Iqbal Iskandar mengambil tempat di hadapan
Amirul.dari tadi lagi Amirul tersengih-sengih kepadanya. Dia tahu benar kalau
sahabatnya mengajaknya keluar pasti ada berlaku sesuatu!
“Apa hal ni bro? Tak sabar-sabar nak jumpa dengan
aku ni? Aku baru nak rilek kat rumah.. Dah telifon nak jumpa..”
“Adalah hal.. Kalau tak aku pun tak nak kacau
awaklah...”
“Pasal apa lagi ni? Mesti pasal Mira lagikan?”
tembak Amirul lagi.
“Pandai pun awak..” jawab Iqbal lagi. Memang pun
kalau pasal benda lain dia boleh uruskan. Tapi kalau pasal Mira memang selalu
buat dunianya tak aman!
“Kali ini dia buat apa lagi?” soal Amirul. Dia pun
ikut bingung dengan perangai dua orang ni. Aduh! Bilalah mereka akan berdamai?
“Mula-mula hubungan kami okey sepanjang kami
bercuti. Bila dah balik sini, keadaan bertukar. Awak ingat tak dengan Amanda?”
soal Iqbal kepada sahabatnya. Tak mungkin Amirul lupa pada perempuan yang
bergaduh dengan Rozie gara-gara berebutkan dirinya. Sudah lama dia menghilang!
Dan hari itulah kali pertama kali dia berjumpa dengannya.
“Amanda?” soal Amirul cuba mengingati perempuan
bernama Amanda itu.
“Ala.. perempuan yang gaduh dengan Rozie dulu..”
Iqbal mengingatkan lagi.
“Yang bergaduh nak berebutkan awak tu..”
“Mmmm.. Ingat pun..”
“Ingat.. Ingat. Tapi kenapa?” ujar Amirul. Rasanya
dah lama perempuan itu menghilang. Dan sekarang tiba-tiba muncul pulak!
“Hari tu aku ada jumpa dia. Masa aku dengan Mira jalan-jalan kat Time
Square. Jadi Mira ingat dia bekas girlfriend aku! Sebab tu dia merajuk dengan
aku..”
“Kalau dia merajuk awak pujuklah.. Itu pun nak bagi tau aku jugak!”
“Masalahnya orang seperti Mira tu bukan mudah nak di
pujuk! Nampak je wajah lembut tapi
hatinya keras!”
Amirul ketawa mendengar kata Iqbal.
“Ketawalah.. Tak tahu aku ni dah risau tau!”
“Jadi dapatlah nak bawa dia pergi majlis ulang tahun
kedua orang tua aku! Mak aku dah bising asyik remind aku suruh korang pergi!”
“Sebab itulah aku bingung. Nanti Mira tak nak pergi
majlis tu! Aku nak buat macam mana?” soal Iqbal lagi.
“Kau pujuklah dia.. Tak pun guna kuasa veto sebagai
seorang suami..” Amirul memberi cadangan!
Iqbal tersenyum. ‘Bagus juga cadangan Amirul itu.’
“Baiklah. Aku akan pujuk dia tapi tak janjilah kami
dapat datang..”
“Macam tulah.. Jangan lupa tau malam lusa...”
“Yelah.. Mana boleh lupa..
Akhirnya merka berdua pulang setelah jam menginjak
ke sepuluh malam. Rupanya tak lama juga mereka berbual.
..................................
Selepas waktu pejabat, Iqbal menyuruh Mira
mengikutnya. Dalam perjalanan Mira berasa hairan bila jalan yang mereka lalui
bukannya jalan menuju ke rumah mereka.
“Kita nak pergi mana ni? Ni bukan jalan balik rumah
pun!” Mira bertanya apabila perasan jalan yang di lalui mereka bukan jalan
balik ke rumah.
“Kita jalan-jalan..” jawab Iqbal di sebelah. Dia terlalu
asyik memandu.
“Jalan-jalan pergi mana?”
“Kenapa sayang risau.. Takut abang culik Mira ker?”
“Masalahnya, Mira nak balik rumah. Nak masak untuk
makan malam. Perut Mira ni pun dah lapar tau tak!”
