Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 6 March 2014

Kau Rantai Hatiku 39



HUMAIRA duduk di meja kerjanya. Kelihatan Kak Sofi mendekatinya. Entah secara tak sengaja dia terdengar Isabella memarahi Humaira. Ini mesti kes cemburu! Sebab ketika Tengku Elman mengusik Humaira pagi tadi dia pun ada dekat dengan mereka.

“Ira ada masalah ke dengan Cik Isabella? Akak tengok bukan main lagi dia marahkan Ira tadi?” soal Kak Sofi. Dia kasihan melihat Humaira yang di marahi oleh Isabella sebentar tadi. Sebenarnya bukan salah Ira pun. Tapi entah mengapa pagi itu Tengku Elman macam di rasuk hantu. Berkata yang bukan-bukan dengan Humaira. Mestilah Isabella cemburu. Lagi pun semua orang tahu Tengku Elman itu tunang Isabella.

“Biasalah kak.. Irakan orang baru dalam syarikat ini. Memang wajarlah dia marahkan Ira sebab buat kesilapan..” jawab Humaira dengan tenang.

“Tapi akak dengar dia marah bukan sebab kerja. Dia marah pasal Tengku Elmankan?” soal Kak Sofi tidak puas hati. Dia belum pekak lagi mendengar butir bicara Humaira dengan Cik Bella.

“Mana akak tahu? Akak curi-curi dengar ke?” soal Humaira cepat. Kalau tak curi dengar mustahil Kak Sofi tahu apa yang berlaku dalam bilik Isabella tadi.

“Akak tak sengaja terdengar Cik Bella marahkan kamu pasal Tengku Elman. Akak tahu Tengku Elman sukakan Humaira sejak dulu lagi. Dan Cik Isabella tu pulak tunang Tengku Elman. Mestilah dia marah kalau ada perempuan lain yang Tengku Elman suka. Dan yang jadi mangsanya ialah perempuan itu..” terang kak Sofi lagi.

“Ira tak faham apa yang akak cakap..”

“Maknanya, Cik Isabella cemburu melihat Tengku Elman rapat dengan Ira..”

“Ira yang salah kak. Ira tahu Tengku Elman tu tunang Cik Isabella tapi.. Ira terpaksa ikut cakap Tengku Elman.. Lagi pun selagi pelancaran itu tidak selesai selagi itulah kami akan sentiasa bekerja bersama..” luah Humaira lagi.

“Terpaksa? Apa yang Ira maksudkan. Kalau tak keberatan, Ira boleh ceritakan semuanya..” ujar Kak Sofi lagi. Dia percaya Humaira bukan jenis perempuan yang sebegitu. Seperti tuduhan Cik Isabella terhadapnya.

Humaira mengeluh resah. Kalau tak di beritahu, pasti Kak Sofi pun akan salah sangka seperti yang lain.

Perlahan-lahan dia menyusun ayat. Kemudian dia menceritakan segala-gala yang berlaku pada dirinya. Kak Sofi hanya mengangguk. Rupa-rupanya itulah cerita yang sebenarnya. Patutlah Tengku Elman terlalu mengambil berat akan perihal Humaira.

“Ira harap kakak simpan rahsia ini tau. Ira tak mahu orang makin salah sangka lagi.”

“Baiklah.. Akak faham. Cuma Ira berhati-hatilah ya… Manalah tahu Cik Bella serang Ira lagi macam hari tu..” Kak Sofi memberi peringatan.

Humaira mengangguk. Dia rasa bertuah sangat kerana Kak Sofi sudi mendengar masalahnya dan memberikannya sokongan. Dia juga tidak suka menuduh melulu seperti pekerja lain. Namun begitu dia terpaksa sabarkan hati.

HUMAIRA pergi berjumpa Tengku Elman di biliknya. Dia tidak tahu apa lagi yang Tengku Elman mahu buat kali ini. Dahlah tadi dia berjumpa dengan Cik Bella. Sekarang dengan Tengku Elman pula!macam-macam hallah hari pertama dia masuk kerja ini.

“Ira, saya nak awak keluar makan tengah hari dengan saya.. Kita akan jumpa seseorang!” begitulah arahan dari Tengku Elman.

“Atas urusan rasmi atau peribadi?” soal Humaira lagi.

“Kenapa bertanya macam tu?” soal Tengku Elman kehairanan. Sebelum ini, Humaira tidak bertanya begitu.

“Beginilah.. Kalau urusan peribadi, saya minta maaf. Saya akan menolak..” jawab Humaira dengan tegas. Kali ini dia tidak mahu sewenang-wenangnya menurut kehendak Tengku Elman. nanti dia juga yang susah.

“Atas urusan rasmi! Kenapa? Takut saya culik awak ke tempat lain?” soal Tengku Elman dengan wajah yang serius.

“Ermm taklah.. Manalah tahu nanti Tengku Elman mengambil kesempatan ke atas saya ni..” jawab Humaira teragak-agak. Takut juga jika lelaki itu marahkan dia lagi.

“Samalah tu.. Apa salahnya kalau saya nak ambil kesempatan.. sebab halal. Tak ada orang boleh melarang pun” selamba sahaja Tengku Elman menjawab Humaira. Humaira mendongak! Dia memandang wajah Tengku Elman yang berada beberapa meter di depannya.

“Apa?? Saya ni halal? Saya bukan makanan nak di kategorikan sebagai halal!!” marah Humaira lagi. Lelaki ini kalau dia tak buat dirinya naik angin memang tak sah!

“Awak ingat makanan je ke yang ada halal dan haram.. Kerja, manusia dan tingkah laku itu pun ada juga istilah halal dan haram!” jawab Tengku Elman sambil memandang wajah Humaira.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu..” ujar Humaira yang semakin bingung.. Tengku Elman!! Aku boleh jadi gila kalau sentiasa di desak buat perkara yang dia tidak suka!!!

Humaira menghenyakkan tubuhnya pada kerusi empuknya. Wajahnya tetap mencuka tanda protes dengan apa yang di arahkan oleh Tengku Elman tadi. Dia hanya mampu mengungkapkan perasaan geram sahaja ketika ini. Kak Sofi pula mendekati meja kerja Humaira. Nampak sangat gadis itu kelihatan tension.

“Kenapa Tengku Elman panggil tadi? Baru saja berjumpa dengan Cik Bella sekarang dengan Tengku Elman pula..” soal Kak Sofi.

“Dia ajak Ira pergi jumpa seseorang..”

“Jumpa seseorang?? Siapa? Apa masalahnya pula?”

“Entahlah.. katanya klien.. Masalahnya Ira malas nak keluar dengan dia.. Nanti macam-macam hal pulak.. Ira penatlah..”

“Ira pergi tak?”

“Terpaksalah.. Sebab Tengku ugut!!”

“Hish.. Angin apalah yang kena dengan Tengku ni.. Asyik nak buat perkara yang macam-macam..” ujar Kak Sofi.

“Entahlah Kak.. Ira pun dah rasa tak tahan dah…”

“Kenapa dengan Tengku tu?” soal Kak Sofi. Dia hairan dengan tingkah Tengku Elman yang sentiasa sahaja mencari mahu mendekati Humaira. Dia tahu Huamira tidak selesa dengan keadaan itu. Walaupun Humaira tak cakap tetapi dari wajahnya dia tahu.

“Entahlah Kak. Ira pun pening dengan karenah dia tu. Sikit-sikit panggil Ira. Macam tak ada orang lain. Nanti tunang dia marahkan Ira pulak!” bentak Humaira dengan perasaan kurang senangnya.

“Mungkin dia nak perhatian dari Ira kot!” usik Kak Sofi.

“Perhatian? Akak jangan merepek! Buat apa dia nak perhatian dari Ira? Ira bukannya siapa-siapa pun!” jawab Humaira dengan gelaknya. adakah patut, Kak Sofi cakap Tengku Elman mahu perhatian darinya. Mengarut sungguh bunyinya.

“Itu kata Ira. Kalau betul macam mana?” soal Kak Sofi tidak puas hati. Dia cakap benar, namun dia di ketawakan oleh Humaira.

