Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 28 August 2012

Kau Rantai Hatiku 9



ISABELLA datang menziarahi Tengku Elman Qaufar di hospital tengah hari itu. Memang pagi tadi dia mahu singgah melihat keadaan Tengku Elman. Namun tuntutan kerja membuatkan dia terpaksa menangguhkan dulu hasratnya. Dia sudah membeli bunga dan buah-buahan untuk buah hati tersayang.

“Hi sayang.. Macam mana hari ni?” soal Isabella yang duduk di kerusi yang di sediakan. Dia lambat datang kerana banyak sangat kerja yang perlu di uruskan. Tambah lagi dengan kesihatan Tengku Elman Qaufar yang kurang memuaskan dan kini terlantar di hospital.

“Semakin sihat sikit.” jawabnya acuh tak acuh. Sebenarnya dia malas nak berdepan dengan Isabella yang tak habis-habis seperti emak.

“Baguslah.. you ni kan buat I risau saja tau.. You pergi mana sampai cuai macam ni?” ujar Isabella lagi.

“I cuma nak jalan-jalan mana tau tiba-tiba ada kereta yang langgar I” jawab Tengku Elman lagi.

“Lain kali kalau nak jalan ajaklah I sekali.. Ni suka nak jalan sorang-sorang mana tak jadi macam ni..” rungut si Bella lagi.

“I tak nak susahkan orang..” jawab Tengku Elman.     

“Tapi dah berlaku macam ni pun sudah menyusahkan orang..” balas Isabella dengan suara yang agak meninggi.

“Kalau you tak suka you boleh balik. I tak minta pun you datang sini. Kalau datang kat sini tak payah nak membebel.. I taulah jaga diri I..” Tengku Elman naik marah. Sudahlah dia memang sakit makin di tambahkan sakit hatinya.

Terkejut Isabella mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Elman. Entah hantu mana yang sudah merasuk fikiran lelaki itu sampai dia boleh di herdik begitu. Selama ini Tengku Elman tidak pernah meninggikan suara atau memarahi sebaliknya dia yang selalu meninggikan suara pada lelaki itu.

Sorry..” ujar Tengku Elman apabila dia menyedari dia sudah terkasar bahasa kepada Isabella. Sepatutnya dia berterima kasih kerana gadis itu sanggup datang melawatnya walau pun lambat dari orang lain.

“Tak apalah.. I faham perasaan you.. Orang sakit memang macam ni..” Isabella kembali tersenyum apabila Tengku Elman meminta maaf darinya.

Selepas berbual sekejap pasal urusan kerja Isabella pun pulang ke rumah. Malam ini Tengku Suraya akan menemani Tengku Elman. Jadi dia tidak payah bersusah payah bersengkang mata menemani Tengku Elman Qaufar.

 

ENTAH kenapa tiba-tiba sahaja dia teringatkan lelaki aneh itu. Bagaimana keadaannya sekarang. Dia berharap lelaki itu akan cepat sembuh. Dan tidak akan menganggu hidupnya lagi. Deringan telefon bimbit mengejutkan Humaira yang sedang duduk termenung.

“Hello..”

“Hello.. Ira..”

“Ada apa Mak Teh?”

“Zeti masuk ke hospital.”

“Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Humaira dengan perasaan gelabah.

“Dia pengsan masa di sekolah tadi.. Mungkin penyakitnya datang lagi..” ujar Mak Teh di hujung talian.

“Habis sekarang Mak Teh kat mana? Nanti Ira datang jumpa Mak Teh kat sana..” sebaik saja talian di putuskan Humaira terus saja mengemas barangannya.

Humaira terus saja keluar dari kedainya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Teh. Dia juga risau mendengar Zeti jatuh sakit. Dia sudah menganggap Zeti itu bagai adik sendiri. Kerana dia sendiri pun tidak pasti tentang asal usulnya. Kepada Arin dia memberitahu kemana perginya.

Kakinya laju berjalan menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Pak Teh yang sedang duduk menunggu di luar. Mungkin dia takut Humaira tidak jumpa mereka.

“Pak Teh?”

Pak Teh menoleh sebaik saja mendengar namanya di panggil.

“Ira dah lama sampai?” ujarnya sedaya upaya tersenyum ke arah Humaira.

“Baru saja Pak Teh. Macam mana dengan Zeti? Serius ke sakitnya Pak Teh.”

“Pak Teh pun tak tahu nak cakap apa sebab sakit lamanya datang lagi..”

“Habis tu macam mana sekarang?”

“Doktor cakap mesti buat pembedahan segera. Cuma kosnya belum tau lagilah..”

“Tak apalah Pak Teh, Ira akan usahakan duitnya nanti. Yang penting Zeti selamat. Kita berdoa saja agar Zeti cepat sembuh juga..”

“Pak Teh pun berharap begitu juga.”

“Ira nak masuk jenguk Zeti dulu ya?”

“Baiklah.. Ada Mak Teh kau di dalam..”

Humaira terus melangkah masuk ke bilik wad yang menempatkan Zeti. Dia berasa kasihan melihat Zeti yang masih muda sudah di uji sebegini rupa.

Tengku Elman Qaufar berasa bosan berada dalam bilik tidurnya. Sehari selepas keluar dari hospital, dia rasa sunyi. Entah mengapa hatinya jadi resah dan gelisah kerana beberapa hari dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Apa khabar dia agaknya ketika ini? Hish gila kenapalah pula dia boleh merindui gadis itu?

Namun akhirnya dia keluar dari bilik tidurnya. Dia mahu keluar mengambil udara segar di luar sana sambil itu dia mahu mencari gadis itu.

HUMAIRA duduk di sebuah kerusi sambil termenung. Kata-kata Mak Teh malam tadi mengganggu fikirannya. Dimana dia nak cari duit itu? Lagi pun dia cuma punya simpanan yang cukup-cukup saja. Tapi entah cukup ke tidak duitnya itu nanti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mak Teh. Pasti ada kaitan dengan Zeti. Cepat sahaja Humaira menekan butang hijau.

“Helloo..”

“Helloo.. Ira..”

“Ya Mak Teh, doktor cakap apa?” soal Humaira.

“Ira.. tadi doktor cakap dengan Mak Teh, pembedahan itu memerlukan kos sebanyak RM 10,000.” Beritahu Mak Teh lagi. Humaira terkejut. Jumlah itu bukannya jumlah yang kecil.

“Apa!! Kos pembedahan itu memerlukan RM 10,000” ujar Humaira separuh menjerit. Namun segera dia mengendurkan suaranya. Dia tahu Mak Teh mesti risau pasal duit itu. Mana nak cari duit sebanyak itu?

“Itu yang doktor cakapkan tadi..” balas Mak Teh.

“Mana nak cari duit sebanyak tu?” ujar Humaira perlahan.

“Itulah yang membuatkan Mak Teh risau ni. Tapi kalau Zeti tak dibedah penyakitnya itu akan jadi makin teruk” balas Mak Teh.

