Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 24 October 2012

Kau Rantai Hatiku 18


BAB 18

PETANG barulah mereka berdua pulang ke pejabat semula. Namun Tengku Elman terus berhenti di tepi tempat Humaira parking keretanya. Dia juga memberitahu Humaira supaya tidak payah masuk ke pejabat semula. Dia sengaja memberi perlepasan agar Humaira balik awal. Katanya takut Humaira tak sempat pergi ke hospital jenguk Zeti.

“Terima kasih sebab bawa saya pergi ke tempat yang sedap makanannya. Dah lama saya tak merasa makanan yang sebegini sedap..” ujar Humaira lagi. Tengku Elman tersenyum. Dia rasa gembira kerana akhirnya gadis itu tidak marah-marah lagi. Mungkin moodnya sudah berubah baik bila mendengar khabar baik dari maknya.

“Sama-sama. Lain kali kita bolehlah datang lagi..”

 “Saya minta diri dulu.. Takut tak sempat singgah di hospital.” Humaira menekan kunci ke pintu keretanya. Pintu kereta di bukanya. Namun Tengku Elman masih setia menemaninya di belakangnya.

“Saya ikut awak boleh?” soal Tengku Elman dengan nada mengusik. Pantas saja Humaira menjawab.

“Janganlah. Tak manis. Nanti apa kata mak dan bapak saya nanti..”

“Okeylah kalau macam tu. Awak bawa kereta tu hati-hati.”

“Okey terima kasih sebab Tengku belanja makan tadi. Tengku pun sama. Hati-hati juga.”

Setelah kereta Humaira hilang dari pandangan, barulah Tengku Elman naik ke pejabat semula. Tidak lama kemudian dia di datangi oleh Encik Johan. Seperti biasanya ada laporan yang harus di sampaikan olehnya.

HUMAIRA menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Dia rasa lega mendengar pembedahan itu berjaya. Namun semenjak dia bekerja di syarikat Global itu, dia tidak dapat cuti sewenang-wenangnya. Tidak seperti dia bekerja di butik dulu. Lagi pun dia juga ada projek besar yang sedang di jalankan.

“Zeti sihat..” soal Humaira sebaik saja dia mendekati Zeti..

“Sihat sikit kak.. Macam mana dengan kerja kakak sekarang?” kini giliran Zeti pula bertanya.

“Kerja okey je.. Biasalah baru kerjakan..” jawab Humaira sambil dia mengelus-ngelus lengan Zeti. Kelihatan wajah Zeti sedikit pucat. Iyalah orang sakit katakan. Lagipun dia baru tersedar pagi tadi. Dia mesti banyak berehat.

“Zeti nak minta maaf pada kak Ira..” ujar Zeti perlahan-lahan. Dia rasa sebak bila mendengar pengorbanan yang di lakukan Humaira terhadapnya. Kata ibunya tanpa bantuan Humaira, tidak mungkin dia dapat menjalani pembedahan yang menelan kos yang tinggi bagi taraf kehidupan orang tuanya. Syukurlah masih ada insan yang sudi menemani mereka sekeluarga ketika mereka dalam kesusahan.

“Kenapa Zeti nak minta maaf?” soal Humaira hairan. Setahunya Zeti tak buat apa-apa pun yang salah.

“Sebab dah susahkan kakak. Kalau kakak tak tolong, mesti Zeti tak dapat buat pembedahan..” Zeti memeluknya erat. Terasa bahu Humaira basah kerana air mata Zeti.

“Mana Zeti tahu semua ni?” soal Huamaira hairan.

“Ibu yang ceritakan. Semuanya. Nampaknya Zeti sudah menyusahkan kak Ira”  jawab Zeti perlahan.

“Zeti, tak baik cakap macam tu. Kakak ikhlas nak tolong Zeti dan keluarga. Lagi pun akak dah anggap keluarga Zeti macam keluarga akak juga. Bukan ke dulu keluarga Zeti yang tolong jaga akak masa akak sakit dulu. Jadi sekarang giliran akak pula yang tolong. Zeti tak payahlah rasa serba salah. Yang penting Zeti kembali sihat seperti dulu.” ujar Humaira dengan penuh kasih. Dia tidak mahu Zeti rasa bersalah. Dan dia sememangnya gembira melihat Zeti semakin baik.

