Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 10 June 2013

Ada Dia Di Hati 13


Sudah sebulan pemergian Zafran Haicarl ke Jepun. Walau pun setiap hari Zafran akan menghubunginya namun rasa rindunya tetap tidak dapat di tahan. Tidak sabar pula rasanya dia mahu bertemu dengan suami tercinta dan memohon maaf atas sikapnya yang dingin tempoh hari. Hanya gambar sahaja yang menjadi pengubat rindunya ketika ini. Kalaulah dia dapat memutarkan masa yang berlalu dia tidak akan bersikap demikian. Dia tahu dia memang bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan dari suaminya sendiri. Tetapi mungkin kerana rasa cemburu akhirnya dia bersikap dingin terhadap Zafran.

Alisha membaringkan badannya selepas dia kembali dari klinik tadi. Satu berita gembira yang harus dia sampaikan kepada Zafran. Namun dia akan menunggu Zafran balik dari Jepun nanti baru dia akan cakap. Terasa dia ingin muntah lagi. Dia terus berlari kearah sinki yang berada di bilik mandi. Keluar semua isi perut yang di makan tadi. Dia ingin pergi ke dapur untuk minum. Tekaknya kini terasa loya sekali. Sebentar tadi dia sempat mengirim sms buat Zafran.

“Isha tunggu abang balik. Isha ada berita gembira buat abang..”

Namun lama benar dia mendapat balasan sms dari Zafran. Dia menuruni anak tangga itu dengan berhati-hati. Lalu dia menuju ke ruang dapur untuk minum.

Sofia mencari-cari kelibat Alisha. Dia tidak peduli apa cara sekali pun Alisha mesti di pisahkan dengan Zafran Haicarl. Kalau dulu dengan pemberian kad cinta itu tidak dapat mengeruhkan keadaan rumah tangga merka, kini dia akan ikhtiarkan sesuatu. Dia nekad. Jika Alisha masih ada di rumah ini Zafran Haicarl tidak akan mempedulikannya.

“Isha.. Isha..” dia memanggil nama Alisha. Alisha yang berada di dapur segera menjawab panggilan dari Cik Sofia.

“Ada apa cik Sofia..?”

“Isha... Ikut I keluar sekarang. I ada benda nak cakap dengan you!”

“Kita nak pergi mana?”

“Ikut sajalah.. apa yang lembab sangat tu!!” tengking Sofia lagi. Sudah lama dia menunggu peluang keemasan ini.

Di tempat yang sunyi itu, Sofia memulakan bicara. Dia sengaja mencari tempat yang sunyi dan jauh dari orang ramai agar dia dapat berbicara dengan Alisha tanpa gangguan. Sudah lama dia merancang untuk membawa Alisha ke tempat ini. Tetapi baru hari ini di berpeluang untuk membawa gadis itu.

“Kenapa kita berada di sini?” soal Alisha sebaik saja Sofia memberhentikan kereta di atas tanah yang tinggi itu.

“I ada hal nak bincang dengan you!”

“Apa yang kedengaran penting sangat tu?”

“I nak you keluar dari rumah ini sebelum Zafran balik dari Jepun” Begitu tegas bunyinya. Mukanya macam singa betina. Ekpresi wajah itu membuatkan Alisha terkejut. Tidak ada angin tak ada rebut.. tiba-tiba dia di halau keluar dari rumah itu..

“Tapi cik, Tempat Isha kan dekat sini. Di sisi abang Zaf.”

“I nak you kemas pakaian you dan keluar dari rumah ini. I tak kira. Kalau I masih nampak you kat sini lagi. I akan halau you sampai you tak boleh masuk ke rumah ini lagi.”

“Tapi apa salah Isha..? Tolonglah jangan buat Isha macam ni.. Apa-apa pun kita tunggu abang Zaf balik”

“Tak payah nak tunggu Zaf balik.. I nak you keluar dari rumah ni sebelum Zaf balik. Faham!”

“Tapi apa salah Isha?” kedengaran Sofia merengus.. Dasar perempuan kampung memang tak reti-reti bahasa. Lurus bendullah sangat.. Marahnya dalam hati. Wajah Alisha di pandangnya.

“You tahu tak kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan you?” soal Sofia dengan sengihannya. Dia memang menunggu peluang ini untuk menghancurkan hati Alisha. Dia tahu gadis itu mula menyintai Zafran. Sebab itu dia rasa cemburu bila melihat kemesraan antara Zafran dengan gadis itu.

“Sebab dia sayangkan Isha..” jawab Alisha tenang. Memang itu yang lelaki itu katakan padanya. Dia tidak salah. Lagipun kelakuan dan layanan Zafran yang baik terhadapnya tidak pernah membuatkan dia rasa sangsi.

“Salah.. Yang sebenarnya dia nak balas dendam. Sebab apa dia nak balas dendam. Untuk menunjukkan kepada I yang dia tidak mampu lupakan cintanya pada I!!”

