Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 14 February 2014

Kau Rantai Hatiku 36


SELEPAS makan malam Tengku Elman berada di luar rumah dan duduk di kerusi di taman mamanya. Dia mendongak merenung langit. Apa yang kelihatan hanya wajah Humaira saja. Dia tersenyum sendirian.Terasa mahu saja dia menjerit kegembiraan. Siapa yang tidak gembira bila mana dia dapat bertemu semula dengan insan yang sangat di rindui dan di sangkakan sudah meninggal dunia.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Pak Teh kepadanya. Nasib baik dia masih dapat mengawal diri. Kalau tidak pasti insan bernama Humaira itu akan di peluknya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Apa yang penting dia sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dia dengan Humaira.

Tanpa di sedari gelagatnya itu di perhatikan oleh Tengku Suraya. Dalam diam-diam dia mendekati anak bujangnya itu. Teringin juga dia tahu apa yang menyebabkan Tengku Elman boleh kembali senyum ceria seperti dulu. Sedangkan beberapa hari ini dia nampak wajah anaknya sedikit suram. Mungkin dia penat dengan kerjanya atau ada perkara lain yang mengganggu fikiran anak lelakinya itu.

“Hai.. Anak mama renung langit sambil tersenyum ni ada apa-apa ke?”

“Hahh.. Mama rupanya.” Terkejut dia bila mendengar suara mamanya berada di sisinya.

“Apa yang buat anak mama ni boleh tersenyum macam ni?”

“Mama..”

“Ya ada apa? Lain macam je mama tengok El ni..”

“Begini ma.. El ingat nak putuskan pertunangan dengan Bella..” perlahan-lahan Tengku Elman menyusun kata. Dia bimbang kalau apa yang katakan itu akan membuat mamanya terkejut.

“Tapi kenapa tiba-tiba ni?” soal Tengku Suraya terkejut.

“El dah fikir masak-masak ma. El nak mama jumpa keluarga Bella untuk memutuskan pertunangan kami..” terang Tengku Elman perlahan. Sudah satu petang dia memikirkan jalan penyelesaiannya. Tengku Suraya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

“Ada apa-apa yang tak kena ke El? Kesian pula Bella! Sudah lima tahun dia tunggu kamu.. Last-last kamu buat dia macam ni..” soal Tengku Suraya kehairanan. Entah mengapa semenjak Tengku Elman balik dari Johor, dia mula berubah sikap. Sekarang tiba-tiba pula anaknya itu meminta pertunangan di putuskan. Apakah sebabnya?

“Masalahnya Elman tak cintakan dia ma.. El masih cintakan Ariana. Dan tak ada orang yang boleh gantikan tempat Ari dalam hati El..” ujar Tengku Elman lagi sambil memandang ke arah mamanya Tengku Suraya.

“Dah mulalah tu! Mama tak setuju.. Kalau boleh mama nak kamu cepat kahwin dengan Bella..” ujar Tengku Suraya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anaknya itu meminta pertunangan di putuskan.

“Mama.. kalau mama nak anak mama bahagia..Please.. El merayu agar pertunangan kami di putuskan. Lagi pun hari tu bukan El yang setuju nak bertunang.. Mama dan Datin Melinda yang beriya sangat...” kali ini Tengku Elman menyuarakan perasaan tidak senang hatinya.

“Mama tak setuju.. El mesti teruskan perkahwinan El dengan Isabella” ujar Tengku Suraya dengan nada tegas. Kali ini dia tidak mahu anaknya keliru dengan fikirannya sekarang.

“Mama.. Takkan mama tak nak lihat anak mama hidup bahagia..” rayu Tengku Elman lagi.

“Tapi El sepatutnya dah lupakan peristiwa yang berlalu itu. Sekarang El sepatutnya memikirkan majlis perkahwinan El.. Bukannya nak putuskan pertunangan kamu.. Apa pun alasannya mama tak setuju..” tegas Tengku Suraya. Dia sudah tidak faham dengan perangai Tengku Elman. Mungkin juga dia sudah jatuh cinta dengan Humaira. Atau ada sesuatu yang berlaku dia antara anaknya dengan Isabella.. Dia akan siasat perkara itu.

Tengku Elman mengeluh lemah. Kalaulah mamanya tahu Ariana masih hidup pasti mamanya akan bersetuju dengan cadangannya tadi. Dia tahu mamanya sayang benar pada Ariana!

