PAGI hari Sabtu itu, Zharif
datang juga ke rumah Hana dan Safwan. Itu pun setelah beberapa kali mereka
menjemput Zharif datang. Kedatangan Zharif di sambut gembira oleh pasangan
bahagia itu.
“Seorang saja?” soal Safwan
sebaik saja kaki Zharif melangkah ke dalam rumah.
“Seoranglah. Ada nampak berdua ke
bertiga ke?” usik Zharif lagi. Safwan dan Hana tersenyum. Namun mereka kecewa
sedikit kerana Zharif tidak datang membawa budak-budak tersebut.
“La.. Kenapa tak ajak budak-budak
tu sekali? Kami pun rindukan mereka tau!!” sampuk Hana pula.
“Risau pulak kalau mereka menganggu
kamu berdua pula nanti. Itu yang tak bawa mereka keluar..”
“Apa pula? Biasalah budak-budak
mestilah macam perangai budak-budak! Macamlah dia tak pernah merasa zaman
kanak-kanak” sindir Hana lagi.
Walaupun Hana sudah sarat mengandung,
tetapi dia tetap tidak penat untuk memasak hidangan tengah hari itu.
“Bahagia betul hidup korang
berduakan?” soal Zharif. Dia melirik pandang pada Safwan. Dalam hatinya dia
cemburu melihat pasangan bahagia seperti sahabatnya ini. Namun begitu dia
berharap dia juga akan bahagia bersama pasangannya suatu hari nanti seperti
mereka.
“Eh, mestilah tambah-tambah lagi
kami akan mendapat cahaya mata tak lama lagi..” balas Safwan lagi. Dia
tersenyum bangga. Walaupun perkahwinan mereka masuk dua tahun, tetapi baru kali
ini mereka menerima khabar gembira. Dan dia tidak sabar menantikan saat-saat
manis itu.
“Aku tau tengok wajah kau pun aku
tau kau gembira sangat. Maklumlah tak lama lagi nak jadi seorang ayah..” ujar
Zharif sambil tersenyum. Dia tumpang gembira melihat pasangan itu hidup dengan
bahagia.
“Kau ni bila lagi nak kahwin?
Takkan sampai sekarang kau tak jumpa calonnya?” soal Safwan sambil menjeling ke
arah isterinya.
“Belum ada calon lagilah.. Lagipun sekarang
memang aku sibuk sikit. Kalau tak percaya tanyalah Hana..” jawab Zharif cuba
berdalih. Dia yakin sahabatnya tidak akan berhenti mengorek selagi tidak
mendapat jawapannya.
“Kau tu asyik fikir pasal kerja
sepanjang masa. Sampaikan diri sendiri pun tak terurus..” kedengaran suara
Zharif mengeluh. Tak semudah itu untuk mencari calon isteri yang sesuai. Wanita
sekarang wanita yang moden. Tidak semudah itu dia dapat mencari calon yang
sesuai untuk keadaan mereka sekeluarga.
“Habis apa yang aku patut buat?”
soalnya.
“Kahwin Zhar. Aku rasa itu yang
sepatutnya.” Kedengaran sekali lagi Zharif mengeluh perlahan. Bukannya dia
tidak mahu kahwin. Tetapi macam mana dia mahu mencari wanita yang sesuai.
Wanita yang boleh menjaga kedua budak itu. Dia tidak mahu berkahwin semata-mata
takut di gelar bujang terlajak!
“Zhar, kau patut fikirkan pasal
budak-budak tu. Mereka pun perlukan seorang wanita yang menjadi ibu mereka.
Begitu ramai yang berminat kat kau kat luar sana tu, satu pun tak dapat jadi
calon?” soal Safwan sambil tergelak. Memang dia tahu sejak mereka di universiti
lagi, ramai gadis yang berminat pada sahabatnya itu. Tetapi yalah bak kata
sahabatnya itu mereka bukan calon yang sesuai. Zharif memang memilih orangnya.
Bukannya dia tidak tahu bahawa Zharif sudah di pertanggung jawabkan untuk
menjaga dua anak saudaranya itu.
“Masalahnya siapa calonnya? Bukannya senang nak cari calonnya. Ingat macam
pilih baju kat pasar? Suka kita pakai. Tak suka kita buang. Yang aku jumpa,
rata-rata takut nak jaga budak-budak tu..” keluh Zharif lagi. Bukan sekali dua
dia membawa budak-budak keluar bersama teman wanitanya. Namun semua mereka lari
bila mengetahui yang dia sudah mempunyai ‘anak’.