“Tapi abang Zaf cakap dia cintakan Isha..” jawab Alisha lagi. Teringat dia pada malam pertama mereka kahwin. Dia sangat gembira kerana lelaki yang jadi pujaannya dalam diam mengatakan kata-kata cinta kepadanya.

“Alisha.. you ni faham bahasa ke tidak ye.. Mungkin you ni terlalu kolot kot. I pun hairan kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan perempuan kolot macam you ni? Langsung tak ada taste.. Setahu I lah, you ni bukan taste dialah. Dan you memang tak padan dengan Zafran” ujar Sofia kepada Alisha. Dia sakit hati mendengar Alisha mengatakan yang Zafran cintakan dia. ‘Mana boleh Zafran cintakan perempuan lain selain dari dirinya. Lagipun dia tak mungkin akan kalah di tangan perempuan seperti Alisha itu!!

“Betul ke abang Zaf macam tu? Takkan dia tipu Isha!” Alisha berasa sedih tiba-tiba. Takkan suaminya berbohong dengan dirinya. Benarkah Zafran cintakan dirinya? Atau dirinya sebagai pelepas marahnya kepada Cik Sofia. Tetapi layanan Zafran sangat baik terhadapnya selama ini.

“Kalau you nak tahu, sebenarnya Zafran tak pernah lupakan cinta pertamanya. You nak tahu kenapa? Sebab wanita yang dia cintai itu adalah I!!” jerit Sofia lagi. Dia mahu Alisha tahu tentang hubungan dia dengan Zafran. Dan dia pasti Zafran tidak pernah ceritakan tentang percintaan mereka berdua kepada Alisha.

“Be..betul ke ni?” soal Alisha. Memang Zafran Haicarl pernah ceritakan tentang perempuan yang pernah di cintainya dulu. Tetapi dia tidak menyangka perempuan itu sebenarnya Sofia. Patutlah dia selalu nampak perangai pelik suaminya. Macam ada sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuannya.

“Buat apa I nak tipu. Dulu kami berdua adalah pasangan yang romantik. Tapi jodoh kami tak panjang kerana bapa dia ni suka kat I. Jadi I memilih bapanya sebab harta bapanya lebih banyak kalau nak di bandingkan dengan harta Zafran” jawab Sofia dengan senyuman menguntum di bibirnya. Memang dia memilih untuk hidup dengan Razman tetapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat melupakan cintanya pada Zafran.

“Apa maksud Cik Sofia?”

“Maksudnya, Zafran kahwin dengan you sebab dia mahu melepaskan rasa marahnya pada I. Dia nak tunjukkan yang dia boleh bahagia dengan perempuan lain. Pada hal hari-hari dia datang jumpa dengan I sebab dia masih cintakan I!” rasa puas hatinya bila kata-kata itu dapat menyakitkan hati wanita yang bergelar isteri kepada anak tirinya itu. Dia rasa sakit hati melihat kebahagiaan yang baru tercipta diantara pasangan yang masih di gelar pengantin baru itu.

Alisha hanya menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Kata-kata yang keluar dari bibir suaminya tempoh hari mungkin dusta semata atau perempuan ini yang cuba mempermainkan perasaannya.

...............................

Alisha menyembam wajahnya di atas tilam. Tiada perkataan yang dapat di gambarkan ketika ini. Marah kecewa, geram, benci menjadi satu. Gambar perkahwinannya dengan Zafran di tatap. Dia rasa mahu menjerit sekuat hati biar orang tahu perasaan yang di alaminya. Kadang kala dia rasa adakah dia bermimpi? Namun semua itu kenyataan. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa Sofia adalah bekas kekasih Zafran. Dia rasa tertipu. Kad yang di terima oleh Zafran hari itu sebenarnya di berikan oleh Sofia. Memang benar Zafran pernah memberitahunya dia pernah bercinta tetapi dia tidak menyangka perempuan yang di maksudkan itu ialah Sofia!

Dia sudah tidak tahu untuk percaya kepada siapa. Apa yang dia tahu kini dia berseorangan. Dia rasa dirinya di khianati. Sampai hati abang Zaf buat Alisha begini. Pada siapa Alisha mahu mengadu? Dia menangis sendirian.

Dalam bilik berlainan, Sofia tersenyum puas! Rasakan balasan yang akan kau terima Zaf! Kau patut rasakan kesakitan yang aku tanggung kerana kau menolak cintaku.!!

Sofia memikirkan satu jalan untuk menghalau Alisha dari rumah. Hanya dengan ketiadaan Alisha barulah Zafran Haicarl akan datang kepadanya.

..........................................

Mak Jah perasan wajah Alisha seperti orang sedih. Biasalah kalau sudah berjauhan, pasti ada perasaan saling merindu. Lalu dia mendekatinya.

“Isha kenapa nak? Isha nampak sedih..”

“Isha sedih Mak Jah..”

