Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 13 January 2012

Hanya Kau Milikku 1


Suasana petang itu cukup mendamaikan hati. Mira Syafika duduk di tepi tasik sambil memandang kearah tasik yang membiru itu. Renungan itu seolah-olah dapat menembusi ke dasar tasik itu. Apa khabar agaknya Nenek Nab di kampung sekarang ya? Sihat ke tidak dia.? Mira berkata dalam hati. Sungguh dia rindukan wajah Nenek Nab itu. Maklumlah hanya dengan Nenek Nab saja tempat dia bermanja. Dia di pelihara dari kecil hingga dewasa dan sampai belajar ke universiti pun nenek itu juga yang memberikannya belanja. Nasib baiklah Pak Sunya sudah berkahwin dan sudi tinggal bersama Nenek Nab sebelum dia melanjutkan pengajiannya,senang sedikit hatinya untuk berjauhan dari Nenek Nab.

'Apa yang di buat nenek pada masa ini agaknya?’ Dah lama dia tidak pulang ke kampung. Maklumlah cuti panjang baru dia dapat balik. Hari ini dia keseorangan kerana hari cutinya tidak sama dengan hari cuti Wani. Biasanya mereka berdua selalu memohon hari cuti yang sama. Tetapi minggu ini supervisor mereka memisahkan hari cuti mereka kerana ada hal lain. Pekerjaannya yang selalu sibuk membuatkan dia jarang dapat meluangkan masa di tasik Titiwangsa ini.

Sampai sekarang dia belum mendapat kerja yang tetap. Sementara ini dia dan Wani bekerja di sebuah supermarket sebagai juruwang. Itu lebih baik dari menganggur. Dalam masa yang sama dia boleh juga mengintai-ngintai peluang pekerjaan. Susahnya nak mendapat peluang pekerjaan yang bagus sekarang. Semakin hari semakin ramai para graduan yang keluar dari universiti dengan mendapat keputusan yang bagus. Dan semakin hari tahap pengangguran semakin meningkat. Lebih baik dia tidak terlalu memilih pekerjaan.

Dengan perlahan dia mengeluarkan sebuah keyboard kecil pemberian ayahnya ketika dia berusia 12 tahun. Jika dia dalam kerinduan, kegelisahan dan sebagainya hanya alat instrument itu yang menjadi pendampingnya. Dengan perlahan dia menekan not-not yang menghasilkan bunyi yang sedap di dengar. Tidak perlu kuat bunyi itu cukup untuk menghiburkan hatinya yang sedang dalam kerinduan itu.

Empat tahun sudah berlalu. Namun peristiwa hitam itu masih segar dalam ingatan. Malah dia sering mengalami mimpi buruk itu. Kadang-kadang Mira mengingau dalam tidurnya. Arghh! Apa sudah jadi pada dirinya. Setiap kali dia bermimpi setiap kali itulah wajah lelaki itu muncul. Persetan semuanya..

Dulu dia hampir-hampir putus harapan untuk hidup. Kerana bagi dirinya maruah itu sangat suci yang perlu di pertahankan. Namun bila kesucian diri sudah di rampas oleh lelaki durjana itu dia seperti tiada semangat untuk hidup.

Bila di fikir-fikirkan balik dia seharusnya merasa bersyukur kerana dia tidak mengandung akibat perbuatan lelaki durjana itu. Ada lagi gadis yang lebih teruk nasibnya berbanding dengan dirinya.

Dari jauh kelihatan seorang pemuda sedang bersenam. Dia mendengar sayup-sayup lagu yang di mainkan itu. Ya dia juga meminati lagu yang berentak perlahan. Siapakah gerangannya yang memainkan lagu itu? Tiba-tiba hatinya terusik. Mencari-cari di mana datangnya bunyi itu. Namun hampa apabila dia tidak lagi mendengar bunyi yang mengusik jiwanya.
..............................................

Mengimbau kembali kenangan semasa mereka di universiti.

Mereka sedang bergelak ketawa di bawah pokok yang rendang itu. Empat sekawan itu sedang bercerita tentang sesuatu yang sangat lucu. Dari sudut lain ada sepasang mata sedang memerhati mereka.

Iqbal Iskandar sungguh terpegun dengan senyuman dan gelak ketawa seorang gadis di bawah pokok itu. Itu budak seniorlah bisiknya dalam hati. Tapi siapa dia ya, namanya dan ambil course apa pulak. Dia bersoal dalam hatinya.

Iqbal Iskandar memerhati gadis itu untuk sekian kalinya. Terasa jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu yang yang mencuri perhatiannya.

“Bal jomlah masuk kelas.. dah nak mula ni tau. Nanti tak pasal-pasal Prof Hamidi mengamuk pula.”

“Sekejap.. Rul kau tengok gadis senior yang duduk bawah pokok tu.. Nampak cunlah..”ujarnya.