“Aku faham masalah kau..” jawab
Safwan lagi. Yelah siapalah sanggup menjadi ibu terjun pada budak-budak itu.
“Abang, Zharif jemput makan
buah..” ujar Hana sambil meletakkan pinggan yang sudah berisi buah yang di
potongnya tadi. Kedua mereka tersenyum.
“Apa yang rancak sangat berbual
tu?” soal Hana ingin tahu. Dari dapur lagi dia terdengar suaminya dan Zharif
rancak berbual. Tapi dia tak perasan topic apa yang mereka bualkan.
“Abang suruh Zhar kahwin
cepat-cepat. Lepas tu dapat anak. Macam kita ni..”
“Habis tu, apa yang susah sangat.
Wanita di luar sana tu banyak pilihan.. Zhar saja yang tak tahu memilih..” usik
Hana lagi.
“Itulah yang abang cakapkan
tadi..” Zharif hanya tersengih-sengih.
“Wanita tu ramai, tapi hati ni
pula tak berkenan nak buat macam mana? Lagipun tak ada ciri-ciri wanita
idaman..” jawab Zharif selamba!
“La.. si Amylia tu nak letak kat
mana?” soal Hana mengusik. Bukannya dia tidak tahu Zharif memang tidak sukakan
perempuan itu. Tetapi sengaja dia mengusiknya.
“Entahlah.. jadi hiasan saja
kot!” terburai kedua-dua mereka ketawa. Lucu mendengar jawapan si Zharif.
“Hish tak baik cakap macam tu..”
ujar Hana lagi. Cuma dia hairan. Dari mana Zharif kenal dengan Amylia itu? Dan
dalam ramai-ramai teman wanita Zharif, hanya Amylia seorang saja yang masih
boleh bertahan dengan perangai Zharif.
“Ni Hana nak tanya ni. Boleh ke?”
soal Hana tiba-tiba. Rasanya inilah masa yang sesuai untuk bertanya tentang
Amylia.
“Tanyalah.. ini bukan pejabat.
Hana boleh tanya soalan peribadi.” Hana dan Safwan tersenyum. Inilah masanya
mereka mahu mengorek rahsia hidup kawannya yang seorang itu!
“Kat mana Zhar jumpa si Amylia
tu?” Zharif tersenyum. Rupa-rupanya selama ini mereka masih tertanya-tanya
dekat mana dia boleh berkenalan dengan Amylia.
“Masa wasiat arwah abang Zul dan
Kak Arfa di bacakan..” kedua suami isteri semakin hairan. Ada sesuatu yang
Zharif tidak pernah beritahu mereka.
“Apa kena mengena arwah Kak Arfa
dengan Amylia?” soal Safwan pula. Dia rasa berminat mahu tahu perkara itu.
Inilah peluangnya dia bertanya.
“Sebenarnya, Amylia dan Suffian
adik beradik tiri Kak Arfa. Arwah ayah Kak Arfa telah berkahwin dengan ibu
mereka selepas ibu Kak Arfa meninggal. Jadi semasa wasiat di baca, mereka
keluarga tiri kak Arfa terkejut apabila arwah Datuk Mahdi menyerahkan semua
asetnya kepada arwah kak Arfa dan arwah abang Zul. Dan selepas kematian kak
Arfa dan abang Zul pula, mereka sekali lagi terkejut, mereka mewasiatkan semua
aset dan anak mereka di bawah nama aku!”
“Oh.. macam tu rupanya. Patutlah
si Amylia tidak berputus asa nak dekat dengan Zhar!” jawab Hana lagi. Dari
cerita yang di dengarnya dari Zharif tadi, dia tidak hairanlah kalau perempuan
itu masih berusaha mendekati Zharif.
“Habis tu, parent Zhar tahu tak yang Nini dan Adam tu cucu mereka?” soal
Safwan lagi. Itu pun salah satu tanda tanya buat mereka. Zharif menggeleng.
“Ayah tahu tapi dia tetap tidak
mahu menerima mereka sebagai cucu. Dan ibu pula langsung tak tahu. Cuma Zack
saja yang tahu dan sudi menerima mereka sebagai anak abang Zul” ujar Zharif
dengan kesal. Kesal dengan sikap ayahnya yang tidak mahu menerima budak-budak
itu sebagai cucu mereka!
“Kenapa pula?” soal Hana bingung.
