Di
ruang lobi hotel Mira terus meluru ke arah Wani yang sedang menunggunya sejak
tadi. Wajah Wani kehairanan melihat Mira berlari menuju ke arahnya.
“Wani
kau kena tolong Mira..” masih melekat sisa-sisa airmatanya sebentar tadi. Dia
memegang lengan Wani.
“Kenapa..?
Apa dah jadi ni.? Kenapa mereka ada dengan kau..? Bukankah tadi kau kata nak
pergi temuduga?” balas Wani kehairanan. Memanglah dia hairan kerana sebentar
tadi dia hanya menunggu sahabatnya di lobi. Kerana sahabatnya itu pergi untuk
sesi temuduga. Tapi apa yang dia nampak sekarang ini memang memeranjatkannya.
Mira dan seorang lelaki di iringi oleh beberapa lelaki berkopiah putih. Apa
semua ini? Dia memandang wajah sahabatnya itu.
“Aku
dan dia di tangkap khalwat. Sedangkan aku nak datang untuk sesi temuduga. Aku
dah cakap dengan dia orang. Tapi mereka still tak nak percayakan aku.” Mira
memuntahkan segalanya. Dia masih lagi menangis. Dengan spontan saja Wani ingin
menerangkan perkara yang sebenarnya.
“Betul
Encik, kawan saya tak bersalah. Dia memang datang kebilik itu untuk sesi
temuduga.. Kenapa encik tuduh dia..?” rasa tak percaya masih lagi ada.
“Apa
pun alasannya, mereka tetap bersalah kerana didapati duduk berdua-dua dalam
bilik hotel sedangkan mereka bukan muhrim..”
“Tapi
Mira bukan korang berdua sajakan dalam bilik tu?” soal Wani.
“Masalahnya
memang kami berdua saja Mira.. Aku pun tak tahu di mana silapnya dan nak kata
apa-apa. Sebab aku memang calon terakhir yang dah lambat. Mereka semua dah
balik.”
Melopong
mulut Wani mendengarnya. Kasihan dia dengan nasib sahabatnya. Jika dia tahu
tadi memang dia sanggup menemani sahabatnya itu sampai ke bilik yang di
maksudkan tadi. Tak sangka perkara begini boleh berlaku. Dia memalingkan muka
ke arah pemuda yang berjalan bersama beberapa orang pegawai pencegah maksiat
tadi. Seperti dia kenal akan wajah itu. Tapi di mana. Oh!! Tidak mungkin lelaki
yang selalu mengangggu Mira ketika mereka masih di universiti dulu.
“Awak...
Iqbal Iskandarkan?” segera dia mengingati nama lelaki itu. Mana dia pernah lupa
akan kejadian yang berlaku semasa mereka menuntut di universiti yang sama.
Gara-gara mulut yang lancang dari Iqbal Iskandar, sahabatnya Mira Syafika telah
menampar wajah yang kacak itu.
“Ya..
saya Iqbal Iskandar..” Iqbal menjawab tenang. Dia tidak mahu perkara lain
berlaku. Apa yang di pintanya hanyalah masalah dia dengan Mira akan selesai
dengan pernikahan mereka berdua.
“Tak
sangka.. rupanya awak..”
Wani
masih tidak percaya dengan apa yang di dengar dan di lihatnya. Namun Mira
lagilah. Bukankah lelaki itu musuhnya ketika di zaman universiti dulu. Kenapa
boleh jadi begini. Tak kan lelaki itu masih menyimpan perasaan dendamnya
terhadap Mira. Pelbagai persoalan yang timbul di kepalanya.
*****************************
Di
balai itu, Wani masih lagi memujuk Mira agar bersabar. Kelihatan wajah Mira
sugul sekali. Dia dapat merasakan penderitaan Mira sekarang. Tapi apa boleh dia
lakukan untuk meredakan kegelisahan dalam jiwa Mira.
“Sabar
Mira. Mungkin kejadian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aturan hidup bukan
kita yang tentukan tapi DIA..” ujar Wani. Dia cuba untuk mententeramkan hati
Mira.
