“Encik Is? Buat apa
Encik kat sini?” soal Misha terkejut. Ismalleh juga berpaling namun dia
tersenyum. Iskandar masih lagi berdiri di muka pintu. Dia dapat mendengar suara
Misha seperti terkejut melihat kedatangannya pagi ini.
“Jemputlah masuk abang
Is..” pelawa Ismalleh lagi. Misha bertambah hairan. Sejak bila pula Ismalleh
rapat dengan bosnya itu. Wajah Ismalleh di pandangnya.'Abang?' Sejak bila pula adiknya menggelarkan lelaki di hadapannya itu 'abang?'.
Iskandar menapak masuk
ke ruang tamu rumah papan itu. Namun dia dapat melihat wajah Misha yang tidak
suka melihat kedatangannya pagi itu.
“Encik Is buat apa
datang ke sini?” soal Misha sekali lagi. Patutlah adiknya tadi cakap yang
bukan-bukan. Rupa-rupanya Encik Iskandar memang ada datang ke situ.
“Saya nak pulangkan
buku ni balik..” jawab Iskandar selamba. Sambil itu dia menghulurkan buku diari
milik Misha itu kepada tuannya. Sekali lagi Misha terkejut. Patutlah malam tadi
dia tak jumpa buku diari itu di mana-mana. Rupa-rupanya buku itu ada pada Encik
Iskandar. Malunya kalau dia membaca buku diari miliknya itu.
“Encik Is ada baca tak
isi dalamnya?” soal Misha lagi. Iskandar hanya menggeleng. Misha menyentuh
dadanya tanda lega. Mujurlah lelaki ini jujur. Kalau tak nahaslah!!
“Kak Long.. Mana ada
orang baca buku diari buruk Kak Long tu.. kan Encik Is?” celah Ismalleh pula.
Mereka semua ketawa.
Dalam hati Iskandar, dia rasa lega walaupun sebenarnya dia tidak jujur tentang
perkara itu.
...............................
Di pejabat, Misha buat
seperti biasa. Walaupun Encik Iskandar selalu menegurnya, namun dia buat tidak
tahu saja. Bukan apa dia tidak mahu timbul pula gossip dia dengan bos mereka.
Kelakuan selambanya itu menyakitkan hati Iskandar.
“Bos nak apa?” soal
Nora. Semenjak mereka dapat bos baru, memang keadaan pejabat agak kelam kabut.
Orangnya begitu certewet. Dan yang nampak sangat tadi mangsanya ialah Misha.
Kadang-kadang dia juga kesian melihat Misha yang selalu di beri kerja yang
banyak dan selalu lambat balik. Namun sahabatnya itu tidak pernah merungut.
“Tak ada apa-apa. Dia
nak saya siapkan dokumen ini dengan cepat” jawab Misha perlahan. Sehingga
sekarang dia tidak memberitahu kepada Nora bahawa Encik Iskandar pernah datang
ke rumahnya. Baginya semua itu tak penting.
“Tapi sekarang dah
dekat waktu habis pejabat. Awak tak balik tumpang saya ke?” soal Nora lagi.
Yelah semenjak bos baru yang mengambil alih tugas di syarikat itu, Misha jarang
dapat balik bersamanya.tidak seperti dulu.
“Tak apalah. Saya kena
siapkan dokumen ini dulu. Pasal kenderaan tu, Nora tak payah risau. Nanti saya
naik teksi. Macam selalu..” jawab Misha sambil tersenyum. Dia pun segan juga
kalau hari-hari menumpang kereta Nora. Biar pun sebenarnya Nora ikhlas
menolongnya.
Misha terus berlalu
menuju ke meja kerjanya. Dia harus menyiapkan dokumen itu dengan cepat kalau
dia nak balik cepat. Tanpa lengah lagi. Dia terus membuat kerjanya.
Jam sudah menunjukkan
jam 5 petang. Para pekerja lain sudah beransur pulang. Misha terpaksa
menyiapkan kerjanya itu. Sekarang sudah pukul 6.30 petang barulah kerjanya itu
siap. Dia melihat ke arah bilik Encik Iskandar masih lagi terang.
‘Kenapa dia belum balik
lagi? Atau dia tengah menunggu dokumen yang aku siapkan ini?’ bisik Misha dalam
hati. Namun dia terus bangun menuju ke bilik Encik Iskandar dengan membawa
dokumen yang telah di siapkannya sebentar tadi.
Misha mengetuk pintu
bilik pejabat Encik Iskandar. Kedengaran suara menyuruhnya masuk dari dalam.
Misha terus membuka pintu bilik tersebut.
“Misha belum balik
lagi?” soal Encik Iskandar sebaik saja melihat kelibat Misha.
