Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 5 April 2013

Ada Dia Di Hati 6



Zafran Haicarl sedia menunggu Alisha di depan rumah Pak Hamid. Pak Hamid dan isterinya juga terkejut apabila pagi-pagi lagi melihat Zafran sudah berdiri di depan rumah mereka. Lalu mereka menjemput Zafran naik kerumah mereka. Dengan berbesar hati, Zafran menerima sahaja pelawaan mereka. Sementara menunggu Alisha bersiap mahu pergi kerja, Pak Hamid berbual-bual dahulu dengan Zafran. Sementara itu, Mak Limah menuju ke bilik Alisha sebaik sahaja selesai menyediakan air minuman.

“Isha dah siap ke belum?” soal Mak Limah.

“Dah ibu.. Kenapa?” soal Alisha. Dia hairan melihat senyuman di bibir ibunya. Tadi dia terdengar seperti ayahnya sedang berbual dengan seseorang. Takkan pagi-pagi lagi mereka sudah menerima tetamu!

“Encik Zafran tunggu Isha kat ruang tamu. Katanya dia nak hantar Isha pergi ke tempat kerja..” beritahu Mak Limah. Alisha berpaling.

“Apa bu, biar betul?” soal Alisha terkejut.

“Betul.. Itu yang dia minta izin dengan ayah Isha tu..” jawab Mak Limah senang.

“Kenapa dengan Encik Zafran tu?” soal Alisha sendirian. Selalu saja buat benda yang dia sendiri tak terfikir. Semalam dia di lamar, hari ini dia di jemput pergi kerja.. esok, lusa apa lagi kejutannya.. Mak Limah cuma tersenyum. Kalau sudah pekena cinta, apa saja pun sanggup di lakukan. Dan dia percaya lelaki yang bernama Zafran itu ikhlas terhadap Alisha.

Alisha keluar dari biliknya bersama Mak Limah. Memang betul Zafran sudah duduk bersembang dengan ayahnya di ruang tamu.

“Ayah, Isha pergi dulu ye!” ujar Alisha lagi.

“Pakcik kami pergi dulu..” Zafran pula menyusul kata.

“Baiklah.. hati-hati memandu..” pesan ayah Isha.

“Terima kasih..” jawab Zafran sambil melangkah keluar dari rumah Pak Hamid dan menuju ke keretanya. Namun Alisha sudah berjalan melimpasi kereta Zafran.

“Isha..” panggil Zafran lagi. Alisha berhentikan langkah dan menoleh. Kelihatan Zafran Haicarl berjalan menuju ke arahnya.

“Ada apa?”

“Abang nak bawa Isha pergi ke tempat kerja.. Lagi pun abang pun nak pergi kerja juga ni.. Jalan kitakan sama..” Zafran mencari alasan yang munasabah. Dia sedar mungkin gadis itu terkejut melihat kehadirannya pagi ini. Dan dia sudah menyediakan alasan yang munasabah.

“Isha tak nak susahkan Abang Zaf!” ujar Alisha perlahan. Namun dia tidak berani memandang ke wajah Zafran.

“Susahkan apa. Tak lama lagikan, Isha akan jadi isteri abang. Sepatutnya dari sekaranglah abang belajar bertanggung jawab pada Isha..” jawab Zafran dengan senyuman. Namun wajah Alisha lain pula.

“Tapi Isha tak cakap Isha terima lamaran abang tu..” serius sekali wajah Alisha. Sebenarnya dia sekadar mahu menguji Zafran.

“Ye ker? Tapi tadi Pak Hamid kata dia dah setuju..” jawab Zafran tidak mahu mengalah!

“Itu ayah Isha yang cakap. Keputusannya di tangan Ishakan?” soal Isha balik. Berubah wajah Zafran mendengarnya. Janganlah gadis itu menolak dirinya. Memang betul cakap Shahrul hari tu. Kalau dia tak cepat-cepat takut hati gadis itu sudah berpunya.

