Sudah
sebulan pemergian Zafran Haicarl ke Jepun. Walau pun setiap hari Zafran akan
menghubunginya namun rasa rindunya tetap tidak dapat di tahan. Tidak sabar pula
rasanya dia mahu bertemu dengan suami tercinta dan memohon maaf atas sikapnya
yang dingin tempoh hari. Hanya gambar sahaja yang menjadi pengubat rindunya
ketika ini. Kalaulah dia dapat memutarkan masa yang berlalu dia tidak akan
bersikap demikian. Dia tahu dia memang bersalah kerana tidak mahu mendengar
penjelasan dari suaminya sendiri. Tetapi mungkin kerana rasa cemburu akhirnya
dia bersikap dingin terhadap Zafran.
Alisha
membaringkan badannya selepas dia kembali dari klinik tadi. Satu berita gembira
yang harus dia sampaikan kepada Zafran. Namun dia akan menunggu Zafran balik
dari Jepun nanti baru dia akan cakap. Terasa dia ingin muntah lagi. Dia terus
berlari kearah sinki yang berada di bilik mandi. Keluar semua isi perut yang di
makan tadi. Dia ingin pergi ke dapur untuk minum. Tekaknya kini terasa loya
sekali. Sebentar tadi dia sempat mengirim sms buat Zafran.
“Isha tunggu abang balik. Isha ada
berita gembira buat abang..”
Namun
lama benar dia mendapat balasan sms dari Zafran. Dia menuruni anak tangga itu
dengan berhati-hati. Lalu dia menuju ke ruang dapur untuk minum.
Sofia
mencari-cari kelibat Alisha. Dia tidak peduli apa cara sekali pun Alisha mesti
di pisahkan dengan Zafran Haicarl. Kalau dulu dengan pemberian kad cinta itu
tidak dapat mengeruhkan keadaan rumah tangga merka, kini dia akan ikhtiarkan
sesuatu. Dia nekad. Jika Alisha masih ada di rumah ini Zafran Haicarl tidak
akan mempedulikannya.
“Isha..
Isha..” dia memanggil nama Alisha. Alisha yang berada di dapur segera menjawab
panggilan dari Cik Sofia.
“Ada
apa cik Sofia..?”
“Isha...
Ikut I keluar sekarang. I ada benda nak cakap dengan you!”
“Kita
nak pergi mana?”
“Ikut
sajalah.. apa yang lembab sangat tu!!” tengking Sofia lagi. Sudah lama dia
menunggu peluang keemasan ini.
Di
tempat yang sunyi itu, Sofia memulakan bicara. Dia sengaja mencari tempat yang
sunyi dan jauh dari orang ramai agar dia dapat berbicara dengan Alisha tanpa
gangguan. Sudah lama dia merancang untuk membawa Alisha ke tempat ini. Tetapi
baru hari ini di berpeluang untuk membawa gadis itu.
“Kenapa
kita berada di sini?” soal Alisha sebaik saja Sofia memberhentikan kereta di
atas tanah yang tinggi itu.
“I
ada hal nak bincang dengan you!”
“Apa
yang kedengaran penting sangat tu?”
“I
nak you keluar dari rumah ini sebelum Zafran balik dari Jepun” Begitu tegas
bunyinya. Mukanya macam singa betina. Ekpresi wajah itu membuatkan Alisha terkejut.
Tidak ada angin tak ada rebut.. tiba-tiba dia di halau keluar dari rumah itu..
“Tapi
cik, Tempat Isha kan dekat sini. Di sisi abang Zaf.”
“I
nak you kemas pakaian you dan keluar dari rumah ini. I tak kira. Kalau I masih
nampak you kat sini lagi. I akan halau you sampai you tak boleh masuk ke rumah
ini lagi.”
