Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 2 November 2012

Kau Rantai Hatiku 19


 

JAM sudah menunjukkan pukul 6 petang. Namun tiada tanda-tanda Humaira akan balik awal hari ini. Kerja itu perlu di selesaikan segera. Cik Isabella mahu laporan itu di atas mejanya esok pagi sebelum pukul 9 pagi. Jadi dia terpaksa menyiapkan kerja itu. Kawan sepejabat yang lain sudah beransur pulang. Suasana  sudah menjadi sunyi sepi. Hanya ada beberapa orang yang tinggal. Itu pun akan pulang sebentar lagi!

Telefon bimbit itu berdering lagi. Humaira melihat nama panggilannya. Azwan! Terus saja dia mengangkatnya. Tadi dia tidak sempat mengangkatnya kerana dia masih sibuk dengan kerjanya.

“Helloo.. Asaaalamuailikum..” 

“Waalaikum sallam..”

“Ada apa Wan call Ira ni? Sorrylah tadi Ira tak sempat nak angkat.” Serba salah dirinya. Dia takut Azwan berkecil hati!! Terus saja dia meminta maaf.

“Azwan nak ajak Ira keluar malam ni boleh? Lagipun Wan baru sampai KL petang tadi..” soal Azwan. Kemaafan yang di pinta Ira tadi menyejukkan hatinya. Dia tahu mungkin gadis itu terlalu sibuk.

Sorrylah Wan, Ira sibuk ni.. Banyak kerja lagi yang perlu Ira siapkan. Lain kali aje yer!”  jawab Humaira di hujung talian. Azwan mengeluh. Semenjak akhir-akhir ini susah benar dia dapat berjumpa dengan Humaira. Dahlah dia jarang-jarang berada di Kuala Lumpur. Kesibukan kerjanya selalu membuatkan dia tidak dapat berjumpa dengan Humaira selalu.

“Ira nikan semenjak kerja kat syarikat besar tu banyak sangat alasan bila Wan ajak keluar!!” ujar Azwan tidak puas hati. Bayangkan kerinduan didada sudah tidak tertanggung lagi. Bila dia menelefon ajak gadis itu keluar nampaknya gadis itu menolak dengan alasan banyak kerja.

“Wan!! Ira kerja okey! Kalau Azwan tak suka dengan kerja Ira, itu Ira tak peduli. Ini kerja yang Ira minat!! Azwan tak boleh halang tau!!” Ira sudah naik  angin. Tidak pernah Azwan bersikap begini sebelum ini. Pening dia dengan kerja di tambahkan lagi dengan masalah yang di wujudkan oleh Azwan sekarang ini.

“Okeylah jangan marah. Wan saje je nak ajak Ira keluar. Tapi kalau tak dapat tak apalah.. Mungkin lain kali Wan ajak Ira keluar lagi! Ira jangan marahkan Wan yer? Wan minta maaf.”

“Okey. Ira juga nak minta maaf sebab tinggikan suara dengan Wan. Ira tak berniat pun. Ni kepala pening fikirkan kerja ni.. Minta maaf ye?” ucap Humaira bersungguh-sungguh. Walaupun dia bukanlah pandai sangat memujuk namun dengan cara itu pun Azwan akan berpuas hati terhadapnya.

“Okey Wan maafkan. Lain kali kalau Ira free Ira call saja Wan.. Pasti Wan akan datang jumpa Ira walaupun jauh. Wan sanggup memandu dari Johor ke Kuala Lumpur.” Azwan mengusik Humaira. Humaira hanya ketawa. Terhibur dia dengan ucapan Azwan tadi.

Ira memutuskan talian. Matanya terus tertumpu pada kertas kerjanya itu.

“Siapa call? Buah hati ke?” soal Tengku Elman Qaufar. Hatinya rasa cemburu melihat ada lelaki lain yang cuba cucuk jarum. Terkejut Humaira di buatnya. Dia menggosokkan dadanya tanda terkejut. ‘Bila masa pula Tengku tu berdiri di tepi dinding itu?’

“Tengku.. Buat apa kat sini?” soalnya dengan riak yang masih terkejut.

“Saja nak tengok staff saya buat keja ke tidak? Kenapa salah ke?” Tengku Elman memandang wajah di depannya itu.

“Eh, taklah...” jawab Humaira sedikit kekok.

“Siapa call Ira tadi? Buah hati yer?” terus saja Tengku Elman bertanya. Matanya memang tidak teralih ke mana-mana. Dia memandang tepat pada wajah Humaira.

“Kawan. Dia ajak keluar malam ni. Tapi Ira cakap tak dapat. Ira banyak kerja” balas Humaira sambil tunduk memandang kertas kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

“Kesiannya dia. Tentu dia rasa sedih, Ira tak dapat keluar dengan diakan?” soal Tengku Elman. Menyirap darah Humaira. Dia ni siapa nak sibuk-sibuk hal aku dengan Azwan. Orang tak suka, tak sukalah. Kenapa nak persoalkan aku nak keluar dengan Azwan ke tidak!

“Tengku ni kenapa? Suka hatilah saya nak keluar dengan dia ke tidak? Ni kerja yang melambak ni siapa yang nak buat? Lainlah kalau orang macam Tengku. Cuma bagi arahan orang lain buatkan.. Kalau Ira tak buat siapa nak bertanggungjawab?” tanpa sedar nada suaranya sudah meninggi. Azwan punya pasal Tengku yang kena!! Siapa suruh padan muka dia!

“Baguslah kalau Ira seorang yang tahu bertanggung jawab. Tak adalah saya susah nanti” jawab Tengku Elman dengan nada sinis kerana dia terkesan dengan kata-kata Humaira tadi. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa cemburu pada si pemanggil itu tadi.

Humaira meneruskan kerja yang tergendala tadi. Dia mahu cepat pulang. Rasa letih sangat dia hari ini. Semalam pun dia balik lambat. Jadi hari ini dia mahu pulang awal sedikit. Itu pun kalau kerjanya siap cepat.

HUMAIRA mahu bergegas pulang apabila kerjanya itu sudah di siapkan. Bila dia memandang sekeliling, nampaknya tinggal dia seorang saja yang masih berada di ruang pejabat itu. Tengku Elman Qaufar pasti sudah pulang. Sebab dia tadi sudah berperang mulut dengan lelaki itu.

Dia segera bangun mengemas mejanya dan mengambil beg tangannya. Tengkuknya berasa seram sejuk. Tinggal dia sendirian saja dalam pejabat itu.

 Kemudian dia berjalan menuju ke arah pintu utama. Dalam perjalanan itu dia terlanggar sesuatu.

‘Berdebuk!!’

“Aduh sakitnya..!!!” ujar Humaira dalam sedikit kegelapan. Dia sebenarnya jadi takut. Mana tidaknya bila dia teringat tinggal dia seorang saja dalam ruangan pejabat itu tadi. Rasa nak pengsan saja bila dia tersedar dia telah melanggar seseorang!

Sorry..” ujar satu suara. Seperti biasa di dengar suara itu di telinga Humaira.

“Tengku!!!”  jeritnya. Mana dia tidak terkejut. Baru sebentar tadi dia merasakan tinggal dia seorang saja yang berada di ruangan pejabat itu. Tiba-tiba ada lagi insan lain dalam pejabat itu.

“Ya saya..”

“Tengku buat apa kat sini? Tengku belum balik lagi?” soal Humaira lagi.

“Saya tunggu awaklah!! Saya takut kalau ada apa-apa terjadi kat awak siapa yang susah..” jawab Tengku Elman Qaufar selamba.

“Susahnya nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa..” rungut Humaira.

“Jom balik dengan saya..”

“Tak apalah saya ada kereta sendiri.. Saya balik sendiri sajalah..” Humaira menolak ajakan itu dengan baik. Tak perlu Tengku menghantarnya pulang kerana dia juga ada kenderaan sendiri. Bukannya dia naik teksi atau pun bas.

“Kalau macam tu, jom kita pergi makan. Saya laparlah..” Tengku Elman mula mengada-ngada. Lagi pun hanya mereka berdua yang berada dalam pejabat itu. Jadi inilah peluangnya dia mahu mendekati Humaira. Dia pasti gadis itu rasa takut sekarang.

“Kenapa Tengku tak pergi makan? Nanti perut tu masuk angin. Kemudian sakit siapa yang susah?” Humaira mula membebel.

Terkejut Tengku Elman mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut Humaira. Sebiji kata-kata Ariana ketika dulu. Cuma bezanya gadis sekarang memanggilnya ‘Tengku’ dan Ariana memanggilnya ‘Abang’.

“Boleh temankan saya pergi makan? Tak seronoklah nak makan sorang-sorang. Kalau Ira ada baru selera nak makan.” rayu Tengku Elman.

“Mengada betullah Tengku ni tau! Kenapa tak ajak Cik Isabella tu? Saya tak ada masa nak layan karenah Tengku ni tau!!” balas Humaira lagi. Semakin hari dia makin tidak faham dengan perangai Tengku Elman. Kalau boleh sentiasa saja mahu dia berkepit dengannya. Ada saja alasan yang di berikan kepadanya.

“Saya nak pergi makan dengan awak. Bukan dengan orang lain! Saya nak belanja sempena awak pekerja baru saya.” ujar Tengku Elman Qaufar bersungguh-sungguh.

“Tapi saya nak cepat balik ni.. Ira ada hal” jawab Humaira cepat.

“Hal apa? Ira nak jumpa lelaki itu ke?” soal Tengku Elman dengan nada cemburu. Bukan dia tak tahu Humaira mungkin ada janji temu dengan seseorang. Sebab petang tadi dia terdengar perbualan telifon Humaira dengan seseorang.

“Tak boleh ke awak terima pelawaan saya sebagai seorang kawan. Bukan sebagai majikan.. Lagipun saya tengah lapar ni.. Takut saya terkam orang pula ni” ujar Tengku Elman berseloroh..

“Tengku jangan bergurau macam ni, Ira tak suka..”

“Jadi sebelum apa-apa berlaku, lebih baik awak keluar makan dengan saya. Bukan saya suruh awak belanja makan pun!!”

“Kalau macam tu baiklah. Tapi dengan syarat..”  jawab Humaira dengan cepat.

“Apa syaratnya..?”

“Nanti saya bawa ke tempat yang murah je.. Tengku boleh ke makan makanan murah?” soal Humaira seperti orang bodoh. Dia memang tahu kalau anak orang kaya selalunya mana dapat makan kat kedai murah. Sebab itu dia bertanya dulu. Nak bawa dia ke tempat mewah takut ada orang salah faham nanti.

“Rasanya boleh kot!!” ujar Tengku Elman sambil tersenyum. Memang berbeza kalau nak di bandingkan dengan Isabella. Humaira memang jenis perempuan yang bersederhana. Tidak seperti Isabella, segala perbuatan, pemakaian, dan tingkah laku mahu yang bertatatertib dan menjaga standard konon!!

“Kalau macam tu, Tengku follow Ira dari belakang.. Kita pergi ke tempat yang murah lagi sedap makanannya.. Saya jamin seratus peratus!!”

“Okey.. Saya setuju..”

Tengku Elman Qaufar terus mengekori kereta Humaira dari belakang. Memang perutnya rasa lapar sebentar tadi. Dia tidak kisah makan di mana asalkan perutnya akan jadi kenyang. Yang penting makanannya bersih juga sedap!

“Terima kasih sebab kali ini Tengku belanja Ira makan lagi. Nantilah kalau dah gaji nanti, Ira akan belanja Tengku makan” ujar Humaira. Ddia tidak selesa kerana asyik Tengku saja yang mengeluarkan duit belanjanya makan. Sekali-sekala dia belanja apa salahnya.

“Itu Ira janji ye.. Kalau saya minta lain kali, Ira tak boleh mungkir janji tau..” gurau Tengku Elman.

Humaira hanya mengangguk.

“Okeylah Tengku, Ira nak balik dulu. Hati-hati memandu..” ujarnya lagi. Entah kenapa hari ini moodnya rasa okey saja. Kalau hari lain memang mereka berdua selalu bergaduh saja.

Tengku Elman Qaufar sekadar tersenyum mendengar pesanan Humaira. Gadis ini nampak garang. Tapi dia sebenarnya baik hati.

KEESOKAN harinya seperti yang di katakan oleh Cik Isabella semalam, Humaira meletakkan kertas kerja yang akan di bentangkan dalam mesyuarat nanti. Malam tadi dia bertungkus lumus mencari idea untuk menyiapkan kertas kerja itu. Walau pun dia rasa mengantuk namun di gagahinya juga matanya agar kertas kerja itu dia siapkan sebelum pagi ini.

Terkejut Isabella melihat kertas kerja yang di siapkan oleh Humaira. Semalam dia hanya mahu menyakitkan hati gadis itu kerana secara tidak sengaja gadis itu telah menyakiti hatinya. Namun gadis itu benar-benar berusaha membuat kerja seperti yang di suruh.

Humaira meneruskan kerjanya walau pun merasakan matanya mengantuk. Dia tidak mahu menghampakan sesiapa dalam mesyuarat itu nanti. Dia mahu buat yang terbaik dan memastikan projek itu berjalan dengan lancar.

 


 

No comments:

Post a Comment