“Saya nak
tanya, Cik Arin Natasha ada?”
“Arin?”
Lelaki
itu mengangguk. Humaira memandang lagi wajah lelaki itu. Seperti dia pernah
nampak wajah itu tetapi di mana? Begitu juga dengan lelaki itu. Dia terkejut
melihat gadis itu mirip seseorang. Baru dia teringat.
“Hellooo..
Cik Arin Natasha ada?” soal lelaki itu sambil melambai-lambai tangannya di
depan wajah Humaira.
“Hai
Amir? Dah lama tunggu ke?” soal Arin sebaik saja dia melihat lelaki yang sedang
berdiri tidak jauh dari mereka.
“Ira,
kenalkan inilah Inspektor Amir tu..” Arin memperkenalkan lelaki itu kepada
Humaira dengan perasaan malu-malu. yelah selama ini manalah dia pernah kenalkan
mana-mana lelaki kepada Humaira. yang pasti selepas ini dia akan menerima
usikan dari temannya itu.
“Dan ini best friend Arin namanya Humaira panggil
dia Ira.”
“Hai saya
Ira..” Humaira memperkenalkan diri.
“Saya
Amir..” matanya tidak berkelip memandang wajah Humaira. Memang betul kata
Tengku Elman tempoh hari. Wajah gadis itu mirip Ariana!
“Kita nak
pergi makan ni. Ira nak ikut tak?” pelawa Arin.
“Tak
naklah. Ira penat sangat. Lagi pun inikan masa date korang. Malas Ira nak kacau daun..” usik Humaira lagi sambil tersenyum
penuh makna. Arin mencubit lengannya.
“Aduh!!”
jerit Humaira lagi.
“Tengok
awak kena hati-hati dengan dia ni, sebab dia dah jadi mak ketam!!” kali ini
berderai ketawa mereka bertiga.
“Kalau
macam tu tak apalah. Jumpa lagi esok..” ujar Arin sambil tersenyum mendenar
jawapan Huamira.
“Okey..
hati-hati tau.. Oh Ya, EncikAmir.. Jaga kawan saya ni baik-baik!”
“Okey..
Ira jangan risau.. Saya akan jaga kawan awak ni baik-baik..” jawab Amir lagi.
Arin dan Humaira ketawa! Namun Humaira gembira bila mendapat tahu, Arin
berkenalan dengan seorang lelaki. Pada pandangannya lelaki itu pun nampak baik.
Mungkin kalau sudah jodoh pun tak akan kemana. Dalam diam dia tersenyum
sendiri.
“Apa yang
awak senyumkan tu?” bisik Arin ke telinga Humaira.
“Tak ada
apalah.. Aku nak gerak dululah..”
“Nakal!!”
sambil itu sempat tangan Arin mencubit lengan Humaira untuk kali keduanya.
Mereka
pun masing-masing beredar dari situ. Humaira mahu terus pulang ke rumah. Lagi
pun esok dia mahu ke hospital melawat Zeti. Kalau Zeti beransur sihat, hari
Isnin dia sudah boleh keluar. Itu yang Mak Teh beritahu dia. Dan dia bersyukur
sangat kerana Zeti semakin pulih.
Tengku
Elman sengaja mengekori setiap pergerakan Humaira. Sampai Humaira pulang
kerumahnya pun di ekorinya. Dia ingin tahu di mana gadis itu tinggal. Kalau nak
di tanya pada gadis itu tentang alamatnya jangan harap. Di pejabat pun dia
gunakan alamat kedainya saja. Alamat rumah dia tak tulis pun dalam borang.
Pelik betul dia dengan perangai gadis yang seorang itu.
Kerana
hatinya kuat mengatakan gadis itu adalah Ariananya jadi dia mahu menyiasat
sendiri. Mana tahu kalau betul isterinya itu masih hidup.
Selepas
mengekori Humaira sampai ke rumahnya dia terus pulang dan menuju pula kerumah
Dato Farid untuk meraikan hari jadi Isabella. Namun malang baginya majlis itu
sudah selesai. Bila di tilit jam di tangan, memang dia sudah lambat. Tapi tak
apalah sekadar menghadirkan diri pada saat-saat terakhir dan memberikan hadiah
sudah cukup bagi dirinya. Lagipun kalau Isabella marahkan dirinya, dia akan
buat pekak sajalah nanti.
ARIN dan Amir memilih untuk makan
di kedai mamak yang masih di buka. Sementara menunggu, Amir membuka bicara.
“Dah lama
ke Arin kenal Ira?” soal Amir berhati-hati. Dia tidak mahu Arin terasa dengan
soalanya sebentar tadi.
