian you..” balas Ashraf lagi. Namun matanya juga melihat ke arah bilik persalinan itu manalah tahu kot-kot Zarra ada di sana.

Selepas gadis itu berlalu pergi barulah Zarra keluar dari tempat persembunyiannya. Dalam dia asyik bersembunyi tadi, sempat juga dia berfikir, berapa ramai teman wanita tunangnya itu? ‘Apakah dia tu glamour sangat ke sampai bermacam-macam jenis perempuan yang mendekati tunangnya itu! Jangan-jangan tunangnya itu memang buaya darat atau buaya tembaga! Hish!! Takutnya. Malang betul nasib aku jumpa lelaki yang macam ni perangainya!’ gumamnya dalam hati. diia berjalan perlahan menuju ke arah Ashraf. Dia tidak mahu lelaki itu menunggunya lama. Maklumlah bukan itu saja yang mereka akan lakukan hari ini.

“Zarra okey ke?” soal Ashraf bila melihat perubahan pada wajah Zarra.

I am okey. Don’t worry..”

“Manalah I tak risau, you tu tunang I.. I tak nak ada apa-apa berlaku sebelum hari pernikahan kita. I betul-betul sayangkan you!” luah Ashraf lagi. Entah kenapa dia berasa tidak sabar untuk menantikan hari bahagia mereka. Kalau boleh hari ini juga dia mahu akad nikah mereka.

‘Sayang? Jangan buat tekak aku rasa loya boleh tak?  Mungkin itu ayat yang dia gunakan dengan gadis di luar sana! Tapi bagi aku tak cairlah hati aku nak mendengarnya. Gerun tu adalah!’ gerutu hati Zarra.

 Lalu dia minta izin mahu ke ‘ladies’ sekejap. Sementara itu, giliran Ashraf pula yang akan memilih pakaian bagi dirinya pula.

Zarra tergesa-gesa keluar dari tandas itu. Dia risau pula kalau Ashraf lama menunggunya. Tiba-tiba dia terlanggar seorang budak lelaki. Lalu budak itu terjatuh. Zarra menolong budak yang terjatuh itu. Dia sebenarnya tidak sengaja berjalan dengan cepat sehinggakan dan berlanggar dengan budak itu.

“Akak minta maaf ya.. akak tak sengaja..” ujar Zarra sambil membantu budak lelaki itu berdiri.

“Adik tak apa-apa ke?” soal Zarra lagi.

Budak kecil itu menggeleng. Mungkin juga dia tidak mahu kakak itu risaukan dirinya. Salah dirinya juga tadi berjalan tidak memandang ke depan. Akibatnya dia melanggar seorang kakak yang besar dari tubuhnya. Nasib baiklah kakak itu seorang yang baik.

“Terima kasih kakak.. Nasib baik ada kakak!” ujar Nani sambil tersenyum. Kalau tidak ada kakak itu, pasti adiknya sudah cedera. Dan papanya juga akan memarahinya kerana tidak menjaga Adam dengan baik.

“Adik tunggu siapa sebenarnya?” soal Zarra lagi.

“Tunggu papa. Tadi cakap sekejap je.. Tapi sekarang tak muncul-muncul lagi!” bebel Nani. Zarra hanya tersenyum. Comel betul kedua budak tu. Beruntunglah orang yang punya anak seperti mereka.

“Ibu mana?” soal Zarra lagi. Hairan pula. Kenapalah ‘papa’ mereka berani tinggalkan budak-budak itu tanpa pengawasan ibunya.

“Ibu kami dah meninggal..” jawab Nani dengan wajah yang sedikit keruh. Zarra terkejut! Pasti dia sudah membuatkan hati budak-budak itu sedih.

“Akak minta maaf. Akak tak tahu ibu adik dah meninggal. Akak minta maaf ye!!” Zarra di terpa rasa bersalah. Dalam diam dia sudah membuatkan budak-budak itu rasa sedih.

“Kalau macam tu akak pergi dululah ya. Kawan akak dah lama tunggu” ujar Zarra lagi. Dia tidak dapat menunggu bersama-sama budak itu.

“Kak siapa nama eh?” soal Nani dengan berani.

“Oh.. panggil Kak Zarra je..” jawab perempuan itu sambil tersenyum.

“Saya Nani dan ini Adam adik saya..” ujar Nani memperkenalkan diri. Entah menagapa dengan kakak yang seorang itu, dia berani memberitahu nama walaupun beberapa kali papa mereka selalu menasihatkannya.

“Akak pergi dulu ye.. Tapi adik kena berhati-hati.. Sekarang ramai orang jahat tau!” nasihat Zarra.

“Baik kak.. Kami kena tunggu papa kat sini juga..”

Zarra terus meninggalkan kedua budak itu. Zharif yang terlihat dari jauh terus berlari-lari menuju ke arah anak-anaknya. Dia risau jika sesuatu terjadi. Rasa menyesal pula sebab tinggalkan budak itu lama-lama.

“Papa!” panggil Adam.

Sorry papa lambat. Orang ramai sangat sorry ye..” ujar Zharif lagi.

“Tak pe papa.. Lagi pun tadi ada kakak cantik tunggu dengan kita orang..” beritahu Nani lagi. Wajahnya kelihatan gembira sekali. Zharif gelisah!

“Kakak cantik?” kedua anak itu mengangguk!

“Iya kakak cantik..” sampuk Adam pula. Zharif kebingungan. Entah apalah yang budak-budak ni cakap. Dia juga keliru!!argh!! Lupakanlah! Lagi pun di tempat yang begini, pasti budak-budak itu akan bertemu dengan pelbagai sepsis manusia.

“Mana dia?” soalnya lagi.

“Dah pergi.. Dia cakap ada hal..” beritahu Nani lagi.

“Oh.. okey! Jom kita balik..” kedua anak-anak itu memengang tangan Zharif. Sesiapa yang melihat Zharif sekarang pasti mereka tidak menyangka yang dia sudah mempunyai dua orang anak!