Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 7 August 2013

Ada Dia Di Hati 22



Hari ini Alisha akan bekerja dengan abangnya di syarikat milik arwah papa mereka. Pagi-pagi lagi Alisha sudah di perkenalkan dengan pekerja bawahan oleh Amri. Pekerja nampaknya menerima baik kedatangan Alisha ke syarikat mereka.

Amri terus saja menerjah ke bilik Alisha. Alisha terkejut! Entah apa yang ingin abangnya katakan. Dia sedang asyik membaca fail-fail syarikat yang di berikan oleh Maisarah tadi.

“Ada apa abang nak jumpa?” soal Alisha sebaik sahaja Amri tersenyum-senyum dan duduk di depannya.

“Tak ada apa.. Kenapa? Tak boleh ke bos masuk ke bilik pekerja? Manalah tau first day Isha masuk kerja dah tak tahan..” usik Amri. Wajah Alisha merah. Geram dia mendengar usikan abangnya itu. Adakah patut dia melemahkan semangatnya. Sepatutnya dia memberikan galakan dan semanagat kepada dirinya bukannya dengan mengusiknya sebegitu.

“Abang ni tak baik tau! Isha dah baca semua dokumen penting ni. Tapi abang cakap yang bukan-bukan pulak!” marah Isha. Marah yang manja! Amri tersenyum.

“Ni dah tengah hari Isha oiii! Isha tak nak keluar makan ke?” soalnya pula.

“Dah tengah hari?” soal Alisha terkejut. Memang dia tidak menyangka jam bergerak dengan begitu pantasnya. Mungkin di sebabkan dia terlalu asyik menyebabkan dia tidak terasa dengan masa.

“Aik takkan di sebabkan Isha memandang fail-fail itu terus je Isha lupa ingatan! Sebab itulah abang datang ke bilik Isha. Jom keluar makan. Abang belanja..” usik Amri lagi. Dia suka benar menyakat adiknya yang satu-satunya itu.

“Ceh!! Hampeh!! Memanglah abang kena belanja sebab Isha belum dapat gaji..” jawab Alisha sambil mencebik. Dia terus bangun dan mengambil beg tangannya. Mereka berdua terus keluar dari bilik pejabat Alisha.

Mereka berdua sedang menikmati makan tengah hari. Hari ini mereka tidak perlu menjemput Akif kerana Pak Mat ada untuk mengambilnya dari Taska.

“Adik, kenal lelaki itu?” soal Amri yang perasan dari tadi lagi lelaki itu asyik memandang ke arah mereka.

“Kenapa?” soal Alisha sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Hairan dengan pertanyaan abangnya. Namun dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

“Entahlah dari lagi dia asyik memandang ke sini. Mungkin dia berminat dengan adik kot! Atau pun dialah..” Amri tidak menghabiskan ayatnya. Namun matanya memandang Alisha. Dia tidak mahu menyinggung perasaan Alisha. Lagi pun lelaki itu bukannya makan seorang tetapi berdua dengan seorang wanita.

“Dialah.. Apa?” soal Alisha pelik! Dia turut memandang ke arah lelaki yang di maksudkan oleh abangnya tadi. Dia terkejut seketika. Takkan dia?

“Tak ada apalah. Mungkin fikiran abang je!” ujar Amri lagi. Alisha sedar memang benar kata abangnya itu.

Zafran Haicarl berasa tidak senang hati. Ketika dia melihat gadis itu dia bagaikan terpaku seketika. Benarkah gadis itu adalah Alisha? Tetapi kalau dia Alisha kenapa gadis itu memandangnya seperti tidak kenal. Atau pun si gadis itu benar-benar tidak kenal? Dia juga perasan lelaki yang makan bersama si gadis itu pun seperti perasankan dia yang asyik memandang ke perempuan itu.

“Sayang, kenapa ni?” soal Fana. Dia perasan Zafran langsung tidak menjamah makanannya. Makanan dia pula sudah hampir separuh sudah di makan.

“Tak ada apa-apa..” jawab Zafran dengan cepat. Dia tidak mahu Fana mengesyakinya yang bukan-bukan. Cepat-cepat dia menjamah makanannya tadi. Namun sesekali dia tetap memandang ke tempat itu.

...............................

Alisha duduk di buaian sambil memerhati Akif sedang bermain. Dia rasa tenang pada masa ini. Entah tiba-tiba dia teringat dengan lelaki yang di lihatnya petang tadi. Benarkah dia Zafran atau orang lain. Lelaki itu bukannya seorang tetapi datang dengan seorang gadis. Fikirannya masih juga mencari-cari jawapan yang dia sendiri tidak tahu. Tiba-tiba abangnya Amri duduk mendekatinya.

“Kat sini rupanya adik abang.” Alisha memandang wajah Amri. Sambil itu dia tersenyum. Pasti ada sesuatu yang ingin abangnya bualkan pada dirinya. Kalau tidak dia akan berada di biliknya pada waktu ini.

“Kenapa cari Isha?”

“Tak adalah saja je tak boleh ke?” usik Abang Amri.

Mereka duduk sambil memerhati Akif yang sedang bermain seorang diri. Seronok pula kalau kembali ke zaman kanak-kanak. Tak perlu memikirkan tentang masalah dalam hidup. Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang penuh keriangan.

“Adik tak terfikir ke nak cari ayah Akif?” tiba-tiba sahaja Amri menujukan soalan itu kepada Alisha.

“Apa maksud abang?” soal Alisha sambil memandang ke arah Amri.

“Tak adelah. Adik tak terfikir ke nak cari suami adik tu. Dah lima tahun adik menghilang macam tu saja.. Apa pun adik kena cari dia dan settlekan masalah adik dengan dia..” Amri memberi nasihat. Bukan maksudnya dia mahu masuk campur dalam hal peribadi adiknya, namun status adiknya itu terarah kepada kewajipan dan tanggung jawab.

“Alisha belum bersedia lagi bang.. Mungkin dia dah kahwin lain sekarang. Isha tak nak menjadi penghalang rumah tangga mereka..” jawab Alisha perlahan. Dia tiba-tiba jadi sedih. Kalau benar Zafran berkahwin lain mampukah dia berdepan dengan lelaki itu sekali lagi.

“Macam mana kalau dia belum kahwin lain dan dia masih sayang dan menunggu adik?” soalan itu mengejutkan Alisha. ‘Sayang? Mana mungkin Zafran sayangkan dirinya. Kali terakhir dia ternampak Zafran pun Zafran sedang berpelukan dengan wanita lain. Itukah yang di namakan sayang?’

“Tak mungkin bang. Tak mungkin abang Zaf masih sayangkan Isha lagi. Dalam hatinya sudah ada perempuan lain yang dia cinta. Dia kahwin dengan adik pun sebab dia nak menunjukkan yang dia mampu bahagia dengan gadis lain tapi Isha dah tahu dia tak pernah bahagia hidup dengan Isha..” balas Isha sebak. Dia sebak memikirkan keadaan masa itu. Kenyataan yang sangat menyakitkan hatinya.

“Abang berharap adik dapat jumpa dia dan selesaikan masalah adik dengan dia. Kalau benar dia cintakan adik dia akan kembali pada adik. Dan begitu juga sebaliknya…” Amri memberi nasihat. Dia hanya mahu melihat Alisha bahagia.

“Tapi adik belum bersedia dengan semua itu. Macam mana kalau dia nak rampas Akif dari Isha.. Itulah yang paling adik takuti selama ini. Bagai mana ugutan Sofia pada adik lima tahun yang lepas? Kalau dia tahu Akif itu adalah zuriat kami. Apa nasib Akif nanti?” soal Isha dengan pelbagai persoalan. Amri menarik nafas. Dalam diam dia bersimpati dan risau juga pada adik perempuannya itu. Patutlah adiknya itu langsung tak berusaha mencari suaminya.

“Kita berserah pada tuhan. Itu biar tuhan yang tentukan segalanya. Lagipun adik belum jumpa diakan?” soal Amri. Alisha menggeleng. Macam mana perasaannya jika suatu hari nanti dia terserempak dengan lelaki yang lama hilang dalam kamus hidupnya?

..............................

Suatu malam di rumah Shahrul, mereka berdua berbual-bual. Sudah lima tahun sahabatnya ini menanggung derita. Derita kerana di tinggalkan isteri. Namun dia tidak dapat menyalahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.

“Kenapa asyik termenung je ni?” soal Shahrul. Pertanyaan itu membuatkan Zafran tersentak! Jauh betul dia mengelamun sehinggakan dia tidak sedar dengan kedatangan sahabatnya.

“Tak ada apa-apalah..”

“Kau ni selalu jawab tak ada apa-apa. Tapi sebenarnya memang ada apa-apa!”

“Sebenarnya..”

“Sebenarnya apa? Cakap je lah..”

“Begini, tengah hari tadi aku keluar makan dengan Fana. Tiba-tiba akau nampak seorang wanita ini macam Alisha. Tapi dia langsung tak kenal aku. Dia sangat rapat dengan seorang lelaki. Lelaki tu macam aku kenal je..”

“Jadi?”

“Itulah yang membingungkan aku! Kalau benar dia Alisha kenapa dia langsung tak kenal aku? Tapi aku rasa aku tak silaplah!” keluh Zafran lagi. Masih terbayang-bayang wajah itu di ingatannya.

“Sampai bila kau nak hidup begini Zaf? Aku kesian tengok kau ni!” keluh Shahrul dan duduk disebelah Zafran Haicarl yang menunduk sahaja. Sudah jenuh dia menasihati sahabatnya itu sejak dari dulu lagi.