“Macam inilah Mak Teh, biar Ira usahakan duit tu. Mak Teh jangan bimbang ya.. Zeti mesti sihat. Kesian dia, muda-muda dah kena penyakit macam tu..” ujar Humaira memujuk Mak Teh. Dia memang tahu Mak Teh risaukan anak perempuannya itu. Itulah satu-satu anaknya hasil perkongsian hidup dengan Pak Teh.

Humaira mematikan talian.

‘Mana aku nak cari duit sebanyak itu. Tapi kalau aku tak tolong Mak Teh siapa lagi? Mereka banyak berjasa pada aku selama ini. Tak kan masa mereka susah aku tak boleh tolong?’

Tengku Elman Qaufar sengaja mengejutkan Humaira. Pada hal dari tadi lagi dia berdiri di belakang Humaira. Semua butir perbualan dia dapat dengar. Kesian gadis ini dia di timpa masalah dalam keluarganya.

Terperanjat Humaira dibuatnya. Dengan tidak sengaja dia memukul Tengku Elman Qaufar dengan suratkhabar yang di pegangnya.

“Aduh.. sakitlah..” jerit Tengku Elman Qaufar. Terkejut Humaira apabila menyedari dia memukul Tengku Elman. Sangkanya tadi dia memukul orang yang tidak di kenalinya.

Sorry.. Saya tak tahu itu awak..” ujar Humaira gelabah.

“Sakit ker?” soalnya lagi.

“Memanglah sakit.. Awak ni pukul orang bukannya nak tengok dulu.. Aduh!!” Tengku Elman mengaduh lagi. Boleh tahan juga kuat gadis itu memukulnya.

“Itulah siapa suruh awak memandai pergi kejutkan saya siapa suruh..?” marah Humaira lagi. Baru je terasa dunianya aman, sekarang dia muncul lagi. Mungkin dia tidak boleh teringat kepada lelaki itu. Asal teringat saja pasti lelaki itu akan muncul di depannya.

“Oh.. Salah sayalah ni?” soal Tengku Elman tidak puas hati.

“Memang pun.. Okeylah saya nak pergi dulu. Saya ada hal ni” ujar Humaira lagi.

“Nak pergi mana?” soal Tengku Elman lagi tidak puas hati.

“Kenapa saya perlu bagi tahu?” soal Humaira lagi. Memang kalau boleh dia tidak mahu selalu bertemu dengan lelaki aneh itu.

“Perlu!!” jawab Tengku Elman selamba.

“Awak bukan siapa-siapa pun pada saya. Jadi tak perlulah awak nak menyusahkan diri awak, nak tahu semua hal peribadi saya. Lebih baik awak jaga diri awak tu baik-baik. Awak tu bukan sihat sangat!” ujar Humaira sambil melangkahkan kakinya.

“Tapi saya ada hutang belum bayar pada awak!” ujar Tengku Elman lagi. Langkah Humaira terhenti lalu berpaling ke arah Tengku Elman.

“Hutang?”

“Yeah..” Wajah Humaira kebingungan. Hutang apa yang lelaki itu belum bayar padanya. Setahu dia tidak ada apa-apa pun yang perlu di hutangkan!

“Apa-apalah awak ni. Saya pergi dulu..” Humaira meneruskan langkahnya meninggalkan Tengku Elman yang masih berdiri di situ.

“Humaira!!!!” panggil Tengku Elman lagi.

Namun Humaira tetap melangkah tanpa mempedulikan panggilan lelaki itu. Jika dia lama-lama berada dekat dengan lelaki itu takut perasaannya akan berubah.

“Humaira awak jangan degil. Berhenti kat situ!!” jerit Tengku Elman lagi. Tergesa-gesa dia mengejar gadis itu dari belakang. Kakinya yang sakit itu terpaksa di tahan demi mengejar gadis itu.

“Apasal awak ikut saya? Tolonglah jangan ikut saya macam ni. Awak buat saya jadi macam tak betul saja..” rayu Humaira lagi. Dia tidak peduli yang penting lelaki itu tidak muncul di depannya lagi. Ada perasaan yang hadir di sudut hatinya. Dia bimbang perasaan itu akan mempengaruhinya nanti!

“Awak perlukan duitkan?” terusan saja Tengku Elman bertanya.

“Mana awak tahu?” berkerut dahi Humaira bila mendengar soalan yang keluar dari mulut Tengku Elman Qaufar.

“Dari sumber yang boleh di percayai” jawab Tengku Elman sambil tersenyum-senyum.

“Awak!!!”

“Sebab itulah saya cakap saya berhutang sesuatu dengan awak..”

“Awak jangan masuk campur dalam urusan keluarga kami boleh tak? Saya tak nak menyusahkan awak. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Saya tak nak ada masalah dengan awak lagi. Dengan keluarga awak. Lagi pun saya tak kenal siapa awak sebenarnya”

“Sebab awak ingat awak dah bayar segalanya dengan darah awakkan?” soal Tengku Elman.

Humaira memandang wajah Tengku Elman Qaufar. Sebenarnya dia tidak faham apa yang di maksudkan oleh Tengku Elman.

“Apa awak cakapkan ni?” soal Humaira bingung. Wajah Tengku Elman di tenungnya. Wajah lelaki itu tetap tenang.

“Jangan pura-pura tak tahu” jawab Tengku Elman lagi.

“Be.. betul saya tak tahu apa yang awak maksudkan..” balas Humaira.

“Awak jangan nak tipu saya.. Awak yang dermakan darah pada saya hari tukan? Lepas itu awak langsung tak jenguk saya kat hospital. Sebab awak ingat awak boleh lari dari saya...” ujar Tengku Elman sambil mendekati Humaira.

Humaira mengeluh panjang. Apalagi masalah yang akan menimpa dirinya. Dahlah fikirannya kusut untuk mencari wang bagi membiayai pembedahan Zeti, sekarang lelaki ini pula tiba-tiba muncul dengan karenahnya.

“Bukan saya yang derma darah tu! Awak silap oranglah..” jawab Humaira tenang.

“Bukan awak ke nama Ariana Humaira?” balas Tengku Elman sambil memengang lengan Humaira yang masih ada bekas sutikan jarum itu. Dia masih mengingati sebaris nama yang di sebut oleh sahabatnya. Sebiji nama arwah isterinya. Tak mungkin itu semuanya kebetulan. Tak mungkin!!

“Aduh!!” jerit Humaira. Tengku Elman terkejut mendengar suara Humaira yang mengaduh kesakitan. Entah kenapa tangannya gatal nak memengang lengan Humaira itu. Nasib baik Humaira memakai baju kurung. Terasa tangannya memegang sesuatu.

Humaira terkedu. Macam mana lagi dia mahu memberi alasan agar lelaki ini pergi jauh dari hidupnya.