“Tapi
Mira tak nak kahwin dengan dia Wani. Mira tak nak.. Tolonglah..” berkali-kali
Mira merayu. Tapi tiada siapa pun yang dapat menolongnya.
“Kenapa
pulak? Awak tau tak,kes ini akan selesai jika dia mahu bertanggungjawab. Dan
bersyukurlah kamu jika dia mahu bertanggung jawab ke atas kamu.” jawab Wani
sedikit geram.
‘Awak
cakap memang senang Wani tapi yang menderitanya aku’ bisik hati kecilnya.
Dia
melihat Iqbal Iskandar menghampirinya dengan Wani. Dia nak apa lagi mamat ni?
“Mira
kita kahwin!” ucapan itu keluar dari mulutnya.
“Kahwin!!
Siapa nak kahwin dengan awak?” soal Mira. Matanya merenung tajam kearah Iqbal
Iskandar. Perasaan marahnya masih belum reda.
“Awaklah..
Takkan dengan kawan awak ni?” balas Iqbal Iskandar sedikit geram. Dah terang-terang
yang kena tangkap khalwat mereka berdua masih juga Mira bertanya lagi.
“Saya
tak naklah..” jawab Mira perlahan. Namun masih kedengaran kata-kata itu di
telinga Iqbal Iskandar. Wajah sayu itu di tenung oleh Iqbal Iskandar. Perempuan
ini memang degil juga!
“Awak
ingat kes macam ni cepat selesai ke kalau awak tak kahwin dengan saya. Saya dah
baik hati tau nak bertanggung jawab dengan awak. Lainlah kalau awak ada modal
nak bawa naik ke makhamah. Aku tak kisah!” selamba saja Iqbal Iskandar berkata
demikian.
Gulp!!!
Makhamah!. Dia mana ada duit nak bawa kes itu ke makhamah? Macam mana ni? Fikirannya
sudah berputar kembali mendengar kata-kata Iqbal Iskandar. Pandai betul mamat
ni nak kenakan aku!! Mentang-mentanglah keluarga dia kaya. Dasar anak orang
kaya tahu mengugut saja.
“Hah..
Macam mana? Nak kahwin dengan aku atau kita bawa kes ini ke makhamah?” selamba
saja Iqbal Iskandar menyoal lagi. Pada hal dalam hati dia risau juga kalau Mira
betul-betul tidak setuju berkahwin dengannya.
Mira
merenung tajam wajah itu. Hatinya semakin berbalam-balam rasa sakit. Kalau
boleh nak saja dia tampar wajah itu seperti dulu. Bola matanya juga seakan-akan
terkeluar menahan rasa marah di hatinya. Kalau telinganya boleh berasap,
mungkin sudah berkepul-kepul asap keluar.
“Mira,
baik kamu terima saja cadangan dia tu. Betul kata Iqbal kalau kita bawa kes ini
ke makhamah pun belum tentu kamu akan menang dan jumlah kos bukannya murah pun.
Mana nak cari peguam lagi!” perlahan-lahan Wani berbisik dengan Mira. Mira
hanya menggeleng kepalanya tanda tidak setuju.
Selepas
tiga jam kemudian barulah Pak Su dan Nenek Nab sampai. Mereka bergegas ke Kuala
Lumpur sebaik saja menerima panggilan dari Mira petang tadi. Mira terus
berpelukan dengan neneknya. Tangan Pak Su Man di salaminya.
“”Kenapa
boleh jadi macam ni?” Nenek Nab bertanya. Sebenarnya dia terkejut mendengar
berita yang di sampaikan oleh anaknya Azman.
“Mira
tak tahu nek. Sebenarnya Mira nak pergi temuduga. Tapi Mira calon yang
terakhir. Yang lain semua dah balik. Dan Mira pun keliru juga sebenarnya.
Ingatkan ada orang lain lagi dalam bilik tu rupa-rupanya tinggal kami berdua
je.”
Nenek
Nab memeluk cucunya itu. Dia tahu cucunya bercakap jujur namun apalah yang dia
boleh buat. Dia tidak mampu untuk menolong dalam hal yang seserius ini. Dia cuma
berserah pada tuhan. Semoga jodoh cucunya orang yang baik-baik.
