ISABELLA keluar dari rumah. Pada
hari minggu begini lebih baik dia berjalan-jalan kerana hari biasa dia sibuk
dengan tugas di pejabat. Lagipun dia sudah berjanji dengan Sarah untuk berjumpa
di Time Square. Jadi tidaklah dia keseorangan untuk membeli belah.
Sesampai sahaja di Time Square,
Isabella melihat kawannya Sarah sudah menunggunya. Tanpa membuang masa lagi,
dia mengajak Sarah pergi ke restoran berdekatan dahulu untuk mengisi perut.
Sengaja dia tidak mahu makan di rumah tadi. Dia mahu makan diluar bersama
dengan kawannya Sarah.
“Lama kita tak jumpakan? Sekarang
kau makin cantiklah. Apa rahsianya ni?” soal Sarah. Isabella hanya tersenyum.
'Cantik buat apa kalau dia tidak dapat memiliki hati Tengku Elman' detik
hatinya.
“Biasa sajalah. Kan I memang dari
dulu lagi macam ni..” Isabella mencebik.
“You dengan Tengku Elman macam mana?
Dah ada rancangan ke?” tiba-tiba Sarah bertanya lagi tentang hubungan Tengku
Elman dengan Isabella. Dia memang tahu dari dulu lagi Isabella ada hati dengan
Tengku Elman. Tetapi sayangnya ketika itu, Tengku Elman memilih untuk berkahwin
dengan Ariana. Dan tidak lama mereka berkahwin dia mendapat tahu Ariana
meninggal dalam satu trajedi kemalangan jalan raya. Jadi mungkin Isabella
berusaha untuk menambat hati Tengku Elman yang masih kekosongan sehingga
sekarang.
“Huh!! Bukan you tak tahu perangai
Elman tu.. Sehingga sekarang pun dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang
Ariana sudah meninggal. Dan bila I cakap I cintakan dia, dia tolak
mentah-mentah perasaan I. Sakit hati I tau!!” Isabella berterus terang dengan
Sarah. Dia tahu hanya Sarah saja yang memahami dirinya.
Sarah hanya menggeleng kepalanya.
Bukan mudah untuk melupakan orang yang paling di sayangi. Terutama orang yang
pernah menjadi teman hidup. Kalau dia pun pasti akan seperti Tengku Elman.
Bukan mudah nak mencari pengganti!
Dia melihat Isabella seperti tidak
puas hati terhadap sikap Tengku Elman. Namun apakan daya dia untuk menolong.
Makanan yang di pesan pun sampai.
Mereka berdua menjamu selera tengah hari itu. Selepas makan dia menemani
Isabella membeli belah. Dia tahu sejak dulu lagi kawannya yang seorang ini suka
membeli barang.
Petang itu setelah penat keluar
berjalan-jalan, mereka berdua pun pulang. Lagipun keesokan harinya mereka akan
bekerja. Jadi lebih baik mereka berehat untuk menghabiskan masa hujung minggu
meereka.
HUMAIRA datang sebelah petangnya
untuk menggantikan tempat Mak Teh yang menjaga Zeti dari pagi tadi.
“Macam mana keadaan Zeti hari ini
Mak Teh?” Humaira bertanya walaupun dia tahu mungkin tiada perubahan pada Zeti.
“Macam tu jugalah Ira. Mak Teh sedih
sangat tengok keadaan dia macam ni. Kalau boleh di tukar tempat, biar Mak Teh
yang menanggung derita ini. Zeti ni terlalu muda untuk di duga dengan keadaan
seperti ini.”
“Kita bersabar sajalah Mak Teh.
Lagipun hari itu doktor cakap keadaan ini untuk sementara saja dan kita harus
banyak berdoa untuk Zeti supaya cepat sembuh.. Kita jangan putus asa. Kalau
kita putus asa Zeti lagilah..” Humaira memujukbMak Teh. Dia juga rasa perasaan
yang sama tapi mungkin lebih lagi perasaan Mak Teh kerana Zeti itu satu-satu
anaknya.
Bila masa melawat sudah hampir
tamat, Humaira menyuruh Mak Teh balik kerumah untuk berehat. Lagipun keesokan
harinya dia mahu, Pak Teh menghantar Mak teh lebih awal kerana dia akan masuk
kerja pada hari esok. Dia mahu balik ke rumah dahulu untuk mempersiapkan diri
pergi ke pejabat.
AWAL pagi lagi, Mak Teh sudah sampai
di hospital. Dia menyuruh suaminya menghantar dia awal ke hospital kerana
Humaira akan akan mula bekerja pada hari ini. Dia bimbang Huamira tidak sempat
balik ke rumah untuk bersiap-siap pergi ke pejabat.
