Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 25 June 2013

Saat Ku Cinta 1

 
Zarra pulang ke rumah. Dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu ada rombongan meminang datang kerumahnya. Dan pihak rombongan itu sebenarnya meminang dirinya. Dia tidak puas hati. Mana pernah dia berkenalan rapat dengan lelaki. Dan dari mana pula lelaki itu mengenali dirinya. Dia mahu menolak pinangan itu tetapi ayahnya Pak Harun sudah menerima pinangan itu bagi pihak dirinya. Sepatutnya ayahnya bertanya pada dia dahulu sebelum membuat keputusan.

“Kak Zarra sukalah kalau ada lelaki kaya yang pergi pinang kak Zarra..” sindir Mona dengan perasaan sakit hatinya. Dia yang terlebih dahulu mengenali tunangan kakaknya tetapi lelaki itu berkenan dengan kakaknya pula. Dia tidak puas hati! Kalau boleh dia mahu melebihi segala-galanya dari Zarra terutamanya tentang suami!

“Kakak tak sukalah.. Akak bukan kenal sangat dengan lelaki itu..” jawab Zarra kasar.

“Eleh tak suka konon!! Lama-lama nanti sukalah..” jawab Mona lagi. Sengaja dia mahu menyakiti hati kakaknya.

“Betul akak tak sukakan dia. Kenal rapat pun tidak. Diakan kenal dengan Mona dulu. Kenapa dia pergi pinang akak? Akak tak fahamlah..” ujar Zarra dengan rasa tidak puas hati. Namun dia tidak dapat menolak pinangan itu apabila ayahnya dan Makcik Saleha bersetuju bagi pihaknya tanpa bertanya pada dia dahulu.

“Akak, akak faham ke buat-buat tak faham! Atau akak dah rancang dengan pakcik?” soal Mona sambil tersenyum sumbing. Sengaja dia memberi soalan tajam sebegitu. Biar Zarra sakit hati!! Dan rasa sakit hati Zarra tak setanding dengan rasa sakit hati dia sekarang ini!

“Suka hati Monalah nak cakap apa! Kalau ayah dah terima pinangan dari pihak lelaki, akak terpaksa turutkan..” Zarra terus menuju kebiliknya. Semakin lama dia duduk bersama Mona semakin sakit hatinya.

Pintu biliknya di tutup. Dia resah sendirian. Bagaimana hidupnya dengan lelaki itu nanti. Dia tidak pernah kenal rapat dengan lelaki itu. Sepatutnya lelaki itu pergi meminang Mona bukan dirinya.. Arghh tensionnya.. Sekarang ayahnya juga seperti menjatuhi hukuman pula kepada dirinya supaya menerima pinangan lelaki yang datang dari golongan orang berada itu. Dia tidak pernah terfikir pun untuk  berkahwin dengan lelaki yang datang dari golongan yang hidup senang. Baginya lelaki memang tidak layak untuk di jadikan suaminya. Dia tidak suka dengan cara hidup lelaki itu!

Zarra tidak dapat melelapkan matanya malam ini. Di pusing ke kiri.. Masih juga matanya terkebil-kebil tidak mahu tidur.. Dipusing ke kanan pun sama juga. Entah pukul berapa dia tertidur pun dia tidak sedar!

MONA bertemu dengan Ashraf di taman petang itu. Dia sememangnya tidak dapat menahan rasa marah! Kenapa rombongan meminang itu meminang kakaknya bukan dia? Pada mulanya dia ingat ada salah faham tetapi pihak sebelah lelaki itu tetap juga menyatakan bahawa anak lelakinya mahu meminang kakaknya Zarra.

“I tak fahamlah dengan you ni.. Ingatkan you pergi merisik I, rupa-rupanya you pergi pinang kakak I.. Apa semua ni?” soal Mona kepada Ashraf. Ashraf tersenyum. Dia memang agak Mona akan bertanya soalan sedemikian pada dirinya.

