Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday 25 October 2012

Cerpen: No Duit No Cinta


Syafira termenung lagi. Di mana dia harus mencari duit untuk merawat neneknya yang sakit itu. Bukan sedikit kos rawatan itu. Gajinya sebulan pun tak mampu untuk menampung rawatan nenek. Kata-kata doktor itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Macam mana dia nak cari duit yang cepat dan tiada masalah kemudian hari.

“Wei.. Syamirul nak jumpa kau!” ujar Aya mengejutkan lamunan Syafira.

“Buat apa dia nak jumpa aku? Bukan ke ramai lagi awek lain dia boleh jumpa?” soal Syafira hairan. Dalam ramai manusia dalam dunia ini, dia juga yang lelaki itu cari! Dia sebenarnya tidak suka dengan perangai lelaki itu. Perangai yang di ibaratkan buaya darat! Perkenalan mereka sebulan lalu membuatkan lelaki itu tidak henti-henti menganggu hidupnya. Kadang-kadang dia naik rimas pula.

“Entahlah katanya ada hal. Lagipun dia dah cuba call awak tapi handphone awak tutup. Sebab itu dia sampaikan pesanan ni..” jawab Aya lagi.

Baru Syafira teringat. Balik dari hospital tadi dia langsung tidak mempedulikan telefon bimbitnya. Mana dia pernah offkan hanphone. Mungkin bateri dah habis. Memang betul tekaannya. Malam tadi dia lupa mengecas bateri telefonnya.

……………………

Dari jauh kelihatan lelaki itu sedang menunggunya. Kali ini apa pula yang lelaki itu mahukan darinya. Kalau lelaki itu berdegil juga mahu menganggu hidupnya dia akan kenakan syarat. Biar padan muka lelaki tu!!

“Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Syafira terus sebaik saja dia melabuhkan punggungnya. Dia tidak mahu berlama-lama dengan lelaki itu. Dia ada hal lain lagi.

“I rindu nak tengok wajah you” jawab Syamirul dengan selamba. Syafira mencebik. Dia tidak suka mendengar ayat maut lelaki itu!

“Tolong jangan nak merepek di siang harilah ya. Kalau itu je yang awak nak cakap, saya nak blah dulu..” dia mahu bangun.

“Fira wait..” ujar Syamirul cepat. Wajah gadis itu di tenunginya. Gadis itu seperti mahu melarikan diri darinya. Bersusah payah dia meminta tolong dari Aya baru hari ini dia berkesempatan dapat berjumpa dengan gadis itu. Sekarang dia nak pergi macam tu saja!! Ini Syamirullah!!

“Saya tak ada masa nak buang masa dengan awak. Kalau ada hal penting cakap cepat! Saya ada hal lagi ni..” ujar Syafira dengan marah. Dia tidak suka di permainkan seperti itu. Lelaki ni bukan boleh di percaya sangat.

“Tapi I memang serius.. I miss you..” sekali lagi Syamirul meluahkan rasa. Entah mengapa semenjak kali pertama dia bertemu dengan gadis itu, hatinya bagaikan tertarik dengan kelembutan gadis itu. Walaupun dengan dia, gadis itu selalu berkasar, namun kekasaran itu tidak dapat menutup sifat kelembutan pada gadis itu!

“Sekali lagi awak merepek jangan harap dapat jumpa saya lagi..” ugut Syafira. Syamirul menelan air liurnya. Gadis ini memang serius berkata begitu. Arghh betapa bodohnya dia!!

“Habis tu you nak I buat apa?” soal Syamirul seperti orang bodoh.

“Awak tahukan dunia sekarang, dunia duit?”

“Tahu.. habis you nak I buat apa?”

“Kalau awak nak keluar dengan saya boleh, tapi dengan syarat!”

“Apa syaratnya?”

“Macam ni sajalah.. Kalau awak nak keluar dengan saya, awak mesti bayarkan saya..” entah tiba-tiba sahaja idea gilanya datang. Lelaki ini selalunya tidak kisah dengan duit. Janji dia dapat apa yang dia mahukan.

“Bayarkan you?” tergelak Syamirul mendengar kata-kata Syafira. Syafira mengangguk.

 “No duit No cinta. Maksudnya setiap kali awak keluar dengan saya, awak mesti bayarkan saya sebanyak RM 500. Itu pun kalau awak setuju. Kalau tak…” belum sempat lagi Syafira menghabiskan ayatnya.

“I setuju..” jawab Syamirul dengan cepat. Sekali lagi Syafira terkejut. Biar betul lelaki di depannya itu. Banyak tu RM 500. Mentang-mentang dia anak orang kaya. Apalah sangat RM 500 tu. Macam bantuan BRM 1 Malaysialah pula! Kalau setiap hari dia keluar dengannya memang senanglah hidup macam tu.

“Okey.. kalau awak setuju, awak mesti bayar pada saya selepas kita keluar bersama..” ujar Syafira selamba. ‘Kita tengoklah nanti. Sama ada awak bertahan nak bayarkan saya’ bisik Syafira dalam hati. Dia tersenyum sendirian. Terbayang-bayang wajah nenek Kalsom yang kini berada di hospital. ‘Fira akan cari duit untuk biayai kos pembedahan nenek. Tapi nenek janji, nenek mesti bertahan untuk Fira dan Herman.’

…………………………………

Syamirul memang tidak lupakan janji mereka. Biar pun dia terpaksa mengeluarkan duit untuk bersama dengan Syafira dia tidak kisah. Apa yang pasti ketika bersama Syafira hatinya begitu gembira. Sehingga satu saat dia terlalu rindukan wajah gadis itu.

Namun selepas pertemuan beberapa hari yang lalu, gadis itu mula menyepikan diri. Bila di telefon, panggilannya langsung tidak di jawab. Begitu juga dengan sms.

Sementara itu, setiap hari Syafira menemani neneknya di hospital untuk rawatan. Itu pun setelah dia puas memujuk neneknya. Barulah neneknya bersetuju untuk membuat pembedahan. Mujurlah pembedahan itu berjaya dan dia cuma menjaga neneknya di hospital.

Kini tiba-tiba pula dia teringat kepada Syamirul. Dia tahu pasti lelaki itu sibuk mencarinya. Panggilan dari lelaki itu saja boleh mencecah berpuluh-puluh ‘miscall’ dalam masa sehari. Sms apa lagi. Namun dia langsung tidak menjawab panggilan dan sms dari lelaki itu. Biarlah dia. Nanti bila dia sudah bersedia, dia akan berterus terang dengan lelaki itu. Dia mahu memutuskan hubungan yang tidak masuk akal itu!

‘Hish mana pula dia ni? Kemana dia menghilang selama ni? Dia nikan suka sangat nak dera perasaan aku!’ bisik Syamirul dalam hati. Panggilannya tidak di jawab. Sms pun sama. Apa lagi nak jumpa. Gadis itu benar-benar buatkan dia gila! Di pejabat dia asyik merenung handphonenya manalah tahu gadis itu membalas sms atau membalas panggilannya. Namun hampa.

“Apa yang awak tenungkan tu?” soal Faizul kawannya. Dari tadi dia memerhatikan Syamirul asyik merenung terus ke handphone miliknya itu. Rasanya tenungan Syamirul boleh menembusi ke dalam handphone itu. Sebelum ini, kawannya itu tidak pernah berperangai pelik begini!

“I tak dapat hubungi Syafira..” jawab kawannya itu.

“Tu je? Habis kenapa awak susah hati? Bukan ke awak ada ramai awek di luar sana. Melly, Anim, Sara. You pilih sajalah dengan siapa yang you nak.. Apa susah!!” ujar Faizul lagi.