Tengku Elman bangun meninggalkan mamanya. Tengku Suraya hanya mampu memerhati langkah anaknya itu. dia hairan, kenapa Tengku Elman tiba-tiba meminta pertunangannya dengan Isabella di putuskan. Mungkinkah anaknya itu sudah jatuh cinta dengan Humaira? Tapi bagaimana caranya dia mahu tahu jawapannya itu. Argh!! Serabut betul fikirannya dengan perangai Tangku Elman.

TENGKU Elman terbangun bila jam menunjukkan jam 5 pagi. Entah tiba-tiba dia teringat sesuatu!! Tak mungkin itu hanya mimpi!! Kemudian tangannya mencapai telefon bimbitnya. Kalau dia bermimpi pasal Ariana mungkin dia tidak menyimpan apa-apa rekod dalam telefon bimbitnya. Satu persatu butang di tekan. Dia memainkan rekod yang di rakam semalam.

Dia merakam segala perbualannya dengan Pak Teh tanpa di sedari oleh Pak Teh. Akhirnya dia tersenyum! Memang sah dia bukan bermimpi.

Kemudian gatal tangannya menekan nombor milik Humaira.

Ketika keluar dari bilik air, Humaira terdengar deringan di telefon bimbitnya. Lalu dia menuju ke katilnya. Dia melihat di skrin telefon bimbitnya.

Tengku Elman??? Buat apa dia call awal-awal pagi ni? Bisik hati Humaira. Namun dia tidak sedar yang dia menekan butang hijau.

“Hello Asssallamuailikum..”

“Hello waalaikusallam.. Good morning sayang.. Dah bangun ke?” soal Tengku Elman sambil dia tersenyum sendiri.

“Ada apa Tengku call awal-awal pagi ni?” soal Humaira dengan perasaan geram. ‘Apa pula mimpi Tengku Elman awal pagi telifon dia dan memanggilnya sayang?’

“Tak ada.. Mungkin saya bermimpi cubit pipi awak..” usik Tengku Elman.

“Hish apa-apa sajalah kalau nak merepek..”

“Tak de macam ni, hari ini Ira keluar tak?” soalnya spontan.

“Buat apa Tengku nak tahu?”

“Saya nak ajak Ira keluar jalan-jalan..”

‘Hish dia ni tau-tau je yang aku nak keluar siang nanti.’ gumam Humaira dalam hati.

“Tak taulah.. Tengok moodlah.. Kalau rasa nak keluar Ira keluarlah.. Tak payahlah Ira nak cakap dengan Tengku..” selamba sahaja Humaira menolak.

“Kalau macam tu, apa kata Ira tunggu kat rumah, pagi dalam pukul sepuluh saya datang jemput..” Tengku Elman memberi cadangan.

“Eh tak payahlah Tengku.. Ira boleh keluar jalan-jalan sendiri. Ira tak nak susahkan Tengku..” jawab Humaira dengan cepat. Malaslah dia nak keluar dengan lelaki itu. Lagi pun lelaki itu tunang orang! Tak manis kalau ada orang jumpa mereka keluar bersama nanti. Kalau waktu pejabat tak apalah. Sebab mereka bersama-sama buat hal kerja.

“Ira kena tunggu saya juga.. Noktah..” kedengaran tegas sekali bunyinya. Terus saja Humaira meletakkan telifon. Dia rasa geram. Suka hati saja lelaki yang bernama Tengku Elman itu memberi arahan. Kemudian timbul nakalnya..Apa salahnya dia keluar sebelum Tengku Elman datang ke rumah. Jadi tidak payahlah dia nak menghadap muka lelaki itu.

“Apa-apa sajalah Tengku ni..” Asyik nak buatkan dia naik angin.. Awal-awal pagi macam ni.. Cepat saja dia menuju ke bilik air untuk bersolat lagi. Telefon bimbit yang berdering itu di biarkannya.. Biarlah dia memekak sendiri.

TENGKU Elman memberhentikan kereta di luar pagar rumah Pak Teh. Dia keluar dari perut keretanya. Dia melihat-lihat ke dalam rumah. Namun dia perasan kereta Humaira sudah tidak ada di garaj. ‘Kemana dia pergi? Pagi tadikan aku suruh dia tunggu? Hishh!! Dia ni tak dengar cakap aku!’ bisik hati Tengku Elman.