“Tapi
apa salah Isha..? Tolonglah jangan buat Isha macam ni.. Apa-apa pun kita tunggu
abang Zaf balik”
“Tak
payah nak tunggu Zaf balik.. I nak you keluar dari rumah ni sebelum Zaf balik.
Faham!”
“Tapi
apa salah Isha?” kedengaran Sofia merengus.. Dasar perempuan kampung memang tak
reti-reti bahasa. Lurus bendullah sangat.. Marahnya dalam hati. Wajah Alisha di
pandangnya.
“You
tahu tak kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan you?” soal Sofia dengan
sengihannya. Dia memang menunggu peluang ini untuk menghancurkan hati Alisha.
Dia tahu gadis itu mula menyintai Zafran. Sebab itu dia rasa cemburu bila
melihat kemesraan antara Zafran dengan gadis itu.
“Sebab
dia sayangkan Isha..” jawab Alisha tenang. Memang itu yang lelaki itu katakan
padanya. Dia tidak salah. Lagipun kelakuan dan layanan Zafran yang baik
terhadapnya tidak pernah membuatkan dia rasa sangsi.
“Salah..
Yang sebenarnya dia nak balas dendam. Sebab apa dia nak balas dendam. Untuk
menunjukkan kepada I yang dia tidak mampu lupakan cintanya pada I!!”
“Tapi
abang Zaf cakap dia cintakan Isha..” jawab Alisha lagi. Teringat dia pada malam
pertama mereka kahwin. Dia sangat gembira kerana lelaki yang jadi pujaannya
dalam diam mengatakan kata-kata cinta kepadanya.
“Alisha..
you ni faham bahasa ke tidak ye.. Mungkin you ni terlalu kolot kot. I pun
hairan kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan perempuan kolot macam you ni?
Langsung tak ada taste.. Setahu I
lah, you ni bukan taste dialah. Dan
you memang tak padan dengan Zafran” ujar Sofia kepada Alisha. Dia sakit hati
mendengar Alisha mengatakan yang Zafran cintakan dia. ‘Mana boleh Zafran
cintakan perempuan lain selain dari dirinya. Lagipun dia tak mungkin akan kalah
di tangan perempuan seperti Alisha itu!!
“Betul
ke abang Zaf macam tu? Takkan dia tipu Isha!” Alisha berasa sedih tiba-tiba. Takkan
suaminya berbohong dengan dirinya. Benarkah Zafran cintakan dirinya? Atau dirinya
sebagai pelepas marahnya kepada Cik Sofia. Tetapi layanan Zafran sangat baik
terhadapnya selama ini.
“Kalau
you nak tahu, sebenarnya Zafran tak pernah lupakan cinta pertamanya. You nak
tahu kenapa? Sebab wanita yang dia cintai itu adalah I!!” jerit Sofia lagi. Dia
mahu Alisha tahu tentang hubungan dia dengan Zafran. Dan dia pasti Zafran tidak
pernah ceritakan tentang percintaan mereka berdua kepada Alisha.
“Be..betul
ke ni?” soal Alisha. Memang Zafran Haicarl pernah ceritakan tentang perempuan
yang pernah di cintainya dulu. Tetapi dia tidak menyangka perempuan itu
sebenarnya Sofia. Patutlah dia selalu nampak perangai pelik suaminya. Macam ada
sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuannya.
“Buat
apa I nak tipu. Dulu kami berdua adalah pasangan yang romantik. Tapi jodoh kami
tak panjang kerana bapa dia ni suka kat I. Jadi I memilih bapanya sebab harta
bapanya lebih banyak kalau nak di bandingkan dengan harta Zafran” jawab Sofia
dengan senyuman menguntum di bibirnya. Memang dia memilih untuk hidup dengan
Razman tetapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat melupakan cintanya
pada Zafran.
“Apa
maksud Cik Sofia?”