“Abang tak tau pulak sayang lapar.. Nanti kita pergi
makan dulu ya.. Jangan risau abang belanja..”
“Hish susahlah nak cakap dengan abang ni!!” cebik
Mira lagi.
Apabila sampai tempat yang di tuju, Iqbal memarking
keretanya.
“Kita nak
pergi mana ni?” soal Mira lagi. Dari tadi suaminya itu hanya membisu. Susah
sangat ke nak bagi tau tempat yang mereka tuju.
“Kita ke butik. Semalamkan tak jadi. Sayang merajuk
dengan abang!”
“Abang nikan suka sangat cakap Mira merajuk..” ujar Mira lagi.
“Merajuk lagilah tu..” usik Iqbal.
“Okeylah Mira tak merajuk..” jawab Mira lagi. Dia
yang naik rimas kalau dia berterusan mahu merajuk. Mereka pergi makan dahulu. Bukan
Mira saja yang lapar Iqbal pun sama. Selepas makan barulah mereka menuju ke
butik Auntie Lisda.
Tersenyum lebar Auntie Lisda melihat Iqbal dan Mira
berkunjung ke butiknya. Pastinya mereka berdua mahu beli sesuatu. Terus saja
dia mendapatkan mereka berdua.
“Nak cari sesuatu untuk majlis malam esok ke?” soal
Auntie Lisda kepada Iqbal.
“Ye auntie... saya nak sedondon untuk pakaian kami
berdua..” jawab Iqbal sambil tersenyum. Biarlah malam itu mereka berdua memakai
pakaian sedondon.
Satu persatu blaus yang di belek oleh Iqbal. Mira
pula rasa tidak selesa. Hatinya sudah mula menyumpah-nyumpah. ‘Nama saja lelaki
tapi perangai mengalahkan perempuan. Cerewet sangat!’ bisiknya dalam hati.
Memang Iqbal memilih dan cerewet dalam bab pakaian. Mungkin dia dah biasa menjaga penampilan dari
kecil sehingga sekarang. Anak tunggal dan keluarganya terlebih mampu menjadikan
dia sentiasa mahukan yang terbaik buat dirinya.
.......................................
Petang itu dia terpaksa juga mengikut Iqbal ke
majlis ulang tahun ibu bapa Amirul. Rupa-rupanya keluarga Iqbal dan keluarga
Amirul memang rapat. Jadi tak hairanlah kalau Iqbal rapat dengan Amirul. Pada
mulanya memang dia berkeras tidak mahu pergi tapi kerana desakan Iqbal dia
mengalah juga.
“Sayang, dah siap ke?” tangan Iqbal mengetuk pintu
bilik isterinya yang tertutup rapat. Malaslah pula nak redah je masuk biar pun
dia berhak buat begitu. Nanti tak pasal-pasal dia berperang mulut dengan Mira.
“Hmm...kejap dah nak siap ni. Abang turunlah dulu,”
balas Mira dari dalam.
‘Orang perempuan ni kalau berhias mesti lama’gumam
hati Iqbal. Iqbal Iskandar hanya diam sebelum berlalu turun.
Punggungnya dilabuhkan dekat sofa lalu mencapai
majalah pasal perniagaan yang baru dibelinya semalam. Orang perempuan mesti
bersiap lama jadi ada baiknya dia membaca dulu. Majalah dia tangan di selak
satu persatu.
Beberapa minit menunggu, telinganya dapat mendengar
bunyi pintu ditutup dari tingkat atas. Iqbal Iskandar langsung tidak menoleh,
matanya masih memerhati isi kandungan di dalam majalah itu.
Mira mengatur langkah menuruni tangga. Sesekali
tangannya mengangkat kainnya yang labuh mencecah lantai. Nafasnya ditarik
dalam. Bila terpandangkan suaminya yang sedang khusyuk membaca majalah dibawah,
terus dia mencebik geram. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia memakai
apa-apa sahaja yang dia suka. Tapi,tup!Tup! Iqbal dah belikan baju lain pula
dan suruh dia pakai untuk malam ni. Ceh! Kononnya nak pakai sedondon tapi cuba
dia yang pakai baju macam ni? Mahunya nak selak je rasanya.
Iqbal Iskandar meletakkan majalah yang dipegang
diatas meja bila dirasakan yang isterinya sudah berdiri dibelakangnya.
“Jom,” ajaknya seraya bangun dan menoleh kebelakang.
Terdiam sebentar lqbal Iskandar memandang tubuh yang sedang berdiri
memandangnya itu. Atas bawah dia memandang isterinya itu, terpukau habis
dibuatnya. Mana tidaknya, Mira begitu anggun dan mempesona malam ini dengan
dress labuh berwarna ungu gelap yang dikenakan dengan selendang yang sedondon.
Tak tahu pula dress yang dia pakai beli ini sangat sesuai untuk isterinya yang
putih dan gebu itu.
Merah muka Mira bila ditenung sebegitu. Dalam hati
hanya Allah yang tahu betapa jantungnya berdegup kencang bila suaminya
memandangnya sebegitu rupa. Sebab itulah kali pertama dipandang macam tu,
mestilah berdebar-debar. Tadi bukan main lagi dia marah sebab di paksa memakai
gaun itu.
“Err...boleh kita gerak sekarang?” Mira mematikan
kesunyian. Seperti baru tersedar Iqbal Iskandar terus berdehem. Matanya terus
dipalingkan kearah lain. Jantungnya juga sudah berdegup kencang. Hish malunya
kantoi pulak dengan Mira!
“Sayang nak pakai macam ni ke?” tanya Iqbal Iskandar
bodoh. Wajah isterinya dipandang sekilas, dengan wajah yang seperti sedang
tidak puas hati.
Mira memandang penampilannya atas bawah, apa yang
tak kena? Wajah Iqbal Iskandar dipandangnya dengan perasaan yang geram. Nak
marah-marah kenapa pula?
“Kenapa? Kan ke abang yang suruh pakai blaus ni,
Mira ikut jelah..” ngomel Mira selamba.
Iqbal Iskandar menelan liur, lidah dah terkelu tak
tahu nak balas apa sebab memang dia pun yang suruh isterinya pakai macam ni,
tapi tak tahulah pula tiba-tiba rasa berat hati pula nak biarkan aje.
“Err.. sayang pakai macam ni, nanti ada orang
terpikat pula. Abang tengok ni pun dah terpikat” ucapnya jujur. Namun perlahan
sahaja.
Mira terdiam mendengar bicara suaminya itu. Biarpun
perlahan seperti sedang bercakap sendiri namun tak mustahil dia boleh dengar.
Berbunga sekejap hati sebab suami sendiri cakap macam tu, rasa macam
dihargailah pula.
“Abang cakap apa? Kalau tak suka Mira boleh tukar
pakai yang lain sajelah” soalnya pula berpura-pura. Nak tahu adakah suaminya
merepek atau betul-betul maksudkannya.
“Tak ada apalah” sengaja
Iqbal Iskandar meninggikan suara lantas terus berlalu keluar. Nak cover
gemuruhlah tu! Mira memandang tajam Iqbal Iskandar yang sudah berlalu
meninggalkannya yang masih berdiri dekat pintu. Turun naik dadanya menahan
geram. Nak gelak pun ada juga sebenarnya. Dia yang salah dengar tadi ke Iqbal Iskandar
yang merepek? Huh!
“Dia
juga yang suruh pakai cantik macam ni. Sekarang dia nak marah-marah pulak! Tak
nak pergi nanti baru tau!” bebel Mira sendirian sambil menutup pintu rumah.
Sementara itu Iqbal Iskandar hanya menunggu Mira di dalam kereta. Mira terus berlalu masuk tanpa memandang suaminya.
Dia hanya mendiamkan diri, biarpun dia tahu suaminya sedang memandang. Hatinya
sakit sekarang, tak ada mood nak berbual-bual dan pergi ke parti itu.
Sesampai sahaja di rumah kediaman keluarga Amirul
dan keluarganya, kelihatan orang tua Amirul sedang menyambut para tetamu yang
datang. Mereka berdua terus sahaja menuju kea rah ibu bapa Amirul. Tersenyum
Auntie Lisda dan suaminya bila melihat pasangan suami isteri yang baru sampai
itu.
