Budak pejabat masih lagi memenuhi
ruang pantry. Waktu makan tengah hari tidak semuanya keluar makan di kedai
makan atau di gerai-gerai. Ada di antara mereka membawa bekal sendiri dari
rumah.
“Aku
rasalah mereka berdua tu ada hubungan speciallah!! Korang perasan tak semenjak
Humaira masuk kerja ke syarikat ini bos kita caring sangat dekat dia. Dan sejak akhir-akhir ni mereka nampak
rapat pula..” sampuk Aya pula.
“Semalam
rehat aku ada perasan juga bos ajak Humaira keluar makan. Tapi Humaira menolak
dengan baik. Sebab dia nak keluar makan dengan kami” tambah Ayu pula. Teringat
dia ketika Tengku Elman mengajak Humaira keluar makan dengannnya.
“Kalau
betullah mereka ada hubungan, macam mana dengan Cik Isabella tu ya?” tanya Zana
tiba-tiba.
“Alah...
Entah-entah Tengku Elman tu biasa-biasa saja dengan dia. Dia saja agaknya yang
perasan lebih. Kalau perempuan gedik macam tu, aku pun tak nak weyh!” ucap
Afiz.
“Lagipun
Humaira dengan Tengku tu memang sesuai, dua-dua pun sama bujang.. so, tak ada masalah bagi aku kalau dia
orang nak berhubungan pun..” jelas Zana pula. Sedang mereka berempat asyik
berborak, tiba-tiba Isabella muncul.
“Apa yang
you all buat ni? Tak ada kerja ke?
Hah!!”
“Tak ada
apa-apa Cik Bella..”
“Aya, apa
yang you nak tunjuk tu? Bawa sini!!” Aya cuba menyembunyikan handsetnya, tapi
tidak sempat.
Isabella
sudah pun merampasnya terlebih dahulu. Wajahnya berubah serta merta saat
melihat gambar-gambar yang terdapat pada handset Aya. Gambar itu menunjukkan
Tengku Elman sedang membuka pintu kereta untuk Humaira.
“Gambar
ni tak ada maksud apa-apa. Asalkan korang tahu sebulan dari sekarang, saya akan
bertunang dengan Tengku Elman. Tak kisahlah korang suka atau tidak suka itu hal
kami..” beritahu Isabella. Puas hatinya bila dia dapat memberitahu hal
pertunangannya dengan Tengku Elman. Tidak kisahlah apa yang mereka fikirkan.
Dia terus
menuju ke bilik pejabat Tengku Elman. Pintu di hempas kuat menandakan ada
kemarahan di wajahnya.
“Elman..!
Betul ke apa yang I dengar...?” tanya Isabella ketika berada di bilik Tengku
Elman Iskandar.
“Apa yang
you dengar?” tanya Tengku Elman kembali. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba
je dia datang mengamuk! Mesti ada yang tak kena ni!
“You
dengan Humaira? You berdua ada special relationship, betul ke?” tanya
Bella meminta kepastian. Sebenarnya dia sakit hati bila melihat gambar yang di
tunjukkan oleh Aya tadi. Tetapi dia berlagak yang tidak tidak apa-apa di depan
pekerjanya.
“Emm...”
Keluh Tengku Elman. Kemudian dia mengangguk perlahan.
‘‘What..?! Sejak bila?” tanya Bella seakan
tidak percaya.
“Sampai
hati you buat I macam ni Elman! You tahukan I betul-betul cintakan you...!
Lagipun tak lama lagi kita akan bertunang...” Isabella memukul-mukul dada
Tengku Elman Qaufar. Tengku Elman segera memegang tangan Isabella dari
terus-terusan memukulnya. Sakit dadanya di pukul begitu.
“Bella..! Please, stop it..!”
“I minta
maaf.. I tak boleh nak terima cinta you. I cuma anggap you kawan I, tak lebih
dari itu! Lagipun I tak pernah cakap pun yang I suka you lebih dari kawankan? So, tolong faham...” tambah Tengku Elman
lagi.
Tanpa
berkata apa, Isabella terus berlalu meninggalkan Tengku Elman sendirian.
Isabella terus mendapatkan Humaira ditempatnya. Erin pula risau melihat keadaan
itu. Lantas dia menghubungi Tengku Elman.
“Ah..!
Sudahlah..! Jangan nak berpura-pura baiklah! You dah bagi ubat guna-guna apa
pada Tengku ke hah?” Isabella semakin menggila. Dia sudah mendekati Humaira.
Wajahnya bertukar menjadi garang.
“Apa yang
Cik Bella merepek ni? Tolonglah Cik Bella... Istighfar banyak-banyak.. Cik tak
malu ke, semua orang tengok kita bergaduh sebab lelaki?” Humaira cuba memujuk
Isabella tapi Isabella masih lagi begitu.
“Oh tahu
malu.. Ah..! I peduli apa...!!” Isabella geram melihatkan Humaira yang sedikit
pun tidak melawan.
Lantas
dia menolak Humaira ke belakang. Nasib baik Tengku Elman Qaufar datang tepat
pada masanya. Dengan pantas dia menahan Humaira dari terjatuh. Gelagat itu
telah menjadi tontonan para pekerjanya.
“You ni
kenapa? Jangan nak buat hal dalam pejabat. Ini waktu bekerja bukan waktu cari
gaduh!” jerit Tengku Elman kepada Isabella.
“Dah
nampak sangat you sebelahkan perempuan murahan tu! Pun masih nak berdalih lagi
ke?” soal Isabella garang.
“Itu
urusan peribadi I lagi pun tak salahkan, I masih bujang dan dia pun bujang. Tak
ada yang salahkan? Dan you jangan berani kacau Humaira lagi. Dia datang ke sini
untuk bekerja bukannya datang nak cari gaduh!” Tengku Elman semakin marah.
Marah bila melihat Isabella menyakiti Humaira.
Ada juga
dia antara pekerja yang menyaksikan adegan pergaduhan itu ketawa. Memang
benarlah. Mereka berdua sama-sama bujang dan tak salah pun kalau mereka berdua
menjalinkan hubungan yang erat. Semua mereka tidak suka dengan cara dan
perangai Cik Isabella yang mengalahkan bos mereka.
Nampaknya
kali ini Cik Isabella itu betul-betul di permalukan oleh bos mereka di depan
pekerja bawahannya.
“Bersurai.
Buat kerja masing-masing. Kita iklan sekejap tadi..!” ujar Tengku Elman
berseloroh. Kedengaran suara tawa dari pekerja lain. Isabella menarik muka yang
sedang marah. Bukan iklan sekejap. Itu namanya pergaduhan! Apalah dia ni bongok
sangat!
Dia terus
melangkah ke biliknya. Sementara itu, Tengku Elman menarik tangan Humaira
menuju ke biliknya pula. Dia tidak peduli dengan pandangan orang sekelilingnya.
DALAM bilik itu, Humaira hanya
membisu sahaja. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Memang dia tidak menyangka
Cik Isabella akan menyerangnya seperti itu. Memang dia malu sangat dengan
peristiwa yang berlaku itu tadi. Mana dia nak letakkan mukanya untuk berdepan
dengan pekerja lain.
“Ira,
jangan ambil hati sangat tentang kelakuan Isabella itu tadi. Semuanya salah I
sebab tak bagitahu perkara yang sebenarnya.”
“Tengku,
lebih baik Tengku selesaikan masalah dengan Cik Isabella tu. Lagi pun tak lama
lagi kalian akan bertunang. Saya tidak mahu menjadi penghalang antara kamu
berdua. Saya tak sanggup di tuduh perampas hak orang!”
“Masalahnya
saya belum jadi hak siapa-siapa pun buat masa sekarang. Jadi awak jangan nak
cari alasan menjauhi diri awak dari saya. Saya tak akan benarkan awak jauh dari
saya!” ujar Tengku Elman Qaufar dengan tegas.
Humaira
terkedu. Biar betul lelaki yang berada di depannya kini. Dalam pejabat pun dia
masih berani mengungkapkan kata-kata yang selalu mendebarkan hatinya.
Argghhh!!!
Sedar diri tu Ira. Dia cuma menganggap awak sebagai pelepas kasih saja. Dia
suka awak sebab wajah awak mirip isteri dia!!
“Adalah
lebih baik mencegah dari terlewat. Tengku masih ada masa untuk mengatur
persiapan majlis pertunangan dan perkahwinan. Sebaiknya Tengku gunakan masa ini
bersama-sama dengan Cik Isabella, bukannya membuang masa dengan saya. Mulai
hari ini Tengku jangan kacau hidup saya! Saya dah penat dengan semua ini.
Cukup-cukuplah Tengku kembali ke dunia realiti. Masa depan Tengku ada bersama
dengan Cik Isabella. Lagi pun saya akan bertunang tak lama lagi.”
Humaira
terus melangkah keluar dari pejabat itu. Makin lama dia berada di dalam bersama
Tengku Elman semakin sesak pula nafasnya. Namun dia harus cekalkan hati dan
kuat semangat. Sedarlah bahawa Tengku Elman itu bakal tunang Cik Isabella. Sama
juga dengan dirinya yang bakal menjadi tunang Azwan.
Tengku
Elman terperanjat mendengar kenyataan dari mulut Humaira sebentar tadi.
Betulkah Humaira akan bertunang? Dengan siapa? Dengan lelaki yang dia nampak
hari itukah? Pelbagai persoalan yang timbul di fikirannya. Entah kenapa dia
tidak menyenangi berita yang di dengarnya tadi. Mungkin itu alasan dia cuba
menjauhkan diri darinya saja kot?
“Tengku
tak apa-apa?” soal Encik Johan sebaik saja dia masuk ke bilik pejabat Tengku
Elman Qaufar. Dia ada mendengar ada kekecohan berlaku antara Cik Isabella
dengan Humaira. Pastinya Cik Isabella menyerang Humaira kerana cemburu dengan
Humaira. Maklumlah sejak kebelakangan ini Tengku Elman banyak meluangkan masa
bersama dengan Humaira berbanding Isabella.
“Aku tak
tahu nak buat macam mana dengan Isabella ni. Runsing kepala aku
memikirkannya..”
Pada hal
dalam hatinya bukannya dia runsingkan pasal Isabella tetapi dia runsingkan
pasal Humaira!!
PAGI itu mesyuarat tergempar di adakan.
Semua mereka yang terlibat hadir termasuklah Humaira. Selepas sejam setengah,
akhirnya mesyuarat itu di tamatkan. Sebelum Isabella keluar dari bilik
mesyuarat, sempat lagi dia berpesan kepada Tengku Elman.
“Sayang jangan lupa petang ni kita nak
beli cincin tau!” Isabella memberi peringatan kepada Tengku Elman. Dalam diam
dia sudah punya rancangan. Dia mahu Humaira tahu dan sedar bahawa tidak lama
lagi dia akan menjadi tunang kepada Tengku Elman Qaufar. Dan tiada mana-mana
gadis yang dapat merampas Tengku Elman Qaufar darinya.
Seperti yang di janjikan, Humaira pergi
berjumpa dengan Isabella di sebuah kedai emas yang berada di dalam menara KLCC.
Dari jauh Isabella tersenyum melihat wajah Humaira yang membawa barang yang di
pesannya ketika dia dan Tengku Elman dalam perjalanan ke situ. Riak wajah
Tengku Elman juga berubah. Mungkin dia terkejut melihat Humaira ada di sana.
“Ni barang yang Cik Isabella pesan.
Maaflah kerana terlambat..” ujar Humaira. Dia melihat Isabella tersenyum
gembira di sisi Tengku Elman. Entah mengapa hatinya terasa lain melihat
kegembiraan di wajah Tengku Elman dan Isabella. Dalam diam hatinya berasa
kecewa. Dia rasa kecewa kerana dia percaya Tengku Elman betul-betul sukakan
dirinya.
“Terima kasih. I lupa nak ambilnya
tadi. Tengku ni yang tak sabar nak sampai ke sini sampai I lupa nak ambil beg
penting ni…” ujar Isabella sambil memandang wajah Tengku Elman Qaufar.
“Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa lagi,
saya nak balik ke pejabat dululah..” ujar Humaira lagi. Segan juga dia nak
bersama dengan pasangan kekasih itu.
“Apa kata you ikut kita orang pergi
memilih cincin tunang?” tiba-tiba Isabella memberi cadangan. Humaira terkejut.
Dia tidak menyangka Cik Bellanya mahu mempelawanya sekali.
“Dalam bab ini memang saya tak
pandailah Cik Bella..” Humaira menolak dengan baik. Mujurlah Isabella tak ambil
hati dengan apa yang berlaku tempoh hari.
“Apa susah sangat pilih je mana yang
you suka ambiklah.. Tak payah nak minta pendapat orang!” ujar Tengku Elman
Qaufar. dia rasa tidak senag hati dengan pelawaan Isabella.
Humaira
melihat barangan kemas yang ada di depannya. Sungguh cantik sehinggakan dia
sendiri tidak dapat memilih yang mana paling cantik. Namun matanya tiba-tiba
tertancap pada satu bentuk cincin yang sangat cantik walaupun kecil tapi sangat
indah bentuknya.
“Ira
pilihlah yang mana Ira suka..”
Humaira
menoleh ke sisi. Takkan Tengku Elman nak belikan dia barang kemas? Nanti apa
kata Cik Isabella?
“Kat
sini?” Soal Humaira hairan. setahu dia tempat ini mahal. Dan dia memang sedia
maklum Tengku Elman itu mampu. Wajah Tengku Elman di tenung dan lelaki itu
tersenyum sambil mengangguk kepalanya.
“Iya.
Ira pilih yang mana Ira suka nanti saya bayarkan..”
“Tapi?”
“Tak
ada tapi-tapi..”
“Kenapa
ni sayang?” ujar Isabella sebaik saja dia mendekatkan dirinya dengan Tengku
Elman. dari tadi dia perasan Tengku Elman mendekati Humaira. rasa menyesal pula
mempelawa Humaira melihat cincin sekali tadi.
“Ira
ni, I suruh pilih mana satu dia nak.. Sebab I nak belikankan sebagai hadiah..”
terang Tengku Elman sambil tersenyum. Isabella tercengang! Hadiah untuk apa?
“Hadiah?
Sempena apa?”
“Sebenarnya,
tak lama lagi dia akan bertunang. Sebab itulah I suruh dia pilih mana satu
jenis cincin yang dia berkenan sebagai hadiah dari kita berdua..” jawab Tengku
Elman selamba. Humaira rasa geram. Pandai betullah lelaki di depannya ini mahu
mengenakan dia!
“Oh
iya ke? Tahniah!! Ira pilihlah mana satu yang Ira berkenan. Anggap je itu
hadiah dari kami berdua..” jawab Isabella teruja. Dia tidak sangka rupa-rupanya
Humaira juga bakal menjadi tunangan orang!
“Tapi??”
“Ira..
I nak minta maaf atas keterlanjuran sikapI tempoh hari. I tak tahu pun yang you
ni bakal jadi tunangan orang.. Kalau I tahu I tak akan berburuk sangka dengan
you..” Isabella memohon maaf.
“Tak
apalah Cik Bella. Saya dah lama maafkan cik.. Memanglah kalau saya di tempat
Cik pun akan rasa cemburu juga..” jawab Humaira perlahan.
BERITA
hari pertunangan antara Tengku Elman Qaufar dan Isabella sudah tersebar luas.
Mana tidaknya memang bertuahlah gadis yang dapat mendampingi lelaki yang
berjaya seperti Tengku Elman Qaufar. Bukan sahaja dia kaya, kacak tetapi juga
dia sudah dikatakan berjaya dalam bidang perniagaannya.
Pertunangan
mereka dia adakan di sebuah dewan hotel yang terkemuka. Ramai tetamu yang
hadir. Isabella tersenyum gembira di sisi Tengku Elman. Tetapi Tengku Elman
Qaufar dengan anak matanya sentiasa tercari-cari akan wajah seseorang.
