Empat tahun sudah berlalu
Iqbal
Iskandar pulang ke rumah ibu bapanya apabila mamanya Datin Mardiah menelefonnya
supaya pulang makan malam bersama. Biasanya mesti ada perkara yang ingin di
bincangkan dengan dia barulah mamanya seakan memaksa dia pulang ke rumah.
Selesai
makan malam mereka bertiga berkumpul di ruang tamu. Seperti biasa. Tv di tonton
kerana masa itu ada rancangan berita. Iqbal Iskandar mula bersuara.
“Ada
apa hal mama suruh Iqy balik ni? Ni mesti ada hal pentingkan..?”
“Tahu
pun kalau mama tak suruh balik rumah sini, memang liat sangat kau nak
balikkan..” ujar Datin Mardiah. Faham benar dengan perangai anak terunanya yang
seorang ini.
“Ni
bukan apa.. Mama ingat nak pinangkan si Rozie anak Tan Sri Ruslan tu buat teman hidup
Iqbal.. Apa pendapat Iqy? Kami tak sabar nak menimang cucu.. “ ujar Datin Mardiah
lagi..
“Apa
ma.. Mama ingat perkara kahwin tu boleh dibuat main ke..? Kalau ya pun, biarlah
Iqy cari jodoh sendiri. Tak payah mama nak kenankan Iqy dengan mana-mana
perempuan. Lagi pun Iqy belum puas berseronok. Tak bestlah kalau dah kahwin
nanti semuanya terbatas.” Ujar Iqbal membantah cakap mamanya.
“Sampai
bila kamu nak berseronok. Dan sampai kami nak tunggu? Sampai sekarang tak ada
pun Iqy bawa mana-mana calon yang sesuai.. Bukan apa mama takut kalau Iqy
tersalah pilih orang. Kau juga cakap kahwin ni tak boleh di bawa main. Lagi pun
si Rozie tu sesuai dengan awak tu..”
“Tak
naklah mama.. Kalau di buat kawan tu boleh. Tapi kalau nak dibuat pasangan
hidup Iqy rasa memang awal Iqy reject..”selamba saja dia emnjawab kata-kata
mamanya. Terbeliak mata Datin Mardiah mendengar kata-kata Iqbal.
“Anak
bertuah ni.. Susah-susah mama nak kenankan dia.. lagi pun dia pun suka kat Iqy.
Lagi pun Si Rozie tu apa kurangnya. Cantik baik dan bergaya. Itu yang mama
berkenan dengan dia.”
“Betullah
cakap Iqy tu. Biarlah dia cari pasangan hidupnya sendiri. Dia bukan budak kecil
lagi. Biarlah..” sesekali Dato Ismail menyampuk.
“Papa..
Tengoklah mama ni.. Asyik nak kenankan anak gadis orang buat teman hidup Iqy.
Iqy tak sukalah..” sekali lagi Iqbal merayu pula pada papanya. Datin
Mardiah menarik muka seribu..
“Yelah
anak beranak ni sama je.. Bila dah sebut pasal jodoh macam-macamlah
alasannya..”
Iqbal
dan Dato Ismail ketawa.. Geli hati melihat Datin Mardiah yang merajuk.
“Sabarlah
mama.. Sampai masanya nanti Iqy akan bawa calon menantu mama. Tapi tolonglah
mama jangan nak kenankan Iqy dengan gadis-gadis yang Iqy tak suka. Dan kalau
Iqy dah bawa balik gadis tu nanti jangan mama nak komen lebih-lebih tau..”
Iqbal memberi amaran kepada mamanya. Dia memang kenal benar dengan sikap
mamanya yang cerewet dalam bab memilih menantu. Jadi dia harus memberitahu apa
yang patut terlebih dahulu.
Dalam
diam dia sudah menabur janji terhadap mamanya. Mana dia nak cari calon buat
mamanya.. Arghh., Tak kisahlah asalkan dia dapat terlepas dari Rozie anak Tan
Sri Ruslan tu..
Selepas
berbincang dengan mamanya di ruang tamu, Iqbal melangkah menuju ke bilik
tidurnya. Badannya yang letih itu di baringkan di atas katil yang setia
menemaninya sejak dulu lagi. Sekali lagi dia mengeluh. Entah sejak akhir-akhir
ini dia kuat mengeluh. Walaupun orang tua kata tidak baik mengeluh.
Teringat kembali masa lampaunya. Teringat
kembali kepada wajah yang sering
mengganggunya. Wajah yang tidak dapat dilupakan tiap malam. Di mana dia
agaknya sekarang? Kalau di kira dia sudah pun habis pengajiannya. Kenapalah
selama ini dia tidak terfikir untuk menjejaki gadis itu di university. Sekarang
mana mungkin dia dapat menjejakinya kerana semester akhir pengajian gadis itu
sudah pun tamat. Kalau pun dia bekerja pun mustahil dia dapat mencari kerja di
sekitar Kuala Lumpur ini.
Aduh
pening kepalanya bila memikirkan keadaan dirinya itu. Menagapalah susah benar dia
ingin melupakan wajah itu..? Kadang-kadang dia geram juga bila wajah itu sering
mengganggunya walau dalam mimpi sekali pun.. apakah ini yang di namakan CINTA.
Sungguh dia rasa terseksa dengan perasaan ini. Tapi di mana aku hendak mencari
dia? Persoalan demi persoalan timbul di kepalanya. Arghh. Wajah itu memang
tidak pernah hilang dalam ingatannya. Gadis itu memang mempunyai aura yang luar
biasa. Akhirnya dia terlelap bertemankan wajah gadis yang sering muncul dalam mimpinya itu
........................................
Pagi
–pagi lagi Iqbal Iskandar datang ke pejabat dengan keadaan tiada mood.
Perbincangan hal malam tadi dengan mamanya mengganggu otak dan fikirannya. Handphone di poket seluarnya di ambil. Lalu
dia mendail nombor Amirul.
“Hello..kau
dah sarapan ke belum?”
“Belum.
Kenapa pagi-pagi lagi dah cari aku ni..Macam ada hal penting jer?”
“Aku
nak ajak kau keluar pergi sarapan.. Ada hal aku nak cakap dengan kau ni”
“Baiklah.
Tunggu kat tempat biasa tu..”
Iqbal
Iskandar terus melangkah ke kafe tempat mereka berdua selalu bertemu ketika
sarapan pagi atau makan tengah hari. Dari jauh dia sudah ternampak Amirul
dengan pakaian kemas sekali. Mereka memilih tempat duduk dan memesan makan
sekali.
“Am..
Aku ingat nak cari dia..” satu keluhan keluar dari bibir Iqbal.
“Dia..?
Siapa?” dahi Amirul berkerut cuba mentafsirkan siapa yang di maksudkan oleh
Iqbal Iskandar.
“Kau
ni buat-buat tak tahu atau memang tak tahu..?”bengang pula si Iqbal Iskandar bila
mendengar pertanyaan Amirul.
“Kau
tak cakap siapa dia manalah aku tahu.. Cuba kau cakap betul-betul..” Amirul
cuba membela diri.
“Malam
tadi mama aku tu dah buka soal jodoh. Ada ke patut dia bercadang nak pergi
pinangkan si Rozie tu. Aku tak berkenan langsunglah..”
Amirul
ketawa.. Lucu benar dia mendengar cerita Iqbal. Zaman ni pun masih ada orang
tua yang suka nak padankan anaknya dengan anak orang lain. Kalau betul bagai
apa di kata Iqbal tentu kesian hidup Iqbal. Dia tidak dapat memilih pasangan
hidupnya sendiri. Langsung tiada peluang untuk mencari pasangan hidup sendiri.
“Kau
bolehlah ketawa sebab ni belum kena kat kau..” ujar Iqbal sedikit geram bila
melihat Amirul ketawakan dia tadi. Ketawa Amirul terhenti. Dia tidak sampai
hati mentertawakan sahabatnya yang sedang kebingungan.
“Ok..
macam nilah.. Siapa yang kau maksudkan tadi... Siapa dia?” keningnya sengaja di
angkat-angkat kearah Iqbal. Geram juga Iqbal Iskandar terhadap sahabatnya yang
satu ini seperti sengaja memainkannya.
“Maksud
aku, aku nak cari Mira Syafika..” ujar Iqbal Iskandar perlahan. Terlopong mulut
Amirul bila mendengar nama gadis itu keluar dari bibir Iqbal Iskandar. Mira
Syafika lagi!
“Mira
Syafika..? Perempuan yang.. Kau biar betul bro..”. Amirul memang terkejut bila
nama itu sekali lagi bisa mengngggu hidup sahabatnya itu. Nampaknya IqbalIskandar
tidak main-main tentang perasaannya itu.
“Aku
seriuslah.. Aku nak cari dia.. Aku rasa bersalah terhadap dia.. Sepatutnya aku
tak menurut bisikan syaitan masa tu.. ni semua kau punya pasallah..” Iqbal
mengeluh kesal.
Terbayang
peristiwa empat tahun lalu.. ya masa itu dia seperti orang dirasuk syaitan dan
memperkosakan gadis yang tidak berdosa itu. Dia masih lagi teringat bagaimana
gadis itu memandang benci pada dirinya. Namun itulah hakikat yang tak mungkin
dapat di padamkan dari ingatannya. Selama ini dia mencari gadis itu untuk
memohon maaf dan ingin bertanggungjawab diatas apa yang berlaku kerana dia
bukannya sekadar merasa bersalah tetapi kerana cintanya hanya untuk gadis itu.
“Amboi
aku pula disalahkan.. Aku cuma beri cadangan je masa tu. Mana tau kau betul-betul
buat dia macam tu..! Kau serius ke nak cari dia? Kat mana kau nak cari?” kini
giliran Amirul pula yang sedikit bengang bila dia juga di persalahkan atas
peristiwa yang berlaku.
“Aku
nekad akan cari dia sampai dapat. Kat mana-manalah? Sebab aku pun tak tahu dari
mana nak cari dia..” terpamer wajah serius di wajah Iqbal Iskandar.
“Tapi..
Macam mana kalau dia dah kahwin? Kan percuma jer kau cari dia nanti. Lupakan
sajalah dia.. cari gadis lain..”
Kali
Ini Iqbal Iskandar mnegeluh lagi. Perkara itulah yang paling dia tidak ingin
dengar. Dan dia yakin jodohnya dengan perempuan itu sungguh kuat.
“Aku
yakin, dia tak akan berkahwin dengan lelaki lain kerana dia merasakan dirinya
tidak suci lagi. Walau pun ramai jejaka luar sana yang menyukainya.”
“Macam
mana kau boleh yakin sangat dengan perkara itu. Ada jugalah lelaki yang
benar-benar ikhlas kahwin dengan perempuan yang tiada suci kerana berniat
Ikhlas.”
“Tidak
mungkin. Kalau pun ada orang yang ikhlas mengahwininya pun aku yakin dia tidak
akan menerima lelaki ini sebagai
suaminya.” Iqbal cuba meyakini hatinya sendiri. Namun apa yang terjadi di luar
kawalannya. Dia berdoa sangat agar di pertemukan dirinya dengan Mira Syafika
gadis pujaannya dan dia bersumpah tidak akan melepaskan Mira ke tangan orang
lain biar apa pun yang terjadi.
“Macam
nilah kita cari dia dulu. Dan pastikan keadaan dia.. Kalau betul dia belum
kahwin itu memang dah jodoh kau..”
Iqbal
Iskandar mengangguk tanda setuju. Benar juga kata Amirul. Tidak sia-sia dia
punya sahabat yang sentiasa berada di sampingnya dalam keadaan susah atau
senang.
No comments:
Post a Comment