“Isha dah ada buah hati ke?” soal Zafran resah. Mendengar soalan itu yang keluar dari bibir lelaki itu dia medapat satu idea. Apa salahnya dia menguji perasaan lelaki itu sebelum dia menjadi suaminya!

Alisha mengangguk!

“Isha.. tolonglah jangan nak dera perasaan abang. Abang nak kahwin juga dengan Isha..” kedengaran Zafran merayu-rayu. Entah mengapa dengan gadis itu dia cepat sejuk hati dan mudah megalah. Pada hal apa yang di rasainya sekarang berbeza dengan sikapnya yang sebenar.

“Suka hati dia je nak cakap apa!” ujar Alisha sambil melangkah. Namun dia terasa lengannya di paut.

“Isha lupa ke, kita pergi kerja bersama..”

Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa juga menaiki kereta bersama Zafran.  Mak Limah dan Pak Hamid hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Mula-mula tu memanglah malu. Nanti bila dah biasa dan juga sudah berkahwin, pasti mereka akan bahagia.

Sampai di tempat kerja, Zafran memberhentikan keretanya. Alisha segera turun. Hanya ucapan terima kasih saja dia ucapkan kepada Zafran.

Dia segera mendapatkan Kak Tipah yang baru mahu membuka pintu kedai.

“Wah!! Isha naik dengan siapa tu? Buah hati ke?” soal Kak Tipah sebaik sahaja Alisha berdiri di depannya.

“Dengan bakal suami!!” jawab Alisha sambil tersenyum. Dia melihat wajah Kak Tipah yang terkejut.

“Bakal suami?? Sejak bila pula ni?” soal Kak Tipah sambil mengerutkan dahinya kehairanan.

“Eh tak adalah,, Isha gurau je kak!” balas Alisha lagi. Dia tidak mahu kak Tipah berfikir yang bukan-bukan.

“Apa salahnya kalau betul dia bakal suami Isha. Masin mulut Isha tu nanti..” sambung Kak Tipah lagi.

“Hish akak ni..” Alisha sudah malu-malu. Kalaulah Kak Tipah tahu siapa yang menghantarnya tadi pasti dia orang yang paling suka.

..........................................

Sofia mundar mandir di bilik tidurnya. Dia bangun dalam keadaan yang masih pening. Dia juga terfikir apa yang berlaku semalam. Kalau boleh dia hanya menganggap itu hanyalah mimpi. Tetapi dia sedar, dia tidak bermimpi. Hakikatnya Zafran sudah menemui pengganti dirinya. Dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Mereka hanya menunggu kepulangan Tuan Razman sahaja untuk membuat keputusan!

“You memang tak tau untung Zaf. Mana ada orang di dunia ini yang sangat menyintai you kecuali I seorang saja Zaf. You ingat I dah lupakan segala-galanya kenangan cinta kita. I tak akan biarkan you hidup bahagia dengan perempuan lain..” tekad Sofia lagi. Dia akan lakukan apa saja asalkan Zafran tidak melupakan cinta mereka. Kalau Zafran sudah berkahwin pun tak bermakna dia berputus asa untuk merebut kembali hati lelaki itu.

Dia duduk di depan ruang balkoni. Pandangan itu di tujukan ke garaj. Nampaknya kereta Zafran pun sudah tiada. Takkan dia balik ke KL lagi. Macam dulu tu. Mungkin dia pergi kerja. Sekarang dah pukul sembilan. Dia saja yang tidak menentu untuk masuk ke pejabat.

........................................

Petang itu, Alisha pergi ke rumah Shikin. Ada hal yang dia mahu katakan kepada Shikin selaku kawan baiknya. Dan dia tidak mahu Shikin akan berburuk sangka dengan dirinya.

“Kau cuti ke hari ni?” soal Shikin sebaik saja melabuhkan punggungnya di depan Alsiha.

