Selepas lima tahun.
“Wah
besarnya rumah ni.. Rumah siapa ni
mama?” soal Akif sebaik saja dia menjejak kaki di ruang garaj itu.
Alisha dan Amri hanya tersenyum. Yelah ketika mereka ke London dulu, Akif masih
kecil. Dan baru balik sekarang. Mestilah dia tidak tahu apa-apa..
“Ini
rumah kita sayang..” jawab Alisha lagi.
“Babah
pun tinggal kat sini juga ke?” si mulut becok Akif bertanya lagi.
“Mestilah
inikan rumah arwah atuk dan nenek.”
“Oh
macam tu.. Lepas ni kita memang duduk sinilah mama?” soal Akif lagi.
“Yelah
sayang. Kenapa ni? Akif tak suka ke?” Alisha risau. Manalah tahu anaknya itu
tidak mahu tinggal di sini. Lagi pun mereka sudah biasa tinggal di London.
“Akif
sukalah mama. Mana tak boleh suka. Inikan rumah kita..” jawab si comel itu.
“Betul
cakap Akif. Jom kita masuk..” Amri memimpin tangan Akif masuk ke dalam rumah.
Sekali lagi wajah Akif menunjukkan dia benar-benar teruja. Besar sungguh rumah
itu.
“Babah
dah sedikan bilik untuk Akif.. Kalau Akif penat, Akif berehatlah dulu ya..” Amri
memujuk akan buah kesayangannya. Kini mereka sudah kembali. Pasti riuh rendah
bunyi di rumah ini. Barulah dia terasa suasana rumah itu hidup kembali.
...................................................
Makcik
Kalsom duduk di kerusi itu sambil memerhati Akif. Dia menunggu Alisha membeli
barang di dalam supermarket itu. Dia berasa penat untuk berdiri tadi. Lalu dia
membawa Akif duduk di situ.
“Cucu
makcik ke?” soal lelaki itu dengan ramah. Makcik Kalsom memandang ke
sebelahnya. Dia tersenyum mendengar pertanyaan lelaki itu.
“Ni
anak majikan Makcik. Dia tengah membeli barang kat dalam tu. Makcik tak larat
nak jalan bawa dia. Sebab itu makcik duduk kat sini dengan dia..” terang Makcik
Kalsom. Akif pula tersenyum pada lelaki yang menegur Nek Somnya itu.
“Siapa
nama?” lelaki itu bertanya.
“Akif..”
jawab Akif dengan pelatnya. Lelaki itu tersenyum. Comel sungguh wajah budak
lelaki itu.
“Comelnya..”
ujar lelaki itu. Makcik Kalsom hanya tersenyum. Mana ada lelaki yang yang
seumur lelaki ini suka pada budak. Jarang sekali jumpa lelaki yang sebegitu.
Bagi lelaki itu pula, dia tiba-tiba berminat mahu mendekati budak itu. Memang
benar kata makcik itu, anak itu sangat aktif. Tiba-tiba dia menerima panggilan
telefon.
“Makcik,
saya pergi dulu. Akif, uncle pergi dulu..” ujar lelaki itu. Seraya itu dia
melangkah pergi. Dari jauh Alisha melihat seorang lelaki meninggalkan kerusi
yang sama di duduki oleh Makcik Kalsom. Cepat-cepat dia mengambil plastic
barang yang di belinya tadi. Tergesa-gesa dia menuju ke arah Makcik Kalsom.
Mak
Som yang sedang duduk mendukung Akif tersenyum padanya. Alisha segera duduk di
tepi Mak Som..
“Siapa
tu tadi Mak Som?” soal Alisha sebaik saja dia melabuhkan punggungnya.
“Entahlah..
tiba-tiba pula dia menegur Makcik. Lepas tu sempat pula dia bermain-main dengan
Akif.” Alisha mengangguk. Dia sebenarnya takut. Bukan apa dunia sekarang penuh
dengan kes jenayah. Dan dia sebagai seorang wanita dan ibu harus berwaspada.
Akhirnya mereka pulang ke rumah.
..........................................
Hari
ini dia akan meraikan hari jadi seseorang. Awal-awal pagi wanita itu sudah
menelefon mengingatkan janji temunya di restoran mewah itu. Zafran Haicarl
sekadar menurut sahaja. Biar pun wanita itu tahu yang dia tidak cintainya namun
wanita itu seperti tidak putus asa untuk mendapatkan cintanya.
Dan dia menganggap wanita itu sebagai kawan
atau teman. Dia sudah sampai di restoran yang di janjikan. Sebaik saja dia mahu
membuka pintu restoran itu, kelihatan pelayan restoran itu membukanya dari
dalam dan mempersilakan dia masuk. Dia di beritahu tetamunya sudah menunggunya.
