Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 20 May 2013

Ada Dia Di Hati 12


Zafran Haicarl terus memasuki biliknya. Dia mencari-cari kelibat Alisha. Tadi dia menerima sms dari Alisha supaya dia cepat pulang. Tapi dia tidak memberi tahu sebabnya. Manalah tahu dia demam lagi macam hari tu. Dia memang risaukan Alisha.

“Isha.. Abang dah balik..” jerit Zafran sambil meletakkan beg di atas katilnya. Namun matanya tetap melilau mencari Alisha.

“Hai Zaf!” satu teguran yang kedengaran di telinga Zafran. Panggilan itu membuatkan Zafran memberhentikan tindakannya membuka butang bajunya. Dia menoleh.

“Sofia! Apa yang you buat kat bilik I?”

“I dengar you panggil Alisha.. sebab Alisha tak ada I datang gantikan tempat dia..” ujar Sofia selamba.

“You dah gila ke?” soal Zafran mula naik angin. Ini bilik privasi dia dengan Alisha. Mana boleh orang lain masuk tanpa izinnya.

“Apa saja yang you cakap, I tak kisah.. Lagi pun mesti you dah baca kad cinta tempoh hari?”

“Jadi, you yang bagi kad itukan?” soal Zafran lagi. Dia tiba-tiba teringat kad yang di jumpai oleh Alisha tempoh hari! Sofia hanya tersenyum. Dia rasa gembira kerana Zafran tahu dia yang berikan kad cinta tempoh hari.

You think?

“Memang you yang bagi! Tak ada orang lain yang di benarkan masuk ke bilik I ni..”

“Baguslah kalau you tahu.. I miss you..”

“I tak faham apa niat you yang sebenarnya. Tapi tolonglah jangan nak lukakan hati dan perasaan Alisha. Dia tak bersalah. Sepatutnya you fikir you yang mulakan dengan semua ini.”

“Amboi.. baru berapa minggu you kahwin dengan Alisha you dah sayang sangat kat dia! Apa yang dia dah bagi kat you?”

“Mestilah I sayangkan dia sebab dia isteri I. Isteri yang sah. You tu, isteri papa I.. Paling sedap di dengar mak tiri I..”

“You.. Sampai hati you marahkan I macam tu Zaf.. I masih sayangkan you.. I still love you..” ujar Sofia lalu memeluk tubuh Zafran.

 

ALISHA mahu memasuki bilik mereka yang memang terbuka pintunya. Namun Alisha terkejut apabila melihat Zafran Haicarl sedang di peluk oleh Sofia dalam bilik tidur mereka lagi tu. Masa itu Zafran membelakangi Alisha tidak sedar akan kedatangan Alisha.

“Abang..” bergetar sekali suara Alisha memanggil nama suaminya. Zafran terkejut apabila mendengar suara yang amat jelas di telinganya segera berpaling. Nyata riak mukanya yang terkejut melihat kehadiran Alisha di situ.

“Isha.. buat apa kat sini?” soalnya.

“Apa abang buat apa ni?” tanpa disuruh-suruh air matanya keluar. Pedih hatinya menyaksikan kelakuan suaminya sedang berpeluk dengan isteri bapa mertuanya. Alisha terus berlalu dari situ tidak tahan dia melihat adegan yang sungguh mengguriskan hatinya.

Zafran Haicarl cuba untuk meleraikan pelukan Sofia. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Sofia memeluknya terlalu kuat seakan-akan tidak mahu melepaskan dia pergi. Namun ingatannya cuma kepada isterinya sahaja. Alisha sudah berlari keluar dari bilik tersebut. Dia tidak tahu kemana arah tujunya. Dia mahu lari jauh dari Zafran. Airmatanya menghambur kerana dia menangis!

“Alisha..Alisha..” jerit Zafran lagi. Tetapi tubuh Alisha sudah hilang dari pandangannya. Dia pasti isterinya itu akan berasa sangat sedih sekarang.

Argghh!.. dia cuba sedaya upaya melepaskan dirinya dari pelukan itu. Kini baru dia terasa Sofia mahu melepaskan pelukannya. Dia terus berlari mengejar Alisha namun kelibat Alisha tiada lagi di situ. Dia harus menjelaskan perkara sebenarnya. Ini hanya salah faham. ‘Ini cuma salah faham sayang!!’

“Puas hati you sekarang. Isteri I sudah salah faham! Tapi taka pa, kalau you berani buat macam-macam taulah macam mana I nak ajar you!” marah Zafran lagi. Hatinya sudah membuak-buak dengan kemarahannya terhadap Sofia. Sofia tersentak. Dia fikir tadi dia sudah Berjaya melembutkan hati Zafran namun sekali lagi dia di marahi oleh lelaki itu.

“Isha, maafkan abang kerana menyakiti hatimu. Abang tak menduga perkara ini akan berlaku.” Gumamnya sendirian. Dia risau Alisha salah sangka terhadapnya. Dia sudah berjanji kepada ayah dan ibu Alisha untuk menjaga, menyintai dan menyayanginya. Kini entah kemana janjinya pada dirinya sendiri.

................................

MALAM itu lambat sekali Alisha pulang ke rumah. Tadi dia pergi ke rumah orang tuanya untuk menenangkan fikiran.  Terpaksa juga dia berjawab dengan Mak Limah. Alasannya dia rindukan mereka. Iyalah semenjak dia berkahwin dengan Zafran dia tidak berpeluang untuk menjeguk kedua orang tuanya. Tanpa disedari waktu sudah menunjukkan jam sepuluh malam.

Pintu bilik di buka perlahan. Dia tahu mungkin suaminya ada di rumah. Memandangkan petang tadi mungkin suaminya balik awal dari kerja. Kalau bekerja mana ada masa untuk berjumpa dengan Sofia di bilik tidur mereka. Memang betul sangkaannya, Zafran Haicarl belum tidur lagi. Namun Alisha langsung tidak mengendahkannya. Luka di hatinya masih terasa.

“Lambat sayang balik? Sayang pergi mana? Banyak kali abang call tak angkat” ujar Zafran sebaik saja Alisha membuka tudungnya. Alisha cuma diam. Dia tidak mahu bercakap dengan suaminya. Biarlah.. Biarlah hatinya tenang dulu.

“Sayang.. Abang tanya ni..” Zafran Haicarl geram dengan kebisuan isterinya.

Namun senyap juga mulut si isteri. Zafran semakin geram. Lalu dia bangun mendekatkan dirinya dengan Alisha.

“Alisha.. lain kali kalau abang tanya jawab.. Alisha pergi mana?” soalnya agak keras sedikit.

“Buat apa abang tanya Isha pergi mana? Nak sakitkan hati Isha lagi?” mencerlung mata Alisha ke arah Zafran.

 Dia mengambil tuala terus masuk ke bilik mandinya. Zafran HAicarl hanya mampu menghantar dengan pandangannya. Sekali lagi dia menaikkan suaranya. Dia tahu Alisha masih marahkan dirinya. Namun dia tidak sengaja melukakan hati Alisha. Melukakan hati Alisha samalah dia melukakan hatinya sendiri.

Zafran duduk di atas katilnya menantikan isterinya selesai mandi. Namun kebisuan tetap juga melanda. Tiada tanda-tanda isterinya mahu bertegur sapa dengannya. Matanya sekadar menjeling sahaja terhadapnya. Dan sebagai seorang suami dia faham apa yang di rasai oleh isterinya sekarang ini.

“Sayang, abang minta maaf pasal kejadian petang tadi. Abang tak tahu apa muslihat Sofia buat macam tu. Dia cari abang. Lepas tu dia nangis-nangis kata dia ada masalah. Terus saja dia peluk abang. Abang tak sempat nak elak. Kemudian sayang muncul pula..”

