Shikin duduk termenung di biliknya. Pagi tadi
Lina ada datang berjumpa dengannya. Ajakan Lina untuk pergi ke Kuala Lumpur itu
tidak pernah di lupakannya. Dia duduk di biliknya. Shikin nekad dia mahu pergi
ke Kuala Lumpur bersama Lina. Dia tidak peduli walau apa pun yang terjadi.
“Kak Shikin nak pergi mana?” soal adiknya
Hafiz yang baru pulang dari sekolah. Bila dia sampai di rumah dia terkejut
melihat kakaknya sedang memabwa beg besar ke ruang tamu.
“Kau jangan sibuk boleh tak!” jerit Shikin
lagi. Dia tidak mahu rancangannya kali ini gagal. Biar apa pun yang terjadi dia
sudah nekad. Kalau dia terus berlembut, sampai bila-bila pun dia tidak dapat
keluar dari kampung ini.
Tiba-tiba mak Kiah pula muncul di depan
pintu. Dia juga terkejut bila melihat Shikin sedang membawa beg besar di ruang
tamu sedang bergaduh dengan Hafiz.
“Shikin nak pergi mana?” soal Mak Kiah dengan
suara yang sedikit meninggi. Shikin menorah. Gara-gara dia asyik bergaduh
dengan Hafiz kini emaknya pula sampai dari bendang. Mungkin dia baru balik dari
menghantar makanan pada ayahnya.
“Shikin nak pergi KL mak!”
“Shikin, ayah kamu tak izinkan Shikin pergi
KL..” ujar Mak Kiah lagi.
“Shikin peduli apa. Yang penting, hari ini
Shikin mahu keluar dari rumah ini dan juga kampung ini. Selagi Shikin duduk di
sini, Shikin tak akan dapat apa-apalah mak!!” jerit Shikin lagi. Dia tidak
peduli dengan perasaan emaknya lagi. Yang penting Lina sudah menunggunya di
kereta.
“Shikin pergi dulu mak..” ujar Shikin sambil
bersalam dengan emaknya. Mak Kiah sangat sedih. Namun dia tidak mampu menghalang
pemergian Shikin kali ini. Dia hanya menangis mengenangkan sikap Shikin yang
berubah itu.
Akhirnya kereta viva putih itu terus meluncur
laju menuju ke jalan raya utama. Mak Kiah hanya menangis melihat pemergian
Shikin kali ini. Dia benar-benar sedih melihat Shikin yang tidak mendengar
kata-katanya.
Hafiz terus mendekati emaknya. Dia tahu
emaknya sedih melihat kakaknya Shikinnya bersikap kurang ajar seperti tadi.
Selama ini Kak Shikinnya merupakan seorang gadis yang baik. Entah apa yang di
fikirkan sampaikan dia sanggup melukakan hati seorang ibu.
..................................
Dia
telefon ke rumah tiada yang mengangkat. Kemana semua penghuni rumah itu. Dia
sudah tidak sabar sampai ke rumah. Menatap wajah yang di rinduinya. Alisha
tunggulah kepulangan abang. Sungguh abang rindu akan Alisha..!!!.
Sampai
saja di rumah dia memekik memanggil nama Alisha. Ingin memberitahu dirinya
sudah pulang namun hampa wajah itu tidak timbul langsung. Dia naik ke bilik namun
tiada juga wajah Alisha di sana. Dibilik airnya pun tiada. Kemana Alisha pergi?
“Isha..
Abang dah balik” Zafran Haicarl berteriak memanggil nama Alisha. Hingga
kedengan suaranya di seisi rumah itu.
“Mana
pula perginya ni? Selalunya dia ada. Pantang dengar aku panggil dia” gumam
Zafran sendirian.
Seluruh
isi rumah dia mencari dan memanggil nama isterinya namun, wajah yang di carinya
itu tetap tidak muncul. Yang muncul pula ialah Sofia. Isteri papanya sendiri!
“Apa hal kau terpekik-pekik memanggil nama
Alisha tu?” sergah Sofia. Dia yang dari tadi tidur mula terganggu bila
mendengar suara memanggil nama Alisha. Kemudian dia mendengar dengan jelas.
Suara itu milik lelaki yang amat dirinduinya. Lalau dai berlari keluar dari
bilik tidurnya. Memang benar, suara itu milik Zafran Haicarl!
“You..
Ada nampak Isha tak?” soal Zafran Haicarl kepada Sofia. Dia melihat Sofia
sedang tersenyum manis padanya.
“Alisha
tak ada kat sini.” Jawab Sofia bersahaja. Namun dalam diam dialah orang yang
paling teruja menyambut kepulangan Zafran Haicarl. Sebaik saja dia tahu Zafran
akan kembali, dia sengaja menyuruh suaminya pergi outstation. Dia mahu menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa
bersama Zafran. Lagipun isteri Zafran juga tiada di sini. Begitu juga dengan
Mak Jah. Tiada orang yang akan mengacau hidupnya kini.
“Dia
pergi mana? Dia balik kerumah orang tuanya ke?” soal Zafran Haicarl lagi.
Hairan juga dia dengan jawapan yang di dengar dari mulut Sofia. Kalau Alisha
tiada di rumah, pastinya dia pergi ke rumah orang tuanya. Lagipun isterinya itu
manja orangnya. Mungkin dia rindu dengan dirinya sebab itulah isterinya pergi
ke rumah orang tuanya supaya dapat mengubat hati yang sedang rindu itu!
“Dia
dah keluar dari rumah ini. Dia pergi ikut jantan lain. I pun tak tahu dia kat
mana sekarang?” jawapan itu sangat mengejutkan Zafran! Setahu dia Alisha bukan
perempuan seperti itu.
“What??? Ikut jantan lain..” Zafran
bertanya lagi. Dia betul-betul tidak percaya. Tak mungkin Alisha buat dia macam
tu.
“Betul..
Mesti you tak percayakan?” Sofia meneruskan kata-katanya. Dia tahu Zafran tidak
akan percaya dengan kata-katanya jika tidak di sertakan dengan bukti.
“You
tipu. Alisha tak akan buat I macam tu. Alisha bukan seperti you!” marah Zafran
Haicarl. Dia marah sangat bila Sofia sengaja menaikkan amarahnya.
“I
ada bukti. Kalau you nak tengok..” ujar Sofia sambil melemparkan sepucuk surat
yang mengandungi beberapa keping gambar.
Zafran
pada mulanya tidak peduli. Tetapi salah satu keping gambar itu tercampak keluar
dari sampul surat itu. Cepat saja tangannya mengambil foto itu. Memang benar
gambar itu gambar Alisha bersama Nizam.
‘Nizam??’
Di
samping itu, Sofia tersenyum suka bila melihat kerutan di dahi Zafran. Kali ini
pasti Zafran akan membenci Alisha. Benci yang akan menimbulkan dendam!
“Mana
kau dapat semua ni?” soal Zafran lagi. Dia tidak percaya dengan apa yang di
lihatnya sekarang. Gambar Alisha di pangkuan lelaki lain!
“Dari
sumber yang boleh di percayai. Gambar itu adalah bukti Zaf!”
“Tak
mungkin. You sengaja nak buat I marahkan?” tiba-tiba Sofia pula melenting bila
Zafran seperti tidak percaya dengan kata-kata dan gambar yang menunjukkan bukti
itu. Alisha curang pun Zafran masih tidak boleh menerimanya. Hatinya
betul-betul sakit!
“Zaf,
you jangan nak buat I marah. Bini you tu memang dasar anak orang miskin.
Pantang dapat hidup senang, mulalah dia berlagak... Dahlah tu pencuri pula..”
Sofia mula mereka cerita. Dia pasti Zafran akan lebih membenci Alisha. Inilah
peluangnya dia mahu membuatkan Zafran membenci perempuan yang sudah menjadi
isterinya itu.
“You
jangan nak buat cerita. Sofia.. I kenal sikap you.”
“Kalau
tak percaya tanyalah papa you tu!”
“Papa
I mana?”
“Dia
pergi outstation...”
“Bila
dia balik?”
“I
tak tahulah..” jawab Sofia kasar. Zafran Haicarl mengeluh. Dia mahu beredar
dari situ. Namun kedengaran suara Sofia menegurnya.
“You
nak pergi mana?”
“Suka
hati Ilah.. Mak Jah... Mak Jah..” panggil Zafran lagi.
“Mak
Jah dah berhenti kerja.. You tak perlu nak cari dia lagi..” Sofia memberitahu
perkara itu. Lambat laun pasti Zafran akan mencari orang tua yang banyak menyusahkan
dia. Sebab itu dia memecat Mak Jah sebelum Zafran Haicarl balik ke rumah itu.
“Apa??
Mak Jah dah berhenti kerja? Atas alasan apa?” soal Zafran tidak puas hati. Baru
beberapa bulan dia tidak berada di sini. Bermacam-macam hal telah berlaku.
“I
tak tahulah. Dia cakap nak berhenti kerja. Tak kan lah I nak halang. Lagi pun
dia suka sangat menyibuk dengan hal I. Baik juga dia berhenti kerja.”
“Makin
hari makin I tak faham sikap you ni!!” bentak Zafran.
Zafran
Haicarl melangkahkan kakinya menuju ke bilik tidurnya. Rasa penatnya belum
hilang. Di tambahkan lagi dengan ketiadaan Alisha dan juga Mak Jah. Masuk saja
ke bilik tidurnya dia menguncikan pintu.
Dia
terdetik hati membuka almari yang menjadi tempat penyimpanan pakaian Alisha.
Kelihatan almari itu nampak kosong. Dia terkejut sangat. Alisha tidak pernah
mengosongkan almari pakaiannya. Kemana Alisha pergi sampai mengosongkan pakaian
dalam almarinya? Kini dia takut mungkin Alisha sudah pergi meninggalkannya.
“Kenapa
Isha tak tunggu abang balik? Isha bohong pada abang. Isha terus tinggalkan
abang macam tu je,” Zafran Haicarl mengeluh sendirian di bilik kamarnya. Apa
yang harus dia buat sekarang? Bukan mudah hendak mencari Alisha. Kalau begini
lebih baik mati dari hidup tanpa orang yang di kasihi di sisi.
..................................
Bangun
dia petang itu segera dia mengambil kunci keretanya. Dia mahu keluar untuk
melapangkan fikiran. Destinasi utamanya ialah ke rumah orang tua Alisha.
Mungkin isterinya ada di sana.
Sebaik
saja Zafran Haicarl sampai di halaman
rumah itu, dia melihat rumah itu kosong. Hatinya di pagut resah. Tiada orang
tempat dia bertanya. Siapa yang boleh memberikan maklumat padanya. Tiba-tiba
dia teringat rumah Shikin kawan baik Alisha. Dia terus memandu menuju ke rumah
itu.
Makcik
Kiah terkejut melihat kedatangan Zafran Haicarl. Apa yang sudah terjadi
sebenarnya? Namun dalam perasaan yang penuh tanda tanya dia tetap menyambut
kedatangan Zafran Haicarl dengan senyuman.
Makcik
Kiah menceritakan perkara yang terjadi pada keluarga Alisha. Katanya sebelum
Alisha pergi ke Kuala Lumpur dia sempat singgah di rumahnya. Dia menceritakan
perkara yang berlaku pada dirinya. Katanya dia ingin mencari Zafran di Kuala
Lumpur.
Zafran
hanya terdiam sahaja. Dia tidak tahu seteruk itu nasib Alisha ketika
ketiadaannya. Dia mula rasa menyesal kerana meninggalkan Alisha di rumah agam
itu. Walau bagaimana pun dia akan berusaha mencari Alisha di Kuala Lumpur. Dia
berjanji pada dirinya sendiri.
Pulang
saja dia ke rumah agam itu dia terus berkemas. Dia tidak mahu tiggal di rumah
itu. Dia memang sudah pasti Alisha tidak ada di dalam rumah itu.
“Zaf!
You nak pergi mana pula tu?” soal Sofia sebaik saja melihat Zafran mahu
berangkat dengan beg besar yang baru dia bawa balik pagi tadi.
“I
nak balik ke KL..”
“What??? Malam-malam begini? Bukan ke you
baru sampai tengah hari tadi? Tak bolehkah you
stay dua tiga hari lagi?” pujuk Sofia lagi. Baru dia berangan-angan mahu
makan malam bersama. Namun petang itu Zafran keluar dan baru balik waktu
sekarang. Lepas tu dia bawa beg besar katanya nak balik ke KL memang dia rasa
amat marah sekali. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Alisha itu.
“Nope!!! I dah buat keputusan. I nak
balik ke Kl. I nak cari Alisha..”
“Balik-balik
Alisha.. Alisha!! Tak ada gunanya you nak kenang perempuan macam Alisha tu..
Entah-entah dia sedang enjoy di luar
sana dengan lelaki lain.. Perempuan macam tu yang you nak cari?” sindir Sofia
lagi.
“Mulut
you tu jangan cakap sembarangan. Alisha tak macam tulah.. Dia bukan jenis macam
you!!”
“Zaf I miss you and I love you..” ujar
Sofia terus sahaja memeluk tubuh lelaki yang di rinduinya itu. Itulah saat-saat
yang sangat di nantikannya. Zafran Haicarl dengan cepat merungkai tubuh Sofia
dari memeluknya.
“But I love my wife Alisha...” ujarnya
perlahan. Memang dia cintakan sangat-sangat Alisha..
“You
tipu. You tak pernah cintakan dia. You sengaja nak sakitkan hati I kan? Sebab
itu you kahwin dengan dia..” jawab Sofia keras. Dia tidak sanggup mendengar
Zafran menyintai wanita lain selain dari dirinya.
“Dengar
baik-baik Sofia, I tak cintakan you lagi. Because
I love my wife Alisha. Seluruh jiwa dan cinta I hanya untuk dia. Dan hanya
Alisha yang layak mendapat cinta dari I..” sekali lagi Sofia memeluk tubuh
Zafran.
Dengan
kasar Zafran menolak tubuh Sofia yang mahu memeluknya. Dia melangah keluar dari
rumah itu. Dia tidak akan balik ke rumah agam itu selagi dia tidak berjumpa
dengan Alisha.
“Zaf..
Zafran.. Jangan tinggalkan I Zaf! I love
you so much!!” jerit Sofia lagi. Dia terduduk lemah apabila panggilannya
itu tidak di pedulikan oleh Zafran. Hatinya hancur melihat pemergian Zafran
malam itu. Dia menangis sendirian.. Sampai hati you buat I macam ni Zaf.. Ingat
I tak akan biarkan hidup you bahagia Zaf! I akan cari you walau kemana saja you
pergi!! Alisha berjanji pada dirinya sendiri.
........................................
nak lagi.
ReplyDeletebest.....
ReplyDelete