“Belum lagi. Saya
nak menyiapkan dokumen yang Encik bagi
petang tadi. Dan ini pun dokumennya..” jawab Misha perlahan sambil menyerahkan
fail di tangannya. Encik Iskandar menyambutnya. Kemudian dia membuka fail itu.
Nampaknya dia berpuas hati dengan kerja Misha.
“Okey kamu boleh balik
sekarang..” belum sempat Misha mahu melangkah ke muka pintu kedengaran pintu di
buka dari luar. Kedua mereka terkejut.
“Sayang.. you belum
balik kerja lagi ke? Penat I tunggu tau!” rengek seorang gadis yang berpakaian
seksi itu.
“Sorry Manda. I ada
banyak kerja. Kenapa you datang sini?” kedengaran suara Iskandar yang tidak
senang dengan kedatangan gadis itu. sebenarnya dia snegaja pulang lewat hari
ini kerana dia tahu Manda akan menunggunya di tempat parking. Tetapi sekarang,
Manda sudah berada di depannya.
“I nak jumpa you.. Siapa
pula perempuan ni?” soal Manda sebaik saja melihat Misha yang berdiri di situ. Misha
hanya membisu. Dia sebenarnya masih terkejut. Dia tidak mahu perempuan yang
bernama Manda itu salah faham terhadap dirnya dan Encik Iskandar.
“Kenalkan tunang saya
Cik Misha..” pintas Iskandar.
“Tunang? Sejak bila
saya jadi tunang bos?” soal Misha hairan. Manda juga merenung Iskandar. Ada
persoalan di situ. Betul ke perempuan itu tunang Iskandar? Atau iskandar hanya
bergurau. Tetapi melihat wajahnya Iskandar memang dia serius!
“Maaf cik, saya bukan
tunang dia. Bos saya ni suka sangat bergurau!” ujar Misha kepada perempuan itu.
“Cik Amanda. Panggil
Manda saja.. Memang Is ni suka bergurau. Kadang-kadang bergurau tak bertempat”
jawab perempuan itu lagi.
“Saya balik dululah
ya..” ujar Misha lagi. Dia tidak mahu menganggu mereka berdua di dalam pejabat
Encik Iskandar.
Cepat-cepat Misha
mengambil beg tangannya keluar dari pejabat itu. Nampaknya hari pun mula gelap.
Cuma dia berdoa supaya tidak hujan kerana dia terlupa bawa payung. Kakinya
cepat menuju ke stesen bas.
“Kenapa you datang
sini?” soal Iskandar dengan perasaan tidak senang hati. Apa yang membimbangkan
pasti Misha memikirkan dirinya seorang kaki perempuan. Kalau boleh mahu saja
dia meluahkan perasaannya pada gadis itu biar gadis itu tahu bahawa dia amat
menyintai gadis itu. Dan perkataan tunang itu bukanlah kata mainan! Namun
sehingga sekarang tiada kesempatan buat dirinya untuk menyatakan perasaannya
itu!
“I rindukan you.. You
ni sejak balik dari oversea tak
pernah nak call I.. Ni kalau I tak
datang sini pun belum tentu dapat bercakap dengan you..” ujar Manda dengan
lembut. Kalau boleh dia mahu lelaki itu tahu perasaannya.
“Rindu? Setakat rindu
je?” gelak Iskandar lagi. Dia tahu benar helah perempuan itu. bukan dia tidak
tahu Manda memang sukakan dirinya. Dia saja yang membutakan mata dan hatinya.
Lagi pun Manda bukan ada ciri-ciri untuk menjadi isterinya.
“Sebenarnya I cintakan
you.. You tak cintakan I?” soal Manda lagi. Dia berharap sangat yang lelaki itu
akan membalas cintanya. Kerana itu dia sanggup menolak cinta lelaki lain kerana
perasaan cintanya hanya pada lelaki itu.
“You cintakan I? Kan I
dah cakap hubungan kita sekadar teman biasa. I tak ada perasaan lain terhadap
you. I cintakan perempuan lain. Dan I harap you tak payah nak menyusahkan diri
untuk cari I. Lagi pun I percaya ada ramai lelaki di luar sana yang sukakan you”
terang Iskandar lagi, Dia tahu biarpun berapa kali dia menerangkan perkara yang
sebenarnya Manda tetap berdegil juga.
“You mean Misha? Perempuan macam perempuan kampung macam tu yang
menjadi pilihan. Bad taste!!” suara Manda menyindir. Iskandar naik angin. Suka
hati Manda mengatakan Misha tu macam perempuan kampung. Tapi tahukah Manda
kerana sikapnya itu yang menarik hati dan perasaannya pada Misha.
“Baik you keluar sekarang
sebelum apa-apa terjadi!” jerit Iskandar. Suaranya yang nyaring itu menakutkan
Manda. Sambil menangis dia meluru keluar dari pejabat Iskandar! Sampai hati
lelaki itu melukakan hatinya. Dia benar-benar cintakan lelaki itu! Tapi ini
pula balasannya.
................................
Misha masih lagi
menunggu bas. Bas yang di tunggu belum juga sampai-sampai. Sekarang kelihatan
kereta Encik Iskandar berhenti di depan stesen bas itu. Misha hanya membiarkan
sahaja kereta itu berhenti di situ. Dia asyik memandang ke arah kanan. Manalah
tahu bas akan sampai sekejap lagi.
“Misha..” dia mendengar
dirinya di panggil.
“Encik Iskandar.. Apa
yang Encik buat kat sini?” soal Misha tergagap-gagap. Encik Iskandar tersenyum.
Pada hal sebelum keluar dari pejabat tadi dia masih dalam mood marah! Entah mengapa setiap kali dia dekat dengan gadis itu,
jantungnya bagai berdegup kencang.
“Saya hantar awak
balik. Lagi pun hari dah malam ni..” ujar Encik Iskandar lagi.
“Eh tak apalah.. Nanti menyusahkan
encik saja. Saya boleh naik teksi” Misha memberi alasan. Kalau boleh dia mahu
mengelak dari menumpang kereta Encik Iskandar.
“Mana ada susah.. Lagi pun
inikan tanggung jawab saya. Kalau awak segan nak anggap saya sebagai bos, awak
anggap saja saya sebagai seorang kawan. Boleh?” balas Encik Iskandar
bersungguh-sungguh.
“Kalau encik rasa itu
sebagai tanggung jawab, saya memang tak mahu menyusahkan encik...” jawab Misha
dengan degilnya. Dia tidak mahu ada orang salah faham terhadapnya bila melihat Encik
Iskandar baik terhadapnya.
“Saya cakap naik!!”
kedengaran suara Iskandar agak keras ketika ini. Gadis ini kalau dia tidak
berkeras, pasti dia juga akan berdegil. Misha terpaksa juga menaiki kereta
encik Iskandar. Dalam perjalanan dia hanya berdiam diri. Sumpah inilah kali terakhir
dia akan pulang lewat. Lain kali biar dia mengangguhkan kerja dan datang awal
ke pejabat!
“Saya minta maaf sebab
marahkan Misha tadi..” kedengaran suara Iskandar memecah kesunyian. Dia sedar
selagi dia tidak membuka mulut, jangan harap Misha akan memulakan bicara. Gadis
itu memang selalu dingin terhadapnya.
Misha tetap mendiamkan
diri. Dia tidak suka Encik Iskandar memaksanya mengikut apa yang di kata. Dia
bukan budak-budak lagi. Lagi pun hubungan mereka sekadar bos dan pekerja. Dan
dia sedar sebagai seorang pekerja dia akan menurut sahaja perintah di pejabat.
Tapi bukan di luar pejabat!
“Misha, saya
betul-betul minta maaf..” sekali lagi kedengaran suara Iskandar memecah
kesunyian.
“Encik Iskandar memang
seorang bos di tempat kerja. Tapi bukan di luar. Lain kali tak payah nak
tengking Misha macam budak kecil. Misha sedar siapa diri Misha. Dan Misha pun
tak suka menyusahkan orang terutama orang seperti bos ini..” perlahan sahaja
suara Misha kedengaran. Tersentap juga hati Iskandar mendengar setiap baris
ayat itu.
“Saya minta maaf. Saya
tak sengaja nak marahkah awak tadi...” rasa bersalah pula bila melihat kebisuan
Misha. Hatinya tidak tenteram. Gadis itu memang mendera hati dan perasaannya.
.............................
Iskandar duduk di luar
rumah. Ingatannya asyik teringat kepada kedinginan Misha terhadapnya.
“Is.. jauh termenung
nampak? Teringatkan siapa?” Puan Maisarah menepuk bahu anak kesayangannya.
“Eh umi, mana ada?
Ingatkan siapa umi?” soal Iskandar berpura-pura. Uminya hanya tersenyum.
“Kalau tak ada apa-apa
takkanlah anak umi duduk termenung sambil tersenyum sorang-sorang kat sini!”
balas Puan Maisarah lagi.
Iskandar tersenyum kelat.
Malulah nak cakap dengan uminya yang dia dah terpikat dengan seorang gadis.
Lagi pun dia pernah cakap gadis itu kedekut dengan uminya tempoh hari.
“Seb..sebenarnya.. Malulah
Is nak cakap umi..” ujar Iskandar lagi.
“Alah cakap je apa yang
sebenarnya yang ada dalam hati Is tu. Ni mesti pasal gadiskan?” selamba saja Puan
Maisarah menembak. Iskandar tersenyum. Nak bagitahu ke tidak? Kalau bagi tahu umi
malunya. Dulu dia pernah kutuk pasal perempuan yang di anggapnya kedekut tu. Kalau
tak cakap takut dia melepas.
“Umi masih ingat tak gadis
yang Is cakap kedekut tu?” soal Iskandar kepada uminya.
“Ingat kenapa? Is dah
jatuh cinta dengan dia?” soal Puan Maisarah.
Perlahan-lahan Iskandar
mengangguk. Pada hal, malu juga kalau uminya tahu. Tapi dia tidak dapat menyembunyikan
perkara itu buat selama-lamanya.
“Jadi, dah tahu dia
kedekut kenapa Is sukakan dia pulak?” soal Puan Maisarah. Sengaja dia mengusik
anak lelakinya itu. Hari itu beriya-iya beanr anak lelakinya itu mengata pasal
gadsi itu. Sekarang tetiba saja anak lelakinya pula boleh jatuh cinta dengan
gadis itu.
“Dia kedekut pun
bersebab.. Sebenarnya dia kerja kat pejabat Is..”
“Iya.. mesti Abi kenal
diakan?” soal Puan Maisarah lagi. Kalau gadis itu pekerja Iskandar, mesti dia
juga pekerja suaminya ketika dulu.
“Mungkin. Namanya
Misha..”
“Misha?? Umi kenal
sangat dia tu..” gelak Puan Maisarah lagi. Rupa-rupanya anak terunanya jatuh
cinta pada gadis yang dia kenal. Kalau itulah pilihan hati anaknya dia tidak
akan membantah. Memang dia akui dia sangat berkenan untuk menjadikan gadis itu
sebagai menantu.
“Jadi apa sebabnya dia
bersikap kedekut?” soal Puan Maisarah lagi. Iskandar tersenyum. Rupa-rupanya
uminya masih tidak lupa pada soalannya itu.
“Sebenarnya dia
mengambil upah buah kuih-muih. Hasil jualan kuihnya dia simpan untuk membiayai
adiknya bila masuk ke universiti nanti. Itu pun sebab arwah ayahnya teringin
sangat adiknya masuk ke menara gading. Jadi bagi dia sepuluh sen itu ibarat
setitik peluh dia ketika dia membuat kuih muih yang di jual. Sedap tau umi,
kuih yang di buat Misha tu. Nanti ada masa Is belikan untuk umi dan Abi..”
“Amboi.. bersembang sampai
tak ingat dunia.. Rancak betul perbualan kamu anak beranak..” tegur Encik
Lokman. Dari dalam lagi dia terdengar hilai tawa isterinya dan juga anak
tunggalnya itu. Entah apa yang syok sangat perbualan mereka berdua itu. sebab
itulah dia juga menuju ke luar halaman.
“Anak kita dah jatuh
cintalah bang..” jawab Puan Maisarah. Itu merupakan berita gembira buat dirinya
dab juga suaminya. Bersusah payah dia mencarikan jodoh untuk Iskandar tetapi
semuanya di tolak oelh Iskandar.
“Jatuh cinta?? Dengan
siapa?” soal Encik Lokman lagi.
“Abang ingat tak dengan
gadis bernama Misha tu? Pekerja abang kat pejabat dulu?” soal Puan Maisarah
lagi.
“Misha? Ha abang ingat. Kenapa?”
“Soal pula kenapa? Anak
kita dah jatuh cinta dengan gadis kedekut!”gelak Puan Maisarah lagi. Sengaja
dia kenakan anaknya itu. Dia juga perasan wajah Iskandar berubah. Mesti dia
tengah geram sekarang!
“Gadis kedekut?” soal
Encik Lokman tidak mengerti.. Iskandar hanya menahan geram. Uminya kalau bab nak
mengenakan dia memang pandai!
“Begini, dulu anak kita
cakap dia gadis tu macam-macam. Katanya gadis tu kedekutlah apalah. Bila dah
kenal pulak terus jatuh cinta..” terang Puan Maisarah kepada suaminya.
“Tapi kenapa Is cakap
dia gadis kedekut?” soal Encik Lokman pula. dia tidak faham apa yang di
maksudkan oleh isterinya.
“Sebab, anak kita
kedekut juga..” gelak Puan Maisarah lagi.
“Umi.. janganlah
bagitau Abi.. Malulah..” ujar Iskandar lagi. Encik Lokman hanya menggeleng
kepalanya. Dia tahu kalau bab usik mengusik bagi sajalah kat isterinya.
Iskandar berbincang
dengan kedua ibu bapanya. Rasanya dia tidak boleh menunggu lagi. Kalau boleh
secepat mungkin dia mahu Misha menjadi miliknya.
Nasib baiklah kedua
orang tuanya bersetuju. Lagipun ayahnya juga kenal dengan peribadi Misha.
..............................
Misha dan Nora keluar
makan tengah hari. Hari ini mereka berdua mengambil keputusan untuk makan di
restoran itu. Bukan selalu mereka makan di situ.
“Kenapa bos kita tu
asyik nak buat hal dengan Misha. Misha ada buat salah dengan dia ke?” soal
Nora. Entah sejak akhir-akhir ini dia melihat bos mereka suka sangat nak bagi
kerja yang banyak pada Misha. Namun dia tabik dengan Misha yang tidak pernah
merungut tentang itu.
“Entahlah.. Kita nikan
pekerja.. Jadi kenalah ikut cakap bos..” jawab Misha perlahan. Dia tidak mahu
Nora berfikir yang bukan-bukan.
“Tapi Nora tengok lain
macam je bos buat Misha macam tu.. Ada ke patut dia bagi kerja banyak-banyak
macam tu. Dulu dengan ayah dia tak adalah macam tu.. Itu membuli namanya..”
ujar Nora dengan rasa tidak puas hatinya.
“Nora.. kita kena buat
apa yang bos suruh. Kitakan kerja kat sini nak cari rezeki yang halal. Suka
hati dialah nak bagi kerja banyak ke sikit ke.. yang penting kita buat yang
termampu. Lagi pun kalau nak berhenti dan cari kerja lain.. Nora pun tahu
susahkan?” soalnya kepada sahabatnya itu. Masakan sahabatnya tidak tahu yang
dia mahu mengumpul duit untuk pembiayaaan adiknya nanti.
Nora hanya mengangguk.
Dia begitu kagum dengan kesabaran Misha. Atau sememangnya Misha jenis yang
tahan hati.
“Err bos! Buat apa bos
kat sini?” soal Nora sebaik saja melihat Encik Iskandar berdiri di hadapan meja
makan mereka.
“Saya nak makan dengan
kamu berdua. Kenapa? Tak boleh ke saya join kamu orang?” soal Iskandar selamba.
Nora dan Misha
berpandangan sesama sendiri.
“Bos tak malu ke duduk
makan bersama kami.. Manalah tahu nanti girlfriend
datang lalu nak serang kami..” ujar Nora lagi.
“Apa salahnya. Lagi pun
kalau girlfriend saya tak ada. Tapi bakal
isteri adalah...” jawab Encik Iskandar sambil tersenyum. Matanya melirik pada
wajah Misha yang sedang makan nasi yang di hidangkan.
“Siapa?” soal Nora
ingin tahu..
“Kawan awak tu..” ujar
Iskandar sambil melirik ke arah Misha.
“Hah!!” Misha terkejut
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Encik Iskandar. Hampir tersembur air
yang di minumnya.
“Saya??” Misha
menunjukkan mukanya. Encik Iskandar tersenyum. Kelakar betul wajah Misha ketika
ini.
“Beb.. Sejak bila pula
awak jadi bakal wife bos?” soal Nora
tidak puas hati. Ada sesuatu yang tidak Misha ceritakan pada dirinya.
“Saya pun tak tahu..”
jawab Miisha mencuka. Manalah dia tahu sejak bila Iskandar membuat
keputusan yang penting seperti itu.
keputusan yang penting seperti itu.
“Misha memang tak tahu
perkara ni.. Sengaja saya rahsiakan dari pengetahuan semua. Tapi semua orang
dah setuju dengan hajat saya.” jawab Encik Iskandar dengan tenang. Memang dia
telah menduga, Misha akan terkejut kalau dia tahu akan hal itu. Sebab itulah
dia mahu ibu Misha tidak bercakap apa-apa tentangnya. Paling dia suka apabila
hajatnya itu di restui oleh kedua orang tuanya. Akhirnya dia kena sindir oleh
mamanya.
Sememangnya dia pun
tidak menyangka peristiwa petang itu membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu.
Jatuh cinta pada pandangan pertama.
“Tapi bos? Misha tak
cakap apa-apa pun..”
“Sama ada Misha suka
atau tidak, kita tetap akan nikah bulan depan..” jawab Encik Iskandar dengan
nada serius.
“Hahh!!!!” makin
terkejut Misha mendengar kata-kata Encik Iskandar itu.
“Kalau saya menolak?”
“Misha tak akan
berkahwin dengan lelaki lain selain dari saya..”
Nora yang mendengar
kata bosnya itu seperti tidak percaya. Begitu serius juga perasaan bosnya pada
Misha. Dan dia tidak menyangka dalam diam bosnya sukakan si gadis kedekut itu!
“Wei.. Tahniah Misha.
Tak lama lagi awak akan kahwin..” jerit Nora seronok.
Misha hanya terdiam.
Sampai hati ibunya tidak memberitahu hal itu kepadanya. Patutlah semenjak
akhir-akhir ini, ibunya selalu tersenyum. Mungkin dia gembira kerana tak lama
lagi akan mendapat menantu.
“Misha balik nanti,
tunggu saya tau!” pesan Iskandar sebelum dia berlalu pergi.
“Wei!! Bertuahnya kau.
Dalam ramai-ramai gadis di dunia ini, dia boleh pilih kau?” soal Nora.
“Kenapa? Sebab saya
kedekut?” soal Misha balik.
“Yelah.. Bertuahnya kau
sebab bos betul-betul serius dengan kau!”
“Macamlah aku hairan.
Takkan dia tak ada girlfriend.. Habis
tu perempuan yang datang hari tu siapa?”
“Perempuan? Siapa?”
“Manalah aku tahu! Yang
aku sakit hati boleh Encik Iskandar selamba badak je cakap yang aku ni tunang
dia!”
“Hah!!”
“Tutuplah mulut tu..”
“Tapi dia memang
seriuslah wei!!” ujar Nora lagi. Namun dia berasa gembira jika memang
sahabatnya itu ada jodoh dengan bos mereka!
........................................
Awal Iskandar
bersiap-siap mahu balik. Dia tidak mahu terlewat untuk balik kerja. Lagi pun
dia risau kalau-kalau Misha dah balik awal. Bukan boleh percaya dengan gadis
itu.
“Misha, hari ini aku
tak boleh nak tumpangkan kau..” ujar Nora jujur.
“Kenapa?” Soal Misha
lagi.
“Aku nak jumpa
seseorang. Minta maaflah ya!” ujar Nora lagi. Dia teringat pesan Encik Iskandar
tadi. Tanpa pengetahuan Misha, Encik Iskandar sudah memberitahu apa yang patut
padanya.
“Tak apalah. Misha
boleh balik naik teksi..” jawab Misha dengan nada kecewa. Baru saja dia mahu
beritahu dia nak tumpang kereta Nora tapi Nora ada hal lain pula!
“Tapi Misha dah lupa ke
tentang pesanan Encik Iskandar?” soal Nora. Sengaja dia mengingatkan pesanan
Bos mereka tengah hari tadi.
“Tak naklah balik
dengan dia. Baik Misha naik teksi je.”
“Terpulanglah..”
Nora terus melangkahkan
kakinya. Misha masih termangu-mangu di situ. Patut ke dia tunggu Encik
Iskandar. Tapi kalau tak di tunggu takut Encik Iskandar mencarinya pula. Perlahan-lahan
dia mengambil beg tangannya. Belum lagi kakinya sampai di muka pintu pejabat,
kedengaran ada orang memanggilnya.
“Misha..”
Misha terus menoleh.
Memang benar jangkaannya tadi. Baru saja dia beniat mahu meninggalkan pejabat
itu tanpa terserempak dengan Encik Iskandar namun jangkaannya meleset! Mahu
tidak mahu dia menumpang juga kereta Encikk Iskandar.
Dalam perjalanan, Misha terasa itu bukan jalan
pulang ke rumahnya. Dengan segera dia terus bertanya.
“Kita nak pergi mana ni
Encik Is?”
“Kita pergi
jalan-jalan..”
“Jalan-jalan? Nak buat apa?
Kalau macam tu lebih baik Encik Is hantar saya pulang!”
“Saya dah bagitau mak
Misha tadi. Dia benarkan Misha keluar dengan saya. Lagi pun kita dah
bertunang..” jawab Iskandar selamba. Misha terkejut. Rasa mahu pengsan dia
mendengar jawapan selamba bosnya itu.
“Bertunang? Sejak bila
pula saya jadi tunang Encik Iskandar?” soal Misha sambil berkerut dahinya cuba
mengingati sesuatu.
“Sayang kita dah
bertunang sebulan yang lepas.. dan sekarang saya nak bawa tunang saya ni pergi
membeli cincin untuk akad nikah kita nanti..”
Misha mendengus geram!
Dia terus mendiamkan diri. Malas dia mahu bercakap dengan lelaki yang tak akan
dengar cakapnya. Tiba di Time Square, Iskandar mencari tempat parking. Kemudia
dia membawa Misha ke sebuah kedai untuk membeli cincin.
“Misha pilihlah yang
mana Misha suka!”
“Saya pilih?” soal
Misha tercengang! Buat apa pula bosnya membawa dia ke sini? Sekarang dia di
minta memilih cincin pula! Hari ini betul-betul pelik bagi dirinya.
Namun matanya tetap
melilau mencari cincin yang ada di depannya. Tiba-tiba matanya ternampak
sebentuk cincin yang menarik perhatiannya.
“Cik saya nak tengok
yang itu” tunjuk Misha ke arah cincin yang di maksudkannya.
“Cantik!”
“Misha suka yang itu
ke?” soal Iskandar sambil tersenyum. Misha mengangguk.
“Tapi batunya kecil
sangat..”
“Encik Iskandar, besar
atau kecilnya batu itu bukannya ukuran bagi sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan itu
datang dari hati yang ikhlas. Bukannya berdasarkan berapa harga cincin yang di
pakai itu. Kalau Encik Iskandar tak suka, tak payah nak ajak Misha ke sini..”
jawab Misha dengan geram.
Sambil itu dia terus
meletakkan cincin itu di atas tapak tangan Iskandar. Dia terus berlari keluar
dari kedai emas itu. Juru jual itu terpinga-pinga. Begitu juga dengan Iskandar.
Dia turut berlari keluar mengejar Misha. Namun Misha sudah hilang dari
pandangannya.
“Encik!!” panggil
jurujual itu.
“Encik nak beli ke tak
cincin ini?”
Iskandar terus
mengangguk. Pasti Misha berkenan dengan cincin itu. Menyesal pula sebab dia tersalah
anggap pada gadis itu. Setahu dia, perempuan kalau bab emas atau permata,
mereka lebih sukakan yang besar.
...........................................
Misha terus pulang ke
rumah dengan menaiki teksi. Ada banyak persoalan yang ingin dia luahkan pada
ibunya. Banyak perkara yang membingungkannya hari ini. Pasal tunang? Dan adakah
benar dia sudah menjadi tunang Encik Iskandar.
“Misha dah balik?” soal
ibunya.
“Ya ibu..” jawab Misha
lemah sambil duduk di kusyen ruang tamu.
“Mana Encik Iskandar?”
soal ibunya. Misha yang baru menutup matanya terus terkejut. Pasal lelaki
itulah yang dia ingin nak tanya sebenarnya. Tetapi tiba-tiba pula dia rasa
letih sangat dan mahu tertidur.
“Misha tak balik dengan
dia!”
“Tapi dia telefon ibu
yang dia nak bawa Misha keluar jalan-jalan. Kamu tak jadi keluar ke?”
“Memang betul! Kami
keluar jalan-jalan tadi. Tapi Misha balik naik teksi..”
“Oh!!”
“Ibu, Misha nak tanya
dengan ibu ni..” soal Misha dengan serius.
“Nak tanya apa?
Tanyalah!”
“Betul ke Misha ni
tunang Encik Iskandar?” soal Misha berdebar-debar. Dia sebenarnya mahukan
jawapan yang benar! Dia juga hairan ketika itu ibunya menyerahkan cincin
berbentuk hati kepadanya. Bila dia bertanya, ibunya hanya tersenyum. Katanya
sudah sampai masanya dia memakai cincin itu. Apa yang di kesalkan kenapa ibunya
tidak berterus terang. Biar pun Encik Iskandar tidak membenarkan ibunya berbuat
demikian. Sekarang dia yang menjadi mangsa. Dia tidak sedar yang dia sudah
menjadi tunangan orang.
Ibunya mengangguk!
Misha bagaikan mahu pengsan mendapat jawapan itu. Patutlah selama ini, Encik
Iskandar selalu berbuat baik pada dirinya. Dan ketika Encik Iskandar
memperkenalkan dia sebagai tunangnya kepada perempuan yang Manda itu adalah
benar!
“Misha, ibu minta maaf.
Bukan ibu sengaja nak rahsiakan perkara ini. Tapi Encik Iskandar yang menyuruh
ibu berbuat demikian. Misha hanya mampu mengangguk!
............................
“Misha”
Misha menoleh apabila
mendengar namanya di panggil. Memang dia pasti tidak lain tidak bukan Encik
Iskandar.
“Nak apa?” soal Misha
selamba.
“Jom kita pergi
sarapan.. Lagi pun masih awal lagi ni..”
“Tak apalah Encik
Iskandar. Lagipun saya memang sengaja masuk awal hari ini sebab ada banyak
kerja yang saya nak buat.”
Misha terus berjalan
meninggalkan Encik Iskandar. Namun tiba-tiba dia terasa lengannya di paut.
Iskandar terus menarik lengan Misha biar pun Misha berusaha meronta agar
lengannya di lepaskan.
“Encik Iskandar
lepaskan saya..” Misha merayu. Namun rayuannya itu tidak di endahkan oleh
Iskandar.
Sampai di tempat
parking barulah Iskandar melepaskan tangannya. Misha di paksa masuk ke dalam
kereta. Walaupun dia rasa marah, namun Misha tetap berdiam diri. Takut juga dia
bila melihat wajah Encik Iskandarnya yang serius itu.
Sampai di suatu tempat,
Iskandar memberhentikan keretanya. Hari ini dia akan meluahkan segala perasaan
yang terpendam dalam hatinya.biarlah tunangnya itu tahu betapa dia cintakannya.
Misha hanya mendiamkan
diri. Tidak berani dia untuk bersuara. Manalah tahu kalau-kalau katanya akan
menyinggung perasaan tunangnya. Tunang ke?
“Saya minta maaf kerana
selama ini saya suruh ibu Misha rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Misha..”
“Tapi kenapa perlu
berahsia. Macam mana kalau Misha dah ada yang buah hati?” soal Misha lagi.
Sengaja dia ingin menduga hati lelaki itu. Wajah Iskandar menampakkan
kerisauan.
“Jadi Misha dah ada
buah hati?” soal Iskandar terkejut. Tak mungkin Misha dah ada buah hati.
Sedangkan dia sudah bertanya pada Ismalleh dan juga ibunya. Cuma masalahnya dia
tidak bertanya terus pada Misha dulu. Timbul pula di fikiran Misha mahu
mengusik. Sambil itu dia terus mengangguk.
“Jadi tunang saya ni
ada buah hati?” soal Iskandar lagi.
“Ya”
“Siapa orangnya?” soal
Iskandar tidak senang hati. Misha memberanikan diri untuk memandang wajah
Iskandar.
“Rupanya lebih kurang
dengan Encik Iskandar!”
“Sama?”
“Memang seiras..” jawab
Misha sambil tersenyum. Geli hati pula dia melihat wajah cemberut Encik
Iskandarnya.
“Saya serius ni?”
“Misha seriuslah.”
Wajah Misha kembali serius semula.
“Kalau macam tu, boleh
saya jumpa dia?” soal Iskandar lagi. Hatinya mula gelisah. Menyesal kerana dia
tidak pernah mengambil tahu hal peribadi gadis itu sebelum dia membuat
keputusan.
“Encik Is dah jumpa
pun!” jawab Misha sambil tersenyum.
“Misha kenakan saya
ke?” akhirnya Iskandar dapat mengagak apa yang di katakan oleh Misha.
“Maaflah Misha bergurau
saja tadi..”
“Jadi Misha memang tak
ada buah hatikan?” Misha mengangguk. Iskandar tersenyum lega. Sebentar tadi dia
benarbenar cemas bila Misha mengatakan dia sudah ada kekasih hati. rupa-rupanya
si gadis itu hanya mengujinya sahaja.
“Misha ni nakal juga
ye!”
Akhirnya Misha
tersenyum. Begitu juga dengan Iskandar. Dia gembira kerana gadis pujaan hatinya
tetap miliknya juga!
............................
Akhirnya hari yang di
nantikan pun tiba. Misha sangat cantik dengan pakaian pengantinnya. Iskandar
pula segak dan bergaya dengan baju melayunya. Bak kata pepatah ibarat pinang di
belah dua. Sama cantik sama padan. Ramai juga tetamu jemputan yang hadir pada
hari bersejarah mereka. Masing-masing datang sebagai orang terdekat, saudara
mara dan rakan taulan.
Di bilik pengantin,
Iskandar dan Misha sedang duduk di birai katil. Iskandar tersenyum melihat
Misha yang kelihatan malu-malu pada dirinya. Nama jugakan pengantin baru.
“Misha jangan kedekut
cinta dengan abang tau! Kalau Misha kedekut cinta dengan abang taulah abang nak
ajar Misha...” ugut Iskandar lagi.
“Nak ajar Misha subjek
apa bang?” soal Misha serius. Namun dalam hatinya dia rasa mahu tergelak
melihat wajah cemberut Iskandar.
“Nak ajar isteri abang
subjek cinta. Tajuk subjek itu, jangan kedekut cinta!” jawab Iskandar geram.
Isterinya itu suka sangat buatkan dia rasa geram. Sama macam uminya. Kuat
mengusik. Namun dia rasa bahagia. Akhirnya gadis pujaannya sudah di miliki.
“Tapi Misha tak suka
tajuk subjek tu..”
“Oh nak melawan lagilah
ni.. Nanti abang kiss mulut tu biar
dia bisu seketika..” ugut Iskandar lagi.
“Huh!! Tak padan jadi
laki Mishalah kalau macam ni.. Asyik nak mengugut je kerjanya..” ujar Misha
sambil bangun menuju ke muka pintu. Namun dia terasa lengannya sudah di paut
oleh sang suami.
“Sayang merajuk ke?”
soal Iskandar dengan nada yang lembut. Namun Misha hanya berdiam diri. Cuma
matanya sahaja yang menjadi bahasa badan. Dia terasa berdebar-debar pula
melihat wajah Iskandar yang makin mendekati wajahnya.
“Abang cintakan Misha
seluruh jiwa abang. Dan abang berharap mulai hari ini, Misha jangan kedekut
dengan cinta Misha. Abang berdoa semoga kita akan hidup bahagia hingga ke akhir
hayat...” bisik Iskandar ke telinga Misha.
No comments:
Post a Comment