“Selamat ulang tahun Uncle dan Auntie!” ucap kedua
mereka dengan serentak.
Auntie Lisda tersenyum. Suka dia melihat Mira
Syafika malam itu sangat cantik. Tidak hairanlah Iqbal sayang sangat padanya.
Menurut cerita Amirul, Iqbal memang terlalu cintakan Mira.
Mira duduk di meja kosong yang boleh menempatkan 10
orang tetamu sebaik sahaja mereka menyapa tuan rumah. Matanya memerhati
sekeliling, suaminya sudah hilang entah kemana. Suasana meriah majlis malam ini
langsung tak menarik minat Mira. Yalah, dia merasakan begitu asing sekali. Tak
ada sesiapa pun yang dia kenal, semuanya hanya kenal Iqbal Iskandar.
Agaknya kalau dia tak datang pun tak apa. Makanan
yang sudah terhidang di atas meja dipandang sekilas. Tekaknya langsung tak
terasa nak makan apa-apa, hilang selera bila ditinggalkan keseorangan macam
ini. Satu keluhan dilepaskan, dadanya terasa tak sedap pula. Majlis yang begitu
meriah. Sedang mengexplore sempat juga matanya mencuri pandang dimana suaminya
berada sekarang. Rasa tak sedap hati pula kalau tak nampak kelibat Iqbal Iskandar,
rasa seperti telah ditinggalkan ditempat asing ini. Biar pun dia tahu ini
majlis orang tua Amirul.
Mira memang tidak suka untuk
menghadiri majlis seperti itu. Tanpa disedari dia di perhatikan oleh seseorang.
“Am, awak
nampak tak gadis yang pakai dress unggu tu?” soal Yusri kepada sepupunya
Amirul.
“Kenapa?”
“Sebenarnya
dialah gadis pujaan yang aku cakap kat kau hari tu” ujar Yusri bangga.
Terkenang
kembali zaman mereka di universiti dulu. Mira memang susah nak di dekati. Yalah
kata orang, jinak-jinak burung merpati. Nak ditangkap ianya lari.
“Mana?”
“Tu yang
bertudung unggu tu!”
“Mira..?”
tanpa sedar Amirul menyebut nama Mira Syafika.
“Ya Mira
Syafika! Awak kenal ke dengan dia?” soal Yusri lagi. Hairan dia bagaimana
Amirul boleh kenal dengan Mira Syafika!
“Kenal”
jawab Amirul pendek.
“Tapi aku
dengar dari kawan dia yang dia dah kahwin. Aku tak percayalah. Aku kenal benar
dengan sikap dia tu. Dari dulu lagi dia memang tak pernah ambil peduli tentang
perasaan orang.” Selamba saja Yusri menutur kata. Memang dia hairan, lelaki
mana yang boleh membuka pintu hati Mira sampai menuju ke jinjang pelamin.
Memang bertuah sekali lelaki itu. Dia mengeluh seketika.
“Kenapa
Yus cakap macam tu?” Amirul sengaja bertanya. Ingin mengorek perangai Mira
Syafika.
“Sebab
Yus pernah cuba mengurat dia. Bayangkanlah kami satu kelas dari semester
pertama sampai kami ke semester akhir, dia tetap tak pernah nak layan Yus.
Perempuan lain nak saja dengan Yus. Tapi Yus suka kat dia. Alih-alih dia cakap
tak suka dengan Yus. Yus ingat dia main-main saja. Sampai suatu hari tu kami
bergaduh. Selepas itu kami tak jumpa. Namun hari ini tuhan masih beri peluang
untuk Yus jumpa dia semula.
Amirul
hanya berdiam diri. Nahaslah kalau Iqbal tahu ada orang sukakan isterinya. Tapi
bagai mana dia mahu memberitahu sahabatnya itu.
Yusri
menuju kearah tempat duduk Mira. Sementara Amirul mencari-cari kelibat Iqbal.
Baru dia perasan Rozie sedang berbual dengan Iqbal. Laju saja dia melangkahkan
kakinya menuju ke arah mereka.
‘Ish
aku cemburu ke tengok Iqbal dengan Rozie?’ bisiknya dalam hati. Mungkin juga
Iqbal sengaja membuat dia cemburu tetapi dia tidak akan mengalah pada
perasaannya. Dia teringat bagaimana lelaki itu menghancurkan masa depannya.
“Boleh saya duduk?” tanya Yusri lembut. Senyuman
manis dihulurkan buat Mira. Rindu pula nak tengok senyuman dan wajah comel
dihadapannya ini. Apa khabar dia sekarang agaknya? Mira menoleh.
“Yusri!!” hampir saja dia menjerit menyebut nama
itu. Setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya mereka berjumpa di majlis ini.
Memang mengejutkan!
Mira terkejut sebab dia dapat bertemu dengan Yusri
di majlis ini. Dia tak sangka Yusri sebenarnya ada kaitan dengan keluarga tuan
rumah ini. Dia dengan Amirul sebenarnya sepupu. Kecilnya dunia!!
Rozie
memasukkan pil ke dalam minuman di tangannya. Dia tersenyum sendiri. Kali ini
pasti Iqbal akan jatuh ke dalam dakapannya.
Dia
mambawa gelas minuman yang di campur dengan pil tidur itu tadi. Sebelah kanannya
air minumannya untuk dirinya dan sebelah kirinya pula minuman untuk Iqbal. Biar
senang dia membezakan air minuman di tangannya.
“Iqbal
minuman untuk you..” Rozie menghulurkan minuman di tangannya kepada Iqbal.
Masa
itu tiba-tiba saja mata Iqbal menerkan ke arah Mira yang sedang duduk berbual
dengan seseorang. Panas hatinya melihat Mira bergelak ketawa dengan seseorang. Hatinya
menjadi tidak keruan bila melihat seorang pemuda mendekati Mira.
“I
nak baliklah” ujarnya kepada Rozie.
“You
nak pergi mana.. Ni I bawa minuman untuk you ni!” Rozie menghulurkan air
minuman itu. Namun tidak di sambut oleh Iqbal.
“I
nak baliklah..”
“Masih
awal lagilah Iqbal. You nak pergi mana? Lama kita tak pergi clubbingkan. Apa
kata malam ni kita pergi?” ujar Rozie dengan lentoknya. Sengaja dia menggoda
Iqbal. Mana tahu umpannya akan mengena. Selalu saja dia terlepas perangkap
dengan Iqbal. Dan dia berharap kali ini dia akan berjaya. Namun rayuan Rozie
langsung tak di endahkan oleh Iqbal.
Amirul
hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Rozie. Perempuan ini memang tidak
berubah. Kalau bab menggoda dia memang pandai. Namun sayang itu semua tidak
menarik perhatian Iqbal. Dan dia bersyukur sangat Iqbal lelaki yang tidak mudah
di pengaruhi. Cintanya tetap utuh buat seorang gadis.
“Tak
naklah. I tak ada mood nak pergi. You pergilah dengan sapa-sapa je?”
“Yelah
Rozie kalau Iqbal tak nak temankan kami nikan ada., Apa yang kurang kat kita
orang ni yer? Lagipun tak manis nak ajak suami orang keluar malam. Kami yang
bujang ni masih ada lagi” sampuk Fikri pula.
“Hish
tak naklah...” jawab Rozie geram. Geram dengan sikap Iqbal Iskandar yang macam
tidak mahu mempedulikan dia. Ini mesti gara-gara perempuan kampung tu yang
membuatkan Iqbal berubah hati. Tidak mengapa kau tunggulah apa akan aku lakukan
katanya di dalam hati.
Iqbal
terus berlalu meninggalkan Rozie serta rakan-rakannya disitu. Dia berjalan
menuju ke arah Mira dan lelaki yang sedang bersembang dengannya.
“Jom
balik. Dah lewat ni” dengan selamba sahaja dia menarik tangan Mira. Mira yang
dari tadi asyik bercerita dengan lelaki itu terkejut. Kedua mereka
berpandangan.
“I
am sorry, I kena balik dulu. See you on the next time” ujar Mira sengaja
membakar perasaan Iqbal. Bila sudah jauh dari tempat itu, Mira memprotes.
“Kenapa
dengan awak ni? Lepaskan tangan saya. Lepaskan.”
Mira
bermohon berkali-kali. Tak cukup dengan itu dia menampar tangan yang kemas
memaut lengannya. Namun Iqbal Iskandar tidak mengendahkannya sebaliknya dia
terus menarik lengan Mira menuju ke keretanya.
............................................
Dalam
perjalan mereka banyak berdiam. Kesejukan aircond yang terpasang itu masih
tidak mampu menyejukkan hati Iqbal yang sedang panas kini.
“Siapa
lelaki tu?” soal Iqbal garau.
“Lelaki?
Oh yang tadi tu? Kawan!” Jawab Mira selamba. Sengaja dia mahu menyakitkan hati
Iqbal.
“Sukalah
layan jantan lain depan mata abang lagi tu” Iqbal cuba memecah kesunyian antara
mereka berdua. Cemburu sudah merajai jiwanya.
Mira
merenung wajah Iqbal Iskandar, Cemburu? Hatinya menggeletek tak henti.
“Abang
yang tinggalkan Mira sorang-sorang macam orang bodoh boleh pulak?” bentak Mira.
Sebenarnya dari tadi lagi dia sakit hati dengan perangai Iqbal yang
meninggalkan dia di sudut meja makan. Dia pergi melayan perempuan gedik tu
boleh. Kita yang sembang bagus-bagus dengan lelaki lain dia naik cemburu pulak!
Gerutu Mira dalam hati.
“Lain
kali tak payah nak ajak Mira pergi kemana-mana majlis pun kalau abang nak
marah-marah Mira macam ni. Kan dari awal lagi Mira tak nak pergi tapi abang
paksa juga. Sekarang nak marah-marah pula. Tak fahamlah Mira ni dengan perangai
abang tu.”
‘Sayang
tak akan faham dengan perangai abang sebab abang terlalu cintakan sayang. Abang
tak nak mana-mana lelaki pun yang rapat dengan Mira. Abang akan rasa cemburu’
Detik hati Iqbal Iskandar. Dia mendiamkan diri. Menyesal kerana membawa Mira ke
majlis itu. Alih-alih dia yang makan hati bila melihat kemesraan Mira dengan
lelaki lain. Seolah-olah dia tidak wujud di hadapan gadis itu.
Sepanjang
perjalanan mereka diam membisu. Sehinggalah sampai di rumah. Masing-masing
melayan perasaan sendiri.
entah nak komen apa...mcm x puas hati pula kalau dorg ni still gaduh..bila la mereka ni berbaik...tp x apa tunggu versi cetak lagi best...x pyh tertunggu2...meroyan lama2 asyik ingat cerita ni...smpi x senang nak bt kerja
ReplyDeletebtul2... bila nak bbaik ek .. kasi romantik arr sikit 2 org tue ...
ReplyDeleteCik Do
tue la asyik gaduh jer, bila nak baik ni huhuhu... writer x puas la baca N3 kali ni..SD nak request tolong lah post N3 lg, rindu giler kat Iqbal n Mira,klu gaduh2 manja x pe la...hehehe, x sabar nak tegok dorng baik romantik hhehehee...nak request iqbal dapat anak ngan mira secepat mungking...
ReplyDeletesumpah!!! tak puas baca N3 kali ni...
sapa tau nvel nie kluaran pe nk bli la..plez...
ReplyDeletenovel ni belum keluar lagi. entah tak tahu bila akan di keluarkan. terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan novel ini.
Deleteowh bla dh kluar bleh x publish kn.hhehheee
DeleteOk.. nanti kalau dah keluar saya akan beritahu kat blog ni..
Deleteassalamulaikum. novel ini akan dikeluarkan dalam versi cetakan ke. kalau tak boleh tolong sambung di blog je.Dah rindu nak baca sambunganya
ReplyDeleteEntahlah. sampai sekarang pun belum ada apa-apa respon. last Tanya hari itu kata pihak penerbit masih dalam perbincangan..
ReplyDeletesambunglah lagi cik writter....best sangat!!
ReplyDeleteCter ni best.. good job awkkk..
ReplyDelete-alaina-
Sekarang dah 2016 belum ada.perkembangan lagi ke
ReplyDelete