Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday 28 June 2012

Hanya Kau Milikku 13




Petang itu selepas habis waktu kerja, Mira mahu pulang cepat. Dia tidak mahu menumpang Iqbal. Sengaja dia keluar awal sama dengan Kak Rosnah dan juga pekerja yang lain. Hatinya masih sakit bila mengenangkan kelakuan Iqbal terhadapnya.
“Mira, awak balik dengan apa?” soal Liza selaku setiausaha Iqbal.

“Saya naik teksi sajalah..” jawab Mira selamba. Bukan dia tak biasa naik teksi. Dulu pun sebelum kahwin dengan bos mereka pun dia selalu naik teksi bersama Wani.

“Bos tak balik awal ker?”soal Kak Rosnah apabila melihat Mira tergesa-gesa mengemas mejanya.

“Dia cakap dia ada banyak kerja. Sebab tulah saya nak naik teksi balik rumah..” jawab Mira Syafika.

“Apa kata awak tumpang akak. Lagipun rumah akak memang lalu dekat jalan rumah korang..” cadang Kak Rosnah lagi. Kesian juga kalau bos mereka balik lewat. Lagipun sekarang macam-macam hal boleh berlaku.

“Bagus juga cadangan akak tu. Lagi pun saya bukannya berani sangat nak naik teksi sorang-sorang” jawab Mira sambil tersenyum.

Mira terus saja mengikut Kak Rosnah menuju ke tempat parking.

Dalam hati Mira rasa gembira kerana dia berjaya mengelakkan diri dari menumpang Iqbal. Dalam pejabat, tanpa Iqbal menyedari jam sudah menunujukkan pukul 5.30 petang.

“Alamak!! Mesti Mira lama tunggu ni. Matilah aku!!” terus saja Iqbal bangun dan mengemas mejanya yang di penuhi dengan fail kerjanya. Dia terlalu kusyuk dengan kerja sehinggakan dia terlupa jam sudah menunjukkan waktu balik kerja.

Iqbal  Iskandar terus keluar dari biliknya. Kelihatan di luar biliknya sudah sunyi sepi. Dia menepuk dahinya. Sudah tentu Mira balik meninggalkan dia di pejabat. Aduh!! Masalah lagi ni!!

Dia segera menuju ke tempat parking. Mahu melewati stesen teksi. Mana tahu Mira masih menunggu teksi di sana. Namun dia hampa sekali lagi apabila orang yang di cari tiada di situ. Dia terus memandu menuju ke rumahnya. Mungkin Mira sudah sampai di rumah.

Ketika dia sampai di rumah kelihatan Mira sudah siap memasak. Cekap betul Mira membuat kerja di dapur. Walaupun masakannya simple tapi sedap.

.........................................................................

Entah kenapa malam ini mata Mira tidak mahu tidur. Kalau dulu masa di rumah sewa dia akan berjaga dengan Wani sampai awal pagi begini. Tapi sekarang dia hendak berjaga dengan siapa. Iqbal? Lelaki itu sudah keluar selepas makan malam tadi. Malas dia mahu bertanya kemana dia pergi. Lebih baik dia mendiamkan dirinya sahaja. Sekarang dia terasa haus pula. Lalu dia bangkit dari tempat tidurnya. Dia terus menuju ke dapur. Malam-malam yang sejuk begini dia biasanya minum air milo panas. Lalu dia memasak air panas. Kemudian dia mengambil mug dan bekas milo. Kemudian dia mengambil tin susu di dalam peti ais.
Iqbal yang baru pulang itu terkejut melihat lampu di bahagian dapur masih menyala. Dia cuba menilit jam tangannya. Sudah pukul 2 pagi. Siapa pula yang berada di dapur waktu ini? Janganlah cakap ada pencuri masuk. Kalau betul memang dia akan menyesal sebab tinggalkan Mira sorang-sorang berada di rumah. Kayu golf nya di ambil dari tempat simpanan di bawah tangga. Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya ke bahagian dapur.

Dia dapat melihat sesusuk tubuh yang mengenakan gaun tidur. Rambutnya pula di lepaskan. Mira!! Dia tersenyum sendirian. Mungkin Mira menunggu kepulangannya malam ini. Tak sangka pula malam ini dia baik hati. Selalunya gadis itu langsung tidak mempedulikan dia. Dia keluar dengan siapa? Pergi mana? Memang susah sangat nak mendengar soalan sebegitu. Kemudian dia pergi menyimpan kayu golf yang di ambilnya tadi.

“Sayang...”

Mira menoleh. Dia terkejut. Melihat Iqbal Iskandar yang berdiri di muka pintu dapur. Bila masa pula dia sampai.. Dia langsung tak dengar pun enjin kereta di luar.

“Sayang tunggu abang balik ke?” soal Iqbal Iskandar sambil tersenyum.

“Taklah.. Buat apa nak tunggu awak balik? Saya cuma tak dapat tidur dan haus. Tu yang Mira turun ke dapur ni” jawab Mira sambil mengacau air milo panas dalam mugnya. Iqbal datang mendekati Mira. Tiba-tiba Mira terhidu bau sesuatu.

“Awak minum arak ke?” soalnya sambil matanya mencerlung ke arah Iqbal Iskandar. Iqbal mencium bajunya sendiri. Ternyata bau arak itu melekat di bajunya.

“Tak .. Abang tak minum pun.” Jawabnya membela diri.

“Habis tu bau kat baju awak tu bukan bau arak?” soal Mira tidak puas hati. Kalau nak tipu pun pandai-pandailah.

“Memang bau arak..  Sebab Rozie tumpahkan arak ke baju abang tadi...”

“Mira tak percaya. Memang awak minum arakkan?” soal Mira dengan rasa tidak puas hati.

“Mira percayalah.. Abang tak minum. Tadi abang dengan Amirul terserempak dengan Rozie kat.. kat..” Iqbal menjadi gagap. Takkan dia nak bagitahu Mira yang dia pergi ke tempat begitu lagi selepas mereka berkahwin. Nanti mesti Mira salah sangka terhadap dirinya. Dahlah keadaan dia dengan Mira sekarang tengah tegang.

“Kat mana? Kelab malam?” pintas saja Mira bertanya.

“Mmm ya.. Abang dengan Amirul pergi sana hanya untuk bersuka-suka.. Tapi Rozie datang dalam keadaan mabuk lepas tu dia tumpahkan arak ke baju abang..” ujar Iqbal perlahan. Rasanya dia tak sanggup untuk berterus terang dengan Mira. Tetapi apabila Mira mendesak bertanya dia terpaksa juga mengakuinya.

“Huh.. Tak percayalah awak ni kaki botol rupanya...” balas Mira lagi. Memang dia sendiri tidak percaya bahawa Iqbal seorang yang kaki minum.

“Sayang.. Jangan buat andaian macam tu.. Sumpah.. Abang tak minum arak. Memang abang selalu pergi lepak kat tempat tu dengan Amirul tapi sekadar suka-suka saja..” sekali lagi Iqbal mahu membela diri. Dia tidak mahu Mira terus menerus salah sangka.

“Sekadar suka-suka..? Apa maksudnya?”

“Iya sekadar suka-suka. Maksud abang cuci mata..”

“Baguslah. Nampak sangatlah awak ni seorang lelaki yang tak boleh di percayai. Atau lelaki memang macam tu ke?” soal Mira balik.

“Tak.. Tak...” jawab Iqbal gugup. Entah kenapa malam ini dia boleh gugup pula berdepan dengan Mira.

Mira menggeleng kepalanya. Apalah nasibnya dapat suami yang berperagai teruk begini? Memang patut juga dia sentiasa berjaga-jaga dengan Iqbal.

Dia menghabiskan air milo dalam mug yang di pegangnya tadi. Malas dia mahu lama-lama dengan Iqbal. Dia menuju ke sinki mencuci mugnya lalu di letakkan di tepi. Dia mula melangkah mahu meninggalkan Iqbal di situ. Namun perjalanannya di halang oleh tubuh Iqbal. Iqbal tahu setiap kali mereka berdua pastinya Mira berusaha untuk menjauhi dirinya. Namun tuduhan Mira yang mengatakan dia kaki botol itu adalah tidak betul. Macam mana dia mahu menerangkan perkara yang sebenarnya. Dia tidak mahu berterusan di tuduh sebagai kaki botol oleh isteri sendiri.

“Mira..Mira..” Iqbal memanggil nama Mira.

“Lepaskan tangan awak tu. Dahlah satu badan bau arak ada hati nak sentuh Mira” jerit Mira sekali lagi. Dia tidak peduli dengan perasaaan Iqbal. Hanya yang dia tahu dia mahu menjauhkan diri dari Iqbal.

Mira lagi menjeling tajam ke arah Iqbal. Dia tidak takut dengan karenah Iqbal. Yang penting dirinya selamat dari lelaki itu. Cepat-cepat dia melangkah meninggalkan Iqbal di situ.

‘Percayalah pada abang Mira. Abang tak minum arak. Tadi Rozie yang sengaja tumpahkan arak ke baju abang. Abang nak buat macam mana?’ namun semua kata-kata itu hanya berbisik dalm hatinya saja.

………………………………………………….

Ketika di kelab malam tadi, dia sedang berbual dengan Amirul. Biasalah kalau tidak pasal kerja mesti pasal Mira.
“Hi Iqbal.. Jom temankan I minum..” ujar Rozie sengaja mendekatkan dirinya ke tubuh Iqbal. Dia menggeselkan tubuh seksinya pada tubuh Iqbal. Sedaya upaya Iqbal menolak tubuh itu. Dia tidak mahu perempuan itu mendekatinya. Dia sedar kini dia sudah menjadi suami orang.

“Tak naklah..” jawab Iqbal. Kelihatan Rozie seperti sudah mabuk. Apa nak jadi dengan perempuan ni. Setiap kali dia terserempak dengan Rozie di tempat ini mesti dia dalam keadaan mabuk.

“Aih.. Dah alim ke? Atau, sebab you dah kahwin jadi you tak nak sentuh air haram ni?” soal Rozie lagi.

Sakit hatinya bila mengenangkan Iqbal sudah berkahwin dengan perempuan lain. Perempuan kampung pulak tu. Entah apa selera Iqbal dengan perempuan kampung macam Mira Syafika. Kalau nak di bandingkan dengan dirinya memang jauh berbeza.

Dia anak Tan Sri Ruslan yang terkenal dalam bidang perniagaan. Rupa paras pun cantik.. Seksi dan menggoda pula. Entah dalam banyak-banyak lelaki cuma Iqbal Iskandar saja yang langsung tidak menunjukkan minat terhadap dirinya. Dulu dia hampir-hampir menyangka yang Iqbal tu punya sifat kaum sejenis. Yang orang gelar gay. Tapi setelah dia berkahwin dengan gadis kampung itu barulah dia tahu, Iqbal Iskandar seorang lelaki yang normal. Dan perasaan cinta dalam dirinya semakin menebal terhadap lelaki itu. Dia tidak peduli tentang status Iqbal yang sudah berkahwin. Apa yang di inginkan ialah dia dapat menakluki lelaki itu suatu hari nanti.

“I memang tak minum air haram tu.. Sejak dulu lagi.. You ni apesal setiap kali jumpa you kat sini mesti you mabuk?” soal Iqbal dengan perasaan geram. Mana tidaknya dia dan Amirul datang ke situ sekadar berhibur, tetapi moodnya tiba-tiba hilang dengan kehadiran Rozie di situ. Malah di tuduh pula dirinya alim sebab tak nak minum air haram itu.
“Iqbal..” panggil Rozie yang memengang gelas yang berisi arak itu. Dia berjalan terhoyong hayang menuju ke arah Iqbal. Tanpa sengaja arak itu tumpah di baju Iqbal.

“You ni kenapa? Dah mabuk kenapa tak balik?” Iqbal semakin geram dengan sikap Rozie. Bajunya sudah basah dan di penuhi dengan bau arak itu.

“I cintakan you Iqbal. Tapi kenapa you tak cintakan I.. You kahwin pula dengan perempuan kampung tu.. Apa kelebihan dia berbanding dengan I?”

“Masalahnya I tak pernah cintakan you pun.. Itu masalahnya. You lupakanlah I.. You boleh cari lelaki yang lebih baik dari I..” jawab Iqbal yang cuba menenangkan dirinya.

Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia menampar wajah yang menumpahkan arak ke bajunya itu. Dia mengibas-ngibas bajunya yang basah disirami air arak itu tadi.

“Tapi I tetap cintakan you.. Susah sangat ke you nak faham…”

Tiba-tiba Rozie pengsan. Akibat terlalu banyak minum dia sudah tidak dapat berdiri lagi. Tiba-tiba mereka terkejut. Cepat-cepat mereka mengangkat tubuh Rozie lalu menempatkan dia dia bilik khas. Nasib baik ada kawannya yang bernama Elly di situ. Terus saja Iqbal dan Amirul meninggalkan Rozie dan di situ.

.............................................

Hari ini hari minggu. Mira bosan berada di rumah. Lagipun pada ketika ini Iqbal tiada di rumah. Dia  mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Wani. Dia berharap Wani tidak bekerja hari ini supaya dia boleh pergi ke rumah sewa lamanya itu. Rindu juga dia pada sahabat karibnya itu. Lama dia tidak bertanya khabar tentang sahabatnya itu.
Tidak lama kemudian kedengaran suara di hujung talian itu. Gembiranya hati bila dia tahu Wani tidak bekerja. jadi bolehlah dia melepak di rumah sewa lamanya itu.