“Kalau betul pun, Ira nak buat apa? Jangan merepeklah kak.. Nanti kalau tunang dia tahu habis Ira kena sembur lagi.. Ira tak naklah..” balas Humaira lagi. Kata-kata Kak Sofi memang tak masuk akalnya pun. Kak Sofi mencubit lengannya.

“Aduh!!” jerit Humaira lagi. Kebetulan Tengku Elman berada berdekatan dengan mereka.

“Kenapa Ira?” cepat sahaja dia bertanya. Humaira dan Kak Sofi menoleh. Kedua mereka terkejut melihat kehadiran Tengku Elman di belakang mereka.

“Awak okey Ira?” soal Tengku Elman lagi bila Humaira belum menjawab pertanyaannya.

“Mmm Ira okey.. Ni ada mak ketam ketip lengan Ira..” ujar Humaira selamba. Merah wajah Kak Sofi. Humaira ni memang tak pandai cover langsung.

“Oh.. Ingatkan ada apa-apalah tadi” Tengku Elman tersenyum. Merah wajah Kak Sofi mendengarnya. Nasib baik Tengku Elman tak dengar perbualan dia dengan Humaira tadi. Kalau tidak tak tahulah apa akan jadi. Kak Sofi tersenyum pada Humaira. Humaira membalas senyumannya itu.

“Kalau tak ada apa-apa, jom kita pergi..” Tengku Elman mengajak Humaira.

“Silakan Tengku..” balas Humaira. Tengku Elman tersenyum. Dia gembira melihat senyuman Humaira.

Sebaik sahaja Tengku Elman dan Humaira hilang dari pandangannya, Kak Sofi tersenyum girang. Suka benar dia melihat cara Tengku Elman melayan Humaira.

DALAM perjalanan, Tengku Elman dan Humaira masing-masing membisu. Untuk menunggu si gadis membuka mulut memang taklah.. Wajahnya muncung sahaja.

“Ira suka bunga tu tak?” soal Tengku Elman.

“Bunga??” soal Humaira lagi. Tengku Elman mengangguk.

“Jadi Tengkulah yang bagi bunga tu?” soal Humaira lagi.. Kelihatan Tengku Elman mengangguk.

“Ira ingat dari siapa? Itukan nama pendek saya..” akhirnya Tengku Elman mambalas kata-kata Humaira.

“TEQ? Tengku Elman Qaufar? Ira ingatkan mamat perasan manalah yang bagi bunga..” memang benar tekaannya pagi tadi tetapi sengaja dia nak sakitkan hati Tengku Elman yang tak pernah makan saman. Kali ini biar dia kenakan Tengku Elman.

“Mamat perasan? Ira maksudkan abang?” kini giliran Tengku Elman pula yang menyoal.

“Yelah manalah Ira tau itu nama Tengku.. Ira pun panggillah mamat perasan!!”

“Sampai hati Ira cakap abang ni mamat perasan.. Tapi memang betul pun. Abang memang perasan dengan Ira.. Abang gilakan Ira.. separuh mati. Nak buat macam mana?” kedengaran Tengku Elman ketawa. ‘Ada hati nak kenakan abang.. Kali ini biar abang pula yang kenakan sayang’ bisik Tengku Elman dalam hati.

“Yang Tengku berbahasakan diri tu abang kenapa? Lagilah Ira, hei.. tak tahu nak cakap apa dah!!” ujar Humaira geram. Kalau boleh rasanya dia mahu lumat-lumatkan wajah Tengku di sebelahnya.

Terdengar Tengku Elman masih juga tergelak. Humaira menjeling tajam.

“Okey kalau tak suka saya berbahasakan diri saya ni abang, kita kembali seperti dulu..”

“Macamlah saya ada suruh berbahasakan diri macam tu!!” Humaira mencebik. Tidak lama kemudian kelihatan lelaki separuh umur menuju ke arah mereka.

‘Dato Farid? Dia buat apa kat sini’ soal Humaira kehairanan.

Sorrylah.. Dah lama ke tunggu papa?” soal lelaki itu sebaik saja mengambil tempat didepan Humaira. Humaira dan Tengku Elman hanya tersenyum.

“Tak adalah papa. Kami pun baru sampai.. Kami belum order lagi makanannya..”

“Maaflah.. Jalan sesak sangat. Lagipun hari ini pemandu papa cuti.. sebab itulah papa lambat.” Dato Farid memberi penjelasan.

“Oh.. Humairakan?”

“YA saya Dato..” jawab Humaira sambil tersenyum.

“Humaira apa khabar?” soal Dato Farid yang baru tersedar kehadiran Humaira di antara dia dengan Tengku Elman. 

“Khabar baik Dato.. Dato pula apa khabar?”

“Hishh kenapa panggil Dato.. Panggil je saya papa..” ujar Dato Farid dengan pantas. Entah mengapa dalam ramai-ramai yang dia jumpa cuma gadis ini yang menarik perhatiannya. Bukan kerana dia ada iras-iras anaknya!! Bukan!! Tetapi terasa ada seuatu yang berada di sudut hatinya semenjak kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu!

“Malulah Ira nak panggil papa..” kedengaran suara tawa dari Humaira. Entah kenapa dia terasa dekat dengan lelaki separuh umur ini.

“Betul juga cakap papa tu.. Baik Ira panggil dia papa saja!” tukas Tengku Elman. Dia tidak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau kedua insan di depannya ini tahu mereka sebenarnya anak beranak!!

DALAM perjalanan pulang, Humaira berdiam diri. Tiada perkara penting pun yang mereka bincangkan dengan Dato Farid tadi. Tapi Tengku Elman beriya-iya mengajaknya keluar. Apa motif Tengku Elman sebenarnya. Makin di fikir makin sakit pula kepalanya dengan masalah yang tidak tahu dari mana puncanya.

“Tengku Elman tipu Irakan?” soal Humaira tidak tahan menyimpan persoalan dalam hati. Dia memandang wajah Tengku Elman yang sedang memandu itu.

“Tipu apa?” soal Tengku Elman kehairanan.

“Tengku cakap kita jumpa klien. Tapi kita jumpa Dato Farid..”

Tengku Elman tersenyum. Dia faham maksud Humaira. Tidakkah kau ingat itu adalah ayah kandung sayang!! Kalau abang beritahu pun bukannya sayang ingat!!

Sorry, saya tak berniat nak tipu Ira. Sebenarnya Dato Farid pun terlibat dalam pelancaran majlis itu nanti…” Tengku Elman memberi alasan. Pada hal dia sengaja mempertemukan anak dengan si ayah. Tetapi untuk memberitahu kebenaran, itu belum tiba masanya lagi.

“Sepatutnya Tengku ajaklah Cik Bella bukannya Ira. Lain kali kalau Tengku ajak Ira pergi mana-mana Ira tak nak ikut!!” bentak Humaira.

“Oh Iya ker? Kita tengoklah nanti.. Tapi yang pasti, Ira kena ikut cakap abang juga..” jelas Tengku Elman. Sikit pun dia tidak gentar dengan kata-kata Humaira. Terasa dia sangat gembira. Sekurang-kurangnya Humaira masih mengikut katanya walaupuan suka membentak.

“Itu yang Ira malas nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa!!” marah Humaira lagi. Lelaki di sebelahnya memang betul-betul menguji keimanannya. Dia menarik nafas kemudian dia menghembuskan kembali. Mahu menenangkan hatinya yang betul-betul geram. Manakala Tengku Elman hanya tersenyum girang!

5 comments:

  1. thanks dah makin berkembang langkah tengku elman. kesian dato farid tak tahu anak masih hidup

    ReplyDelete
  2. tq.. mmg kesian Dato Farid.. bila tiba masanya barulah dia tahu anaknya masih hidup..

    ReplyDelete
  3. Makin menarik. Bila laa nak terungkai segala kesulitan nih? Moga yang jahat dapat balasan yang setimpal. Jgn lepaskan mrk!

    ReplyDelete
  4. tq eifa..masih lama lagi.. ni baru permulaan Tengku Elman tahu siapa Humaira..

    ReplyDelete