“Mana? Ada empat orang kat situ. Yang mana kena penahan mata kau?” Soal Amirul. Dia tahu sangat dengan perangai Iqbal Iskandar. Pantang nampak gadis yang berdahi licin mesti nak takcle.

“Ala yang berbaju kurung ungu bertudung unggu tu. Cun tak?”

“Kau biar betul bal. Aku tau ini bukan taste kaukan. Budak kampung pulak tu.. Eh common la punya banyak awek yang cantik-cantik seksi mengoda nak kat kau, kau nak pilih budak kampung tu pulak.. Ish.. tak faham la aku.” Amirul pula membebel.

“Kau tak akan faham. Aku pun tak faham dengan diri aku yang sebenarnya.” Ujar Iqbal menutup malunya sendiri. Sekali lagi matanya itu melirik kearah wajah yang menarik perhatiannya tadi.

Mereka berempat sedang asyik bercerita dia bawah pokok itu sambil menunggu waktu kelas mereka bermula. Gelak tawa mereka mencuri perhatian Iqbal Iskandar. Dia tidak tahu kenapa setiap kali melihat wajah itu tersenyum dan ketawa hatinya bagai berdebar-debar. Satu perasaaan yang dia tidak pernah rasakan ketika bersama gadis lain. Namun pandangannya itu telah menarik perhatian antara empat sekawan itu. Dari tadi Wani perhatikan bahawa mata Iqbal Iskandar asyik memandang ke arah mereka.

“Aku rasakan lelaki tu lain sikitlah” ujar Wani memberi pandangan.

Tiga pasang mata memandang tepat ke wajah Wani. Menantikan penerangan dari gadis itu.

”Okeylah aku terangkan tak payahlah nak pandang muka aku sampai macam tu sekali!”

“Aku rasalah... ini yang aku rasalah. Aku rasa Iqbal Iskandar tu suka kat Mira.” Ujarnya berterus terang.

“Hah..! Kau biar betul!!”balas Shamin.

“Dari tadi lagi dia asyik pandang ke sini jer.. Mesti dia minat kat Mira.”jawab Wani tidak mahu mengalah.

“Mana tau dia minat kat Mira?” soal tiga kawan serentak.

“Yelah orang macam dia tu manalah minat kat gadis kampung macam kita ni. Apa kurangnya gadis lain yang lebih tinggi tarafnya dari kita ni.” Ujar Shamin.

“Yelah orang yang macam Iqbal Iskandar nak terpikat dengan gadis kampung, aku rasa kita ni langsung tak masuk dalam taste dialah. Perasaan kau jer tu?” jawab Aya.

“Aku dah perhatikan lama dah. Setiap kali kita ada mesti muka dia dekat sini. Entahlah mungkin perasaan aku saja kot.” balas Wani dengan pendapatnya.

“Jomlah. Masuk kelas nanti membebel pula prof handsome kita tu.”

Mereka berempat mengangkat punggung menuju ke kelasnya. Mereka tidak pedulikan karenah dua orang pemuda yang selalu memerhatikan gelagat mereka. Lamunannya terhenti.

Dalam asyik melayan perasaan, Mira syafika tersentak bila melihat jam menunjuk kan pukul 5.00 petang. Mira Syafika bergegas bangun dari tempat duduknya. Dia tidak mahu balik lambat  kerana dia juga takut melihat keadaan sekeliling yang kini agak sunyi dari kunjungan para pengunjung. Lagipun tempat itu agak merbahaya bagi gadis-gadis yang berjalan seorang diri seperti dirinya itu.

...................................

Terbuka saja pintu utama rumah, terjengul muka Mira di situ. Wani yang baru duduk di sofa it uterus menegur.

“Kau dari mana tadi?” soal Wani bila melihat Mira pun baru sampai. Ketika dia sampai tadi Mira tiada di rumah.

“Macam biasa dari tasik. Kenapa?”

“Tak adalah aku ingat kau ada kat rumah.. Tak pergi mana-mana?”

“Bosanlah duduk kat rumah sorang-sorang. Tu yang aku pergi jalan-jalan kat tasik tu. Oklah aku nak mandi dulu.. Melekit badan aku!”

“Oh ya sebelum terlupakan.. Zaidi kirim salam kat kau. Mungkin dia rindu tak tengok muka kau hari ni” Wani mengusik. Memang dia tahu Zaidi ada hati dengan Mira Syafika sahabatnya, namun Mira tidak memandang pun. Ramai juga lelaki yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan Mira Syafika namun semua di tolak baik oleh Mira.

“Pleaselah.. Orang macam dia tu banyak awek.. Buat apalah nak kirim salam dan rindu dengan Mira ni..” cebik Mira.

Wani hanya ketawa mendengar Mira membebel tentang lelaki itu. Dia hanya menyampaikan pesan..

“Terima kasihlah sebab sampaikan pesanan Zaidi tu..” jawab Mira. Wani ketawa lagi. Tidak faham dengan perangai Mira yang kekadangnya baik dan kekadangnya angin sikit.