“Awak.. Awak fikir terlalu banyak... Baik awak balik berehat. Lagi pun awak bukannya sihat sangat...” Humaira memberi alasan agar lelaki itu pergi dari mengekorinya.

“Saya tak akan pergi kalau awak tak jawab soalan saya. Dan kalau betul awak penderma itu, saya sanggup bayarkan berapa harga darah yang awak dermakan itu..” jawab Tengku Elman dengan lembut. Dia merasa kasihan melihat wajah Humaira yang mengaduh kesakitan tadi.

“Kan saya cakap bukan saya yang derma itu..” jawab Humaira geram.

“Awak ni degil jugakan.. Awak nak saya buktikan ker?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.

‘Kau tak pandai nak menipu, Humaira’ tajam sekali anak matanya memandang wajah di depannya itu.

“Ya.. Memang saya yang dermakan darah pada awak hari tu. Kebetulan darah saya sesuai untuk di dermakan pada awak. Memang saya perlukan duit, tapi saya tak suruh awak bayarkan darah itu pada saya.” Akhirnya Humaira mengaku juga. Tengku Elman tersenyum lega.

Setelah habis dia berbicara Humaira terus melangkah meninggalkan Tengku Elman di situ. Rasa mahu saja dia menangis saat itu. Namun dia harus cekalkan hati. Pak Teh dan Mak Teh tentunya lebih sedih lagi bila mengingatkan Zeti adalah satu-satunya anak mereka yang kini menderita sakit di hospital. Apa pun dia mahu membalas budi baik keluarga tersebut pada dirinya.

 

Thursday 16 August 2012

Kau Rantai Hatiku 8




Isabella mendail nombor Tengku Elman Qaufar. Masih juga tidak dapat. Entah kemana dia pergi sejak pagi lagi dia menghilangkan diri. Dia berasa marah! Semenjak dia dan Tengku Elman pulang ke Malaysia, semakin hari hubungan mereka terasa semakin jauh. Yang dia tidak faham, waktu pejabat pun Tengku Elman jarang berada di dalam biliknya. Entah kemana dia pergi pun dia tidak tahu. Bila di tanya soalan itu kepada Tengku Elman, dirinya di anggap terlalu cemburu tak bertempat. Ingin bertanya kepada Encik Johan, jangan harap lelaki itu mahu menjawabnya, walaupun dia tahu kemana Tengku Elman pergi!

Dia bingkas bangun menuju ke bilik Tengku Elman Qaufar. Namun dia hampa wajah yang di cari tiada di situ. Yang kelihatan hanya Encik Johan.

“Encik Johan, kemana Tengku Elman pergi? Dari pagi I call dia tak dapat-dapat. Dia ada cakap tak kemana dia pergi?” soal Isabella dengan perasaan geram.

“Minta maaf Cik Isabella.. Saya memang tak tahu kemana Tengku Elman pergi. Selepas mesyuarat pagi tadi dia terus keluar dengan pemandunya. Kemudian dia berpesan agar saya menjaga pejabat ini.” jawab Encik Johan lagi. Memang pun Tengku Elman tak cakap apa-apa pun dengan dia.

“Hish.. dia ni tak habis-habis dengan perangai dia tu.. Kenapalah nak di ingatkan sangat dengan orang yang dah mati!” jawab Isabella dengan keras. Sakit hatinya apabila mengingatkan Tengku Elman tidak pernah melupakan Ariana walau pun untuk sesaat.

Terkejut Encik Johan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isabella. Memang sejak dulu lagi dia tidak suka dengan perangai Isabella yang tidak sopan dan suka bercakap ikut sedap mulut dia saja. Berbanding dengan Ariana memang jauh. Arwah Ariana memang merupakan seorang yang baik, sopan santun, dan dia menghormati orang tua.

Isabella terus melangkah keluar dari pejabat Tengku Elman Qaufar.  Sampai sekarang pun dia masih belum balik ke pejabat! Kemana pulak perginya dia ni? Suka sangat nak sakitkan hati aku ni! Sekali lagi nombor itu didail namun hampa.

MEREKA pergi makan malam. Sebelum itu Humaira menelefon Mak Teh bahawa dia akan pulang selepas makan malam. Dia takut mereka akan tertunggu-tunggu pula.

“Humaira telefon siapa?” soal Tengku Elman Qaufar apabila mendengar perbualan Humaira dengan seseorang.

“Telefon mak. Cakap Humaira pulang lepas makan ni. Takut pula dia orang tertunggu-tunggu kat rumah” jawab Humaira dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia tidak mahu Mak Teh risau tentangnya.

“Oh.. Awak tak kisah ke lambat balik?” Tengku Elman Qaufar. Dia tahu gadis itu bukanlah jenis yang suka balik lambat. Kalau lambat pun dia akan memberitahu orang tuanya.

“Memang saya kisah. Dan saya berharap selepas malam ini, awak jangan ganggu saya lagi. Untuk hari ini saya dah tunaikan permintaan awak. Dan selepas hari ini saya berharap awak jangan ganggu saya lagi” jawab Humaira dengan panjang lebar. Memang dia berharap lelaki itu tidak akan menganggu hidupnya lagi. Apalagi setelah dia membuktikan bahawa dia bukan isteri kepada lelaki itu.

“Tak kan sampai hari ini saja?” soal Tengku Elman Qaufar dengan perasaan tidak puas hati.

“Ya. Sampai hari ini saja. Saya berharap esok lusa awak jangan ganggu saya lagi” balas Humaira.

Malam itu Humaira pulang agak lewat sedikit. Ini gara-gara dia terpaksa menemani Tengku Elman seperti yang di janjikan. Tetapi benarkah lelaki itu akan mengotakan janjinya. Dan dia berharap juga semoga lelaki itu tidak lagi menganggunya seperti hari-hari sebelum ini.

DIKAMAR tidur, Tengku Elman Qaufar masih gagal untuk melelapkan matanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Humaira.

‘Aku akan terus ganggu hidup kau! Jangan harap aku biarkan kau macam tu saja. Sebab kau dah rantai hati aku semula! Kau yang mulakan semuanya sekali lagi’

Gambar Ariana di tatapnya dalam. ‘Maafkan abang sayang.. Abang betul-betul tak dapat lupakan wajah sayang. Sampaikan abang jumpa orang yang sama wajahnya dengan sayang..’

Dia mengeluh sekali lagi.

AWAL pagi Humaira sudah bersiap-siap dengan pakaian sukan. Kekadang asal ada masa terluang dia pasti akan bersenam. Humaira duduk di taman. Sudah lama dia tidak pergi ke taman ini.

Dari tadi lagi Tengku Elman Qaufar mengekori Humaira. Sudah tiga hari dia tidak menampakkan wajahnya di depan Humaira. Dia tahu gadis itu bengang dengan sikapnya yang suka menganggu. Namun tiga hari itu bagaikan sukar baginya. Pada mula dia hanya mahu menguji diri sendiri sama ada dia mampu menjauhkan dirinya dari gadis itu. Namun perasaan jadi tidak menentu. Memang dia terasa kesunyian bila dia tidak dapat melihat dan bertegur dengan gadis itu. Ada perasaan lain yang timbul di sudut hatinya.

