Hari
ini Alisha di benarkan bercuti. Sudah seminggu dia bekerja di kedai cenderamata
Kak Tipah. Dia rasa sangat gembira bekerja di situ. Pelbagai pengalaman baru
yang di pelajarinya. Rupa-rupanya bukan mudah mahu berdepan dengan karenah
pembeli yang agak cerewet. Namun dia bersyukur kerana selama dia melanggani
pelanggan, dia tidak di marahi oleh pelanggan.
Dia
hanya duduk di rumah sahaja. Malas dia mahu keluar dari rumah kerana dia rasa
penat setiap hari bekerja. Jadi masa cuti ini dia luangkan masanya duduk di
rumah. Kalau petang nanti tak ada hujan dia mahu ke tepi pantai untuk mengutip
kulit siputnya yang sudah habis dia gunakan.
Waktu
paginya dia menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Kemudian dia menyiram
bunga. Selepas menyiram bunga dia dia mandi dan mencuci pakaian.
Nasib
baiklah hari itu sangat panas. Dia dan ibunya pula sibuk menyediakan hidangan
makan tengah hari. Kerana ayahnya akan pulang untuk makan tengah hari bersama
mereka.
Selepas
makan tengah hari, Alisha duduk di ruang tamu. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki
misteri itu. Sudah lama dia tidak nampak batang hidung lelaki itu. Betul juga
kata Shikin entah kemana dia pergi? Arghh!! Buat apa dia tiba-tiba teringat
dengan lelaki itu. Dia bukannya siapa-siapa pun buat lelaki itu. Entah-entah di
luar sana perempuan keliling pinggang. Lagipun rupanya boleh tahan. Cuma dia
tidak tahu apa pekerjaan lelaki itu. Namun dari segi pengamatannya, lelaki itu
bukan orang sebarangan.
Sekali
lagi dia mengeluh.. Hishh!! Kenapalah dia asyik teringatkan lelaki itu. Tanpa
sedar rupa-rupanya gelagatnya itu di perhatikan oleh ibunya.
“Kenapa
Isha banyak mengeluh ni? Tak baik anak dara mengeluh tau!”
“Eh
ibu.. Tak ada apalah ibu.. Isha teringatkan kerja dengan kak Tipah.. Kalau
waktu beginilah waktu paling sibuk..”
“Oh..
iya ker??” soal Mak Limah.
Alisha
mengangguk.
“Ibu
petang nanti, kalau tak hujan, Isha nak pergi ke tepi pantai. Nak cari kulit
siput. Yang Isha kutip hari tu pun dah habis..”
“Alah..
macam tak biasa..” usik Mak Limah. Kedua mereka ketawa.
....................................
Apabila
kerjanya sudah selesai barulah Zafran pulang semula ke rumah agam. Dia rasa
tidak sabar untuk bertemu dengan Alisha. Dengan cadangan Shahrul tempoh hari,
dia nekad untuk menyunting Alisha sebagai isterinya. Lagi pun dia tidak mahu
kenangan lama bersama perempuan bernama Sofia menghantui hidupnya. Benar kata
Shahrul. Sepatutnya dia harus memulakan hidup baru bersama perempuan lain.
Dia
tahu pasti ada pihak yang tidak suka dengan rancangannya itu terutamanya Sofia.
Namun dia berhak menentukan hidupnya sendiri! Selagi dia tidak berkahwin,
selagi itulah Sofia asyik menganggu hidupnya. Dan akhirnya dia juga yang rasa
tertekan.
Sudah
beberapa minggu Alisha tidak nampak wajah lelaki itu. Tiba-tiba petang itu dia
menerima kunjungan dari lelaki itu.
“Assallamuailikum...”
ujar Zafran sebaik sahaja dia berdiri di depan Alisha.
Alisha
terus menjawab salam itu.
“Abang
nak jumpa Isha kat tepi pantai boleh?” ujar Zafran serius sambil memandang
wajah gadis itu. Nampak sangat wajah gadis itu terperanjat! Namun dia ada hal
yang ingin di beritahu kepada gadis itu. Dia mahu berterus terang dengan Alisha
pasal perasaannya.
“Bila?”
soal Isha.
“Sekarang”
“Sekarang?”
Zafran mengangguk. Sekali lagi Alisha terkejut mendengarnya. Ada hal penting ke
yang ingin di beritahu oleh lelaki ini sampaikan dia seperti tergesa-gesa mahu
berjumpa dengan dirinya.
“Tapi
Isha kena tanya ibu dulu..” akhirnya dia bersuara juga.
“Baiklah,
abang tunggu…”
“Ibu..”
“Ada
apa?” soal Mak Limah.
“Isha
nak keluar jumpa Encik Zafran!”
“Baiklah
tapi jangan pulang lewat tau!” pesan Mak Limah seperti selalu. Dia turut
mengikut Alisha pergi ruang depan.
“Baiklah
bu..” Alisha bersalam dengan ibunya.
Zafran
Haicarl tetap setia menunggu Alisha di depan keretanya. Akhirnya dia tersenyum
apabila melihat kemunculan Alisha di muka pintu bersama dengan ibunya.
………………………………….
Di
tepi pantai itu, Zafran sudah menyusun ayat-ayat untuk di luahkan kepada
Alisha. Betapa susahnya dia dari malam tadi belajar mengatur dan menyusun ayat
yang terbaik untuk dia luahkan pada Alisha nanti.
“Lama
Encik Zafran menghilangkan diri. Encik Zafran pergi kemana?” soal Alisha tanpa
ragu-ragu.
“Kenapa?
Isha rindukan abang ye?” usik Zafran. Merah muka Alisha di usik begitu.
“Tak
adalah. Lama Encik Zafran menghilang. Tapi sekarang tiba-tiba muncul pula!
Macam biskut chipmore. Sekejap ada,
sekeja tak ada..” luah Alisha tanpa memandang wajah Zafran. Dia malu sendiri
apabila lelaki itu mengusiknya tadi.
“Abang
ada urusan di KL. Sebab itulah abang menghilangkan diri..”
Alisha
tersenyum.
“Terima
kasih..” ucap Zafran.
“Kenapa
pulak?” soal Alisha kehairanan.
“Sebab
Isha teringatkan abang.. and please..
jangan panggil saya Encik Zafran.. Panggil saja nama Zaf atau abang Zaf ke?
Romantic sikit. Ni tidak pangggil Encik. Macam ada jurang saja di antara
kita..” ujar Zafran dengan nada seakan-akan merajuk!
Alisha
ketawa. Dia benar-benar gelihati mendengar kata-kata Zafran. Zafran hanya
memerhati. Dalam bahasa lainnya dia terpegun melihat wajah Alisha yang ketawa
itu. Baru dia nampak, yang Alisha mempunyai lesung pipit dan sepasang mata yang
cantik. Yang menjadi tanda tanya, wajah Alisha ikut siapa? Pada hal keluarganya
langsung tiada iras dia.
“Kenapa
tenung Isha macam tu?” soal Alisha apabila menyedari dari tadi lagi Zafran memerhatinya.
“Ab..ab..abang..”
“Ada
apa abang nak jumpa Isha kat sini?” soal Alisha matanya memandang ke arah laut
di hadapan mereka. Zafran menarik nafas. Dalam hati dia memang sudah gelabah.
Entah kenapa suaranya seperti tidak mahu keluar. Susah sangat ke dia nak
luahkan hasratnya. MEndengar suara Isha sahaja boleh membuatkan dia lupa pada
tujuan asalnya.
“Mmmmm...”
Zafran berdehem. Kononnya mahu menarik perhatian Alisha padanya.
“Begini… Isha terima tak kalau abang menghantar
rombongan meminang?” akhir keluar juga ayat keramat itu.
“Rombongan meminang? Ab..abang biar betul??” soal Isha
separuh menjerit. Dia segera memandang wajah lelaki di sebelahnya. Dia
sebenarnya terkejut!!
“Betul.. abang tak bergurau.. Saya serius ni..” jawab
Zafran dengan tenang.
“Abang rasa tak cepat sangat ke? Lagi pun kita kenal
tak lama pun.. Isha ta…”
“Apa pula cepatnya. Lagi cepat lagi bagus! Saya rasa
dah sampai masanya kita menoktahkan hubungan kita ke sebuah perkahwinan.
Jadikannya hubungan yang halal.. Dah sampai serunya kita kahwin. Lagi pun
bercinta lepas kahwin lagi indah!” jawab
Zafran dengan cepat. Bunyi seolah-olah dia memaksa gadis itu untuk berkahwin
dengannya!
“Abang betul-betul yakin ke dengan diri abang tu. Isha
tak nak nanti abang menyesal kahwin dengan Isha. Lagi pun Isha masih muda. Isha
takut Isha tak dapat menjadi seorang isteri yang baik..” Alisha cuba memberi
alasan.
“Abang memang serius dengan hubungan kita.. Sebab
itulah abang tanya Isha dulu. Kalau Isha setuju abang akan hantar rombongan
meminang..” ujar Zafran lagi.
“Isha tak boleh buat keputusan sekarang, Isha kena
tanya kat ayah dan ibu. Saya hanya akan ikut cakap ibu dan ayah saya..”
“Kalau begitu, abang akan bertanya dengan ibu dan ayah
Ishalah ya..” soal Zafran untuk memastikan kebenaran kata-kata Alisha tadi.
Alisha mengangguk. Dia juga hairan dengan sikapnya.
Sepertinya dia mendengar dan menurut sahaja kata-kata lelaki itu.
Petang itu, Zafran menghantar Aslisha pulang ke rumah.
Namun dalam masa yang sama dia terus sahaja berjumpa dengan Pak Hamid dan Mak
Limah kerana mahu dengan segera menyatakan hasrat. Dia sedar mungkin tempoh
perkenalan dia dengan Alisha sangat singkat. Namun dia seperti yakin bahawa
jodohnya dengan gadis itu.
Pak Hamid hanya membuat keputusan selepas selesai
berbincang dengan Alisha. Ini pasal masa depan dan rumah tangga. Dia tidak mahu
Alisha hidup susah selepas kahwin. Zafran hanya bersetuju dengan kata putus Pak
Hamid. Dia tersenyum lega. Akirnya dia sudah membuat keputusan bagi pihak
dirinya. Dan dia hanya menunggu keputusan dari pihak perempuan pula.
Zafran pulang ke rumah agamnya. Dia tidak sabar
memberitahu kepada Mak Jah tentang apa yang berlaku pada dirinya hari ini. Lagi
pun dia percaya tentu Mak Jah akan gembira bila mendengar khabar itu.
Dan seperti
yang sudah di jangka, Mak Jah memang gembira mendengar khabar baik itu. Dia
juga tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana hati Zafran terbuka untuk
menerima kehadiran seorang gadis semula. Kebetulan Sofia sudah mendengar
perbualan Mak Jah dengan Zafran.
Sofia jadi tidak senang hati. Betul ke Zafran nak
kahwin dengan perempuan kampung. Lagipun gadis itu mungkin masih muda. Itulah
gadis kampung. Pantang ada lelaki yang mahu berkahwin dengannya pasti tidak
akan di tolak. Dia resah sendirian. Begitu mudahnya Zafran melupakan cintanya.
Huh!! Dasar lelaki memang macam tu! Mulut saja dia kata setia dan cinta.. namun
di belakang tiada siapa yang tahu..
……………………………
Zafran
Haicarl duduk di tepi kolam renang yang terdapat di rumah agam itu. Fikirannya
bercelaru. Betulkah tindakannya itu? Patutkah dia menjadikan Alisha sebagai
isterinya? Memang pada mulanya dia hanya mahu menunjukkan pada Sofia yang dia
juga mampu membina bahagia dengan gadis lain tapi entah kenapa hatinya mula
tertarik dengan perwatakan gadis itu. Pada hal mereka baru saja kenal.
“I
dengar you nak kahwin dengan perempuan kampung sebelah tu? You serius ke?”
Zafran
Haicarl menoleh. Mati segala apa yang sedang bermain di fikirannya bila
mendengar soalan itu keluar dari mulut Sofia.
“Apa
kena mengena dengan you? Suka hati Ilah nak kahwin dengan siapa pun!” jawab
Zafran sedikit keras. Pantang benar baginya kalau ada orang yang menganggu
ketika dia sedang mengelamun.
“Tapi
dia cuma perempuan kampung! Takkan you dah kemaruk nak kahwin dengan perempuan
kampung? Apa dah tak ada perempuan lain lagi ke selain perempuan tu? Apa kelas?”
Sofia tidak dapat menahan perasaannya.
“You
tak ada hak nak cakap pasal orang lain.” Zafran Haicarl mendengus geram.
Perempuan ni kalau tidak menyakitkan hatinya dalam sehari memang tak sah.
“Apa
yang dia tahu pasal kehidupan orang macam kita ni! I tak boleh terima you nak
kahwin dengan perempuan yang kolot macam tu!” ujar Sofia lagi. Mana boleh ada
perempuan lain yang mahu merampas Zafran darinya. Cinta Zafran Haicarl hanya
untuk dia bukannya untuk perempuan lain!!
“I
tak kisah kalau pun dia perempuan kampung. Yang I tahu dia ikhlas dengan I. Dan
dia bukan hanya sekadar perempuan kampung tetapi future wife I. I tak suka you gelar dia perempuan kampung!” Sofia
mencebik. Dia tidak suka mendengar perkataan yang di sebut oleh Zafran tadi ‘Future wife’ konon!!
“I
tau you lakukannya sebab nak balas dendam pada I kan? Tapi I masih sayangkan
you. I hanya cintakan you..” rengek Sofia lagi. Tangannya mengelus-ngelus pipi
Zafran. Sudah lama dia tidak menyentuh wajah lelaki yang selalu di rinduinya
itu.
“You
dah gila ke? You tu isteri papa I. Bukannya isteri I. Jadi tolong hormat I
sebagai anak tiri you!!” suara kasar mula kedengaran di telinga Sofia. Tangan
Sofia yang mengelus pipinya sebentar tadi di tolak kasar oleh Zafran.
“Sampai
hati you buat I macam ni..” sayu sekali suara Sofia. Dia tidak menyangka begitu
dalam sekali kebencian yang di tanam oleh lelaki itu dalam hatinya. Zafran
Haicarl terus bangun bila ketenteramannya sebentar tadi sudah di ganggu gugat
oleh Sofia. Makin lama dia berdepan dengan Sofia, makin memuncak amarahnya pada
perempuan itu.
“You
yang sampai hati. You yang lukakan hati I.. You yang tinggalkan I dulu
semata-mata nak kahwin dengan papa I.. Sebab apa? Sebab hartakan? Sekarang you
tuduh I pula? Perempuan jenis apa you ni? Ingat sampai mati pun aku tak akan
terima balik cinta dan kasih sayang you!!” bentak Zafran dengan perasaan
marahnya.
Sofia
hanya kaku di tempatnya. Gerun dia melihat kemarahan di wajah Zafran.
................................
Pak
Hamid duduk di ruang tamu selepas makan malam. Seperti kebiasaannya dia akan
menonton berita yang bermula jam 8 malam. Ketika itu kelihatan Mak Limah sedang
membawakan kopi untuknya. Mak Limah menjemput Pak Hamid minum. Dia pula sedang
duduk di sisi suaminya.
“Sekarang
sampai masanya kita bercakap tentang keluarga kandung Isha..” ujar Pak Hamid
petang itu kepada isterinya. Mak Limah memandang wajah suaminya. Kalau tidak
kerana hal petang tadi, mungkin dia dan isterinya belum lagi bersedia
memberitahu hal yang sebenarnya pada Alisha.
“Kita
nak cakap macam mana bang? Limah takut dia bencikan kita nanti..” ujar Mak
Limah dengan nada risau. Yelah mana tak risau kalau-kalau berlaku hal di luar
dugaan.
“Limah
cakaplah elok-elok dengan Isha. Abang percaya Isha akan lebih memahami. Kita ni
bukan keluarga kandung dia. Lagipun sampai bila kita nak simpan rahsia ini.
Lagipun tak lama lagi dia akan kahwin juga..” ujar Pak Hamid lagi.
“Limah
tak sampai hati nak cakap macam tu dengan dia bang. Limah tak sanggup
kehilangan dia..” Pak Hamid mengeluh.
Lambat
laun pun pasti mereka akan bercakap tentang hal itu kepada Alisha. Apatah lagi
tak lama lagi Alisha akan berkahwin. Kalau tidak di beritahu sekarang bila
lagi? Yang dia risaukan kalau-kalau Zafran punya saudara kandung yang lain. Dia
akan bertanya hal itu.
Selepas
makan malam seperti selalu Alisha, Pak Hamid dan Mak Limah akan duduk di ruang
tamu. Namun malam itu seperti yang di bincangkan oleh Mak Limah dan Pak Hamid
petang tadi membuatkan Mak Limah duduk di sisi Alisha.
“Isha,
ibu dan ayah nak cakap sesuatu dengan Isha..” ujar Mak Limah seraya duduk di
sisi Alisha.
“Ibu
nak cakap apa? Ibu cakaplah Isha dengar..” ujar Alisha dengan lembut. Dia
semakin hairan melihat wajah Mak Limah yang tenang itu.
“Sebenarnya
Isha pun tau kan yang Isha bukan anak kandung ibu dan ayah?” soal Mak Limah
dengan nada sedih. Alisha hanya mengangguk. Dia memang tahu akan kebenaran itu.
Namun dia sudah menganggap kedua orang tua yang menjaganya selama ini seperti
ibu bapa kandungnya.
“Sebenarnya,
ketika ayah jumpa Isha di tepi pantai itu, Isha ada memakai kalung ni. Kalung
perak ni terukir nama Alisha. Sebab itu ibu dan ayah anggap Isha bukannya anak
orang miskin macam kami ni. Pada masa itu hanya orang yang berada saja mampu
membuat rantai dengan mengukir nama.
Sebab itu kami gunakan nama yang terdapat pada rantai itu..” Mak Limah
meletakkan rantai di tapak tangan Alisha yang pernah di pakaikan oleh Alisha ketika
dia di temui dulu.
“Tapi
ibu, Isha tak tahu siapa keluarga kandung Isha. Macam mana Isha nak cari
mereka?” soal Alisha dengan perasaan sedih. Dia sedih bila mengenangkan tak
lama lagi dia akan hidup berjauhan dengan kedua orang tua itu. Dia sangat menyayangi
kedua orang tua angkatnya itu.
“Kalau
memang tuhan mahu mempertemukan Isha dengan mereka jalannya akan menjadi mudah”
jawab Pak Hamid pula. Memang pun bukan mudah mahu mencari keluarga kandung
Isha.
“Isha
kami sebenarnya tidak tahu bagai mana mahu mencari keluarga kandung Isha. Dan
kami tahu suatu hari nanti pun Isha akan berkahwin. Sebab itulah kami beritahu
hal ini pada Isha lebih awal” terang Mak Limah lagi.
“Isha,
ayah dan ibu rasa inilah yang terbaik. Encik Zafran pun nampak
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta Isha. Dia ikhlas untuk
memperisterikan Isha. Ayah rasa dia seorang lelaki yang terbaik buat Isha.
Apa-apa hal berkaitan Isha mesti dia minta izin dari ayah dan tanya ayah. Ayah
harap Isha beri peluang pada dia dan juga pada diri Isha tu.” pujuk ayah. Isha
terdiam seribu bahasa.
“Isha
setuju ye..” pinta si ibu pula. Lama baru Alisha mengangguk perlahan.
“Kalau
ibu dan ayah setuju dan merasakan itu yang terbaik, Isha ikut saja.” Akhirnya
Alisha membuat keputusan. Terlihat sejuta cahaya kegembiraan di wajah mereka.
Biarlah dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Demi membahagiakan perasaan
orang lain apa salahnya dia berkorban perasaannya.
..............................................
Mak
Jah cepat-cepat buka pintu sebaik saja melihat cahaya lampu kereta Puan Sofia
memasuki perkarangan rumah. Sofia masuk ke dalam rumah dalam keadaan
menyanyi-nyanyi.
Sofia
masuk ke biliknya yang agak bersepah sedikit. Ketiadaan Tuan Razman membuatkan
dia jadi sunyi. Dan bila Zafran marah dengannya dia menjadi sedih. Lalu dia
pergi ke tempat yang biasa di kunjungi ketika ketiadaan Tuan Razman.
Dia
mengintai dari celah pintu biliknya. Pintu bilik Zafran tertutup rapat. Sofia
melangkah perlahan-lahan ke arah pintu bilik Zafran. Dia cuba membuka pintu
namun ianya terkunci. Sofia kecewa. Kemudian dia teringat gugusan kunci yang
ada di simpan di dalam almari di ruang tamu. Sofia perlahan-lahan menuruni anak
tangga menuju ke ruang tamu.
Kemudian
dia kembali semula ke bilik Zafran. Dia mencuba beberapa kunci yang ada di
tangannya. Akhirnya dia berjaya juga.
Zafran
Haicarl sedang lena tidur di atas katil. Sofia terpegun melihat wajah kacak
Zafran di bawah sinaran lampu tidur yang suram. Sofia tidak dapat mengawal
dirinya. Dia mahu memeluk tubuh sasa itu secepat mungkin. Sofia menghampiri
Zafran. Dia tidak mahu mengejutkan Zafran.
Matanya
terus merenung wajah yang di cintainya. Dari dulu hingga sekarang cintanya pada
lelaki itu tidak pernah berubah. Mesti pun kini dia sudah menjadi isteri Tuan
Razman.
Tiba-tiba
Zafran mengiring membelakanginya. Sofia tidak dapat mengawal dirinya lalu dia
memeluk kuat tubuh Zafran. Tubuhnya menghimpit tubuh Zafran membuatkan Zafran
terkejut yang amat sangat.
“Sofia!
You dah gila ke masuk ke bilik ni?” Zafran yang terkejut melihat Sofia di atas
katilnya. Zafran melompat turun dari katil.
Sofia
pula merayu.
“Zaf I
love you.. I still love you..”
Sofia
turut turn dari katil dan menerpa ke arah Zafran. Dia memeluk Zafran sekali
lagi. Zafran menolaknya kuat hingga Sofia jatuh terduduk di atas lantai.
“Are you crazy?? You tu isteri papa I..
Memang sah you ni dah tak betul!”
“Please Zaf.. I love you.. I sanggup lakukan apa saja asalkan you tak kahwin
dengan perempuan kampung tu..” rayu Sofia lagi.
“Sudah
terlambat Sofia.. It too late..” ujar
Zafran Haicarl lemah. Kalau dulu mungkin dia boleh memaafkan segala perbuatan
Sofia, tetapi sekarang susah baginya untuk dia berbuat demikian.
Zafran
bergegas keluar dari biliknya dan pantas menuruni tangga. Dia mencapai kunci
rumah dan juga keretanya. Dia terus masuk kedalam keretanya dan terus
meninggalkan rumah.
Belum
pun jauh dia memandu dari rumah, Zafran memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Dia meraup wajahnya. Tak dapat dia bayangkan! Sofia semakin berani! ‘Astaghfirullahalazim! Apa yang aku harus buat
sekarang. Perangai Sofia semakin menjadi-jadi’ bisik hati Zafran.
SEMAKIN MENARIK CERITA DIA.
ReplyDelete