“Bertenang.. Sebenarnya I nak cakap dengan you hari tu.. tapi you pergi macam tu je..” Ashraf membela diri. Memang pun sebelum dia menghantar rombongan meminang hari itu, sehari sebelumnya dia ada berjumpa dengan Mona. Dia mahu berterus terang dengan Mona tentang perasaannya. Dia dapat merasakan yang Mona ada perasaan pada dirinya. Tetapi hatinya sudah terpaut pada kakak Mona iaitu Zarra.

So, you memang nak pinang kakak I bukannya I..” soal Mona lagi.

“Sebenarnya, I memang dah lama perhatikan kakak you tu.. I suka kat dia..” jawab Ashraf berterus terang. Apa yang dia risaukan secara tidak langsung, Zarra sudah menjadi tunangnya pun!

“Habis selama ni you layan I dengan baik bukannya suka, sayang dan cinta kat I?” soal Mona geram.

“I tak pernah cakap macam tu pun.. You yang salah sangka dengan I.. sebab itu I nak berterus terang dengan you. Tapi you pula cepat pergi hari tu..”

“You...” jerit Mona tanpa menghiraukan pengunjung yang datang ke situ..

Ashraf menggelengkan kepalanya. Hatinya sudah terpaut pada Zarra bukannya Mona. Itulah yang di katakan cinta. Cinta itu akan datang dengan sendiri tanpa dipaksa-paksa. Dan itulah yang dia rasakan pertama kali berjumpa dengan Zarra!

PETANG itu, Zarra terpaksa juga berjumpa dengan lelaki yang bernama Ashraf itu. Berkali-kali dia menerima pangilan dari lelaki yang sudah menjadi tunangnya itu. Kata tunangnya itu, dia tetap akan menunggu sehingga dia sampai. Mahu tidak mahu, Zarra terpaksa juga pergi berjumpa dengannya.

Sorry saya terlambat.” ujar Zarra sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang di sebelah Ashraf.

“Tak apa, Ash akan setia menunggu walaupun selama mana..” jawab Ashraf lagi. Dia tahu Zarra bukan sengaja mahu lambat. Pasti dia ada alasan tertentu!

Zarra memandang lelaki itu tanpa perasaan! Dia geram dengan pertunangan itu, dia tidak tahu apa yang lelaki itu pandang pada dirinya sehingga nekad menghantar rombongan merisik.

“Kenapa Zarra pandang saya macam tu?” soal Ashraf. Dalam masa yang sama dia sedar gadis itu sedang menahan rasa marah!

“Siapa suruh awak pergi hantar rombongan merisik? Pandai-pandai sajakan..” Zarra masih mengawal perasaannya.

“Saya minta maaf.. Sebenar dah lama saya kenal dengan Zarra... Dengar cerita tentang Zarra dari Mona.. Sejak itu saya selalu perhatikan Zarra!” Ashraf menerang perkara yang sebenarnya. Dia selalu memerhati Zarra dalam diam. Bukan sahaja setakat cantik tetapi dia sangat baik hati. Mungkin pada orang yang tidak rapat dengannya akan menganggap gadis itu sombong namun setelah lama dia selalu memerhati Zarra, gadis itu sebenarnya tidak begitu. Cuma senyumannya itu sangat mahal untuk di berikan kepada orang yang dia tidak kenali!

“Oh.. jadi awak nak paksa saya kahwin dengan awak? Macam tu??” soal Zarra dengan nada yang geram.

Ashraf ketawa. Dia suka melihat wajah Zarra yang tengah marah. Betul kata orang, kalau dah sukakan seseorang yang buruk pun jadi cantik, yang bau jadi wangi..

“Zarra makin cantik kalau marah macam tu..”

“Hish!! Orang gila agaknya.. Saya nak awak putuskan pertunangan ini!!” ujar Zarra dengan keras!