“Adalah
dalam empat tahun. Dulu kami sama belajar di Johor. Kami ni asalnya orang
Johor. Kenapa?” Soal Arin hairan. Kenapalah pulak lelaki ni macam berminat mahu
tahu perihal Humaira. Hari tu Tengku Elman. Sekarang Inspektor Amir pula.
“Tak
adalah. Tapi Humaira pun orang Johor juga ke? Manalah tahu sebelum ni dia
pernah tingaal di mana-mana?”
“Itu tak
tahulah pulak. Keluarga angkat dia memang orang Johor. Lepas tu, kami pindah ke
Kl sebab saya dengan Ira nak buka perniagaan butik kat sini. Jadi keluarga Arin
dan keluarga angkat Ira pun ikut sama..”
“Ira
tinggal dengan keluarga angkat? Ibu bapa dia mana?”
“Katanya
ibu bapanya sudah meninggal. Jadi sekarang dia tinggal bersama keluarga angkat.
Ni kenapa Amir bertanya pasal Humaira ni? Ada masalah yang Arin tak tahu ke?”
dalam fikirannya sudah muncul pelbagai soalan. Dia tahulah Amir tu pegawai
polis. Tapi dari apa yang dia dengar, Amir ni menyoalnya pelbagai soalan
mengenai Humaira. Janganlah kata Humaira ada buat jahat. Itu memang mustahil!
Dia dah lama kawan dengan Humaira. Semua perihal Humaira dia tahu.
“Tak
adalah. Cuma mungkin pelanduk dua serupa. Dulu kami ada kawan mirip Humaira.
Sebab itulah saya terkejut melihat wajah kawan Arin tu tadi.” Jujur Amir
mengatakannya!
“Lepas tu
apa jadi?” soal Arin ingin tahu kisah itu.
“Dia
kemalangan. Tapi kemalangan yang menimpanya sangat dahsyat! Sampai mayatnya pun susah untuk di kenal pasti!”
“Aduh
kesiannyakan?” Arin rasa bersimpati terhadap nasib kawan Amri. Memang kesian.
Tentunya keluarga kawan Amri tidak dapat melupakan kejadian yang tragis itu.
“Memang
kesian. Tapi apakan daya itu sudah takdir dia..”
“Kawan
istimewa Amir ke?” soal Arin lagi.
“Bukan.
Dia sebenarnya isteri kawan baik saya. Tak lama mereka berkahwin. Saya masih
ingat lagi macam mana kawan saya itu tidak dapat menerima kenyataan yang
isterinya sudah meninggal. Sedih sungguh.”
“Memang
kesianlah kawan awak tukan? Macam manalah hidup dia selepas kehilangan
isterinya?” soal Arin lagi yang turut bersimpati dengan nasib kawan Amir itu.
“Dia
memang mengharapkan yang isterinya masih hidup. Walaupun ianya mustahil. Tapi
itu bukan kuasa kita..” kedengaran sayu sungguh suara Amir.
“Memang
benarlah..” jawab Arin lagi. Dia memang bersimpati pada nasib kawan Amri yang
sudah kehilangan isterinya itu.
Amir
hanya mengangguk. Sambil berkenalan dengan gadis ini, bolehlah juga dia
mengorek perihal Humaira sekali. Sekali- sekala mereka bergelak ketawa.
Nampaknya mereka agak serasi antara satu sama lain.
PAGI-PAGI lagi Humaira
sudah bersiap mahu menjenguk Zeti di hospital. Selepas itu dia mahu menjenguk
Arin di butik. Dia tidak lupa memasak makanan kegemaran Zeti. Sebab itulah dia
bangun awal untuk menyediakan masakan yang mahu di makan oleh Zeti. Setelah
puas dengan semua persiapannya, dia tidak berlengah lagi.
Sesampai
sahaja di hospital, dia melihat Mak Teh seperti letih sahaja menjaga Zeti
sepanjang malam. Namun wanita tua itu tidak mahu menampakkan wajah keletihan di
depannya. Tetapi Humaira perasan dengan wajah yang sedikit cengkung itu.
“Kalau
Mak Teh rasa penat, Mak Teh baliklah berehat di rumah. Biar Ira yang jaga Zeti.
Nanti Ira boleh call Arin, Ira tak jadi datang ke butik..” ujar Humaira. Mak
Teh memandangnya.
“Tak
payahlah Ira. Ira buat je kerja Ira tu. Lagipun doktor cakap kalau semuanya ok,
esok dah boleh keluar.”
“Syukur..
tak lama lagi Zeti boleh balik berehat di rumahkan?” soal Humaira.
“Zeti
pun tak sabar nak balik rumah. Rindu dengan bilik tidur Zeti. Kawan-kawan
sekolah.. tak sabarlah rasanya kak nak balik..”
Sudah beberapa kali Puan Jamilah
membebel dengan anak gadisnya. Setiap kali dia membuka bab soal kahwin ada
sahajalah alasan anak gadisnya. Pada hal umurnya semakin hari semakin
meningkat. Dan dia sebagai seorang ibu memang risau melihat anak gadisnya yang
seorang tu. Abang Arin iaitu Kamel juga sudah berumah tangga dengan gadis
pilihannya. Namun Puan Jamilah tidak tahu kenapa anaknya yang seorang itu liat
sangat. Mungkin kerana sibuk bekerja membuatkan dia tiada masa untuk keluar
bersosial.
“Arin, ada jumpa Humaira tak?” soal
Puan Jamilah kepada anak gadisnya.
“Ada.. Kenapa umi?” Arin hairan awal
pagi uminya sudah bertanyakan hal Humaira.
“Jangan lupa jemput Humaira datang
ke majlis umi dengan abah tau! Kalau boleh dengan Pak Teh, Mak Teh dan Zeti
sekali. Lagipun umi rindulah dengan Ira. Dah lama dia tak datang ke sini” ujar
Puan Jamilah kepada Arin. Barulah Arin tersenyum mendengar kata mamanya.
Patutlah awal pagi uminya sudah tanya pasal Humaira.
“Oh.. Umi rindukan Ira ye?
Memanglah, Ira kan sibuk sejak kebelakanagan ini sebab itulah dia tak dapat nak
jenguk umi seperti selalu. Yelah nanti Arin bagi tahu kat dia. Lagi pun hari
ini dia akan datang ke butik. Tapi umi, Zetikan masih sakit. Arin rasa Pak Teh
dan Mak Teh tak akan datang kot? Kalau Arin nak jemput kawan-kawan Arin yang
lain, umi tak kisah ke?” soal Arin lagi. Puan Jamilah tersenyum. ‘Bagus juga
kalau kawan Arin ni lelaki’ bisiknya dalam hati.
“Jemputlah mereka datang. Lagipun
umi nak kenalkan Arin dengan anak kawan lama mama. Arin tak kisahkan?” Arin
hanya mengangguk. Memang uminya tidak akan berhenti menyebut soal jodoh. Jadi
dia mengangguk sahaja. Puan Jamilah tersenyum suka. Nampaknya kali ini Arin
tidak membantah seperti selalu.
HUMAIRA melihat jam di
tangan. Dia harus beredar ke butik. Ada hal yang perlu dia dan Arin selesaikan.
Dia boleh mengharapkan Arin namun dia rasa tidak selesa meninggalkan Arin
membuat kerja itu sendirian.
“Mak
Teh, Ira nak pergi ke butik dulu ya.. Nanti petang Ira datang bertukar jaga
Zeti. Bolehlah Mak Teh balik berehat di rumah malam ni..”
“Tak
payah susah-susah.. Nanti Ira pula yang penat. Ira kan bekerja..”
“Tak
apalah Mak Teh.. Kalau di izinkan esokkan Zeti boleh keluar hospital.. Apa
salahnya Ira jaga Zeti untuk malam ni..”
“Ikut
suka awaklah Ira.. Nak cakap apa pun bukan Ira nak dengar..” Mak Teh mengalah
dengan sikap degil Humaira. Humaira terus meninggalkan hospital lalu menuju ke
butiknya.
Arin
terpandang Humaira dari jauh. Dia ingatkan sahabatnya itu tidak datang bila melihat
jam didinding sudah menunjukkan jam sepuluh.
“Hai..
ingatkan awak tak datang..”
“Mestilah
aku datang. Cuma lewat sikit. Sebab Ira singgah di hospital tadi..” jawab
Humaira. Arin mengangguk.
“Oh..
Macam tu.. Zeti macam mana? Dah makin sihat?” soal Arin lagi.
“Alhamdulilah..
Kalau di izinkan esok dia dah boleh keluar...”
“Syukur..”
jawab Arin sambil tersenyum.
“Aku
tengok kau buat makin memanjang senyum. Ada apa-apa nak kongsi dengan aku ke?”
soal Humaira. Entah sejak dia datang tadi dia perasan wajah Arin berseri-seri.
Mungkin dia gembira jumpa Pak we kot!
“Hishh..
Tak adalah memandai je kaukan? Tak baik tau serkap jarang..” Arin pura-pura
merajuk.
“Mmmm
macam mana dating dengan Encik Inspektor.. Ada rasa dalam hati ada taman tak?”
soal Humaira.
“Hish..
Apa punya soalanlah kau ni? Ada rasa dalam hati ada taman?” Arin mengajuk
percakapan Humaira. Namun Humaira hanya tersenyum. Sahabatnya ini memang tidak
pernah jatuh cinta. Sebab itu dia suka mengusiknya. Asal ada lelaki yang
berminat dengannya pastinya dia akan memberi komen tentang lelaki itu. Tapi
berlainan dengan lelaki yang di gelar Inspektor Amir itu.
“Sebelum
ni bukan main lagi kau selalu bagi komen dengan lelaki yang berminat dengan
kau! Tapi sekarang, aku dapat melihat wajah kau yang ceria.. Ada rasa apa-apa
tak?” sekali lagi Humaira mengusik sahabatnya. Kelihatan wajah Arin merah.
“Malulah
tu.. Ok aku tak nak tanya lagilah.. Tapi aku rasa Encik Inspektor kau tu boleh
tahan juga..” usik Humaira. teringat malam itu gelagat Arin yang malu-malu.
“Jahatnya
kau.. Belum apa-apa lagi dah bagi komen..” ujar Arin seolah merajuk.
“Alo..lo..lo..
janganlah merajuk. Nanti tak pasal-pasal Encik Inspektor lari pula tengok
muncung sedepa tu..”
“Oh
ya baru aku teringat, tadi pagi umi ada pesan.”
“Pesan
apa?” soal Humaira dengan cepat.
“Dia
suruh Arin cakap dekat Ira, dia jemput Ira, Mak Teh, Pak Teh dan Zeti pergi ke
majlis doa selamat.”
“Bila?”
“Minggu
depan hari Sabtu. Lagipun katanya dia dah lama tak jumpa Ira..”
“Baiklah
kalau begitu” soal Humaira teruja. Dia pun rindukan Puan Jamilah. Namun di pendamkan
dalam hati kerana dia begitu sibuk sejak kebelakangan ini. Dan dia berharap
Puan Jamilah tidak akan menyalahkannya.
PETANG itu, Sarah datang berjumpa
dengan Isabella di tempat yang sudah di janjikan. Ada berita yang mahu di
sampaikan kepada Isabella mengenai Tengku Elman Qaufar. Dan dia berpendapat
Isabella perlu tahu hal itu. dari hari itu lagi dia mahu berjumpa dengan
Isabella tapi dia langsung tak berkesempatan.
“Ada apa you nak jumpa I ni?” soal
Isabella.
“Ni Sarah dapat tahu yang Tengku
Elman telah masukkan sejumlah wang dalam akaun seseorang.. You tahu tak perkara
ni?” ujar Sarah kepada Isabella. Kelihatan riak wajah Isabella terkejut.
“Masukkan sejumlah wang ke akaun
seseorang? Berapa banyak?” soal Isabella.
“RM 10,000. Tapi Sarah tak tahu dia
masukkan ke akaun siapa? Cuma yang Sarah dengar hujung namanya Hu..Humaira..
Betullah Humaira..”
“Humaira??”
“Kenapa you kenal orang nama tu ke?”
“Nama penuhnya Ariana Humaira..”
“Hah!! Ariana Humaira.. Bukan ke itu
nama arwah isteri Tengku Elman dulu? Tapi..”
“Itulah yang I tak faham. Kenapa dia
masukkan sejumlah wang kedalam akaun orang yang dah mati. Atau dia memang??
Hishh you salah dengar tak?” ujar Isabella pada Sarah.
“Tak mungkin I salah.. walau pun
masa tu I curi dengar. Memang dia masukkan sejumlah wang kedalan akaun
Humaira.”
“Ha.. ada seorang perempuan di
tempat kerja I nama Ariana Humaira. Jangan-jangan orang itu yang kita
maksudkan.” Isabella memberi pendapat.
“Jadi you tak tahulah hal ini?” asak
Sarah lagi. Dia melihat Isabella betul-betul terkejut mendengar kata-katanya
tadi.
“Tak. Selama ini ada banyak hal yang
Elman selalu sembunyikan dari I. Contohnya pasal kemasukan duit tu!!”
“Jadi apa you nak buat?”
“I akan tanya Encik Johan. Dia pasti
tahu hal ini. Sebab Elman tak rahsiakan apa-apa dari Encik Johan.” balas
Isabella lagi. Dalam hal ini dia pasti hanya Encik Johan sahaja yang tahu.
“Ok. Apa pun you tanyalah dia
elok-elok. Takut tak pasal-pasal kamu tak dapat kahwin dengan dia pulak…”
“Itu I taulah.. I mesti dapatkan
Elman walau apa pun yang terjadi.” Nekad Isabella. Ya tiada siapa yang layak
untuk merampas Elman darinya. Dan dia tak akan benarkan hal itu berlaku. Ini
Isabellalah!!
BEST SANGAT-2,CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDelete