Perlahan-lahan
Zafran Haicarl membawa beg besar keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.
Sementara itu dia mahu menunggu Alisha siap berpakaian. Maklumlah tadi selagi
dia ada di bilik, Alisha segan nak menukar pakaiannya. Kebetulan pada masa itu,
Sofia turun dari tingkat atas.
“You
nak pergi mana?” soal Sofia sebaik dia melihat Zafran membawa bagasi.
“You
tak payah nak menyibuklah. Ini hidup I” jawab Zafran.
“Mestilah
I nak tahu. You honeymoon kat mana?”
soal Sofia tidak senang hati. Yang sebenarnya lebih kepada perasaan cemburu!
“Bukan
ada kaitan pun dengan you! Ini urusan I dengan wife I. You tak sedar ke yang you dah jadi wife papa I. Jadi urusan you dengan papa I bukan I!” jawab Zafran
keras. Dia tidak suka melihat Sofia asyik mengekori bayang-bayangnya.
Sofia
sakit hati. Tidak pernah sekali Zafran mahu berbaik dengan dirinya. Semenjak
pulang dari London hari itu, Zafran sudah berubah sikap pada dirinya. Dia bukan
seperti Zafran Haicarl yang dia kenal dahulu.
“You
tak boleh buat I macam ni! You tak boleh sakitkan hati I..” suara Sofia
perlahan. Takut di dengari penghuni rumah itu.
“Kenapa
tidak! Lagipun masalahnya ini bukan urusan you. Urusan you dengan I dah lama
tak ada semenjak you pilih jalan ini. Itu pun you tak puas hati lagi? Sekarang
I kena teruskan hidup. I juga mahu hidup bahagia seperti insan lain. Dan mulai
hari ini, you jangan masuk campur dalam urusan I dengan wife I” tegas Zafran sekali lagi.
“Apa
yang bising-bising ni? Dari atas papa boleh dengar!” ujar Tuan Razman. Entah
apa yang di gaduhkan oleh dua orang itu pada waktu pagi begini. Cuma dia
melihat Zafran berdiri di sisi bagasi besarnya.
“Tak
ada apa-apa bang, Sofia hanya nak tanya mereka nak honeymoon kat mana? Tapi anak abang marah-marah pulak!” ujar Sofia
dengan rengeknya. Zafran menjeling tajam. ‘Pandai you berlakon depan papa I
kan?’ getus hati Zafran.
“Zaf,
tak kan itu pun awak boleh gaduh! Cakap jelah korang honeymoon kat mana? Itu pun salah ke?” Tuan Razman juga tidak suka
cara Zafran melayan isterinya. Tak boleh ke dia sekali sekala beralah.
“Papa..
Zaf malas nak gaduh dengan papa dan bini papa ni! Cuma Zaf harap mulai hari ini
papa dan wife papa jangan ganggu hidup Zaf. Zaf dah ada kehidupan sendiri. Zaf
tak nak ada orang masuk campur dalam urusan peribadi Zaf!” tegas sekali Zafran
memberitahu. Alisha yang baru keluar dari bilik mereka terkejut juga mendengar
suara Zafran yang agak meninggi itu. Nampak sangat keluarga ni bermasalah.
Namun dia tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka bertiga walaupun dia
adalah sebahagian dalam keluarga ini.
“Isha
dah siap ke?” soal Zafran sebaik saja melihat kelibat Isha didepan pintu bilik
bawah itu.
“Dah
bang..” jawab Isha takut-takut.
“Kami
pergi dulu pa...” ujar Zafran kepada Tuan Razman. Walaupun mereka sering
bergaduh tetapi dia tetap ada rasa hormat sedikit pada papanya itu. Tangan
papanya di salam. Namun sebuah jelingan tajam pula dia hadiahkan pada Sofia.
Alisha juga turut bersalam pada kedua dua insan itu.
Kelihatan
Pak Samad sedang sedia menunggu untuk menghantar mereka. Terus saja Pak Samad
mengambil bagasi yang di bawa oleh Zafran dan Alisha itu.
Sofia
terus menuju kebiliknya. Dia tidak mahu melihat keberangkatan Zafran dengan
isterinya itu. Dia jadi makin cemburu. Cemburu dia pada perempuan yang menjadi
isteri sah lelaki itu.
Dia
mahu menelefon seseorang. Seseorang yang dapat menolongnya untuk menjejaki
Zafran. Dia tidak akan membiarkan Zafran dan isterinya gembira begitu sahaja.
SEPERTI
yang di rancang, Zafran Haicarl membawa Alisha pergi melancong di Pulau
Langkawi. Negeri yang belum pernah di jejaki oleh Alisha. Cuti selama seminggu
di manfaatkan oleh sepasang suami isteri ini.
“Bang
tempat ni cantikkan? Teruja betul Isha tengoknya..”
“Memanglah
cantik tempat ni ditambahkan lagi dengan wajah isteri abang yang cantik ni..”
“Ishh
abang ni.. Isha puji tempat ni cantik bukan pasal Isha.. Apalah abang ni..”
Alisha menampar lembut lengan Zafran. Zafran tersenyum bahagia. Sudah lama dia
tidak merasa saat-saat bahagia begini.
“Isha
tak percaya ker..? Cuba Isha tengok sekeliling.. Semua pelancong jeles tengok
kita ni tau..?” ujar Zafran tidak puas hati. Dia mahu mengenakan isterinya.
Suka benar melihat wajah isterinya yang merona merah.. Alisha memerhati seperti
yang di katakan oleh Zafran itu. Ya memang benar mereka jadi perhatian para
pelancong di situ. Tiba-tiba Alisha naik malu..
“Abang
nak tanya Isha sesuatu boleh?”
“Tanyalah..
Apa dia?”
“Isha
pernah bercinta tak?” soal Zafran. Soalan itu membuatkan Alisha ketawa. Namun
kemudian dia menggeleng.
“Abang?”
soal Alisha kembali. Dia pun mahu tahu rahsia hidup suaminya.
“Pernah..”
“Pasti
abang tak dapat melupakan dia..” tembak Alisha lagi.
“Cinta
pertama tak semestinya tak dapat di lupakan. Jika kita sudah bertemu dengan
cinta sejati...”
“Habis,
abang nak cakap yang cinta abang yang sekarang ini sejati. Macam lagu kumpulan
wings yang dulu-dulu tu..”
“Sejati..
Itu yang kau ucapkan.. Bila janji ku genggam, bawah pohon kemboja...” Zafran
menyanyi bait-bait lagu itu. Alisha makin galak ketawa.
“Abang
malulah kat orang...” ujarnya lagi.
..........................
MALAM itu sekali lagi
Alisha terkejut dengan sikap romantic dari suaminya. Dia tidak tahu bahawa
Zafran sudah menempah meja untuk makan malam mereka berdua. Dia juga menempah
untuk orang bermain muzik.. Alisha begitu teruja dan gembira sekali. Dalam
hidup ini dia memang selalu di kejutkan dengan sikap romantik suaminya itu.
Memang dia seorang wanita yang sungguh bertuah sekali di dunia ini.
Selepas
makan malam, Zafran membawanya pergi bersiar-siar di sekitar hotel penginapan
mereka. Sungguh romantik sekali suasana malam itu. Setelah penat berjalan
akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang ke bilik hotel mereka.
“Kenapa
abang buat macam ni?” soal Alisha. Tiba-tiba dia jadi terharu dengan sikap
Zafran yang melayaninya begitu. Aah, mengapa cepat betul hatinya cair dengan
sikapnya. Suaminya ini memang sweet
sangat!
“Hei,
kenapa Isha menangis ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zafran panic. Dia
memang pantang kalau melihat air mata seorang perempuan.
“Tak
ada apa-apalah.. Isha tak sangka..”
“Abang
ni romantik?” Zafran berlagak tenang. Terus-terusan dia menggenggam jari-jemari
Alisha dan mengucupnya penuh kasih dan sayang.