“Kenapa Isha sedih? Atau Isha rindukan Zaf?” duga Mak Jah sekali lagi. Namun bibirnya tetap menitip senyuman. Alisha sudah di anggap macam anak kandung sendiri. Lagipun Alisha tidak pernah bersuara tinggi dengannya.

“Isha tak sangka Abang Zaf sanggup buat Isha begini..” ujar Alisha perlahan namun dapat di dengar oleh Mak Jah.

“Dia buat apa kat Isha?” soal Mak Jah risau. Dia risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Alisha. Dia sudah berjanji pada zafran untuk menjaga Alisha ketika ketiadaannya.

“Mak Jah tahu tak, dia kahwin dengan Isha sebab dia nak balas dendam pada Cik Sofia. Pada hal Isha dah mula sukakan dia. Dan Isha benar-benar cintakan abang Zaf!!”

“Dari mana Isha tahu?”

“Cik Sofia yang cakap. Abang Zaf masih cintakan Cik Sofia. Patutlah hari tu Isha nampak dia memeluk Cik Sofia di bilik. Bila Isha tanya abang Zaf, dia cakap Isha salah faham. Masa itu Isha tak tahu perempuan yang di maksudkan abang Zaf dulu rupanya Cik Sofia. Isha sedih sangat.. Isha tak tahu nak mengadu pada siapa?” terang Alisha dengan tangisannya.

Mak Jah terus memeluk tubuh Alisha. Dia juga benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah dia tahu Zafran buat begitu pada Alisha tidak mungkin dia meminang gadis itu untuknya.

“Isha banyakkan bersabarlah ya... Mungkin Cik Sofia cakap macam tu sebab dia tak nak lihat korang bahagia..”

“Tapi Isha tak percayakan diri Isha.. Isha rasa nak balik rumah keluarga Ishalah..”

Mak Jah hanya mampu mengangguk. Dia faham akan kesedihan di hati Alisha. Namun dia tidak berdaya buat apa-apa. Cik Sofia itu memang sudah melampau. Sepatutnya dia tidak lagi menganggu kebahagian Zafran Haicarl. Rupa-rupanya dalam diam Sofia membuat onar lagi!

....................................

Sudah beberapa hari dia tidak dapat menghubungi Alisha. SMS terakhir dari Alisha yang di terimanya agak pelik bunyinya. Tapi yang menghairankan dia, sampai sekarang Alisha tidak membalas sms yang berikutnya. Dia jadi risau. Manalah tahu kalau berlaku perkara yang tidak di ingininya. Malam tadi pun dia bermimpi ngeri tentang Alisha. Itu menambahkan lagi rasa risau di hatinya.

Entah sejak tadi lagi, Zafran merasa tidak sedap hati. Apa pula agaknya yang berlaku? Telefon bimbit di ambil. Lalu di mendail nombor telefon bimbit milik Alisha. Namun hanya kedengaran peti suara yang menjawab. Berkali-kali dia mendail namun jawapannya tetap sama. Entah kemana pula isterinya itu pergi. Kalau ya pun kenapa telefon bimbitnya tidak aktif. Tolonglah jangan nak seksa hati abang Isha.. Dalam tidak sedar dia mengeluh lagi.

“Kau ni kenapa dari tadi lagi asyik merenung handphone tu?” soal Shahrul. Dia tahu sangat gelagat kawannya yang seorang tu. Rindu binilah tu.. Kalau tidak ada kerja mesti dia akan merenung telefon bimbitnya itu,

“Aku call Isha tak dapat-dapat. Asyik voicemail je.. Apalah gunanya aku belikan handphone untuk dia” rungut Zafran geram!

“Rindu binilah tu..” usik Shahrul.

“Mestilah wei.. Separuh mati aku rindu kat dia ni tau.. Rasa tak sabar nak balik jumpa dia..” ujar Zafran dengan senyuman di bibirnya.

“Mungkin dia ada hal kot? Kenapa Zaf tak call ke rumah?” ujar Shahrul lagi. Betul juga kata Zafran, siapa yang tak rindu bini. Tambahan lagi mereka masih bergelar pengantin baru. Namun atas tuntutan kerja dan cita-cita, mereka berdua datang ke negara yang bernama Jepun ini.

Call rumah pun bukan ada orang yang angkat. Entah aku rasa tak sedap hati jer!” Zafran mula mengadu. Entah mengapa dalam tidur pun dia termimpikan yang Alisha pergi meninggalkan dirinya. Dia betul-betul takut jika benar itu yang terjadi.

“Cubalah sekali.. Manalah tahu untung ada nasib nanti tu..” Shahrul memujuk sahabatnya itu.

Zafran mengangguk. Untuk sekali ini. Dia masih hampa kerana orang yang mengangkat telefon itu bukannya Mak Jah tetapi seorang pembantu rumah Indonesia yang baru. Habis tu, Mak Jah kemana? Makin berpusing kepalanya memikirkan. Dan seterusnya dia langsung tidak dapat berfikir kerana ada perasaan tidak sedap hati timbul pula!

 

1 comment: