Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 18 July 2013

Ada Dia Di Hati 20



Setiap malam Sofia menghabiskan masanya di kelab malam. Dia mahu melupakan segala kisah pahitnya di masa lalu. Dengan wajahnya yang cantik itu, dia dapat memikat mana-mana lelaki yang ingin mendampinginya. Setiap malam jugalah dia bertukar pasangannya. Dia tinggal bersama kawannya Zaza. Jadi Zazalah yang akan menemaninya kemana sahaja!

“Sampai bila you harus begini?”

“Begini apa Za?” soal Sofia dengan rasa malasnya. Dia bangun setelah matahari mula menegak! Malam tadi dia benar-benar seronok di temani Hazrul.sehinggakan malamnya bagaikan sinag bagi dirinya. Dan sekarang dah masuk tengah hari barulah matanya dapat di buka. Rasa penatnya malam tadi masih bersisa.

“Macam nilah. Keluar sampai larut malam. Balik dalam keadaan mabuk. Bangun pun sesudah tengah hari. Langsung tak bekerja.. You ingat harta you tak akan habis ke?” soal Zaza lagi. Kadang-kadang dia tidak tahan dengan perangai Sofia yang suka memerintah dirinya. Hanya pada Jojo sahajalah tempat dia mengadu ketika dia ada masalah. Tetapi semenjak dia tinggal di Kuala Lumpur bersama Jojo, lelaki sudah menyepi. Mungkin dia tersinggung dengan sikapnya tempoh hari.

“You peduli apa? Kalau you tak suka you boleh berambuslah dari rumah ini..” jawab Sofia agak kasar. Pantang baginya kalau ada sesiapa yang menegur sikapnya. Apatah lagi Zaza tu kawan baiknya. Zaza terkejut mendengar kata-kata Sofia. Dia terus bangun dari tempat duduknya. Dia rasa marah!

Okey fine!! Kalau itu yang you nak, hari ini juga I akan keluar dari rumah ini. Lagipun I pun dah tak tahan nak duduk kat rumah ni.. Rimas!!” ujar Zaza sambil menuju ke biliknya. Pintu biliknya di hempas kuat menandakan dia protes dengan sikap Sofia. Sofia hanya berdiam diri. Tidak pernah dia melihat Zaza marah begitu terhadapnya.

 “Pergilah korang semua!! I tak perlukan simpati sesiapa pun!! I boleh hidup walau pun seorang diri!!” jerit Sofia lagi. Dia juga bangun menuju ke biliknya, dia langsung tidak mempedulikan Zaza yang marah tadi.

Zaza terus menghubungi  Jojo. Dia berharap lelaki itu datang menjemputnya. Dia tidak sabar keluar dari rumah itu. Tidak lama kemudian dia dia menerima panggilan dari Jojo.

Jojo sudah menunggunya di luar rumah. Cepat-cepat Zaza mengangkat beg pakaiannya dan keluar dari bilik tidurnya. Kali ini dia sudah nekad dengan keputusannya. Dia tidak akan menghampakan Jojo lagi. Berkali-kali lelaki itu mengajaknya kahwin, tetapi dia sering sahaja memberi alasan. Kini dia sedar kesabaran itu ada hadnya. Dan dia tidak mahu Jojo mencari pengganti dirinya kerana dia sangat mencintainya. Biar pun Jojo bukan dari golongan orang berada tetapi dia berpuas hati. Lelaki itu sentiasa berada di sisinya di masa dia senang mahu pun susah!

Pintu utama di buka. Dia dapat melihat Jojo sedang menantinya dengan senyuman.

Thank!!” seraya itu Zaza terus memeluk Jojo.

“Untuk apa?” soal Jojo lagi. Zaza merenggangkan pelukannya. Zaza jadi malu sendiri. Dia tidak menyangka boleh memeluk Jojo ketika itu. Jojo begitu penyabar orangnya. Mungkin kerana lelaki itu benar-benar cintakan dirinya.

I love you and miss you..” ujar Zaza bersahaja. Jojo ketawa. Entah apa mimpi Zaza mengucapkan perkataan itu. Selama ini dia tidak pernah walau pun sekali dalam masa perhubungan mereka.

I love you and miss you too..” balas  Jojo. Dia terus mengambil beg di tangan Zaza. Entah mengapa hatinya sangat gembira melihat wajah kekasih hatinya. Pagi tadi ketika dia menerima panggilan telefon dari Zaza, dia begitu risau. Dia risau jika ada perkara buruk yang berlaku pada kekasih hatinya.

Sebelah tangannya pula mencari jari jemari Zaza. Dia terus memengang tangan Zaza samapai ke tempat parking keretanya. Di dalam kereta masih-masing menyepikan diri. Zaza juga begitu. Dia masih malu pada diri sendiri. Entah mengapa hari ini dia berani mengucapkan perkataan itu. Selalunya dia hanya mendengar dari bibir Jojo sahaja.

Jojo memberhentikan keretanya di atas bukit. Dia mahu membawa Zaza melihat pemandangan dari atas bukit itu. Zaza hanya mengikut sahaja! Kepalanya langsung tidak dapat berfikir. Sebenarnya dia berasa bersalah juga meninggalkan Sofia di saat ini. Tetapi tengkingan Sofia tadi benar-benar membuatkan dia kecewa.

“Cantiknya pemandangan Kuala Lumpur dari sini!” ujar Zaza memecah kesunyian. Jojo hanya tersenyum. Dia tidak tahu bagai mana untuk dia mengambarkan tibanya hari ini.

“Sayang..”

“Mmm”

“Sudi tak Zaza kahwin dengan Jojo?” ujarnya. Ini lamaran kali ke tiga dalam tempoh perhubungan mereka.

Namun dalam diam perasaannya berdebar. Manalah tahu kalau Zaza masih memberikan jawapan yang akan menghampakannya sekali lagi. Namun sekali lagi dia terkejut apabila Zaza mengangguk dan sekali gus, dia tersenyum. Lamarannya di terima!! Alhamdulillah!! Ucap Jojo dalam hati. Akhirnya terbuka juga pintu hati Zaza untuk menerima dia sebagai pasangan hidupnya. Begitu lama dia menantikan jawapan yang ikhlas dari mulut Zaza akhirnya hari ini Zaza sudah membuat keputusan.

“Terima kasih sayang.. Jojo tak akan menghampakan sayang lagi.”

Zaza tersenyum. Dia juga rasa gembira dan bahagia. Walau pun dia tidak menyangka bahawa Jojo akan melamarnya di atas bukit ini, namun dia rasa bersyukur.

“Jom kita balik..”

“Balik??” soal Zaza lagi.

“Ye kita balik sayang, Jojo tak sabar nak suruh ibu Jojo pergi ke rumah sayang. Lepas tu, kita cepat-cepat nikah..”

“Hish tak sabarnya..”

“Siapa yang sabar! Nanti Zaza kena sambar orang siapa yang rugi?” soal Jojo lagi. Kalau boleh memang hari ini juga dia kahwin dengan Zaza.

“Jojo juga..” akhirnya kedua mereka ketawa. Masing-masing berbunga perasaan di jiwa.

.......................

Dia bertemu dengan Alisha. Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan orang yang amat dirinduinya. Namun wajah Alisha tidak gembira. Walaupun Alisha tersenyum namun senyumannya itu tidak dapat mengyembunyikan kesedihannya. Entah mengapa ada benda yang tak kena. Zafran jadi tidak sedap hati. walau pun berkali-kali dia memanggil nama Alisha namun Alisha tetap membisu. Untuk menjawab pertanyaaanya apa lagi.

Zafran mahu mendekati dan menyentuh wajah itu, tetapi Alisha menggelengkan kepalanya. Makin naik hairanlah Zafran dengan sikap isterinya itu.

“Alisha!!!!!!!” Zafran menjerit memanggil nama Alisha. Dia terjaga dari tidurnya.Terkejut!! Pantas dia bangun dari baringannya dan menoleh di sekeliling bilik yang sepi itu.Nafasnya masih tercungap-cungap. Turun naik mengikut rentak jantungnya yang masih berdebar. Rupa-rupanya dia bermimpi tadi. Dia meraup rambutnya ke belakang. Entah apa petanda mimpi itu.  dia beistighfar di dalam hati berkali-kali.

Dia teringat kembali tentang mimpi itu. Zafran ternampak wajah sedih Alisha. Namun bila Alisha pergi meninggalkan dirinya dia tidak mampu menahan pemergian Alisha. Mengapa agaknya? Apakah petanda mimpi itu? Zafran bertanya sendiri.

Akhirnya dia bangun sembahyang subuh. Dia baru teringat hari ini Shahrul akan balik. Jadi seperti kebiasaannya dialah yang akan pergi menjemputnya.

......................

Pagi-pagi lagi Alisha sudah bersiap. Berkali-kali juga dia memeriksa barang-barang yang perlu di bawa. Dia tidak mahu ada yang tertinggal. Lagi pun bukannya dekat kalau benar ada barang yang tertinggal. Kemudian dia mengangkat beg pakaian turun ke bawah. Mak Som sudah bersedia dengan Akif di bawah. Menunggu kedatangannya.

“Semua dah siap?” soal Amri kepada adiknya. Sebenarnya dia rasa berat hati juga mahu melepaskan Alisha pergi. Tetapi memandangkan Alisha memang bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya akhirnya dia mengalah. Pak Mat pula meletakkan beg barang di bonet kereta. Kemudian mereka terus bertolak menuju ke airport KLIA. Mereka tidak mahu terlepas penerbangan. Dalam perjalanan, Amri tidak henti-henti memberi nasihat kepada Alisha.

Lagi pun Amri sudah memaklumkan keppada Pak Ngahnya yang menetap di sana. Jadi senanglah bagi Alisha tinggal di sana nanti. Dia sendiri akan datang melawat Alisha nanti bila ada kesempatan.

Sesampai sahaja di airport KLIA, Amri sekali lagi memberi nasihat kepada Alisha. Perhatian yang di tunjukkan oleh Amri membuatkan Alisha seperti sedih mahu berpisah dengan abangnya. Lalu dia memeluk abangnya sambil mengangis.

“Abang jaga diri baik-baik tau!” pesan Alisha.

“Jangan risaukan abang, Pak Mat ka nada temankan abang..” pujuk Amri lagi. Sebenarnya dia pun rasa berat hati mahu berpisah dengan Alisha dan juga Akif.

“Yelah tu, Pak Mat tolong jagakan Abang Amri untuk Isha ye..” ujar Alisha lagi sambil mengesat air matanya.

“Dahlah tu jangan nak sedih-sediih. Ingat Pak Ngah ada kat sana jaga Isha, Akif dan Mak Som..” pesan Amri lagi

.......................

Zafran Haicarl sedang menunggu Sharul di airport KLIA. Dia mahu sampai terlebih dahulu sebelum kapal terbang yang di naiki Shahrul mendarat. Dia duduk di kerusi yang di sediakan oleh pihak airport. Kaca mata hitamnya di pakai. Ketika dia asyik memerhati gelagat manusia sekeliling, tiba-tiba dia ternampak wajah seseorang. Tanpa sedar dia menyebut namanya. ‘Alisha’. Tapi tak mungkin dia? Apa yang dia buat kat airport ini?

Kemudian dia melihat perempuan itu bersalam dan memeluk lelaki di hadapannya. Lelaki itu pula membalas pelukannya dan memberi ciuman pada bayi dalam dukungan seorang makcik. Kalau benar itu Alisha kenapa dia sesenang itu saja memeluk lelaki di hadapannya! Dan siapa pula orang di sekelilingnya. Dia memejamkan matanya. Adakah dia sebenarnya bermimpi atau tidak. Apabila dia membuka matanya, dia melihat tiada lagi orang yang berdiri di situ.