Zeti hanya menganggukkan kepalanya. Dia memang sayangkan Humaira seperti kakaknya.

ISABELLA pulang kerumah. Dia menghampas brifcasenya di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Hatinya mendongkol geram, marah dan kecewa terhadap Tengku Elman.

“Anak mummy dah balik?” tegur Datin Melinda. Dia tidak sedar sejak bila pula anak gadisnya itu sampai.

“Hei kenapa wajah anak mummy ni muram? Ada apa-apa masalah ke?” Soalnya lembut sambil mengambil tempat duduk di sebelah Isabella.

“Tak ada apalah mummy. Penat je..” jawab Isabella. Namun jawapan Isabella itu tidak memuaskan hati mummynya.

“Masakan tidak ada apa-apa. Kalau ye sekali pun Bella penat pun wajah Bell tak akan jadi macam ni.. Ni mesti gaduh dengan Tengku Elman..” tujum Datin Melinda. Isabella memandang wajah mummynya. Perlahan dia mengagguk kepalanya.

“Kali ini dia buat apa?” soal Datin Melinda tidak puas hati. Dia tidak suka melihat Isabella menangis kerana Tengku Elman. Dan Tengku Elman seharusnya sudah lama diajarkan.

“Dia keluar dengan perempuan lain. Bila Bella tanya dia cakap Bell menyibuk. Pada hal tak lama lagi dia akan menjadi tunang Bell dan akan berkahwin dengan Bell.” Bella mengeluarkan rasa di hatinya. Dia terus datang berjumpa dengan Tengku Elman sebaik saja dia dapat tahu yang Tengku Elman berada di pejabat. Dan pertemuannya itu akhirnya membuahkan satu pergaduhan. Yang akhirnya dia sendiri yang akan terluka.

“Bell tahu tak dengan siapa da keluar? Maksud mummy nama perempuan tu?” soal Dating Melinda berbasa-basi.

“Dengan Humaira. Pekerja baru kat syarikat Bell. Yang wajahnya mirip Ariana. Kan Bell pernah cakap dengan mummy dulu..”

Datin Melinda mengeluh.. Patutlah anaknya seakan-akan macam orang tak betul. Dia pun rasa dirinya juga tak betul. Dia tak akan sesenang itu mahu melepaskan peluangnya. Dia mahu Tengku Elman menjadi menantunya. Bukannya orang lain!!!!!.

“Bell jangan susah hati ya.. Nanti mummy bincang hal korang dengan Tengku Suraya. Mummy pasti Tengku Suraya bukan jenis orang yang mungkir janji..” Datin Malinda berjanji pada Bella. Isabella memandang wajah mummynya.

“Betul.. nanti mummy bincang hal korang tu.. Bella jangan risau ya.. yang penting, sekarang Bell pergi naik mandi.. Nanti kita tunggu daddy balik, kita makan bersama..”

“Terima kasih mummy..” ujar Isabella samba memeluk Datin Melinda. Datin Melinda mengusap kepala Isabella dengan lembut. Dia berjanji akan buat apa saja untuk membuatkan Tengku Elman berkahwin dengan Isabella.

DENGAN senyuman yang terbit di bibir, Tengku Elman mengenangkan kembali saat-saat dia bersama dengan Humaira. Entah mengapa dia selalu saja teringat pada gadis itu. Kadang-kadang dia terhibur dengan gelagat Humaira yang suka marah-marah pada dirinya.  Mungkin dia dalam symptom ‘falling in love’. Dan sekiranya ada orang tahu perasaannya pun orang tidak akan percaya. Kerana gadis yang menjadi pilihannya itu seiras dengan wajah isterinya yang dahulu.

Pernah juga dia mneyatakan perasaannya pada Encik Johan. Dan ternyata Encik Johan tidak pernah menghampakan dia. Encik Johan sokong seratus peratus keputusannya. Namun bagai mana pula dengan mamanya Tengku Suraya? Adakah mamanya akan terima Huamira dalam hidup mereka. Mungkin mamanya akan mengatakan dia gila kerana memilih wajah yang sama saja menjadi pasangan hidupnya. Arghhh!!! Rumit sungguh hidupnya. Kenapa dia yang mesti di uji sebegini.

BEBERAPA hari ini Isabella berasa sakit hati terhadap Humaira. Mana tidaknya bukan sekali dia terserempak Tengku Elman dengan Humaira. Tapi sudah beberapa kali. Di tambahkan lagi gossip yang di dengarnya dari pekerjanya. Tengku Elman dengan Humaira macam rapat. Ini tak boleh jadi. Dia cemburu! Mana pernah selama ini Tengku Elman mengalihkan pandangan darinya. Semenjak kemunculan Humaira yang persis arwah Ariana segala perhatian Tengku Elman sudah beralih.

Pagi itu mereka ada mesyuarat. Humaira sedikit kelam kabut. Yelah tugasan itu belum lagi selesai sepenuhnya. Dan dia tidak sempat bagi pada Cik Isabella untuk menyemaknya.

     Humaira, what do you think about this sample?

     Soalan yang melantun ke telinga membuatkan Humaira tersentak. Pantas anak matanya mencari empunya suara itu. Tengku Elman menjungkitkan kening, menantikan jawapannya.

     Argh!! Tengku Elman ni memang sengaja nak malukan dia depan semua orang!

     “Ya, what do you think  Ira? Lagipun you yang pilih konsep nikan?” sambung cik Isabella pula. Sambil itu dia tersenyum senang. Baru hari ini dia punya peluang untuk mengenakan gadis itu.

     Humaira menelan air liurnya sebelum mengukir senyuman kelat. Matanya segera di larikan ke arah sample yang ada di ruang depan.Dia langsung tidak dapat menerangkan lagi. Dia belum bersedia kerana dia kelam kabut pagi tadi.

     Selesai mensyuarat, Humaira cepat-cepat menghayunkan langkahnya. Dia tidak mahu Tengku Elman memanggilnya. Yang penting juga dia mahu berada jauh dengan bosnya itu. Bukan sedikit debaran di dadanya setiap kali mereka bertembung pandang. Dua jam mesyuarat bagaikan dua tahun rasanya dia terkurung dalan bilik itu. Rimas betul rasanya!! Bersama pandangan tajam Cik Isabella dia dapat merasakan ada api cemburu di dalam hati ketuanya itu.

Selesai mesyuarat, Isabella memanggil Humaira masuk berjumpanya dalam bilik. Sakit hatinya bila Humaira menunjukkan kertas kerja tanpa di periksa olehnya terdahulu. Perempuan ni baru masuk kerja dah buat hal. Kan Tengku Elman sudah pesan hari tu! Memang dia ni sengaja nak cari hal dengan aku kot! Dengan geram Isabella memarahi Humaira.

“Humaira! Awak ada kat sini jangan nak tunjuk lagak ye!”

“Apa hal ni? Ira tak tunjuk lagak pun. Ira datang sini nak bekerja. Nak cari rezeki yang halal. Cik Bella ada masalah ke dengan saya?” soal Humaira. Dia lihat wajah Cik Bella semakin tegag. Dia sedar dirinya sudah buat salah. Tetapi tidak bolehkah Cik Isabella memberi tunjuk ajar dengan baik. Ini tidak dia di marahi sesuka hatinya saja.

“Cik.. Saya minta maaf. Memang saya sudah buat silap. Tapi saya tak sengaja..”

“Lain kali semua kertas kerja yang akan di bentangkan mesti mendapat kebenaran dari saya. Jangan awak memandai-mandai je nak buat keputusan sendiri. Awak pun dengar komen dari ketua pengarah kita. Idea apa pula yang pelik-pelik” marah Isabella. Memang baginya pantang benar orang bawahan membuat kesilapan.

“Saya minta maaf Cik Bella.. Salah saya juga. Lain kali saya tak buat lagi.”

“Dah pergi buat research kat supermall tu. Saya nak laporan esok pagi.”

“Baiklah Cik Bella. Saya pergi dulu.”  

‘Menyampah betul. Dalam bilik mesyuarat dia di tempelak oleh Tengku Elman. Sekarang dengan Cik Isabella pula’ Dengan perlahan dia mengambil beg tangannya lalu dia melangkah kaki ke supermall itu. Dia mahu mencari ilham. Manalah tahu bila dia keluar nanti dia akan mendapt banyak idea untuk mereka fesyen.

Ketika matanya asyik leka melihat baju tiba-tiba matanya bertembung dengan wajah seseorang. Pada mulanya di sangkakan patung tetapi orang itu tersenyum bila melihat wajahnya yang terkejut.

“Apa Tengku buat kat sini?” terkejut Humaira apabila melihat Tengku Elman Qaufar berdiri di hadapannya. Baru sebentar tadi dia bercadang hendak berjalan-jalan sendirian, Namun ada saja yang menyibuk dengan dirinya.

“Apa saya buat kat sini? Suka hati sayalah.. Ini kan tempat awam!” ujar Tengku Elman Qaufar. Pada hal dari tadi lagi dia mengekori gadis itu. Entah kenapa hatinya bagai di tarik-tarik untuk mengikut gadis itu. Dia ternampak Isabella memarahi gadis itu. Kemudian gadis itu keluar dengan beg tangannya sekali, lalu dia mengekorinya dari belakang.

Humaira meneruskan langkahnya. Malas dia nak bersoal jawab dengan lelaki yang tak faham bahasa itu. Dahlah dalam pejabat pun dia begitu di luar pejabat pun dia bersikap begitu. Kadang-kadang dia pelik dengan perangai Tengku Elman Qaufar.

Dia pun tak tahu kenapa bosnya suka sangat cari pasal dengannya. Sedangkan masa pembentangan tadi bukan main dia sindir dirinya. Siapa yang tak sakit hati jika orang sebegitu memberi komen yang menyakitkan hati. Tapi dia berhak berbuat begitu sebab dia adalah bos. Kalau di fikir secara logik pun semua orang akan mengambil tindakan yang sama. Mana boleh buat keputusan sesuka hati jika benar persembahannya itu tidak memuaskan. Sekarang dia berjalan-jalan untuk mencari idea. Dia harus membuat semula rekaan fashion yang dapat menarik perhatian pelanggan.

“Awak marahkan saya ke?” langkahnya di percepatkan bila menyedari gadis itu cuba melarikan diri. Langsung tidak mempedulikannya.

“Berhak ke orang macam saya marahkan Tengku yang menjadi bos?” Humaira memandang muka bosnya itu.

Tengku Elman tersenyum. Suka benar dia melihat telatah Humaira. Kalau boleh memang hari-hari dia nak sakitkan hati Humaira. Dia suka melihat gelagat Humaira jika marah dan akhirnya dia tersenyum sendiri.

“Maaflah pasal tadi. Tapi memang benar pun apa yang awak bentang tu belum cukup bagus.” ujarnya lagi. Dan dia berharap gadis itu tidak mengambil hati. Dalam soal kerja dia memang agak cerewet!

“Saya terima.. Lagi pun saya belum ada pengalaman belum pernah terima tanggung jawab yang besar seperti sekarang ini” jelas Humaira lagi.

“Apa kata kita masuk dalam dan cari bahan” Tengku Elman mengajak Humaira masuk ke dalam kedai itu.

“Tak payahlah Tengku, Ira boleh buat sendiri.. Nanti kalau orang nampak apa kata dia orang tu nanti.”

“Saya bos awak. So awak kena ikut cakap saya!” tegas suara Tengku Elman kali ini.

“Susahnya bercakap dengan orang yang tak faham bahasa” rungut Humaira sendirian. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengikut belakang Tengku Elman Qaufar.

Tengku Elman Qaufar hanya tersenyum bila mendengar omelan Humaira. Rasa nak cubit-cubit saja pipinya yang gebu itu.  Gadis itu mengingatkan dia pada Ariana dia. Mahu tidak mahu Humaira terpaksa ikut arahan Tengku Elman. Dekat pukul 4.30 petang barulah dia pulang semula ke pejabat. Dia mahu menyambungkan kerja-kerjanya itu. Lagipun Cik Isabella mahukan kerjanya itu samapai ke mejanya sebelum pukul 9 pagi esok.
 
 

2 comments:

  1. Entry yg ditunggu2 dh tiba. tak sabar nak tunggu the next entry :)

    ReplyDelete
  2. nak lagi please...selamat hari raya adha semua.

    ReplyDelete