“Hah!! Kita bertunang baru berapa hari!! Takkan nak putus macam tu je?” soal Ashraf yang terkejut! Gadis ini biar betul! Bersusah payah dia memujuk orang tuanya agar pergi meminang gadis ini. Sesenang itu gadis itu mahu pertunangannya di putuskan. Ini tak boleh jadi.

“Zarra tak peduli.. Zarra tak sukakan awaklah... dan Zarra tak dapat nak hidup dengan orang macam awak ni!!”

“Tapi saya peduli. Sebab saya suka dan cintakan Zarra” jawab Ashraf lagi. Zarra diam. Lelaki ini makin dia cakap dia tak suka. Makin lelaki itu membalas sebaliknya. Ini tak boleh jadi! Kalau dia kahwin dengan lelaki ini bermakna dia akan menjadi musuh Mona selama-lamanya. Dia tahu Mona sukakan lelaki ini.

“Tapi Mona yang sukakan awak, bukan saya!” Zarra cuba memberi alasan. Biar lelaki itu tahu bukan dia yang di cintainya.

“Tapi saya sukakan Zarra, bukan Mona!”

“Hishh!! Zarra tak tahu nak cakap apalah dengan awak..” Zarra terus melangkah pergi. Dia sakit hati dengan setiap jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Kenapalah lelaki itu tidak cuba untuk memahami perasaannya!

“Zarra.. tunggu..” jerit lelaki itu.

Zarra tetap menghayunkan kakinya menuju ke keretanya.. Dia tidak mahu berdepan lama-lama dengan lelaki yang tidak betul itu.. Nanti dia sekali pun jadi tidak betul juga.

MONA berasa tidak senang hati. Dia harus mencari jalan untuk memutuskan pertunangan Ashraf dengan Zarra. Tetapi bagaimana? Bukan dia tidak kenal dengan lelaki itu. Segala apa yang dia mahu pasti dia akan dapat. Dan Zarra pula nasib baik sentiasa menyebelahi dia. Entah apa tarikannya yang membuatkan Ashraf boleh jatuh cinta dengan musuhnya itu. Beberapa kali juga dia duduk sambil mengeluh.

Tanpa sedar Puan Saleha duduk menghampiri Mona.

“Apa yang Mona kerutkan dahi tu?”

“Kenapa mak?” soal Mona terkejut!

“Tak ada apalah mak.”

“Masakan tak ada apa-apa. Mak tengok dari kau sampai tadi langsung tak keluar dari bilik. Duduk dalam bilik pun termenung panjang. Apa dah jadi dengan kau ni?”

“Mona hairanlah. Kenapa mak setuju kak Zarra bertunang dengan Ash. Sedangkan mak tahu yang Mona sukakan Ash!”

Puan Saleha tersenyum. Patutlah anak gadisnya asyik bermasam muka dengannya.

“Mona dengar baik-baik. Mak buat begitu supaya kita boleh menumpang hidup senang dengan Zarra nanti! Lagipun, kalau Mona kahwin dengan Ash yang tak sukakan Mona apa akan jadi? Mak tak nak hidup Mona menderita di sebabkan suami mencintai perempuan lain.”

“Maksud mak?”

“Maksud mak, kalau kak Zarra kau kahwin dengan Ash, kita boleh minta apa saja dari Zarra sebab Ash sayangkan Zarra! Dan Mona boleh cari lelaki lain yang lebih kaya dari Ash!” ujar Puan Saleha memujuk Mona. Kini barulah Mona faham rancangan emaknya. Lalu dia tersenyum dan memeluk ibunya.

“Terima kasih mak!”

“Sama-sama..” lalu mereka berdua berpelukan. Benar juga kata emaknya. Dia boleh mencari lelaki lain yang lebih kaya dari Ashraf!