‘Kemana mereka pergi?’ Zafran Haicarl mencari-cari. Tiba-tiba matanya melihat perempuan itu dengan seorang Makcik baru saja masuk ke dalam. Cepat saja dia bangun mahu mengejar perempuan itu. Tetapi dia terlambat apabila perempuan itu sudah pun melewati kawasan ruangan menunggu. Perempuan itu bukannya pergi seorang. Dia nampak ada seorang makcik dan budak dalam dukungannya. Arghh!! Mungkin orang lain kot. Lagi pun dia tidak berapa nampak wajah perempuan itu dengan jelas. Mungkin di sebabkan dia terlalu rindukan wajah itu. Kini dia boleh nampak wajah itu dimana-mana saja.

“Hoi.. Kau dari mana tadi? Aku panggil-panggil kau buat tak dengar je?” sergah satu suara. Zafran Haicarl menoleh. Dia melihat Shahrul sudah tercengat di depannya. Sekali lagi dia meraut wajahnya. Terpamer wajah kekecewaannya.

“Tak ada apa-apalah..” jawabnya. Malu pula kalau terkantoi dengan Shahrul.

“Macamlah aku percaya kau tak apa-apa? Yang wajah kau pucat semacam je ni kenapa?” soal Shahrul lagi. Dia pasti Zafran cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Dia bukannya kenal Zafran sehari dua. Tapi dari sekolah rendah lagi mereka sudah berkawan sehingga sekarang!

“Tadi aku macam nampak Alisha..” perlahan-lahan Zafran mengatur bicara. Dia pasti kawannya akan terkejut kalau dia berkata begitu.

“Mana dia? Aku pun nak juga kenal dengan wife kau tu!” ujar Shahrul dengan gembira.

“Masalahnya aku tak tahu itu dia atau orang lain!”

“Hah!! Apa maksud kau ni?”

“Tadi aku nampak seorang perempuan memang macam muka dia. Tapi dia dalam perjalanan nak naik flight! Dia ada bawa seorang makcik yang sedang mendukung budak...” sekali lagi Shahrul terkejut. Nampaknya Zafran memang dah terlalu rindukan isterinya. Sebab itulah dia boleh ternampak wajah Alisha pada perempuan yang tak di kenalinya.

“Hish!! Dah parah kes kau ni! Kalau ia pun janganlah nak buat suspen. Mungkin itu orang lain kot. Kalau bini kau dia nak pergi mana? Makcik tu siapa? Budak tu lagi?” soal Shahrul bertalu-talu. Zafran Haicarl mengangguk! Benar juga kata Shahrul tu. Mungkin dia bukan Alisha. Kalau benar dia Alisha, dia nak pergi mana? Makcik tu siapa? Budak yang di dukung makcik tu lagi? Bermacam-macam persoalan di mindanya kini. Arghh lupakan sajalah. Mungkin dia bukan Alishanya. Mungkin dia orang lain..

“Jom kita balik..” ajak Shahrul lagi. Dia juga kesian melihat sahabatnya yang tidak tentu arah hidupnya semenjak dia kehilangan isterinya.

…………………

Alisha duduk sambil mendukung Akif. Dalam kapal terbang itu dia masih lagi rasa berat hati meninggalkan Malaysia. Tapi demi untuk masa depannya dan juga Akif, dia menguatkan hatinya agar menjadi seorang wanita yang tabah. Lagipun dia bukannya pergi seorang. Dia juga sudah berjanji dengan abangnya yang dia akan belajar bersungguh-sungguh. Lagipun di sana nanti masih ada pak saudaranya akan menunggu mereka.

‘Selamat tinggal bumi Malaysia..’ bisik hatinya.