Zafran Haicarl memberikan senyuman pada pelayan yang membukakan pintu untuknya.
Seorang wanita melambai-lambai ke arahnya. Dengan pantas dia berjalan menuju ke
arah wanita itu.
“You
dah lama tunggu?” soalan pertama yang keluar dari bibir Zafran. Kelihatan si
gadis itu sangat teruja dengan kehadirannya. Senyuman tidak lekang dari
bibirnya. Wajahnya yang ceria itu menggambarkan perempuan itu sangat gembira.
“Sekejap
ke lama ke I tetap akan menunggu you. Bukan you tak tahu..” jawab perempuan
itu. Zafran Haicarl hanya mampu tersenyum. Bahasa yang macam mana lagi dia mahu
cakapkan kepada perempuan itu agar dia memahami isi hatinya. Cintanya hanya
untuk orang yang menyintainya. Baru sahaja dia mahu duduk tiba-tiba matanya
tertancap pada satu wajah yang sedang berjalan di luar sana. Dia segera bangun.
Cepat dia membuka pintu restoran kerana dia mahu mengejar gadis yang di
lihatnya tadi.
“Alisha...”
jerit Zafran. Dia memanggil nama perempuan itu. Dia rasa dia tidak salah
nampak. Matanya belum lagi rabun. Memang itu Alisha. Namun mengapa gadis itu
seperti mengelakkan dirinya. Dan dia memandu kereta BMW. Rasanya mungkin itu
bukan Alishanya. Tak mungkin Alisha mampu membeli kereta yang semahal itu. Puas
dia berfikir. Entah mengapa Alisha menghilangkan diri sehingga sekarang dia
tidak pernah berjumpa dengan gadis itu.
“You
pergi mana tadi? Sampai hati you buat I tertunggu-tunggu macam tunggul kat
sini” marah wanita itu. Sakit hatinya bila Zafran tiba-tiba meninggalkan dia
keseorangan di situ. Entah apa yang lelaki itu fikir sehingga meninggalkan dia
keseorangan di situ.
“Sorry..
I ada hal tadi. Okey I really-really
sorry!” ujar Zafran Haicarl meminta maaf. Susah betul dia mahu menjaga hati
wanita itu. Dalam kebingungan Zafran Haicarl tetap juga tersenyum pada wanita
itu.
Wanita
itu senyum. Dia tahu lelaki ini tidak pernah menghampakan dia. Entah mengapa
dia rasa sangat bahagia dengan kata-kata lelaki ini. Sebab itulah sehari dia
tak jumpa lelaki ini di akan rasa rindu.
Teman
Zafran Haicarl terus meniup lilin sempena hari jadinya. Cukuplah sebiji kek
harijadi dan makan malam yang romantik bersama lelaki bernama Zafran Haicarl.
Dia rasa sangat bahagia. Sudah lama dia kesepian semenjak suaminya meninggal
dunia. Bukan tidak ada lelaki lain yang menaruh hati padanya, tetapi dia sudah
terpikat dengan Zafran Haicarl. Dia juga status Zafran yang merupakan suami
orang. Tapi dia tidak kisah untuk bermadu asalkan Zafran melayannya dengan
baik.
“Sayang,
you ni kenapa?” ujar Fana dengan gediknya. Zafran hanya mendiamkan diri.
Fikirannya masih kepada wajah yang dilihatnya tadi.
“Please don’t call me sayang okey..
I don’t like it”ada bunyi tegas di hujung suara Zafran.
FAna tergamam!
“Tapi
kenapa? Youkan boyfriend I. Jadi wajarlah
I panggil you sayang..” ujar Fana lagi. Dia memang tidak suka bila Zafran
berkata begitu. Sedangkan dia terlalu menyintai lelaki itu.
“I
tak nak ada orang tersalah anggap pada hubungan kita berdua.. you faham tak??”
jelas Zafran lagi. Sudah berapa kali dia mengatakannya namun Fana tetap
berdegil.
“Who care?”
soal Fana geram. Dia geram dengan sikap Zafran yang tidak pernah cuba memahami
isi hatinya. Lagi pun pada hari yang special ini dia mahu memanggil Zafran
dengan panggilan ‘sayang’.
“Maybe my wife especially.
I tak nak dia salah faham pada kita..” jawab Zafran Haicarl berterus terang.
Walau pun dia sudah lama tidak berjumpa dengan Alisha namun dia tidak pernah
berputus asa untuk mencari wanita itu. Manalah tau tiba-tiba suatu hari nanti
dia akan berjumpa dengan wanita itu.
“You
masih mengharapkan dia kembali ke pangkuan you.. I tak fahamlah dengan you ni?”
ujar Fana lagi. Namun matanya tidak lari untuk memandang wajah lelaki yang
berada di depannya itu. Hatinya di pagut rasa cemburu kerana wanita yang
bernama Alisha itu tetap utuh di hati Zafran.
“Memang
orang tak akan faham. Hanya I sahaja yang faham..” balas Zafran sambil anak
matanya merenung ke luar. Berharap dia dapat berjumpa dengan wajah itu sekali
lagi.
“Sampai
bila you masih nak tunggu dia. Entah-entah dia dah kahwin dengan lelaki lain.
Dan you masih setia mahu menunggu perempuan seperti itu..” ujar Fana dengan
sakit hatinya. Sudah berapa kali dia mengajak Zafran kahwin dengannya. Namun
lelaki itu tetap bertegas tidak akan mengahwini mana-mana wanita lain pun.
Kalaulah lelaki lain jangankan di beri peluang tetapi lebih kepada mendesak
pula untuk bernikah lagi.
“Mana
boleh dia kahwin dengan lelaki lain. Sebab I tak pernah ceraikan dia. Kalau
benar dia tak sukakan I pun I mahu dengar dari mulutnya sendiri. Lepas itu baru
I boleh buat keputusan..” jawab Zafran
dengan keluhan. Entah bilalah dia akan dapat berjumpa dengan wanita yang
satu-satunya di sayanginya itu.
“Tapi
you boleh kahwin lagi. Nanti kalau you dah jumpa dia you cakap you dah kahwin
lain..” Pujuk Fana lagi. Terdengar keluhan keras dari Zafran. Sekali lagi Fana
mencebik. Apakah hebat benar wanita yang menghuni di hati lelaki itu
sehinggakan sampai hari ini, lelaki itu masih mendambakan cintanya.
“Masalahnya
I cuma nak isteri seorang saja. Apa pun yang terjadi I akan cari dia. I nak
tahu apa yang telah terjadi sebenarnya. Kalau pun dia bencikan I, I nak dengar
dari mulut dia sendiri.” Dengan tegas Zafran menyuarakan suara hatinya. Fana
mendengus marah. Lelaki ini memang menyusahkan. Tetapi kenapa dia cintakan
lelaki ini? Itu yang dia sendiri tidak faham.
“Apa
kurangnya I dari dia? Cakap!” soal Fana lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dia
lakukan supaya lelaki ini dapat menerimanya dalam hidup ini.
“You
tak kurang apa-apa. Cuma ada dia di hati. Hati I tak nak terima orang lain. I am Sorry Fana..” jawab Zafran dengan sayu. Sering kali dia
menghampakan perasaan wanita di depannya itu. Tetapi dalam masa yang sama dia
tidak dapat memaksa diri untuk menerima cinta perempuan lain.
Malam
ini, Zafran masih tidak dapat melelapkan matanya. Entah mengapa dia masih
terbayangkan wajah yang dia nampak petang tadi. Namun tiada yang mustahil kalau
itu memang wajah wanita yang amat di rinduinya.
Dia
menyesal sendiri kerana tidak sempat mengejar wanita itu. Namun dia percaya
bahawa dia tidak silap memandang wajah itu, biar pun sudah lama dia tidak
berjumpa dengannya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Hanya Shahrul tempat dia
mengadu masalahnya. Dan hanya Shahrul yang memahaminya.
....................................
Zafran
Haicarl dan Shahrul pergi ke Disko Orange itu. Dari jauh dia dapat melihat Fana
sedang menuju kearah mereka. Disko Orange yang hingar bingar itu sudah mula di penuhi oleh pengunjung. Kebanyakan
orang ramai yang hadir di situ adalah golongan yang berumur 20 hingga 40 tahun.
Ada yang bercerita, berbual dan ada yang duduk sahaja sekadar menjadi
pemerhati.
“Jom
Zaf kita menari,” ajak Fana. Kakinya sudah bergoyang mengikut rentak muzik yang
rancak itu. Agak ramai juga orang malam itu. Maklumlah malam minggu.
“Malaslah…”
jawab Zafran Haicarl lagi. Dia hanya mahu duduk sambil memerhatikan sekeliling
sahaja.
“You
ni masih jual mahallah” rengek Fana lagi. Namun dia tidak berputus asa untuk
mengajak lelaki itu menari dengannya. Dari tadi lagi dia sudah tidak dapat
mengawal rentak kakinya dan kepalanya juga ikut bergoyang mendengar rentak
muzik itu.
“Baru
kali ini I dengar lelaki jual mahal.” Gurau Shahrul. Dia tersenyum mendengar
jawapan Zafran Haicarl sebentar tadi.
“Youlah
pergi menari dengan Fana.” ujar Zafran mengenakan Shahrul balik.
“I
tak kisah kalau dia nak dengan I. Tapi dia nak dengan you..” balas Shahrul
balik sambil tersenyum. Bukan dia tak tahu sikap kawannya yang liat dengan
perempuan.
Begitulah setiap hujung minggu mereka akan
menghabiskan masa di kelab malam itu. Mereka sekadar berhibur. Menonton mereka
yang sedang menari. Fana mengambil beberapa gelas minuman keras. Malam ini dia
mahu Zafran membalas perasaannya. Dia tidak mahu seperti mengejar bayang-bayang
Zafran. Sudah lama dia terpaksa bersabar dengan perangai Zafran. Dalam keadaan
yang separuh mabuk itu, Fana mendekati Zafran. Lalu dia membisikkan sesuatu di
telinga Zafran.
“I love you Zaf!” ujar Fana tanpa rasa
segan lagi. Dia sudah melentok-lentok di bahu Zafran. Zafran tidak selesa bila
Fana berkeadaan demikian.
“You
dah mabuklah Fana. Jom I hantar you balik..” ujar Zafran lagi. Entah kenapa
malam ini Fana membuat perangai lagi. Dulu dia pernah menelan ubat tidur dengan
kuantiti yang banyak. Menyebabkan Fana terpaksa di tahan di hospital untuk
beberapa hari. Sekarang dia buat hal lagi.
“You
tau tak Zaf, I betul-betul cintakan you. Buat apa you masih ingatkan Alisha.
Entah-entah dia lari ikut lelaki lain. Manalah you tau!” ujar Fana cuba
mengapi-apikan Zafran. Dia berharap lelaki itu akan berputus asa untuk mencari
isterinya.
“You
jangan nak buruk-burukkan nama isteri I. Selagi I tak jumpa dia I tak akan
berputus asa..” jawab Zafran sambil mengawal emosinya. Namun Fana tetap terus
menerus memburuk-burukkan nama Alisha di depan Zafran. Keadaan itu menyebabkan
Zafran sakit hati. Dulu dia juga mendengar kata-kata begitu dari mulut Sofia.
Sekarang Fana pula yang bercakap begitu!
Zafran
rasa marah bila mendengar kata-kata Fana. Tak mungkin Alisha lari kerana ikut
lelaki lain. Fana memang melampau. Ini gara-gara dia menolak cinta wanita itu
lalu dia menuduh Alisha macam-macam!
Fana
mengamuk. Namun Shahrul pula cuba memujuknya. Dia tahu perasaan wanita itu
terhadap kawannya. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tahu Zafran
hanya menyintai seorang wanita sahaja. Walau beberapa kali Zafran Haicarl
memberitahu yang dia tidak cintakan Fana, namun wanita itu tetap berdegil untuk
mendapatkan cinta Zafran. Akhirnya dia sendiri jadi kecewa begini.
Zafran
Haicarl meninggalkan mereka. Dia meluru keluar menuju ke keretanya. Dia duduk
lama di dalam keretanya. Airmata lelakinya keluar. Dia tidak suka mendengar
orang memburukkan nama Alisha. Sebab itu dia begitu marah pada Fana tadi.
Hampir saja tangannya mahu melayang ke pipi gebu Fana kerana dia menghina
Alisha.
“Alisha
sayang, awak di mana sekarang? Abang sangat rindukan sayang. Tak kira apa yang
abang buat untuk melupakan sayang namun semuanya tidak berjaya...” ujar Zafran
sendirian. Dia sudah lelah untuk mencari Alisha. Namun dia tidak pernah
berhenti menyintai wanita itu.
“Kenapa
Isha tak tunggu abang pulang? Apa yang berlaku sejak abang tiada di sisi
sayang?” rintih Zafran Haicarl lagi. Jika dia tahu beginilah hubungannya di
antara dia dengan Alisha memang dia tidak akan pergi ke Jepun hari itu.
Keluhan
terdengar lagi. Hatinya kian rawan. Penat dan lelah dia menanggung rasa rindu
yang terbeban di tubuhnya. Entah bagai mana dia mahu mengharunginya lagi.
Alisha! Sebaris nama itu bisa menggetarkan jiwanya. Membuatkan dia dalam
kerinduan.