Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 7 September 2012

Kau Rantai Hatiku 11




ISABELLA tidak terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh Erin. Setiausaha Tengku Elman memberitahu ada pemenang pertandingan itu datang berjumpa dengan Tengku Elman Qaufar. Memang dia tahu pekerja baru itu akan datang hari ini. Isabella terus menuju ke biliknya untuk member ruang kepada Tengku Elman untuk menguruskan pekerja baru itu. Kira-kiranya mungkin Tengku Elman sudah selesai sekarang, kakinya laju menuju ke luar. Dia mahu berjumpa dengan Tengku Elman yang berada di bilik pejabatnya.

Tetapi sekarang dia dikejut dengan kehadiran seorang gadis yang mirip wajah arwah ‘Ariana’ berdiri di depan meja Erin.

“Cik Bella okey?” soal Erin sebaik saja dia melihat wajah pucat Isabella.

“Cik okey ke?” soal gadis itu. Isabella memandangnya dengan lama. Rasa terperanjatnya masih bersisa. Tak mungkin dia masih hidup.

“I okey...” jawabnya tergugup-gugup. Walaupun wajah dan namanya sama tetapi gadis itu kelihatan tidak mengenalinya.

“Perkenalkan pegawai bahagian pemasaran, Cik Isabella..” Erin memperkenalkan cik Isabella kepada Humaira.

“Saya Humaira.. panggil Ira pun boleh..”

Mereka berdua bersalaman. Sessi perkenalannya tadi membuktikan gadis itu bukan Ariana mereka. Gadis itu tidak kenal pun dengan dia. Selesai sessi perkenalan itu. Isabella segera menuju ke bilik pejabat Tengku Elman Qaufar. Kelihatan Encik Johan baru saja keluar dari bilik tersebut. Mereka bertemu di luar pintu. Encik Johan memberikan senyuman pada Isabella namun senyumannya itu dibalas dengan jelingan yang tajam.

“Awak dah tahu hal inikan?” Isabella bertanya kepada Johan.

Johan hanya mengangguk. Dia tahu gadis di hadapannya ini mungkin sedang marah kepadanya dan Tengku Elman Qaufar. Dari jelingan matanya dia sudah tahu. Memang perempuan ini tidak pernah berubah dari sikap panas barannya.

Isabella merempuh masuk ke pejabat Tengku Elman. Ketika itu Tengku Elman sedang sibuk membaca fail di hadapannya.

“Elman, apa yang you buat ni?” soal Isabella.

Dia terkilan kerana tidak menyangka pekerja baru yang mereka maksudkan malam itu mirip seseorang. Di tambahkan lagi wajah gadis itu mirip arwah Ariana. Dia mula merasa tergugat. Walau pun dia sedar gadis itu bukan Ariana sebenarnya. Namun dia bimbang jika Tengku Elman jatuh cinta dengan perempuan yang mirip arwah isterinya. Kerana dia tahu hati Tengku Elman belum di miliki olehnya.

“Buat apa?” sikit pun dia tidak menangkat mukanya. Suara itu memang di kenalinya.

“You sengaja pilih perempuan tu untuk menang dalam pertandingan tu kan? Lepas tu you suruh dia sign kontrak.. Betulkan?” ujar Isabella lagi. Hatinya rasa tidak tenang sebaik saja dia melihat wajah gadis yang dipilih oleh Tengku Elman untuk menang dalam pertandingan itu.

“Helloo... bukan saya pilih seorang tau. Kamu yang sebulat suara yang pilih dan I hanya buat keputusan muktamad. Sekarang dia dah sign kontrak. Jadi dah tak boleh buat apa dah. Lainlah kalau you sanggup bayarkan untuk dia. Dan yang sebenarnya dia pun tidak mahu meneruskan kontrak ini tadi. Tapi apa boleh buat dia dah sign kontrak dengan syarikat ini tadi” terang Tengku Elman Qaufar. Dia masih teringat bagaimana wajah gadis itu marah sebentar tadi.

“Hishh.. Susahlah cakap dengan you ni..” Isabella menghentak kakinya tanda protes.

Isabella terus keluar dari pejabat Tengku Elman Qaufar. Sakit betul hatinya. Mengingatkan wajah gadis yang mirip dengan arwah Ariana.

Tengku Elman Qaufar tersenyum sendiri. Mengenangkan wajah Isabella yang bengang tadi. Sengaja dia menyakiti hati perempuan itu. Dia bukanlah seorang lelaki yang kejam tetapi dia tidak boleh memaksa dirinya menyintai gadis lain selain Ariana. Dan pertemuannya dengan Humaira hari ini sungguh mengejutkan. Bukankah itu satu petanda. Tiada yang mustahil kalau insan yang tersayang itu masih hidup. Sekali lagi perasaannya berperang. Dia segera bangkit dari tempat duduknya. Satu saja tempat yang akan di tujunya.

Humaira masih lagi rasa tidak percaya akan pertemuannya dengan lelaki pelik itu tadi. Pulangnya dia dari pejabat Tengku Elman Qaufar tadi dia terus menuju ke kedai kainnya.

“Awak ni kenapa Ira? Bukankah pagi tadi awak dah pergi ke syarikat itu?” soal Arin. Dia hairan melihat wajah Humaira yang seperti orang kebingungan. Sepatutnya dia rasa gembira. Yelah.. bukan mudah nak dapat kerja dengan syarikat besar seperti Syarikat Global itu.

“Ya.. memang aku dah pergi sana..”

“Habis tu kenapa awak balik dengan muka yang tak gembira ni?”

“Susah aku nak cakaplah Rin.. Kau tahu tak aku punyalah terkejut besar tengok bos mereka.”

“Kenapa? Handsome sangat ke, sampai kau terkejut sangat tu. Ceritalah apa dah jadi?” soal Arin ingin tahu. Nak kata sahabatnya gembira tidak juga! Sampai di kedai dengan muka yang moyok!

“Bukan setakat handsome, Tapi?”

“Tapi apa?”

“Kau percaya tak kalau Ira cakap....”

“Apa dia? Awak ni sejak bila pula tak percayakan aku ni?”

“Bukan macam tu, begini. Sebenarnya bos besar syarikat itu ialah lelaki pelik tu...”

“Lelaki pelik? Lelaki pelik mana pula ni?” soal Arin. Teruja sangat nak tahu cerita Humaira.

“Kau tak percayakan?”

“Awak tu cakap jelah.. Lelaki pelik mana pulak ni?”

“Lelaki yang selalu kacau Ira tu.. Nama dia Tengku Elman Qaufar bin Tengku Harith Ismail. Ketua pengarah syarikat Global.”

“Apa!! Betul ke ni?” jerit Arin lagi. Dia tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

“Betul. Ira sendiri pun terkejut. Tak sangka pula dia yang lelaki pelik yang aku jumpa hari tu rupa-rupanya mempunyai syarikat sendiri. Ketua Pengarah pula tu.”

“Habis kau macam mana?” soal Arin.

“Macam mana apa?” soal Humaira tidak faham.

“Yelah kau nak kerja ke dengan dia tu?”

“Pada mulanya Ira ingat tak nak terima tawaran tu tapi Ira dah sign kontrak dengan mereka. Kalau Ira tak nak teruskan kontrak tu, dia bagi dua syarat.”

“Syarat? Syarat apa?”

“Pertama Ira kena bayar sepuluh kali ganda nilai kontrak tu. Dan..” ayat Humaira tergantung di situ.

“Dan? Dan apa?” soal Arin mendesak. Macam seronok je dengar cerita Humaira ni.

“Dan syarat kedua Ira kena kahwin dengan dia barulah dia batalkan kontrak tu..” ujar Humaira lemah.

“Apa? Serius ke? Jadi awak terpaksalah kerja kat sana ye?” celah Arin. Tak sangka lelaki yang Humaira cakap pelik tu sebenarnya bukan orang sembarangan.

“Nampak gayanya begitulah. Takkan Ira nak kahwin dengan dia pulak? Nak bayar sepuluh kali ganda nilai tawaran itu pun Ira tak dapat..” Humaira sekali lagi mengeluh.

“Eh kejap!!. Dulu Ira cakap dia ada girl friendkan?”

“Itu sangkaan Ira jer.. Kenapa?” soal Humaira pelik dengan sikap Arin.

“Mungkin dia tak nak kahwin dengan perempuan tu kot.. Sebab itu dia buat syarat macam tu kat awak..”

“Hish.. apalah kau mengarut ni? Itu dalam novel je cik Arin oi!! Awak tu terpengaruh dengan cerita dalam novel sebab awak tu banyak sangat baca novel.. Lepas itu kau nak samakan kisah aku ni dalam novel..” ujar Humaira dengan tidak puas hati.

“Bukan pengaruh novel.. Itu andaian aku jer. Sorrylah kalau awak tak suka dengan pendapat aku tu..” suara Arin mengendur. Memang pun dia banyak baca novel. Tapi kisah dalam novel pun boleh di jadikan panduan untuk menjalani kehidupan.

“Entahlah.. Aku pun tak tahu. Tapi inilah cita-cita dan impian aku.”

“Arghh!! Kau lupakan pasal lelaki tu. Yang penting awak kejar kerjaya awak” ujar Arin memberi semangat.

“Terima kasih Arin. Kaulah sahabat dunia akhirat aku” jawab Humaira.

“Buat tak tahulah pulak..”

Mereka berdua berpelukan. Esok Humaira akan memulakan pekerjaan barunya. Tengku Elman Qaufar hanya melihat Humaira dari jauh. Akhirnya dia tersenyum. Selepas dari hari ini hari-harilah dia bertemu dengan gadis itu. Entah kenapa hatinya terasa gembira pula bila melihat senyuman terbit dari bibir gadis itu. Aneh!!

PETANG itu Humaira balik awal ke rumah. Wajahnya masih muram. Bagai mana dia mahu mulakan kerja keesokan harinya jika tadi dia sudah bertekak dengan Ketua Pengarah temapt kerja baru itu.

“Ira.. Kenapa ni? Ira ada masalah ke?” soal Mak Teh sedari dari tadi lagi wajah Humaira yang mendung itu.

“Tak adalah Mak Teh.. Ira penat sikit..”

“Macam mana dengan kerja di tempat baru tu?”

“Ira masuk kerja esoklah Mak Teh. Hari ini Ira pergi melaporkan diri je..”

“Mesti Ira seronokkan dapat kerja seperti yang Ira idamkan selama ini?”

“Seronok Mak Teh.. Tapi tak tahulah pula esok lusa macam mana?”

“Kenapa Ira cakap macam tu?”

“Hari pertama dah Ira bergaduh dengan Ketua Pengarah tu.. Bengang betullah. Mentang-mentang dia bos kat tempat kerja tu, suka hati je nak suruh orang ikut arahan dia..”

“Dah nama pun bos.. Ira banyakkanlah bersabar ya.. Lagi pun Ira bekerja untuk mencari rezeki. Bukan nak gaduh dengan orang ya..” nasihat Mak Teh. Dia tersenyum mendengar Ira hari pertama dah komplen perangai bosnya.

“Yalah Mak Teh.. Ira ingat pesanan Mak Teh tu.. Oklah, Ira nak berehat dulu. Esok Ira dah mula kerja... takut lambat pula masuk kerja..”

“Baiklah.. Ira berehatlah dulu. Jangan fikir yang bukan-bukan ya.. Semoga hari esok hari yang baik buat Ira..”

“Baiklah Mak Teh.. Ira masuk bilik dulu..”

Mak Teh hanya tersenyum melihat kelibat Ira yang menuju kebilik tidurnya. Sesungguhnya dia berasa bersyukur sangat dengan kehidupan mereka sekarang.

DI Villa Tengku Suraya, kelihatan Tengku Elman Qaufar mahu bergerak cepat-cepat. Entah kenapa hari ini dia terasa mahu awal sampai ke pejabat sebelum orang lain sampai.

“Hai.. Anak mama tak bersarapan ke?” soal Tengku Suraya sebaik saja melihat kelibat Tengku Elman yang seperti tergesa-gesa mahu bergerak ke pejabat.

Sorrylah mama, El kena awal sampai ke pejabat. Nanti El ada meeting lagi sempena kedatangan pekerja baru ke dalam syarikat..” beritahu Tengku Elman kepada mamanya Tengku Suraya.

“Pekerja baru?”

“Oh ya El lupa nak bagitau mama, El ambik pekerja baru di syarikat kita. Pekerja baru itu orang yang memenangi pertandingan yang di anjurkan hari itu. Jadi El rasa berbaloi kita upah dia jadi pereka fesyen. Rugi kalau dia bekerja di syarikat lain” terang Tengku Elman.

“Baguslah kalau macam tu. Kita kena ambil peluang yang ada. Lagipun EL ada projek besar sekarang nikan?” soal Tengku Suraya.

“Ya ma, sebab itu El perlukan orang yang berkebolahan dalam projek ni! Okeylah ma, El pergi dulu..”

Tengku Elman Qaufar bersalam dengan Tengku Suraya. Tengku Suraya hanya tersenyum melihat wajah tengku Elman yang berseri-seri pagi ini.

Menderum bunyi kereta yang di pandu Tengku Elman Qaufar di luar rumah. Tengku Suraya hanya mengelengkan kepalanya. Dia merasakan ada perubahan dalam Tengku Elman hari ini. Walaupun Tengku Elman tidak memberitahu sebabnya tetapi dia pasti ada sesuatu yang membuatkan dia tersenyum pagi ini.

DI Teratak Humaira, Isabella masih termenung. Roti di tangannya masih belum di kunyah. Semalaman matanya dia dapat tidur. Fikirannya asyik mengingati wajah seorang gadis yang di pejabatnya semalam. Tanpa di sedarinya mummynya Datin Melinda memandang ke arahnya penuh kehairanan.

“Bella..” panggil Datin Melinda

“Ha.. ya mummy?”

“Kenapa dengan anak mummy ni? Muram je? Dari tadi lagi asyik termenung jauh..” soal Datin Melinda.

“Mmm.. Tak ada apa-apa mummy..” ujar Bella cuba menyembunyikan rasa resah di hatinya.

“Takkan tak ada apa-apa.. Bella tak pandai nak tipu mummylah.. Ni gaduh dengan Tengku Elman lagi ke?” Datin Melinda menduga hati anak gadisnya itu.

“Taklah mummy.. Bukan soal Elman, tapi soal orang lain..”

“Siapa pula orang lain? Tengku Elman ada perempuan lain ke?” soal Datin Melinda tidak puas hati.

“Bukanlah mummy.. Tapi Bella terkejut tengok seorang pekerja baru di tempat kerja Bella..”

“Kenapa pula? Ada yang tak kena ke dengan pekerja tu?” soal Datin Melinda bertalu-talu.

“Kalau mummy tengok memang mummy terkejut..” jawab Isabella lagi. Memang pasti sangat sesiapa saja yang pernah mengenali arwah Ariana pasti akan menyangkakan gadis itu semalam serupa dengan wajah Ariana.

“Cakap jelah. Tak payah berbelit-belit..”

“Wajahnya mirip macam Ariana..” jawabnya perlahan.

“Hish.. apa yang Bella mengarut ni?”

“Betul mummy.. Mata Bella masih elok lagi. Namanya pun sama. Tak ada satu pun yang kurang... Tapi..” kata-kata Bella terhenti di situ.

“Tapi apa?”

“Tapi dia tak kenal Bella..” ada keluhan kecil di hujung bibir anaknya itu.

“Mungkin orang lain kot.. Yalah dalam dunia ni mesti ada orang yang seiras..” jawab Datin Melinda memujuk hati puterinya.

“Apa yang kecoh sangat ni? Dari atas Daddy boleh dengar tau?” ujar Dato Farid. Dia menarik kerusi yang ada di depannya. Menjadi kemestiannya sebelum bertolak ke pejabat dia harus bersarapan dahulu.

“Tak ada apa.. Ni Bella, dia cakap ada pekerja baru masuk kerja hari ni..” jawab Datin Melinda. Dia memandang wajah Isabella. Anak gadisya itu seperti tidak gembira dengan kedatangan pekerja baru di syarikatnya. Macam mana perempuan itu boleh dapat kerja di syarikat Tengku Elman?

“Okeylah mummy, Bella pergi dulu takut lambat pula nanti. Jalan pun dah mula nak jam sekarang..” ujar Isabella bila Dato Farid mula menyoal. Dia pasti semua orang akan rasa terkejut dengan kemunculan gadis itu semalam. Lebih-lebih lagi Tengku Elman. Tiba-tiba dia rasa cemburu pula. Namun apa yang pasti dia harus memastikan gadis itu tidak mendekati Tengku Elman.

 

             

No comments:

Post a Comment