“Yang susahnya hati aku ni!!” jawab kawannya itu lagi.

Faizul terdiam. Entah apalah istimewanya perempuan mata duitan itu pada Syamirul. Setahu dia perempuan itu hanya mahukan duit Syamirul saja bukannya cinta. Arghh dia sama saja macam perempuan yang mengejarnya di luar sana!!

“Apa yang istimewa sangat perempuan mata duitan itu? Dia sama saja macam perempuan di luar sana. Dia hanya mahukan duit awak je!”

“Awak jangan panggil dia macam tu! Lagipun dia tak sama dengan perempuan di luar sana tu!!”

“Mana taknya, setiap kali awak keluar dengan dia, awak kena bayarkan dia RM 500.. Bukan mata duitan namanya?”

“Aku yang setuju dengan syarat dia..” jawab Syamirul perlahan. Teringat kembali ketika gadis itu mengenakan syarat sebegitu. Dia terus sahaja bersetuju.

“Itu syarat dia? Dan awak setuju? Awak ni dah gila ke apa?” soal Faizul sambil ketawa.

“Entahlah.. Tapi katanya, no duit no cinta…” teringat kembali kata-kata yang keluar dari bibir Syafira tempoh hari.

“No duit, no cinta.. Hebat!!” ujar Faizul lagi. Dia sudah tidak faham dengan perangai kawannya yang seorang itu. Semenjak bertemu dengan perempuan mata duitan itu, nampaknya dia sudah jauh berubah.

“Aku rasa…”

“Rasa apa?”

“Aku jatuh cinta dengan dia..” ujar Syamirul perlahan.

“Apa???”

“Aku yakin, aku sudah jatuh cinta dengan gadis no duit no cinta!”

“Apa-apalah kau ni!!” gelak Faizul.

“Aku tak pernah rasa sebegini dengan mana-mana awek di luar sana.. Dan aku tak peduli kalau orang cakap aku gilakan gadis mata duitan...”

“Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi kalau awak dah jatuh cinta dengan gadis tu..” balas Faizul.

Akhirnya penantian Syamirul juga berbalas apabila dia menerima panggilan dari Syafira. Katanya dia mahu berjumpa dengan Syamirul.

……………………………

Petang itu Aya melawat nenek Kalsom di hospital. Sambil itu dia ada hal penting yang ingin di sampaikan kepada Syafira. Bukannya apa setiap hari dia yang pening melayan karenah Syamirul yang bertanyakan hal Syafira pada dirinya.

Aya menarik Syafira supaya berada agak jauh dari katil pesakit. Syafira hanya menurut sahaja. Dia tahu sahabatnya pasti ada hal yang ingin di sampaikan. Ada riak tidak puas hati di wajah Aya.

“Awak tau tak, setiap hari Syamirul bertanyakan hal awak pada saya..”

“Dia tanya apa? Takkan dia nak cari aku? Lagipun diakan ramai awek?” soal Syafira hairan. Sepatutnya ketiadaan dia menggembirakan lelaki yang bernama Syamirul itu. sebab setiap kali lelaki itu keluar dengannya melayanglah duit lelaki itu sebanyak RM 500.

“Masalahnya hari-hari dia bertanyakan pasal awak pada saya.. saya pun tak tau nak jawab apa?”

“Sepatutnya dia gembira kalau saya tak ada di sisi dia.. Sebab dia kena keluarkan duit untuk bayar masa saya tu!” bisik Syafira ke telinga Aya..

“Itu aku tak taulah.. Tapi macam mana? Nak saya beritahu di hal yang sebenarnya ke?” soal Aya lagi.

“Tak payahlah.. Nanti saya akan call dia bila nenek dah sihat semula. Buat masa ini memang saya menyepi dulu. Lagipun nenek perlukan perhatian dari Fira. Masalah tu nanti Fira selesaikan bila nenek benar-benar sembuh nanti.”

“Okeylah kalau macam tu.. Aku takkan pecah rahsia kita..” balas Aya lagi sambil tersenyum.

“Terima kasih..”

“Sama-sama.. Aku balik dululah ya.. Kalau ada apa-apa nanti call aku tau!!”

“Ye aku tau! Terima kasih..”

Aya pun pulang ke rumah sewanya. Sementara itu Syafira pula masih setia menjaga neneknya. Hanya di hujung minggu sahaja dia balik kerumah sewanya sekejap!

…………………………….

Di taman itu kelihatan Syafira sudah menunggu Syamirul di sebuah kerusi yang selalu mereka duduk. Sedaya upaya Syafira tersenyum melihat kedatangan lelaki itu.dalam hatinya dia sebenarnya bimbang kalau Syamirul tidak bersetuju dengan keputusannya.

“Awak, apa khabar?” soal Syafira sebaik saja Syamirul melabuhkan punggungnya.

“Baik.. You pulak?”

“Fira baik saja.. Fira minta maaf kerana mengganggu awak..” jawab Fira sambil tersenyum.

Senyuman itu benar-benar menggugat perasaan Syamirul yang sedang merindukan gadis itu. namun egonya mengatasi segala-galanya.

“Ada apa Fira nak jumpa I ni?” soal Syamirul resah. Pada hal beberapa minggu ni dia asyik merindukan wajah itu.

“Fira dah fikir masak-masak, cukuplah hubungan kita sampai di sini saja.. Fira minta maaf banyak-banyak…” perlahan Syfira menuturkan ayat yang ingin di sampaikan.

“Kenapa you buat I macam ni?” ujar Syamirul. Tadi dia tiba-tiba mendapat panggilan dari Syafira setelah dua minggu menyepikan diri. Sekarang perasaannya yang tidak sedap hati itu terjawab. Syafira mahu memutuskan perhubungan mereka. Biasanya dia yang memutuskan sebuah perhubungan dengan seorang gadis. Namun kini seorang gadis pula yang memutuskan hubungan dengannya.

“Dulu you cakap tak ada duit tak ada cinta. Apa yang kurangnya? Setiap kali kita berjumpa, I bayarkan you bukan? Jadi apa masalahnya sekarang?” soal Syamirul mula naik marah. Dia rasa sangat kecewa mendengar keputusan Syafira.

Syafira hanya diam. Dia tahu lelaki itu sedang marah. Tapi lelaki itu tidak perlu marahkan dirinya macam tu sekali kerana setahu dia ada ramai perempuan di luar sana yang sukakan lelaki itu.jadi apa masalah lelaki itu sebenarnya?

“Ya.. memang betul. Sebab itu saya datang jumpa awak. Saya nak ucapkan selamat tinggal kepada awak!” perlahan saja Syafira menuturkan kata. Dia tahu lelaki itu benar-benar bengang dengannya. Dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu sangat emosi pada dirinya. Setahu dia, lelaki itu tidak pernah berperangai pelik macam itu.

“You nak tinggalkan I macam tu saja. Jadi buat apa selama ini I bayarkan cinta you untuk I?” soal Syamirul tidak puas hati.

“Atau ada lelaki lain yang bayarkan lebih lumayan dari I?” soal Syamirul lagi. Tiba-tiba hatinya di asak rasa cemburu. Dia pernah nampak Syafira dengan lelaki lain. Nampak akrab sangat. Namun dia diamkan diri. Kerana dia tidak mengenali sangat peribadi Syafira.

“Sebab itulah saya datang ni nak minta maaf. Pasal duit tu saya akan bayar balik. Terima kasih kerana tolong saya selama ini. Dengan duit itu orang yang saya sayang selamat. Terima kasih sangat. Dan saya berjanji akan bayar balik duit yang awak bayarkan pada saya selama ini. Saya pun tidak mahu menyusahkan awak lagi. Dan maafkan saya sekiranya saya telah menyakiti perasaan awak. Saya benar-benar minta maaf…” ujar Syafira panjang.

Syamirul hanya mendiamkan diri. Tanpa sedar Syafira sudah melangkah pergi. Namun Syamirul cepat tersedar dan bangun sambil tangannya menyambar lengan Syafira.

“Apa maksud you? You tak boleh tinggalkan I macam tu..”

“Kenapa tak boleh pula?”

“Memang tak boleh..”

“Mengapa? Sepatutnya awak gembira kerana awak tak payah susah-susah keluarkan duit untuk keluar dengan saya.”

“Tapi I tak nak putuskan hubungan kita macam ni saja..” ujar Syamirul lemah.

“Kan saya berjanji akan bayarkan duit itu nanti.. Saya pun tak nak ada apa-apa hubungan dan hutang dengan awak lagi. Cukuplah dengan duit awak hari itu telah menyelamatkan nyawa nenek saya. Sebab saya dan adik saya hanya ada nenek saja di dunia ini. Dan saya sanggup lakukan apa saja asalkan nenek kembali sihat seperti dulu…”

“Adik? Maksud awak lelaki itu adik awak?”

“Ya.. dialah satu-satunya adik lelaki saya yang bernama Herman.”

Dalam diam, Syamirul tersenyum gembira. Dia tidak menyangka lelaki yang di cemburuinya itu sebenarnya adik Syafira. Lucu betul!! Malulah dia kalau Syafira tahu apa yang ada dalam kotak fikirannya itu.

“Kenapa awak senyum macam tu?” Syafira hairan tiba-tiba.

“I nak kahwin dengan you!” spontan saja ayat itu keluar dari bibir Syamirul.

“Apa??” ujar suara Syafira separuh menjerit. Lelaki ini memang suka buat keputusan yang memeranjatkan dirinya.

“Yuppp. I nak lamar you jadi isteri I…” ujar Syamirul perlahan sambil mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna biru tua. Lalu di bukanya kotak cincinnya itu. Dia sudah memikirkan hal itu dalam-dalam. Dan orang tuanya pun bersetuju. Mereka terima saja siapa gadis pilihan anak mereka. Sebab inilah kali pertama Syamirul beriya-iya mahu memperkenalkan gadis pada mereka. Dan anak mereka nampaknya benar-benar serius.

“Saya tak nak. Saya minta maaf. Saya sanggup gantikan duit awak dari berkahwin dengan lelaki macam awak!” kotak cincin itu hanya di pandangnya saja. Lelaki ini tak sudah-sudah mahu merumitkan hidupnya. Berubah wajah Syamirul bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Syafira. Gadis ini tidak sudah-sudah mahu menduga perasaannya.

“Senangnya you nak tinggalkan I sekarang!! Dengar sini, saya tak akan membiarkan you pergi macam tu sahaja dari hidup I. Selepas you dah curi hati I!!!” jerit Syamirul. Dia tidak peduli dengan pengunjung yang datang ke taman itu. dia rasa geram dan kecewa sangat.

“Aku tak peduli.. Aku tak ingin pun nak curi hati awak tu!!” balas Syafira lagi.

Syafira tetap berdegil. Dia menolak lamaran dari lelaki buaya itu. Dia tidak sanggup untuk berkongsi hidup dengan lelaki yang sentiasa di kejar oleh gadis lain! Dia terus meninggalkan Syamirul di taman itu.entah mengapa hatinya ada perasaan sedih pula bila melihat wajah Syamirul yang benar-benar sedih dengan penolakannya tadi.

……………………………..

Syamirul seakan-akan mati akal. Macam mana dia mahu memujuk gadis itu agar sudi berkahwin dengan dirinya. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Dia benar-benar sudah jatuh cinta pada gadis itu. Namun ada seorang sahaja yang dapat menolongnya dalam situasi ini. Dia harus bertemu dengan Aya. Mungkin Aya boleh menolongnya menyelesaikan perkara ini.

Dia segera berjumpa dengan Aya di sebuah restoran yang di janjikan. Melalui Aya, dia mendapat sedikit maklumat. Rupa-rupanya benar Syafira menggunakan duit yang dia berikan itu untuk membiayai kos rawatan neneknya. Mulia sungguh hati Syafira. Rasa sayangnya makin mendalam terhadap gadis itu. Dia tersenyum. ‘Aku akan menjadikan dia suri hidupku juga. Aku tidak mahu gadis lain..’ Nekadnya. Kalau Syafira menolak lamarannya, dia masih ada cara lain agar gadis itu berkahwin dengannya.

Hujung minggu itu dia datang ke rumah Nenek Kalsom. Syamirul menceritakan niat hatinya yang jujur mahu memperisterikan Syafira. Namun niat baiknya di tolak keras oleh Syafira.

Kemudian dia memberitahu rahsia yang selama ini di simpan oleh Syafira sendiri. Apalagi marahlah nenek Kalsom terhadap cucu kesayangannya. Patutlah hari itu, Syafira bersungguh-sungguh mahu dia menjalani rawatan di hospital hari itu. Rupa-rupanya cucunya mendapatkan duit dengan cara yang tidak halal. Di mana dia mahu letakkan muka? Biar apa pun alasan cucunya dia tetap akan memastikan cucunya berkahwin dengan lelaki yang telah banyak menolong mereka sekeluarga.

Mahu tidak mahu, Syafira terpaksa menerima pinangan dari keluarga Syamirul atas nasihat neneknya. Sebelum itu dia puas di marahi oleh neneknya. Dia tidak menyangka lelaki seperti Syamirul akan serius dengan perhubungan mereka.

.............................

Dua bulan kemudian

Majlis pernikahan itu berjalan dengan lancar. Dan Syamirul tidak menyangka yang dia akan hidup bersama dengan gadis yang di gelar no duit no cinta. Dia berasa sangat gembira kerana orang tuanya juga merestui pilihan hatinya.

Bilik pengantin itu di buka perlahan dari luar. Ketika itu Syafira sedang membetulkan bantal di atas katil. Dia mahu katil itu kelihatan kemas. Manakala Syamirul menutup pintu dengan perlahan tanpa membuat bunyi. Dia tersenyum nakal taktala melihat isterinya sedang mengemas katil mereka. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Lalu tubuh itu di peluk dari belakang.

“Arghh!!” jerit Syafira. Hampir saja tangannya mahu memukul tangan yang memeluk pinggangnya.

Syamirul mendudukkan Syafira di atas katil. Tetapi tangannya tidak lepas dari memengang jemari isterinya. Kelihatan isterinya malu-malu pula.

“Sayang…” panggil Syamirul dengan lembut. Syafira tidak berani mengangkat mukanya. Dia rasa sangat malu. Malu untuk bertatapan mata dengan si suami.

“Sayangku Syafira… tengoklah muka abang yang ni..” ujar Syamirul sambil mengangkat dagu isterinya.

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Dan abang minta maaf sekiranya abang pernah menyakiti hati sayang…”

“Fira pun ingin mengucapkan terima kasih pada abang sebab sudi terima Fira jadi isteri abang. Fira tahu Fira banyak buat salah dan dosa pada abang.. Tapi Fira lakukannya demi nenek..” tiba-tiba saja hatinya berasa sayu. Teringat dia bagaimana nenek Kalsom marahkan dia sebaik saja rahsia itu terbongkar. Dan katanya walau apapun alasannya mahu menolak pinangan Syamirul, neneknya tidak akan terima.