TASHA kebetulan melihat Ashraf sedang duduk di sebuah restoran makanan. Pada masa itu, Ashraf sedang menunggu Zarra. Segera dia menuju ke arah lelaki itu. Wajahnya kelihatan ceria.

“Hai Ash!” tegur Tasha lagi. Dia segera duduk di depan Ashraf.

“Hai” ujar Ashraf yang duduk di meja makan sambil matanya masih memandang ke arah pintu masuk restoran itu. Namun kelibat orang yang di tunggu masih juga tak muncul-muncul lagi.

“Betul ke you dah bertunang Ash?” soal Tasha. Wajah lelaki di depannya di tenungnya. Dia sudah mendengar berita itu dari seseorang yang dia percayai. Namun dia mahu pastikan yang berita yang di dengarnya itu betul.

“Betul! Kenapa you tak percaya yang I dah bertunang?” soal Ashraf lagi. Dia tahu kalau berita itu sudah sampai ke telinga gadis itu, pasti gadis itu akan datang berjumpa dengannya. Tidak kira cepat atau lambat.

“Tapi dengan siapa? I kenal dia ke?” soal Tasha yang cuba untuk menyembunyikan perasaannya. Dia juga mahu tahu gadis mana yang dapat menambat hati lelaki itu. Bukan dia tidak tahu di luar sana ada ramai gadis yang sukakan lelaki itu. Namun semuanya dia layan seperti biasa. Sekadar teman biasa.

“Nanti kalau dah tetap tarikh perkahwinan, I akan bagi kad jemputan pada you. Di hari yang bahagia tu baru I kenalkan siapa dia..” jawab Ashraf lagi.

“Tak salah kan kalau I kenal dengan orangnya..” pujuk Tasha lagi. Mahu tidak mahu Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari fail yang menyimpan gambar tunangnya.

“Ni dia..” tunjuknya pada Tasha.

“Dah lama kenal ke?”

“Adalah juga dalam setahun I kenal dia dalam diam..”

“Kenal dia dalam diam? Maksud you?”

“Sudahlah. Tak payah nak korek semua rahsia I ni.. yang penting you balik sekarang. I ada hal ni..”

Tasha menghembuskan nafasnya. Dia cuba mengawal perasaannya. Perlahan dia bangkit dari tempat duduknya menuju ke pintu utama.

By the way, congratulation.. I tunggu kad jemputan you.”

Thanks..” balas Ashraf lagi. Selepas ini siapa lagi yang akan datang berjumpa dengannya untuk mengesahkan dia sudah menjadi tunangan orang.

ZARRA terlanggar seseorang. Gara-gara dia melihat jam di tangan. Dia sudah terlewat untuk menemui tunangnya.

Sorry..” ujar Zarra.

Sorry.. I tak sengaja” lelaki itu juga mengucapkan perkara yang sama. Zarra hanya tersenyum saja. Sepatutnya dia yang meminta maaf kerana terlanggar lelaki itu. Tadi dia yang tergesa-gesa berjalan sehinggakan dia tidak menyedari yang dia terlanggar seseorang.

“Sepatutnya saya yang minta maaf sebab tergesa-gesa  tadi. Saya minta maaf ya!” ujar Zarra. Lelaki itu hanya tersenyum.

Lelaki itu nampak terpegun seketika. Gadis itu nampak cukup manis dan menarik dengan mengenakan sepasang baju kurung bewarna ungu dan tudung yang di pakai itu begitu menyerlahkan penampilan. Amat sesuai dengan kulitnya yang putih bersih. Lidahnya tiba-tiba jadi kelu. Kenapa pula dia langsung tidak dapat berkata apa-apa. Sekurang-kurangnya dia harus menyapa gadis itu.

Gadis itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan kelakuan pelik lelaki itu. Baginya orang macam itu memang suka mengambil kesempatan pada perempuan sepertinya. Dunia sekarang apa nak di hairankan. Bukan mudah nak mencari ciri-ciri lelaki idaman! Kebanyakannya berhidung belang.

