TENGKU Elman masuk ke
kamar dan seterusnya ke bilik air. Dia mahu mandi. Keluar dari bilik air,
fikirannya asyik pada gambar yang di tunjukkan oleh Ku Zurin tengah hari tadi.
Ingin saja dia lemparkan jauh-jauh wajah manis itu namun ia masih menerjah jua
ke benaknya.
Gadis
itu memang seiras dengan Ariana cuma kurang kelembutan pada wajah di dalam
photo itu. Rambut cuma paras bahu dan berpakaian ringkas. Sempat juga dia
memindahkan gambar itu dari handset Ku Zurin ke handsetnya tadi. Sekarang zaman
IT gambar boleh di ambil menggunakan telefon bimbit saja. Kalau jauh pun boleh
di zoomkan supaya dekat. Sebab itu dia boleh nampak dengan jelas wajah gadis
dalam gambar itu.
Seingatnya
Ariana tidak pernah berpakaian seperti itu bila keluar dari rumah. Dia paling
sopan dengan tudung dan pakaiannya menutup aurat. Tengku Elman Qaufar mula
bermonolog sendirian.
Tengku
Elman kaku di birai katilnya. Senyuman Ariana bermain-main di matanya. Ada
kerinduan mengisi di ruang hatinya. Telefon bimbitnya di ambil. Mahu melihat
kembali gambar yang di simpan dalam telefon bimbitnya itu. Siapa awak
sebenarnya? Ingin saja dia menjerit namun tidak keluar pun perkataan dari
kerongkongnya.
Tengku
Elman Qaufar bangkit dan terus menuju ke bawah. Dia mahu mengetahui sesuatu!
ISABELLA mendail nombor
Tengku Elman Qaufar. Namun dia mendapati telefon bimbit Tengku Elman di tutup.
Hatinya mula geram. Semenjak mereka balik ke Malaysia, dia merasakan Tengku
Elman seperti cuba menjauhi dirinya. Setelah habis mesyuarat sahaja dia sudah
lesap. Bukannya mahu beritahu kemana dia pergi.
Tengku Elman pergi
bersama Encik Johan. Mungkin mereka ada mesyuarat dengan klien fikirnya. Dan
kalau itu yang berlaku dia tidak kisah. Tetapi kalau mereka melencong ke tempat
lain memang dia akan terasa dengan perangai Tengku Elman. Hanya nampak Tengku
Elman masa mesyuarat sahaja. Selepas itu batang hidung dia langsung tak nampak.
Makin bingung dia
memikirkan perangai Tengku Elman. Kini dia sudah jauh berubah. Ini tak boleh
jadi. Nombor Tengku Suraya di dailnya. Dia mahu Tengku Suraya menasihati Tengku
Elman. Hanya itulah satu-satunya cara dia kembali rapat dengan lelaki yang
bernama Tengku Elman Qaufar.
PAGI
itu selepas mesyuarat, Tengku Elman Qaufar dan Encik Johan pergi ke Time Square
lagi. Dia ingin memastikan projek mereka berjalan dengan lancar. Tengku Elman
tidak mahu ada pihak memandang rendah akan kebolehannya. Kepercayaan mereka
harus di ambil kira.
Sedang
dia bercakap-cakap tentang rancangannya tiba-tiba matanya terpandang seseorang.
Perempuan yang mirip seseorang. ‘Ariana!!!’
Dengan
cepat kakinya terus mengejar gadis itu. Perempuan itu berjalan di celah orang
ramai. Tanpa menyedari ada orang mengejar dan memanggil namanya dari belakang.
Bagi gadis itu dia mahu segera sampai ke kedai kainnya. Dia baru pulang dari
menghantar barang.
Tengku
Elman Qaufar mempercepatkan lariannya agar gadis itu tidak pergi begitu sahaja.
Semalam dia kehilangan jejak gadis itu. Namun hari ini dia bertekad mahu
mengejarnya walau pun kemana gadis itu pergi.
Akhirnya
gadis itu berhenti sekejap apabila merasakan kakinya sedikit penat berjalan
dari tadi. Tengku Elman terus mendapatkan gadis itu dan terus memeluk gadis
itu. Gadis itu terpinga-pinga. Belum
sempat dia melabuhkan punggungnya, datang lelaki gila mana yang tiba-tiba
sahaja memeluk dia di khalayak ramai lagi itu. Dia benar-benar rasa malu.
“Ari..
Kenapa tinggalkan abang?” ujar Tengku Elman Qaufar. Dia memeluk erat gadis di
hadapannya itu. Tidak dia peduli akan pandangan sinis orang ramai kepadanya.
Yang penting dia sudah jumpa gadis yang dia lihat hari itu.
“Encik,
apa ni? Kenapa ni?” balas Humaira sambil meronta-ronta untuk di lepaskan. Dia
hairan dan sakit hati dengan perangai lelaki itu. Suka hati dia saja nak peluk
dirinya.
“Ari?”
Tengku Elman Qaufar tersenyum. Dia gembira melihat insan yang berada di
hadapannya ini. Memang tepat pandangan matanya semalam. Gadis ini memang wujud.
Pada mulanya dia menganggap itu khayalannya saja. Namun hari ini dia
benar-benar berjumpa dengan gadis itu.
“Encik,
tolong lepaskan saya..” Humaira cuba untuk meronta. Namun pelukan Tengku Elman
Qaufar begitu kuat untuk dia leraikan.
“Ari
kenapa tinggalkan abang?” soal Tengku Elman lagi. Dia masih memeluk kuat gadis
yang ada di depannya itu.
“Encik..
Lepaskan saya.. Saya bukan orang yang encik cari tu..” ujar Humaira dengan kuat
sekali. Tersentak Tengku Elman Qaufar di buatnya.
‘Bukan
Ari? Habis siapa dia?’ Perlahan-lahan dia merenggangkan pelukannya sebentar
tadi. Rasa malu pula kerana dia tersilap orang. Kemudian dia terus menarik
lengan gadis itu ke sudut yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai.
“Encik
ni kenapa? Sakitlah bodoh..” ujar Humaira dengan geram. Hilang sudah rasa
sopannya terhadap lelaki pelik itu.
“Awak
bukan Ari?” soal lelaki itu lagi. Dia mahu memastikan gadis tu benar-benar
bukan Ariananya.
“Tentulah..
Saya bukan Arilah encik! Encik ni rabun ke tak nampak orang yang betul. Saya
langsung tak kenal encik!!” jawab Humaira lagi.
“Sorry.. Saya tersalah orang” ujar lelaki
itu.
“Sorry.. Sorry.. Lain kali naik
lorilah..” jawab Humaira geram.
“Saya
betul-betul minta maaf..” ujar Tengku Elman Qaufar lagi. Dia benar-benar tidak
dapat mengawal dirinya. Kerana perasaan rindunya dia menganggap gadis di
depannya itu adalah Ariananya. Wajah yang betul-betul seiras.
“Tak
apalah, lain kali encik mesti tengok orang betul-betul. Terkejut saya tadi”
Humaira memarahinya. Entah lelaki itu dah gila kot atau dia memang tidak waras.
“Saya
ingatkan awak isteri saya...” sayu sekali bunyinya. Humaira memandang tepat ke wajah itu. Gila ke
apa laki ni?
Tadi
memang dia berasa marah sekali. Mana pernah dalam seumur hidupnya di peluk oleh
seorang lelaki. Memang dia berasa pelik
bila tiba-tiba saja dia di peluk oleh lelaki aneh itu. Namun bila dia mendengar
lelaki itu menyebut isteri, mungkin kerana wajahnya mirip wajah isteri lelaki
itu. Ada jugakah orang di dunia ini yang sama mukanya.Tetapi orang kata ada.
Ada tujuh orang yang sama rupanya di dunia ini.
“Siapa
nama awak?” soal Tengku Elman Qaufar. Dalam kekalutan di fikirannya sempat juga
dia bertanya nama gadis itu.
“Encik
tak payah tahulah..” jawab Humaira cepat. Mana mungkin dia akan memberitahu
namanya kepada lelaki asing ini. Mana tahu dia seorang penjahat ke, penjenayah
yang paling di kehendaki ke? Sekarang dunia bukannya selamat sangat!!
“Saya
perlu tahu nama cik..” ujar lelaki
separuh merayu itu. Mahu tidak mahu Humaira terpaksa juga memberitahu
namanya.
“Nama
saya Humaira. Panggil Ira saja” ujarnya. Dia tersenyum melihat gelagat lelaki
yang berdiri di hadapannya ini. Nampak kalut sangat.
“Saya
Elman. Panggil El pun boleh” Teringat dia kepada Ariana yang suka memanggilnya
abang El. Nama gadis itu pun serupa dengan nama hujung Ariana. Cuma bezanya
arwah di panggil ‘Ari’ dan gadis di hadapannya di panggil ‘Ira’. Tengku Elman
Qaufar tersenyum.
“Sekali
lagi saya minta maaf atas kelakuan kurang sopan saya tadi. Saya sangat
menyesal..” ujar Tengku Elman. Wajahnya mempamerkan rasa bersalah didepan
Humaira.
“Tak
mengapa. Lain kali encik jangan buat macam tu dengan orang lain.. Mau encik
makan penampar nanti. Tak pun tumbukan padu. Sedap kalau kena sepakan ke?
Manalah tau..” ujar Ira berseloroh.
“Awak
tinggal kat mana? Kerja kat mana?” soal Tengku Elman. Sengaja dia bertanya
supaya dia senang untuk mencari gadis itu kelak.
“Buat
apa nak tahu?” soal gadis itu.
“Saja.
Apa salahnya..” jawab Tengku Elman Qaufar. Namun matanya langsung tidak teralih
untuk memandang wajah gadis di hadapannya itu.
“Maaf..
Saya tak akan bagitahu pada orang yang baru saya kenali..” tegas Humaira.
Lelaki ini sungguh pelik! Baru kali pertama jumpa dia terus tanya tempat
tinggal dan tempat kerja. Mana dia tidak takut. Orang zaman sekarang bukannya
boleh di percaya. Nanti jadi macam-macam dia juga yang susah.
“Tak
apa kalau tak nak bagitahu” jawab Tengku Elman. Dia tersenyum. Logik juga mana
ada orang berani bagitahu tempat tinggal dan tempat kerja pada orang yang baru
di kenali.
“Maaf
saya pergi dulu. Saya ada hal lagi..” ujar Humaira.
“Okey..
jumpa lagi..” balas Tengku Elman. Dia tersenyum sampai ke telinga.
Humaira
terus berlalu meninggalkan Tengku Elman. Pelik betul perangai lelaki itu.
Sebelum ini dia pernah kenal ke dengan lelaki itu. Apabila dia menoleh lelaki
itu masih berdiri di situ sambil memerhatinya. Siap melambai tangan lagi ke
arahnya. Gila!! Gumamnya sendirian.
Tengku
Elman Qaufar terus mendail nombor Encik Johan. Dia ingin menyuruh Encik Johan
menyiasat latar belakang gadis itu. Hatinya seakan meronta-ronta bahawa dia
adalah ‘Ariana’. Entah mengapa semakin dia menidaknya namun hatinya tetap mengatakan
ia.
HUMAIRA
termenung di kamar tidurnya. Kelakuan lelaki pelik tadi mengganggu fikirannya.
Zaman sekarang ni ada juga lelaki yang setia pada wanita yang di cintainya.
Sungguh dia tidak percaya. Tetapi memang susahlah nak jumpa lelaki yang jenis
setia gila macam lelaki pelik itu tadi.
‘Hishh..
Kenapa aku susah payah nak ingat kejadian tadi. Tapi semakin dia cuba lupakan
semakin kuat pula ingatannya pada lelaki aneh itu.’
“Kak
Ira..ooo Kak Ira!!” tiba-tiba kedengaran suara Zeti dari luar biliknya.
‘Budak
ni mengacau betullah. Apa lagi ni?’ gumam Ira sendirian.
“Ya..
ada apa?” jawabnya perlahan.
“Mak
panggil turun makan malam.” balas Zeti. Sejak Humaira sampai tadi dia tidak
berkesempatan untuk menegur kakaknya itu.
“Ha..a..
Kakak nak turunlah ni..” jawab Humaira dari dalam.
Humaira segera bangkit dari katilnya. Semakin
dia duduk lama semakin kuat pula ingatannya pada lelaki itu.
“Marilah
duduk makan.. Tentu Ira dah laparkan? Mak Teh dah masak lauk kegemaran Ira
tau!” ujar Mak Teh lagi.
“Iya
bestnya.. Terima kasih Mak Teh.. Buat
susah-susah jer!”
“Tak
adalah susah sangat. Ira tu kerja sepanjang hari, entah makan ke tidak dia kat
kedai tu?”
“Makan..
Mana Ira lupa nak makan.. Itu satu kepentingan bagi Ira. Kalau Ira lapar mana
Ira boleh nak buat kerja.” Semua mereka ketawa.
Selepas
makan malam, Humaira menolong Mak Teh mengemas di dapur. Memang menjadi
kebiasaanya akan menolong Mak Teh jika dia berkesempatan.
PAGI-pagi lagi Humaira
sudah bersiap-siap hendak pergi ke kedainya. Sarapan sudah di sediakan oleh Mak
Teh. Begitulah orang tua tu walau pun dia kurang sihat, selagi dia mampu bangun
dia tidak lupa akan tanggungjawab kepada keluarganya.
“Mak
Teh. Kenapa sediakan sarapan? Kan Mak Teh tak sihat? Ira boleh tolong Mak
Teh..”
“Tak
apalah Ira, hal kecil je.. Lagi pun boringlah Mak Teh asyik duduk je dalam
bilik tu.”
“Ha..
iyalah tu.. Sarapan apa pagi ni? Tak sabar Ira nak merasanya.”
“Mi
goreng je..” jawab Mak Teh.
“Itu
dah lebih dari cukup. Makan banyak pun badan Ira masih macam ni juga..”
“Itu
baguslah untuk kesihatan Ira juga.. Entah-entah Ira tak makan tengah hari kat
kedai tu. Yelah sibuk dengan kerja sampai lupa nak makan”
“Hish..
Ira makan. Mana boleh Ira lapar time kerja.. Kalau Ira lapar semua kerja tak
menjadi tau.. Alih-alih Ira jadi mak harimau.. Rasa nak makan orang je”
guraunya. Tapi memang betul pun kalau dia lapar memang rasa nak marahkan orang
saja.
“Yelah
tu..”
Mak
Teh ketawa. Lucu dia mendengar kata-kata Ira. Tapi memang perangai Ira macam
tu. Tak boleh lapar sikit semua orang akan kena marah.
“Ketawalah
Mak Teh. Macam Mak Teh tak tahu perangai Ira” ujar Ira lagi.
“Pak
Teh mana? Dari tadi Ira tak nampak pun.” ujarnya sambil matanya melilau mencari
tubuh tua itu.
“Ada
didepan tu. Entah apa pula dibuatnya. Nanti masuklah dia tu”
“Mak Teh senang hati tengok Ira sekarang
sangat gembira. Tapi Mak Teh harap Ira sentiasa berhati-hati kat luar tu..”
pesan Mak Teh. Dia memang risau kalau-kalau ada orang mengenali Humaira di luar
sana. Dia tidak mahu kejadian berlalu berulang kembali. Dia sangat sayangkan
Humaira seperti anaknya sendiri. Selepas Humaira kehilangan ibunya, dialah
tempat Humaira menagih kasih.
“Itu
Mak Teh jangan risau.. Ira tau jaga diri.. Okeylah Mak Teh Ira pergi dulu nanti
membebel pula Arin kalau Ira lambat.” Humaira terus mengangkat plastik yang di
bawa balik dari kedainya semalam.
“Hati-hati
bawa kereta tu..” Mak Teh memberi peringatan.
“Baik
Mak Teh..” tangan Mak Teh di salaminya. Pipi Mak Teh di ciumnya.
Dia
menghidupkan enjin keretanya kemudian dia keluar menuju ke butiknya.
Sesampai di tempat
parking kereta, Humaira memberhentikan keretanya. Dia membawa plastik yang
berisi kain. Agak berat juga. Maklumlah kain tu semuanya mahal-mahal jadi dia
harus berhati-hati supaya pesanan pelanggan tidak rosak atau pun hilang.
“Assallamuailikum...”
terdengar suara garau menyapanya. ‘Siapa pula yang rajin menyapanya waktu
pagi-pagi begini?’ bisik Humaira dalam hati.
“Assallamuailikumm...
Tak jawab dosa..” suara itu mengulang lagi.
“Waaalaikumsallam..”
kini baru dia nampak wajah yang memberi salam. Apa pula lelaki pelik ni buat
kat sini? Dia tidak bekerjakah? Tapi dari segi pemakaiannya macam dia bekerja
dalam pejabat.. Tapi Entahlah!!
“Kenapa
tengok saya macam tu? Saya ni handsome
sangat ke?” lelaki itu mengusiknya. Merah muka Humaira.
“Perasan..
Awak ni tak ade kerja ke, pagi-pagi dah terpacak kat sini?” marahnya.
“Kerja
saya ialah tunggu awak seperti sekarang ini..” ujar lelaki itu. Suka dia
mengacau gadis di hadapannya itu.
“Perasan..”
jawab Humaira pendek.
“Awak
ni memang suka membuang masa dengan mengurat gadis ke?” soal Humaira lagi.
Sebelum ini dia tidak pernah pun jumpa lelaki itu di kawasan itu. Bermula dari
semalam dia di pertemukan dengan lelaki itu.
“Itu
salah.. Saya cuma nak mengurat dan berkenalan dengan awak saja” jawab lelaki
yang bernama Tengku Elman itu.
“Hishh!!
Sah dah tak betul dia ni..” Humaira terus berlalu meninggalkan lelaki itu.
Malas dia nak layan. Makin di layan makin menjadi pula.
“Ira..
tunggu..”
Namun
Humaira terus berjalan dengan laju dan bersembunyi di sebalik tiang yang besar
itu. Kelihatan lelaki tadi sedang mencari-carinya. Sekejap-sekejap dia
menjenguk ke arah ruang lobi itu. Setelah lelaki itu tidak kelihatan dia keluar
dari tempat persembunyiannya.
tak sabar nak tunggu next n3..
ReplyDelete