Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 4 March 2013

Kau Rantai Hatiku 32


PAGI itu seperti yang di janjikan Tengku Elman Qaufar sudah siap menunggu di depan pintu bilik Humaira. Humaira yang ketika itu sedang membuka pintu terkejut!

Good morning!” sapa Tengku Elman Qaufar. Humaira hanya mencebik. Pagi-pagi lagi sudah buat hal. Malam tadi cakap siap pukul 9.30 pagi, tapi sekarang pukul 8 pagi dia dah telifon. Kononnya nak ajak pergi sarapan.

“Jomlah nanti kita lambat pula. Kena cari tempat lagi!” bebel Tengku Elman Qaufar. Humaira hanya mengikut saja.

Humaira menunggu Tengku Elman Qaufar di luar restoran. Itulah arahan yang dia terima tadi. Walau hatinya mendongkol geram! Tengku Elman masih mencari tempat parking sebenarnya. Mereka datang ke restoran itu kerana ada temujanji dengan klien! Tiba-tiba dia memalingkan wajahnya untuk memastikan Tengku Elman Qaufar tidak meninggalkan dia di situ.

“Ira!!” panggil Azwan. Humaira menoleh.

“Wan!!” panggil Humaira pula.

“Apa Ira buat kat sini?” soal Azwan terkejut. Memang matanya tidak salah. Memang Humaira yang berdiri di luar restoran itu.

Humaira juga terkejut bila melihat Azwan turut berada di tempat itu.

“Ira ada kerja kat sini. Wan pula buat apa kat sini?” soal Humaira balik. Senyumannya di berikan kepada Azwan. Begitu juga dengan Azwan. Tiba-tiba sahaja ada satu suara menyampuk.

“Sayang.. Sorrylah sebab lama tunggu I.. Tak ada tempat parking kat sana tadi..” ujar Sally. Azwan serba salah. Dia tidak sempat mahu memperkenalkan Humaira pada Sally dan begitu juga sebaliknya.

“Humaira kenalkan ini Sally.. and Sally this is Humaira..” Azwan memperkenalkan mereka berdua.

“Hi.. I Humaira..”

“Sally. Wife Azwan. You berdua dah lama kenal ke?” mereka berdua bersalaman.

Wife??Sejak bila pula Azwan bernikah? Dia tersalah dengarkah? Tapi tak mungkin. Dan tidak mustahil pun kalau itu memang berlaku. Semua itu menjadi tanda tanya pada Humaira. Humaira tergamam seketika. Ada banyak soalan yang ingin dia tujukan kepada Azwan ketika ini.

Mata Azwan melorot ke arah Humaira. Belum sempat dia mahu memeperkenalkan Sally kepada Humaira, Sally terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

Hi sorry I bit late…” ujar satu suara. Ketiga-tiga mereka memandang ke arah lelaki itu.

“Hi.. I Tengku Elman Qaufar..” terkejut Sally mendengar nama itu. Dia sangka gadis itu hanya datang seorang diri rupanya berteman. Dengan orang yang kacak pula tu! Kejap.. Wajah ni macam dah biasa tengok. Tapi dimana?

“You ni Tengku Elman yang keluar kat majalah hari tukan?” spontan saja Sally bertanya. Baru dia teringat wajah kacak Tengku Elman Qaufar pernah keluar di majalah.

“Wajah saya ni laku ke masuk majalah?” usik Tengku Elman sambil tersenyum. Tak kan sekali jumpa dengan dirinya wanita itu begitu teruja.

“Oh.. I Sally and my husband Azwan” ujar Sally dengan senyumannya. Namun matanya tidak bergerak dari memandang Tengku Elman. Bertuahnya gadis ini dapat bos yang kacak seperti Tengku Elman. Cemburu juga dia!! Memang dia sukakan Azwan tapi kekadang dia sebagai seorang gadis memang tidak lari dari rasa cemburu pada gadis lain. Namun dia tersenyum. Dia tidak menyangka akan berurusan dengan lelaki yang sangat gah namanya di dalam bidang perniagaan dari Kuala Lumpur. Sayangnya dia sudah menjadi kepunyaan orang. Siapa tidak kenal dengan Tengku Elman Qaufar yang baru saja bertunang dengan seorang gadis bernama Isabella.