“Shhh.. sayang jangan sedih. Abang dah maafkan segala kesilapan sayang tu..” ujar Syamirul sambil memeluk wanita yang di dambakan siang dan malamnya.

“Betul ke ni?” soal Syafira dengan senyuman di bibir.

“Betul! Dan sayang tak perlu nak bayar balik duit tu sebab sayang dah kahwin dengan abang. Cuma abang nak, kali ini biarlah sayang cintakan abang dengan ikhlas. Sebab abang pun cintakan sayang dengan ikhlas. Tak ada perkataan No Duit No Cinta”

“Abangkan dah jadi suami Fira. Sudah tentu cinta Fira untuk lelaki yang bergelar suami Fira saja.”

“Pandainya nak kenakan abangkan. Baguslah kalau benar sayang cinta pada abang. Tapi kenapa dulu Fira asyik main sembunyi-sembunyi dengan abang? Sekejap ada, sekejap tak ada?” soal Syamirul. Wajah itu di renunginya. Kelihatan Syafira tidak selesa dengan renungannya itu.

“Sebab abangkan ada ramai peminat.. Nanti tak pasal-pasal awek abang gaduh dengan Fira. Fira tak naklah kena bantai dengan awek abang tu. Sebab itulah Fira main sembunyi-sembunyi dengan abang dan bagi syarat macam tu..”

“Kenapa sayang bagi syarat macam tu?” soal Syamirul lagi. Dia masih tidak puas hati dengan alasan si isteri.

“Sebab Fira tak tahu macam mana nak cari duit lebih untuk rawatan sakit nenek. Sambil itu Fira ingat abang akan berputus asa dan salah sangka dengan Fira supaya abang tinggalkan Fira. Manalah Fira tahu lain pula jadinya…” ujar Syafira berterus terang.

“Mestilah.. Sebab niat sayang tu baik. Bukannya sayang sengaja nak buat macam tu! Sebab itulah tuhan balikkan hati abang sukakan sayang..”

“Pandailah abang nikan? Ada pula macam tu?”

“Masa tu kemana sayang menghilang selama dua minggu? Sayang tau tak masa tu abang cari sayang di mana-mana? Bertanya pada Aya pun dia tak nak beritahu hal yang sebenarnya..”

“Tahu..Aya ada beritahu dengan Fira. Tapi Fira yang suruh dia tak cakap apa-apa pada abang. Masa tu Fira jaga nenek. Sebab itu Fira minta cuti tanpa gaji. Nak harapkan Herman dia masih belajar.”

“Sayang sampai hatikan biarkan abang rindukan sayang. Sayang tau tak masa tu, abang dah macam orang tak betul. Ini semua gara-gara sayang yang tinggalkan abang tanpa berita. Lepas tu sayang datang tiba-tiba minta putus. Mengapa sayang buat macam tu?” soal Syamirul mengingati peristiwa itu. Pada mulanya memang dia rasa sangat kecewa bila Syafira meminta hubungan mereka di putuskan. Namun dia tidak berputus asa. Dia cuba mencari jalan untuk membuatkan Syafira menerimanya kembali.

“Sebab Fira rasa itu jalan yang terbaik buat kita berdua..”

“Namun jodoh kita kuat. Dan sayang tak boleh lari dari abang lagi. Abang benar-benar cintakan sayang..” Syafira tersenyum bahagia. Dia tidak sangka cintanya untuk lelaki yang di gelar buaya itu.

“Fira pun cintakan abang. Cinta Fira sebenarnya hanya pada yang halal..”

Syamirul mengeratkan lagi pelukannya. Sekarang baru dia faham dan dia bahagia sangat. Tak sangka perempuan yang di gelar mata duitan oleh Faizul itu menjadi pilihan hatinya. Dan bukan setakat itu, dia terharu bila mendengar pengorbanan yang di lakukan oleh isterinya.

Wednesday 24 October 2012

Kau Rantai Hatiku 18


BAB 18

PETANG barulah mereka berdua pulang ke pejabat semula. Namun Tengku Elman terus berhenti di tepi tempat Humaira parking keretanya. Dia juga memberitahu Humaira supaya tidak payah masuk ke pejabat semula. Dia sengaja memberi perlepasan agar Humaira balik awal. Katanya takut Humaira tak sempat pergi ke hospital jenguk Zeti.

“Terima kasih sebab bawa saya pergi ke tempat yang sedap makanannya. Dah lama saya tak merasa makanan yang sebegini sedap..” ujar Humaira lagi. Tengku Elman tersenyum. Dia rasa gembira kerana akhirnya gadis itu tidak marah-marah lagi. Mungkin moodnya sudah berubah baik bila mendengar khabar baik dari maknya.

“Sama-sama. Lain kali kita bolehlah datang lagi..”

 “Saya minta diri dulu.. Takut tak sempat singgah di hospital.” Humaira menekan kunci ke pintu keretanya. Pintu kereta di bukanya. Namun Tengku Elman masih setia menemaninya di belakangnya.

“Saya ikut awak boleh?” soal Tengku Elman dengan nada mengusik. Pantas saja Humaira menjawab.

“Janganlah. Tak manis. Nanti apa kata mak dan bapak saya nanti..”

“Okeylah kalau macam tu. Awak bawa kereta tu hati-hati.”

“Okey terima kasih sebab Tengku belanja makan tadi. Tengku pun sama. Hati-hati juga.”

Setelah kereta Humaira hilang dari pandangan, barulah Tengku Elman naik ke pejabat semula. Tidak lama kemudian dia di datangi oleh Encik Johan. Seperti biasanya ada laporan yang harus di sampaikan olehnya.

HUMAIRA menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Dia rasa lega mendengar pembedahan itu berjaya. Namun semenjak dia bekerja di syarikat Global itu, dia tidak dapat cuti sewenang-wenangnya. Tidak seperti dia bekerja di butik dulu. Lagi pun dia juga ada projek besar yang sedang di jalankan.

“Zeti sihat..” soal Humaira sebaik saja dia mendekati Zeti..

“Sihat sikit kak.. Macam mana dengan kerja kakak sekarang?” kini giliran Zeti pula bertanya.

“Kerja okey je.. Biasalah baru kerjakan..” jawab Humaira sambil dia mengelus-ngelus lengan Zeti. Kelihatan wajah Zeti sedikit pucat. Iyalah orang sakit katakan. Lagipun dia baru tersedar pagi tadi. Dia mesti banyak berehat.

“Zeti nak minta maaf pada kak Ira..” ujar Zeti perlahan-lahan. Dia rasa sebak bila mendengar pengorbanan yang di lakukan Humaira terhadapnya. Kata ibunya tanpa bantuan Humaira, tidak mungkin dia dapat menjalani pembedahan yang menelan kos yang tinggi bagi taraf kehidupan orang tuanya. Syukurlah masih ada insan yang sudi menemani mereka sekeluarga ketika mereka dalam kesusahan.

“Kenapa Zeti nak minta maaf?” soal Humaira hairan. Setahunya Zeti tak buat apa-apa pun yang salah.

“Sebab dah susahkan kakak. Kalau kakak tak tolong, mesti Zeti tak dapat buat pembedahan..” Zeti memeluknya erat. Terasa bahu Humaira basah kerana air mata Zeti.

“Mana Zeti tahu semua ni?” soal Huamaira hairan.

“Ibu yang ceritakan. Semuanya. Nampaknya Zeti sudah menyusahkan kak Ira”  jawab Zeti perlahan.

“Zeti, tak baik cakap macam tu. Kakak ikhlas nak tolong Zeti dan keluarga. Lagi pun akak dah anggap keluarga Zeti macam keluarga akak juga. Bukan ke dulu keluarga Zeti yang tolong jaga akak masa akak sakit dulu. Jadi sekarang giliran akak pula yang tolong. Zeti tak payahlah rasa serba salah. Yang penting Zeti kembali sihat seperti dulu.” ujar Humaira dengan penuh kasih. Dia tidak mahu Zeti rasa bersalah. Dan dia sememangnya gembira melihat Zeti semakin baik.

Zeti hanya menganggukkan kepalanya. Dia memang sayangkan Humaira seperti kakaknya.

ISABELLA pulang kerumah. Dia menghampas brifcasenya di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Hatinya mendongkol geram, marah dan kecewa terhadap Tengku Elman.

“Anak mummy dah balik?” tegur Datin Melinda. Dia tidak sedar sejak bila pula anak gadisnya itu sampai.

“Hei kenapa wajah anak mummy ni muram? Ada apa-apa masalah ke?” Soalnya lembut sambil mengambil tempat duduk di sebelah Isabella.

“Tak ada apalah mummy. Penat je..” jawab Isabella. Namun jawapan Isabella itu tidak memuaskan hati mummynya.

“Masakan tidak ada apa-apa. Kalau ye sekali pun Bella penat pun wajah Bell tak akan jadi macam ni.. Ni mesti gaduh dengan Tengku Elman..” tujum Datin Melinda. Isabella memandang wajah mummynya. Perlahan dia mengagguk kepalanya.

“Kali ini dia buat apa?” soal Datin Melinda tidak puas hati. Dia tidak suka melihat Isabella menangis kerana Tengku Elman. Dan Tengku Elman seharusnya sudah lama diajarkan.

“Dia keluar dengan perempuan lain. Bila Bella tanya dia cakap Bell menyibuk. Pada hal tak lama lagi dia akan menjadi tunang Bell dan akan berkahwin dengan Bell.” Bella mengeluarkan rasa di hatinya. Dia terus datang berjumpa dengan Tengku Elman sebaik saja dia dapat tahu yang Tengku Elman berada di pejabat. Dan pertemuannya itu akhirnya membuahkan satu pergaduhan. Yang akhirnya dia sendiri yang akan terluka.

“Bell tahu tak dengan siapa da keluar? Maksud mummy nama perempuan tu?” soal Dating Melinda berbasa-basi.

“Dengan Humaira. Pekerja baru kat syarikat Bell. Yang wajahnya mirip Ariana. Kan Bell pernah cakap dengan mummy dulu..”

Datin Melinda mengeluh.. Patutlah anaknya seakan-akan macam orang tak betul. Dia pun rasa dirinya juga tak betul. Dia tak akan sesenang itu mahu melepaskan peluangnya. Dia mahu Tengku Elman menjadi menantunya. Bukannya orang lain!!!!!.

“Bell jangan susah hati ya.. Nanti mummy bincang hal korang dengan Tengku Suraya. Mummy pasti Tengku Suraya bukan jenis orang yang mungkir janji..” Datin Malinda berjanji pada Bella. Isabella memandang wajah mummynya.

“Betul.. nanti mummy bincang hal korang tu.. Bella jangan risau ya.. yang penting, sekarang Bell pergi naik mandi.. Nanti kita tunggu daddy balik, kita makan bersama..”

“Terima kasih mummy..” ujar Isabella samba memeluk Datin Melinda. Datin Melinda mengusap kepala Isabella dengan lembut. Dia berjanji akan buat apa saja untuk membuatkan Tengku Elman berkahwin dengan Isabella.

DENGAN senyuman yang terbit di bibir, Tengku Elman mengenangkan kembali saat-saat dia bersama dengan Humaira. Entah mengapa dia selalu saja teringat pada gadis itu. Kadang-kadang dia terhibur dengan gelagat Humaira yang suka marah-marah pada dirinya.  Mungkin dia dalam symptom ‘falling in love’. Dan sekiranya ada orang tahu perasaannya pun orang tidak akan percaya. Kerana gadis yang menjadi pilihannya itu seiras dengan wajah isterinya yang dahulu.

Pernah juga dia mneyatakan perasaannya pada Encik Johan. Dan ternyata Encik Johan tidak pernah menghampakan dia. Encik Johan sokong seratus peratus keputusannya. Namun bagai mana pula dengan mamanya Tengku Suraya? Adakah mamanya akan terima Huamira dalam hidup mereka. Mungkin mamanya akan mengatakan dia gila kerana memilih wajah yang sama saja menjadi pasangan hidupnya. Arghhh!!! Rumit sungguh hidupnya. Kenapa dia yang mesti di uji sebegini.

BEBERAPA hari ini Isabella berasa sakit hati terhadap Humaira. Mana tidaknya bukan sekali dia terserempak Tengku Elman dengan Humaira. Tapi sudah beberapa kali. Di tambahkan lagi gossip yang di dengarnya dari pekerjanya. Tengku Elman dengan Humaira macam rapat. Ini tak boleh jadi. Dia cemburu! Mana pernah selama ini Tengku Elman mengalihkan pandangan darinya. Semenjak kemunculan Humaira yang persis arwah Ariana segala perhatian Tengku Elman sudah beralih.

Pagi itu mereka ada mesyuarat. Humaira sedikit kelam kabut. Yelah tugasan itu belum lagi selesai sepenuhnya. Dan dia tidak sempat bagi pada Cik Isabella untuk menyemaknya.

     Humaira, what do you think about this sample?

     Soalan yang melantun ke telinga membuatkan Humaira tersentak. Pantas anak matanya mencari empunya suara itu. Tengku Elman menjungkitkan kening, menantikan jawapannya.

     Argh!! Tengku Elman ni memang sengaja nak malukan dia depan semua orang!

     “Ya, what do you think  Ira? Lagipun you yang pilih konsep nikan?” sambung cik Isabella pula. Sambil itu dia tersenyum senang. Baru hari ini dia punya peluang untuk mengenakan gadis itu.

     Humaira menelan air liurnya sebelum mengukir senyuman kelat. Matanya segera di larikan ke arah sample yang ada di ruang depan.Dia langsung tidak dapat menerangkan lagi. Dia belum bersedia kerana dia kelam kabut pagi tadi.

     Selesai mensyuarat, Humaira cepat-cepat menghayunkan langkahnya. Dia tidak mahu Tengku Elman memanggilnya. Yang penting juga dia mahu berada jauh dengan bosnya itu. Bukan sedikit debaran di dadanya setiap kali mereka bertembung pandang. Dua jam mesyuarat bagaikan dua tahun rasanya dia terkurung dalan bilik itu. Rimas betul rasanya!! Bersama pandangan tajam Cik Isabella dia dapat merasakan ada api cemburu di dalam hati ketuanya itu.

Selesai mesyuarat, Isabella memanggil Humaira masuk berjumpanya dalam bilik. Sakit hatinya bila Humaira menunjukkan kertas kerja tanpa di periksa olehnya terdahulu. Perempuan ni baru masuk kerja dah buat hal. Kan Tengku Elman sudah pesan hari tu! Memang dia ni sengaja nak cari hal dengan aku kot! Dengan geram Isabella memarahi Humaira.

“Humaira! Awak ada kat sini jangan nak tunjuk lagak ye!”

“Apa hal ni? Ira tak tunjuk lagak pun. Ira datang sini nak bekerja. Nak cari rezeki yang halal. Cik Bella ada masalah ke dengan saya?” soal Humaira. Dia lihat wajah Cik Bella semakin tegag. Dia sedar dirinya sudah buat salah. Tetapi tidak bolehkah Cik Isabella memberi tunjuk ajar dengan baik. Ini tidak dia di marahi sesuka hatinya saja.