“Taklah. Kak Tipah nak tutup kedai awal. Katanya ada hal. Sebab itulah Isha terus singgah kat sini..” Alisha menerangkan perkara yang sebenarnya.

“Nasib baik Shikin ada kat rumah.. kalau tak memang kita tak jumpa..”

“Itulah.. Isha singgah pun sebab ada hal yang nak Isha sampaikan kepada Shikin..”

“Hal apa?” soal Shikin tanpa sabar.

“Sebenarnya...”

“Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya Encik Zafran lamar Isha..” ujar Alisha perlahan.

“Apa??? Bila?” soal Shikin sedikit teruja. Walau pun dia terkejut mendegar kata-kata Isha namun dia cepat-cepat menyembunyikan perasaannya.

“Selepas dia balik dari KL hari itu. Isha pun terkejut. Yelah tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja dia lamar Isha..”

“Beruntungnya kau Isha.. Aku yang menaruh minat kat dia, alih-alih dia suka kat kau!” tutur Shikin perlahan.

“Sebenarnya aku pun tak pasti dan bingung..”

“Kenapa pulak?”

“Ini soal kahwin bukan perkara main-main. Aku rasa tak yakin dengan diri sendiri.. yelah, umur kita nikan masih muda. Takut kita tak mampu nak galas tanggung jawab sebagai seorang isteri pulak..”

“Soal jodoh bukan urusan kita..”

“Aku tau! Aku sebenarnya bingung..”

“Apa kata kau terima sajalah. Manalah tau dia memang jodoh kau! Lagi pun abang Zaf tu baik orangnya.. itu yang Shikin nampak..”

“Kau tu memang..”

Akhirnya mereka bergelak ketawa. Namun jauh di sudut hati Shikin dia sebenarnya sedih. Kerana dia tidak berpeluang untuk mendekati abang Zafran lagi.

..........................................

Akhirnya Tuan Razman pulang petang itu. Zafran Haicarl mencari masa yang sesuai untuk berbincang ddengan ayahnya. Biarpun dia tahu ayahnya masih penat tetapi dia sendiri tidak sabar untuk menyampaikan berita itu kepada ayahnya.

“Papa..”

“Ada apa Zaf?” soal Tuan Razman sebaik sahaja melihat Zafran duduk bersamanya di luar rumah.

“Zaf ada hal nak bincang dengan papa..”

“Hal apa yang kedengaran penting sangat tu?”

“Sebenarnya Zaf nak kahwin!”

Tersembur Tuan Razman mendengar kata-kata Zafran. Biar betul!! Bukankah selama ini anaknya itu sangat susah nak di bawa berbincang apa lagi kalau bab perempuan. Sehinggakan hari-hari dia bergaduh dengan Sofia!

“Dengan siapa?”

“Anak kampung sebelah. Itu pun kalau papa restu..” ujar Zafran perlahan.

“Kenapalah nak tunggu papa balik. Kan bagus kalau Zaf uruskan dengan cepat...” Tuan Razman memberi cadangan.

“Zaf nak ayah ada masa majlis tu nanti. Yelah Zaf sedar selama ini Zaf selalu menyakiti hati ayah. Tapi Zaf mengakui dalam bab ini Zaf memang tidak arif. Itu yang Zaf nak minta papa uruskan untuk Zaf..”

Tuan Razman ketawa senang hati. Rupa-rupanya dalam kemarahan Zafran terhadapnya masih juga ada ruang untuk menghormati dia sebagai seorang ayah. Dia rasa malu pula terhadap anak lelakinya itu.

“Papa tak keberatan langsung.. Malah papa sangat gembira kerana anak papa akan menemui kebahagiaan sendiri.”

“Papa tak kisah ke kalau dia gadis kampung sebelah?” soal Zafran berhati-hati.

“Kenapa? Zaf pilih gadis kampung sebelah ke? Papa tak kisah siapa pun pilihan Zaf. Yang penting dia boleh buat Zaf hidup bahagia. Sepatutnya Zaf bahagia dari dulu lagi.. Papa minta maaf atas apa yang berlaku..” ada nada kesal di hujung suara Tuan Razman. Zafran memandang wajah papanya. Buat apa dia memikirkan benda yang dah lepas. Lagi pun tak baik dia menyimpan dendam terhadap papanya sendiri. Sudah bertahun-tahun dia memikirkan hal itu. Akhirnya tuhan menemukan dia dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya.

“Bukan salah papa pun.. Mungkin ini takdir dalam hidup kita. Lagi pun Zaf tak nak mengenang kisah lama itu. Biarkanlah ianya berlalu. Lebih baik Zaf bina hidup baru.”

‘Anak dengan ayah sama saja..’ bisik hati Sofia yang terdengar perbualan mereka dari muka pintu. Dia kembali masuk ke dalam rumah.

....................................

            Setelah kedua pihak keluarga bersetuju, Alisha menjadi tunang Zafran Haicarl. Semenjak mereka sudah bertunang, hubungan Alisha dan Zafran semakin baik. Kalau sebelum bertunang itu susah juga Zafran mahu membawa Alisha kemana-mana. Alisha terlalu menjaga adabnya. Tetapi selepas bertunang, Zafran merasakan Alisha semakin rapat dengan dirinya. Malah dalam sehari pasti mereka akan bertemu. Kalau tak bertemu pun, Zafran akan menelefon.

Zafran telah menghadiahkan sebiji telefon bimbit kepada Alisha bagi memudahkan dia menghubungi gadis itu. Biar pun beberapa kali Alisha menolak, namun Zafran tetap berdegil!

Tarikh pernikahan mereka semakin hampir. Semua persiapan sudah hampir siap. ZafranHaicarl pula berjanji pada diri sendiri, walau apa pun yang akan berlaku pada masa hadapan dia akan menjaga Alisha dengan baik. Dia akan cuba menempuhinya. Dan semoga dengan perkahwinan ini, Sofia tidak lagi menganggunya.

Dia bersyukur semenjak dia bertunang dengan Alisha, Sofia tidak lagi menganggunya seperti dulu. Mungkin Sofia sedar bahawa dia sudah menjadi tunangan orang dan bakal bernikah tak lama lagi. Rasanya tidak sabar dia menantikan hari bahagianya bersama Alisha.  

Hari yang bahagia kini muncul jua. Alisha di hias dengan anggun sekali. Alisha diam di tempatnya. Dadanya semakin berdebar kencang. Hari ini pernikahannya dengan Zafran Haicarl. Kebaya putih yang tersarung di badan di pandang dengan perasaan bercampur baur. Gembirakah dia? Bersedihkah dia? Selesai akad nikah dia mengurut lega.

Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa juga menerima lamaran dari Zafran. Memang dia tiada daya untuk menolak peminangan dari pihak Zafran apabila melihat kedua wajah orang tuanya yang penuh mengharap. Penerimaan orang tuanya terhadap Zafran itu bukan kerana harta, rupa dan darjat tetapi kesungguhan yang di tunjukkan dan sikap keperibadian yang mulia itu membuatkan kedua orang tuanya menerima lelaki itu.

Shikin mengukir senyuman. Dalam hati dia cemburu terhadap Isha kerana mendapat suami yang menjadi lelaki idamannya. Dia yang sebenarnya dalam diam mula jatuh cinta kepada lelaki itu langsung tidak mendapat perhatian dari Zafran. Sebaliknya lelaki itu memilih kawan baiknya untuk di jadikan pasangan hidupnya. Dalam sedih pun dia sempat mengukir senyuman buat Alisha.

“Tahniah Isha.. kau dah jadi isteri orang pun.. Tak sangka kau ada jodoh dengan abang Zafran..” ujar Shikin perlahan.

“Terima kasih.. Doakan kebahagiaan kami...” balas Alisha dengan nada sayu. Pelbagai rasa yang timbul ketika ini.

Dia masih berangan lagi ketika pengantin lelaki duduk di hadapannya untuk menyarungkan cincin di jarinya.

“Sayang.. Ingatkan abang ker?” gemersik sungguh suara di hadapannya. Membuatkan Alisha terkejut. Merah padam mukanya kerana malu di tegur begitu. ‘Kurang asam si Zafran ni. Dalam majlis macam ni pun dia sempat bergurau lagi’ getus hati Alisha.

Tangannya di hulurkan untuk menyarungkan cincin di jari. Mereka berdua berbalas. Kemudian Isha menunduk dan menyalami tangan suaminya. Kemudian terasa hangatnya kucupan di dahi serta kata-kata yang gemersik kedengaran di telinganya. Majlis itu di teruskan dengan acara bersanding dan makan-makan.

Selesai majlis itu, Alisha dari tadi sibuk mengemas apa yang patut. Walau berapa kali di tegah namun dia tetap degil untuk menolong berkemas. Dia tahu hari itu adalah hari bahagia buatnya. Pengantin raja seharilah katakan. Setelah selesai barulah dia menuju ke biliknya. Mengambil pakaian dan membersihkan dirinya. Langsung dia tidak ingat untuk menyediakan keperluan suaminya. Lagi pun suaminya juga tidak kelihatan. Entahlah dia malas nak layan.

.........................................

Akhirnya majlis perkahwinan antara Zafran Haicarl dengan Alisha sudah selamat di jalankan. Mereka mengadakan majlis di kampung sebelah itu sahaja. Biarpun beberapa kali Tuan Razman mahu membuat persepsi di hotel, namun Alisha menolak. Zafran Haicarl sekadar menurut sahaja.

Alisha terus saja mengambil bantal dan selimut lalu di lemparkan ke atas sofa yang ada di hujung penjuru bilik itu. Malas dia bercakap banyak. Kepenatannya tiada tandingannya. Matanya sudah berat di rasakannya. Tudung di kepala pun tidak di tanggalkannya. Dia sudah lupa. Matanya itu sudah tidak dapat ditahan lagi.

‘Aik cepat betul dia tidur. Mungkin dia penat agaknya’ bisik hati Zafran. Dia pun terus membaringkan badannya di atas katil pengantin itu. Malam ini walaupun malam pertamanya sebagai seorang pengantin namun dia tidur sendirian di atas katil itu. Matanya tiba-tiba melekat pada wajah yang sedang tidur di penjuru bilik itu. ‘Tidur pun masih pakai tudung. Aku ni suami dia!!’ bentak hati Zafran!

Perlahan dia bangun menuju ke arah tempat itu. Perlahan-lahan dia mencempung tubuh itu. Lalu dia membawa tubuh isterinya itu ke atas katil di sebelah pembaringannya tadi. Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh itu agar isterinya itu tidak terjaga. Ternyata tubuh langsung tidak terkutik pun! Kemudian dia pergi kesebelah untuk membaringkan tubuhnya sambil menghadap wajah itu dengan dekat lagi. Sesungguhnya ada perasaan halus menembusi ruang hatinya ketika dia memandang wajah itu. Dia berasa tenang bila melihat wajah yang mulus itu.

Entah pukul berapa dia terlelap kerana asyik meneliti wajah itu. Wajah yang menghadirkan satu perasaan yang halus.. Susah untuk dia nyatakannya. Arghh! Dia sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Tak kan sekejap itu sahaja cintanya pada Sofia sudah hilang. Atau mungkin perasaan yang hadir ketika bersama Sofia dulu bukannya perasaan cinta. Tapi sekarang gadis itu sudah halal untuk dirinya..

2 comments:

  1. ye2... dh kwin.... cepat2 update cik writer..

    tahniah n gud luck

    ReplyDelete