‘Mengapa
Humaira tidak kelihatan?’ bisik hati kecilnya. ‘Semua tetamu yang lain hadir
kecuali Humaira. Takkan dia tak sudi datang. Atau dia tidak mahu melihat aku
akan bertunang?’bisik hati kecilnya.
“Sayang..
Sayang cari siapa tu?” soal Bella bila melihat Tengku Elman seperti mencari
seseorang.
“Tak
cari siapa-siapa.. I cuma nak tengok
para tetamu jemputan je.. Kenapa tanya?” soal Tengku Elman menutup gelisah di
hati.
“Manalah
tau, you tengah tunggu Humaira. Tapi ingat malam ini you akan menjadi tunang I,
jadi jangan nak buat hal pula!” ujar Bella mengingatkan Tengku Elman tentang perkara
itu.
“Yeahh..
I taulah.. you akan jadi tunang I. Jadi berhentilah nak tuduh I sebarangan. I
tak suka!” jawab Tengku Elman berbisik ke telinga Isabella.
Isabella
mencebik. Kelihatan sudah ramai tetamu yang hadir pada malam itu. Siapa sangka
pewaris Syarikat Global itu masih muda. Walaupun tidak ramai yang tahu dia
pernah berkahwin, tetapi status duda itu menghangatkan suasana dan para media
sibuk mengambil kesempatan ini untuk mendekati Tengku Elman Qaufar.
SELEPAS majlis
pertunangannya dengan Isabella, Tengku Elman merasakan yang Humaira semakin
menjauhkan diri darinya. Pelbagai cara yang dilakukan untuk bersama seperti
dulu tapi tidak mungkin. Humaira hanya akan bercakap apabila perlu saja. Pedih
hatinya melihat Humaira bersikap begitu dengannya. Pertengkarannya dengan
Humaira sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Bukan
itu masalahnya Tengku, masalahnya sekarang Tengku tu dah bertunang. Bagi Ira
tunang orang sudah hampir kepada suami orang. Jadi batasnya dah ada. Kita tak
boleh kesana kemari berdua. Tengku kena jaga perasaan Cik Isabella. Dan Ira
sebagai perempuan memahami perasaan Cik Isabella tu. Ira tak nak jadi orang ke
tiga” tegas Humaira.
Tengku
Elman Qaufar mengeluh lagi. Sudah beberapa minggu hidupnya kosong. Dia kesana
kemari seorang diri. Dengan Isabella dia tak sanggup melayan karenah perempuan
itu. Walau pun dia sudah bertunang dengan Isabella namun hatinya bagaikan
kosong. Bila bersama dengan Humaira, hatinya bagaikan terisi dan dia gembira
sekali. Tapi itu hanya di masa sebelum dia bertunang dengan Isabella. Kini dia
sunyi dan kadangkala ingin saja dia menjerit. Terasa betapa bodohnya dia kerana
bertunang dengan Isabella.
Malam
ini dia bersendirian termenung di bilik tidurnya. Keadaan petang tadi
benar-benar menyakitkan hati dan jiwanya. Dia tidak mahu Humaira berjauhan
darinya. Namun dia tidak boleh terlalu mementingkan diri. Kini dia tunangan
orang. Betul juga kata Humaira petang tadi. Tapi kerinduannya untuk bergelak
ketawa dengan Humaira semakin menebal.
‘Argh!!!
Kalaulah awak mengerti perasaan aku ini pastinya kau tidak akan membuat aku
jadi begini. Mungkin kau fikir aku sukakan kau kerana kau mirip arwah isteriku
tapi aku percaya bahawa kau adalah isteriku cuma aku perlukan masa untuk
membuktikannya.’
Telefon
bimbit itu di ambil. Tangannya laju mendail nombor Humaira. Apa yang dia sedang
buat agaknya ketika ini. Lama berbunyi namun langsung tidak di angkat oleh
tuannya di sana. Hatinya sedikit kecewa. Bukan sedikit tetapi kecewa sangat.
Kalau berterusan macam ini dia boleh hilang nyawa sekali lagi.
BEST NAK LG.
ReplyDelete