“Cik.. Saya minta maaf. Memang saya sudah buat silap. Tapi saya tak sengaja..”

“Lain kali semua kertas kerja yang akan di bentangkan mesti mendapat kebenaran dari saya. Jangan awak memandai-mandai je nak buat keputusan sendiri. Awak pun dengar komen dari ketua pengarah kita. Idea apa pula yang pelik-pelik” marah Isabella. Memang baginya pantang benar orang bawahan membuat kesilapan.

“Saya minta maaf Cik Bella.. Salah saya juga. Lain kali saya tak buat lagi.”

“Dah pergi buat research kat supermall tu. Saya nak laporan esok pagi.”

“Baiklah Cik Bella. Saya pergi dulu.”  

‘Menyampah betul. Dalam bilik mesyuarat dia di tempelak oleh Tengku Elman. Sekarang dengan Cik Isabella pula’ Dengan perlahan dia mengambil beg tangannya lalu dia melangkah kaki ke supermall itu. Dia mahu mencari ilham. Manalah tahu bila dia keluar nanti dia akan mendapt banyak idea untuk mereka fesyen.

Ketika matanya asyik leka melihat baju tiba-tiba matanya bertembung dengan wajah seseorang. Pada mulanya di sangkakan patung tetapi orang itu tersenyum bila melihat wajahnya yang terkejut.

“Apa Tengku buat kat sini?” terkejut Humaira apabila melihat Tengku Elman Qaufar berdiri di hadapannya. Baru sebentar tadi dia bercadang hendak berjalan-jalan sendirian, Namun ada saja yang menyibuk dengan dirinya.

“Apa saya buat kat sini? Suka hati sayalah.. Ini kan tempat awam!” ujar Tengku Elman Qaufar. Pada hal dari tadi lagi dia mengekori gadis itu. Entah kenapa hatinya bagai di tarik-tarik untuk mengikut gadis itu. Dia ternampak Isabella memarahi gadis itu. Kemudian gadis itu keluar dengan beg tangannya sekali, lalu dia mengekorinya dari belakang.

Humaira meneruskan langkahnya. Malas dia nak bersoal jawab dengan lelaki yang tak faham bahasa itu. Dahlah dalam pejabat pun dia begitu di luar pejabat pun dia bersikap begitu. Kadang-kadang dia pelik dengan perangai Tengku Elman Qaufar.

Dia pun tak tahu kenapa bosnya suka sangat cari pasal dengannya. Sedangkan masa pembentangan tadi bukan main dia sindir dirinya. Siapa yang tak sakit hati jika orang sebegitu memberi komen yang menyakitkan hati. Tapi dia berhak berbuat begitu sebab dia adalah bos. Kalau di fikir secara logik pun semua orang akan mengambil tindakan yang sama. Mana boleh buat keputusan sesuka hati jika benar persembahannya itu tidak memuaskan. Sekarang dia berjalan-jalan untuk mencari idea. Dia harus membuat semula rekaan fashion yang dapat menarik perhatian pelanggan.

“Awak marahkan saya ke?” langkahnya di percepatkan bila menyedari gadis itu cuba melarikan diri. Langsung tidak mempedulikannya.

“Berhak ke orang macam saya marahkan Tengku yang menjadi bos?” Humaira memandang muka bosnya itu.

Tengku Elman tersenyum. Suka benar dia melihat telatah Humaira. Kalau boleh memang hari-hari dia nak sakitkan hati Humaira. Dia suka melihat gelagat Humaira jika marah dan akhirnya dia tersenyum sendiri.

“Maaflah pasal tadi. Tapi memang benar pun apa yang awak bentang tu belum cukup bagus.” ujarnya lagi. Dan dia berharap gadis itu tidak mengambil hati. Dalam soal kerja dia memang agak cerewet!

“Saya terima.. Lagi pun saya belum ada pengalaman belum pernah terima tanggung jawab yang besar seperti sekarang ini” jelas Humaira lagi.

“Apa kata kita masuk dalam dan cari bahan” Tengku Elman mengajak Humaira masuk ke dalam kedai itu.

“Tak payahlah Tengku, Ira boleh buat sendiri.. Nanti kalau orang nampak apa kata dia orang tu nanti.”

“Saya bos awak. So awak kena ikut cakap saya!” tegas suara Tengku Elman kali ini.

“Susahnya bercakap dengan orang yang tak faham bahasa” rungut Humaira sendirian. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengikut belakang Tengku Elman Qaufar.

Tengku Elman Qaufar hanya tersenyum bila mendengar omelan Humaira. Rasa nak cubit-cubit saja pipinya yang gebu itu.  Gadis itu mengingatkan dia pada Ariana dia. Mahu tidak mahu Humaira terpaksa ikut arahan Tengku Elman. Dekat pukul 4.30 petang barulah dia pulang semula ke pejabat. Dia mahu menyambungkan kerja-kerjanya itu. Lagipun Cik Isabella mahukan kerjanya itu samapai ke mejanya sebelum pukul 9 pagi esok.
 
 

Wednesday 10 October 2012

Kau Rantai Hatiku 17




ISABELLA keluar dari rumah. Pada hari minggu begini lebih baik dia berjalan-jalan kerana hari biasa dia sibuk dengan tugas di pejabat. Lagipun dia sudah berjanji dengan Sarah untuk berjumpa di Time Square. Jadi tidaklah dia keseorangan untuk membeli belah.

Sesampai sahaja di Time Square, Isabella melihat kawannya Sarah sudah menunggunya. Tanpa membuang masa lagi, dia mengajak Sarah pergi ke restoran berdekatan dahulu untuk mengisi perut. Sengaja dia tidak mahu makan di rumah tadi. Dia mahu makan diluar bersama dengan kawannya Sarah.

“Lama kita tak jumpakan? Sekarang kau makin cantiklah. Apa rahsianya ni?” soal Sarah. Isabella hanya tersenyum. 'Cantik buat apa kalau dia tidak dapat memiliki hati Tengku Elman' detik hatinya.

“Biasa sajalah. Kan I memang dari dulu lagi macam ni..” Isabella mencebik.

“You dengan Tengku Elman macam mana? Dah ada rancangan ke?” tiba-tiba Sarah bertanya lagi tentang hubungan Tengku Elman dengan Isabella. Dia memang tahu dari dulu lagi Isabella ada hati dengan Tengku Elman. Tetapi sayangnya ketika itu, Tengku Elman memilih untuk berkahwin dengan Ariana. Dan tidak lama mereka berkahwin dia mendapat tahu Ariana meninggal dalam satu trajedi kemalangan jalan raya. Jadi mungkin Isabella berusaha untuk menambat hati Tengku Elman yang masih kekosongan sehingga sekarang.

“Huh!! Bukan you tak tahu perangai Elman tu.. Sehingga sekarang pun dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang Ariana sudah meninggal. Dan bila I cakap I cintakan dia, dia tolak mentah-mentah perasaan I. Sakit hati I tau!!” Isabella berterus terang dengan Sarah. Dia tahu hanya Sarah saja yang memahami dirinya.

Sarah hanya menggeleng kepalanya. Bukan mudah untuk melupakan orang yang paling di sayangi. Terutama orang yang pernah menjadi teman hidup. Kalau dia pun pasti akan seperti Tengku Elman. Bukan mudah nak mencari pengganti!

Dia melihat Isabella seperti tidak puas hati terhadap sikap Tengku Elman. Namun apakan daya dia untuk menolong.

Makanan yang di pesan pun sampai. Mereka berdua menjamu selera tengah hari itu. Selepas makan dia menemani Isabella membeli belah. Dia tahu sejak dulu lagi kawannya yang seorang ini suka membeli barang.