“Maksudnya,
Zafran kahwin dengan you sebab dia mahu melepaskan rasa marahnya pada I. Dia
nak tunjukkan yang dia boleh bahagia dengan perempuan lain. Pada hal hari-hari
dia datang jumpa dengan I sebab dia masih cintakan I!” rasa puas hatinya bila
kata-kata itu dapat menyakitkan hati wanita yang bergelar isteri kepada anak
tirinya itu. Dia rasa sakit hati melihat kebahagiaan yang baru tercipta
diantara pasangan yang masih di gelar pengantin baru itu.
Alisha
hanya menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Kata-kata yang keluar dari
bibir suaminya tempoh hari mungkin dusta semata atau perempuan ini yang cuba
mempermainkan perasaannya.
...............................
Alisha menyembam wajahnya di atas tilam. Tiada
perkataan yang dapat di gambarkan ketika ini. Marah kecewa, geram, benci
menjadi satu. Gambar perkahwinannya dengan Zafran di tatap. Dia rasa mahu
menjerit sekuat hati biar orang tahu perasaan yang di alaminya. Kadang kala dia
rasa adakah dia bermimpi? Namun semua itu kenyataan. Dia terpaksa menerima
hakikat bahawa Sofia adalah bekas kekasih Zafran. Dia rasa tertipu. Kad yang di
terima oleh Zafran hari itu sebenarnya di berikan oleh Sofia. Memang benar
Zafran pernah memberitahunya dia pernah bercinta tetapi dia tidak menyangka
perempuan yang di maksudkan itu ialah Sofia!
Dia
sudah tidak tahu untuk percaya kepada siapa. Apa yang dia tahu kini dia
berseorangan. Dia rasa dirinya di khianati. Sampai hati abang Zaf buat Alisha
begini. Pada siapa Alisha mahu mengadu? Dia menangis sendirian.
Dalam bilik berlainan, Sofia tersenyum puas! Rasakan
balasan yang akan kau terima Zaf! Kau patut rasakan kesakitan yang aku tanggung
kerana kau menolak cintaku.!!
Sofia memikirkan satu jalan untuk menghalau Alisha
dari rumah. Hanya dengan ketiadaan Alisha barulah Zafran Haicarl akan datang
kepadanya.
..........................................
Mak
Jah perasan wajah Alisha seperti orang sedih. Biasalah kalau sudah berjauhan,
pasti ada perasaan saling merindu. Lalu dia mendekatinya.
“Isha
kenapa nak? Isha nampak sedih..”
“Isha
sedih Mak Jah..”
“Kenapa
Isha sedih? Atau Isha rindukan Zaf?” duga Mak Jah sekali lagi. Namun bibirnya
tetap menitip senyuman. Alisha sudah di anggap macam anak kandung sendiri. Lagipun
Alisha tidak pernah bersuara tinggi dengannya.
“Isha
tak sangka Abang Zaf sanggup buat Isha begini..” ujar Alisha perlahan namun
dapat di dengar oleh Mak Jah.
“Dia
buat apa kat Isha?” soal Mak Jah risau. Dia risau jika ada apa-apa yang berlaku
pada Alisha. Dia sudah berjanji pada zafran untuk menjaga Alisha ketika
ketiadaannya.
“Mak
Jah tahu tak, dia kahwin dengan Isha sebab dia nak balas dendam pada Cik Sofia.
Pada hal Isha dah mula sukakan dia. Dan Isha benar-benar cintakan abang Zaf!!”
“Dari
mana Isha tahu?”
“Cik
Sofia yang cakap. Abang Zaf masih cintakan Cik Sofia. Patutlah hari tu Isha
nampak dia memeluk Cik Sofia di bilik. Bila Isha tanya abang Zaf, dia cakap
Isha salah faham. Masa itu Isha tak tahu perempuan yang di maksudkan abang Zaf
dulu rupanya Cik Sofia. Isha sedih sangat.. Isha tak tahu nak mengadu pada
siapa?” terang Alisha dengan tangisannya.