“Hai apa khabar. Ingatkan dah lupa dekat Wani!”

“Mana boleh lupa tapi Mira tak berkesempatan nak jumpa Wani. Yang lain mana? Wani sihat? Kaki awak dah okey ke?”

“Oi Makcik.. kalau ya nak tanya soalan, satu-satulah. Ni nak semput aku nak jawab tau!”

“Maaflah.. Aku gembira sangat dapat dengar suara kau” balas Mira.

“Biasalah kalau dah hujung minggu semua keluar. Jadi bagus juga kau datang jenguk aku kat rumah ni.” Wani memberi cadangan.

“Okey kau tunggu aku tau.. Nanti aku datang rumah kau tu!”

Kemudian talian di matikan.

...................................................

Mira sudah sampai di depan rumah sewa Wani. Dari jauh Wani menyambut kedatangan Mira dengan senyuman. Gembira rasannya hati apabila ada juga sahabat yang datang menjenguknya di hujung minggu begini. Jadi tidaklah dia berasa bosan duduk di rumah.

“Aku bosanlah duduk di rumah tu.. Semalam lagi aku ingat nak datang jumpa kau. Tapi dah buat keja rumah, rasa penat lalu tak ingat nak call kau. Hari ini aku betul-betul free tu yang aku datang jumpa kau.”

Mereka bergelak ketawa. Sambil itu mereka bertukar cerita. Tiba-tiba Wani bertanyakan sesuatu.

“Ni aku nak tanya. Apa cerita kau dengan Iqbal? Macam-macam yang aku tak boleh percaya telah berlaku.” Wani menyuarakan rasa tidak puas hati tentang kejadian yang menimpa sahabatnya itu. Mira mengeluh perlahan.

“Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan cerita sebenarnya.”

“Tapi Iqbal layan kau baikkan? Sebab dia memang suka kat kau dari universiti dulu lagi. kalau tak takkan dia mati-mati nak mengurat kau. Mesti tak ada masalah antara awak berduakan.”

“Baik. Memang Iqbal layan aku dengan baik Wani. Masalahnya cuma aku. Aku masih tak dapat menerima dia sebagai suami aku. Antara kami ada banyak masalah..” Mira cuba membuka pekung di dada. Dia sudah tidak larat menyimpan rahsia itu seorang diri. Sekurang-kurangnya jika dia bercerita dengan Wani ringan sedikit bebannya.

“Mira cuba kau ceritakan macam mana kau boleh di tangkap khalwat masa tu. Sedangkan orang tu suruh awak pergi temuduga. Macam mana pula Iqbal ada dalam bilik tu. Kalau aku ikut sama semua benda ni tak jadi.” Dia mula menyesali diri kerana membiarkan Mira pergi ke bilik yang dikatakan bilik temuduga itu.

Mira mengeluh resah.

“Aku pun tak tau nak cakap apa. Yang aku geram boleh pula Iqbal selamba saja mahu bertanggung jawab. Aku betul-betul kecewa, geram dan semua perasaan ada masa itu Wani.”

Wani terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari bibir sahabat baiknya. Selama dia mengenal sahabatnya itu tidak pernah sekali pun dia begitu marah dengan seseorang. Inikan orang yang di marahnya itu di kenali sebagai suaminya. Mesti ada hal yang tak kena ni.

“Tak baik kau cakap suami kau macam tu. Walau apa pun dia tetap suami kau Mira. Lagi pun aku tengok Iqbal suka dan sayang sangat dengan kau. Kau juga cakap yang dia layan kau dengan baik. Kau tu saja yang degil sikit. Jadi apa masalahnya?” soal Wani lagi. Sungguh dia tidak faham dengan perangai Mira. Dulu masa di university pun sahabatnya pernah menolak cinta si jejaka. Entah apa yang di fikirkan sahabatnya itu sehingga dia tidak dapat menerima cinta!

“Baik kau kata, dialah yang telah memperkosakan aku sebelum cuti semester tahun pertama dulu. Dari hari itu aku berusaha supaya aku tak berjumpa dengan dia lagi. Tetapi setelah sekian lama menyepikan diri, tiba-tiba aku boleh terjumpa dia di bilik hotel itu. Aku betul-betul terperanjat masa itu. Aku nak lari tetapi kudrat dia lebih kuat dari aku.. Akhirnya aku mengalah sampai kami di tangkap khalwat. Semuanya berlaku secara tiba-tiba saja. Aku tak sempat nak buat apa-apa. Lebih terperanjat lagi dia kononnya sanggup untuk bertanggung jawab atas kesilapan itu. Dia buat aku macam betul-betul tak bermaruah.”

Mira memuntahkah segala rahsia yang dulu tersimpan rapi. Air matanya turut bergenang mengenangkan peristiwa yang berlaku ke atas dirinya sendiri. Wani turut terkejut mendengar kata-kata Mira. Dia tidak menyangka begitu pahit keadaan yang terpaksa di lalui oleh Mira.

“Sampai macam tu sekali. Aku betul-betul tak sangka dia sanggup buat kau macam tu. Apa salah kau pada dia, kalau setakat kau tolak cintanya itu bukan salah kau pun” ujar Wani lagi.

“Kau ingat tak aku pernah tampar muka dia dan bergaduh di khalayak ramai gara-gara dia marahkan aku sebab tolak cintanya. Sebab itu dia membalas dendam kepada aku dengan cara begitu. Dia kata dengan cara itulah dia membalas segala perbuatan aku pada dia.”

“Aku sungguh tak sangka, baru aku tahu, patutlah masa tu kau mati-mati tak nak kahwin dengan dia. Aku pun tak tahu itu sebabnya. Maafkan aku Mira sebab aku tak dapat tolong kau masa tu. Walau pun masa itu aku merasakan ada sesuatu yang tak kena.”

Mira mengesat air matanya selepas berpelukan dengan Wani. Terasa lapang sedikit dadanya yang banyak mentimpan rahsianya. Dia tersenyum kembali. Dia tidak mahu kesedihan menyelubungi pertemuan dengan sahabatnya itu.

“Biarlah itu jadi pengajaran. Ni asyik cerita aku je. Kau dengan Farid macam mana. Dah merancang ker?”

“Dah.. Tunggulah kalau dah tiba masanya nanti aku akan jemput kau.”

Hari itu mereka bersembang membuka cerita lama mereka semenjak dari university lagi sungguh riang hatinya.. Sebelum pulang sempat pula Wani menghadiahkan Mira sesuatu.

“Maaflah Mira hari tu aku tak sempat nak bagi kat kau. Lepas hari pernikahan kamu, aku langsung tak ada masa nak berjumpa. Kerja pun banyak sampai tak ada masa nak jumpa kau. Ini pun nasiblah ada masa duduk di rumah.”

“Terima kasih.. Tapi apa isi didalamnya ya?”

“Sampai rumah nanti baru buka” jawab Wani sambil tersenyum.

“Okeylah aku balik dulu nanti lambat pula sampai kat rumah. Lagi pun aku nak tunggu teksi lagi ni..” ujar Mira lagi.

“Jap aku temankan kau ye.. Rasa sayang pula nak lepaskan kau ni!” balas Wani.

“Hei ke situ pulak kau. Boleh juga.”

Mereka berdua sama-sama menunggu teksi. Akhirnya mereka menahan teksi yang lalu di kawasan perumahan itu.

Sesampai di rumah dia tidak melihat ada tanda-tanda Iqbal sudah balik. Dia mengurut dadanya perlahan. Jadi tak perlulah dia menghadap muka lelaki itu. Rasa marahnya masih bersia kepada lelaki itu.

Dia terus membuka pintu dan menuju ke bilik. Dia nak mandi dan berehat sepuas-puasnya.  Lagi pun dia tinggal seorang buat masa ini. Perutnya masih kenyang lagi makan di rumah Wani tadi. Jadi tak payahlah masak untuk malam ini sebab Iqbal Iskandar pun tak balik lagi.

...........................................................................

Hati Mira sungguh gembira bila mendapat hadiah dari Wani. Sebenarnya dari hari itu lagi Wani ingin memberikannya hadiah namun tidak sempat. Itulah kata-kata Wani ketika dia berada di rumah sewa Wani.

Mira membelek-belek hadiah yang diberi oleh Wani di atas katil. Digoncang-goncang kotaknya, tapi tak boleh nak agak isinya apa. Ringan je. Terus tangannya lincah membuka tali kotak itu dan membuka penutupnya. Terjojol biji matanya tatkala matanya menyapu bersih hadiah didalam kotak itu. Terkejut sangat melihat isi hadiah itu. Gaun tidur!! Biar betul si Wani ni!!

Hujung jarinya menyangkut hadiah itu dan dibawa keluar gaun tidur berwarna merah hati melayang di ruang mata. Hish! Gila agaknya Wani ni boleh dia bagi gaun tidur ni kat aku. Tapi cantik juga. Cuma agak seksi. Selama ini dia tidak pernah memakai pakaian yang seksi mahu pun pakaian tidur. Sebab neneknya selalu menasihatkan dia agar sentiasa berpakaian sopan tak kira di mana pun!
“Apa salahnya aku mencuba bukan ada sesiapa pun di rumah ini. Tinggal aku seorang saja” bisiknya dalam hati.

Dia menyarungkan gaun itu ke badannya.. Kemudian dia membelek diri di hadapan cermin. Wow cantiknya! Tapi seksi sangat. Sambil itu Mira berpusing-pusing membuat gaya ala model di atas pentas.

Iqbal Iskandar sudah selesai mandi. Dari tadi lagi dia tidak mendengar bunyi dari bilik Mira. Mungkin dia tidur agaknya. Namun hatinya tetap ingin menjengah ke bilik Mira. Perasaan ingin tahu apa yang isterinya buat masa ini tidak dapat di tahan.

Dengan perlahan Iqbal membuka pintu bilik itu. Tanpa di sedari oleh Mira, Iqbal Iskandar terpaku melihat keindahan pemandangan milik gadis itu. Dia seperti tidak percaya gadis itu adalah Mira. Mira dari tadi terlalu asyik sampaikan dia tidak sedar dirinya di perhatikan.

Kelakuannya itu di perhatikan Iqbal Iskandar dari muka pintu. Dia tersenyum sendirian. Dia menutup pintu itu dengan perlahan. Niatnya tadi ingin berjumpa dengan Mira kerana ingin meminta maaf pasal malam tadi. Namun niatnya menjadi semakin nakal bila melihat Mira asyik dengan dunianya sendiri dengan memakai gaun tidur yang agak seksi itu sambil itu menyanyikan lagu Dealova lagu kegemaran Mira. Sungguh merdu suara itu. Dia sudah tidak dapat mengawal diri. Gelora dalam jiwanya mula berkocakan. Ah dia bukan orang lain pun lagi pun dia isteri aku yang sah.. Lalu laju kakinya melangkah kearah Mira yang asyik memandang cermin di hadapannya.

“Hai.. cantik gaun tu. Sayang beli ke?” tanyanya. Setahu dia Mira tak akan membeli pakaian yang sebegitu rupa. Ada kotak hadiah di atas katil itu.

Mira melompat dari tempatnya berdiri. Mengurut dada dan beristighfar. Mira menoleh. Tereranjat bila melihat wajah itu muncul di depan matanya.

“Awak tak tahu malu ke? Ini bilik saya ikut suka hati awak je nak keluar masuk!” jerit Mira.

“Abang masuk bilik isteri abang sendiri takkan itu pun salah, tambahan pula kat luar tak ada pun tulis ‘No Entry’” ujar Iqbal samba tersenyum. Matanya tidak teralih sedikit pun. Dia mahu mengabadikan wajah yang cukup cantik itu dalam otak fikirannya.

Sengaja dia mahu mengusik si isteri. Rindu dia jika sehari tak dapat usik Mira. Suka dia melihat Mira kalau marah. Makin dia marah makin cantik pula.. Mengarut betul otaknya kini.

“Hello, awak, you should learn how to behave!” balas Mira Syafika marah.

“Awak ajarlah” jawab Iqbal lagi. Makin galak dia mengusik Mira.

“Gila. Malas nak layan awak. Hah!! bila pula awak sampai tak dengar pun tadi?” Mira terus mengomel, menyesal kerana menyangka dia hanya sendirian di rumah itu. Dia berkira-kira ingin terus berlalu dari situ. Matanya mencari-cari kain yang boleh menutup badannya yang agak terdedah itu.

Dia terus mengorak langkah mahu keluar dari biliknya. Namun langkah kakinya tidak cukup pantas kerana sepantas kilat Iqbal menyentap tangannya lalu menarik sama sehingga dia terpeluk lelaki itu. Tangan sasanya pula kemas melingkari pinggang Mira, menghalangnya dari cubaan melepaskan diri. Tercuit hati Iqbal bila melihatkan Mira yang mula kelam kabut mahu melepaskan diri dari pelukannya itu. Selamba saja dia mengemaskan lagi pelukannya.

“Iqbal!!! Lepaslah!!!” Mira sudah terjerit kecil. Tangannya tergapai-gapai cuba menolak tubuh tegap Iqbal yang enak saja memeluknya begitu.

Iqbal Iskandar tidak memberikan apa-apa reaksi, sebaliknya dia menjatuhkan pandangan pada wajah isterinya. Mata bundar yang agak kecoklatan, hidung yang mancung dan bibir yang mungil yang sedikit terbuka itu benar-benar menggugat perasaan lelakinya. Rambut panjang Mira yang lembut itu menambahkan lagi keayuan Mira di matanya.

Di luar sedar Iqbal mula membelai rambut Mira. Dia kemudiannya mencium rambut itu. Kemudian membisikkan sesuatu ke telinga Mira.

“Mira takkan dapat lari dari abang” ujar Iqbal Iskandar ketika ini mukanya hampir dengan muka Mira. Jantung berdegup kencang. Kedua-dua mereka terpaku.

“Hmmm..wanginya..” ucap Iqbal perlahan.

“Awak tahu tak, saya suka sangat rambut awak. Panjang, lembut...dan saya sangat suka bila lihat awak lepaskan rambut macam ni” sambung Iqbal Iskandar lagi sambil terus terusan bermain dengan rambut Mira yang panjang itu.

Dia kemudiannya membaringkan Mira atas katil perlahan-lahan namun tangannya masih menggenggam tangan Mira. Dia menilit setiap inci wajah itu. Di elus lembut. Wajah yang selalu menganggu waktu tidurnya. Wajah itu juga selalu membuatnya gila bayang. Mira yang melihat segala gerak laku Iqbal Iskandar terpaku tanpa kata. Tangannya yang tadi berusaha melepaskan diri daripada Iqbal automatik sahaja terkaku, langsung tidak bergerak.

“Apa kena dengan awak ni? Jangan nak menggila lagi, okey, saya jerit nanti” kata Mira cuba membuang rasa gentar yang mula menguasainya.

“Jeritlah kalau ada orang nak dengar suara sayang. Jangan lupa rumah ni hanya tinggal kita berdua saja” ujar Iqbal Iskandar.                                                                             

“Awak.. please...”Mira merayu. Dia tidak boleh mengalah begitu saja dengan Iqbal.

Mira meronta-ronta cuba melepaskan diri. Namun apalah dayanya.

“Please what, sayang?” soal Iqbal.

“Jangan buat saya begini, awak buat saya takut.”

Mira berterus terang. Iqbal Iskandar cuma tersenyum mendengar pengakuan Mira. Semakin kejap tangannya memegang tangan Mira.

Kini baru jelas kelihatan wajah isterinya dimatanya. Diteliti setiap inci wajah isterinya, dari kening yang cantik terbentuk, mata yang tertutup, hidung yang comel dan matanya kemudian singgah lama dibibir merah merekah milik isterinya.

Dia ingin menatap sepuas-puasnya wajah itu dari dekat. Sudah lama dia menantikan saat ini. Gaun tidur yang di pakai Mira itu sungguh menggoda bagi dirinya. Paling mengasyikkan dia terlihat lurah yang memisahkan antara dua buah bukit itu. Masih mekar. Teringat dia sewaktu bersama Mira di bilik hotel yang lalu.

Mira ingin membantah namun tiada langsung suara yang mampu terkeluar dari kerongkongnya. Ingin menolak wajah semakin mendekati tetapi tangannya seperti kaku di dada Iqbal.

Kini dia hanya mampu memejamkan mata bersama debar di dada.

Iqbal Iskandar tersenyum senang melihat perlakuan isterinya itu. Penuh kelembutan dia mengucup bibir mungil Mira. Ciuman itu menyusup masuk ke dalam hatinya, menghadirkan rasa yang luar biasa dalam jiwanya. Iqbal Iskandar merasakan jantung dan hatinya seakan bergelora dengan rasa itu.

“Awak...please!” rayu Mira sekali lagi.

“Awak tahu tak saya sangat sayang pada awak. Sejak dulu sampai sekarang tiada wanita lain di hati ini kecuali Mira seorang. Cuma sayang je yang buat-buat tak faham. Apa salah abang?”

“Apa salah awak? Tanyalah diri sendiri balik? Kalau betul awak sayangkan saya awak tak akan tergamak memperkosakan saya hari itu. Kalau betul awak sayang saya, awak tak akan sanggup menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita. Tapi apa yang saya ada semua telah dia ragut oleh awak? Itu yang kau kata cinta. Itu yang kau cakap sayang? Sekarang awak dah puas hatikan sebab awak dah Berjaya rosakkan hidup saya?” Mira meluahkan rasa marahnya.

Sebutir air jernih menuruni pipi Mira. Dia pun tak sanggup mengungkit kisah lalu. Peristiwa hitam yang berlaku membuatnya sakit hati.

“Sshhhh.. Sayang yang buat abang jadi macam tu. Sayang tu ego dan sombong sangat dengan abang masa itu sebab itu abang sakit hati lalu abang sanggup buat perkara terkutuk itu. Sekarang abang dah sedar dengan cara itu tidak membawa apa-apa pada abang. Apa yang abang tahu abang cuma mahukan sayang sejak dulu sampai sekarang. Abang tak pernah mahukan gadis lain sebagai mana abang mahukan sayang” jawab Iqbal.

Mira mulai berang. Hatinya sakit. Semudah itu saja lelaki di depannya memberi alasan. Begitukah caranya menunjukkan kasih sayang. Dengan menghadiahkannya penderitaan, maka lelaki itu sudah gembira?

“Itu obsesi namanya. Bukannya cinta dan saying. Orang gila saja yang buat macam tu!!” marah Mira lagi. Iqbal semakin galak dengan kelakuannya.

“Biarlah sayang nak cakap apa. Yang penting abang dah kahwin dengan sayang. Dan hanya kau milikku..”

“Awak akan paksa saya?” sambil meronta-ronta minta di lepaskan. Iqbal Iskandar langsung tidak peduli dengan rayuan Mira malah dia mendekatkan mukanya ke muka Mira. Dia mencium muka yang mulus itu. Lembut. Wangian yang di pakai Mira membuai perasaannya. Berkali-kali dia mencium leher jinjang milik Mira.

“Kalau itu cara yang Mira pilih, abang akan gunakannya.  Abang minta secara baik, Mira tak nak. Lagi pun kita dah sah di gelar suami isterikan. Tak salah kalau abang menuntut hak sebagai seorang suami.”

“Awak tak boleh paksa Mira lakukan sesuatu yang tak Mira ingini lagi.”

 Mira memberanikan diri menentang wajah Iqbal Iskandar.

“Jika terdesak dan abang rasa nak menuntut hak sebagai seorang suami, Mira tak boleh menolak.”

“Awak ni dah gila. Memang dah gila!” jerit Mira lagi.

“Ya. Abang memang dah gila. Gilakan isteri sendiri. Itu pun salah ker?” balas Iqbal keras.

Mira terus membentak geram dalam hatinya. Semakin hari dia semakin tidak larat melayan karenah Iqbal yang sungguh merimaskan dia.

Iqbal ketawa perlahan, nakal dan girang kerana berjaya mengusik isterinya itu. Di renung wajah di hadapannya. Matanya yang redup itu bertambah bulat mungkin kerana rasa marah padanya. Alis matanya yang melentik dan lebat masih nampak menggoda. Hidungnya sama masih mancung. Seingatnya dulu rambut Mira paras bahu sekarang dah panjang mencecah pinggang. Cuma dia yang bertuah dapat melihat aurat yang di tutup Mira masa itu.

“Abang tak sangka isteri abang makin cantik. Menggoda dan semuanyalah yang ada pada Mira buat abang makin gila” ujarnya dengan nada yang lembut.

“Mira juga tak sangka awak makin jadi lelaki yang gatal, miang dan gila macam ni” jawabnya dengan berani.

Sekali lagi ketawa Iqbal Iskandar berderai.

“Well, dengan isteri sendiri apa salahnya abang menggatal. Miang dan gila bayang. Hanya dengan sayang saja abang jadi macam ni tau.” Iqbal Iskandar ingin meluahkan rasa hati. Namun mahukah Mira mendengarnya. Dan dia percaya Mira tak akan semudah itu untuk mempercayai setelah apa yang dia lakukan terhadap isterinya empat tahun lalu. Perlahan-lahan Iqbal melonggarkan tangannya dari menggeggam tangan Mira. Akhirnya Mira bangun dari katil.

Mira semakin rimas dengan situasi tersebut. Seboleh-bolehnya dia ingin keluar dari biliknya itu. Menyesal kerana dia tidak mengunci pintu bilik itu semasa dia masuk tadi. Lagi pun dia tidak menyangka Iqbal akan pulang awal ke rumah petang itu.

“Kenapa awak nak abang lakukan lebih dari itu ker?”

Iqbal Iskandar tersengih nakal. Suka dia melihat perubahan di wajah Mira. Dia berpuas hati dapat mengusik Mira walau pun dengan cara begitu sahaja.

Mira mendengus geram. Dia segera melangkah keluar dari bilik itu. Tidak betah dia berlama-lama di dalam.

Wednesday 27 June 2012

Kau Rantai Hatiku 1



BAB 1

Lima tahun sudah berlalu.

Dia menjejak kaki di KLIA Sepang. Sudah lima tahun berada di luar negara. Melanjutkan pelajaran untuk melupakan kenangan lalu. Kehilangan isteri yang tercinta begitu pedih untuk di kenangkan.  Kini mampukah dia melupakan segala kenangan yang pernah di laluinya bersama insan yang tercinta.

“Kita dah sampai.. Tak sangka ya sudah lima tahun kita berada kat luar negara kan? Eh! Mana orang yang datang jemput kita ni?” soal Isabella mengejutkan lamunan Tengku Elman. Dia tersenyum megah. Siapa tidak bangga dapat berdiri di sebelah lelaki yang kacak bergaya dan juga kaya. Lelaki itu memang manjadi igauan kepada mana-mana gadis di luar sana. itulah dia Tengku Elman Qaufar bin Tengku Harith Ismail.

“Mereka tak datang kot? Rindunya dengan Malaysia” ujar lelaki itu. Isabella menjeling ke sisi sambil tersenyum.

“Mereka mesti datang cuma mungkin lambat. Tadi mummy I ada call...

“Tapi tak nampak pun mereka” ujar Tengku Elman Qaufar. Matanya melilau juga mencari orang yang datang menjemput mereka. Sepatutnya mereka sudah sampai.

“Harap kau tak ingat lagi kenangan lama tu!!” Bella cuba mengingatkannya lagi. Entah mengapa dia sentiasa merasa cemburu pada orang yang di maksudkan.

Tidak lama kemudian kelihatan seseorang datang untuk menjemput Tengku Elman Qaufar menuju ke arah mereka. Lelaki itu menunjukkan nama diri. Tengku Elman mengangguk.

“You pulang dululah, I ada hal penting ni!” ujarnya. Sambil itu dia tersenyum dan melambai-lambai kepada Isabella.

“You nak kemana? Bukankah malam nanti kita ada makan malam dengan mama you?” soalnya tidak puas hati. Baru sebentar tadi dia gembira mendapat undangan makan malam dengan Tengku Suraya bersama Tengku Elman.

Iya I know.. But pleaselah I nak pergi ziarah kubur Ari dulu. Dah lama I tak ke sana” balasnya. Buat apa dia menyembunyikan perkara yang sebenarnya?

“You nikan tak pernah lupakan dia dalam hidup you. Pergilah..” ujar Isabella dengan rasa sakit hatinya. Dia paling tak suka jika Tengku Elman menyebut nama Ari.

Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tahu Isabella sakit hati setiap kali nama Ari muncul di bibirnya tapi apa boleh buat. Perempuan itu pernah menjadi seorang yang istimewa dalam hidupnya. Walau pun ikatan suami isteri antara mereka tidak lama, tetapi mereka bercinta sejak kecil lagi.

“Okey I janji malam nanti kita jumpa. Bye..” tanpa perasaan dia mengucapkan selamat tinggal pada Isabella.

Isabella hanya mampu merengus marah. Memang sejak dulu hingga kini Tengku Elman Qaufar tidak pernah untuk melupakan perempuan itu. Geram!!

“Hi sayang, kenapa ni masam jer?” ujar Datin Melinda yang baru sampai ditempat Isabella berdiri.

Hi mummy!” balas Isabella sambil memeluk ibunya. Rasa marahnya sebentar tadi sedikit reda.

“Ishh..Tengku Elman nak ke mana pula tu?” soal Datin Melinda bila melihat kelibat Tengku Elman Qaufar yang meninggalkan Bella sendirian di situ.

“Biasalah mummy. Mana dia pernah lupakan perempuan itu. Walaupun sudah lima tahun dia meninggal. Ni yang Bella sakit hati ni..” dia memuncungkan bibirnya.

“Ala biarlah dulu.. Tak baik memaksa sangat. Lepas ni Bella kena berusaha lebih. Goda dia sampai korang berkahwin tau.. Jangan lepaskan lubuk emas kita ni” ujar Datin Melinda samba mengurut bahu anaknya.

“Bella faham mummy..  Daddy tak datang ke mummy?” matanya meliar mencari Dato Farid. Daddy itulah panggilannya pada Dato Farid yang sebenarnya bapa tirinya.

“Dia sibuk.. Ada meeting dengan klien. Tapi malam nanti dia akan turut serta makan malam dengan Tengku Suraya” jawabnya.

Mereka berdua terus keluar dari lapangan terbang KLIA menuju ke rumahnya Teratak Humaira. Nama rumah yang tidak pernah di tukar sejak dulu lagi.

DALAM perjalanan, mata Tengku Elman Qaufar sentiasa memandang sekeliling. Terlalu banyak perubahan yang berlaku semenjak dia pergi ke luar negara. Kuala Lumpur sudah banyak berubah! Namun kenangannya tidak pernah luput di ingatannya!

Memang sukar untuk digambarkan bagaimana perasaannya pada masa itu. Dia benar-benar rasa sedih dan kecewa dan pilu bercampur gaul sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Dia rasa mahu menangis dan dalam masa yang sama dia rasa mahu menjerit sekuat hatinya supaya semua orang tahu akan perasaannya. Kadang kala dia berasa adakah dia hanya bermimpi? Namun dia tahu semua itu adalah kenyataan. Dia terpaksa menerimanya. Dia juga terpaksa menghadapinya.

“Berhenti di depan tu..” ujarnya kepada Encik Johan. Isyarat di berikan untuk berhenti di sebelah kiri. Kereta itu berhenti di tempat kejadian di mana kereta arwah Ariana pernah kemalangan dan keretanya turut meletup. Perlahan-lahan Tengku Elman keluar dari kereta mewah itu. Matanya terpaku pada tempat itu. Tiba-tiba ingatannya kembali pada kejadian lima tahun yang lalu.

Tempat itu masih segar dalam ruang ingatannya. Dimana mereka di beritahu berita yang amat mengejutkan. Kereta yang di naiki arwah Ariana itu meletup sampaikan mayatnya pun susah untuk di kenal pasti. Cuma yang mengesahkan itu mayat Ariana apabila cincin perkahwinan dan beg duit yang tercampak jauh dari tempat kejadian. Masih terbayang akan perasaannya pada ketika itu. Sekali lagi air matanya keluar.

“Tengku tak apa-apa?” soal Encik Johan. Dia memang tahu tuannya itu masih dalam kesedihan. Pemergiannya ke luar negara selama lima tahun masih juga tidak dapat mengubat kesedihan dalam hidupnya.

“Mmm tak. Kita teruskan perjalanan ke perkuburan” jawab Tengku Elman Qaufar perlahan-lahan.

“Baiklah Tengku.”

Setelah Tengku Elman memberi arahan, Encik Johan membawa dia ke kawasan perkuburan di mana tempat Ariana di kebumikan dulu. Walaupun sudah lima tahun berlalu, setiap saat dan setiap detik dia tidak pernah melupakan wajah itu. Dan dia juga tidak percaya Ariana sudah lama meninggalkannya.

Selepas pulang dari perkuburan itu dia mengarahkan Encik Johan untuk menuju ke Time Square. Dia akan memulakan projek barunya. Dia ingin mengabadikan tempat itu sebagai Taman syurga. Itulah impiannya bersama Ariana ketika mereka hidup bersama dahulu.

Dia berkesempatan berjalan-jalan mengelilingi tempat itu. Selepas kematian Ariana, dia akan berusaha mencapai impian yang pernah mereka setujui suatu masa dulu.

‘Ariana.. abang tak pernah melupakanmu..’ dia memegang rantai yang pernah dia belikan satu set dengan rantai yang Ariana pakai. Sempena hadiah perkahwinan mereka. Dan rantai itu yang menjadi peneman di kala dia berduka.

Namun sekarang dia harus menerima kenyataan yang Ariana sudah lama meninggalkannya. Semuanya hanya kenangan. Rantai itu perlahan-lahan di bukakan dari lehernya. Lalu di genggamnya. Perlahan-lahan rantai itu di ciumnya.

‘Aku harus menerima kenyataan yang sayang sudah tiada..’

“Tengku Elman...  Tengku tak apa-apa?” soal Encik Johan. Dia menjadi pengawal peribadi kepada Tengku Elman sejak kecil lagi. Dan dia salah seorang yang terlalu rapat dengan Tengku Elman. Dia juga yang tahu serba serbi semuanya tentang Tengku Elman.

“Saya okey jangan risau..” jawabnya sambil mengesat air matanya. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang.

“Ari!!” panggilnya. Bingkas dia bangun mengejar gadis itu. Matanya tidak salah. Wajah itu mirip Ariana. Dia terus mengejar gadis itu tanpa mempedulikan orang suruhannya.

Gadis itu hilang di celah-celah orang ramai. Tengku Elman tetap mengejar gadis itu. Baru sebentar tadi dia mahu melupakan wajah itu sekarang tiba tiba pula muncul gadis yang serupa dengan wajah Ariana. Mungkin Ariana masih hidup atau pelanduk dua serupa. Pelbagai persoalan yang timbul di fikirannya.

Termengah-mengah nafasnya mengejar gadis itu. Akhirnya gadis itu hilang di tengah-tengah orang ramai. Dari belakang, orang suruhannya turut mengejarnya berhenti.

“Tengku.. Makan malam dengan Tengku Suraya malam ni macam mana?” soal Encik Johan.

“Kita pergi ketempat tu sebelum terlambat” ujarnya. Jam di tangan di beleknya. Sudah pukul 7.30 malam! Memang dia tidak sempat nak balik kerumah menukar pakaiannya.

“Baiklah Tengku..”

Mereka pun terus beredar dari tempat itu.

Makan malam itu, Tengku Elman Qaufar hanya mendiamkan diri. Dia asyik khayal dengan peristiwa di Time Suare itu tadi. Mungkin dia dan juga mungkin tidak. Manalah tahu pelanduk dua serupa. Tetapi hatinya tetap mengatakan itu adalah Ariana.

“Elman..” mamanya memanggil. Dia sedar sejak tadi lagi dia melihat Elman termenung. Entah apa yang di menungnya pun dia tidak tahu. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak tunggalnya itu.

“Mmm ya mama ada apa?” soal Elman balik. Dia tidak mahu mengecewakan hati mamanya. Dahlah hari ini hari pertama dia menjejak kaki di Malaysia selepas lima tahun dia berada di luar negara. Bukan dia tidak mampu balik untuk menjenguk mamanya tetapi hatinya belum cukup kuat untuk menerima tamparan hebat yang melanda hidupnya.

“Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Bella..”

Tengku Elman mengangguk. Dia melihat Bella tersenyum gembira di samping Datin Melinda.

“Kita buat hujung bulan ni. Cepat lagi bagus” sambung Datin Melinda. Dialah manusia yang paling tidak sabar mendengar berita gembira itu. Kalau Isabella dapat berkahwin dengan Tengku Elman.. Dia akan dapat hidup senang! Walau pun sekarang ini pun dia sudah punya gelaran dan harta.. tetapi dia mahu lebih dari itu.

“Apa tadi ma? Perkahwinan? Bukan bertunang dulu ke mama?” soal Tengku Elman Qaufar. Baru dia perasaan perkataan perkahwinan. Ada perasaan tidak puas hati. Mengapa mamanya tidak bertanya pendapatnya dulu. Bukankan terlalu tergesa-gesa untuk berkahwin. Lagi pun dia akan sibuk dengan projek barunya nanti.

“Elman, kan bagus kalau kamu berkahwin cepat dengan Bella. Lagi pun dah lima tahun perkara itu berlalu. Yang pergi tetap pergi..” ujar Tengku Suraya perlahan-lahan seolah-olah memujuk Tengku Elman.

“Tapi mama tak tanya pun pendapat Elman. Memang Elman akan kahwin tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Kalau bertunang dulu tak apalah..” ujarnya tidak puas hati. Dia melihat Bella sudah menarik muka masam.

‘Kenapa dengan Elman ni? Kan bagus kalau terus saja nikah tak payah nak tunang-tunang dulu’ bisik hati Bella. Baru sebentar tadi dia gembira mendengar keputusan kedua belah pihak menetapkan tarikh perkahwinan tetapi tuan empunya diri pula yang tak setuju.

“Mama, El nak bertunang dulu.. Lepas tu baru tetapkan tarikh perkahwinan kami. Kalau tak nak bertunang bagus juga, tak payah kahwin” keras saja bunyinya suara yang keluar dari mulut Elman.

“Kalau macam tu baik bertunang dululah.. Tak payah tergesa-gesakan Elman. Uncle pun setuju juga. Bertunang dulu lepas tu baru kahwin..” balas Dato Farid.

Dia seakan-akan memahami perasaan menantunya itu. Bukan mudah untuk menerima orang kedua dalam hidup selepas pemergian orang yang di sayang. Bagi dia itu adalah tamparan hebat dalam hidupnya kerana dia kehilangan kedua-dua orang yang di sayangi.

“Yelah bertunang dulu.. Dah empunya badan nak macam tu” ujar Datin Melinda. Dia juga seperti Bella. Baru sebentar tadi angan-angannya sudah melangit, tiba-tiba pula Tengku Elman hanya mahu bertunang. Malunya dia..

“Keputusannya kamu bertunang dululah El. Mama ikut kamu saja..” ujar Tengku Suraya. Dia juga tidak mahu memaksa anak tunggalnya. Ini urusan untuk membina masjid bukannya urusan yang boleh di bawa main. Lagi pun dia faham perasaan anak tunggalnya itu. Dia pernah kehilangan seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Namun dia berdoa semoga di bukakan pintu hatinya agar dapat menerima gadis lain dalam hidupnya.

MALAM itu Humaira balik awal sedikit. Dia menutup kedai sebaik saja jam 8 malam. Pengunjung pun sudah berkurangan. Balik rumah nanti dapatlah dia berehat  secukupnya. Hari ini dia betul-betul penat. Banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan.

Sesampai saja di rumah dia terus membersihkan diri. Selesai mandi dia terus menuju ke dapur. Kelihatan mereka sedang menunggunya. Perutnya pun mula lapar apa lagi dia berselera untuk makan. Malam itu Mak Teh memasak makanan kegemarannya. Makin berseleralah dia nak makan.

“Tambah lagi nasi tu..” ujar Pak Teh.

“Hari ni Ira berselera nak makan. Tambahan pula lapar sangat ni..”

“Tengah hari tak makan ke?” soal Mak Teh.

“Makan kuih je tak sempat nak jamah nasi. Kerja banyak sangat. Nasib baik cepat habis. Tu yang Ira dapat balik awal sikit.”

“Kalau ya pun jangan lupa makan. Kerja memang tak pandai habis. Tapi makan pun kena jaga jua. Nanti kang sakit siapa yang susah?”

“Baik Mak Teh jangan risau Ira boleh jaga diri. Tu baru sekali ini je Ira tak sempat nak makan tengah hari, sebab Ira kena keluar hantar barang tadi. Pelanggan tu nak cepat. Lagipun dia pelanggan tetap kami. Mana boleh buat acuh tak acuh saja.”

“Oh begitu.. Ha.. makanlah. Kesian kat Ira yang kerja susah payah ni” ujar Mak Teh lagi.

“Tak ada apalah Mak Teh. Kalau nak di bandingkan pengorbanan Mak Teh jaga Ira waktu sakit dulu. Masa tu lagi susahkan?”

“Dahlah.. Apa nak di ungkitkan perkara macam tu..” ujar Pak Teh. Dari tadi lagi dia mendengar Mak Teh dan Ira bersembang di depan rezeki.

Selesai makan malam, Ira menolong Mak Teh membasuh pinggan mangkuk. Memang seperti rutinnya. Dia akan menolong Mak Teh ketika dia ada di rumah. Dia pun tahu Mak Teh bukannya sihat sangat.

Selepas kerja di dapur siap, Humaira menuju pula ke ruang tamu. Dia sekadar berehat sambil menonton tv. Menunggu matanya mengantuk barulah dia berlalu masuk kebiliknya. Masuk awal ke bilik pun bukannya dia dapat tidur awal. Walau pun penat seharian, namun dia hanya akan tidur bila matanya benar-benar mengantuk.

DIBILIK tidur, Tengku Elman Qaufar masih juga tidak dapat melelapkan matanya. Sedangkan sepatutnya dia kepenatan memandangkan penerbangannya dari London pagi tadi masih terasa. Entah kenapa terbayang-bayang wajah gadis yang di lihatnya di Time Suare tadi.

‘Ariana!’ tanpa sedar dia menyebut nama orang yang sudah lama meninggalkannya. Air matanya berguguran lagi. Entah kenapa segaris nama itu tidak pernah luput dari ingatannya.

Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Album gambar di hari pernikahan itu di ambil dari almarinya. Satu persatu di selak. Kadang-kadang dia menyentuh gambar yang mencuit perasaannya. Alangkah bahagianya dia di hari perkahwinannya itu. Segala impian dia dan Ariana tercapai apabila mereka menerima restu dari kedua-dua belah pihak untuk berkahwin. Walaupun umurnya pada ketika itu baru 21 tahun dan Ariana berumur 19 tahun, namun itu bukan penghalang bagi mereka berdua untuk mendirikan masjid yang menjadi impian mereka.

Namun apakan daya di sangkakan panas hingga kepetang namun hujan di tengah hari. Baru dua bulan saja usia perkahwinan mereka, dia dikejutkan berita dengan kemalangan yang menimpa Ariana. Hancur luluh hatinya pada ketika itu. Pada masa itu dia baru pulang dari London atas urusan peribadi. Dia ingin membawa Ariana pergi ke London untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di sana. Namun setiba sahaja dia di tanah air, dia sendiri yang terkejut menerima berita yang akan di ingatinya sampai bila-bila pun.

Air matanya menitis lagi. Entah kenapa tuhan mengambil nyawa orang yang disayanginya terlalu awal. Dia belum sempat menikmati bahagia seperti pasangan lain.