Petang itu setelah penat keluar berjalan-jalan, mereka berdua pun pulang. Lagipun keesokan harinya mereka akan bekerja. Jadi lebih baik mereka berehat untuk menghabiskan masa hujung minggu meereka.

HUMAIRA datang sebelah petangnya untuk menggantikan tempat Mak Teh yang menjaga Zeti dari pagi tadi.

“Macam mana keadaan Zeti hari ini Mak Teh?” Humaira bertanya walaupun dia tahu mungkin tiada perubahan pada Zeti.

“Macam tu jugalah Ira. Mak Teh sedih sangat tengok keadaan dia macam ni. Kalau boleh di tukar tempat, biar Mak Teh yang menanggung derita ini. Zeti ni terlalu muda untuk di duga dengan keadaan seperti ini.”

“Kita bersabar sajalah Mak Teh. Lagipun hari itu doktor cakap keadaan ini untuk sementara saja dan kita harus banyak berdoa untuk Zeti supaya cepat sembuh.. Kita jangan putus asa. Kalau kita putus asa Zeti lagilah..” Humaira memujukbMak Teh. Dia juga rasa perasaan yang sama tapi mungkin lebih lagi perasaan Mak Teh kerana Zeti itu satu-satu anaknya.

Bila masa melawat sudah hampir tamat, Humaira menyuruh Mak Teh balik kerumah untuk berehat. Lagipun keesokan harinya dia mahu, Pak Teh menghantar Mak teh lebih awal kerana dia akan masuk kerja pada hari esok. Dia mahu balik ke rumah dahulu untuk mempersiapkan diri pergi ke pejabat.

AWAL pagi lagi, Mak Teh sudah sampai di hospital. Dia menyuruh suaminya menghantar dia awal ke hospital kerana Humaira akan akan mula bekerja pada hari ini. Dia bimbang Huamira tidak sempat balik ke rumah untuk bersiap-siap pergi ke pejabat.

Humaira sempat sampai ke pejabat sebelum waktu kerja. Kedatangannya di sapa oleh Kak Sofi. maklumlah sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa. Lagipun hari jumaat itu dia cuti. Sudah pasti dia akan di soal siasat oleh pekerja di situ.

“Hari Jumaat tu kenapa tak turun kerja?” soal Aya.

“Oh.. Saya cuti. Sebab ada hal keluarga..”

“Senang juga Ira minta cutikan? Pada hal Ira baru je masuk kerja..” sampuk Zana.

“Hari itu kan Ira jumpa Cik Bella. Tapi dia suruh Ira jumpa bos besar pulak. Mulanya memang kena goreng jugalah Ira ni di buatnya.”

“Baiknya hati bos besar kita tu ya..” ujar Aya.

“Tapi Ira ada alasan yang kukuh!”

“Alasan apa? Serius ke?”

“Hish!! Kan Ira dah cakap dia ada hal keluarga.. Di tanya lagi.” Kak Sofi membela Humaira.

“Tak apalah Kak Sofi, Biar Ira jelaskan. Yang sebenarnya, hari tu adik saya menjalani pembedahan jantung. Dari hari dia lepas pembedahan sehingga sekarang dia masih belum sedarkan diri lagi.. Ira bergilir-gilir jaga dia dengan Mak Ira..” Humaira menerangkan satu persatu pada mereka. Semua mereka terdiam. Yelah sibuk sangat nak tahu masalah orang. Sekarang bila Humaira bagitau semua membisu! Mereka masing-masing sibuk menjalankan kerja. Humaira juga begitu. Namun perasaannya tetap tidak tenang bila memikirkan keadaan Zeti. Entah sudah sedar ke tidak dia. Kasihan dengan Mak Teh dan Pak Teh. Namun apa pun dia mengharapkan kesihatan Zeti akan pulih. Itulah harapannya.

Tengah hari itu, semua pekerja yang lain sudah keluar untuk makan tengah hari. Namun bagi Humaira, dia memang tidak ada selera mahu makan. Perlahan dia mengambil bekas plastic yang di bawanya dari rumah. Pagi tadi dia sempat membawa bekal. Bekalnya hanya beberapa keping roti sandwich yang di sapu dengan jem dan mentega. Kemudian dia menuju ke pantry. Ada juga seorang dua yang makan tengah hari di situ. Mungkin mereka bawa bekal dari rumah. Segera Humaira mengambil mugnya dan membancuh air milo.

“Ira tak keluar makan ke?” tegur Kak Hani. Dia pun turut serta di pantry. Humaira tersenyum.

“Tak kak, Ira tak ada selera nak makan nasi. Sebab itu Ira bekal roti sandwich saja..” jawab Humaira sambil membawa mug yang berisi air milo ke tempat dia letakkan bekalnya tadi.

Kebiasaannya jika makan tengah hari terlalu kenyang akan mengakibatkan matanya mengantuk. Jadi tengah hari ini umpama dia makan waktu paginya. Makan roti sekadar alas perut. Baru saja dia mahu mengangkat roti dan ingin di gigit, sepantas kilat ada orang menyambar roti di tangannya. Terkejutnya dia pada masa itu. Lalu dia menoleh ingin melihat siapakan gerangannya yang berani merampas roti sandwich dari tangannya.

“Tengku!!!” panggilnya. Dia melihat Tengku Elman dengan lahap sekali menelan roti itu. Dalam sekelip mata saja roti di tangannya itu sudah habis di makan. Humaira dan beberapa orang disitu terpaku. Mereka memang tidak berbunyi lagi.

Sorry saya laparlah.. Nak makan buat alas perut!” jawab Tengku Elman selamba. Humaira menahan geram. Kalau tidak mengenangkan itu pejabat sudah pasti dia akan memarahi lelaki itu.

“Beginilah. Di sebabkan saya dah makan roti awak, saya nak ajak awak keluar. Saya nak awak temankan saya jumpa klien petang ni. Macam mana?” ujar Tengku Elman Qaufar lagi.

“Jumpa klien?” soal Humaira. Setahu dia kerja-kerjanya tidak menyentuh pun pasal jumpa klien. Tengku Elman mengangguk!

Kak Hani pun memandang wajah Humaira. Pelik dengan sikap dua orang di depannya itu. Macam Tengku Elman sudah biasa dengan Humaira.

“Tapi itu tak ada kena mengena dengan saya, Tengku. Kenapa Tengku tak ajak Cik Bella? Lagipun dia lebih arif dari saya.” Jawab Humaira lagi. Dia tidak mahu ada orang salah sangka terhadap dia dengan bos itu.

“Ira, pergi sajalah dengan bos tu. Mana tau dapat peluang baik punya! Lagipun keluar jumpa klien sajakan?” Kak Hani pula menyampuk. Bukan senang nak dapat offer baik punya dari bos mereka yang kacak dan bergaya itu!

Humaira tersenyum pahit. Jumpa klien? Dalam tertanya-tanya sempat pula dia mengangguk.

“Okeylah kalau memang ada urusan! Ira pergi ambil beg tangan dulu.” Jawab Humaira sambil bangun dari kerusi yang didudukinya tadi.

“Kak Hani, nanti beritahu Cik Bella saya culik Ira pergi tempat lain!” ujar Tengku Elman sambil berseloroh. Mereka yang ada di pantry itu ketawa. Baru inilah kali pertama mereka mendengar bos mereka boleh bergurau!! Kak Hani hanya mengiakan saja. Tidak tahu nak cakap apa bila Tengku Elman sudah keluar dari pantry itu.