“Sebab mereka kahwin tanpa restu mereka.
Sehingga sekarang ayah tetap tidak dapat menerima kenyataan yang arwah abang
Zul dah berkahwin dengan kak Arfa.”
“Kesiannya Nani dan Adam.
Kecil-kecil lagi mereka sudah menjadi yatim piatu. Memang patut pun Zhar
langsung tak terfikir nak kahwin..” giat Hana lagi. Baru hari ini dia faham
kenapa selama ini Zharif begitu susah nak dekat dengan mana-mana wanita di luar
sana.
“Sebab itulah aku mengambil
keputusan keluar dari rumah dan tinggal bersama Adam dan Nini di rumah ibu bapa
mereka. Rumah tu arwah Kak Arfa dan abang Zul yang punya. Aku cuma di amanah
menjaga mereka dan asset mereka sahaja.” Terang Zharif panjang lebar. Hari ini
biarlah dia menceritakan perkara yang menjadi rahsia hidupnya selama ini.
Dari universiti lagi mereka bertiga bersama.
Baru pada hari ini dia mengetahui kisah hidup Zharif yang sebenarnya.
Rupa-rupanya hidup Zharif penuh dengan rahsia!
Setelah hari mula petang, Zharif
pun pulang ke rumah. Risau juga dia keluar lama-lama tinggalkan budak-budak
itu.
Pagi Ahad,
Ashraf sudah setia menunggu Zarra di luar rumah. Nampaknya dia tidak mahu
terlambat untuk menjemput Zarra ke butik. Apatah lagi di pagi Ahad merupakan
hari yang sibuk buat penghuni kota keluar berjalan-jalan selepas penat bekerja.
Orang
yang di tunggu belum muncul lagi. Ashraf masih berdiri di luar pagar itu.
Tiba-tiba dia di kejutkan oleh seorang suara perempuan. Cepat sahaja Ashraf
menoleh. Mona rupa-rupanya. Dia ingatkan Zarra!
“Hi
Ash!!” sapa Mona. Dia kelihatan cantik dengan pakaian yang agak seksi.
Pagi-pagi lagi dia bersiap-siap mahu keluar. Biasanya memang liat dia mahu
bangun pagi. Tapi hari ini dia ada hal.
“Hai”
balas Ashraf selamba. Dia masih juga menjenguk-jenguk ke dalam rumah. Manalah
tahu kalau Zarra sudah keluar dari biliknya. Namun orang yang di cari masih
belum muncul.
“Zarra
mana?” soalnya tidak sabar.
“Kenapa
nak tanya kak Zarra? Mona ada di depan Ash sekarang!” jawab Mona kasar. Ashraf
hanya tersenyum. Sungguh perempuan ini sangat perasan. ‘Kak Zarra kau tu tunang
Ash. Kau tu tak ada kena mengena dengan aku!’ bisiknya dalam hati.
Tidak
lama kemudian, Zarra keluar dari rumah. Dia melihat Mona juga ada bersama
Ashraf. Hairan juga dia. ‘Apa yang Mona sedang buat dengan Ash? Pakaian Mona
sangat cantik. Entah-entah dia nak ikut keluar dengan kami tak?’ Soal Zarra
dalam hati. Namun dia cepat membalas senyuman dari Ashraf.
“Mona nak
ikut kita orang ke?” soal Zarra sambil menghampiri Mona dengan Ashraf.
“Kalau
Mona nak ikut, abang Ash bagi ke?” sindir Mona lagi. Dia perasan wajah Ashraf
yang berubah bila Kak Zarra bertanya kepadanya tadi.
“Mona
tunggu kawan Monalah kak! Kalau Mona ikut nanti takut tak jadi pula korang nak
keluar!!” sambungnya lagi. Namun matanya masih melirik pandang pada lelaki di
sebelah itu. handsome sungguh! Untung kak Zarra dapat lelaki macam Ashraf.
Kemudian
kelihatan sebuah kereta hitam sedang berhenti. Dia menekan hon tanda dia sudah
samapai. Mona terus berlalu meninggalkan kedua insan itu.
“Okeylah
kak, Mona pergi dulu!!” ujar Mona sambil mencuit dagu Zarra. Ashraf yang
menahan perasaan ketika itu hanya sempat mengucap! Geram juga dia dengan sikap
Mona! Kalau hari-hari Mona buat perangai boleh sakit jantung dia di buatnya.
Akhirnya
dia membuka pintu depan dan menjemput Zarra masuk ke dalam kereta. Mereka terus
menuju ke butik.
