Malam kedua mereka berada di bilik hotel itu, Mira
sudah siap membuat sempadan di atas katil. Iqbal hanya tersenyum melihat
gelagat Mira. Sebaik saja dia keluar dari bilik mandi tadi, Mira langsung tak
bertegur dengannya kerana asyik menyusun bantal untuk membuat sempadan di atas
katil.
‘Buat sempadan konon! Nanti takut pun peluk aku
juga nanti!’ gelak Iqbal dalam hati. Teringat dia peristiwa malam tadi. Dalam
diam berdoa semoga ada hujan dan guruh sekali lagi. Agar dia dapat merasakan
pelukan Mira sekali lagi. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
“Apa senyum-senyum?” soal Mira geram. Dia perasan
dari tadi lagi Iqbal tersenyum-senyum. Bukan dia tidak tahu perangai suaminya
yang suka sangat mengusiknya.
“Tak ada apa.. Abang teringat saja..” jawab Iqbal.
Tak tahan rasanya dia menahan tawanya. Akhirnya pecah juga.
“Dah mulalah otak kotor dia!!” cebik Mira lagi.
Malas dia nak layan perangai Iqbal yang suka sangat mengusiknya. Lebih baik dia
tidur. Lagipun esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Barang-barang pun belum
di kemaskan lagi. Esok barulah dia akan berkemas.
“Hish.. Mana ada! Abang orang baik tau! Mungkin
sayang yang terfikir? Sayang dah bersedia ker?” jawab Iqbal masih juga
tersenyum-senyum.
“Yelah tu.. Malas nak layan. Buat sakit hati jer”
Mira mula membaringkan badannya. Matanya terasa
mengantuk. Dia rasa penat kerana seharian dia dengan Iqbal berjalan-jalan di
sekitar Cameron Highland. Dia betul-betul rasa seronok. Entah bila lagi dia
dapat datang ke sini. Kalau di fikirkan bukannya jauh pun Cameron Highland dari
Kuala Lumpur.
“Sayang.. Abang nak ucapkan terima kasih...” timbul
pula idea nakal Iqbal. Dia tidak mahu Mira tidur dengan cepat. Walaupun dia
tahu mungkin isterinya itu penat setelah seharian mereka berjalan-jalan.
“Kenapa? Apa Mira dah buat?” jawab Mira selamba.
Matanya sudah mahu tertutup. Tak dapat lagi dia menahan rasa ngantuknya.
“Pasal petang semalam. Masa Mira lemas kat bilik
air tu..”
Terbeliak mata Mira Syafika semula. Kisah semalam
di bangkitkan semula.
“Jadi apa yang membuatkan abang berterima kasih
dengan Mira?” soal Mira tak mengerti. Sebenarnya dia rasa malu. Malu teramat
sangat. Entah kenapa lelaki ini mengungkit kisah yang memalukan dirinya.
“I kiss your lips.. Sweet sangat.”
“What????” terbangun Mira dari pembaringan bila
mendengar tawa Iqbal. Iqbal apalagi rasa seronok dapat mengusik Mira.
“Yes.. Abang suka” ujar Iqbal sambil gelak. Mana tidak
spontan sahaja mata Mira membuka dengan besar bila mendengar dia ketawa.
Mira mencubit lengannya. Iqbal menjerit kesakitan.
Betul-betul isteri dia jadi mak ketam. Iqbal terjerit-jerit. Bukannya tidak
sakit cubitan yang hinggap di badannya.
“Ha.. rasakan.. Suka sangat nak ambil
kesempatankan?” balas Mira lagi. Kemudian kedengaran tawa dari Iqbal. Sampai
sakit perut dia ketawa.
“Abang memang suka ambik kesempatan. Dan kalau sayang
nak tahu, abang akan sentiasa mengambil kesempatan ke atas isteri abang ni.
Why? Sebab abang rasa sehari tak usik Mira, rasa tak lengkap hidup abang..”