Didalam kereta mereka berdua hanya senyap saja. Mata Humaira memandang ke luar tingkap. Dia sendiri tidak tahu kemana Tengku Elman mahu membawanya.

“Tengku nak bawa saya pergi mana ni?” soal Humaira apabila Tengku Elman tetap berdiam diri. Dia rasa tidak selesa. Keluar dengan bos waktu makan tengah hari begini memang menimbulkan kemusykilan. Sudah pasti sekarang budak di pejabatnya sudah bergosip!! Tadi pun sudah ada yang menjeling padanya.

“Ira nak pergi mana?” soal Tengku Elman balik. Dia melihat riak gadis di sebelahnya. Macam mencuka!! Akhirnya dia tersenyum sendiri.

“Kita pergi makan dulu. Perut saya laparlah. Tapi thanks untuk roti awak tadi. Sedap..” ujar Tengku Elman lagi. Humaira hanya mencebik. Apalah yang sedap sangat sekadar dia bubuh jem dengan mentega saja dekat roti itu.  Akhirnya kereta Tengku Elman membelok menuju ke sebuah restoran mewah yang terletak di hujung kota. ‘Rasanya perjalanan ke sini pun agak lama juga’ fikir Huamira lagi.

“Kita dah sampai.”

“Kat sini? Restoran mewah ni?” soal Humaira lagi. Tengku Elman Qaufar mengangguk. Dalam hati Humaira bertanya, benar ke mereka akan jumpa klien seperti yang di katakan oleh Tengku Elman kepadanya. Nampak tak ada sesiapa pun yang macam klien Tengku Elman menunggu di luar restoran itu. Mungkin klien itu dah menunggu di dalam kot. Lambat-lambat dia buka juga seltbeltnya. Dia terus mengekori Tengku Elman Qaufar dari belakang. Malulah nak jalan seiring dengan bos besar mereka.

Sampai dia satu meja, kelihatan seorang gadis muda sedang tersenyum ke arah mereka. ‘Mungkin itu klien Tengku kot’ bisik Humaira dalam hati. Cepat-cepat Tengku Elman mendapatkan gadis itu.

“Dah lama tunggu ke?” soal Tengku Elman sambil itu dia menarik kerusi agar Humaira duduk di depannya. Humaira sekadar mengikut sahaja. Lagipun dia tak kenal siapa gadis itu.

“Tak adalah baru je sampai..” Jawab si gadis itu. Namun mata si gadis itu menatap wajah Humaira. Benar kata abangnya itu. Tiada satu pun cacat celanya. Dan wajah itu tidak berubah langsung dari wajah yang pernah dia lihat dahulu!

Sorrylah buah hati abang ni lama sangat. Susah nak pujuk dia keluar. Ni pun nasib jugalah dapat culik dia.” Tengku Elman membela diri.‘Buah hati? Abang? Culik?’ Humaira mengerutkan dahinya. Dia tidak faham perbualan dua orang di depannya itu.

“Hai.. Saya Ku Zurin.. dan..”

“Saya Humaira. Panggil Ira saja..” ujar Humaira mesra dan mereka bersalaman. Tengku Elman Qaufar menepuk dahinya. Dia terlupa mahu memperkenalkan kedua-dua insan itu.

“Abang ni selalu macam tu! Semua boleh jadi lupa bila dia depan mata” gelak Ku Zurin. Dia tahu abang sepupunya terlalu gembira dapat mempertemukan dia dengan gadis yang seiras isteri abang sepupunya.

‘Abang? Sejak bila Tengku ada adik? Atau dia ni memang adik Tengku?’ bisik Humaira dalam hatinya.

“Sebenarnya, dia adik sepupu saya. Tapi dah rapat macam adik beradik..” terang Tengku Elman seperti dia faham dengan kerutan di dahi Humaira. Ku Zurin hanya tersenyum. Dia gembira melihat perubahan pada Tengku Elman Qaufar. Bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan perempuan itu padanya. Cepat benar abangnya itu menjejaki orang yang pernah dia ceritakan dulu.. Ajaib sungguh!!

Mereka memesan makanan. Sambil menunggu makanan sampai mereka berbual-bual. Tiba-tiba telefon bimbit Humaira berbunyi. ‘Mak Teh!!’ nama itu yang tertera di skrin. Humaira meminta diri untuk menjawab panggilan itu di luar restoran. Terus dia bangun menuju keluar restoran.

“Bang, wajah dia seiraslah bang. Macam wajah kak Ari.” ujar Ku Zurin sebaik saja Humaira meninggalkan mereka di meja itu. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin beritahu.

“Itulah yang abang cakap. Semua orang tak percaya. Isabella pun terkejut melihat wajah Humaira yang serupa dengan Kak Ari..” terang Tengku Elman lagi. Terbayang dia ketika kali pertama Isabella berjumpa dengan Humaira, lalu Isabella menuduhnya yang bukan-bukan.

“Dia tak jelous ker?” soal Ku Zurin. Bukan dia tak tahu perangai Isabella yang kuat cemburu pada abangnya itu. Tengku Elman Qaufar tersenyum hambar.

“Maunya tak jelous. Hari-hari nak berkepit dengan abang. Abang naik rimas tau!!”

“Habis rancangan nak bertunang tu tak jadilah ya?” soal Ku Zurin lagi. Dia boleh nampak Tengku Elman begitu tertekan bila menyebut hal pertunangan itu.

“Entahlah. Abang pun tak tahu nak buat apa. Hari tu abang dah cakap dengan mama. Tapi dia cakap janji tetap janji. Abang nak cakap apa? Abang pun tak sanggup menghampakan harapan mama dengan papa Kak Ari.” Kedengaran keluhan resah dari Tengku Elman. Ku Zurin hanya memandang sahaja wajah abangnya yang sedang bermasalah.

Mak Teh memberitahu Humaira yang Zeti sudah sedar. Humaira yang mendengar perkhabaran itu rasa sungguh gembira. Dia mengucapkan syukur. Senyumannya tak lekang dari bibirnya. Selepas menamatkan panggilan, Humaira melangkah masuk semula ke dalam restoran.  Wajahnya kembali ceria. Ini membuatkan Tengku Elman rasa hairan. Pasti ada berita yang menggembirakan Humaira sampai dia dapat melihat kegembiraan dari mata gadis itu.

“Hai dari jauh lagi dah senyum. Ada apa-apa ke?” soal Tengku Elman tidak tertahan dalam hati. Makanan yang mereka pesan tadi sudah terhidang di atas meja. Humaira memandang Tengku Elman.

“Mak saya cakap, Zeti dah tersedar. Dan petang nanti kalau Ira sempat, Ira nak singgah jenguk dia..” Humaira memberitahu. Gadis di depannya itu tetap membisu.

Di pejabat, Isabella sudah tidak senang hati. Sudah beberapa kali dia mendail nombor Tengku Elman namun tidak berjawab. Dia geram. Tengah hari tadi dia ternampak Tengku Elman keluar dengan Humaira pergi entah kemana. Selepas itu Kakak Hani pula memberitahu pesanan Tengku Elman. Katanya Tengku Elman culik Ira bawa keluar jumpa klien. Entah betul ke tidak. Mungkin itu sekadar alasan Tengku Elman untuk membawa Humaira keluar dengannya saja kot!

Makin menjadi-jadi pula perangai Tengku Elman. Langsung tidak memikirkan perasaannya ketika ini. Mungkin Tengku Elman memang benar-benar mahu rapat dengan Humaira. perasaan cemburu dan curiga mula timbul di kotak fikirannya. Dia tidak akan membenarkan mana-mana wanita rapat dengan Tengku Elman selagi dia belum mendapatkan Tengku Elman.