“Biarkan aku Shah! Biarkan aku menderita! Padan dengan muka akukan Shah? Aku memang patut hidup begini! Aku memang patut dibalas begini!” Zafran meraup wajahnya berkali-kali. Shahrul menggeleng melihat kedegilan sahabatnya. Sudah bertahun sahabatnya itu menderita setelah Alisha menghilangkan diri. Dia tidak salahkan Alisha diatas penderitaan temannya itu. Tetapi dia tidak tahu apakah puncanya Alisha meninggalkan sahabatnya itu.

“Jangan begini Zaf! Aku tak sanggup tengok sahabat aku menderita!” nasihat Shahrul. Zafran Haicarl menggeleng kesal.

“Tak! Jangan kasihankan aku Shah! Aku memang manusia yang tak perlu dikasihani! Akulah manusia yang paling bodoh dalam dunia ni! Aku memang bodoh! Bodoh!” Zafran Haicarl bangun dan memandang keluar rumah. Kenangan silam kembali menjelma dalam kamar ingatannya.

“Kenapa dengan aku ni Shah??? Apa yang aku dah buat kat isteri aku??? Aku memang insan yang tidak langsung berguna! Sayang... Maafkan abang sayang.. Pulanglah sayang... Abang terlalu rindukan sayang...” Zafran sudah menangis mengongoi. Shahrul pantas mendudukkan sahabatnya disofa. Bergegar tubuh mancho itu apabila menangis. Dia turut sama berasa sebak melihat penderitaan yang dialami oleh teman baiknya.

“Sabarlah Zaf! Kau kena kuat! Kalau kau terus hidup begini kau takkan dapat temui isteri kau semula! Kau nak jumpa dengan isteri kau kan?” pujuk Shahrul berdiplomasi. Hanya Alisha yang dapat mengubat hati sahabatnya itu kerana Alishalah penawar bagi semua penderitaan itu.

“Aku nak sangat Shah! Aku nak sangat jumpa dengan isteri aku! Aku rindukan dia sangat-sangat Shah! Aku nak peluk dia sampai bila-bila! Aku nak Shah! Aku nak!” Zafran Haicarl menangis lagi. Shahrul menepuk bahu sahabatnya.

“Kalau kau nak isteri kau balik, kau kena berubah dari sekarang! Sihatkan semula diri kau tu! Kalau Alisha jumpa nanti, takut dia dah tak kenal suami dia sekarang!” seloroh Shahrul dan lawaknya berjaya bila buat kali pertama dalam beberapa tahun selepas pemergian Alisha, Zafran tergelak biar pun sekadar perlahan dan tidak jelas.

“Aku dah tak sabar nak jumpa isteri aku Shah! Aku harap sangat isteri aku pulang! Ya Allah! Kalaulah dari dulu aku ikut nasihat kau Shah tentu aku tak di tinggalkan!” luah Zafran dalam kekesalan. Teringat kembali bagaimana dia berkeras mahu pergi ke Jepun meninggalkan Alisha. Namun bila dia balik dia sendiri pula yang terkejut Alisha sudah keluar dari rumah.

“Syukurlah kalau kau dah insaf Zaf! Aku cuma nak bantu kau! Kitakan kawan?  So, untuk menyambut hari baru kau ni! Give me five!” dua tangan mereka bertepuk tanpa terpateri hari baru sudah bermula dalam kamus hidup Zafran Haicarl.

“Dengan nama Allah! Bermula dari hari ini abang akan berubah sayang! Abang akan buat apa sahaja untuk mendapatkan semula cinta sayang! Ketahuilah bahawa abang tak pernah tidak menyintai sayang! Semua itu adalah satu kesilapan besar dalam hidup abang sayang! Abang minta maaf! Abang janji abang akan menebus semula kesalahan abang pada sayang! Abang janji sayang! Abang janji!” terus Zafran Haicarl meraup wajahnya. Shahrul memalingkan wajahnya apabila ternampak airmata yang begitu lebat mengalir dipipi lelaki yang sudah benar-benar insaf itu dan mahu kembali ke pangkal jalan. Semoga usaha kau dirahmati Allah Zaf! Doanya dalam hati.

“Kau cadang nak cari dari mana? Kan besar tempat kau nak cari Alisha ni?” Shahrul bertanya sambil memandang wajah Zafran.

“Entahlah..” ujar Zafran yang kini kembali bersemangat. Sekurang-kurangnya mendengar galakan dari Shahrul membangkitkan semangatnya.

“Susahlah kalau macam ni?”

Terbayang-bayang wajah Alisha di ruang matanya. Macam mana rupanya dia sekarang? Mungkin bertambah cantik. Ah.. yang itu tak penting.. Yang penting Alisha boleh terima dia dalam hidupnya semula. Alangkah bahagianya dia jika benar Alisha mahu pulang ke pangkuannya.

“Jauh berangan nampak dah sampai mana tadi?” ujar Shahrul berseloroh.

 Zafran tersenyum. Dia memandang sahabatnya yang tidak berputus asa membimbingnya. Sahabatnya itu memang tahu masalahnya. Dan dia tempatnya mengadu masalah.