“Assallamuailikum..” kedengaran satu suara memberi salam. Humaira langsung tidak dengar. Dia masih asyik termenung. Entah sudah sampai kemana pun dia sendiri tidak sedar.

Suara itu masih juga mengganggunya. Namun kali ini Humaira terperanjat sambil mengurut dadanya.

“Tak jawab salam dosa..” ujar suara itu. Humaira memandang wajah lelaki itu. ‘Dia ni lagi!! Tak sudah-sudah nak ganggu aku ni!’

“Cik Humaira kalau ya pun rupa aku ni handsome sangat, jangan lupa jawab salam..” tegur si lelaki itu.

“Waalikum salam..” jawab Humaira perlahan. Dia mahu bangun namun dia segera di tegur oleh lelaki itu.

“Awak nak ke mana Cik Humaira?”

“Suka hati sayalah nak pergi mana! Yang awak suka sangat nak ikut saya kenapa? Tak sudah-sudah nak ganggu hidup saya!” marah Humaira.

Kalau sekali lelaki itu datang padanya tidak mengapa. Namun sangkaannya meleset setelah dia selalu sahaja bertemu dengan lelaki aneh itu. Banyak kali dia mengatakan dia bukanlah isteri kepada lelaki itu namun semua kata-katanya di abaikan begitu sahaja. Makin hari dia semakin tidak faham dengan perangai lelaki itu.

“Tak baik awak tuduh saya macam tu!” jawab lelaki itu. Dia tidak terkejut kalau gadis itu berasa tidak selesa dengan kehadiran dirinya di situ.  Pada mulanya tadi dia cuma mahu mengekori langkah gadis itu sahaja. Namun dia sendiri seperti terdorong oleh sesuatu! Tanpa di duga mulutnya pula menegur.

Tengku Elman mengejar Humaira dari belakang. Dia tidak mahu gadis itu berlalu pergi tanpa dia meminta maaf kerana sering menganggunya. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia suka untuk berada dekat dengan gadis itu.

“Awak nak apa lagi? Sudahlah.. Pening kepala saya nak melayan karenah awak tahu tak!!” marah Humaira lagi. Dia tidak peduli kalau dengan cara itu lelaki itu boleh jauhkan diri darinya.

Please.. saya bukan sengaja ikut awak. Tapi semua itu kebetulan. Saya pun tak faham dengan diri saya. Semenjak saya jumpa awak, hati saya begitu tenang. Dan kalau boleh memang saya nak jumpa awak setiap masa...” ujar lelaki itu perlahan.

“Gila.. memang awak dah gila!” ujar Humaira sekali lagi. Dia tidak tahu mahu bercakap apa lagi.

Please kita jadi kawan..” ujar Tengku Elman Qaufar.

“Betul.. Cuma kawan saja?” ulang Humaira lagi. Dia tidak mahu lelaki itu menaruh harapan tinggi padanya. Cukuplah Azwan saja kini dalam hidupnya.

“Betul.. Saya hanya nak jadi kawan awak..”

“Boleh percaya ke cakap awak.. Hari tu pun awak cakap macam tu.. tapi tengok, masih juga nak ganggu saya!”

“Awak tu suka sangat jual mahal.. Lelaki memang suka gadis yang macam tukan?” soal Tengku Elman.

“Lagi satu, Kenapa awak suka sangat nak kacau hidup saya?” soal Humaira berterus terang. Sudah bebuih mulutnya dia memberitahu lelaki itu agar menjauhkan diri darinya namun semua itu sia-sia saja.

“Bukan saya yang kacau awak, awak yang kacau hidup saya..” balas Tengku Elman Qaufar selamba.

“Bila masa pulak saya kacau hidup awak? Awak yang kacau hidup saya.. Dulu saya tak pernah dikacau orang..” ujar Humaira geram. Kalau boleh mahu di siat-siat lelaki gila yang berada di depannya kini. Nampaknya dia mungkir janji lagi. Menyesal pula dia menurut kata lelaki itu tempoh hari. Cuma tiga hari saja dia tidak menampakkan dirinya, namun sekarang dia timbul di depannya pula!

“Sebab saya belum muncul dalam hidup awak.. Sebab itulah tak ada orang kacau hidup awak..” ujar Tengku Elman. Sengaja dia mahu membuatkan gadis yang berada di depannya itu berasa marah.

“Susah nak cakap dengan manusia yang tak tahu bahasa ni!!” tempelak Humaira. Malas dia mahu bergaduh dengan lelaki yang berada di depannya kini. Cakap bahasa apa pun lelaki ini tidak akan faham. Makin menambahkan sakit di hatinya adalah. Lebih baik dia segera beredar dari situ.

“Ira.. Ira.. tunggu..” panggil Tengku Elman Qaufar  apabila melihat langkah Humaira meninggalkannya.

“Apa lagi.. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi.. Saya ni bukan siapa-siapa pada awak..” Humaira merayu lagi. Kalau boleh dia tidak mahu terikat dengan perangai lelaki itu.

“Untuk hari ini ya.. Tapi tak janji pada hari yang akan datang..” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

Humaira mengeluh lagi.

“Kenapa mengeluh.. Tak baik tau..” Tengku Elman mengusik.. Tanpa sedar dia berjalan di atas jalan raya yang sudah menandakan isyarat merah. Tiba-tiba

Dum!!!!!!!!!

Humaira menoleh.. Terkejut dia bila melihat Tengku Elman berbaring di atas jalan raya itu dengan darah yang pekat mengalir...

“Elman...” jerit Humaira. Dia benar-benar terkejut. Dia terus berlari mendapatkan Tengku Elman. Tengku Elman sudah tidak sedarkan diri.

Call ambulans..” jerit Humaira kepada orang ramai yang mula mengerumi di situ.

Tidak lama kemudian ambulans pun sampai. Ketika itu Humaira ikut naik bersama untuk menemani Tengku Elman. Timbul rasa kesal dihatinya. Tapi sumpah dia tidak mahu buat begitu pada lelaki itu. Sampai sahaja di hospital Tengku Elman terus di masukkan dalam bilik kecemasan.

Lama Humaira menunggu. Akhirnya penantiannya berakhir juga apabila dia melihat doktor yang keluar dari bilik kecemasan itu.

“Siapa ahli keluarga si mangsa?” soal doktor yang separuh umur itu.

“Maaf doktor.. Saya yang datang bersama dia tadi. Ada apa doktor?” soal Humaira.

“Sebenarnya begini, si mangsa kekurangan darah. Jadi kami memerlukan darah untuk menambahkan darah. Kebetulan tabung darah kami berkurangan. Nak tunggu mereka hantarkan lama lagi..”