“Tapi
kenapa abang layan Isha dengan baik macam ni?”
“Sebab
abang nak sayang tahu, abang sayangkan Isha.. I want you to know that I am in love with you.”
“Bahasa
Inggeris lagi.. Isha tak fahamlah..” usik Alisha lagi.
Zafran
tersenyum.
“Tak
mengapalah. Isha belajar sikit-sikit. Nanti lama-lama Isha akan faham.. yang
penting Isha belajar cakap I love you
dulu.. Itu bermaksud saya cintakan awak!!” Zafran menerangkan apa yang di
rasakan kini.
‘Huh
kalau itu saya pun tahu nak sebut dan maksudnya’ bisik hati Alisha. Namun dia
tersenyum gembira.
Di
dalam bilik pun Zafran tidak pernah lupa untuk bersikap romantik buat isteri
tercinta. Malam-malam mereka terus juga melapangkan masa bersama.
.............................
Shikin
mula rasa sepi, semenjak Alisha berkahwin, gadis itu tidak lagi bertandang ke
rumahnya seperti dulu. Entah dia mungkin betul-betul bahagia bersama Zafran
Haicarl. Dia mula rasa cemburu terhadap Alisha. Pada hal dia yang mula sukakan
lelaki itu. tetapi akhirnya lelaki itu memilih Alisha untuk di jadikan teman
hidup. Dia benar-benar rasa terkilan.
Dia
masih lagi duduk termenung. Mungkin Alsiha tengah menyulam bahagia. Dari apa
yang dia tahu, Alisha pergi honeymoon.
Bertuahnya kawan baiknya itu. Dapat lelaki yang kacak dan berduit pula tu!
Kenapalah nasibnya tidak sebaik nasib Alisha. Kemudian teringat tawaran Lina
hari itu. Mungkin aku boleh pergi ke KL. Manalah tahu untung nasibnya dia akan
bertemu dengan lelaki yang lebih kacak dan berduit dari Zafran Haicarl.
Tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Dia mula berangan.
Tapi
bagai mana kalau emak dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi? Tidak dia harus
nekad untuk mengejar impiannya. Impiannya yang ingin menjadi pelakon.
Shikin
mula berfikir lagi. Alangkah baiknya kalau dia dapat pergi ke KL bersama Lina.
Dia melihat Lina yang baru dua tahun bekerja sudah dapat membeli kereta baru
dan tiap-tiap bulan dia berikan wang kepada kedua orang tuanya.
Tapi
kalau emak dan ayahnya tidak bersetuju macam mana? Argh!!! Dia harus memikirkan
cara lain. Terus sahaja dia masuk ke biliknya. Dia mengambil beg pakaian besar.
Satu persatu helai pakaian di masukkan ke dalam begnya itu. akhirnya dia
menzipkan begnya itu. malam ini dia akan berbincang dengan kedua orang tuanya.
Sebelum itu dia mahu menelefon Lina terlebih dahulu.
Akhirnya
kata sepakat sudah di ucap. Kalau kedua orang tuanya tidak bersetuju pun dia
tetap akan pergi.
Malam
itu selepas makan malam, Shikin duduk dekat dengan emaknya. Ada perkara penting
yang dia harus beritahu. Ternyata apa yang difikirkannya petang tadi terjadi.
Emak dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi ke Kuala Lumpur. Menurut mereka
dia tu anak gadis. Jadi mereka sangat risaukan tentang keselamatan anak gadis
mereka. Biar pun beberapa kali Shikin memujuk, namun niatnya itu tetap di
tolak.
Shikin
benar-benar rasa sedih. Tak apa, mungkin bukan hari ini dia pergi. Bila tiba
masa yang sesuai, tiada siapa dapat menghalangnya lagi. Dia nekad akan pergi ke
Kl juga suatu hari nanti.
best........
ReplyDeleteBest.....tk ada sambungan lagi ke?
ReplyDeleteBila nak sambung rasa tak sabar Nak tahu cerita seterusnya.......
Delete