Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 12 November 2013

Saat Ku Cinta 8


ZHARIF masih duduk termenung. Tadi ketika dia melalui sebuah restoran itu, dia ternampak kelibat Datin Rodiah dengan seorang lelaki. Dia seperti ingat-ingat lupa dengan wajah lelaki itu. Dia cuba untuk mengingatinya. Bukan lelaki itukah yang ada bersama mereka ketika majlis perkuburan abang Zul dan Kak Arfa? Tapi apa hubungan lelaki itu dengan Datin Rodiah? Semasa Datuk Mahdi di kebumikan pun dia ada nampak lelaki itu.

Kenapalah fikirannya asyik memikirkan lelaki itu. Mungkin juga lelaki itu ada kaitan dengan kes yang berlaku pada arwah abang dan kakak iparnya. Dan juga dengan arwah Datuk Mahdi. Beberapa kali dia meraupkan wajahnya. Mahu melupakan wajah yang menganggunya itu.

Dia terus menekan intercom. Dia mahu Hana masuk berjumpa dengannya. Dia rasa tak tenteram.

“Ada apa ni? Wajah kau macam ada masalah je?” soal Hana lagi.

Zharif mengangguk. Namun dia tidak tahu mahu memulakan dari mana.

“Cerita sajalah. Ini soal perempuan ke? Orang mana yang sudah berkenan di hati?” usik Hana lagi. Zharif mencebik. Hana hanya ketawa.

“Kau ni aku belum cakap, dah merapu yang bukan-bukan..” marah Si Zharif.

“Habis tu pasal apa?” soal Hana dengan nada serius.

Zharif menceritakan perkara yang membuatkan hatinya rissau. Dia mahu pendapat Hana tentang hal itu. Sebagai pembantu dan penasihat, dia amat memerlukan pandangan Hana dalam hal itu.

“Apa kata kau upah orang untuk menyiasat kes itu. Manalah tahu kot-kot apa yang berlaku pada arwah abang kau dan kakak kau itu ada kaitan dengan lelaki yang kau cakapkan itu.” Hana memberi cadangan. Tak salah kalau Zharif menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

“Itulah yang aku fikirkan sebenarnya..”

Hana hanya mengangguk. Betul juga kalau itu yang Zharif fikirkan.

ASHRAF bangun bila merasakan ada orang mengejutkan dia dari tidur yang lena. Entah sudah pukul berapa sekarang? Dia melihat jam pada telefon bimbitnya.

“Ash bangun..” sekali lagi Ashraf merasakan tangan mamanya mengejutkannya.

“Ye ma.. Ash nak bangunlah ni..” ujar Ashraf. Dia terus duduk dan membuka matanya. Kelihatan mamanya sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman yang meleret.

“Mama dari mana ni?” soal Ashraf sambil menguap. Dari segi penampilan mamanya kini pasti dia baru balik dari luar. Bukannya dia tidak faham dengan sikap mamanya yang jarang mahu duduk di rumah.

“Mama baru balik dari jumpa Tasha..” jawab Datin Melissa sambil tersenyum.

“Mama jumpa Tasha? Buat apa?” soal Ashraf dengan nada tidak senang hati.

“Mama tak sengaja jumpa Tasha pun. Tiba-tiba pula mama jumpa dia. Lalu mama ajak dia join dengan mama tadi pergi spa..”

“Ohh..”

“Tadi mama ada jumpa Zarra juga..” ujar Datin Melissa. Baru dia teringat sebenarnya.

“Mama jumpa Zarra? Kat mana? Dengan siapa?” soal Ashraf bertalu-talu. Rasa luas biji matanya bila terdengar mamanya menyebut nama Zarra. Takkan tiba-tiba mamanya berjumpa dengan Zarra!

“Dia cakap dengan mama, itu kawan sekerja. Namanya mama tak ingat. Tapi dia lelaki..” terang Datin Melissa lagi. Dia berharap apa yang di katakan itu akan membuatkan Ashraf berasa tidak percayakan Zarra.

Kenyataan mamanya itu membuatkan Ashraf tidak senang hati. Entah mengapa dia rasa cemburu. Ditekan satu persatu pada skrin telefon bimbitnya. Dia melihat gambar Zarra. Dia harus mendapatkan kebenarannya dari Zarra. Dia terus bangun. Mahu membersihkan diri.

DATIN Rodiah terus menuju ke pejabat Suffian. Dia pasti ketika ini Suffian masih berada di pejabatnya. Kalau nak tunggu dia balik rumah alamatnya susah sikit.

“Suff mama nak minta duit.”

“Berapa banyak?” soal Suffian lagi. Mamanya memang selalu begitu. Kalau dia minta duit, bukan alang-alang jumlahnya. Sikap mamanya yang boros itu mungkin akan menyusahkan dia suatu hari nanti.

“Lima belas ribu.”

“Lima belas ribu?? Nak buat apa duit sebanyak itu?”

“Mama nak shopping. Dah lama mama tak shoppingkan?” soal Datin Rodiah lagi. Burhan minta sepuluh ribu. Tapi lima ribu itu untuk dirinya sendiri.

“Suff mana ada duit cash sebanyak itu..” jawab Suffian sambil mengeluh.

“Suff bagilah cek kan senang..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia berharap kali ini Suffian akan memberikan sejumlah wang yang di mintanya itu.

“Okeylah mama.. ni Suff bagi cek. Tapi mama kena berjimat. Sekarang syarikat ini ada masalah kewangan. Suff tidak mahu nanti syarikat kita gulung tikar!” ujar Suffian dengan nada tegas. Dia kenal benar dengan sikap mamanya yang suka membeli barangan berjenama dan mahal. Selagi dia tak bagi duit selagi itu juga mamanya akan merajuk dan tak bertegur sapa dengannya.

“Mama taulah.. Baru kali inikan mama minta lebih sikit..” ujar Datin Rodiah dengan lembut. Dia tidak mahu anaknya tahu hal yang sebenarnya. Kalau mereka tahu dia menolong Burhan, pasti dia tidak akan mudah nak minta duit dengan jumlah yang banyak lagi.

Datin Rodiah mengambil cek sebanyak sepuluh ribu. Itu yang dia janjikan kepada Burhan. Dia berharap selepas ini, lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Dia risau kalau-kalau anak-anaknya tahu pasal hal itu.

ASHRAF sudah menunggu Zarra di depan pintu pejabat Zarra. Kebetulan pada masa itu Zarra sudah pun keluar juga. Dia berasa terkejut melihat Ashraf sudah menunggunya petang itu. Mungkin dia tidak kerja sebab itulah dia dapat menunggunya pada masa ini.

“Dah lama awak tunggu?” soal Zarra sebaik sahaja dia mendapatkan Ashraf sambil mlmparkan senyuman. bukannya salah pun lagipun Ashraf tu tunangnya juga.

“Baru je.. Zarra dah nak balik ke ni?” balas Ashraf lagi.

“Aaa.. Tapi Zarra kena tunggu teksi..” terang Zarra dengan jujur.

“Tunggu teksi? Kenapa pula?” soal Ashraf terkjut. Dia sangkakan Zarra pergi kerja menaiki kereta..

“Kereta Zarra rosak. Pagi tadi pun Zarra lambat masuk kerja sebab kereta buat hal..” Zarra mengadu. Ashraf menarik nafas. Baru dia sedar bahawa tunangnya itu dalam kesusahan. Kenapalah dia hanya emmnetingkan diri sendiri sedangkan Zarra berada dalam kesusahan.

“Apa guna tunang Zarra ni? Kenapa tak call Ash. Biar Ash pergi ambil kat rumah?” soal Ashraf geram.

Sorrylah.. Zarra tak nak ganggu Ash.. Zarra tau Ash pasti penat baru balik semalam. Sorry sangat-sangat!”

“Ni yang buat Ash geram sangat dengan Zarra ni.. Macam Ash ni tak penting buat Zarra.. macam mana kalau ada apa-apa berlaku pada Zarra?” ujar Ashraf mahu merajuk.

“Buruknya muka nak merajuk!” cebik Zarra. Ashraf tidak jadi merajuk mendengar dan melihat gelagat Zarra. Sungguh dia tidak mampu nak merajuk lama-lama dengan Zarra.

“Jomlah kita gerak..” ujar Ashraf. Namun belum sempat Zarra dan Ashraf melangkah, mereka di tegur oleh seseorang.

“Zarra”

“Encik Hadri?” soal Zarra kehairanan.

“Ye saya.. jadi inilah..” belum sempat Hadri menghabiskan kata-katanya.

“Ya ini tunang Zarra. Ashraf” Zarra memperkenalkan.

Kedua lelaki itu bersalaman dan berkenalan. Ashraf mengajak Zarra pulang. Namun dalam hati dia bimbangkan sesuatu. Dia dapat merasakan yang Encik Hadri itu ada perasaan pada Zarra. Dia lelaki. Memang patut pun dia dapat merasakan dari pandangan mata lelaki yang bernama Encik Hadri itu.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Zarra apabila menyedari jalan yang mereka lalui bukannya jalan pulang ke rumahnya.

“Kita keluarlah.. Pergi makan ke.. Pergi shopping ke..” Ashraf memberi cadangan. Dia tidak kisah mahu membawa Zarra ke mana asalkan tunangnya itu selesa dengannya.

“Tapi.. Ash tak penat ke?” soal Zarra lagi.

“Tak.. apa-apalah untuk Zarra.. Ash sanggup!”

“Mengada-ngada..” marah Zarra namun akhirnya dia tersenyum. Dia suka dengan apa yang di katakan Ashraf tadi. Entah mengapa dia mula sukakan sikap Ashraf sekarang ini. Tapi belum lagi sampai tahap jatuh cinta.

“Apa yang Zarra sengihkan tu?” soalan dari Ashraf itu mengejutkan Zarra. Merah muka Zarra bila di tegur begitu.

“Mmm tak ada apalah..”

“Mesti Zarra terbayangkan kita duduk di pelaminkan. Ash juga tak sabar menunggu hari bahagia kita. Kalau boleh sekarang juga Ash nak menikah dengan Zarra.”

“Hish!! Apa yang Ash mengarut ni?” soal Zarra sambil tersenyum. Dia pun tidak sabar juga menantikan hari bahagia itu. Dia akan cuba menerima Ashraf dalam hidupnya. Mulai sekarang jugalah dia harus mengenali hati budi masing-masing. Rasanya belum terlewat dia mengenali Ashraf dengan lebih dekat.

“Pagi tadi, saya ada jumpa mama awak dengan Tasha..” ujar Zarra. bukannya dia snegaja nak tunjuk baik tapi dia sekadar bercerita sahaja.

“Kat mana?”

“Depan spa.. Masa tu Zarra dengan Encik Hadri ada meeting kat luar..” beritahu Zarra.

“Encik Hadri yang tadi tu?”

Zarra mengangguk. Kini barulah Ashraf berasa senang. Tidak sedar senyuman mula menguntum di bibirnya. kata-kata mamanya tidak di endahkan.

ZHARIF singgah di sebuah kedai. Niatnya dia mahu membelikan kek hari jadi untuk Nani. Nasib baik dia sudah mencatatnya di telefon bimbit. Kalau tidak pasti dia akan terlupa kerana kesibukannya dengan tugas.Tiba-tiba sahaja matanya ternampak kelibat Amylia dengan seseorang. Bukankah itu Datuk Maarof? Namun dia melihat Amylia sangat mesra dengan Datuk Maarof. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu Amylia ternampak kelibatnya di situ, dia terus berlalu. Bukannya dia cemburu tetapi dia rasa lega kerana dia sudah ada alasan untuk menjauhkan diri dari Amylia. Wanita seperti Amylia tak akan setia pada yang satu.

‘Zharif?’ bisik Amylia pada dirinya sendiri. Dia melepaskan tangan Datuk Maarof yang memegang jari jemarinya. Dia pasti Zharif sudah ternampak dia dengan Datuk Maarof. Sebab itu dia terus berlalu dari situ.

“Kenapa ni honey?” soal Datuk Maarof yang perasan dengan layanan Amylia.

“Mmm tak ada apa-apa.. Cuma I rasa pening sikit..” Amylia memberi alasan. Dia tidak mahu Datuk Maarof tahu hal yang sebenarnya.

“Jadi honey nak balik rumah?” soal Datuk Maarof lagi. Amylia mengangguk! Tapi?

“Nanti you macam mana? Takkan I nak tinggalkan you kat sini?” soal Amylia lagi. Datuk Maarof ketawa. Rasa suka melihat riak wajah Amylia mencuka. Kalau dia merajuk bermakna dia sayangkannya.

“Jom balik rumah I..” ajak Amylia lagi. Datuk Maarof tersenyum.

Mereka berdua terus bangun meninggalkan tempat itu. Namun fikiran Amylia masih terganggu dengan kemunculan Zharif di situ tadi.

Akhirnya Zharif sampai di rumah. Kelihatan Nani dan Adam setia menunggunya. Mereka kelihatan gembira melihat papa mereka membelikan kek harijadi Nani. Mereka berdua menjerit kesukaan.

“Sorry papa lambat sikit. kerja papa banyak sangat kat pejabat..”

“Tak apa papa, kami faham yang penting papa tak lupa dengan hari jadi Nani..” ujar Nani lagi. Adam juga gembira melihat papa mereka membawa kotak kek.

“Jadi anak papa tak marah?” soal Zharif lagi.

“Taklah papa.. Janji papa dah sampai..”

“Cepatlah papa. Adam tak sabar nak makan kek tu..”

“Hish Adam ni tak sabar!” marah Nani pula!

“Dah-dah. Papa nak naik mandi dulu. Nanti Mak Enon siapkan pinggan dan sudu. Panggil Pak Abu sekali..” arah Zharif kepada Mak Enon.

“Baik Tuan..” jawab Mak Enon. Dia segera mengangkat kotak kek itu lalu di bawa ke dapur.

“Cepatlah papa. Tak sabar nak makan kek tu tau!” ujar Nani lagi. Zharif tersenyum. Hai.. budak-budak memang tak sabar rupanya. Dia terus naik ke biliknya.

“Kak, agak-agak papa beli kek apa ya?” soal Adam.

“Manalah kakak tau! Tadi tak tanya kat papa..” marah Nani pula.

“Adam rasa mesti papa beli kek coklat! Papa kan tahu kita suka makan kek coklat!”

“Pandailah Adam. Nantilah kita tengok.. Kita tunggu papa dulu..”

tidak lama kemudian, Zharif sudah muncul di ruang meja makan. dia melihat Nani dan Adam tidak sabar untuk menjamah kek yang di belinya tadi.

“Semua dah siap tuan!” ujar Mak Enon.

“Terima kasih. Mana Pak Abu?”

“Saya kat sini tuan.” Pak Abu muncul dari ruangan dapur!

“Okey kalau dah semua ada disini, mari kita mulakan..”

“Yeahh!!!’ jerit kedua budak itu.

Zharif menyalakan lilin dan di selangi dengan nyanyian lagu selamat hari jadi. selepas meniup lilin, Nani memotong kek tersebtu. Dan akhirnya Mak Enon memotong kek itu dan di bahagikan kepada mereka.

AMYLIA menghempaskan beg tangannya di atas sofa. Datuk Mahmood yang berjalan mengikutnya dari belakang terus sahaja memeluk tubuh Amylia dari belakang. Dia tidak sabar untuk bersama Amylia. Biasanya wanita itu sering sahaja mengelak dari dirinya. Namun hari ini perangai Amylia semakin manja dengan dirinya.

“Sayang, I nak mandi dulu okey.. Badan I melekitlah..” bisik Amylia sambil merenggangkan pelukan Datuk Mahmood. Lelaki separuh umur itu hanya tersenyum. Betul juga sudah seharian mereka berada di luar, sudah pasti Amylia rasa tidak selesa dengan badannya yang melekit itu.

“Okey I bagi honey mandi, tapi jangan lama-lama tau! I tak sabar nak bermesra dengan honey!” ujar Datuk Mahmood sambil mencuit hidung Amylia. Pertama kali dia berjumpa dengan Amylia dia mula jatuh cinta. Biar pun dia sudah berkahwin dan masih kekal sehingga sekarang, namun ketika dia berada di samping Amylia, dia rasa bahagia sangat. Mungkin itu yang di katakan jatuh cinta.

“You tunggu I tau!” balas Amylia dengan manja. Dia turut mencuit hidung Datuk Mahmood. Datuk Mahmood tersenyum senang.

Amylia terus menuju ke kamar tidurnya. Dia mahu membersihkan diri. Argh!! Sekarang sudah pukul lapan. Selepas ini dia mahu kemana dengan Datuk Mahmood? Namun dalam fikirannya dia masih tidak dapat melupakan wajah Zharif yang ternampak dia dengan Datuk Mahmood. Memang dia bersama dengan lelaki separuh umur itu. Tetapi dia tetap cintakan Zharif. Namun cintanya hanya sia-sia bila Zharif tidak pernah mengambil serius dengan perasaannya. Tiba-tiba dia jadi sakit hati. Bagaimana caranya dia untuk menambat hati lelaki Zharif itu. Langsung tak lut dengan cinta dan perasaannya. Apakah susah benar lelaki itu mahu menerima dirinya?

Cepat-cepat Amylia keluar dari bilik mandi. Dia tidak mahu Datuk Mahmood menunggunya lama di ruang tamu. Malam ini dia harus bergembira dengan lelaki itu. Biarlah dia merawat hatinya yang kecewa malam ini.

 

Thursday 7 November 2013

Saat Ku Cinta 7


Hadri terus sahaja menuju ke pejabat. Ketika menjejak kakinya di pintu pejabat pertama sekali matanya tertumpu kepada meja Zarra. Namun dia hampa apabila melihat meja itu kosong. ‘Mungkin dia di pantry agaknya’ bisiknya sendirian. Entah mnegapa dia rasa terganggu melihat kemesraan Zarra dengan seorang lelaki malam tadi. Sehinggakan matanya langsung tidak dapat tidur dan pagi ini dia boleh turun awal dari biasa ke pejabat.

Dia melihat kelibat Melly yang duduk berdekatan dengan meja Zarra sudah datang. Laju sahaja mulutnya bertanyakan pasal Zarra.

“Zarra dah sampai Melly?” Melly berpaling bila mendengar ada suara bertanyakan pasal Zarra.

“Belum Encik Hadri.. Biasanya dia awal datang. Kenapa Encik Hadri?” soal Melly lagi.

Melly juga tertanya-tanya kenapa Zarra belum sampai lagi. Setahu dia, Zarra seorang pekerja yang berdedikasi. Lagi pun biasanya kalau Zarra sampai memang kecoh sikit isi ruang pejabat itu. Mungkin Kak Zai tahu.

“Tak apalah. Kalau dia dah datang suruh dia masuk jumpa saya” arah Hadri lagi.

“Baik bos.”

Hadri terus menuju ke biliknya. Namun hatinya seperti risaukan sesuatu. Kenapa Zarra belum datang lagi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Telefon bimbitnya di ambil dia cuba mendail nombor Zarra. Namun hanya kedengaran suara operator saja yang menjawab.

‘Hishh!! Kenapa tutup telefon dia pula?’ Hadri merungut!

Di sudut pantry, Melly terus menyapa Kak Zai. Manalah Tahu kak Zai tahu tentang Zarra. Lagi pun mereka berdua amat rapat.

“Kak Zai, ada nampak Zarra tak? Bos masuk jer terus tanya dia?” soal Melly.

“Zarra belum masuk lagi.. Entah kenapa? Selalunya dia tak macam ni..” jawab Kak Zai. Dia faham sangat dengan sikap Zarra yang jarang datang lambat kecuali ada hal penting. Melly mengngguk. Dia juga setuju dengan apa yang Kak Zai cakap. Zarra tidak pernah lewat kalau tidak ada hal penting.

Dia kemudiannya terus menuju ke meja kerjanya. Baru saja dia melabuhkan punggungnya, keliahatan Zarra berjalan terkocoh-kocoh menuju ke meja kerjanya.

Zarra tergesa-gesa duduk di tempat duduknya. Beg tangannya pula di letakkan dalam laci. Dia tahu hari ini dia lambat masuk kerja. Ini semua gara-gara keretanay meragam lagi. Nak menahan teksi pulak satu hal. Jalan pula jam.. semuanya memang boleh buat dia gila hari ini.

“Lambat kau hari ini?” tegur Melly.

“Itulah pasal.. Tak pernah-pernah aku lambat macam ni tau!! Kereta aku tu buat hal..” jawab Zarra sambil membuka power on computer di depannya.

“Tadi Encik Hadri cari kau”

“Kenapa?” soal Zarra lagi.

“Entahlah. Pasal kerja kot!”

Zarra terus sahaja bangun.

“Nak kemana pulak tu?” soal Melly lagi.

“Nak jumpa Encik Hadrilah!” jawab Zarra lagi. Entah apa yang Encik Hadrinya mahu awal pagi begini. Selalunya Encik Hadri tidak begitu.

Zarra mengetuk pintu bilik Encik Hadri.

“Masuk.”

Zarra terus membuka pintu bilik Encik Hadri dan dia terus menapak masuk.

Sorry bos, hari ini I lambat. Kereta buat hal..” ujar Zarra selamba. Dia terus sahaja duduk di hadapan Encik hadri sebelum lelaki itu menjemputnya duduk.

“Ada apa bos nak jumpa I ni?” soal Zarra tanpa menunggu lama. Kalau boleh memang dia mahu keluar secepatnya. Ada banyak lagi kerja di luar sedang menunggunya.

“Pagi ni kita ada meeting ke bangunan Mutiara Jaya.. I nak you ikut.” Selamba sahaja Hadri memberitahu Zarra. Zarra mengerutkan dahi. Selalunya bosnya tidak begitu. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti dia akan di beritahu lebih awal.

Meeting? Kenapa bos suruh I ikut?”

“Sebab I memang nak you ikut.” Zarra hanya mendiamkan diri. Dia tak kuasa untuk berkata apa lagi. Dia hanya pekerja dan lelaki itu adalah bosnya.

“Baiklah..” Zarra terus bangun dan menuju ke pintu. Tombol pintu di pulas. Kemudian dia berjalan menuju ke mejanya. Dia terus menghempaskan punggungnya di kerusi itu.

“Bos nak apa?” soal Melly sebaik sahaja Zarra duduk di mejanya.

“Ikut dia keluar meeting.

Meeting? Ingatkan ada hal penting. Pagi-pagi dia dah cari kau” balas Melly lagi.

Zarra mengeluh. Dia tahu tak baik mengeluh awal pagi. Tetapi entah mengapa pagi itu dia bagaikan tak berdaya sangat. Dengan keretanya yang rosak dan kesudahannya dia lamabat sampai ke pejabat. Sekarang Encik Hadri pula mahu membawanya pergi meeting.. Argh!! Kusut benar fikirannya. Dia kembali tersenyum, mengenangkan sikap Ashraf malam tadi. Entah mengapa malam tadi dia sudah menunjukkan perubahan dalam hubungan mereka yang dingin selama ini. Dia tahu pasti Ashraf gembira dengan perubahan sikapnya itu.

DATIN Rodiah segera pergi ke Restoran Mesra sebaik sahaja dia menerima panggilan dari seseorang. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan insan tersebut.

Didalam restoran itu dia menunggu kedatangan Burhan. Burhan cepat-cepat menuju ke tempat yang telah di janjikan oleh Datin Rodiah. Dia perlukan sesuatu. Hanya dengan bekas isteri sahaja dia dapat meminta pertolongan.

Sebaik saja dia sampai di restoran itu, kelihatan Datin Rodiah sudah sedia menunggu.

“Awak nak apa?” soal Datin Rodiah kasar. Cermin mata hitamnya di buka dari wajahnya. Bekas suaminya itu tidak habis-habis mahu menyusahkan dia.

“Rileklah dulu.. Apa kata Diah pesan minuman untuk abang.. Abang haus ni..” ujar Burhan sambil tersenyum. Wajah Datin Rodiah di pandang.

“Yelah nak minum apa?” Datin Rodiah merungut lagi. Sambil itu dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

“Abang nak air Horlick ais..”

Pelayan itu terus sahaja berlalu dari situ. Datin Rodiah merenung tajam ke arah lelaki yang duduk di depannya ini.

“Awak nak apa sebenarnya ni?” soal Datin Rodiah mengulangi pertanyaan yang sama. Dia sepatutnya tidak berjumpa dengan lelaki itu di tempat begini. Kalau ada orang nampak apa dia nak jawab?

“Takkan Diah dah lupa?” soal Burhan lagi. Namun anak matanya tetap melirik ke arah Datin Rodiah. Wajah wanita pujaannya suatu ketika dulu di pandang. Masih tidak berubah dengan kecantikannya. Cuma memandangkan usia pun dah meningkat ada jugalah garis tua itu timbul.

“Lupa? Lupa apa?” soal datin Rodiah geram. Tidak tahu apa muslihat lelaki itu kali ini.

“Janji Diah.. Dah lupa?” soal Burhan lagi. Dia bukannya mahu sangat meminta pada Datin Rodiah. Tetapi dia terpaksa kerana kesempitan wang. Dia banyak hutang dengan Ah Chong. Kalau dia tidak bayar pada masa yang di tetapkan, pasti konco-konco lelaki itu akan memburunya.

“Janji?” Datin Rodiah mengerutkan dahi untuk mengingati. Kini barulah dia faham dengan maksud Burhan.

“Oh.. Baru aku faham! Aku akan bagi tapi tak banyak yang dapat aku bagi..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia pasti Burhan mesti kalah judi dan sekarang dia tidak mempunyai banyak wang lagi. Sebab itulah dia datang berjumpa dengannya tanpa pengetahuan anak-anaknya.

“Terima kasih. Sebab itu abang masih sayangkan Diah..” ujar Burhan lagi.

“Awak nak berapa?”

“RM 10,000”

“Sepuluh ribu??”

“Diah nak bagi ke tak ni?” soal Burhan mengeraskan suaranya. Dia tahu pasti sukar untuk Datin Rodiah mahu memberikan duit sebanyak itu. Namun dia tiada pilihan.

“Baiklah. Diah akan bagi. Tapi ingat jangan sampai anak-anak kita tahu. Kalau mereka tahu, Diah tak dapat selamatkan awak lagi..” Burhan mengangguk faham. Takkan dia sengaja nak beritahu anak-anaknya pasal duit itu. Nanti dia juga yang akan rugi.

“Nak jumpa kat mana?” soal Burhan lagi. Dia risau juga kalau anak-anak mereka tahu apa yang dia buat.

“Nanti Diah call..”

“Baiklah.. Abang pergi dulu..” ujar Burhan lagi. Dia tersenyum gembira. Dia terus melangkah keluar dari restoran itu. Sambil itu dia memandang juga kiri kanan. Manalah tahu kot-kot dia terserempak dengan salah seorang anak mereka.

Selepas Burhan keluar dari Restoran itu, barulah Datin Rodiah pula yang keluar. Sebelum dia keluar dia sempat juga mempastikan bahawa tiada orang yang melihatnya berjumpa dengan Burhan.

DATUK Majid menekan intercom. Dia mahu Ashraf berjumpa dengannya. Namun dia hampa apabila setiausahanya memberitahu bahawa Ashraf belum masuk ke pejabat lagi. Dia benar-benar rasa geram. Kenapalah anak lelakinya itu tidak memaklumkan hal tersebut.

“HIshh anak bertuah ni. Sehari tak menyusahkan aku memang tak sah. Apalah nak jadi dengan kau ni Ash. Tak lama lagi kau akan berkahwin dan semakin berat tanggung jawab kau selepas ini..” bebel Datuk Majid lagi. Dia benar-benar risau dengan perangai satu-satunya anak lelakinya itu.

Dia terus menelefon ke rumah. Dia mahu orang gajinya melihat di mana Ashraf berada. Namun apa yang di beritahu oleh orang gajinya, Ashraf masih lagi tidur di biliknya. Datuk Majid mengeluh resah.

Mungkin juga dia penat balik semalam. Lagi pun beberapa hari dia berada di Langkawi. Mungkin benar anaknya itu penat atau pun kurang sihat. Tapi kemana pulak isterinya pergi. Awal pagi dia sudah keluar dari rumah? Sepatutnya isterinya ada di rumah untuk menjenguk anak mereka Ashraf. Kalau benar Ashraf demam bolehlah bawa ke klinik. Datuk Majid mengeluh resah. Dia meraup wajahnya.

“HAI Auntie!!” sapa Tasha dengan senyuman yang meleret di bibir. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Datin Melissa di tempat itu.

“Hai.. Tasha!” balas Datin Melissa. Dia membalas senyuman dari tasha. Dia benar-benar gembira berjumpa dengan Tasha.

“Auntie nak pergi mana ni?” soal Tasha sambil menyalami tangan Datin Melissa.

“Auntie jalan-jalan. Boring duduk kat rumah. Tasha?” kini giliran datin Melissa lagi bertanya pada Tasha.

“Samalah Auntie” jawab Tasha lagi. Kemudian Tasha teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ashraf.

“Auntie, Ash dah balik ke belum?”

“Dah. Dia dah sampai malam tadi. Tapi agak lewat juga..” jawab Datin Melissa.

“Lewat? Dahlah dia tak datang masa makan malam. Dia pergi mana Auntie?” soal Tasha lagi.

“Katanya dia pergi jumpa tunangnya itu.”

“Malam-malam?”

“Itu yang Auntie pelik. Sanggup dia tak dengar cakap Auntie gara-gara perempuan tu!” cebik Datin Melissa. Dia memang tidak pernah merestui hubungan Ashraf dengan Zarra. Tapi entah bagaimana perempuan yang bernama Zarra itu boleh mempengaruhi fikiran anak dan suaminya. Itu satu hal yang dia tidak faham. Apa yang di pandang sangat dengan perempuan itu. Dia lebih suka kalau Ashraf memilih Tasha menjadi teman hidupnya. Lagipun mereka sama taraf.

“Auntie” panggil Tasha lagi. Datin Melissa terkejut!

“Ada apa?”

“Jauh Auntie termenung..” tegur Tasha.

“Hemm.. Dah sampai mana tadi?” soal Datin Melissa. Dia memandang wajah Tasha yang masih berdiri di depannya. Dalam diam dia memarahi dirinya sendiri. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Zarra itu.

“Jom kita pergi spa.. Kat sana nanti boleh kita berborak panjang..” ajak Tasha lagi. Datin Melissa mengangguk. Setuju dengan cadangan Tasha. Kalau boleh menantu sebegini yang dia mahukan. Sentiasa saja dapat menemaninya kemana sahaja. Baru saja dia terdetik menyebut menantu, tiba-tiba matanya ternampak tubuh seseorang. Bukankah itu Zarra tunang anaknya? Tapi dia dengan siapa. Lelaki pula temannya itu. Takkan dia curang dengan Ash!

“Auntie” panggil Tasha lagi. Namun dia melihat mata Datin Melissa masih tertumpu pada seseorang. Tangannya menggoncang lengan Datin Melissa dengan lembut.

“Auntie..”

“Ha.. iya.. Tasha.. Sorry.. Tasha tanya apa tadi?” soal Datin Melissa lagi.

Dalam kekalutan itu tiba-tiba dia di sapa.

“Assalammuailikum..” sapa gadis itu. Datin Melissa dan Tasha berpaling. Kelihatan seorang gadis dan bersama temannya itu menegur.

“Waalaikumsallam..” jawab kedua mereka. Zarra segera menyalami tangan Datin Melissa.

“Ini mama tunang saya Encik Hadri..” terang Zarra kepada lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sekadar tersenyum pahit. Dia sebeanrnya terkejut mendengar apa yang katakan oleh Zarra. Tunang? Sejak bila Zarra bertunang? Kenapa dia tidak tahu hal ini pun? Mungkin di sebabkan dia sibuk sejak kebelakangan ini membuatkan dia terlepas pandang. Bertuahnya tunang Zarra dapat gadis sebaik Zarra!

“Saya Hadri.. kawan sekerja Zarra.” Encik Hadri memperkenalkan diri kepada kedua insan tersebut. Huluran salam itu tidak di sambut oleh Datin Melissa dan juga Tasha.

Selepas bertegur dengan mama Ashraf, Zarra dan Encik Hadri terus berlalu.

“Sejak bila you bertunang?” soal Encik Hadri kepada Zarra. Zarra memandang wajah Encik Hadri.

“Sudah dua bulan. Kenapa?” Zarra pelik dengan soalan Encik Hadri.

“Kenapa saya tak tahu. Pandai you simpan rahsiakan?” ejek Encik Hadri lagi. Pada hal dalam hati dia sudah kecewa kerana gadis yang menjadi pujaan dalam diam sudah emnjadi tunangan orang. Betapa dia menyalahkan dirinya kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada gadis tersebut. Kini dia sudah menjadi tunangan orang pun! Patutlah malam tadi dia melihat Zarra begitu mesra dengan seorang lelaki yang di kenalinya itu. Rupa-rupanya mereka sudah bertunang.

“I ingatkan Encik Hadri dah tahu.. Lagi pun majlis kahwin kami pun tak lama lagi. Ingatkan masa majlis kahwin nanti baru nak bagi kad jemputan..” ujar Zarra berseloroh. Hadri tersenyum pahit. Agaknya dia sudah terlewat untuk memiliki hati si gadis itu.

Mereka terus sahaja pulang ke pejabat setelah selesai urusan di luar. Hadri duduk di biliknya. Namun satu kerja pun dia tak dapat buat. Hatinya betul-betul hancur dan kecewa kerana dialah orang yang terakhir tahu Zarra sudah bertunang. Pasti Zarra bahagia dengan tunangnya itu. Ashraf? Kau memang lelaki yang bertuah dapat memiliki cinta dan hati Zarra.

Dia juga tidak menyangka lelaki seperti Ashraf itu adalah lelaki pilihan Zarra. Dia rasa ingin meraung sahaja. Namun dia masih dapat mengawal perasaannya.

Tuesday 29 October 2013

Saat Ku Cinta 6


ZHARIF menjeling jam di tangan. Hayunan langkahnya pantas menghala ke arah lif yang berada di tengah-tengah ruang bangunan yang cantik itu. Dia mahu ke pejabatnya yang berada di tingkat 15.

Ketika berada di depan lif pun Zharif tidak mempedulikan mata-mata gadis yang memandangnya. Dia dah biasa dengan gelagat mereka. Dia dah tak rasa apalah. Hari ini dia masuk lambat sedikit ke pejabatnya.

Ting!!!

Pintu lif terbuka dan Zharif memberi laluan kepada kaum wanita untuk meloloskan diri terlebih dahulu. Kemudiannya barulah dia menyelit sama. Saat pintu lif hendak tertutup, ada pula jemari halus yang menahannya dan pintu lif itu terbuka kembali.

Sorry, thanks.”

Zharif masih lagi menatap telefon bimbitnya. Langsung tidak pedulikan ucapan gadis itu. Namun hidungnya terhidu bau harum semerbak dari seorang perempuan di sebelahnya. Macam pernah hidu bau itu. Tetapi di mana? Dia terus mengangkat wajahnya mencari empunya diri yang keharumannya benar-benar menarik perhatiannya. Dia amat tertarik dengan wangian wanita itu walaupun dia tidaklah arif sangat dengan wangian wanita. Naluri lelakinya entah mengapa tiba-tiba sahaja berkocak dan dia yakin gadis itu cantik jelita.

Perempuan di sebelahnya langsung tidak menunjukkan muka. Lagipun wajahnya terlindung dengan tudung. Kalau di lihat dari penampilannya, perempuan ini boleh tahan juga. Tapi dia tidak nampak dengan jelas wajah perempuan itu. Malaslah dia pedulikan. Namun timbul pula rasa nakalnya. Bagaimana dia mahu melihat wajah gadis yang terselindung dengan tudungnya itu?

Ketika pintu lif terbuka di tingkat 15, Zharif mahu keluar. Sengaja dia melanggar tubuh wanita itu dan segala fail yang berada di tangan wanita itu gugur. Kertas putih bersepah di dalam ruang lif itu!

Sorry..” ujar Zharif sambil menunduk. Gadis itu yang terkejut juga terduduk mengutip kertas di dalam ruangan lif itu.

“Tak apa.. Bukan salah encik pun!” jawab si gadis itu selamba.

Zharif mencuri pandang ke wajah misteri itu. Sesaat kemudian dia juga terpana dan terpaku. Dadanya bagaikan melantun deras dan nafasnya bagaikan tersekat-sekat saat pandangan gadis itu bertaut dengannya.

You???” ujar Zarra perlahan. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di situ.

You??” balas lelaki itu lagi. Nampaknya kedua-dua mereka terkejut. ‘Mr Coffee? Dia buat apa kat sini?’ bisik Zarra dalam hati. Ketika dia masuk lif tadi dia langsung tak perasan dengan lelaki yang berdiri di sebelahnya tadi.

‘Argh!! Gadis ini lagi?’ bisik Zharif sendirian.

Sorry.. I tak sengaja.” ujar Zharif lagi.

“Tak apa..” balas Zarra sambil tersenyum. Dia tidak menyangka sudah berapa kali dia terserempak dengan lelaki itu dengan tidak sengaja.

“You kerja kat sini ke? Selama ini I tak pernah nampak you pun?” soal Zharif lagi. Hairan kenapalah pula tiba-tiba pagi ini dia boleh terserempak dengan gadis itu setelah beberapa kali mereka terserempak di luar.

“Tak.. I just send document ke kat area sini..” jawab si gadis itu.

“Owhh!! Dah banyak kali kita terserempak, tapi I still tak sempat nak tanya nama you..” ujar Zharif lagi. Wajarlah untuk pertama kali berkenalan, dia sepatutnya menunjukkan skil yang dia ada.

“Banyak kali? Seingat I, sekali je, masa tu I tertumpah coffee atau you..” balas si gadis itu dengan cepat. Namun cepat tangannya mengutip dokumen yang bertaburan tadi. Malas dia mahu melayan ayat dari lelaki yang berada di depannya itu. ‘Sorrylah I ni tunang orang!’ gerutu Zarra dalam hati.

I think you dah hilang ingatan kot. Before tu pun I pernah terlanggar you!!” kali ini giliran Zharif pula berterus terang.

‘Hilang ingatan? Berani sungguh lelaki ini mengatakan dia hilang ingatan. Adakah ini taktik lelaki zaman sekarang nak mengorat? Kalau dengan perempuan lain boleh makanlah lakonan itu. Tapi bukan dengan aku ni Nur Izarra!’ marah Zarra dalam hati.

Tiba-tiba sahaja pintu lif terbuka di tingkat 18.

Sorry excuse me.. But thanks..” Zarra cepat-cepat melangkah keluar. Sambil itu dia sempat lagi berbalas senyum dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

Zharif mengeluh kecewa. Kali ini dia masih gagal untuk mengetahui nama gadis itu. Nampaknya gadis itu sengaja mempermainkannya. Tak apa, tidak lari gunung di kejar! Dia menekan nombor 15 kembali. Dia turun ke bawah semula.

Zharif terus menuju ke bilik pejabatnya. Dia duduk di kerusinya sambil memejamkan matanya. Terbayang wajah gadis yang di temuinya tadi. Bagaikan mereka ada jodoh.

MALAM ini, Amylia bersiap cantik. Dia sudah berjanji untuk keluar bertemu dengan Datuk Maarof. Dia gembira kerana Datuk Maarof tiba-tiba menghubunginya bila lelaki itu senyap seketika. Ingatkan lelaki itu sudah melupakan dia. Kalau dia nak keluar dengan Zharif pastinya ada saja alasan lelaki itu kepadanya.

“Hai Amy.. rindu I kat you tau!” ujar Datuk Maarof. Dia jadi tidak sabar untuk bertemu dengan Amylia. Rindunya pada perempuan itu bagaikan menyesakkan jiwanya. Dia terus sahaja menelefon Amylia sebaik sahaja kakinya menjejak tanah air. Pada mulanya dia merancang mahu menyambut harilahir wanita itu. Namun atas tuntutan kerja dia terpksa menangguhkan hasratnya itu.

“Hai.. macam mana dengan kerja you?” soal Amylia lembut. Lelaki ini memang tidak pernah berputus asa mahu mendapatkan cintanya. Namun perasaannya bukan untuk lelaki itu. Sekali sekala dia meluangkan masa bersama apalah salahnya. Dapat juga dia mengubat perasaan sakit hati di atas kedinginan Zharif.

“Macam biasa. You tau tak I sangat rindukan you. I minta maaf sebab tak dapat jumpa you di hari lahir you..” terang Datuk Maarof lagi. Dia tidak mahu Amylia menyangkakan dia yang bukan-bukan.

“Tak mengapalah.. Sekurang-kurangnya I tak celebrate sorang-sorang..” jawab Amylia jujur.

“Iye ke? You celebrate dengan siapa?” soal Datuk Maarof dengan nada tidak senangnya. Namun dia harus sedar, bahawa dia saja yang menunjukkan perasaan suka kepada wanita itu sedangkan wanita itu tidak menganggapnya lebih dari seorang teman.

“Tak payahlah nak cemburu. I keluar dengan Zharif je.. Bukan siapa-siapa pun..” terang Amylia. Dia tidak mahu Datuk Maarof syak yang bukan-bukan terhadapnya.

Really??” soal Datuk Maarof lagi. Dia mahukan kepastian. Amylia mengangguk! Datuk Maarof tersenyum lega. Jawapan Amylia itu seolah-olah memberikannya harapan bahawa wanita itu mula menyukainya.

Mereka berdua makanan yang mereka pesan tadi itu sampai. Bila makanan itu sampai mereka berdua terus menjamu selera.

“Lepas ni kita nak pergi mana?”

That’s up to you. I ikut je, kemana you nak pergi.” Amylia menjawab sambil mengelap bibirnya yang kotor ketika dia makan tadi. Datuk Maarof ketawa kecil.

ELOK saja Zarra duduk menonton tv selepas makan malam tiba-tiba mereka terdengar bunyi kereta berhenti di depan rumah. Ayahnya segera bangun untk melihat siapakah gerangannya yang datang pada waktu ini. Kedengaran orang memberi salam. Pak Harun menjawabnya.

“Zarra, pergi buka pintu pagar tu..” ujar Pak Harun lagi.

“Siapa datang ayah?”

“Ashraf”

“Ash?” soal Zarra kehairanan. Dua hari lelaki itu tidak menghubunginya tiba-tiba sekarang ada di depan rumah? Mestilah dia hairan. Macam biskut chipmore.

“La.. Kenapa pula ni? Pergilah buka pintu pagar tu..” tegur Pak Harun lagi. Tahu sangat dia dengan perangai Zarra yang tidak suka dengan kehadiran Ashraf waktu ini.

“Baiklah ayah..” jawab Zarra sambil tergesa-gesa mengambil kunci untuk membuka mangga yang tergantung di pintu pagar. Dalam hati dia menrungut sendirian. Dia melihat Ashraf tersenyum manis padanya. Namun dia balas dengan perasaan tidak sukanya.

“Kenapa datang sini?” soal Zarra sebaik sahaja dia berdiri didepan Ashraf untuk membuka pintu pagar itu.

“Ash nak ajak Zarra keluar.”

“Keluar malam begini?” soal Zarra lagi.

“Yelah. Kenapa? Zarra tak suka?” soal Ashraf sedikit kecewa dengan sikap dingin Zarra. Soalan itu langsung tidak di jawab oleh Zarra. Tanpa sedar mereka sudah sampai di ruang tamu. Pak Harun menjemput Ashraf duduk bersamanya di ruang tamu. Sebelum itu, Ashraf menyalami tangan bakal bapa mertuanya.

“Kenapa Ashraf datang ke sini malam-malam begini?” soal Pak Harun lagi. Ashraf tersenyum. Dua hari dia tidak nampak wajah Zarra dia bagaikan orang angau. Tidak sabar rasanya dia balik cepat untuk bertemu dengan tunangnya itu. Sebab itulah sebaik sahaja dia sampai di KL dia terus menuju ke sini.

“Sebenarnya, Ash nak ajak Zarra keluar. Tak lama sekejap pun jadilah..” Ashraf berterus terang.

“Zarra.. Tak dengar ke apa yang Ashraf cakapkan tu?” soal Pak Harun kepada anak perempuannya itu. Zarra sekadar menjeling. Dia faham dengan apa yang di cakapkan oleh ayahnya.

ZARRA bangun dari tempat duduknya. Kalau di ikutkan memang malas dia mahu keluar waktu begini. Namun di atas desakan Ashraf dia menurut sahaja. Lagi pun dia sudah datang kerumah untuk menjemputnya.

“Tunggu kejap, Zarra nak tukar pakaian..” ujarnya kepada Ashraf. Ashraf hanya mengangguk!

“Maaflah Pakcik sebab bawa Zarra keluar waktu begini. Tapi saya betul-betul sibuk dengan kerja. Jadi nak luangkan masa bersamanya pun tak sempat. Ni pun saya baru sampai dari Penang. Ada urusan kerja kat sana selama dua hari” Ashraf menerangkan perkara yang sebenarnya. Bukannya dia sengaja nak bawa Zarra keluar waktu begini, namun masa begini sajalah yang dia ada untuk bertemu dengan tunangnya itu.

“Tak apalah Pakcik faham. Orang macam kamu ni memang sibuk dengan kerja. Pakcik pun pernah juga merasanya dahulu. Apa salahnya Ashraf bawa Zarra keluar, lagi pun kamu dah nak kahwin tak lama lagi. Mesti ada banyak yang perlu kamu bual dan bincangkan.”

“Terima kasih kerana memahami keadaan Ash..” Ashraf berterima kasih kepada Pak Husin.

“Yelah Ashraf, majlis kamu tak lama lagi. Mesti banyak yang perlu kamu bincangkan..” sampuk Makcik Saleha sambil menghidangkan air the untuk tetamu mereka malam itu. Makcik Saleha meletakkan cawan dan piring di atas meja. Air teh itu dituang kedalam cawan dan kemudian dia menjemput Ashraf dan suaminya minum.

MANAKALA di dalam bilik Zarra tidak habis-habis merungut. Dia penat sangat hari ini. Ingatkan dia dapat tidur awal. Sebalik pula yang berlaku.

Akhirnya dia sudah bersiap dia tidaklah memakai liptik tebal. Cukuplah memakai lip gloss sahaja. Wajahnya pula tidak juga di tempekkan dengan bedak tebal cukuplah hanya sapukan nipis sahaja. Tudungnya pula dia buat biasa sahaja yang penting menutup rambutnya. Dia segera keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu.

“Jom” ujarnya kepada Ashraf. Ashraf memandangnya lama. Cepat juga Zarra bersiap! Walaupun dia cepat bersiap, dia tetap kelihatan cantik di matanya.

“Jom kira gerak!”

Dia terus bangun dari tempat duduknya dan menyalami tangan Pak Harun.

“Ayah kami pergi dulu..” kini giliran Zarra pula yang menyalami tangan ayahnya.

“Hati-hati kat jalan tu ya..” pesan Pak Harun.

“Baik pakcik.. Nanti saya hantar Zarra pulang..” janji Ashraf lagi.

Mereka berdua terus menuju ke kereta milik Ashraf. Ashraf membukakan pintu kereta untuk Zarra. Perbuatannya itu di lihat oleh Makcik Saleha.

“Hish!! Mengada-ngada!! Pintu kereta pun nak juga orang tolong bukakan!” gumamnya.

“Apa yang kau membebel tu?” soal Pak Harun.

“Tak ada apalah bang. Leha cakap,. Mereka berdua tu memang sepadan..” jawab Makcik Saleha dengan cepat. Nasib baik suaminya tidak mendengar dia mengutuk Zarra. Bukannya dia tidak tahu yang suaminya itu lebih sayangkan Zarra kerana Zarra itulah satu-satunya anak perempuannya.

MEREKA masing-masing mendiamkan diri. Namun Ashraf meneruskan pemanduannya. Sementara itu, Zarra pula asyik membelek telefon bimbitnya.

“Tak nak cakap dengan Ash lagi ke?” tiba-tiba Ashraf bersuara. Dia rindu benar ingin mendengar suara Zarra. Namun tunangnya itu tetap mendiamkan diri.

“Ash ada buat salah ke?” soal Ashraf masih tidak berputus asa untuk mendengar jawapan dari mulut Zarra. Terdengar keluhan dari bibir Zarra.

“Tak adalah.. Kita nak kemana ni?”

“Pergi makan..”

“Zarra kenyang lagi..”

“Ash tahu, tapi Ash lapar sangat. Tak sempat makan sebab teringatkan Zarra!” tanpa malunya Ashraf meluahkan apa yang di rasa.

‘Kesian juga tunang aku ni. Sanggup dia menahan lapar semata-mata mahu bertemu dengan aku ni!! dia ni buat aku rasa terharulah!’ bisik hati Zarra.

“Okeylah.. Tapi kita keluar jangan lama sangat tau! Zarra penatlah hari ni..” balas Zarra yang tidak sampai hati untuk mengecewakan Ashraf.

I promise!!” Ashraf tersenyum gembira.

Ashraf membawa Zarra ke kedai makan. Dia berasa sangat lapar. Namun di tahannya dahulu kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Zarra.

Zarra sekadar duduk dan memesan minuman sahaja. Untuk makan dia masih kenyang lagi. Berselera sungguh Ashraf makan. ‘Mungkin dia benar-benar lapar kot! Kesiannya. Aku ni pun kejam jugakan?’ getus Zarra dalam hati. Dia memandang wajah Ashraf yang asyik menikmati makanannya.

“Kenapa pandang Ash macam tu?” soal Ashraf yang perasan dirinya di pandang oleh Zarra.

“Tak ada apalah. Just pandang je tak boleh ke?” soal Zarra menutup malu. ‘Ada pulak dia perasan aku pandang dia. Buat malu aku jer!’ marah Zarra dalam hati.

“Tapi, Ash sukalah kalau Zarra pandang Ash macam tu. Mungkin Zarra rindukan Ash! Yelah kat mulut cakap tak rindu, tapi dalam hati ada taman..” usik Ashraf lagi.

“Rindu?? Oh Pleaselah..” balas Zarra dengan gelaknya. Terasa lucu dengan ayat-ayat Ashraf. Mungkin selama ini dia tidak memberi ruang dan peluang kepada Ashraf untuk bercakap panjang dengannya. Ashraf terpana. Inilah kali pertama dia melihat Zarra gelak begitu dengannya. Selalunya wajahnya masam sahaja.

“Bukan Ash yang rindukan Zarra?”

“Dua-dualah..” Ashraf menjawab cepat. Mereka ketawa lagi. Lucunya, dalam masa dua hari keadaan sudah bertukar. Namun Ashraf bersyukur sangat bila melihat perubahan sikap Zarra terhadapnya. Tidak sedingin salju lagi. Sekurang-kurangnya itu sudah ada perubahan!

Malam itu, mereka berbual panjang. Ashraf rasa gembira sangat. Dia tidak menyangka pemergiannya kali ini boleh membuatkan sikap Zarra berubah.

Selepas puas bersembang, Ashraf menghantar Zarra balik kerumah. Lagi pun dia rasa penat hari ini. Mungkin esok dia tidak akan masuk pejabat.

ASHRAF balik sedikit lewat malam itu. Walaupun sebenarnya dia rasa penat namun dia terasa berbaloi juga kerana dia dapat keluar bersama Zarra. Sebaik sahaja pintu utama di buka, dia terkejut bila mamanya tengah menunggu di ruang tamu rumah.

“Ash”

“Mama? Kenapa mama belum tidur lagi?”

“Sepatutnya mama yang soal Ash. Kenapa Ash balik lambat?” soal Datin Melissa lagi.

“Oh, Ash keluar dengan Zarra tadi. Kenapa mama? Ada benda yang tak kena ke?” soal Ashraf yang kenal sangat dengan perangai mamanya jika dia sudah di soal siasat.

“Tak adalah. Ash lebih pentingkan tunang Ash dari mamakan?” soal Datin Melissa. Dia seakan-akan merajuk. Mana dia tidak merajuk, Ashraf sudah berjanji akan pulang lebih awal seperti yang di janjikan namun terjadi sebaliknya pula.

“Ash minta maaflah mama.. Ash betul-betul lupa. Tapi itu hanya makan malam sajakan?”

“Tapi kita dah janji dengan parent Tasha. Ash buat mama dengan papa rasa malu jer!” balas Datin Melissa tidak puas hati.

“Sorrylah mama, Ash tak berniat pun! Lain kali sajalah kita makan bersama..” janji Ashraf lagi.

“Okey, itu janji Ash!”

“Ash janji mama. Ash nak naik ke atas dululah ya.. Penat!”

“Baiklah. Mama pun nak masuk tidur juga.” Mereka masing-masing menuju ke bilik tidur.