Mak
Jah terus memeluk tubuh Alisha. Dia juga benar-benar kesal dengan apa yang
berlaku. Kalaulah dia tahu Zafran buat begitu pada Alisha tidak mungkin dia
meminang gadis itu untuknya.
“Isha
banyakkan bersabarlah ya... Mungkin Cik Sofia cakap macam tu sebab dia tak nak
lihat korang bahagia..”
“Tapi
Isha tak percayakan diri Isha.. Isha rasa nak balik rumah keluarga Ishalah..”
Mak
Jah hanya mampu mengangguk. Dia faham akan kesedihan di hati Alisha. Namun dia
tidak berdaya buat apa-apa. Cik Sofia itu memang sudah melampau. Sepatutnya dia
tidak lagi menganggu kebahagian Zafran Haicarl. Rupa-rupanya dalam diam Sofia
membuat onar lagi!
....................................
Sudah
beberapa hari dia tidak dapat menghubungi Alisha. SMS terakhir dari Alisha yang
di terimanya agak pelik bunyinya. Tapi yang menghairankan dia, sampai sekarang
Alisha tidak membalas sms yang berikutnya. Dia jadi risau. Manalah tahu kalau berlaku
perkara yang tidak di ingininya. Malam tadi pun dia bermimpi ngeri tentang
Alisha. Itu menambahkan lagi rasa risau di hatinya.
Entah
sejak tadi lagi, Zafran merasa tidak sedap hati. Apa pula agaknya yang berlaku?
Telefon bimbit di ambil. Lalu di mendail nombor telefon bimbit milik Alisha.
Namun hanya kedengaran peti suara yang menjawab. Berkali-kali dia mendail namun
jawapannya tetap sama. Entah kemana pula isterinya itu pergi. Kalau ya pun
kenapa telefon bimbitnya tidak aktif. Tolonglah jangan nak seksa hati abang
Isha.. Dalam tidak sedar dia mengeluh lagi.
“Kau
ni kenapa dari tadi lagi asyik merenung handphone tu?” soal Shahrul. Dia tahu
sangat gelagat kawannya yang seorang tu. Rindu binilah tu.. Kalau tidak ada
kerja mesti dia akan merenung telefon bimbitnya itu,
“Aku
call Isha tak dapat-dapat. Asyik voicemail
je.. Apalah gunanya aku belikan handphone
untuk dia” rungut Zafran geram!
“Rindu
binilah tu..” usik Shahrul.
“Mestilah
wei.. Separuh mati aku rindu kat dia ni tau.. Rasa tak sabar nak balik jumpa
dia..” ujar Zafran dengan senyuman di bibirnya.
“Mungkin
dia ada hal kot? Kenapa Zaf tak call ke rumah?” ujar Shahrul lagi. Betul juga
kata Zafran, siapa yang tak rindu bini. Tambahan lagi mereka masih bergelar
pengantin baru. Namun atas tuntutan kerja dan cita-cita, mereka berdua datang
ke negara yang bernama Jepun ini.
“Call rumah pun bukan ada orang yang
angkat. Entah aku rasa tak sedap hati jer!” Zafran mula mengadu. Entah mengapa
dalam tidur pun dia termimpikan yang Alisha pergi meninggalkan dirinya. Dia
betul-betul takut jika benar itu yang terjadi.
“Cubalah
sekali.. Manalah tahu untung ada nasib nanti tu..” Shahrul memujuk sahabatnya
itu.
Zafran
mengangguk. Untuk sekali ini. Dia masih hampa kerana orang yang mengangkat
telefon itu bukannya Mak Jah tetapi seorang pembantu rumah Indonesia yang baru.
Habis tu, Mak Jah kemana? Makin berpusing kepalanya memikirkan. Dan seterusnya
dia langsung tidak dapat berfikir kerana ada perasaan tidak sedap hati timbul
pula!
best nak lagi....
ReplyDelete