“Nenek
tak dapat nak tolong kamu kali ini cu.. Kes ini serius sangat. Kalau hal lain
nenek boleh tolong. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.” Nenek Nab berkata
perlahan-lahan.
“Jadi
nenek pun tak dapat nak tolong?” Mira menjarakkan dirinya dari pelukan nenek
Nab.
“Sayang,
kalau kita berkeras pun kita tetap juga kalah. Kalau kita bawa kes ini ke
makhamah pun belum tentu kita akan menang. Lagi pun mana kita nak cari duit
yang banyak untuk upah peguam?” ujar nenek Nab lembut. Dia tahu cucunya sangat
sedih dengan peristiwa ini.
Mira
mengeluh perlahan. Nenek Nab pun berfikir seperti yang Iqbal dan Wani cakapkan
dengannya sebentar tadi. Iqbal Iskandar hanya mampu mendengar apa yang di
bualkan oleh nenek dan cucunya itu. ‘Semuanya salah aku Mira. Tetapi percayalah
suatu hari kau akan tahu kenapa aku berbuat demikian’ bisiknya dalam hati.
Mira
duduk di satu sudut. Dia tidak tahu apa yang harus di katakan lagi. Tidak ada
seorang pun yang percaya dengan kata-katanya. Tujuan dia datang ke bilik hotel
itu untuk pergi temuduga dan akhirnya dia terperangkap dengan keadaan itu. Dia
juga mengharapkan pertolongan dari Wani. Namun Wani pun tidak dapat menolong
kerana memang sah hanya mereka berdua sahaja yang berada di bilik itu. Jadi apa
lagi alasan yang dapat di berikan.
Nenek
Nab juga tidak dapat menolongnya. Sebaliknya dia memujuk agar meneruskan acara
perkahwinan pula. Alasannya untuk menjaga maruah keluarganya. Keadaan ini
seolah-olah dia betul-betul seorang pesalah yang akan menerima hukumannya.
Dia
geram dengan Iqbal Iskandar kerana mengaku bersalah dan akan bertanggung jawab
ke atas apa yang berlaku. Sesenang itu saja lelaki itu mahu mengaku sedangkan
dia tahu lelaki itu hanya ingin membalas dendam terhadapnya. Sakit hatinya
mendengar pengakuan yang sungguh memeranjatkan dia. Siap tersenyum-senyum lagi
bila di soal oleh JAIS itu.
Dengan
diam membisu itu dia terpaksa bernikah dengan lelaki jahanam itu. Hatinya
sungguh sedih namun apakan daya tiada seorang pun yang percaya dia terperangkap
dengan keadaan itu.
Mira
cuba menundukkan muka dia tidak mahu ada orang yang nampak air matanya jatuh ke
pipi. Dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaan sedihnya. Namun Iqbal Iskandar nampak wajah itu cuba di sembunyikan
dari pandangan orang lain. Hatinya juga berasa sedih melihat keadaan Mira itu
tetapi dia terpaksa hanya dengan cara itu saja Mira tidak dapat mengelak diri
darinya. Sungguh, kejam sangatkah dia?
‘Maafkan
aku Mira. Aku terpaksa berbuat demikian untuk memilikimu.’ bisik Iqbal Iskandar
didalam hati. Tangannya menyelak rambutnya ke belakang. Bukan dia menyesal atau
rasa bersalah tetapi dia telah menyakiti hati seorang insan yang di cintainya
dalam diam.
*******************************
Dato
Ismail dan Datin Mardiah juga turut datang bila di hubungi oleh pihak yang
berkenaan. Sesampai saja di sana dia terus meluru kearah anaknya.
“Memalukan
sungguh awak ni!!” marah Datin Mardiah kepada Iqbal Iskandar.
“Sudahlah
tu benda nak jadi..” jawab Dato Ismail tenang. Dia tahu isterinya betul-betul
marah dengan sikap anak tunggalnya itu tapi nak buat macam mana benda dah nak
jadi.
