Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 30 July 2013

Saat Ku Cinta 2


AMYLIA pergi berjumpa dengan Zharif. Dia baru sahaja balik dari Singapura. Terus saja dia memandu menuju ke pejabat Zharif.  Rasa sudah tidak sabar berjumpa dengan Zharif. Maklumlah sudah beberapa bulan dia tidak berjumpa dengan lelaki itu!

Hana hanya mampu mencebik bila gadis model itu datang kepejabatnya. Tiada lain mesti dia mahu berjumpa dengan Zharif. Itulah dia sering tertanya-tanya, dalam ramai-ramai wanita diluar sana yang di kenalinya hanya Amylia sahaja yang bertahan dengan sikap Zharif. Pada hal Zharif memang tidak menunjukkan minat langsung pada wanita itu.

“Zharif masih meeting..”

“Dia masih meeting? Tak apalah I boleh tunggu dia dalam bilik..” jawab Amylia. Namun segera Hana teringat pesan Zharif. Tiada sesiapa di benarkan masuk dalam bilik pejabatnya ketika ketiadaan dia.

“Maaf cik Amy, Encik Zharif dah pesan, tiada sesiapa di benarkan masuk ke pejabat tanpa kebenaranya...”

“Kalau macam tu tak apalah. I tunggu dia kat sini je..” lalu Amylia duduk di kerusi berdepan dengan meja Hana.

Tidak lama kemudian kelihatan baru keluar dari bilik mesyuarat. Dia terkejut melihat Amylia sedang menunggunya di ruangan menunggu. Terus sahaja dia menyuruh Amylia masuk ke biliknya. Dia tidak mahu kedatangan Amylia menganggu konsentrasi para pekerjanya.

“Lama kita tak jumpa. You apa khabar?” Soal Amylia. Zharif teresenyum.

“Macam inilah sihat. You pulak?”

“I sihat macam yang you nampak!” balas Amylia lagi.

“Ni baru balik dari mana?” soal Zharif lagi.

“Dari Singapura. I ada show kat sana. sampai KL I direct pergi jumpa you kat sini tau!” ujar Amylia sambil melentok-lentok tubuhnya.

PETANG itu, Zarra balik seperti biasa. Sampai di rumah dia terpaksa memasak apabila Makcik Saleha masih sakit. Biasalah kalau sakit begini pun manalah dia mampu nak buat kerja. Sebab itu adalah salah satu alasannya untuk menyuruh Zarra membuat kerja rumah. Sementara itu Mona keluar dari pagi sehingga sekarang belum balik-balik lagi. Perkara itu sudah biasa buat Zarra. Namund ai tidak pernah berdendam dengan Makcik saleha.

Ketika dia sibuk di dapur, Makcik Saleha duduk di meja melihatnya  memasak.

“Zarra dah beli ke barang-barang hantaran?” soal Makcik Saleha.

“Belum lagi. Tapi hujung minggu ni abang Ash ajak keluar” jawab Zarra dengan jujur.

“Zarra sukalahkan kalau dapat kahwin dengan lelaki yang kaya macam Ashraf tu. Pada hal Mona pun sukakan diakan?” soal Makcik Saleha. Pertanyaan itu membuatkan Zarra tidak senang hati. ‘Makcik ingat Zarra suka ke nak kahwin dengan abang Ash tu?’ bisik hati Zarra. Pertanyaan makciknya itu aseolah-olah dia telah merampas Ashraf dari Mona. Pada dia sendiri pun terkejut sebenarnya.

“Masalahnya makcik, bukan Zarra yang terima pinangan tu. Tapi ayah!” kali ini Zarra menjawab seolah-olah membantah keputusan ayahnya.

“Ayah Zarra tu memang tak guna! Dia langsung tak fikirkan masa depan Zarra. Mentang-mentang Ashraf tu anak orang kaya, terus je terima pinangan tu!” marah Mak cik Saleha pula. Dalam hati dia gembira kerana dia mempunyai rancangan lain.

“Siapa cakap saya yang terima! Awak yang beriya-iya suruh saya terima!” kedengaran satu suara menyampuk perbualan Makcik Saleha dengan Zarra. Zarra dan Makcik Saleha terkejut! Sejak bila pula ayahnya berada di ruang berdekatan dapur itu. Mungkin kerena mereka berdua asyik berbual-bual sehinggakan tidak sedar dengan kedatangan ayahnya.

SELEPAS makan malam, Zarra mengambil angin di luar rumah. Dia masih terfikirkan peristiwa petang tadi. Entah apa yang di maksudkan oleh Makcik Saleha. Benarkah ayahnya yang membuat keputusan untuk menerima pinangan keluarga Ashraf. Tetapi ayah pula yang menidaknya petang tadi. Apa maksudnya semua ini? Arghh dia jadi bingung sekali. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia menoleh.

“Ayah minta maaf pada Zarra..” ujar Pak Harun sambil mendekati anaknya.

“Kenapa ayah perlu minta maaf. Ini bukannya salah ayah pun!”

“Masalahnya ini melibatkan masa depan Zarra. Kebahagiaan Zarra. Ayah serba salah!” terdengar keluhan dari bibir si ayah. Ayah mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anaknya. Tapi dia sudah terlanjur menerima pinangan dari keluarga Datuk Majid.

“Ayah.. benda dah jadi bukannya kita boleh patah balik pun. Dan Zarra redha kalau memang abang Ash tu jodoh Zarra!” pujuk Zarra lagi. Dia tidak mahu ayahnya berasa serba salah dia atas apa yang berlaku.

“Ayah berharap, Zarra akan bahagia. Ayah tahu itu bukannya pilihan Zarra. Tapi ayah nak juga anak ayah mendapat yang terbaik!” akhirnya Pak Harun bersuara.

“Terima kasih ayah sebab sentiasa mendoakan yang terbaik buat Zarra..” ujar Zarra membalas kata-kata ayahnya. Dia benar-benar sedih. Hanya pada ayahnya itulah tempat dia selalu mengadu.

“Zarra nak masuk bilik dululah ya..”

“Baiklah tidur jangan lambat tau!”

“Baik ayah..”

Zarra terus menuju ke bilik tidurnya. Dia duduk di atas katil. Dia nak buat apa? Nak tidur pun matanya belum mengantuk lagi! Tiba-tiba dia teringatkan Hanis. Apa yang dia buat sekarang agaknya. Dia terus mengambil netbook kesayangannya. Terus saja dia membuka emel yahoonya. Nasib baiklah line internet malam ini bagus. Kalau tidak terpaksalah dia keluar dari bilik mencari line.

Zarra melihat nickname Hanis yang berstatus online. Dia seronok! Sekurang-kurangnya malam ini dia dapat bercerita dengan sahabat baiknya mengenai kehidupannya sebulan ini. Yang paling penting kehidupannya sebagai seorang tunang orang!

Dia masih teringat lagi bila dia beritahu dia sudah menjadi tunang orang, Hanis pula yang terjerit suka. Pada hal hatinya memang rasa mahu memberontak saja. Dia tambahkan lagi dengan sindiran pedas dari Mona. Macamlah dia yang nak sangat dengan lelaki itu!

Zara_Aisha: Hai Hani!

Hani_Madu: Hai Zara.. Miss you so much!

Zara_Aisha: Me too.. Aku ada banyak cerita kat kau!

Hani_Madu: Ni mesti pasal tunang kau tu kan? Apa cerita? Best tak jadi tunang orang ni?

Zara_Aisha: Aku benganglah dengan tunang aku tu beb!

Hani_Madu: Asal pula? Dia buat hal ke?

Zara_Aisha: Tak adalah.. Kalau boleh hari-hari dia nak jumpa. Aku ni pula bukan suka sangat nak keluar jumpa dia. Sebab aku tak suka dia.. Lainlah kalau lelaki yang aku suka!

Hani_Madu: Kenapa pulak? Sepatutnya kau belajar cintakan bakal suami kau tu. Jangan sampai ada perempuan lain nak kat dia baru kau nak terhegeh-hegeh pula!

Zara_Aisha: Susah nak cakaplah dengan kau ni.. Tengah hari tadi aku ada jumpa tunang aku. Tiba-tiba pula aku terlanggar seorang lelaki ni..

Hani_Madu: Mesti handsome..

Zara_Aisha: Tak adalah. Cuma aku rasa macam something wrong.. Dia tengok aku pun semacam takut juga aku di buatnya.

Hani_Madu: Dia cakap apa-apa tak?

Zara_Aisha: Tak! Yang hairannya dia tak banyak bercakap. Entah apa kena pulak!

Hani_Madu: Kau jangan nak buat hal. Kau tu dah tunang orang. Tak lama lagi kau dah nak kahwin.. lagi pun dari cerita kau tu, Ashraf memang cintakan kau! Beruntung kau tau!

Zara_Aisha: Aku taulah. Jadi tak kau balik?

Hani_Madu: Sorrylah aku tengah final exam. Tak dapat aku nak balik. Tapi aku janji lepas final exam tu aku akan balik jumpa kau.. tak lama kau tunggu je aku ya!

Zara_Aisha: Okey.. aku akan tunggu kau! Selamat malam.. Aku nak tidur esok aku kerja!

ZHARIF mahu menidurkan anak-anaknya sebelum dia sendiri masuk tidur. Memang itu rutin seharian dia selagi dia berada di rumah. Jika dia bekerja di luar daerah pun dia akan meminta Make non yang tidurkan mereka. Tetapi selagi dia ada di rumah itu, dia sendiri yang akan buat.

“Selamat malam papa..”

“Selamat malam.. Tidur awal tau!!”

“Pa.. Nani nak tanya papa sesuatu boleh?” soal Nani perlahan.

“Anak papa nak tanya apa? Tanyalah..” gelak Zharif lagi. Tak pernah-pernah Nani nak bertanya, pun minta izin.

“Bila kami nak dapat ‘mama’?” Nani meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia rasa sangat cemburu kepada teman-temannya yang mempunyai seorang ibu.

“Kenapa anak papa tanya tiba-tiba ni?” soal Zharif lagi.

“Kami rindukan ibu.. Adam tiap malam mimpi ibu..” ujar Adam lagi.

“Kesiannya anak-anak papa.. Tapi papa nak cari kat mana ‘mama’ tu?”

“Entahlah papa.. Kalau ada mama mesti best.. Kami boleh main. Gelak sama-sama.. Adam jelouslah tengok kawan-kawan Adam ada papa dengan mama mereka..” panjang pula si Adam bercakap. Zharif tergelak. Dia tak menyangka pula yang anaknya ini mahukan perempuan yang bergelar ‘mama’.

“Alahai anak papa.. Papa pun tengah mencari ‘mama’ untuk anak-anak papa sebenarnya. Tapi anak-anak papa mesti bersabar ya.. Bukan senang nak cari ‘mama’ yang betul-betul boleh jaga anak-anak papa tau!” pujuk Zharif lagi. Dia berharap anak-anaknya faham dan bersabar mengenai hal itu. bukannya dia tidak cuba mencari, tetapi belum tiba masanya mungkin!

“Papa janji ya.. Kami pun nak ada mama macam kawan-kawan kami tu..”

“Okey.. papa janji akan carikan ‘mama’ untuk anak-anak papa ni..”

“Yeh!!!” kedua budak itu menjerit kesukaan. Dalam diam, Zharif sudah berjanji pada budak budak tu. Pening lagi kepalanya.

Malam itu, Zarra teringat sesuatu. Nampaknya hari jadi ayahnya tidak lama lagi. Apakah bentuk hadiah yang mahu dia berikan. Dia tiba-tiba teringat sesuatu. Jam tangan! Ya jam tangan yang akan dia cari untuk di berikan kepada ayahnya. Esok selepas waktu kerja dia akan pergi ke kedai jam. Dia masih teringat ada satu jam tangan lelaki yang sangat cantik. Pasal harganya memanglah mahal tetapi berbaloi juga kalau dia belikan untuk ayahnya. Untuk ayah tak payahlah berkira sangat!

Suatu petang yang damai, Zharif sedang minum di sebuah cafe yang berhampiran dengan perhentian teksi. Cafe itu memang menjadi tempat kegemarannya ketika minum petang atau berjumpa dengan kawan-kawannya. Berkali-kali juga dia memandang jam tangannya. Dia pantang benar kalau berjanji dengan orang yang selalu lewat begini. Ingat dia tak ada kerja lain ke yang nak di buat? Kopi yang di hirup pun tinggal setengah cawan. Namun orang yang di nanti tak kunjung tiba. Hish!! Kalau di ikutkan hati memang sudah lama dia beredar dari tempat ini. Hari pun macam nak hujan. Risau pula pasal budak-budak kat rumah!

Zarra keluar dari kedai jam tangan dengan bungkusan di tangan. Dari raut wajahnya nampak bersinar. Ketara benar barang yang baru di belinya untuk di berikan kepada seseorang. Dan bukannya untuk dirinya sendiri. Setelah memilih tadi dia mendapat jam tangan yang elok untuk di hadiahi pada ayahnya. Hari jadi ayahnya tidak lama lagi. Jadi sebaik saja di berpeluang, dia terus menuju ke kedai itu untuk membeli jam tangan yang lama di intainya sekian lama.

Tiba-tiba hujan turun. Zarra terburu-buru berteduh di pinggir cafe itu. Cafe di mana seorang lelaki sedang duduk di dalamnya. Dia mengibas-ngibaskan tudungnya. Biasan hujan itu ada terkena pada raut wajah dan tudungnya juga. Dia mengambil tisu di dalam beg tangannya. Lalu dia mengelap wajahnya.

Zharif yang baru menyedari hujan baru saja turun memandang ke luar. Dia membuang pandang ke luar sambil menantikan seseorang. Tiba-tiba dia melihat seorang gadis yang berdiri di luar sambil memandang hujan. Dia juga turut memandang hujan itu.

Gadis itu kemudiannya membuang pandang ke dalam cafe. Dalam masa yang sama, lelaki itu juga memandang ke arahnya. Mata mereka saling bertatapan untuk beberapa saat.

Zharif terpana seketika. Cantik dan anggun! Itu saja yang dapat dia simpulkan. Tiba-tiba mata Zharif tertutup oleh tangan seorang wanita. Sesaat Zharif terhenyak. Namun tersedar dan langsung melepaskan tangan wanita itu. Namun gadis itu telah menghilang. Meliar juga anak matanya mencari. Namun dia tidak nampak lagi bayangnya. Dalam hati, Zharif menyalahkan wanita itu yang datang terlalu cepat. Sepatutnya wanita itu datang lebih awal supaya tidak membuatnya tertunggu-tunggu dalam cafe ini.

Sorry I lambat. Jalan jam sangat.”

It okey..” jawab Zharif lagi.

Amylia mengambil tempat berdepan dengan Zharif. Dia benar-benar rasa gembira bila dia masih sempat bertemu dengan Zharif dalam cafe ini. Pada mulanya dia risau juga memikirkan kelambatannya tadi. Itu semua gara-gara dia bergaduh dengan Suffian. Kalau bukan kerana Suffian. Awal dari itu dia dapat berjumpa dengan Zharif! Dan Zharif tidak perlu menjadi penunggunya di situ.

“Jom kita pergi shopping. Dah lama I tak pergi shopping..” ujar Amylia menukar topic. Dia tahu dari raut wajah Zharif itu kelihatan di sangat bengang kerana terpaksa menunggunya.

“I rasa nak baliklah” jawab Zharif malas. Sakit hati pun ada kerana dia telah menunggu Amylia terlalu lama. Hilang serta merta moodnya hari itu.

“You ni kenapa? I baru sampai dah tunjuk muka monyok! Kan I dah minta maaf.” Amylia pula tidak puas hati. Bersusah payah dia datang ke cafe itu tadi. Sanggup dia membatalkan datingnya dengan Tan Sri Maarof gara-gara mahu bertemu dengan Zharif.

“I rasa nak baliklah. Lagi pun hari dah hujan ni. Risau pula dengan budak-budak kat rumah tu..” Zharif sengaja memberikan alasan. Ada kalanya dia terpaksa menggunakan budak-budak tu sebagai alasan!

“Balik-balik pasal budak tu!! Apa memang kita tak boleh keluar berdua ke? Tak boleh ke I nak luangkan masa dengan you?” Amylia mula marah. Zharif ni kalau tak risaukan budak-budak kat rumah tu memang tak sah. Kadang-kadang budak-budak itu pun boleh di jadikan alasan oleh Zharif untuk mengelakkan dirinya. Menyusahkan betullah budak-budak tu!

“Masa apa? I dah tunggu you macam tunggul selama dua jam, you cakap I tak luangkan masa dengan you? Itulah masa yang terbuang. Bukannya terluang. Dahlah I nak balik..” seraya itu Zharif bangun dari tempat duduknya.

“Tapi I belum..”

“Sudahlah. Macam-macam alasan. You ingat I ni tunggul kayu ke, sampai kena tunggu you tu tadi..” ujar Zharif dengan geram. Dia sudah malas nak bertekak dengan Amylia. Pada mulanya dia mahu berbaik dengan gadis itu. Tapi silap gadis itu juga yang tidak pandai mengambil hatinya. Malah dia melenting pasal budak-budak itu pula. Dia memang pantang kalau ada orang nak marah-marah pasal anak kesayangannya itu.

Dia tidak berada lama dengan Amylia. Entah mengapa petang itu moodnya segera hilang sejak dia melihat gadis misteri itu. Amylia juga hairan melihat sikap Zharif yang macam layan tak layan sahaja terhadap dirinya.

Zarra sampai ke rumah. Dia terus mandi kerana dia sudah terkena hujan. Dia takut kalau tidak mandi terus dia akan mendapat selsema. Dia sebenarnya mudah terkena selsema.

Selepas mandi, dia mendapat panggilan dari Ashraf. Pada mulanya dia malas juga mahu menjawab. Tetapi di sebabkan tunangnya itu sudah beberapa kali menelefonnya terus saja dia menjawab.