Husband? Sejak bila pula Azwan bernikah dengan wanita ini. Bukan ke dulu lelaki ini menjadi teman yang paling rapat dengan Humaira. Dia mengangkat mukanya dan memandang ke arah Humaira. Barulah dia perasan wajah sugul Humaira ketika ini. Pasti gadis itu bersedih sekarang. Ada banyak persoalan yang timbul di benaknya ketika ini.

Tengku Elman Qaufar hanya tersenyum. Wajah Azwan keruh!! Seperti tidak suka akan kehadirannya di situ terutama sekali bila tahu yang Humaira datang bersamanya.

“Jom kita masuk ke dalam.. Kita bincang di dalam.” ajak Sally. Terleka seketika dia bila memandang wajah yang kacak terpacak di depannya.

Humaira hanya mampu mengikut belakang Tengku Elman Qaufar. Sekali sekala mata Azwan melekat padanya.

Dalam perbincangan itu Humaira dan Azwan langsung tidak memberi perhatian penuh. Asyik-asyik bola mata mereka berdua berlaga. Azwan dengan perasaan serba salah dan Humaira mendongkol rasa marahnya!! Patutlah sejak kebelangan ini Azwan selalu mengelak menjawab panggilannya. Sebenarnya dia ingin minta maaf kerana Mak Teh dan Pak Teh telah menghampakan harapannya. Kini semuanya sudah hancur. Azwan sudah pun menjadi milik orang lain!!

SELEPAS mesyuarat, Humaira meminta izin dari Tengku Elman untuk menenangkan diri buat sementara waktu. Tengku Elman faham akan perasaan Humaira. Mana tidak kecewa melihat teman lelakinya bersama dengan perempuan lain. Opp salah mereka sudah pun kahwin. dia faham dengan perasaan Humaira sekarang. rasa kehilangan. Walaupun dia tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka berdua sebenarnya. Apa yang dia ingat hari itu, Humaira pernah menyatakan yang mereka berdua bakal bertunang. Dan selepas dia bertunang dengan Isabella, di langsung tidak berpeluang untuk mendekati Humaira.

“Awak nak pergi mana?” soal Tengku Elman.

“Suka hati Iralah.. Tapi kalau Tengku nak balik dulu ke Kl pun Ira tak kisah. Ira boleh balik naik bas ke KL. Lagipun Ira ada hal kat sini..” jawab Humaira lembut tapi tegas.

“Mana boleh tinggalkan awak sorang-sorang kat sini. Nanti awak kena culik siapa yang susah. Lagi pun saya pun tak nak balik cepat ke KL..”

‘Mengada betullah Tengku ni!’ ujar hati Humaira.

“Mana boleh macam tu! Tengku baliklah dulu ke Kl. Kerja Tengku tu siapa nak buat?”

“I kan bos! Encik Johan ada. Apa salahnya I ambik cuti sekali-sekala. Lagipun dah lama saya tak lapangkan fikiran. Asyik kerja-kerja saja!!” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

Humaira menjuihkan bibir! Kadang kala dia lupa siapa Tengku Elman!

TENGKU Elman rasa bosan asyik duduk di bilik hotel. Sesekali dia mendail nombor telefon Humaira. Namun satu panggilan tidak di jawab. Kemana dia pergi sampaikan telefon bimbit pun dia tak bawa? Hatinya di serang kegelisahan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan.

Dari jauh dia melihat Humaira sedang duduk di sebuah kerusi di taman itu. Tengku Elman Qaufar datang menghampiri. Dia tidak pedulilah kalau Humaira akan memarahinya. Apa yang pasti hatinya tidak dapat mengatasi fikirannya. Sakit hatinya melihat air mata gadis itu. Mesti dia dalam kesedihan.

“Boleh saya duduk sini?” Tengku Elman Qaufar bertanya kepada Humaira. Humaira mengesat air matanya. Dia tidak mahu orang lain nampak akan kesedihannya. Cukuplah dia seorang yang menanggung.

“Duduk jelah.. inikan tempat awam..” lambat Humaira menjawab.

“Awak okey ke?” soal lelaki di sebelahnya itu lagi. Humaira rasa terharu kerana masih ada lagi insan yang mengambil berat tentang dirinya.

“Saya okey..” jawab Humaira. Namun perasaannya kini hanya dia saja yang tahu!

But I think you not okey right?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.

“Ira tahu apa yang Ira buat. Kalau Ira tahu begini sakitnya menyintai, pasti Ira takkan buka hati untuk sesiapa, kalau saya tahu begini pengakhirannya, pasti dari mula lagi saya takkan berharap, dan kalau saya tahu semua ni tipu belaka, pasti saya takkan biarkan diri ini terpedaya. Patutlah Mak Teh dan Pak Teh tak setuju dengan lamaran Azwan tempoh hari. Mungkin mereka tak percaya Azwan benar-benar serius dengan hubungan kami...”

“Siapa Mak Teh dan Pak Teh?” soal Tengku Elman pula.

“Keluarga angkat Ira..”

Tengku Elman Qaufar terkedu. Betapa sakitnya hati bila orang yang di sayang mengkhianati cinta. Cinta gadis itu luhur dan suci. Tergamak Azwan melukakan hati gadis yang baik seperti Humaira itu. Tapi apa sebabnya Azwan sanggup melukakan hati Humaira. Bukankah mereka merancang akan bertunang tak lama lagi??

“Tapi kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.. kisah cinta Ira taklah sesedih kisah cinta dalam hidup saya..” perlahan suara Tengku Elman seolah-olah berbisik.

“Mungkin kisah percintaan Ira tak sesedih kisah cinta Tengku tetapi Ira rasa sangat menyesal kerana dalam diam Ira berangan-angan mahu hidup bersama ‘dia’. Tapi betullah, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segala-galanya.”

“Oleh itu saya berharap, Ira janganlah berputus asa untuk mencari kebahagiaan. Lepaskan segala apa yang Ira rasa sekarang. Ingatlah ada lagi insan lain yang sangat menderita dari Ira yang hidup di luar sana..” ujar Tengku Elman. Humaira mengalihkan pandangannya.

“Betul kata Tengku. Terima kasih kerana menjadi teman Ira di sini..”

“Dah lama saya terima kasih Ira..”

“Tengku...” tanpa sengaja Ira mencubit lengan Tengku Elman. Tengku Elman mengaduh kesakitan.

“Cantik pun bila tengok Ira tersenyum..”

Humaira menyembunyikan senyumannya. Dia jadi malu sendiri.

“Apa pun terima kasih Tengku kerana mengingatkan saya tentang suatu perkara!” ujar Humaira lagi. Pandangannya di lempar kembali ke depan.

HUMAIRA dan Tengku Elman Qaufar harus balik ke hotel. Semalam mereka menginap di hotel kerana mereka sampai lewat ke Johor Bahru. Dan sekarang mereka harus mengambil barang di hotel untuk pulang ke Kuala Lumpur semula.

Hati Humaira rasa kecewa apabila mendapat tahu Azwan sebenarnya sudah ada teman istimewa yang lain. dia sudah pun berkahwin dengan wanita lain. Dan apa gunanya dia mengharapkan kasih sayang dari lelaki itu. Lebih baik dia mengundurkan diri. Mungkin itulah hikmah di sebalik kejadian itu.

‘Patutlah Mak Teh dan Pak Teh tak setuju dengan lamaran Azwan tempoh hari. Mungkin mereka tak percaya Azwan benar-benar serius dengan hubungan mereka.’

Baru saja kakinya melangkah ke ruang lobi kelihatan Azwan sudah menunggunya di ruangan menunggu. ‘Apa yang dia buat kat sini lagi’ bisik Humaira lagi. Rasa sakit hatinya belum lagi reda. Sengaja dia buat-buat tak nampak lelaki itu!

“Ira.. Ira..” panggil Azwan bila dia melihat Humaira seperti mahu melarikan diri darinya.

“Ira, Wan minta maaf. Apa yang Ira nampak tak seperti yang Ira sangkakan” ujar Azwan cuba meminta maaf dari Humaira. Semalaman dia tidak dapat tidur. Memikirkan masalah yang menimpanya. Dia harus menemui Humaira petang ini untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Walaupun akhirnya hatinya yang terluka. Tidak mungkin Humaira memaafkan kesilapan yang pernah dia lakukan.

“Sudahlah Wan, Ira pun tak menyalahkan Wan. Mungkin semua ini ada hikmah di sebaliknya..” jawab Humaira tenang.

“Wan tahu, Ira marahkan Wan. Tapi tak boleh ke kita teruskan hubungan kita ini. Wan masih sayangkan Ira..”

“Ira minta maaf. Lebih baik Wan lupakan Ira. Mungkin antara kita memang tak ada jodoh. Kita kena redha..” Humaira memandang wajah Azwan. Azwan mendegus geram.

“Semua ni salah Pak Teh dan Mak Teh.”

“Kenapa awak nak salahkan dia orang pulak. Mereka tak ada kena mengena dengan kita pun!” bentak Humaira. Dia tidak suka mendengar orang memburuk-burukkan nama keluarga yang telah banyak menabur budi padanya.

“Kalau mereka terima lamaran Wan hari tu, benda ni tak akan jadi!” marah Azwan lagi.

“Itu semua bukan kita yang tentukan..”

“Gara-gara hal itulah , Wan rapat dengan Sally. Tapi hati dan cinta I tetap pada Humaira…”

“Itu bukan alasan yang boleh Ira terima. Kalau memang jodoh Wan dengan Sally, Ira pun tak dapat buat apa-apa!” Humaira tidak setuju dengan kata-kata Azwan. lelaki itu seolah-olah menyalahkan Pak Teh dan Mak Teh dalam hal mereka.

“Tapi Wan masih cintakan Ira. Mungkin silap Wan sebab dah terlanjur dengan Sally. Tapi Wan harap Ira bagi peluang pada Wan. Wan cintakan Ira!”

“Wan, lebih baik kita putus di sini saja. Ira rasa Wan patut menerima orang yang hadir dalam hidup Wan ketika Wan dalam kesulitan. Mungkin benda yang terjadi ni ada hikmah di sebaliknya.”

Azwan terkedu mendengar kata putus dari Humaira. Hubungan mereka menjadi semakin jauh. Namun dia tidak mahu berputus asa untuk mendapatkan cinta Humaira.

Tidak lama kemudian kelihatan Tengku Elman sedang membawa begnya keluar dari pintu lif. Cepat-cepat Humaira mendapatkannya.

“Jom kita pergi dari sini cepat-cepat!”

Tengku Elman Qaufar yang menyedari kehadiran Azwan di situ mengangguk.

“Awak dah sedia ker? Jomlah.. Nanti lambat pula kita sampai kat KL..”

“Ira.. tunggu.. Wan ada benda nak cakap dengan Ira.. Kita berdua sahaja!” pujuk Azwan tidak mahu mengalah.

“Ira tak nak dengar apa-apa lagi dari Azwan.. Please.. kami nak balik ke KL ni!”

“Ira, please.. untuk kali ini saja..” Azwan merayu.

“Ira.. better awak selesaikan masalah awak dengan dia. I tahu selagi you tak dengar penjelasan dari dia selagi itu hati you tak tenang!”

“Okey... Ira akan dengar apa yang awak nak cakap Wan..” ujar Humaira bersuara. Azwan tersenyum lega. Memang dia tahu gadis ini akan memberi peluang padanya.

Di hujung sana, kelihatan Humaira dan Azwan semakin tegang. Tengku Elman Qaufar hanya mampu memerhati mereka dari jauh. Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka biar pun hatinya berasa tidak senang.

Tidak lama kemudian kelihatan Humaira datang kepadanya. Wajahnya itu sungguh murung sekali. Memang mereka tiada kata sepakat! Itulah yang di rumuskan oleh Tengku Elman Qaufar. Dalam diam dia mengukir senyuman.

DALAM perjalanan, Humaira hanya mendiamkan diri. Fikirannya sangat terganggu. Sakit hatinya bila alasan Azwan itu seolah-olah menyalahkan keputusan Pak Teh dan Mak Teh tidak setuju dengan keputusannya.

Lelaki itu memang tak boleh di percayai. Patut pun Pak Teh dan Mak Teh tidak setuju mereka berdua berkahwin!

“Ira... Awak okey tak?” soal Tengku Elman Qaufar. Risau hatinya apabila melihat Humaira langsung tidak bersuara semenjak mereka bertolak tadi.

Namun masih sepi juga.

“Ira.. Ira..” Humaira yang terkejut mendengar panggilan itu terus memalingkan mukanya ke arah Tengku Elman.

“Awak okey tak ni?” soal Tengku Elman lagi.

“Saya okey. Tengku jangan risau.”

Sesekali rasa kepalanya mula memberat. Mungkin di sebabkan cuaca yang panas dengan beban fikiran menyebabkan kesakitan itu datang. Terus sahaja dia mencari ubat yang sering di bawanya kemana-mana. Nasib baik botol airnya masih ada. Jadi tidak perlulah dia berhenti untuk membeli botol air.

Dalam diam, Tengku Elman rasa gelisah. Humaira sakit apa? Atau dia sekadar sakit kepala. Yalah berdepan dengan masalah begini, siapa-siapa pun akan sakit bila memikirkannya!

“Ira.. awak okey tak ni?”

Namun tiada jawapannya.

Lantas tangannya mengoncang tubuh Humaira. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Macam mana dia mahu memandu dengan tenang sedangkan orang di sebelahnya langsung tak memberi respon ketika dia memanggilnya.

Tali keledar di bukakannya. Cepat dia menuju ke pintu sebelah tempat Humaira duduk.

“Ira..Ira.. you okey tak ni?” dia memanggil nama Humaira sambil mengoncangkan bahunya. Sekali lagi dia terpana melihat rantai yang di pakai oleh Humaira.

Dulu dia pernah nampak rantai itu di leher Humaira ketika kali pertama Humaira datang ke pejabatnya dan ketika mereka berada di kondo hari tu. Selepas itu dia tidak pernah nampak pun Humaira memakai rantai itu. Dan hari ini dia nampak lagi rantai yang sama itu di leher Humaira. Apakah ertinya?

Rasa bagaikan tercabut nyawa dari jasadnya bila memandang wajah Humaira yang sedikit pucat itu. Rasa yang sama dia rasakan ketika dia bersama Ariana ketika Ariana sakit dahulu!

“Ira..Ira..” dia memanggil nama Humaira lagi.

Namun panggilannya tidak di jawab. Tengku Elman rasa cemas. Janganlah Huamira menakutkan dalam keadaan begini.

“Ira.. Awak okey tak ni?” namun panggilannya masih juga tidak di jawab oleh Humaira. Dia menghulurkan jarinya di hujung hidung Humaira. Masih bernafas. Dia cuba menggoncang tubuh Humaira, namun tubuh Humaira tidak bergerak. Humaira sudah pengsan! Dengan cepat, Tengku Elman memecut keretanya menuju ke hospital yang berdekatan.

Sesampai sahaja di ruangan emergency, beberapa orang pembantu menyorong katil bergerak ke arah kereta Tengku Elman sebaik saja mereka melihat kereta Tengku Elman berhenti di ruangan petak emergency.

Dengan cermat, Tengku Elman mengangkat tubuh Humaira yang berada di tempat duduk. Sepantasnya mereka menuju ke ruangan bilik kecemasan. Tengku Elman hanya di benarkan menunggu di luar bilik. Dia rasa resah dan gelisah. Mengapa Humaira pengsan? Adakah dia tidak makan? Atau mungkin dia ada penyakit yang orang lain tidak tahu. Semua apa yang di rasakannya sekarang sama seperti dia bersama dengan Ariana dulu. Dia benci bila berperasaan begini.

Hampir sejam kemudian, barulah Humaira di sorong keluar dari bilik kecemasan. Lalu dia di tempatkan di bilik wad biasa. Tengku Elman hanya memandang wajah Humaira dengan perasaan sayu.

Dengan sabar Tengku Elman menunggu Humaira di periksa oleh doktor. Tersenyum doctor itu melihat ‘pasangan’ pesakitnya itu. Sama cantik sama padan!

“Encik suami Cik Humaira ke?” soal doktor itu. Tengku Elman hanya mengia. Tak kisahlah apa yang Humaira fikirkan selepas ini.

“Sebenarnya isteri encik tak apa-apa. Cuma dia tertekan. Lagi pun dia pernah accident ke dulu encik?” soalan doktor itu mengejutkan Tengku Elman.

Accident?? Saya tak tahulah pulak!!” jawab Tengku Elman jujur. Seingatnya Humaira tidak pernah menceritakan pasal kemalangan yang berlaku pada dirinya.

“Oh macam tu.. Tapi mengikut rekod hospital ni, Cik Humaira pernah accident lima tahun yang lalu.. Mungkin di sebabkan otaknya mengalami tekanan, itu yang menyebabka dia pengsan. Sepatutnya dia tak boleh stress!! Tapi saya akan berikan ubat dan suruh dia banyak berehat.”

‘Accident??’

“Terima kasih doktor..” ujar Tengku Elman sambil bangun dari kerusi yang di dudukinya tadi. Namun kata-kata dokotr itu tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya.

‘Humaira pernah accident?? Argghhh tak mungkin mereka berdua adalah individu yang sama.. Fikirlah logik!!’

Tengku Elman menuju ke bilik yang menempatkan Humaira.

 

 










2 comments:

  1. alololo~ tengku elman is so sweeeettttt...best story,hehe

    ReplyDelete