“Mana
nak letak muka kita ni bang.. Dahlah anak kita tu kena tangkap khalwat. Apa
abang senang hatilah.. Entah-entah dia perempuan tak baik.” Datin Mardiah
segera menuduh yang bukan-bukan. Perempuan zaman sekarang bukannya boleh di
percayai. Kebanyakannya mata duitan suka mengikis dan ada yang sanggup jadi
perempuan simpanan kepada lelaki yang berpangkat dan ternama untuk mengecapi
kesenangan. Dia tidak mahu melihat anaknya juga terlibat dengan perempuan yang
dia tidak tahu asal usulnya.
“Mama
bukan salah sesiapa pun.” jawab Iqbal Iskandar tenang. Dia tidak mahu
mengeruhkan keadaan.
“Sudahlah.
Dah jodoh mereka nak buat macam mana? Yang penting anak kita tu mahu
bertanggung jawab dengan kesilapan dia tu..” ujar Dato Ismail. Bukan dia tidak
tahu perangai isterinya kalau nak marah bukannya ingat dunia.
“Abang..
Muka saya ni malulah bang kalau kawan-kawan Diah tanya atau tahu hal ini..”
balas Datin Mardiah. Geram juga dia melihat perangai suaminya yang begitu
tenang dengan masalah yang mereka hadapi.
“Ala
buat pekakkan telinga sudahlah..” jawab Dato Ismail. Memang mulut orang bukan
boleh di tutup. Lebih baik pekakkan telinga saja.
“Jangan-jangan
perempuan kampung ni sengaja nak perangkap anak kita tak bang?” selamba saja Datin
Mardiah berkata begitu.
Terasa
bagai di hiris sembilu hati Mira Syafika bila mendengar Datin Mardiah
memanggilnya perempuan kampung. Mira mendekati Datin Mardiah. Dengan berani dia
meluahkan rasa hatinya. Pandangan tajam di tujukan buat Iqbal Iskandar.
“Datin
ingat saya nak sangat ker kahwin dengan anak Datin tu. Cakap dengan dia saya
tak nak kahwin dengan dia. Dia tak perlu nak tunjuk baik bertanggung jawab
konon” Sembur Mira mengetap bibir menahan rasa marah. Dari tadi dia mendengar
Datin itu asyik menyalahkan dia. Dalam keadaan begini memang pihak perempuan
yang selalu di persalahkan. Pada hal anak lelakinya pun apa kurangnya.. Sakit
betul hatinya.
Terkejut
Iqbal Iskandar mendengar pengakuan Mira itu. Cepat-cepat dia menghampiri
mamanya. Dia takut keadaan menjadi semakin keruh. Takut rancangannya tidak
menjadi.
“Mama..
jangan cakap yang bukan-bukan mama. Bukan salah dia. Dah benda nak jadi apa
boleh buat” Iqbal cuba memujuk mamanya agar mendiamkan diri. Lagi banyak
mamanya bercakap makin banyak kata-kata yang akan menyakiti hati Mira Syafika.
Dan dia takut jika Mira Syafika buat hal pula.
“Jangan
kau nak menyebelahi dia pulak. Perempuan kampung yang tak sedar diri. Cuma pandai
perangkap anak aku dengan buat macam ni..”
“Mama..
Sudahlah..” ujar Iqbal geram melihat mamanya tidak habis-habis nak sakitkan
hati Mira.
“Saya
rela di pandang hina oleh masyarakat dari berkahwin dengan anak Datin ni.. Saya
pun tak sanggup di hina oleh keluarga Datin. Anak dengan mak sama saja
perangainya. Tak habis-habis nak kenakan orang. Menyusahkan hidup saya juga.”
Mira
terus berlalu dari situ. Dia sudah tidak dapat menahan rasa amarahnya. Kalau
di ikutkan rasa hatinya mahu saja dia
menampar muka Iqbal Iskandar sama seperti dia menamparnya ketika di universiti
dulu.
Iqbal
Iskandar mengejarnya dari belakang. Dia sedar jika dia tidak berlaku bijak dia
juga yang akan rugi. Impiannya hanyalah ingin membina hidup bersama orang yang
di cintainya. Dia juga sedar dengan cara ini amat melukakan hati Mira saat ini.
Dia cepat memegang tangan Mira. Mira menepisnya kuat.
“Mira..
Mira.. Maafkan mama saya Mira. Mama saya memang macam tu. Lama-lama nanti
baiklah dia.”
Mira
Syafika segera menghampiri Pak Sunya. Sekali lagi dia merayu-rayu.
“Pak
Su, Mira tak nak kahwin dengan dia Pak Su. Mira tak bersalah dalam hal ini. Ini
semua salah faham saja. “ ujar Mira dengan deraian air mata yang masih berbaki
itu.
“Mira
tak baik cakap macam tu. Mira tetap juga kahwin dengan Iqbal. Pak Su tak peduli
walau apa pun terjadi Mira mesti kahwin dengan Iqbal. Lagipun dia sanggup
bertanggungjawab keatas Mira. Mira mesti selamatkan maruah Mira. Suka tak suka
Mira terpaksa menerimanya.”
Mira
menunduk lemah. Sampai hati Pak Su paksa Mira kahwin dengan lelaki durjana ini.
Seandainya Pak sunya tahu kejadian yang sebenarnya berlaku mungkin Pak sunya
juga tak akan merelakan dia berkahwin dengan lelaki yang berperangai binatang
ini. Ingin saja dia meraung mengatakan kebenciannya pada lelaki itu, tapi apakan
dayanya. Dia seorang insan yang lemah.
************************************
Dia
benar-benar marah bila waktu rehatnya diganggu dengan deringan telefon yang tak
henti-henti. Dengan malas, dia mengangkat telefon rumah itu dan menekapkannya
ke telinga. Berderau darahnya bila mendapati panggilan itu dibuat oleh anaknya.
Seingatnya, selepas mereka berbalah pendapat sewaktu di ruang tamu hari itu,
anaknya terus meninggalkan banglo mewah itu dengan muka tidak puas hati.
Selepas tiga
hari, dia menerima panggilan dari anaknya. Makin bertambah terkejutnya bila
Iqbal Iskandar mengatakan dia sedang ditahan di balai polis dan dia diberitahu
supaya datang ke balai tersebut waktu itu juga. Belum sempat dia bertanyakan
kenapa, talian di sebelah sana telah pun ditamatkan. Lantas, dia terus
mengejutkan suaminya dan bersiap ringkas untuk ke balai.
Setibanya
mereka dibalai, dia terkejut melihat Iqbal Iskandar sedang dikerumuni oleh
lelaki-lelaki yang berkopiah dan dia juga ternampak seorang wanita sedang
menangis ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenalinya. Hatinya bertambah
rusuh. Apa semua ni?? Apa yang telah terjadi?? Tanyanya dalam hati.
Kemudian dia
dan suaminya mengambil tempat disisi anaknya yang masih memakai pakaian pejabat.
Belum sempat dia mengutarakan soalan, tiba-tiba bahunya disentuh oleh suaminya
yang mengisyaratkannya untuk turut serta masuk ke dalam sebuah bilik yang tak
ubah seperti bilik mesyuarat. Dibilik itu, semua persoalannya terjawab.
Alangkah terkejutnya dia apabila anaknya didakwa ditangkap Khalwat bersama
dengan gadis di hotel Renaissane.
Waktu itu dia benar-benar tidak dapat menerima
kenyataan anaknya telah memalukannya dengan kejadian yang menyakitkan itu.
Serentak dengan itu dia berpaling melihat gadis yang didakwa bersama dengan
anaknya waktu tangkapan itu. Bukan dia benci dengan perempuan itu.tetapi
kneepad Iqbal Iskandar sanggup memalukan mereka sekeluarga dengan berbuat
begitu. Dan yang paling mengejutkannya bila pihak agama mengusulkan supaya
anaknya perlu bernikah dengan perempuan itu. Dia benar-benar marah. Bukan dia
tidak dapat menerima kenyataan itu tetapi dia terkenangkan bagaimana kecewanya
Rozie jika mengtahui hal ini.
Dia bukanlah seorang ibu yang kejam.. tetapi
dia berhak menentukan kebahagian anaknya. Dia tidak kisah kalau pun perempuan
yang bakal menjadi menantunya orang kampong atau miskin, tetapi sekurang-kurang
tidak perlulah dia di malukan dengan berita di tangkap khalwat. Tapi bila
suaminya menyatakan kes ini akan sampai ke pihak mahkamah bila mereka tidak
dinikahkan dengan segera membuatkan dia mengalah. Dia tidak mahu gara-gara kes
itu,reputasi syarikat mereka terjejas biarpun kes itu langsung tiada kena
mengena dengan perihal syarikat mereka. Namun, dia takut apabila berita itu
sampai ke pengetahuan klient-klient penting dalam syarikat mereka dan boleh
mengakibatkan penarikan semula kontrak dan tender usahasama mereka apatah lagi
saham syarikat mereka kebanyakannya dilabur oleh pelabur-pelabur asing yang
datang dari serantau dunia. Memikirkan hal itu, dia tidak punya pilihan lain
selain membenarkan Iqbal Iskandar bernikah dengan Mira.
Setelah
perbincangan selesai. Ketiga-tiga belah pihak termasuklah pihak keluarganya,
keluarga gadis tersebut yang dipanggil Mira dan pihak jabatan agama bersetuju
untuk mengahwinkan Iqbal Iskandar dengan Mira seminggu kemudian.
Mulutnya
bagaikan di kunci. Apa lagi yang boleh dia perkatakan. Akhirnya dia pasrah
dengan ketentuan tuhan dalam hidupnya. Wani dari tadi sedar bahawa sahabatnya
itu benar-benar kecewa dengan keputusan itu segera memeluk Mira. Dia harus
memberikan kekuatan kepada Mira.
******************************
Persiapan
perkahwinan hanya di serahkan kepada keluarga Iqbal Iskandar. Mira Syafika
tidak perlu sibuk dengan semua persiapan itu. Lagi pun dia hanya ada cuti lima
hari. Cukup untuk hari perkahwinan dan persandingan mereka.
Sudah
bepuluh-puluh kali dia call Mira namun satu panggilan pun tidak di jawab.
Kemana pula gadis ni pergi? Kan dia dah cakap dari awal lagi mereka akan pergi
ke butik hari ini. Dia ni memang suka buat aku sakit hati!
Tidak
lama kemudian dia mendengar bunyi pintu pagar di buka. Kelihatan Mira dan Wani
baru keluar dari rumah.
“Awak
nak kemana ni?” soal Iqbal Iskandar sebaik saja mendekati mereka berdua.
“Nak
pergi kerjalah..”jawab Mira acuh tak acuh.
“Semalam
kan saya cakap, hari ni kita pergi ke butik. Asal tak angkat call?” tanya
Iqbal.
“Mira
silent..” jawabnya acuh tak acuh. Malas benar rasanya bertekak dengan lelaki
itu di awal pagi begini.
“Habis
tu kenapa tak call balik?”
“Tak
ade kredit. Lagi pun malas nak buang kredit nak call awak.”
“Dah
naik kereta.. kita pergi ke butik.. Tak payah pergi kerja..” Iqbal Iskandar
memberi arahan. Rasa marahnya masih bersisa. Perempuan nikan sengaja nak
buatkan aku marah kot!
“Nanti
gaji kami kena potong siapa yang nak bayar. Saya ni bukan anak orang kaya macam
awak tu!!” cepat saja Mira menjawab.
“Nanti
saya bayarlah.. Awak call pengurus awak cakap awak dan Wani tak dapat datang!”
Sambil
itu Iqbal Iskandar menyerahkan handphonenya supaya Mira menelefon pengurusnya.
Mahu tidak mahu Mira terpaksa menurut.
Nanti
sampai di butik, dia mesti nak pilihkan gaun yang cantik untuk Mira. Kebetulan
butik itu kepunyaan mama Amirul. Jadi senanglah dia buat pilihan. Dia tidak
mahu menyusahkan mamanya sendiri. Dia sedar mamanya tidak begitu sukakan Mira.
Tapi dia berjanji suatu hari nanti mamanya akan sedar bahawa dia mempunyai
seorang menantu yang baik.
No comments:
Post a Comment