DI butik
itu, Zarra pula rasa rimas. Entah pakaian yang macam mana pula jadi pilihan
Ashraf. Untuk ke berapa kali dia bertukar pakaian. Dia pula rasa pening.
Rupa-rupanya tunangnya itu memang pemilih juga orangnya.
“Hai Ash!
You buat apa kat sini?” tegur seorang gadis yang langsung tidak Zarra kenali.
Dia pula berpura-pura seperti bekerja di butik itu. membelek-belek pakaian
pengantin yang sedia ada di situ. Ashraf terus saja meletakkan majalah yang di
bacanya. Dia sedikit terkejut melihat si gadis yang berada di depannya itu.
Sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan gadis itu semenjak dia memberikan
jawapan bahawa dia hanya menganggap gadis itu teman biasa sahaja.
“I tunggu
tunang I. Kami cuba pakaian pengantin.. You buat apa kat sini?” soal Ashraf
lagi. Si gadis yang bernama Abby itu pula menjawab.
“I saja
je masuk sini sebab dari luar tadi I nampak you kat sini.. Tak sangka you dah
nak kahwin ya.. Untung tunang you tu..” ujar si gadis itu.matanya masih meliar
mencari manalah tahu kot-kot tunang lelaki itu ada di sekeliling.
“Oh..”
jawab Ashraf pendek. Risau pula kalau Zarra ternampak dia sedang bercakap
dengan perempuan lain. Bukannya dia boleh duga hati tunangnya itu! Sekarang pun
dia dalam proses memikat hati tunangnya.
“Mana
tunang you? Dari tadi lagi I tak nampak..” soal gadis itu lagi. Teringin benar
dia mahu melihat gadis yang berjaya menawan hati lelaki yang sekacak Ashraf
itu. Dia sendiri juga pernah mencuba dekatkan dirinya dengan lelaki itu. Tetapi
lelaki itu menolak kasihnya. Beruntung benar perempuan yang bakal menjadi
isteri lelaki itu! Sebab itulah perasaannya kuat untuk melihat perempuan yang
bagaimana menjadi pilihan hati lelaki yang bernama Ashraf itu!
“Dia
masih kat dalam. Mungkin tengah cuba pakaian lain..” jawab Ashraf lagi.
“Tak
apalah kalau dia belum keluar lagi. I singgah pun just nak sapa you je. Sorrylah kalau I ganggu you. Mungkin I tak
jumpa tunang you sekarang. Tapi I akan tunggu kad jemputan you!” ujar Abby
lagi. Dalam erti kata lain dia sebenarnya hampa. Tadi dia benar-benar tidak
sabar mahu melihat tunang lelaki itu.
“Okey.. Thank you atas perhatian you..” balas
Ashraf lagi. Namun matanya juga melihat ke arah bilik persalinan itu manalah
tahu kot-kot Zarra ada di sana.
Selepas
gadis itu berlalu pergi barulah Zarra keluar dari tempat persembunyiannya.
Dalam dia asyik bersembunyi tadi, sempat juga dia berfikir, berapa ramai teman
wanita tunangnya itu? ‘Apakah dia tu glamour
sangat ke sampai bermacam-macam jenis perempuan yang mendekati tunangnya
itu! Jangan-jangan tunangnya itu memang buaya darat atau buaya tembaga! Hish!!
Takutnya. Malang betul nasib aku jumpa lelaki yang macam ni perangainya!’
gumamnya dalam hati. diia berjalan perlahan menuju ke arah Ashraf. Dia tidak
mahu lelaki itu menunggunya lama. Maklumlah bukan itu saja yang mereka akan
lakukan hari ini.
“Zarra
okey ke?” soal Ashraf bila melihat perubahan pada wajah Zarra.
“I am okey. Don’t worry..”
“Manalah
I tak risau, you tu tunang I.. I tak nak ada apa-apa berlaku sebelum hari
pernikahan kita. I betul-betul sayangkan you!” luah Ashraf lagi. Entah kenapa
dia berasa tidak sabar untuk menantikan hari bahagia mereka. Kalau boleh hari
ini juga dia mahu akad nikah mereka.
‘Sayang?
Jangan buat tekak aku rasa loya boleh tak?
Mungkin itu ayat yang dia gunakan dengan gadis di luar sana! Tapi bagi
aku tak cairlah hati aku nak mendengarnya. Gerun tu adalah!’ gerutu hati Zarra.