Humaira sempat sampai ke pejabat
sebelum waktu kerja. Kedatangannya di sapa oleh Kak Sofi. maklumlah sudah
beberapa hari mereka tidak berjumpa. Lagipun hari jumaat itu dia cuti. Sudah
pasti dia akan di soal siasat oleh pekerja di situ.
“Hari Jumaat tu kenapa tak turun
kerja?” soal Aya.
“Oh.. Saya cuti. Sebab ada hal
keluarga..”
“Senang juga Ira minta cutikan? Pada
hal Ira baru je masuk kerja..” sampuk Zana.
“Hari itu kan Ira jumpa Cik Bella.
Tapi dia suruh Ira jumpa bos besar pulak. Mulanya memang kena goreng jugalah
Ira ni di buatnya.”
“Baiknya hati bos besar kita tu
ya..” ujar Aya.
“Tapi Ira ada alasan yang kukuh!”
“Alasan apa? Serius ke?”
“Hish!! Kan Ira dah cakap dia ada
hal keluarga.. Di tanya lagi.” Kak Sofi membela Humaira.
“Tak apalah Kak Sofi, Biar Ira
jelaskan. Yang sebenarnya, hari tu adik saya menjalani pembedahan jantung. Dari
hari dia lepas pembedahan sehingga sekarang dia masih belum sedarkan diri
lagi.. Ira bergilir-gilir jaga dia dengan Mak Ira..” Humaira menerangkan satu
persatu pada mereka. Semua mereka terdiam. Yelah sibuk sangat nak tahu masalah
orang. Sekarang bila Humaira bagitau semua membisu! Mereka masing-masing sibuk
menjalankan kerja. Humaira juga begitu. Namun perasaannya tetap tidak tenang
bila memikirkan keadaan Zeti. Entah sudah sedar ke tidak dia. Kasihan dengan
Mak Teh dan Pak Teh. Namun apa pun dia mengharapkan kesihatan Zeti akan pulih.
Itulah harapannya.
Tengah hari itu, semua pekerja yang
lain sudah keluar untuk makan tengah hari. Namun bagi Humaira, dia memang tidak
ada selera mahu makan. Perlahan dia mengambil bekas plastic yang di bawanya
dari rumah. Pagi tadi dia sempat membawa bekal. Bekalnya hanya beberapa keping
roti sandwich yang di sapu dengan jem dan mentega. Kemudian dia menuju ke
pantry. Ada juga seorang dua yang makan tengah hari di situ. Mungkin mereka
bawa bekal dari rumah. Segera Humaira mengambil mugnya dan membancuh air milo.
“Ira tak keluar makan ke?” tegur Kak
Hani. Dia pun turut serta di pantry. Humaira tersenyum.
“Tak kak, Ira tak ada selera nak
makan nasi. Sebab itu Ira bekal roti sandwich saja..” jawab Humaira sambil
membawa mug yang berisi air milo ke tempat dia letakkan bekalnya tadi.
Kebiasaannya jika makan tengah hari
terlalu kenyang akan mengakibatkan matanya mengantuk. Jadi tengah hari ini
umpama dia makan waktu paginya. Makan roti sekadar alas perut. Baru saja dia
mahu mengangkat roti dan ingin di gigit, sepantas kilat ada orang menyambar
roti di tangannya. Terkejutnya dia pada masa itu. Lalu dia menoleh ingin
melihat siapakan gerangannya yang berani merampas roti sandwich dari tangannya.
“Tengku!!!” panggilnya. Dia melihat
Tengku Elman dengan lahap sekali menelan roti itu. Dalam sekelip mata saja roti
di tangannya itu sudah habis di makan. Humaira dan beberapa orang disitu
terpaku. Mereka memang tidak berbunyi lagi.
“Sorry
saya laparlah.. Nak makan buat alas perut!” jawab Tengku Elman selamba. Humaira
menahan geram. Kalau tidak mengenangkan itu pejabat sudah pasti dia akan
memarahi lelaki itu.
“Beginilah. Di sebabkan saya dah
makan roti awak, saya nak ajak awak keluar. Saya nak awak temankan saya jumpa
klien petang ni. Macam mana?” ujar Tengku Elman Qaufar lagi.
“Jumpa klien?” soal Humaira. Setahu
dia kerja-kerjanya tidak menyentuh pun pasal jumpa klien. Tengku Elman
mengangguk!
Kak Hani pun memandang wajah
Humaira. Pelik dengan sikap dua orang di depannya itu. Macam Tengku Elman sudah
biasa dengan Humaira.
“Tapi itu tak ada kena mengena
dengan saya, Tengku. Kenapa Tengku tak ajak Cik Bella? Lagipun dia lebih arif
dari saya.” Jawab Humaira lagi. Dia tidak mahu ada orang salah sangka terhadap
dia dengan bos itu.
“Ira, pergi sajalah dengan bos tu.
Mana tau dapat peluang baik punya! Lagipun keluar jumpa klien sajakan?” Kak
Hani pula menyampuk. Bukan senang nak dapat offer baik punya dari bos mereka
yang kacak dan bergaya itu!
Humaira tersenyum pahit. Jumpa
klien? Dalam tertanya-tanya sempat pula dia mengangguk.
“Okeylah kalau memang ada urusan!
Ira pergi ambil beg tangan dulu.” Jawab Humaira sambil bangun dari kerusi yang
didudukinya tadi.
“Kak Hani, nanti beritahu Cik Bella
saya culik Ira pergi tempat lain!”
ujar Tengku Elman sambil berseloroh. Mereka yang ada di pantry itu ketawa. Baru
inilah kali pertama mereka mendengar bos mereka boleh bergurau!! Kak Hani hanya
mengiakan saja. Tidak tahu nak cakap apa bila Tengku Elman sudah keluar dari
pantry itu.
Didalam kereta mereka berdua hanya
senyap saja. Mata Humaira memandang ke luar tingkap. Dia sendiri tidak tahu
kemana Tengku Elman mahu membawanya.
“Tengku nak bawa saya pergi mana
ni?” soal Humaira apabila Tengku Elman tetap berdiam diri. Dia rasa tidak
selesa. Keluar dengan bos waktu makan tengah hari begini memang menimbulkan
kemusykilan. Sudah pasti sekarang budak di pejabatnya sudah bergosip!! Tadi pun
sudah ada yang menjeling padanya.
“Ira nak pergi mana?” soal Tengku
Elman balik. Dia melihat riak gadis di sebelahnya. Macam mencuka!! Akhirnya dia
tersenyum sendiri.
“Kita pergi makan dulu. Perut saya
laparlah. Tapi thanks untuk roti awak tadi. Sedap..” ujar Tengku Elman lagi.
Humaira hanya mencebik. Apalah yang sedap sangat sekadar dia bubuh jem dengan
mentega saja dekat roti itu. Akhirnya
kereta Tengku Elman membelok menuju ke sebuah restoran mewah yang terletak di
hujung kota. ‘Rasanya perjalanan ke sini pun agak lama juga’ fikir Huamira
lagi.
“Kita dah sampai.”
“Kat sini? Restoran mewah ni?” soal
Humaira lagi. Tengku Elman Qaufar mengangguk. Dalam hati Humaira bertanya,
benar ke mereka akan jumpa klien seperti yang di katakan oleh Tengku Elman
kepadanya. Nampak tak ada sesiapa pun yang macam klien Tengku Elman menunggu di
luar restoran itu. Mungkin klien itu dah menunggu di dalam kot. Lambat-lambat
dia buka juga seltbeltnya. Dia terus mengekori Tengku Elman Qaufar dari
belakang. Malulah nak jalan seiring dengan bos besar mereka.
Sampai dia satu meja, kelihatan
seorang gadis muda sedang tersenyum ke arah mereka. ‘Mungkin itu klien Tengku
kot’ bisik Humaira dalam hati. Cepat-cepat Tengku Elman mendapatkan gadis itu.
“Dah lama tunggu ke?” soal Tengku
Elman sambil itu dia menarik kerusi agar Humaira duduk di depannya. Humaira
sekadar mengikut sahaja. Lagipun dia tak kenal siapa gadis itu.
“Tak adalah baru je sampai..” Jawab
si gadis itu. Namun mata si gadis itu menatap wajah Humaira. Benar kata
abangnya itu. Tiada satu pun cacat celanya. Dan wajah itu tidak berubah
langsung dari wajah yang pernah dia lihat dahulu!
“Sorrylah
buah hati abang ni lama sangat. Susah nak pujuk dia keluar. Ni pun nasib
jugalah dapat culik dia.” Tengku
Elman membela diri.‘Buah hati? Abang? Culik?’ Humaira mengerutkan dahinya. Dia
tidak faham perbualan dua orang di depannya itu.
“Hai.. Saya Ku Zurin.. dan..”
“Saya Humaira. Panggil Ira saja..”
ujar Humaira mesra dan mereka bersalaman. Tengku Elman Qaufar menepuk dahinya.
Dia terlupa mahu memperkenalkan kedua-dua insan itu.
“Abang ni selalu macam tu! Semua
boleh jadi lupa bila dia depan mata” gelak Ku Zurin. Dia tahu abang sepupunya
terlalu gembira dapat mempertemukan dia dengan gadis yang seiras isteri abang sepupunya.
‘Abang? Sejak bila Tengku ada adik?
Atau dia ni memang adik Tengku?’ bisik Humaira dalam hatinya.
“Sebenarnya, dia adik sepupu saya.
Tapi dah rapat macam adik beradik..” terang Tengku Elman seperti dia faham
dengan kerutan di dahi Humaira. Ku Zurin hanya tersenyum. Dia gembira melihat
perubahan pada Tengku Elman Qaufar. Bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan
perempuan itu padanya. Cepat benar abangnya itu menjejaki orang yang pernah dia
ceritakan dulu.. Ajaib sungguh!!
Mereka memesan makanan. Sambil
menunggu makanan sampai mereka berbual-bual. Tiba-tiba telefon bimbit Humaira
berbunyi. ‘Mak Teh!!’ nama itu yang tertera di skrin. Humaira meminta diri
untuk menjawab panggilan itu di luar restoran. Terus dia bangun menuju keluar
restoran.
“Bang, wajah dia seiraslah bang.
Macam wajah kak Ari.” ujar Ku Zurin sebaik saja Humaira meninggalkan mereka di
meja itu. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin beritahu.
“Itulah yang abang cakap. Semua
orang tak percaya. Isabella pun terkejut melihat wajah Humaira yang serupa
dengan Kak Ari..” terang Tengku Elman lagi. Terbayang dia ketika kali pertama
Isabella berjumpa dengan Humaira, lalu Isabella menuduhnya yang bukan-bukan.
“Dia tak jelous ker?” soal Ku Zurin. Bukan dia tak tahu perangai Isabella
yang kuat cemburu pada abangnya itu. Tengku Elman Qaufar tersenyum hambar.
“Maunya tak jelous. Hari-hari nak berkepit dengan abang. Abang naik rimas
tau!!”
“Habis rancangan nak bertunang tu
tak jadilah ya?” soal Ku Zurin lagi. Dia boleh nampak Tengku Elman begitu
tertekan bila menyebut hal pertunangan itu.
“Entahlah. Abang pun tak tahu nak
buat apa. Hari tu abang dah cakap dengan mama. Tapi dia cakap janji tetap
janji. Abang nak cakap apa? Abang pun tak sanggup menghampakan harapan mama
dengan papa Kak Ari.” Kedengaran keluhan resah dari Tengku Elman. Ku Zurin
hanya memandang sahaja wajah abangnya yang sedang bermasalah.
Mak Teh memberitahu Humaira yang
Zeti sudah sedar. Humaira yang mendengar perkhabaran itu rasa sungguh gembira.
Dia mengucapkan syukur. Senyumannya tak lekang dari bibirnya. Selepas
menamatkan panggilan, Humaira melangkah masuk semula ke dalam restoran. Wajahnya kembali ceria. Ini membuatkan Tengku
Elman rasa hairan. Pasti ada berita yang menggembirakan Humaira sampai dia
dapat melihat kegembiraan dari mata gadis itu.
“Hai dari jauh lagi dah senyum. Ada
apa-apa ke?” soal Tengku Elman tidak tertahan dalam hati. Makanan yang mereka
pesan tadi sudah terhidang di atas meja. Humaira memandang Tengku Elman.
“Mak saya cakap, Zeti dah tersedar.
Dan petang nanti kalau Ira sempat, Ira nak singgah jenguk dia..” Humaira
memberitahu. Gadis di depannya itu tetap membisu.
Di pejabat, Isabella sudah tidak
senang hati. Sudah beberapa kali dia mendail nombor Tengku Elman namun tidak
berjawab. Dia geram. Tengah hari tadi dia ternampak Tengku Elman keluar dengan
Humaira pergi entah kemana. Selepas itu Kakak Hani pula memberitahu pesanan
Tengku Elman. Katanya Tengku Elman culik
Ira bawa keluar jumpa klien. Entah betul ke tidak. Mungkin itu sekadar alasan
Tengku Elman untuk membawa Humaira keluar dengannya saja kot!
Makin menjadi-jadi pula perangai
Tengku Elman. Langsung tidak memikirkan perasaannya ketika ini. Mungkin Tengku
Elman memang benar-benar mahu rapat dengan Humaira. perasaan cemburu dan curiga
mula timbul di kotak fikirannya. Dia tidak akan membenarkan mana-mana wanita
rapat dengan Tengku Elman selagi dia belum mendapatkan Tengku Elman.
No comments:
Post a Comment