“Yelah tu.. suka sangat nak usik Mira.. Semua boleh
di jadikan alasan!!” marah Mira lagi. ‘Balik Kl nanti jangan harap abang nak
usik Mira selalu!’ detik hati Mira dengan perasaan geram.
“Sayang jangan nak salahkan abang pulak. Salah
sayang juga!”
“Kenapa salah Mira pula.. Mira tak buat apa-apa
pun” jawab Mira tidak puas hati.
“Memang silap sayang, siapa suruh goda abang!” ujarnya
lagi. Pada hal masa itu dialah manusia yang paling gelabah dan takut sekali.
Rasa itu datang apabila Mira langsung tidak member tindak balas. Dan dia
terpaksa juga menyedut air yang ada dia dalam badan Mira. Sebab itu dia
mengunakan pernafasan mulut ke mulut!
“Ma.. mana ada..” ujar Mira gugup. ‘Dia ni boleh pula cakap aku goda
dia. Sedangkan bukan dia sengaja.’
“Habis tu kenapa tak biarkan saja Mira lemas.. tak
payah nak tolong kalau tak ikhlas.” Marah Mira lagi. Hatinya mendongkol geram
bila melihat Iqbal masih mentertawakan dia.
“Mana boleh abang biarkan sayang lemas. Nanti tak
ada orang sayangkan abang lagi. Tak ada dengan abang ajak bergurau. Tak ada
yang nak merajuk dengan abang seperti sekarang...”
“Malaslah nak cakap dengan orang yang tak faham
bahasa..” mira terus bangun dengan membawa batal bersamanya. Makin dia berada
dekat dengan Iqbal, makin galak pula Iqbal mengusiknya.
“Sayang nak kemana pula tu?”
“Huh!!”
“Sayang marilah sini.” Iqbal menepuk-nepuk tilam
tempat pembaringan Mira tadi.
Mira menoleh.
“Sayang tak boleh ingkar tau cakap abang.. Meh mari
sini..” Iqbal segera bangun mendapatkan Mira. Dia memimpin Mira naik ke atas
katil. Dia rasa seronok dapat mengusik Mira. Sampai isterinya itu merajuk
gara-gara usikannya yang keterlaluan. Mendengar kata Iqbal itu, Mira akur saja.
Dia baring di tempatnya tadi.
“Apa pun abang memang maksudkannya . Abang suka
sangat dengan lips sayang.. Rasa sweet..” usik Iqbal lagi.
Iqbal terus ketawa apabila melihat Mira seperti
tidak keruan. Malunya! Manalah Mira nak letak muka. Lelaki ni betul-betul
memalukannya!
“Abang!!” jerit Mira lagi. Sampai bila suaminya itu
mahu berhenti mengusiknya. Apaun dia kekadangnya terhibur juga dengan usikan
nakal suaminya itu.
..................................
Malam itu Datin Mardiah sedang
minum bersantai dengan suaminya Dato Ismail. Entah mengapa hatinya tiba-tiba
merasa rindu terhadap anak lelakinya. Yelah semenjak kahwin dengan perempuan
itu baru sekali je dia balik.
“Abang...” ujarnya sambil
menuangkan air kopi ke dalam cawan.
“Mmm.. Ada apa Diah?” jawab
Dato Ismail yang leka membaca suratkhabar hari ini.
“Abang ada jumpa Iqbal tak kat pejabat?”
soal Datin Mardiah.
Dato Ismail mengerling ke arah
isterinya. Hairan! Tiba-tiba saja isterinya bertanyakan khabar anak tunggal
mereka.
“Oh.. hari-hari abang jumpa
dia. kenapa?”
“Dah lamakan Iqbal tak balik
kerumah kita ni. Hari tu balik pun sebab ada majlis. Diah rindukan dia..” ujar
Datin Mardiah sayu.
“Dia tak ada kat sini..” jawab
Dato Ismail.
“Dia pergi mana? Dia tak kerja
ke?”
“Dia cakap dia ambil cuti nak
balik kampung isteri dia.. Lepas tu dia orang nak pergi ke Cameron Highland.
Tak tahu bila mereka akan balik”
“Dia tak telefon pun bagitahu
Diah..”
“Dia lupalah tu kot.. Ni kalau
rindu sangat dengan anak.. Mari kita tambah seorang anak lagi..” usik Dato
Ismail.
“Hishh..Abang ni.. Dah tua-tua
pun nak usik Diah..” Datin Mardiah malu. Mana tidaknya si suaminya suka benar
mengusiknya. Nasib baik bukan di depan anak cucu!
“Habis abang nak usik siapa
kalau bukan Diah.. Lainlah kalau abang ada bini lain..” giat Dato Ismail lagi.
Suka benar dia mengusik isterinya. Wanita itu amat dia cintai dan di kasihinya.
Walau pun kekadang dia tidak suka perangai Datin Mardiah yang kadang kala
terleka dan mudah percaya cakap orang. Namun dia selalu menegur isterinya
dengan cara yang baik.
“Hei.. ke situ pulak abang ni..”
ujar Datin Mardiah geram.. Ketika hatinya sedih, suaminya itulah yang selalu
menghiburkannya. Dan dia bertuah dapat bersuamikan lelaki yang baik macam Dato
Ismail.
“Pagi tadi Pakcik Fuad ada
datang jumpa abang kat pejabat..” Dato Ismail baru teringat.
“Kenapa dia datang jumpa
abang?” soal Datin Mardiah sambil memandang wajah suaminya. Dia melihat ada
sesuatu yang mungkin mengganggu fikiran suaminya itu.
“Pasal cari anak Megat tulah..
Masih belum dapat jumpa lagi.. Abang pun risau juga. Mana nak cari dia?”
“Kesian anak Megat tukan bang.
Manalah dia tahu yang dia masih punya keluarga lain..”
“Itulah membimbangkan kami. Tan
Sri Ruslan tak habis-habis nak suruh Pakcik Fuad signkan harta itu atas nama
dia..” terdengar keluhan di hujung suara Dato Ismail.
“Tak sangka ye bang, orang
macam Tan Sri tu rupanya tamakkan harta.. Nama saja orang berpangkat..”
“Yelah nasib baik juga dia tak
jadi besan kita..” jawab Dato Ismail dengan cepat. Tidak dapat dia bayangkan
jika benar Tan Sri Ruslan menjadi besan mereka. Dan dia juga langsung tak berkenan
dengan anak Tan Sri iaitu Rozie!
Datin
Mardiah mendiamkan diri. Dalam diam dia bersyukur kerana dia sudah tahu sedikit
sebanyak perangai tidak elok Tan Sri Ruslan. Patutlah hari itu Tan Sri dan
isterinya beriya-iya mahu anaknya di jodohkan dengan Iqbal. Rupa-rupanya ada udang
di sebalik batu.
“Bang, Agaknya bahagia ke tak anak kita tu ye bang?
Diah risau sangat sebab dia kahwin bukan dengan gadis pilihan hatinya..” dia
mula menyuarakan kebimbangan terhadap rumah tangga anak tunggalnya.
Ibu mana yang tidak risau jika si anak kahwin tanpa
kerelaan. Memang masa itu dia berasa amat marah sekali dengan kejadian yang
menimpa anaknya. Namun dia terpaksa akur apabila anaknya beriya-iya mahu
menikahi perempuan kampung itu. Pada mulanya dia ingat anaknya tidak mahu
bertanggung jawab dengan kejadian itu.
“Mana Diah tau yang anak kita tu tak bahagia?
Jangan merepek yang bukan-bukanlah. Abang tengok mereka okey je..” jawab Dato
Ismail.
“Itu pendapat abang. Diah risau je. Bang, anak kita
tak ada komplen apa-apa ke dekat abang?” desak Datin Mardiah sekali lagi.
“Pasal apa?” soal Dato Ismail.
“Alah pasal rumah tangga dia orang tulah.. Ada tak
bang?” soal Datin Mardiah tidak puas hati.