Zarra terus mencari di mana Ashraf duduk. Mungkin lelaki itu sudah lama menunggunya. Siapa suruh last minute cakap nak jumpa. Lagi pun dia kerja bukannya boleh keluar sesuka hati. Ini pun nasib baik masa keluar makan. Kalau tak susah.

Kakinya terus laju melangkah apabila melihat Ashraf melambaikan tangan ke arahnya. Dia cuba tersenyum. Sekadar mengambil hati lelaki itu supaya lelaki itu tidak terasa sangat menunggunya lama.

Sorrylah.. Zarra lambat..”

“Tak apa janji Zarra sudi datang jumpa dengan Ash..” jawab lelaki itu sambil membalas senyuman dari Zarra.

“Ada apa hal nak jumpa Zarra ni?” soal Zarra lembut. Kalau di ikutkan hatinya memang dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Tetapi dia tidak boleh buat begitu kerana awal-awal ayahnya sudah berpesan dengannya. Mungkin tunangnya itu pernah ceritakan apa-apa pada ayahnya.

“Minggu ni, kita keluar nak?” soal Ashraf lagi. Itu tujuannya dia mengajak Zarra bertemu dengannya. Memang dia boleh berbual dalam telefon tapi dia terasa rindu pada tunangnya itu. Tak puas rasanya dia hanya berbual-bual dalam telefon.

“Pergi mana?” Zarra bertanya sambil mengerutkan dahinya. ‘Kalau setakat nak tanya boleh keluar hari minggu ni, kenapa tak tanya dalam telefon?’ bisik hati Zarra lagi. Dia memang tidak suka nak jumpa dengan tunangnya itu.

“Pergi butiklah.. Kita cuba pakaian pengantin. Takut tak muat nanti..” ujar Ashraf sambil tersenyum. Dia sudah tidak sabar menunggu hari bahagianya dengan Zarra. Seluruh rasa cintanya itu akan di serahkan pada wanita yang amat di cintainya itu.

“Kalau macam tu, tunggu hari Ahad saja kita jumpa. Sekarang Zarra kena balik. Zarra tak nak lambat masuk kerja.” Ashraf menggelengkan kepalanya. Sekejap benar Zarra berjumpa dengannya. Bermacam alasan pula dia berikan untuk melepaskan dirinya.

“Makanlah dulu, Ash dah orderkan untuk Zarra..” pada masa yang sama pelayan itu sudah memabawa makanan yang di pesan oleh Ashraf. Zarra terkejut. Biar betul tunangnya ini. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga kembali duduk di kerusinya semula. Dia ingatkan tadi dengan memberi alasan begitu dia dapat larikan diri dari lelaki itu.

“Makanlah. Jangan malu-malu. Ash tak tahu apa makanan kegemaran Zarra. Jadi Ash order je nasi goreng kampung..” Zarra tersipu-sipu malu. Dia juga melihat Ashraf sudah mengambil sudu dan menyuapkan makanan kedalam mulutnya. Zarra pun berbuat benda yang sama. Sumpah sedap sangat rasanya nasi goreng kampung tu! Licin nasi goreng itu. Cuma tinggal sisa kulit udang. Ashraf tersenyum lega. Nampaknya nasi goreng kampung itu kena pada selera Zarra!

“Sedap ke nasi gorengnya?” soal Ashraf. Zarra hanya mengangguk! Malunya bila dia meliaht kembali ke pinggannya. Licin!!

Selepas makan, Ashraf menghantar Zarra ke tempat kerjanya. Sampai di tempat kerja memang kecoh kawan-kawan Zarra yang terpegun melihat lelaki yang menghantar Zarra. Apa lagi mereka mulalah bertanya pelbagai soalan. Zarra hanya tersenyum mendengarnya. Kalau nak di layan perangai mereka pasti satu kerja pun tak akan menjadi.

  

3 comments: