Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 7 May 2013

Ada Dia Di Hati 9


PAGI-pagi lagi, Zafran Haicarl sudah mengejutkan Alisha. Tidak terasa mereka sudah menghabiskan masa cuti mereka. Dan esok mereka akan pulang ke Terengganu.

“Suka tak dengan honeymoon kita kat sini?”

Alisha mengangguk kepala. Tangan sasa Zafran Haicarl yang memeluk erat pinggangnya dielus perlahan. Dia rasa sangat gembira.ternyata Zafran Haicarl seorang suami yang baik dan juga romantic.

“Seronok sangat. Terima kasih bang.” Rambutnya di belai oleh hujung jari Zafran. Alisha tersenyum.

“Betul Isha rasa seronok? Hhmmm...”

“Isha seronok sangat. Cantik sangat tempat ini kan abang. Macam dalam mimpi saja Isha di buatnya. Yelah selama ni cuma dapat tengok gambarnya saja. Tak sangka Isha dapat pergi ke tempat tu..” Zafran tersenyum. Pipi Alisha di elus perlahan. Zafran masih ingat. Mata indah milik isterinya ini berkaca-kaca di saat salah seorang menyanyikan lagu untuknya bila Zafran meminta dan membayarnya untuk berbuat demikian.

“Abang rasa bahagia sangat dengan Isha. Dan abang berharap jodoh kita akan terus kekal ke akhir hayat walau apa pun yang menimpa kita..” ucap Zafran Haicarl..

“Isha juga nak ucap terima kasih pada abang sebab bawa Isha ke tempat ini. Betul macam mimpi saja Isha rasakan. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan Isha. Terima kasih abang kerana menghadiahkan percutian yang sungguh indah buat Isha. Isha tak akan lupa sampai bila-bila.”

“Nak datang sini lagi ker?”

“Nak kalau ada peluang nanti. Apa pun terima kasih juga Isha ucapkan pada abang terutamanya hadiah abang buat Isha.. Terima kasih..”

Zafran hanya tersenyum mendengar ucapan terima kasih dari bibir isteri tercinta. Dia juga bahagia bila melihat wajah itu kembali ceria dan gembira. Dia berdoa di dalam hati semoga kebahagiaan itu akan kekal buat selamanya.

“Tapi abang nak sayang ingat, hidup ini tak mudah bagi kita yang dah bersuami isteri.. Jadi abang nak sayang tahu walau apa pun yang berlaku walau apa pun dugaan yang bakal kita lalui, satu perkara saja yang abang nak sayang ingat bahawa, abang akan sentiasa menyintai sayang. Tak ada perempuan lain di dunia ini yang dapat disamakan dengan sayang.. Ingat!! Abang sentiasa cintakan sayang..” satu kucupan mesra hinggap di dahi Alisha. Tersentuh hati Alisha bila mendengar ucapan syahdu yang romantik itu. Benar, dia rasa bahagia sekali. Bertuah mempunyai seorang suami yang begitu menyayangi dirinya.

“Abang, balik nanti kita singgah sekejap kat gerai yang kita pergi semalam..” ujar Alisha dalam pelukan Zafran. Memang pada mulanya dia segan jika di perlakukan begitu. Tetapi selama seminggu dia berkongsi bilik dan juga katil, dia terasa tidak mahu berpisah pula dengan suaminya itu.

“Kenapa?”

“Isha nak beli buah tangan untuk ibu dan ayah serta Shikin juga. Mesti Shikin gembira sebab Isha tak lupakan dia walau pun di mana saja..” ujar Alisha dengan manjanya. Dalam hati dia bimbang kalau-kalau suaminya itu tidak mau singgah di kedai cenderamata itu.

“Isteri abang ni, kalau pasal kawan baik dia, memang tak lupa. Jangan-jangan dia lupakan abang nanti..”

“Hish tak adalah macam tu pula. Takkan Isha nak lupakan abang! Sampai bila-bila pun..” ujar Alisha sambil tersenyum. Lama Zafran terdiam. Wajahnya pula serius. Hati Alisha tertanya-tanya. Mahukah si suaminya itu singgah di kedai cenderamata itu nanti?

“Mmmm Boleh, tapi dengan syarat!”

“Nak bersyarat juga ke?” Zafran mengangguk. Rasa mahu tergelak pula dia bila melihat kerutan di dahi Alisha. Kemudian Zafran menunjukkan pipinya. Itu tandanya dia minta cium!

Morning kiss!!” ujarnya bila melihat Alisha masih terpinga-pinga dengan gelagatnya tadi.

“Tak ada syarat lain ke selain yang ini?” soal Alisha bingung! Zafran menggeleng!

“Kalau Isha tak nak bagi tak apa, kita tak payah singgah kat kedai tu nanti!” ugut Zafran lagi.

Alisha mengetap bibir. Suaminya ini ada saja benda yang dia nak kenakan pada dirinya. Demi nak singgah di kedai itu, dia merapatkan wajahnya ke wajah Zafran.

“Cupp!!” satu ciuman singgah di pipi Zafran. Zafran tersenyum suka. Manakala wajah Alisha pula masam mencuka!

“Satu lagi, jangan nak layan lelaki yang berjual kat sana!” dia memberi peringatan. Terkenang peristiwa semalam, salah seorang pekerja di situ cuba mengurat Alisha. Ketika itu dia berdiri tidak jauh dari Alisha ketika salah seorang dari padanya mahu meminta nombor telefon Alisha. Mungkin mereka nampak Alisha sangat muda, dan mereka fikir dia tu abang kepada Alisha. Sebab itu mereka berani menghulurkan salam perkenalan!

Alisha mengerutkan dahinya sekali lagi. Bila masa pula dia layan lelaki di kedai itu semalam. Akhirnya dia tersenyum. Mungkin lelaki itu yang di maksudkan Zafran!

“Abang jelous ke?” soalnya selamba.

“Memang abang jelous! Mereka ingat abang ni abang Isha kot! Sebab itu berani nak usha isteri abang ni!” jelas Zafran tidak puas hati. Kalau dia tidak dapat menahan perasaannya ketika itu sudah pasti dia menumbuk wajah budak yang selamba badak je tanya nombor telefon Isha padanya.

“Isha minta maaf. Isha tak sengaja nak sakitkan hati abang!”

“Bukannya salah Isha pun.. tapi abang jelous kalau ada siapa-siapa yang berani nak usha isteri abang!” terang Zafran sekali lagi. Dia memang cemburu. Tetapi bukankah cemburu itu tandanya sayang?

“Dahlah.. nanti baik kita singgah kat sana.. tapi ingat pesan abang. Jangan nak buat muka peramah denkat mereka itu lagi! Beli apa yang Isha nak beli. Abang tak kisah. Janji Isha gembira dan bahagia.”

“Terima kasih abang!” tanpa sedar, Alisha mencium pipi Zafran. Kemudian bila dia tersedar akan perbuatannya itu, dia menutup mulutnya pula!

................................

Shikin masih bersedih kerana dia tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur bersama Lina. Dia benar-benar merajuk! Lina juga sudah di beritahunya. Dia tidak dapat pergi bersama Lina. Namun Lina faham keadaan Shikin. Sehinggakan dia berkurung sepanjang hari di dalam biliknya. Makan tengah hari pun tidak! Keadaan itu membuatkan emaknya risaukan dia.

Kepulangan Alisha dan Zafran di sambut gembira oleh Mak Jah. Akhirnya mereka berdua selamat pergi dan kembali. Dia tidak lupa berdoa siang dan malam agar kedua-dua mereka selamat walau di mana saja mereka berada!

....................................

Pagi-pagi lagi Alisha pergi ke pasar. Hari ini dia mahu memasak makanan kegemaran suaminya. Dia juga sudah meminta izin dari Zafran untuk pergi ke pasar pagi tadi.

Tiba-tiba Alisha terlanggar seseorang. Lalu dia menoleh. Rupa-rupanya Nizam anak Pak Long Salleh yang telah lama menyepikan diri.

“Nizam??”

“Isha??” kedua mereka tersenyum.

“Hampir Isha tak kenal tadi..” ujar Isha lagi. Dia rasa seronok berjumpa dengan Nizam. Lama betul Nizam tinggalkan kampung sehingga di hari pernikahannya pun Nizam tidak datang.

“Yelah tu.. mentang-mentang dah lama tak jumpa..” balas Nizam lagi. Namun matanya tetap memandang ke wajah Isha.

“Zam dengar Isha dah kahwin. Betul ke?” soalnya perlahan. Takut di dengar orang sekeliling yang asyik memandang hairan ke arah mereka berdua.

“Betul tu. Tapi Zam pergi mana masa majlis Isha hari tu tak datang pun?” soal Isha lagi.

“Zam ada kerja di Kuala Lumpur. Sebab itu Zam tak datang hari tu..Ni pun Zam baru dapat cuti. Sebab itu Zam terus balik kampung..”

“Oh.. Best tak Kuala Lumpur tu? Yelah, Isha tak pernah pergi sana pun..” soal Isha lagi. Dia hanya mendengar dan melihat dari kaca television. Kalaulah dia dapat pergi ke tempat itu.

“Bandar paling sibuk 24 jam.. Siang bagaikan malam, malam bagaikan siang...” kedua mereka ketawa.

“Yelah tu.. okeylah Isha nak pergi dulu.. Takut tak sempat masak untuk makan tengah hari nanti..”

“Baiklah hati-hati tau! Kalau nak Zam boleh hantar Isha..” Nizam mempelawakan diri. Dia memang senang bergaul dengan Alisha. Namun dia sendiri terkejut apabila mendengar Alisha sudah berkahwin ketika dia balik dua hari yang lepas. Dan pagi ini dengan tidak sengaja dia terjumpa Alisha di situ pulak!

“Tak payahlah.. Nanti orang salah faham pula.. Lagi pun Isha datang dengan pemandu keluarga suami Isha tadi..” jawab Isha dengan jujur. Dia memang tidak mahu menyusahkan Nizam. Lagi pun Pak Samad sudah berjanji akan menunggunya tadi. Alisha terus berlalu meninggalkan Nizam di situ. Dari wajah Alisha dia dapat merasakan yang gadis itu melalui hari-hari yang sangat bahagia. Dia berharap Alisha akan terus hidup bahagia di samping suaminya yang tersayang.

Sampai sahaja di rumah, Alisha terus memasak. Lagi pun tengah hri ini, Zafran akan balik ke rumah makan tengah hari. Dia tidak mahu terlambat menyediakan hidangan.

Akhirnya Alisha rasa lega apabila hidangan sudah di siapkan. Dia hanya menunggu suaminya pulang untuk makan tengah hari. Dia kemudian naik ke atas. Dia mahu mandi. Dia tidak mahu kelihatan selekeh di depan suaminya.

Selesai bersiap-siap, dia keluar dari bilik. Kebetulan itu dia mendengar deruan enjin kereta Zafran yang baru sampai. Cepat-cepat dia menuju ke arah pintu utama.

Namun bukan sahaja Zafran yang balik tetapi dengan bapa mertuanya pun ada sekali. Dia cepat menyambut tangan Zafran lalu di salaminya. Tersentuh juga hati Tuan Razman melihat keperibadian Alisha. Sofia tidak pernah menyalami tangannya seperti Alisha. Kali pertama Sofia menyalami tangannya ialah pada hari pernikahan mereka sahaja.

“Mak Jah dah sediakan makan tengah hari.. Jemput makan..” ujar Alisha dengan senyuman di bibir. Kedua mereka terus menuju ke meja makan.

Semuanya ada di meja makan kecuali Sofia. Dan mereka yang berada di rumah itu memang faham dengan perangai Sofia yang jarang melekat di rumah.

“Mmmm sedapnya ketam masak lemak ni. Jarang Mak Jah masak makanan sebegini..” ujar Zafran sambil menyeduk kuah ketam masak lemak itu. berkali-kali juga dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Berselera benar dia makan tengah hari itu.

“Bukan Mak Jah yang masak tapi Isha isteri Zaf..” jawab Mak Jah cepat. Alisha hanya tersenyum mendengar jawapan Mak Jah..

“Isha yang masak semua lauk ni?” soal Tuan Razman pula.

“Ya Tuan!! Saya cuma membantu apa yang patut saja..” jawab Mak Jah lagi.

“Semuanya sedap.. menambahkan selera nak makan tengah hari ni..” ujar Tuan Razman.

“Terima kasih papa..” ucap Alisha lagi.

 Semua mereka tersenyum. Tengah hari itu semua mereka berselera makan kerana lauk yang di masak semua sedap belaka. Zafran mengucapkan syukur di dalam hati kerana mempunyai seorang isteri yang pandai masak. Makin berselera benar dia makan kerana hidangan tengah hari itu semua hasil air tangan Isha.

.......................................

Sampai di biliknya Zafran melabuhkan pinggangnya di birai katil. Pada masa itu Alisha baru saja selesai mandi dan siap berpakaian. Dia tidak sedar sekarang waktu kepulangan suaminya.

“Abang dah lama sampai” soal Alisha. Lalu tangan suaminya di sambut dan dicium.

“Baru jer. Sayang abang dah mandi yer? Kenapa tak tunggu abang tadi?” soalnya sengaja dia ingin mengusik si isteri.

Alisha pun turut duduk sama. Tangannya cepat saja merungkai tali leher yang masih terikat di leher suaminya. Nampak sangat wajah itu kepenatan.       

“Penatnya hari ini. Banyak sangat keja kat pejabat.” Zafran meluahkan rasa penatnya. Alisha di sisinya hanya tersenyum.

“Mana tak penatnya abangkan dah cuti seminggu.. Memanglah banyak keja yang perlu abang selesaikan... Itulah Alisha nak kerja sekurang-kurangnya dapat meringankan tugas abang, abang tak kasi..” sengaja Alia mengusik suaminya. Terus saja mata Zafran menatap mata Alisha.

“Mana boleh Alisha kerja kat pejabat tu.. Nantikan tak pasal-pasal semua kerja abang tergendala. Siapa nak jawab?”

“Kenapa pulak?” Alisha kehairanan.

“Nak tau sebabnya yer?” Zafran cuba mencari idea untuk mengenakan isterinya.

“Yelah.. kenapa pulak Alisha tak boleh keja kat pejabat abang tu?”

“Nanti mata abang juling.” Lalu di buatnya matanya itu juling. Alisha tergelak. Lucu pula bila dia melihat suaminya membuat mata juling.

“Kenapa abang juling pulak?”

“Sebabnya abang sentiasa nak tengok Isha jer.. Dahlah pekerja lelaki abang tu boleh tahan nakalnya. Nanti tak pasal-pasal abang cemburu.” Terbeliak mata Alisha mendengar alasan suaminya itu. Lalu dia ketawa.

“Ke situ pula abang.. Isha keja bukan nak layan dia orang pun. Cukuplah abang seorang pun tak terlayan...”

“Pandai Isha kenakan abang yer..” lalulah hidung Alisha menjadi mangsanya. Di tariknya sampai merah hidung Alisha di buatnya.

Dia memang tidak pernah rasa bosan dengan Alisha. Ada saja perkara yang menjadi bahan gurauannya. Akhirnya dia mengambil tuala mandi dari tangan Alisha lalu menuju ke bilik mandi.

Sementara menunggu suaminya mandi, Alisha pergi ke dapur untuk menyediakan air minumannya. Memang dia tidak pernah melupakan tanggung jawab itu.

 

No comments:

Post a Comment