“Abang tengok anak kita bahagia je.. Kerja dekat
pejabat pun okey je.. Tak ada masalah..”
“Abang ni, Diah tanya betul-betul dia main-main
pula!” Datin Mardiah mula nak merajuk. Apalah punya suami, lain di tanya lain
pula jawapannya.
“Diah rindukan anak menantu kita ke? Kalau tak,
mana ada Diah nak tanya pasal mereka..” giat Dato Ismail. Dia tahu sangat
perangai isterinya itu. Mana tidak rindu dengan anak yang seorang itu. Bak kata
pujangga, dialah racun dialah penawar!
“Rindu.. Memanglah Diah rindu. Ibu mana tidak
rindukan anaknya. Tambahan lagi kita cuma ada anak seorang je tau!”
Dato Ismail ketawa. Nampak benar isterinya itu
rindukan anak tunggal mereka. Kalau dia lainlah hari-hari dapat berjumpa dengan
anaknya itu.
“Jadi, kalau mereka datang sini layanlah mereka
elok-elok..” nasihat Dato Ismail.
“Kenapa pula? Perempuan tu yang bersalah. Dia
sengaja perangkap anak kita supaya kahwin dengan dia!!”
“Diah.. Menantu awak tu tak bersalah.. Anak kita
yang bersalah.. Lain kali sebelum menuduh melulu, siasat dulu.. Jangan nak
terus menuduh..”
“Abang ni nak sebelahkan siapa?” soal Datin Mardiah
lagi. Dia hairan kenapa suaminya beriya-iya mengatakan menantunya itu tidak
bersalah.
“Abang tak sebelahkan siapa-siapa..”
“Habis tu kenapa abang cakap anak kita yang
bersalah?” soal Datin Mardiah tidak puas hati. Padanya gadis kampung itu yang
bersalah.
“Iqbal dah ceritakan semuanya pada abang” ujar Dato
Ismail perlahan. Dia menghela nafas panjang. Dia pasti isterinya juga turut
terkejut jika dia mendapat tahu hal yang sebenarnya.
“Cerita apa bang? Cakaplah pada Diah..” pujuk Datin
Mardiah lagi.
Dato Ismail pun menceritakan kisah yang sebenarnya
pada isterinya. Dia tidak salahkan isterinya sebab isterinya tidak tahu perkara
yang sebenarnya. Memang ibu mana yang sanggup menggadaikan kebahagiaan anaknya
kepada orang yang tidak di kenali!
“Mira bukannya suka pun nak kahwin dengan anak
kita. Tapi di sebabkan dia tak mampu nak bawa kes itu ke makhamah, dia ikut
saja cadangan Iqbal untuk meneruskan
perkahwinan itu..”
Datin Mardiah menekup mulutnya. Dia tidak menyangka
semulia itu hati menantunya itu. Patutlah marah benar gadis itu ketika dia
menuduh yang gadis itu sengaja perangkap anaknya pada hari kejadian! Kini
barulah dia faham kenapa Iqbal sanggup bertanggung jawab ke atas gadis itu.
Rupa-rupanya mereka punya kisah silam yang tiada siapa pun yang tahu.
“Diah minta maaf bang..” ucap Datin Mardiah sambil
menyalami tangan suaminya. Lalu tangan suaminya itu di ciumnya.
“Bukan minta maaf dengan abang, tapi minta maaf
dengan anak dan menantu kita tu. Percayalah menantu kita tu baik orangnya. Walaupun
Diah tak kenal rapat dengannya..”
“Macam mana abang cakap menantu kita tu baik?”
“Hari tu dia pernah tolong Pakcik Fuad. Walaupun
pada mulanya dia tak tahu Pakcik Fuad kenal dengan abang. Tapi di tolongnya
juga Pakcik Fuad. Siap dia bawa Pakcik Fuad datang ke pejabat abang lagi.
Pakcik Fuad pun sukakan dia.”
“Diah minta maaf sebab tanpa usul periksa Diah dah
sakitkan hati menantu kita dan hati anak kita...” ujar Datin Mardiah.
“Abang maafkan. Lain kali jangan suka main
tuduh-tuduh. Tak baik. Abang tengok Iqbal sayang sangat kat Mira. Dan abang
berharap kita akan dapat cucu dengan cepat. Diah mesti sukakan?”
“Mestilah Diah suka bang. Terima kasih kerana abang
dah bagitau hal yang sebenarnya. Kalau tidak pasti Diah akan menyakiti hati
menantu kita tu..” sebak sungguh hati Datin Mardiah. Siapa sangka peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan anaknya itu adalah di atas rancangan anaknya
sendiri demi mendapatkan cinta perempuan yang di cintainya.
.......................................
Pagi itu mereka akan bertolak
dari Cameron Highland. Mira rasa berat hati pula. Maklumlah bukan selalu dapat
pergi ke tempat yang nyaman dan cantik seperti ini. Dia masih berdiri di
koridor bilik hotel mereka. Dia mahu memandang puas-puas pemandangan yang
cantik itu. Boleh di simpan buat kenangan dalam hidupnya. Selepas dia mengemas
pakaian mereka tadi dia berdiri di situ. Mahu menikmati pemandangan itu sepuas
hatinya.
“Sayang lain kali, kita pergi
lagi. Tapi abang tak janji bila. Sebab kalau ada cuti pun abang ingat nak bawa sayang
ke tempat lain.” Tiba-tiba satu suara itu kedengaran di cuping telinganya. Bila
dia memalingkan wajahnya bibirnya terkena pipi Iqbal.
“Wow.. sweet and romantic,
isteri abang bagi morning kiss kat abang..” usik Iqbal.
“Abang!!!” panggil Mira. Dia
terasa malu. Apalah pagi ini buatkan hidupnya tak tenteram. Usikan Iqbal itu
buat dia betul-betul rasa malu. Dia mahu melangkah masuk ke dalam. Dia tak
betah untuk berdiri lama lagi di situ. Nanti makin manjadi-jadi pula usikan
Iqbal pada dirinya. Walaupun kekadang usikan Iqbal menghiburkan dirinya.
“Sayang nak pergi mana?” soal
Iqbal apabila menyedari Mira mahu melangkah masuk. Pantas saja tangannya
menyambar lengan Mira membuatkan Mira berada dalam pelukannya.
Mira hanya mendiamkan diri.
Nafasnya sudah tidak teratur. Berpelukan begini membuatkan dia rasa sesak
nafas. Dia mahu melonggarkan pelukan itu namun, Iqbal sudah mengunci tangannya
dengan pelukan yang sukar untuk dia leraikan.
“Sayang.. jomlah kita nikmati
pemandangan itu seperti pasangan lain.. ibaratlah kita ini sedang bercinta.
Abang harap, sayang akan bercinta dengan abang..” Iqbal meluahkan rasa dengan
suara yang romantic. Mira memandang wajah Iqbal. Dia terleka seketika. Wajah
itu sungguh kacak!
Iqbal memusingkan badan Mira
supaya menghadap pemandangan yang ada di depan mereka. Lalu dia meletakkan
dagunya pada bahu Mira. Tangannya melilit ke pinggang Mira. Lilitan tangannya
di pinggang Mira membuatkan Mira rasa tisak selesa.
“Sayang cuba tengok pemandangan
tu puas-puas.. sekejap lagi kita akan bertolak lagi tau...”
Mira turut memandang ke depan.
Terasa nyaman sekali ketika angin sepoi-sepoi bahasa pula menampar lembut ke
wajah mereka. Mira memejam matanya. Kemudian dia buka matanya lagi.
“Cantik tempat nikan?”
“Memang cantik, sebab itu Mira
rasa berat hati pula nak balik ke KL..”
“Kalau ada masa nanti kita
datanglah sini. Bukan jauh pun dari KLkan?” Iqbal memujuk. Dia tahu tentu
isterinya berasa berat hati nak tinggalkan tempat itu sekarang. Kerana dia juga
merasakan benda yang sama. Tiga hari dua malam bersama Mira di sini merupakan
kenangan terindah buat dirinya. Sedikit sebanyak dia tahu serba serbi tentang
diri Mira. Terima kasih ya tuhan kerana member kesempatan ini untuk membuka
sedikit pintu hati Mira terhadapnya.
“Betul ni?” soal Mira dengan
senyuman di bibirnya.
“Betul.. Demi sayang, abang
akan bawa sayang kemana saja yang sayang mahu pergi..”
“Abang tak tipu Mira?”
“Tak tipu.. Sayang mahu pergi?
Sebut saja. Manalah tahu kalau ada cuti lagi kita akan pergi. Macam mana?”
Mira mendiamkan diri. Suaminya
ini benar-benar memujuknya. Tahu saja rasa sedih di hatinya. Pandai betul dia
memujuk!
“Kita singgah beli cenderamata
nantiya..”
“Baiklah isteriku sayang.. Janji
jangan bermuram durja. Abang rela turutkan apa saja permintaan isteri abang
yang seorang ini..”
“Pandailah nak memujuk hati
Mira...”
“Kalau abang tak pujuk siapa
nak pujuk?”
“Abang nikan mengada
betullah..”
“Dahlah jom bertolak nanti
lambat pula sampai ke KL nanti.”
Mereka berdua mula keluar dari
hotel, menuju ke kereta BMW putih Iskandar. Dalam perjalanan mereka singgah
juga di kedai cenderamata. Mira membeli apa yang patut saja sebagai kenangannya
bercuti di Cameron Highland. Iskandar juga tidak ketinggalan membeli sesuatu
yang akan menyimpan seribu satu kenangan dalam hidupnya.
..........................................
Mereka sampai ke Kuala Lumpur
pukul 4 petang. Masing-masing keletihan. Petang itu Mira Syafika memasak nasi
goreng sahaja, untuk makan malam. Mahu memasak lauk lain dia terasa penat.
Selepas makan malam, Iqbal
terus masuk kebiliknya. Kononnya dia mahu tidur kerana rasa letih. Namun entah
mengapa matanya tetap tidak mahu tidur, mungkin di sebabkan empat malam
berkongsi bilik dengan Mira membuatkan dia rasa kesunyian pula.
Empat malam berkongsi bilik
dengan Mira bagaikan satu rahmat. Sekurang-kurang dia dapat mengusik Mira sebelum
tidur. Wajah itu dapat di tatap ketika isterinya sedang lena tidur. Dan yang
paling penting sekurang-kurang apabila terjaga dia dapat melihat wajah
isterinya yang berada di sebelahnya biar pun tidur ada penghadang. Mengada
betullah matanya malam ini. Kemudian Iqbal bangun menuju ke almarinya.
Dia mengambil kameranya. Satu
persatu gambar Mira di lihatnya. Semuanya cantik! Dah memang empunya badan
punya wajah yang cantik!
Dari dulu lagi dia suka
curi-curi gambar Mira. Perkara itu tak siapa pun tahu. Dia simpan semua gambar
Mira dan gambar lain dalam bilik sebelah. Dia selalu kuncikan bilik takut
manalah tahu tiba-tiba Mira masuk ke dalam bilik itu nanti.
Iqbal sungguh sweet dan romantik..
ReplyDeletehati Mira mulai lembut disebabkan Iqbal suka sangat mengusik Mira...huhu
nak lagi
best sgt ... nak lg ...
ReplyDeleteCik Do
terbaik dari ladang...hehehe... best sangat2
ReplyDeletenampaknya peluang untuk mendapatkan cinta mira semakin cerah,mira pon dh boleh terima iqbal wlpon secara pelahan..cume iqbal kene beusaha lg laa..hehe, iqbal jgan gelojoh sngat yea..ehehehe,tahniah iqbal,tigkatkn prestasi yea..
iqbal romantik sngt2...engeee besttt..
writer thanks yeaa for the greats story...pls get more story about them!!..so sweet...waiting for the next N3,