Mak Teh yang mendengar orang memberi salam terus menuju ke pintu pagar apabila dia melihat Tengku Elman.

“Oh Tengku Elman.. Jemputlah masuk..” ujar Mak Teh dengan senyuman. pasti Tengku Elman datang mahu berjumpa dengan Humaira. tapi sayangnya Humaira dah kelaur beberapa minit yang lalu.

“Tak apalah Mak Teh. Elman singgah sekejap je. Ira ada di rumah Mak Teh?”

“Baru tadi dia keluar..” jawab Mak Teh.

“Dia pergi mana? Mak Teh tahu?” soal Tengku Elman lagi. Manalah tahu kalau-kalau Humaira ada bagi tahu Mak Teh kemana dia pergi!

“Tak tahulah pula. Selalunya dia ke Time Square. Mungkin dia pergi kedai butiknya..” terang Mak Teh lagi. Selalunya Humaira akan memberitahu kemana dia pergi. Tetapi hari ini tidak pula! Pelik?

“Oh.. Terima kasih Mak Teh. Kalau macam tu, saya pergi dululah Mak Teh.. Nanti saya cari dia kat sana..” ujar Tengku Elman. Dia pun terus menuju ke keretanya. Dia terus memandu menuju ke Time Square.

TIBA-tiba Tengku Elman ternampak Humaira yang berada di kedai pakaian. Gadis itu sedang seronok melihat gaun yang cantik di hadapannya. Dia membelek harga gaun itu. Mahalnya.. Tapi gaun itu sangat cantik. Memang labuh tetapi sesuai untuk di pakai dalam suatu majlis.

“Cik nak cuba ke gaun ni?” soal si penjual itu. Humaira hanya menggeleng. Mana dia mampu untuk membeli gaun yang mahal itu. Lima ribu!! Gila ke kalau dia beli gaun yang mahal itu. Kalau lima ratus pun belum tentu dia beli, inikan pula lima ribu? Namun matanya tetap juga berulang kali melihat gaun itu.

Entah mengapa Humaira merasakan seram sejuk. Dia merasakan ada mata-mata yang sedang mengintipnya. Takkan siang-siang hari macam ni pun dia jadi hantu supermall!! Hish!! Takkan Tengku Elman sanggup mengintipnya di ruang supermall ini. Buat apa dia nak mengintip dirinya?? Tapi fikirannya tetap melebihi akalnya..

Akhirnya Tengku Elman tersenyum sendirian. Kemudian dia ternampak Humaira keluar dari kedai itu. Dia segera menyembuyikan diri. takut di lihat oleh Humaira. mungkin Humaira dapat menghidu kehadirannya di situ.

Humaira berjalan menuju ke kedai handphone yang berada tidak jauh dari kedai pakaian tadi. Dia masih bingung memikirkan hara gaun tadi.

Baru saja Humaira melangkahkan kaki menuju ke kedai handphone, terasa tangannya di tarik. Dia menoleh. Tengku Elman sedang tersenyum padanya.

“Tengku!!” suara Humaira separuh menjerit. Apa yang di rasakannya tadi memang benar-benar wujud!Hantu supermall itu adalah Tengku Elman!

“Ye sayang..”  jawab Tengku dengan lembut dan tersenyum melihat gelagat Humaira yang terkejut itu.

“Tengku nak apa sebenarnya? Kalau tak susahkan hidup saya tak boleh ke? Rasa tak cukup sifat ke kalau tak buat macam tu?” marah Humaira lagi. Dia rasa semenjak Tengku Elman balik dari rumah Pak Teh dan Mak Teh, sikap Tengku Elman semakin berubah. Dia jadi semakin berani untuk pegang dirinya.

Dia berasa rimas dengan segala tingkah laku dan kebaikannya. Memang sebelum ini pun Tengku Elman baik tetapi kali ini baiknya lain benar. Kekadang dia rasa takut pula pada kebaikan yang di hulurkan oleh Tengku Elman Qaufar.

“Hidup siapa yang abang nak susahkan kalau bukan hidup sayang..”  jawab Tengku Elman selamba. Matanya tetap tidak beralih memandang wajah Humaira. Humaira membeliakkan biji matanya.

“Tengku cakap lagi macam tu rasa-rasanya saya nak bunuh je Tengku ni tau!” Humaira hampir saja hilang kawalan. Makin menjadi-jadi pula perangai Tengku Elman bila mereka berada di luar pejabat.

“Oh..sayang.. Sampai hati sayang nak bunuh abang yang handsome ni? Sampai hati sayang ye?” soal Tengku Elman dalam nada bergurau.

“Tengku...!” Humaira sudah menjerit. Namun Tengku Elman Qaufar dengan selamba saja menarik tangan Humaira selepas itu dia ajak berjalan sama.

“Lepaslah!” Humaira meronta.

Tengku Elman Qaufar tidak peduli. Tetap juga di pengang tangan itu dengan kemas. Sambil itu Tengku Elman mempamerkan senyuman buat pengunjung yang memandang mereka.

“Isteri saya!” ujar Tengku Elman kepada mereka yang memandang. Mereka yang melihat juga merasa pelik sebenarnya.

“Tengku ni kenapa? Apa salah yang saya buat sampai Tengku buat  macam ni?” kata Humaira sambil dia berusaha untuk melepasakan genggaman tangan itu. Namun ternyata usahanya sia-sia saja.  Semakin erat genggaman Tengku Elman!

Humaira semakin panas hati. Dia menampar belakang Tengku Elman. Tengku Elman buat tidak tahu walaupun dia terasa pedih dengan bekas tamparan Humaira tadi.

“Sayang tu yang degil. Pagi tadikan abang dah call, suruh Ira tunggu kat rumah.. Tapi Ira keluar juga.. Nak lawan cakap suami ya?” ugut Tengku Elman.

“Suka hati sayalah nak keluar ke, nak pergi mana ke? Awak tu siapa nak tahu hal saya..” ujar Huamira tidak puas hati. Lelaki ini memang sudah melampau.. semua gerak gerinya di perhatikan.. Rimas dia!!

“Oh… dah pandai menjawab ya… Kalau sayang ikut cakap abang tadi, tak akan jadi benda ni!” kata Tengku Elman. Cuba menyalahkan Humaira pula.

“Geram betul!” rungut Humaira selepas itu. Tengku Elman masih diam. Tak nak cakap apa-apa.

“Tengku ni memang memalukan betul!” ujar Humaira.

Tengku Elman tersenyum melihat Humaira yang berada di sebelahnya.

“Sayang tau tak, comel betul bila sayang berleter. Suka sangat abang tengok!” kata Tengku Elman. Sengaja dia mengusik Humaira.

“Apa? Cuba ulang sekali lagi!” soal Humaira.

“Sayang tu, kalau berleter nampak comel sangat.”

“Dahlah malas nak layan Tengku ni. Pelik betul semenjak balik dari rumah Pak Teh hari tu, semakin menjadi-jadi pula perangainya. Entah apalah ubat yang dia orang kasi kat Tengku ni! Nak cakap setengah tak juga. Suku apa lagi!!” marah Humaira lagi. Sungguh, dia pelik dengan perangai Tengku Elman yang membahasakan dirinya abang dan memanggilnya sayang!

Tahap kemarahannya sudah sampai paras kritikal. Buat penat mulutnya saja berleter dengan perangai Tengku Elman Qaufar. Namun satu pun tidak di endahkan. Malah semakin galak pula lelaki itu membahasakan dirinya abang dan berani memanggilnya sayang.

 

 

7 comments:

  1. assalamulaikum. Semakin menarik jalan cerita ini. nampaknya Tengku Elman dah ambil langkah untuk terus mendekati Humairah dan menamatkan hubunganya dengan Bella. Teruskan Usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semudah itu..Isabella tak akan lepaskan Tengku Elman dengan muda.. he..he..he..

      Delete
    2. Assalamulaikum. Isabella tu adik tiri Humairah kan bukan adik beradik sebapa. Saya rasa macam Isabella dan mama nya nak bolot semua harta papa Humairah je

      Delete
    3. salam sejahtera.. memang mereka bukan adik beradik sebapa. memang merka berdua mahu membolot harta papa Humaira sebab Humaira anak tunggal... dan dapat pula lelaki sekaya Tengku ELman.. mungkin boring juga jalan cerita tapi, I dah cuba yang terbaik..

      Delete
  2. Replies
    1. Tq baby mio.. I hargai dengan semua komen yang baby mio berikan selama ini. tq banyak2..

      Delete
  3. Ooohhh saya dh mula suka cerita yg ada dlm blog awak. Guud luck.

    -alaina-

    ReplyDelete