Lalu dia minta izin mahu ke ‘ladies’ sekejap.
Sementara itu, giliran Ashraf pula yang akan memilih pakaian bagi dirinya pula.
Zarra
tergesa-gesa keluar dari tandas itu. Dia risau pula kalau Ashraf lama
menunggunya. Tiba-tiba dia terlanggar seorang budak lelaki. Lalu budak itu
terjatuh. Zarra menolong budak yang terjatuh itu. Dia sebenarnya tidak sengaja
berjalan dengan cepat sehinggakan dan berlanggar dengan budak itu.
“Akak
minta maaf ya.. akak tak sengaja..” ujar Zarra sambil membantu budak lelaki itu
berdiri.
“Adik tak
apa-apa ke?” soal Zarra lagi.
Budak
kecil itu menggeleng. Mungkin juga dia tidak mahu kakak itu risaukan dirinya.
Salah dirinya juga tadi berjalan tidak memandang ke depan. Akibatnya dia
melanggar seorang kakak yang besar dari tubuhnya. Nasib baiklah kakak itu
seorang yang baik.
“Terima
kasih kakak.. Nasib baik ada kakak!” ujar Nani sambil tersenyum. Kalau tidak
ada kakak itu, pasti adiknya sudah cedera. Dan papanya juga akan memarahinya
kerana tidak menjaga Adam dengan baik.
“Adik
tunggu siapa sebenarnya?” soal Zarra lagi.
“Tunggu
papa. Tadi cakap sekejap je.. Tapi sekarang tak muncul-muncul lagi!” bebel
Nani. Zarra hanya tersenyum. Comel betul kedua budak tu. Beruntunglah orang
yang punya anak seperti mereka.
“Ibu
mana?” soal Zarra lagi. Hairan pula. Kenapalah ‘papa’ mereka berani tinggalkan
budak-budak itu tanpa pengawasan ibunya.
“Ibu kami
dah meninggal..” jawab Nani dengan wajah yang sedikit keruh. Zarra terkejut!
Pasti dia sudah membuatkan hati budak-budak itu sedih.
“Akak
minta maaf. Akak tak tahu ibu adik dah meninggal. Akak minta maaf ye!!” Zarra
di terpa rasa bersalah. Dalam diam dia sudah membuatkan budak-budak itu rasa
sedih.
“Kalau
macam tu akak pergi dululah ya. Kawan akak dah lama tunggu” ujar Zarra lagi.
Dia tidak dapat menunggu bersama-sama budak itu.
“Kak
siapa nama eh?” soal Nani dengan berani.
“Oh..
panggil Kak Zarra je..” jawab perempuan itu sambil tersenyum.
“Saya
Nani dan ini Adam adik saya..” ujar Nani memperkenalkan diri. Entah menagapa
dengan kakak yang seorang itu, dia berani memberitahu nama walaupun beberapa
kali papa mereka selalu menasihatkannya.
“Akak
pergi dulu ye.. Tapi adik kena berhati-hati.. Sekarang ramai orang jahat tau!”
nasihat Zarra.
“Baik
kak.. Kami kena tunggu papa kat sini juga..”
Zarra
terus meninggalkan kedua budak itu. Zharif yang terlihat dari jauh terus
berlari-lari menuju ke arah anak-anaknya. Dia risau jika sesuatu terjadi. Rasa
menyesal pula sebab tinggalkan budak itu lama-lama.
“Papa!”
panggil Adam.
“Sorry papa lambat. Orang ramai sangat sorry ye..” ujar Zharif lagi.
“Tak pe
papa.. Lagi pun tadi ada kakak cantik tunggu dengan kita orang..” beritahu Nani
lagi. Wajahnya kelihatan gembira sekali. Zharif gelisah!
“Kakak
cantik?” kedua anak itu mengangguk!
“Iya
kakak cantik..” sampuk Adam pula. Zharif kebingungan. Entah apalah yang
budak-budak ni cakap. Dia juga keliru!!argh!! Lupakanlah! Lagi pun di tempat
yang begini, pasti budak-budak itu akan bertemu dengan pelbagai sepsis manusia.
“Mana
dia?” soalnya lagi.
“Dah
pergi.. Dia cakap ada hal..” beritahu Nani lagi.
“Oh..
okey! Jom kita balik..” kedua anak-anak itu memengang tangan Zharif. Sesiapa
yang melihat Zharif sekarang pasti mereka tidak menyangka yang dia sudah
mempunyai dua orang anak!