Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 28 August 2012

Kau Rantai Hatiku 9



ISABELLA datang menziarahi Tengku Elman Qaufar di hospital tengah hari itu. Memang pagi tadi dia mahu singgah melihat keadaan Tengku Elman. Namun tuntutan kerja membuatkan dia terpaksa menangguhkan dulu hasratnya. Dia sudah membeli bunga dan buah-buahan untuk buah hati tersayang.

“Hi sayang.. Macam mana hari ni?” soal Isabella yang duduk di kerusi yang di sediakan. Dia lambat datang kerana banyak sangat kerja yang perlu di uruskan. Tambah lagi dengan kesihatan Tengku Elman Qaufar yang kurang memuaskan dan kini terlantar di hospital.

“Semakin sihat sikit.” jawabnya acuh tak acuh. Sebenarnya dia malas nak berdepan dengan Isabella yang tak habis-habis seperti emak.

“Baguslah.. you ni kan buat I risau saja tau.. You pergi mana sampai cuai macam ni?” ujar Isabella lagi.

“I cuma nak jalan-jalan mana tau tiba-tiba ada kereta yang langgar I” jawab Tengku Elman lagi.

“Lain kali kalau nak jalan ajaklah I sekali.. Ni suka nak jalan sorang-sorang mana tak jadi macam ni..” rungut si Bella lagi.

“I tak nak susahkan orang..” jawab Tengku Elman.     

“Tapi dah berlaku macam ni pun sudah menyusahkan orang..” balas Isabella dengan suara yang agak meninggi.

“Kalau you tak suka you boleh balik. I tak minta pun you datang sini. Kalau datang kat sini tak payah nak membebel.. I taulah jaga diri I..” Tengku Elman naik marah. Sudahlah dia memang sakit makin di tambahkan sakit hatinya.

Terkejut Isabella mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Elman. Entah hantu mana yang sudah merasuk fikiran lelaki itu sampai dia boleh di herdik begitu. Selama ini Tengku Elman tidak pernah meninggikan suara atau memarahi sebaliknya dia yang selalu meninggikan suara pada lelaki itu.

Sorry..” ujar Tengku Elman apabila dia menyedari dia sudah terkasar bahasa kepada Isabella. Sepatutnya dia berterima kasih kerana gadis itu sanggup datang melawatnya walau pun lambat dari orang lain.

“Tak apalah.. I faham perasaan you.. Orang sakit memang macam ni..” Isabella kembali tersenyum apabila Tengku Elman meminta maaf darinya.

Selepas berbual sekejap pasal urusan kerja Isabella pun pulang ke rumah. Malam ini Tengku Suraya akan menemani Tengku Elman. Jadi dia tidak payah bersusah payah bersengkang mata menemani Tengku Elman Qaufar.

 

ENTAH kenapa tiba-tiba sahaja dia teringatkan lelaki aneh itu. Bagaimana keadaannya sekarang. Dia berharap lelaki itu akan cepat sembuh. Dan tidak akan menganggu hidupnya lagi. Deringan telefon bimbit mengejutkan Humaira yang sedang duduk termenung.

“Hello..”

“Hello.. Ira..”

“Ada apa Mak Teh?”

“Zeti masuk ke hospital.”

“Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Humaira dengan perasaan gelabah.

“Dia pengsan masa di sekolah tadi.. Mungkin penyakitnya datang lagi..” ujar Mak Teh di hujung talian.

“Habis sekarang Mak Teh kat mana? Nanti Ira datang jumpa Mak Teh kat sana..” sebaik saja talian di putuskan Humaira terus saja mengemas barangannya.

Humaira terus saja keluar dari kedainya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Teh. Dia juga risau mendengar Zeti jatuh sakit. Dia sudah menganggap Zeti itu bagai adik sendiri. Kerana dia sendiri pun tidak pasti tentang asal usulnya. Kepada Arin dia memberitahu kemana perginya.

Kakinya laju berjalan menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Pak Teh yang sedang duduk menunggu di luar. Mungkin dia takut Humaira tidak jumpa mereka.

“Pak Teh?”

Pak Teh menoleh sebaik saja mendengar namanya di panggil.

“Ira dah lama sampai?” ujarnya sedaya upaya tersenyum ke arah Humaira.

“Baru saja Pak Teh. Macam mana dengan Zeti? Serius ke sakitnya Pak Teh.”

“Pak Teh pun tak tahu nak cakap apa sebab sakit lamanya datang lagi..”

“Habis tu macam mana sekarang?”

“Doktor cakap mesti buat pembedahan segera. Cuma kosnya belum tau lagilah..”

“Tak apalah Pak Teh, Ira akan usahakan duitnya nanti. Yang penting Zeti selamat. Kita berdoa saja agar Zeti cepat sembuh juga..”

“Pak Teh pun berharap begitu juga.”

“Ira nak masuk jenguk Zeti dulu ya?”

“Baiklah.. Ada Mak Teh kau di dalam..”

Humaira terus melangkah masuk ke bilik wad yang menempatkan Zeti. Dia berasa kasihan melihat Zeti yang masih muda sudah di uji sebegini rupa.

Tengku Elman Qaufar berasa bosan berada dalam bilik tidurnya. Sehari selepas keluar dari hospital, dia rasa sunyi. Entah mengapa hatinya jadi resah dan gelisah kerana beberapa hari dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Apa khabar dia agaknya ketika ini? Hish gila kenapalah pula dia boleh merindui gadis itu?

Namun akhirnya dia keluar dari bilik tidurnya. Dia mahu keluar mengambil udara segar di luar sana sambil itu dia mahu mencari gadis itu.

HUMAIRA duduk di sebuah kerusi sambil termenung. Kata-kata Mak Teh malam tadi mengganggu fikirannya. Dimana dia nak cari duit itu? Lagi pun dia cuma punya simpanan yang cukup-cukup saja. Tapi entah cukup ke tidak duitnya itu nanti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mak Teh. Pasti ada kaitan dengan Zeti. Cepat sahaja Humaira menekan butang hijau.

“Helloo..”

“Helloo.. Ira..”

“Ya Mak Teh, doktor cakap apa?” soal Humaira.

“Ira.. tadi doktor cakap dengan Mak Teh, pembedahan itu memerlukan kos sebanyak RM 10,000.” Beritahu Mak Teh lagi. Humaira terkejut. Jumlah itu bukannya jumlah yang kecil.

“Apa!! Kos pembedahan itu memerlukan RM 10,000” ujar Humaira separuh menjerit. Namun segera dia mengendurkan suaranya. Dia tahu Mak Teh mesti risau pasal duit itu. Mana nak cari duit sebanyak itu?

“Itu yang doktor cakapkan tadi..” balas Mak Teh.

“Mana nak cari duit sebanyak tu?” ujar Humaira perlahan.

“Itulah yang membuatkan Mak Teh risau ni. Tapi kalau Zeti tak dibedah penyakitnya itu akan jadi makin teruk” balas Mak Teh.

“Macam inilah Mak Teh, biar Ira usahakan duit tu. Mak Teh jangan bimbang ya.. Zeti mesti sihat. Kesian dia, muda-muda dah kena penyakit macam tu..” ujar Humaira memujuk Mak Teh. Dia memang tahu Mak Teh risaukan anak perempuannya itu. Itulah satu-satu anaknya hasil perkongsian hidup dengan Pak Teh.

Humaira mematikan talian.

‘Mana aku nak cari duit sebanyak itu. Tapi kalau aku tak tolong Mak Teh siapa lagi? Mereka banyak berjasa pada aku selama ini. Tak kan masa mereka susah aku tak boleh tolong?’

Tengku Elman Qaufar sengaja mengejutkan Humaira. Pada hal dari tadi lagi dia berdiri di belakang Humaira. Semua butir perbualan dia dapat dengar. Kesian gadis ini dia di timpa masalah dalam keluarganya.

Terperanjat Humaira dibuatnya. Dengan tidak sengaja dia memukul Tengku Elman Qaufar dengan suratkhabar yang di pegangnya.

“Aduh.. sakitlah..” jerit Tengku Elman Qaufar. Terkejut Humaira apabila menyedari dia memukul Tengku Elman. Sangkanya tadi dia memukul orang yang tidak di kenalinya.

Sorry.. Saya tak tahu itu awak..” ujar Humaira gelabah.

“Sakit ker?” soalnya lagi.

“Memanglah sakit.. Awak ni pukul orang bukannya nak tengok dulu.. Aduh!!” Tengku Elman mengaduh lagi. Boleh tahan juga kuat gadis itu memukulnya.

“Itulah siapa suruh awak memandai pergi kejutkan saya siapa suruh..?” marah Humaira lagi. Baru je terasa dunianya aman, sekarang dia muncul lagi. Mungkin dia tidak boleh teringat kepada lelaki itu. Asal teringat saja pasti lelaki itu akan muncul di depannya.

“Oh.. Salah sayalah ni?” soal Tengku Elman tidak puas hati.

“Memang pun.. Okeylah saya nak pergi dulu. Saya ada hal ni” ujar Humaira lagi.

“Nak pergi mana?” soal Tengku Elman lagi tidak puas hati.

“Kenapa saya perlu bagi tahu?” soal Humaira lagi. Memang kalau boleh dia tidak mahu selalu bertemu dengan lelaki aneh itu.

“Perlu!!” jawab Tengku Elman selamba.

“Awak bukan siapa-siapa pun pada saya. Jadi tak perlulah awak nak menyusahkan diri awak, nak tahu semua hal peribadi saya. Lebih baik awak jaga diri awak tu baik-baik. Awak tu bukan sihat sangat!” ujar Humaira sambil melangkahkan kakinya.

“Tapi saya ada hutang belum bayar pada awak!” ujar Tengku Elman lagi. Langkah Humaira terhenti lalu berpaling ke arah Tengku Elman.

“Hutang?”

“Yeah..” Wajah Humaira kebingungan. Hutang apa yang lelaki itu belum bayar padanya. Setahu dia tidak ada apa-apa pun yang perlu di hutangkan!

“Apa-apalah awak ni. Saya pergi dulu..” Humaira meneruskan langkahnya meninggalkan Tengku Elman yang masih berdiri di situ.

“Humaira!!!!” panggil Tengku Elman lagi.

Namun Humaira tetap melangkah tanpa mempedulikan panggilan lelaki itu. Jika dia lama-lama berada dekat dengan lelaki itu takut perasaannya akan berubah.

“Humaira awak jangan degil. Berhenti kat situ!!” jerit Tengku Elman lagi. Tergesa-gesa dia mengejar gadis itu dari belakang. Kakinya yang sakit itu terpaksa di tahan demi mengejar gadis itu.

“Apasal awak ikut saya? Tolonglah jangan ikut saya macam ni. Awak buat saya jadi macam tak betul saja..” rayu Humaira lagi. Dia tidak peduli yang penting lelaki itu tidak muncul di depannya lagi. Ada perasaan yang hadir di sudut hatinya. Dia bimbang perasaan itu akan mempengaruhinya nanti!

“Awak perlukan duitkan?” terusan saja Tengku Elman bertanya.

“Mana awak tahu?” berkerut dahi Humaira bila mendengar soalan yang keluar dari mulut Tengku Elman Qaufar.

“Dari sumber yang boleh di percayai” jawab Tengku Elman sambil tersenyum-senyum.

“Awak!!!”

“Sebab itulah saya cakap saya berhutang sesuatu dengan awak..”

“Awak jangan masuk campur dalam urusan keluarga kami boleh tak? Saya tak nak menyusahkan awak. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Saya tak nak ada masalah dengan awak lagi. Dengan keluarga awak. Lagi pun saya tak kenal siapa awak sebenarnya”

“Sebab awak ingat awak dah bayar segalanya dengan darah awakkan?” soal Tengku Elman.

Humaira memandang wajah Tengku Elman Qaufar. Sebenarnya dia tidak faham apa yang di maksudkan oleh Tengku Elman.

“Apa awak cakapkan ni?” soal Humaira bingung. Wajah Tengku Elman di tenungnya. Wajah lelaki itu tetap tenang.

“Jangan pura-pura tak tahu” jawab Tengku Elman lagi.

“Be.. betul saya tak tahu apa yang awak maksudkan..” balas Humaira.

“Awak jangan nak tipu saya.. Awak yang dermakan darah pada saya hari tukan? Lepas itu awak langsung tak jenguk saya kat hospital. Sebab awak ingat awak boleh lari dari saya...” ujar Tengku Elman sambil mendekati Humaira.

Humaira mengeluh panjang. Apalagi masalah yang akan menimpa dirinya. Dahlah fikirannya kusut untuk mencari wang bagi membiayai pembedahan Zeti, sekarang lelaki ini pula tiba-tiba muncul dengan karenahnya.

“Bukan saya yang derma darah tu! Awak silap oranglah..” jawab Humaira tenang.

“Bukan awak ke nama Ariana Humaira?” balas Tengku Elman sambil memengang lengan Humaira yang masih ada bekas sutikan jarum itu. Dia masih mengingati sebaris nama yang di sebut oleh sahabatnya. Sebiji nama arwah isterinya. Tak mungkin itu semuanya kebetulan. Tak mungkin!!

“Aduh!!” jerit Humaira. Tengku Elman terkejut mendengar suara Humaira yang mengaduh kesakitan. Entah kenapa tangannya gatal nak memengang lengan Humaira itu. Nasib baik Humaira memakai baju kurung. Terasa tangannya memegang sesuatu.

Humaira terkedu. Macam mana lagi dia mahu memberi alasan agar lelaki ini pergi jauh dari hidupnya.

“Awak.. Awak fikir terlalu banyak... Baik awak balik berehat. Lagi pun awak bukannya sihat sangat...” Humaira memberi alasan agar lelaki itu pergi dari mengekorinya.

“Saya tak akan pergi kalau awak tak jawab soalan saya. Dan kalau betul awak penderma itu, saya sanggup bayarkan berapa harga darah yang awak dermakan itu..” jawab Tengku Elman dengan lembut. Dia merasa kasihan melihat wajah Humaira yang mengaduh kesakitan tadi.

“Kan saya cakap bukan saya yang derma itu..” jawab Humaira geram.

“Awak ni degil jugakan.. Awak nak saya buktikan ker?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.

‘Kau tak pandai nak menipu, Humaira’ tajam sekali anak matanya memandang wajah di depannya itu.

“Ya.. Memang saya yang dermakan darah pada awak hari tu. Kebetulan darah saya sesuai untuk di dermakan pada awak. Memang saya perlukan duit, tapi saya tak suruh awak bayarkan darah itu pada saya.” Akhirnya Humaira mengaku juga. Tengku Elman tersenyum lega.

Setelah habis dia berbicara Humaira terus melangkah meninggalkan Tengku Elman di situ. Rasa mahu saja dia menangis saat itu. Namun dia harus cekalkan hati. Pak Teh dan Mak Teh tentunya lebih sedih lagi bila mengingatkan Zeti adalah satu-satunya anak mereka yang kini menderita sakit di hospital. Apa pun dia mahu membalas budi baik keluarga tersebut pada dirinya.

 

3 comments: