Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday 28 January 2012

Hanya Kau Milikku 3



Pintu bilik itu di ketuk. Namun tiada siapa yang membukanya. Pintu itu di ketuk lagi. Kedengaran bunyi pintu di buka dari dalam dan mendengar arahan supaya dia masuk. Mira hanya dapat melihat belakang lelaki itu. Namun wajahnya dia gagal untuk melihatnya.

“Masuklah. Tunggu sekejap ya..” Lelaki itu sempat menghantar sms kepada kawannya.

Mira membuka luas pintu itu dengan perlahan dan dia melangkah masuk. Kemana pula gerangan si punya suara itu. Mira menuju ke sebuah sofa yang di sediakan didalam bilik itu. Matanya meliar mencari. Kemudian dia bangun menuju ke arah berenda itu. Dari situ dia dapat melihat pemandangan kotaraya Kuala Lumpur.

Tiba-tiba dia merasakan ada lingkaran tangan sedang melilit di pinggangnya. Apa kena dengan tangan itu? Suka hati dia je nak sentuh aku!

“Hai sayang.. Lama kita tak jumpakan? Takkan dah lupakan wajah kacak dan tampan ni?” suara itu mengejutkan dia. Macam pernah didengarnya suara itu.

Mira Syafika menoleh. Betapa terkejutnya bila wajah itu yang sekian lama lenyap dari kotak fikirannya kini muncul semula. Apa dia buat kat sini? Bukankah dia sepatutnya menghadiri temuduga? Pelbagai persoalan yang timbul di kepalanya kini.

“Kau.. Iqbal..Iqbal Iskandar.. jahanam kau. Lelaki jahanam. Kau buat apa kat sini?” menyinga wajah Mira. Tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki di hadapannya ini. Dia berkira-kira ingin melarikan diri. Matanya meliar menuju ke arah pintu.

“Ingat pun sayang.. Iqbal ingat sayang dah lupakan wajah ni” jawab Iqbal sambil tersenyum-senyum.

“Kau buat apa kat sini? Bukan ke sini tempat untuk temuduga?” Iqbal tersenyum mendengar kata Mira. Memang pun situ tempat untuk temuduga. Tetapi calon terakhirnya ialah Mira Syafika.

Pintu utama itu agak jauh dari tempat dia berdiri. Macam mana ni. Mampuslah kali ini. Terkena lagi dengan sang buaya durjana ini. Iqbal Iskandar dengan selamba sahaja memandang kearah muka Mira. Di lihatnya dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas.

Dengan senyuman yang nakal dia cuba mengungkit peristiwa empat tahun yang lalu. Dia terpaksa berlakon dengan menyakiti hati Mira Syafika.

“Ala.. jangan marahlah. Ingat tak empat tahun yang lalu tu, dekat bilik inilah saya..” Mira cuba melepaskan genggaman tangan itu dari pelukannya.

“Tak nak ingat..”  tiba-tiba sahaja ingatan kembali pada peristiwa hitam empat tahun yang lalu.  Lelaki itulah yang memperkosanya. Lelaki itulah yang menghancurkan masa depannya. Pada masa itu dia hampir putus asa kerana kesucian diri telah di nodai.

Dengan sekuat hati Mira meronta akhirnya dia dapat melepaskan diri dari pelukan Iqbal.

“Jangan datang dekat.” Kata Mira hampir menangis. Dia takut dan bimbang seandainya Iqbal Iskandar mengulangi perkara yang terjadi empat tahun yang lalu.

Iqbal Iskandar ketawa melihat gelagat Mira. Dalam diam dia begitu teruja ingin menikmati saat indah bersama Mira sekali lagi. Wajah yang sekian lama di rinduinya sudah ada di depan mata.

“Kau takkan dapat lari lagi Mira. Kau tak akan dapat lari jauh di aku. Walau seceruk manapun engkau bersembunyi aku masih dapat cari engkau..” Iqbal ketawa dengan kuat. Puas hatinya dapat mengenakan gadis yang berdiri di hadapannya kini. Segala rindu dendamnya sudah terurai walaupun dia sebenarnya tidak berniat untuk mempermainkan perasaan Mira. Namun dia tiada jalan lain.

Suara itu betul-betul menakutkan Mira. Dia tahu tiada jalan lain untuk melepaskan diri kecuali menuju ke pintu bilik itu. Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba–tiba tangan Iqbal menyambar untuk sekali lagi.

“Lepaskan aku.! Sakitlah..” bercucuran air mata Mira di pipi. Namun Iqbal tidak peduli dengan rayuan itu. Dengan perlahan dia berbisik ke telinga Mira.

“Sayang.. Jangan macam tu. Iqbal rindu sangat dengan sayang. Sudah empat tahun Iqbal tak jumpa sayang. Makin hari semakin cantik pula Iqbal tengok” dia tetap memeluk Mira. Dia tidak peduli dengan airmata Mira yang jatuh di pipi. Dia harus menguatkan hatinya agar tidak kalah dengan senjata gadis itu.

Iqbal memujuk Mira agar menurut kehendaknya. Dia membawa Mira duduk di atas sofa yang sedia ada. Dia tahu Mira memang dalam keadaan ketakutan namun dia tidak boleh mengalah kepada Mira kerana ini sajalah peluang yang dia ada untuk memiliki Mira. Jika dia tak dapat memujuk Mira sia-sialah rancangannya dengan Amirul.

“Sebenarnya, saya ada benda nak cakap.”

Mira mengangkat mukanya. Memandang ke arah Iqbal. Entah kenapa mamat ini tiba-tiba pula jadi baik. Sedangkan sebentar tadi garang macam singa saja. Perasaan gementarnya masih terasa.

“Apa yang awak nak cakap? Bukan ke saya di panggil untuk temuduga hari ini. Kalau saya tahu begini jadinya.. Sumpah mati pun saya tak akan datang ke sini..” jawab Mira dengan berani. Iqbal Iskandar cuma tersenyum. Kelakar mendengar bebelan Mira.

‘Hish lambatnya Amirul.. Nanti tak pasal-pasal gagal pula rancangan mereka berdua.’

“Sebenarnya...” masih tergantung ayat di situ.

Tiba-tiba mereka mendengar pintu bilik hotel di ketuk. Kedua-dua mereka berpaling kearah bunyi ketukan itu.

“Sebentar ya mungkin pekerja hotel hantarkan makanan agaknya” kata Iqbal berbasa basi. Dia bingkas bangun menuju kearah pintu utama. Mira Syafika dari tadi duduk di kerusi itu diam tidak berkutik. Pintu utama di buka. Beberapa orang lelaki berpakaian lengkap dan berkopiah putih berdiri di muka pintu.

"Apa yang sedang berlaku disini?" Iqbal terkejut dengan jerkahan itu. Dia terkaku seketika.

 "Err... takde apa-apa encik. Biasalah masalah rumahtangga sikit!" jelas Iqbal Iskandar dengan tenang.

'Hrmm.. Tenang Iqy jangan tak tenang. Kau boleh tu Iqy!' bisik hati Iqbal Iskandar.

 "Kami tak percaya! Tadi kami ada mendapat laporan ada berlaku kegiatan maksiat di sini" suara tegas itu menyanggah.

Mira menoleh kearah pintu bila mendengar suara agak garang kedengaran. Apa? Kegiatan maksiat? Siapa yang bagi laporan palsu ni? Tapi siapa mereka ni? Dia tercongak-congak dengan kata-katanya sendiri. Lantas satu gelaran sudah menari-nari di ruangan mindanya. Pencegah maksiat!!! Benarkah??? Sungguh! Gelaran itu bagaikan penjenayah yang amat menakutkannya saat ini. Dia sudah benar-benar kecut perut. Darah sudah berlumba-lumba memenuhi setiap inci salur darah di mukanya. Dia mula berpeluh-peluh walau pun air cond dalam bilik hotel itu sudah cukup menyejukkan. Betapa malunya dia rasakan saat ini. 'Ditangkap khalwat'. Perkataan itu sudah terngiang-ngiang di telinganya..

Ya Allah! Kenapa sampai begini sekali nasibku ya Allah. Apakah yang harus aku lakukan ya Allah! Dia mula menangis teresak. Mira sangat takut memikirkan akibatnya kelak. Hidupnya bakal hancur sekali lagi. Apatah lagi jika dipaksa menjadi isteri kepada lelaki yang pernah menghancurkan masa depannya. Ya Allah! bantulah hambamu ini.

Permudahkanlah masalah hambamu ini Ya Allah! Berikankanlah aku kekuatan untuk menghadapi masalah ini! Sempat aku panjatkan doa kepada-NYA memohon agar diperkukuhkan imanku. Dipermudahkan urusanku. Semoga ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Pegawai-pegawai dari jabatan pencegah maksiat tadi menapak masuk. Tanpa sedar airmatanya menitik laju.

 "Tak guna awak menangis sekarang! Percuma! Memang begini perangai perempuan zaman sekarang. Murah sangat maruah diri!" tengking suara lain. Bukan sekali ini dia berjumpa dengan perkara seperti ini. Tetapi setiap kali mereka berdepan dengan kejadian seperti ini mesti si gadis akan menagis. Kononnya mereka tidak sengaja. Dan pelbagai alasan yang akan mereka dengar. Tetapi mereka sudah biasa.

            Mira jadi bertambah sebak bila dikatakan perempuan tak bermaruah. Air mata semakin deras mengalir keluar dari kelopak mata. Kalaulah mereka tahu dia bukanlah gadis sepincang itu. Mahu saja dia jeritkan bahawa dakwaan mereka salah sama sekali. Namun takut pula dia bersuara. Mira takut lebih banyak hinaan akan dilemparkan padanya nanti.      

"Syyy... jangan nangis sayang! Saya ada disini. Saya janji akan bertanggungjawab dan akan melindungimu sayang!" bisik Iqbal Iskandar sebak ke telinga Mira Syafika. Entah bila masa pula dia berada di sebelahnya. Mira Syafika menjeling tajam.

“Siapa sayang awak?” soalnya kepada Iqbal Iskandar. Bertambah sakit hatinya mendengar Iqbal  memanggilnya begitu. Sesenang itu saja Iqbal memanggilnya sayang.

“Sayang jangan cakap macam itu. Saya akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku.”

“Semudah itu je?”

“Dan saya sanggup berkahwin dengan sayang” ujarnya perlahan. Semakin bencilah gadis itu kepadanya. Mencerlung pandangan Mira kepadanya. Paling Mira geli dengar bila Iqbal memanggilnya sayang. Entah apa mimpi dia memanggil dirinya begitu.

“Siapa yang nak kahwin dengan awak? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.. Biarlah perkara ini selesai macam tu saja. Aku tak kisah kalau awak tak nak bertanggung jawab pun”jawab Mira separuh sakit hati.

“Tapi aku kisah. Sayang jangan berdegillah okey. Awak ingat masalah ni boleh selesai macam tu saja.”geram juga hatinya mendengar kedegilan Mira yang masih membantah keputusan itu.

“Sudah!! Sudah!! Kenapa awak berdua bertengkar pulak? Tadi yang perempuan menangis. Sekarang bertengkar pulak. Apa nak jadi dengan korang berdua ni?” kedengaran salah seorang pegawai itu menegur mereka. Mereka bertengkar tanpa menyedari ada mata-mata yang menyaksikannya.

Memandangkan jelingan mata yang tajam dari Mira Syafika dia sedar hati gadis itu tergores dengan hinaan yang dilemparkan oleh pencegah maksiat tersebut. Dia tidak rela mendengar tangisan dari wanita kesayangannya. Hatinya turut sama sedih bila gadis kesayangannya sedih. Bagaikan ada perkongsian perasaan diantara mereka.

'Ahh!! salahku semuanya!' desis hatinya. 

            "Err.. Saya rasa encik semua sudah tersalah bilik!" ujar Iqbal Iskandar.

"Kamu jangan nak bohonglah! Baik... Kalau benar laporan itu palsu encik perlu buktikan bahawa kamu tidak bersalah. Sekarang, tunjukkan kad nikah kamu!" sahut suara lain dengan lantangnya. Geram juga mereka apabila mendengar Iqbal berkata demikian.

"Err..ermm....saya terlupa bawa encik. Kad nikah tu ada di rumah keluarga saya" terang Iqbal Iskandar dengan sedikit gagap. Siapa tidak cuak bila ditangkap khalwat walaupun semuanya itu adalah rancangan spontannya. Namun, rasa gembiranya masih disitu.

 "Selain dari kamu berdua, ada sesiapa lagi yang menyorok dalam bilik ini?" tanya suara itu dengan sinis.

"Maaf encik! Hanya kami berdua dalam bilik ini. Tidak ada orang lain! Sebenarnya tadi memang ada sessi temuduga calon. Tetapi kawan saya sudah balik. Manalah saya tahu ada calon terakhir lagi" lancar saja Iqbal Iskandar  menjawab. Namun jantungnya sudah berdetup-detap. Mana tahu kalau gadis itu mengamuk dengannya. Tak jadilah rancangan dia dan Amirul.

Mira mengigit bibirnya menahan geram. Kata-kata Iqbal sebentar tadi seolah-olah menyalahkan diri yang datang lambat untuk temuduga itu.

"Baiklah.. Kalau macam tu sila ikut kami ke balai sekarang juga!!!"

“Encik.. Tolonglah.. Saya tak nak kahwin dengan dia ni. Saya ke sini untuk temuduga bukan untuk jumpa dia ni.” ujar Mira. Merayu kepada salah seorang pegawai di hadapannya itu.

“Sayang kenapa ni? Kita berduakan saling kenal. Jadi tak ada masalahkan? Takkan sayang tak nak kahwin dengan saya ni?” soal Iqbal. Dia cuba menarik perhatian daripada pegawai tersebut.

“Siapa yang nak kahwin dengan awak?” jawab Mira berani. Matanya berlawan dengan mata Iqbal. Rasa nak meletup saja dirinya menahan amarah.

“Sayanglah. Siapa cakap sayang boleh pilih nak kahwin atau tidak. Boleh tak boleh... mesti kahwin.. “selamba saja Iqbal menjawabnya.

Mira melihat Iqbal merenungnya tajam. Sukar rasanya mahu menggambarkan perasaannya sekarang. Memang dia sangat-sangat marah dan geram.

“Amboi senangnya awak bercakap. Awak ingat saya ni anak patung. Sesuka hati awak je buat keputusan.”ujar Mira tidak puas hati.

“Dah jangan bergaduh lagi. Elok kita pergi ke balai sekarang.” Salah seorang pegawai cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"Baik encik. Tapi boleh tak encik semua tunggu di luar sekejap. Tak elok rasanya membiarkan saya berpakaian sebegini. Saya nak tukarkan pakaian saya sekejap!" pinta Iqbal Iskandar dengan lembut.

"Ok.. saya bagi kamu 10 minit untuk berkemas. Kami tunggu diluar!" akur salah satu lagi pegawai pencegah yang sedari tadi senyap sebelum mereka keluar meninggalkan bilik itu.

"Baik encik. Terima kasih kerana berikan kerjasama!" balas Iqbal Iskandar tona suara yang masih sama.. Namun dalam hatinya gembiranya sudah bukan main kepalang. Namun terbit rasa bersalahnya kepada Mira. Tak semena-mena gadis itu sudah terlibat dalam masalah hidupnya. Ya Allah! ampunkan dosaku. Aku tidak punya pilihan lain. Aku terpaksa lakukan ini semua. Iqbal Iskandar sudah bemonolog dalam hati. Keinginan yang sudah tak terbendung membuatkan dia merancang satu cara untuk memiliki Mira Syafika.

Sungguh! Dia sudah tidak punya banyak masa. Kes darurat sangat. Dia didesak oleh mamanya untuk mengahwini Rozie anak Tan Sri Ruslan. Dia benci pada gadis itu. Dia sudah penat memujuk mamanya untuk membatalkan rancangan perkahwinan mereka.

Mira sudah makin tidak keruan bila dia kena datang ke balai. Apakah yang sudah berlaku disini sebentar? Mengapa mesti dia yang terlibat dalam masalah sebegini? Entah kenapa tiba-tiba hatinya merasa sangat sebak.  Air mata sudah mengalir membasahi pipinya walaupun tanpa esakan. Mira baru saja ingin melangkah keluar namun tangannya sempat di rentap oleh Iqbal Iskandar. Membuatkan Mira terpeluk lagi dalam pelukan Iqbal Iskandar.

Tiba-tiba Iqbal Iskandar tersenyum lebar pada Mira. Kemudian jemari kasarnya mengesat airmata Mira perlahan-lahan.

 “Maafkan saya kerana membuatkan sayang menangis. Saya tak bermaksud untuk melukakan hati sayang. Tapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kehendak tuhan. Saya tak kisah untuk bertanggungjawab jika itu yang boleh membuatkan saya untuk memiliki awak Mira!" luah Iqbal Iskandar dengan lembut. Mira hanya mendiamkan diri. Entah betul ke tidak kata mamat ni.. Yang pasti hatinya sukar untuk mempercayai kata-kata yang baru kedengaran di telinganya tadi. Mungkin itu hanya lakonan semata-mata.

 "Sekarang saya nak ganti pakaian yang sesuai dulu ya... kita kena pergi ke balai kejap lagi. Jangan lupa beritahu orang tua sayang yang kita ditahan di balai. Untuk kali ini saja saya harap Mira tidak membantah cakap saya!" rayu Iqbal Iskandar lembut sebelum meleraikan pelukannya.

Mira terdiam dengan kata-katanya. Dia bagaikan terpujuk dengan rayuannya. Sekarang, mana dia kata janjimu. Dasar hipokrit!!! Ahh! Entah kenapa cepat sahaja pendiriannya berubah. Mungkin kerana kata-katanya yang begitu tulus dan suci dipendengaranku. Tapi bolehkah dia percaya kata lelaki itu. Namun sekarang dia buntu dengan semua ini. Apa maksudnya mahu memilikiku? Ahh! Susahnya otaknya memikirkan perkara itu. Bukankah dulu dia juga yang...? Arghh..!!!!!!!!!

Tiba-tiba terlintas di fikiranku satu mainan perkataan yang begitu keramat. Mungkinkah dia? Mungkinkah dia sengaja ingin membalas dendam yang masih ada terhadapku? Tapi besar sangatkah salahku sampaikan ke hari ini Iqbal Iskandar masih mendendamiku. Mungkinkah? Tak mustahilkan? Ah! Mengarut! Seumur hidupku, aku tidak pernah mempercayai cinta. Seringkali kawan-kawanku mengatakan aku kolot. Ah! lantaklah.

Biarlah aku begini hidup sendirian. Lebih bahagia. Benarkah??? Oh kenapa semua ini harus berlaku kepadaku? Adilkah tuhan memperlakukan aku sebegini? Mengapa aku harus diuji begini? Pernahkah aku berbuat salah sebesar ini sehingga tuhan mengujiku sebesar ini? Ya! Mungkin juga sebab aku mendendami lelaki yang berada di depanku ini. Mungkinkah ini balasan yang ku terima atas perbuatanku? Astaghfirullahalazim...' Ya Allah aku hanya mampu berserah kepadamu. Redhailah hidupku. Walau apapun yang akan berlaku selepas ini, redhailah keputusanku. Semoga ianya memberi hikmah yang besar kepada hidupku kelak. 'Mungkin ini sudah takdir hidupku!' bisikku sendirian.

Air matanya tetap membasahi pipinya. Penyesalan yang tiada gunanya. Penyesalan yang tiada kesudahan dalam jiwanya. Kerana dia alpa, dia di bebani dengan dugaan yang sebegini besar. Dimana dia nak sorokkan mukanya. Apa yang harus dia jawab kepada insan yang menyayanginya. Apakah alasan yang boleh membuatkan mereka agar percaya dengan kata-katanya. Untuk berkahwin dengan lelaki itu bukanlah kemahuannya. Namun apa yang boleh dia buat untuk mempertahankan dirinya. Dulu pun dia pernah tewas sekali dalam tangan lelaki durjana itu. Apa lagi situasi sekarang membuatkan orang menuding jari ke arahnya.

 

 

 

Tuesday 17 January 2012

Hanya Kau Milikku 2


Empat tahun sudah berlalu

Iqbal Iskandar pulang ke rumah ibu bapanya apabila mamanya Datin Mardiah menelefonnya supaya pulang makan malam bersama. Biasanya mesti ada perkara yang ingin di bincangkan dengan dia barulah mamanya seakan memaksa dia pulang ke rumah.

Selesai makan malam mereka bertiga berkumpul di ruang tamu. Seperti biasa. Tv di tonton kerana masa itu ada rancangan berita. Iqbal Iskandar mula bersuara.

“Ada apa hal mama suruh Iqy balik ni? Ni mesti ada hal pentingkan..?”

“Tahu pun kalau mama tak suruh balik rumah sini, memang liat sangat kau nak balikkan..” ujar Datin Mardiah. Faham benar dengan perangai anak terunanya yang seorang ini.

“Ni bukan apa.. Mama ingat nak pinangkan si Rozie  anak Tan Sri Ruslan tu buat teman hidup Iqbal.. Apa pendapat Iqy? Kami tak sabar nak menimang cucu.. “ ujar Datin Mardiah lagi..

“Apa ma.. Mama ingat perkara kahwin tu boleh dibuat main ke..? Kalau ya pun, biarlah Iqy cari jodoh sendiri. Tak payah mama nak kenankan Iqy dengan mana-mana perempuan. Lagi pun Iqy belum puas berseronok. Tak bestlah kalau dah kahwin nanti semuanya terbatas.” Ujar Iqbal membantah cakap mamanya.

“Sampai bila kamu nak berseronok. Dan sampai kami nak tunggu? Sampai sekarang tak ada pun Iqy bawa mana-mana calon yang sesuai.. Bukan apa mama takut kalau Iqy tersalah pilih orang. Kau juga cakap kahwin ni tak boleh di bawa main. Lagi pun si Rozie tu sesuai dengan awak tu..”

“Tak naklah mama.. Kalau di buat kawan tu boleh. Tapi kalau nak dibuat pasangan hidup Iqy rasa memang awal Iqy reject..”selamba saja dia emnjawab kata-kata mamanya. Terbeliak mata Datin Mardiah mendengar kata-kata Iqbal.

“Anak bertuah ni.. Susah-susah mama nak kenankan dia.. lagi pun dia pun suka kat Iqy. Lagi pun Si Rozie tu apa kurangnya. Cantik baik dan bergaya. Itu yang mama berkenan dengan dia.”

“Betullah cakap Iqy tu. Biarlah dia cari pasangan hidupnya sendiri. Dia bukan budak kecil lagi. Biarlah..” sesekali Dato Ismail menyampuk.

“Papa.. Tengoklah mama ni.. Asyik nak kenankan anak gadis orang buat teman hidup Iqy. Iqy tak sukalah..” sekali lagi Iqbal merayu pula pada papanya. Datin Mardiah  menarik muka seribu..

“Yelah anak beranak ni sama je.. Bila dah sebut pasal jodoh macam-macamlah alasannya..”

Iqbal dan Dato Ismail ketawa.. Geli hati melihat Datin Mardiah yang merajuk.

“Sabarlah mama.. Sampai masanya nanti Iqy akan bawa calon menantu mama. Tapi tolonglah mama jangan nak kenankan Iqy dengan gadis-gadis yang Iqy tak suka. Dan kalau Iqy dah bawa balik gadis tu nanti jangan mama nak komen lebih-lebih tau..” Iqbal memberi amaran kepada mamanya. Dia memang kenal benar dengan sikap mamanya yang cerewet dalam bab memilih menantu. Jadi dia harus memberitahu apa yang patut terlebih dahulu.

Dalam diam dia sudah menabur janji terhadap mamanya. Mana dia nak cari calon buat mamanya.. Arghh., Tak kisahlah asalkan dia dapat terlepas dari Rozie anak Tan Sri Ruslan tu..

Selepas berbincang dengan mamanya di ruang tamu, Iqbal melangkah menuju ke bilik tidurnya. Badannya yang letih itu di baringkan di atas katil yang setia menemaninya sejak dulu lagi. Sekali lagi dia mengeluh. Entah sejak akhir-akhir ini dia kuat mengeluh. Walaupun orang tua kata tidak baik mengeluh.

 Teringat kembali masa lampaunya. Teringat kembali kepada wajah yang sering  mengganggunya. Wajah yang tidak dapat dilupakan tiap malam. Di mana dia agaknya sekarang? Kalau di kira dia sudah pun habis pengajiannya. Kenapalah selama ini dia tidak terfikir untuk menjejaki gadis itu di university. Sekarang mana mungkin dia dapat menjejakinya kerana semester akhir pengajian gadis itu sudah pun tamat. Kalau pun dia bekerja pun mustahil dia dapat mencari kerja di sekitar Kuala Lumpur ini.

Aduh pening kepalanya bila memikirkan keadaan dirinya itu. Menagapalah susah benar dia ingin melupakan wajah itu..? Kadang-kadang dia geram juga bila wajah itu sering mengganggunya walau dalam mimpi sekali pun.. apakah ini yang di namakan CINTA. Sungguh dia rasa terseksa dengan perasaan ini. Tapi di mana aku hendak mencari dia? Persoalan demi persoalan timbul di kepalanya. Arghh. Wajah itu memang tidak pernah hilang dalam ingatannya. Gadis itu memang mempunyai aura yang luar biasa. Akhirnya dia terlelap bertemankan wajah gadis  yang sering muncul dalam mimpinya itu

........................................

Pagi –pagi lagi Iqbal Iskandar datang ke pejabat dengan keadaan tiada mood. Perbincangan hal malam tadi dengan mamanya mengganggu otak dan fikirannya.  Handphone di poket seluarnya di ambil. Lalu dia mendail nombor Amirul.

“Hello..kau dah sarapan ke belum?”

“Belum. Kenapa pagi-pagi lagi dah cari aku ni..Macam ada hal penting jer?”

“Aku nak ajak kau keluar pergi sarapan.. Ada hal aku nak cakap dengan kau ni”

“Baiklah. Tunggu kat tempat biasa tu..”

Iqbal Iskandar terus melangkah ke kafe tempat mereka berdua selalu bertemu ketika sarapan pagi atau makan tengah hari. Dari jauh dia sudah ternampak Amirul dengan pakaian kemas sekali. Mereka memilih tempat duduk dan memesan makan sekali.

“Am.. Aku ingat nak cari dia..” satu keluhan keluar dari bibir Iqbal.

“Dia..? Siapa?” dahi Amirul berkerut cuba mentafsirkan siapa yang di maksudkan oleh Iqbal Iskandar.

“Kau ni buat-buat tak tahu atau memang tak tahu..?”bengang pula si Iqbal Iskandar bila mendengar pertanyaan Amirul.

“Kau tak cakap siapa dia manalah aku tahu.. Cuba kau cakap betul-betul..” Amirul cuba membela diri.

“Malam tadi mama aku tu dah buka soal jodoh. Ada ke patut dia bercadang nak pergi pinangkan si Rozie tu. Aku tak berkenan langsunglah..”

Amirul ketawa.. Lucu benar dia mendengar cerita Iqbal. Zaman ni pun masih ada orang tua yang suka nak padankan anaknya dengan anak orang lain. Kalau betul bagai apa di kata Iqbal tentu kesian hidup Iqbal. Dia tidak dapat memilih pasangan hidupnya sendiri. Langsung tiada peluang untuk mencari pasangan hidup sendiri.

“Kau bolehlah ketawa sebab ni belum kena kat kau..” ujar Iqbal sedikit geram bila melihat Amirul ketawakan dia tadi. Ketawa Amirul terhenti. Dia tidak sampai hati mentertawakan sahabatnya yang sedang kebingungan.

“Ok.. macam nilah.. Siapa yang kau maksudkan tadi... Siapa dia?” keningnya sengaja di angkat-angkat kearah Iqbal. Geram juga Iqbal Iskandar terhadap sahabatnya yang satu ini seperti sengaja memainkannya.

“Maksud aku, aku nak cari Mira Syafika..” ujar Iqbal Iskandar perlahan. Terlopong mulut Amirul bila mendengar nama gadis itu keluar dari bibir Iqbal Iskandar. Mira Syafika lagi!

“Mira Syafika..? Perempuan yang.. Kau biar betul bro..”. Amirul memang terkejut bila nama itu sekali lagi bisa mengngggu hidup sahabatnya itu. Nampaknya IqbalIskandar tidak main-main tentang perasaannya itu.

“Aku seriuslah.. Aku nak cari dia.. Aku rasa bersalah terhadap dia.. Sepatutnya aku tak menurut bisikan syaitan masa tu.. ni semua kau punya pasallah..” Iqbal mengeluh kesal.

Terbayang peristiwa empat tahun lalu.. ya masa itu dia seperti orang dirasuk syaitan dan memperkosakan gadis yang tidak berdosa itu. Dia masih lagi teringat bagaimana gadis itu memandang benci pada dirinya. Namun itulah hakikat yang tak mungkin dapat di padamkan dari ingatannya. Selama ini dia mencari gadis itu untuk memohon maaf dan ingin bertanggungjawab diatas apa yang berlaku kerana dia bukannya sekadar merasa bersalah tetapi kerana cintanya hanya untuk gadis itu.

“Amboi aku pula disalahkan.. Aku cuma beri cadangan je masa tu. Mana tau kau betul-betul buat dia macam tu..! Kau serius ke nak cari dia? Kat mana kau nak cari?” kini giliran Amirul pula yang sedikit bengang bila dia juga di persalahkan atas peristiwa yang berlaku.

“Aku nekad akan cari dia sampai dapat. Kat mana-manalah? Sebab aku pun tak tahu dari mana nak cari dia..” terpamer wajah serius di wajah Iqbal Iskandar.

“Tapi.. Macam mana kalau dia dah kahwin? Kan percuma jer kau cari dia nanti. Lupakan sajalah dia.. cari gadis lain..”

Kali Ini Iqbal Iskandar mnegeluh lagi. Perkara itulah yang paling dia tidak ingin dengar. Dan dia yakin jodohnya dengan perempuan itu sungguh kuat.

“Aku yakin, dia tak akan berkahwin dengan lelaki lain kerana dia merasakan dirinya tidak suci lagi. Walau pun ramai jejaka luar sana yang menyukainya.”

“Macam mana kau boleh yakin sangat dengan perkara itu. Ada jugalah lelaki yang benar-benar ikhlas kahwin dengan perempuan yang tiada suci kerana berniat Ikhlas.”

“Tidak mungkin. Kalau pun ada orang yang ikhlas mengahwininya pun aku yakin dia tidak akan menerima lelaki  ini sebagai suaminya.” Iqbal cuba meyakini hatinya sendiri. Namun apa yang terjadi di luar kawalannya. Dia berdoa sangat agar di pertemukan dirinya dengan Mira Syafika gadis pujaannya dan dia bersumpah tidak akan melepaskan Mira ke tangan orang lain biar apa pun yang terjadi.

“Macam nilah kita cari dia dulu. Dan pastikan keadaan dia.. Kalau betul dia belum kahwin itu memang dah jodoh kau..”

Iqbal Iskandar mengangguk tanda setuju. Benar juga kata Amirul. Tidak sia-sia dia punya sahabat yang sentiasa berada di sampingnya dalam keadaan susah atau senang.




Friday 13 January 2012

Hanya Kau Milikku 1


Suasana petang itu cukup mendamaikan hati. Mira Syafika duduk di tepi tasik sambil memandang kearah tasik yang membiru itu. Renungan itu seolah-olah dapat menembusi ke dasar tasik itu. Apa khabar agaknya Nenek Nab di kampung sekarang ya? Sihat ke tidak dia.? Mira berkata dalam hati. Sungguh dia rindukan wajah Nenek Nab itu. Maklumlah hanya dengan Nenek Nab saja tempat dia bermanja. Dia di pelihara dari kecil hingga dewasa dan sampai belajar ke universiti pun nenek itu juga yang memberikannya belanja. Nasib baiklah Pak Sunya sudah berkahwin dan sudi tinggal bersama Nenek Nab sebelum dia melanjutkan pengajiannya,senang sedikit hatinya untuk berjauhan dari Nenek Nab.

'Apa yang di buat nenek pada masa ini agaknya?’ Dah lama dia tidak pulang ke kampung. Maklumlah cuti panjang baru dia dapat balik. Hari ini dia keseorangan kerana hari cutinya tidak sama dengan hari cuti Wani. Biasanya mereka berdua selalu memohon hari cuti yang sama. Tetapi minggu ini supervisor mereka memisahkan hari cuti mereka kerana ada hal lain. Pekerjaannya yang selalu sibuk membuatkan dia jarang dapat meluangkan masa di tasik Titiwangsa ini.

Sampai sekarang dia belum mendapat kerja yang tetap. Sementara ini dia dan Wani bekerja di sebuah supermarket sebagai juruwang. Itu lebih baik dari menganggur. Dalam masa yang sama dia boleh juga mengintai-ngintai peluang pekerjaan. Susahnya nak mendapat peluang pekerjaan yang bagus sekarang. Semakin hari semakin ramai para graduan yang keluar dari universiti dengan mendapat keputusan yang bagus. Dan semakin hari tahap pengangguran semakin meningkat. Lebih baik dia tidak terlalu memilih pekerjaan.

Dengan perlahan dia mengeluarkan sebuah keyboard kecil pemberian ayahnya ketika dia berusia 12 tahun. Jika dia dalam kerinduan, kegelisahan dan sebagainya hanya alat instrument itu yang menjadi pendampingnya. Dengan perlahan dia menekan not-not yang menghasilkan bunyi yang sedap di dengar. Tidak perlu kuat bunyi itu cukup untuk menghiburkan hatinya yang sedang dalam kerinduan itu.

Empat tahun sudah berlalu. Namun peristiwa hitam itu masih segar dalam ingatan. Malah dia sering mengalami mimpi buruk itu. Kadang-kadang Mira mengingau dalam tidurnya. Arghh! Apa sudah jadi pada dirinya. Setiap kali dia bermimpi setiap kali itulah wajah lelaki itu muncul. Persetan semuanya..

Dulu dia hampir-hampir putus harapan untuk hidup. Kerana bagi dirinya maruah itu sangat suci yang perlu di pertahankan. Namun bila kesucian diri sudah di rampas oleh lelaki durjana itu dia seperti tiada semangat untuk hidup.

Bila di fikir-fikirkan balik dia seharusnya merasa bersyukur kerana dia tidak mengandung akibat perbuatan lelaki durjana itu. Ada lagi gadis yang lebih teruk nasibnya berbanding dengan dirinya.

Dari jauh kelihatan seorang pemuda sedang bersenam. Dia mendengar sayup-sayup lagu yang di mainkan itu. Ya dia juga meminati lagu yang berentak perlahan. Siapakah gerangannya yang memainkan lagu itu? Tiba-tiba hatinya terusik. Mencari-cari di mana datangnya bunyi itu. Namun hampa apabila dia tidak lagi mendengar bunyi yang mengusik jiwanya.
..............................................

Mengimbau kembali kenangan semasa mereka di universiti.

Mereka sedang bergelak ketawa di bawah pokok yang rendang itu. Empat sekawan itu sedang bercerita tentang sesuatu yang sangat lucu. Dari sudut lain ada sepasang mata sedang memerhati mereka.

Iqbal Iskandar sungguh terpegun dengan senyuman dan gelak ketawa seorang gadis di bawah pokok itu. Itu budak seniorlah bisiknya dalam hati. Tapi siapa dia ya, namanya dan ambil course apa pulak. Dia bersoal dalam hatinya.

Iqbal Iskandar memerhati gadis itu untuk sekian kalinya. Terasa jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu yang yang mencuri perhatiannya.

“Bal jomlah masuk kelas.. dah nak mula ni tau. Nanti tak pasal-pasal Prof Hamidi mengamuk pula.”

“Sekejap.. Rul kau tengok gadis senior yang duduk bawah pokok tu.. Nampak cunlah..”ujarnya.

“Mana? Ada empat orang kat situ. Yang mana kena penahan mata kau?” Soal Amirul. Dia tahu sangat dengan perangai Iqbal Iskandar. Pantang nampak gadis yang berdahi licin mesti nak takcle.

“Ala yang berbaju kurung ungu bertudung unggu tu. Cun tak?”

“Kau biar betul bal. Aku tau ini bukan taste kaukan. Budak kampung pulak tu.. Eh common la punya banyak awek yang cantik-cantik seksi mengoda nak kat kau, kau nak pilih budak kampung tu pulak.. Ish.. tak faham la aku.” Amirul pula membebel.

“Kau tak akan faham. Aku pun tak faham dengan diri aku yang sebenarnya.” Ujar Iqbal menutup malunya sendiri. Sekali lagi matanya itu melirik kearah wajah yang menarik perhatiannya tadi.

Mereka berempat sedang asyik bercerita dia bawah pokok itu sambil menunggu waktu kelas mereka bermula. Gelak tawa mereka mencuri perhatian Iqbal Iskandar. Dia tidak tahu kenapa setiap kali melihat wajah itu tersenyum dan ketawa hatinya bagai berdebar-debar. Satu perasaaan yang dia tidak pernah rasakan ketika bersama gadis lain. Namun pandangannya itu telah menarik perhatian antara empat sekawan itu. Dari tadi Wani perhatikan bahawa mata Iqbal Iskandar asyik memandang ke arah mereka.

“Aku rasakan lelaki tu lain sikitlah” ujar Wani memberi pandangan.

Tiga pasang mata memandang tepat ke wajah Wani. Menantikan penerangan dari gadis itu.

”Okeylah aku terangkan tak payahlah nak pandang muka aku sampai macam tu sekali!”

“Aku rasalah... ini yang aku rasalah. Aku rasa Iqbal Iskandar tu suka kat Mira.” Ujarnya berterus terang.

“Hah..! Kau biar betul!!”balas Shamin.

“Dari tadi lagi dia asyik pandang ke sini jer.. Mesti dia minat kat Mira.”jawab Wani tidak mahu mengalah.

“Mana tau dia minat kat Mira?” soal tiga kawan serentak.

“Yelah orang macam dia tu manalah minat kat gadis kampung macam kita ni. Apa kurangnya gadis lain yang lebih tinggi tarafnya dari kita ni.” Ujar Shamin.

“Yelah orang yang macam Iqbal Iskandar nak terpikat dengan gadis kampung, aku rasa kita ni langsung tak masuk dalam taste dialah. Perasaan kau jer tu?” jawab Aya.

“Aku dah perhatikan lama dah. Setiap kali kita ada mesti muka dia dekat sini. Entahlah mungkin perasaan aku saja kot.” balas Wani dengan pendapatnya.

“Jomlah. Masuk kelas nanti membebel pula prof handsome kita tu.”

Mereka berempat mengangkat punggung menuju ke kelasnya. Mereka tidak pedulikan karenah dua orang pemuda yang selalu memerhatikan gelagat mereka. Lamunannya terhenti.

Dalam asyik melayan perasaan, Mira syafika tersentak bila melihat jam menunjuk kan pukul 5.00 petang. Mira Syafika bergegas bangun dari tempat duduknya. Dia tidak mahu balik lambat  kerana dia juga takut melihat keadaan sekeliling yang kini agak sunyi dari kunjungan para pengunjung. Lagipun tempat itu agak merbahaya bagi gadis-gadis yang berjalan seorang diri seperti dirinya itu.

...................................

Terbuka saja pintu utama rumah, terjengul muka Mira di situ. Wani yang baru duduk di sofa it uterus menegur.

“Kau dari mana tadi?” soal Wani bila melihat Mira pun baru sampai. Ketika dia sampai tadi Mira tiada di rumah.

“Macam biasa dari tasik. Kenapa?”

“Tak adalah aku ingat kau ada kat rumah.. Tak pergi mana-mana?”

“Bosanlah duduk kat rumah sorang-sorang. Tu yang aku pergi jalan-jalan kat tasik tu. Oklah aku nak mandi dulu.. Melekit badan aku!”

“Oh ya sebelum terlupakan.. Zaidi kirim salam kat kau. Mungkin dia rindu tak tengok muka kau hari ni” Wani mengusik. Memang dia tahu Zaidi ada hati dengan Mira Syafika sahabatnya, namun Mira tidak memandang pun. Ramai juga lelaki yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan Mira Syafika namun semua di tolak baik oleh Mira.

“Pleaselah.. Orang macam dia tu banyak awek.. Buat apalah nak kirim salam dan rindu dengan Mira ni..” cebik Mira.

Wani hanya ketawa mendengar Mira membebel tentang lelaki itu. Dia hanya menyampaikan pesan..

“Terima kasihlah sebab sampaikan pesanan Zaidi tu..” jawab Mira. Wani ketawa lagi. Tidak faham dengan perangai Mira yang kekadangnya baik dan kekadangnya angin sikit.