Alisha cuba memejamkan matanya. Walaupun sebentar tadi dia merasa mengantuk namun entah mengapa begitu sukar untuknya melelapkan mata. Zafran hanya mampu memandang wajah isterinya itu tanpa senyuman di bibirnya seperti saban malam. Dia begitu terasa dengan sikap isterinya. Macam mana dia nak memujuk rajuk si isterinya itu. Dahlah minggu depan dia akan ke Jepun.

“Sayang.. masih marah dengan abang ke?” sengaja Zafran Haicarl memeluk Alisha dari belakang. Biar apa pun reaksi Alisha, dia harus berterus terang dengan kejadian petang tadi. Dia tidak mahu Alisha berterus terusan melayannya dingin begini. Alisha hanya membatukan diri. Dia rasa tidak sanggup berdepan dengan Zafran Haicarl lagi. Dia memejamkan mata. Takut air matanya berguguran.

................................

ZAFRAN Haicarl di arahkan pergi ke Jepun selama tiga bulan. Dia ada urusan di sana. begitulah yang di beritahu oleh Shahrul kawannya yang berada di Kuala Lumpur.

Alisha mengemaskan barang-barang yang akan Zafran bawa ke sana. Dia berusaha menjadi isteri yang baik selagi dia berada di sisi suaminya itu. Itu memang kewajipannya. Dia tidak mahu lagi mengetahui apa yang akan terjadi kepada hidupnya nanti.

Zafran Haicarl mencium dahi dan memeluknya. Alisha hanya membatukan diri. Entah kenapa semenjak berlaku pertengkaran tempoh hari dia merasa tidak mesra lagi dengan suaminya.

Namun kewajipannya sebagai seorang isteri tidak pernah dia lupakan. Cuma bezanya dia tidak berbicara dengan mesra seperti sebelumnya.

“Tunggu abang balik dari Jepun, kita akan selesaikan masalah salah faham ini. Sekarang abang tidak punya masa untuk menjelaskannya.” Sempat juga Zafran mengucup dahi Alisha untuk kali keduanya sebelum dia berangkat pergi.

Dia berharap sangat agar Alisha mendengar kata-katanya tadi. Dia sebenarnya sedih juga melihat tiada senyuman di bibir Alisha seperti sebelum ini. Dia sedar dia banyak berbuat salah kepada isterinya itu. Terasa semacam sahaja perasaannya ketika ini. Ada perasaan tidak senang hati. Namun kerana tuntutan kerja dia terpaksa meninggalkan Alisha di sini.

Setiap malam pasti Zafran akan menelefon Alisha. Dia mahu pastikan Alisha selesa dan tidak bimbangkan dirinya. Tetapi yang sebenarnya dia yang bimbangkan Alisha. Dia rasakan terlalu lama masa berlalu. Dia berasa rindu terhadap isterinya itu. Entah kenapa wajah itu sering muncul di kotak fikirannya. Kasih dan sayangnya tumpah buat wanita itu. Kenapa agaknya perasaan aneh ini tiba-tiba muncul. Segala kerja tidak menjadi. Hanya bayang Alisha sahaja menari-nari di ruang matanya.

Dia teringat segala perbualannya dengan Sofia. Sofia yang beriya-iya meminta dia bercerai dengan Alisha. Pertengkarannya dengan Alisha tempoh hari juga Alisha minta dia di lepaskan. Namun apa yang pasti, dia tidak sanggup untuk melepaskan Alisha dalam hidupnya. Sungguh dia tidak bersedia untuk kehilangan Alisha. Mungkin ada sesuatu yang berlaku sejak pemergiannya kali ini. Rasa hatinya tidak sedap namun kerana tuntutan pekerjaannya dia terpaksa juga pergi.

1 comment:

  1. Semakin menarik....bila nak upload n3 13?

    ReplyDelete