“Kalau macam tu, boleh saya menderma untuk dia doktor?”

“Sebelum menderma pun kami kena pastikan darah cik sesuai dengan darah dia. Kalau macam tu cik ikut nurse ni pergi buat ujian darah. Kalau sesuai cik boleh menderma..”

“Baiklah doktor.. Terima kasih..” ucap Humaira. Ini sajalah caranya dia menyelamatkan lelaki itu. Di sebabkan rasa bersalah dia akan lakukan apa saja untuk menebus rasa bersalahnya itu.

Selesai membuat pemeriksaan, pihak hospital mendapati darah Humaira tiada masalah dan di boleh menderma untuk Tengku Elman Qaufar.

Selepas menderma darah, Humaira di minta untuk berehat di bilik yang di khaskan. Dia tidak putus-putus berdoa agar lelaki pelik itu selamat.

Setelah beberapa jam dia berehat akhirnya dia di benarkan keluar dari bilik tersebut. Sebelum itu dia sempat lagi bertanya kepada jururawat dimana bilik Tengku Elman.

Baru saja dia mahu menuju ke bilik tersebut, dia melihat ada beberapa orang yang berdiri di luar bilik itu. Macam pengawal peribadi?

“Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa kamu tak awasi dia? Kamu tahukan dia baru balik dari oversea, manalah dia tahu sangat Kuala Lumpur ni.”

‘Siapa lelaki itu sebenarnya? Nampaknya dia bukan orang sembarangan! Kenapa dia ada pengawal? Hish.. dia ni keturuanan di raja kot!’ bisik hati Humaira.

Kedengaran suara wanita yang nampak elegan dengan cara dan penampilannya. Humaira terus tidak jadi melangkah lagi. Dia terus berpusing balik berkira-kira mahu pulang. Lagi pun dia amat letih sedikit selepas menderma darahnya tadi. Dia terus memanggil teksi menuju di mana keretanya di tinggalkan sebelum kemalangan itu tadi.

Tengku Elman Qaufar sudah tersedar. Pertama sekali matanya melilau mencari seseorang. Seraya itu mulutnya menyebut nama Humaira.

“Ira..”

“Elman.. Elman dah sedar nak?” ujar Tengku Suraya. Dia sangat gembira bila melihat satu-satunya anak kesayangannya sudah tersedar.

“Saya kat mana ni mama?” soal Tengku Elman.

“Elman kat hospital. Elman kemalangan... Elman tak ingat ke?” soal Tengku Suraya. Tadi dialah insan yang paling risau dengan keadaan Tengku Elman. Mujurlah sekarang Tengku Elman sudah sedar.

“Elman tak ingat apa-apa..” dia berbohong. Namun sebenarnya dia ingat. Dia tidak mahu Humaira di persalahkan jika dia menceritakan hal yang sebenarnya. Kesian gadis itu.

“Elman tau tak, ada hamba Allah yang sangat baik hati. Dia menderma darah pada Elman tau.. Sebab Elman kekurangan darah.. Siapa dia pun kami tak tau sebab dia tidak mahu dirinya dikenali..” terang Tengku suraya lagi. Dia benar-benar berterimakasih kepada insan yang sudi menolong Tengku Elman tersebut.

“Siapa dia mama?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.

“Kan mama dah cakap dia tidak mahu di kenali..” jawab Tengku Suraya.

“Ermm... Tak apalah.. Terima kasih pada orang itu walau pun Elman tak kenal dia..” ujarnya hampa.

Humaira!!! Tiba-tiba dia teringat sebaris nama itu. Pasti gadis itu yang mendermakan darah untuknya.. Itu pasti.. Tak apa selepas dia sembuh nanti dia akan bertanya sendiri kepada pihak hospital. Memang ikut prosedur nama si penderma tidak boleh di dedahkan namun dia ada kawan yang bekerja di hospital itu sebagai seorang doktor.

PAGI-pagi lagi mereka berdua sudah sibuk dengan tempahan pelanggan. Selain menjual mereka juga membuat tempahan untuk menjahit baju bagi pelbagai majlis. Dan pelanggan mereka bukan sebarangan orang.

Wajah Humaira agak sugul sedikit. Tiada senyuman terukir di bibirnya seperti selalu. Arin agak kehairanan. Biasanya gadis itulah yang paling banyak bercakap. Tetapi hari ini wajah Humaira agak pucat sedikit.

“Hari  ini kenapa dengan awak? Dari tadi senyap saja? Awak sakit ke?” soal Arin tidak puas hati.

“Tak ada apalah” jawab Humaira lemah.

“Awak jangan nak bohong Ira. Saya kenal awak bukan sehari dua.. Awak ada masalah ke?” soal Arin lagi. Wajah sahabatnya itu betul-betul pucat.

“Betul tak ada apa-apalah.. Jangan risaukan saya.”

“Betul ke awak tak ada masalah? Kalau awak sakit, baik awak balik berehat.. tak payah risau pasal kerja ni” soal Arin tidak puas hati.

“Sebenarnya, lelaki pelik tu..”

“Kenapa dengan lelaki pelik tu? Dia buat benda tak senonoh kat Ira ke?” laju saja Arin menyoalnya. Dia tak akan berdiam diri jika lelaki itu cuba melukakan hati sahabatnya itu.

“Tak. Sebenarnya semalam dia kemalangan.”

“Apa? Macam mana boleh jadi macam ni?”

Humaira terus menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap dirinya. Terkejut Arin mendengarnya. Patutlah dari masuk kerja tadi kelihatan wajah Humaira sugul sekali. Rupa-rupanya lelaki yang selalu datang mengacau Humaira itu berada di hospital.

“Kau tak pergi melawat dia ke? Mesti dia tengah tunggu kau datang melawat.”

“Macam mana aku nak melawat dia. Di luar pintunya sudah ada pengawal yang tunggu.”

“Pengawal? Dia tu keturunan di raja ke sampai ada pengawal segala?” soal Arin lagi. Memang rasa macam tak percaya bila dia mendengar lelaki pelik itu di kawal ketat oleh pengawalnya.

“Mana Ira tau! Biarlah janji dia sudah selamat. Ira dah buat apa yang patut.” Balas Humaira lagi. Dia melihat Arin merenung ke arahnya.

“Ira risaukan dia yer?” Arin mengusik. Tak pernah diamelihat Humaira begitu risau macam tu sekali.

“Hish.. Apa awak mengarut ni.. saya ni bukan siapa-siapa nak risaukan dia.. Lagi pun mungkin dia sudah ada yang punya.”

“Mana awak tau?”

“Hari tu, masa kami keluar makan, ada seorang gadis telefon dia..”

“Oh.. Orang kacak macam tu mustahil tak ada peminatkan?”

“Tau taka pa.. lagi pun Ira tak minatlah dengan orang yang kacak macam lelaki pelik tu..”

“Awak dah hantar borang pertandingan tu ke Ira?” kini Arin baru teringat tentang borang pertandingan itu.

“Belum. Kenapa?” Ira tersenyum mendengar soalan sahabatnya itu.

 “Tapi kau jangan lupa tau tarikh dia tak lama lagi.. Mesti kena hantar sebelum due datenya” Arin cuba mengingatkannya.

“Itu aku tahulah Arin. Sebab itu aku cuba sedaya upaya yang boleh. Kalau ada rezeki tu baguslah” ujar Humaira sambil menunjukkan rekaan fesyen yang sudah siap di lukisnya. Melopong Arin melihatnya. Biar betul sahabatnya itu! Dia sudah siapkan lukisan rekaan itu. Cantik lagi itu! Dia berharap lukisan itu akan terpilih. Sebab dia tahu akan kebolehan gadis itu.

 

Monday 13 August 2012

Hanya Kau Milikku 20


Perhatian!
Kepada pembaca HKM, saya akan berhentikan n3 sampai di sini sahaja.Sekarang saya tengah menyiapkan manuskrip HKM ini sebelum habis bulan ini. Harap pembaca faham akan keadaan saya sekarang dan mendoakan semoga saya berjaya dalam penilaian manuskrip itu nanti. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi galakan serta komen yang membina kepada penulisan saya selama ini.

Bab 20

Iqbal Iskandar mengambil tempat di hadapan Amirul.dari tadi lagi Amirul tersengih-sengih kepadanya. Dia tahu benar kalau sahabatnya mengajaknya keluar pasti ada berlaku sesuatu!

“Apa hal ni bro? Tak sabar-sabar nak jumpa dengan aku ni? Aku baru nak rilek kat rumah.. Dah telifon nak jumpa..”

“Adalah hal.. Kalau tak aku pun tak nak kacau awaklah...”

“Pasal apa lagi ni? Mesti pasal Mira lagikan?” tembak Amirul lagi.

“Pandai pun awak..” jawab Iqbal lagi. Memang pun kalau pasal benda lain dia boleh uruskan. Tapi kalau pasal Mira memang selalu buat dunianya tak aman!

“Kali ini dia buat apa lagi?” soal Amirul. Dia pun ikut bingung dengan perangai dua orang ni. Aduh! Bilalah mereka akan berdamai?

“Mula-mula hubungan kami okey sepanjang kami bercuti. Bila dah balik sini, keadaan bertukar. Awak ingat tak dengan Amanda?” soal Iqbal kepada sahabatnya. Tak mungkin Amirul lupa pada perempuan yang bergaduh dengan Rozie gara-gara berebutkan dirinya. Sudah lama dia menghilang! Dan hari itulah kali pertama kali dia berjumpa dengannya.

“Amanda?” soal Amirul cuba mengingati perempuan bernama Amanda itu.

“Ala.. perempuan yang gaduh dengan Rozie dulu..” Iqbal mengingatkan lagi.

“Yang bergaduh nak berebutkan awak tu..”

“Mmmm.. Ingat pun..”

“Ingat.. Ingat. Tapi kenapa?” ujar Amirul. Rasanya dah lama perempuan itu menghilang. Dan sekarang tiba-tiba muncul pulak!

“Hari tu aku ada jumpa dia.  Masa aku dengan Mira jalan-jalan kat Time Square. Jadi Mira ingat dia bekas girlfriend aku! Sebab tu dia merajuk dengan aku..”

“Kalau dia merajuk awak pujuklah..  Itu pun nak bagi tau aku jugak!”

“Masalahnya orang seperti Mira tu bukan mudah nak di pujuk! Nampak  je wajah lembut tapi hatinya keras!”

Amirul ketawa mendengar kata Iqbal.

“Ketawalah.. Tak tahu aku ni dah risau tau!”

“Jadi dapatlah nak bawa dia pergi majlis ulang tahun kedua orang tua aku! Mak aku dah bising asyik remind aku suruh korang pergi!”

“Sebab itulah aku bingung. Nanti Mira tak nak pergi majlis tu! Aku nak buat macam mana?” soal Iqbal lagi.

“Kau pujuklah dia.. Tak pun guna kuasa veto sebagai seorang suami..” Amirul memberi cadangan!

Iqbal tersenyum. ‘Bagus juga cadangan Amirul itu.’

“Baiklah. Aku akan pujuk dia tapi tak janjilah kami dapat datang..”

“Macam tulah.. Jangan lupa tau malam lusa...”

“Yelah.. Mana boleh lupa..

Akhirnya merka berdua pulang setelah jam menginjak ke sepuluh malam. Rupanya tak lama juga mereka berbual.

..................................

Selepas waktu pejabat, Iqbal menyuruh Mira mengikutnya. Dalam perjalanan Mira berasa hairan bila jalan yang mereka lalui bukannya jalan menuju ke rumah mereka.

“Kita nak pergi mana ni? Ni bukan jalan balik rumah pun!” Mira bertanya apabila perasan jalan yang di lalui mereka bukan jalan balik ke rumah.

“Kita jalan-jalan..” jawab Iqbal di sebelah. Dia terlalu asyik memandu.

“Jalan-jalan pergi mana?”

“Kenapa sayang risau.. Takut abang culik Mira ker?”

“Masalahnya, Mira nak balik rumah. Nak masak untuk makan malam. Perut Mira ni pun dah lapar tau tak!”

“Abang tak tau pulak sayang lapar.. Nanti kita pergi makan dulu ya.. Jangan risau abang belanja..”

“Hish susahlah nak cakap dengan abang ni!!” cebik Mira lagi.

Apabila sampai tempat yang di tuju, Iqbal memarking keretanya.

“Kita  nak pergi mana ni?” soal Mira lagi. Dari tadi suaminya itu hanya membisu. Susah sangat ke nak bagi tau tempat yang mereka tuju.

“Kita ke butik. Semalamkan tak jadi. Sayang merajuk dengan abang!”

“Abang nikan suka sangat cakap Mira merajuk..”  ujar Mira lagi.

“Merajuk lagilah tu..” usik Iqbal.

“Okeylah Mira tak merajuk..” jawab Mira lagi. Dia yang naik rimas kalau dia berterusan mahu merajuk. Mereka pergi makan dahulu. Bukan Mira saja yang lapar Iqbal pun sama. Selepas makan barulah mereka menuju ke butik Auntie Lisda.

Tersenyum lebar Auntie Lisda melihat Iqbal dan Mira berkunjung ke butiknya. Pastinya mereka berdua mahu beli sesuatu. Terus saja dia mendapatkan mereka berdua.

“Nak cari sesuatu untuk majlis malam esok ke?” soal Auntie Lisda kepada Iqbal.

“Ye auntie... saya nak sedondon untuk pakaian kami berdua..” jawab Iqbal sambil tersenyum. Biarlah malam itu mereka berdua memakai pakaian sedondon.

Satu persatu blaus yang di belek oleh Iqbal. Mira pula rasa tidak selesa. Hatinya sudah mula menyumpah-nyumpah. ‘Nama saja lelaki tapi perangai mengalahkan perempuan. Cerewet sangat!’ bisiknya dalam hati. Memang Iqbal memilih dan cerewet dalam bab pakaian.  Mungkin dia dah biasa menjaga penampilan dari kecil sehingga sekarang. Anak tunggal dan keluarganya terlebih mampu menjadikan dia sentiasa mahukan yang terbaik buat dirinya.

.......................................

Petang itu dia terpaksa juga mengikut Iqbal ke majlis ulang tahun ibu bapa Amirul. Rupa-rupanya keluarga Iqbal dan keluarga Amirul memang rapat. Jadi tak hairanlah kalau Iqbal rapat dengan Amirul. Pada mulanya memang dia berkeras tidak mahu pergi tapi kerana desakan Iqbal dia mengalah juga.

“Sayang, dah siap ke?” tangan Iqbal mengetuk pintu bilik isterinya yang tertutup rapat. Malaslah pula nak redah je masuk biar pun dia berhak buat begitu. Nanti tak pasal-pasal dia berperang mulut dengan Mira.

“Hmm...kejap dah nak siap ni. Abang turunlah dulu,” balas Mira dari dalam.

‘Orang perempuan ni kalau berhias mesti lama’gumam hati Iqbal. Iqbal Iskandar hanya diam sebelum berlalu turun.

Punggungnya dilabuhkan dekat sofa lalu mencapai majalah pasal perniagaan yang baru dibelinya semalam. Orang perempuan mesti bersiap lama jadi ada baiknya dia membaca dulu. Majalah dia tangan di selak satu persatu.

Beberapa minit menunggu, telinganya dapat mendengar bunyi pintu ditutup dari tingkat atas. Iqbal Iskandar langsung tidak menoleh, matanya masih memerhati isi kandungan di dalam majalah itu.

Mira mengatur langkah menuruni tangga. Sesekali tangannya mengangkat kainnya yang labuh mencecah lantai. Nafasnya ditarik dalam. Bila terpandangkan suaminya yang sedang khusyuk membaca majalah dibawah, terus dia mencebik geram. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia memakai apa-apa sahaja yang dia suka. Tapi,tup!Tup! Iqbal dah belikan baju lain pula dan suruh dia pakai untuk malam ni. Ceh! Kononnya nak pakai sedondon tapi cuba dia yang pakai baju macam ni? Mahunya nak selak je rasanya.

Iqbal Iskandar meletakkan majalah yang dipegang diatas meja bila dirasakan yang isterinya sudah berdiri dibelakangnya.

“Jom,” ajaknya seraya bangun dan menoleh kebelakang. Terdiam sebentar lqbal Iskandar memandang tubuh yang sedang berdiri memandangnya itu. Atas bawah dia memandang isterinya itu, terpukau habis dibuatnya. Mana tidaknya, Mira begitu anggun dan mempesona malam ini dengan dress labuh berwarna ungu gelap yang dikenakan dengan selendang yang sedondon. Tak tahu pula dress yang dia pakai beli ini sangat sesuai untuk isterinya yang putih dan gebu itu.

Merah muka Mira bila ditenung sebegitu. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa jantungnya berdegup kencang bila suaminya memandangnya sebegitu rupa. Sebab itulah kali pertama dipandang macam tu, mestilah berdebar-debar. Tadi bukan main lagi dia marah sebab di paksa memakai gaun itu.

“Err...boleh kita gerak sekarang?” Mira mematikan kesunyian. Seperti baru tersedar Iqbal Iskandar terus berdehem. Matanya terus dipalingkan kearah lain. Jantungnya juga sudah berdegup kencang. Hish malunya kantoi pulak dengan Mira!

“Sayang nak pakai macam ni ke?” tanya Iqbal Iskandar bodoh. Wajah isterinya dipandang sekilas, dengan wajah yang seperti sedang tidak puas hati.

Mira memandang penampilannya atas bawah, apa yang tak kena? Wajah Iqbal Iskandar dipandangnya dengan perasaan yang geram. Nak marah-marah kenapa pula?

“Kenapa? Kan ke abang yang suruh pakai blaus ni, Mira ikut jelah..” ngomel Mira selamba.

Iqbal Iskandar menelan liur, lidah dah terkelu tak tahu nak balas apa sebab memang dia pun yang suruh isterinya pakai macam ni, tapi tak tahulah pula tiba-tiba rasa berat hati pula nak biarkan aje.

“Err.. sayang pakai macam ni, nanti ada orang terpikat pula. Abang tengok ni pun dah terpikat” ucapnya jujur. Namun perlahan sahaja.

Mira terdiam mendengar bicara suaminya itu. Biarpun perlahan seperti sedang bercakap sendiri namun tak mustahil dia boleh dengar. Berbunga sekejap hati sebab suami sendiri cakap macam tu, rasa macam dihargailah pula.

“Abang cakap apa? Kalau tak suka Mira boleh tukar pakai yang lain sajelah” soalnya pula berpura-pura. Nak tahu adakah suaminya merepek atau betul-betul maksudkannya.

“Tak ada apalah” sengaja Iqbal Iskandar meninggikan suara lantas terus berlalu keluar. Nak cover gemuruhlah tu! Mira memandang tajam Iqbal Iskandar yang sudah berlalu meninggalkannya yang masih berdiri dekat pintu. Turun naik dadanya menahan geram. Nak gelak pun ada juga sebenarnya. Dia yang salah dengar tadi ke Iqbal Iskandar yang merepek? Huh!

“Dia juga yang suruh pakai cantik macam ni. Sekarang dia nak marah-marah pulak! Tak nak pergi nanti baru tau!” bebel Mira sendirian sambil menutup pintu rumah. Sementara itu Iqbal Iskandar hanya menunggu Mira di dalam kereta. Mira terus berlalu masuk tanpa memandang suaminya. Dia hanya mendiamkan diri, biarpun dia tahu suaminya sedang memandang. Hatinya sakit sekarang, tak ada mood nak berbual-bual dan pergi ke parti itu.

Sesampai sahaja di rumah kediaman keluarga Amirul dan keluarganya, kelihatan orang tua Amirul sedang menyambut para tetamu yang datang. Mereka berdua terus sahaja menuju kea rah ibu bapa Amirul. Tersenyum Auntie Lisda dan suaminya bila melihat pasangan suami isteri yang baru sampai itu.

“Selamat ulang tahun Uncle dan Auntie!” ucap kedua mereka dengan serentak.

Auntie Lisda tersenyum. Suka dia melihat Mira Syafika malam itu sangat cantik. Tidak hairanlah Iqbal sayang sangat padanya. Menurut cerita Amirul, Iqbal memang terlalu cintakan Mira.

Mira duduk di meja kosong yang boleh menempatkan 10 orang tetamu sebaik sahaja mereka menyapa tuan rumah. Matanya memerhati sekeliling, suaminya sudah hilang entah kemana. Suasana meriah majlis malam ini langsung tak menarik minat Mira. Yalah, dia merasakan begitu asing sekali. Tak ada sesiapa pun yang dia kenal, semuanya hanya kenal Iqbal Iskandar.

Agaknya kalau dia tak datang pun tak apa. Makanan yang sudah terhidang di atas meja dipandang sekilas. Tekaknya langsung tak terasa nak makan apa-apa, hilang selera bila ditinggalkan keseorangan macam ini. Satu keluhan dilepaskan, dadanya terasa tak sedap pula. Majlis yang begitu meriah. Sedang mengexplore sempat juga matanya mencuri pandang dimana suaminya berada sekarang. Rasa tak sedap hati pula kalau tak nampak kelibat Iqbal Iskandar, rasa seperti telah ditinggalkan ditempat asing ini. Biar pun dia tahu ini majlis orang tua Amirul.

Mira memang tidak suka untuk menghadiri majlis seperti itu. Tanpa disedari dia di perhatikan oleh seseorang.

 “Am, awak nampak tak gadis yang pakai dress unggu tu?” soal Yusri kepada sepupunya Amirul.

“Kenapa?”

“Sebenarnya dialah gadis pujaan yang aku cakap kat kau hari tu” ujar Yusri bangga.

Terkenang kembali zaman mereka di universiti dulu. Mira memang susah nak di dekati. Yalah kata orang, jinak-jinak burung merpati. Nak ditangkap ianya lari.

“Mana?”

“Tu yang bertudung unggu tu!”

“Mira..?” tanpa sedar Amirul menyebut nama Mira Syafika.

“Ya Mira Syafika! Awak kenal ke dengan dia?” soal Yusri lagi. Hairan dia bagaimana Amirul boleh kenal dengan Mira Syafika!

“Kenal” jawab Amirul pendek.

“Tapi aku dengar dari kawan dia yang dia dah kahwin. Aku tak percayalah. Aku kenal benar dengan sikap dia tu. Dari dulu lagi dia memang tak pernah ambil peduli tentang perasaan orang.” Selamba saja Yusri menutur kata. Memang dia hairan, lelaki mana yang boleh membuka pintu hati Mira sampai menuju ke jinjang pelamin. Memang bertuah sekali lelaki itu. Dia mengeluh seketika.

“Kenapa Yus cakap macam tu?” Amirul sengaja bertanya. Ingin mengorek perangai Mira Syafika.

“Sebab Yus pernah cuba mengurat dia. Bayangkanlah kami satu kelas dari semester pertama sampai kami ke semester akhir, dia tetap tak pernah nak layan Yus. Perempuan lain nak saja dengan Yus. Tapi Yus suka kat dia. Alih-alih dia cakap tak suka dengan Yus. Yus ingat dia main-main saja. Sampai suatu hari tu kami bergaduh. Selepas itu kami tak jumpa. Namun hari ini tuhan masih beri peluang untuk Yus jumpa dia semula.

Amirul hanya berdiam diri. Nahaslah kalau Iqbal tahu ada orang sukakan isterinya. Tapi bagai mana dia mahu memberitahu sahabatnya itu.

Yusri menuju kearah tempat duduk Mira. Sementara Amirul mencari-cari kelibat Iqbal. Baru dia perasan Rozie sedang berbual dengan Iqbal. Laju saja dia melangkahkan kakinya menuju ke arah mereka.

‘Ish aku cemburu ke tengok Iqbal dengan Rozie?’ bisiknya dalam hati. Mungkin juga Iqbal sengaja membuat dia cemburu tetapi dia tidak akan mengalah pada perasaannya. Dia teringat bagaimana lelaki itu menghancurkan masa depannya.

“Boleh saya duduk?” tanya Yusri lembut. Senyuman manis dihulurkan buat Mira. Rindu pula nak tengok senyuman dan wajah comel dihadapannya ini. Apa khabar dia sekarang agaknya? Mira menoleh.

“Yusri!!” hampir saja dia menjerit menyebut nama itu. Setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya mereka berjumpa di majlis ini. Memang mengejutkan!

Mira terkejut sebab dia dapat bertemu dengan Yusri di majlis ini. Dia tak sangka Yusri sebenarnya ada kaitan dengan keluarga tuan rumah ini. Dia dengan Amirul sebenarnya sepupu. Kecilnya dunia!!

Rozie memasukkan pil ke dalam minuman di tangannya. Dia tersenyum sendiri. Kali ini pasti Iqbal akan jatuh ke dalam dakapannya.

Dia mambawa gelas minuman yang di campur dengan pil tidur itu tadi. Sebelah kanannya air minumannya untuk dirinya dan sebelah kirinya pula minuman untuk Iqbal. Biar senang dia membezakan air minuman di tangannya.

“Iqbal minuman untuk you..” Rozie menghulurkan minuman di tangannya kepada Iqbal.

Masa itu tiba-tiba saja mata Iqbal menerkan ke arah Mira yang sedang duduk berbual dengan seseorang. Panas hatinya melihat Mira bergelak ketawa dengan seseorang. Hatinya menjadi tidak keruan bila melihat seorang pemuda mendekati Mira.

“I nak baliklah” ujarnya kepada Rozie.

“You nak pergi mana.. Ni I bawa minuman untuk you ni!” Rozie menghulurkan air minuman itu. Namun tidak di sambut oleh Iqbal.

“I nak baliklah..”

“Masih awal lagilah Iqbal. You nak pergi mana? Lama kita tak pergi clubbingkan. Apa kata malam ni kita pergi?” ujar Rozie dengan lentoknya. Sengaja dia menggoda Iqbal. Mana tahu umpannya akan mengena. Selalu saja dia terlepas perangkap dengan Iqbal. Dan dia berharap kali ini dia akan berjaya. Namun rayuan Rozie langsung tak di endahkan oleh Iqbal.

Amirul hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Rozie. Perempuan ini memang tidak berubah. Kalau bab menggoda dia memang pandai. Namun sayang itu semua tidak menarik perhatian Iqbal. Dan dia bersyukur sangat Iqbal lelaki yang tidak mudah di pengaruhi. Cintanya tetap utuh buat seorang gadis.

“Tak naklah. I tak ada mood nak pergi. You pergilah dengan sapa-sapa je?”

“Yelah Rozie kalau Iqbal tak nak temankan kami nikan ada., Apa yang kurang kat kita orang ni yer? Lagipun tak manis nak ajak suami orang keluar malam. Kami yang bujang ni masih ada lagi” sampuk Fikri pula.

“Hish tak naklah...” jawab Rozie geram. Geram dengan sikap Iqbal Iskandar yang macam tidak mahu mempedulikan dia. Ini mesti gara-gara perempuan kampung tu yang membuatkan Iqbal berubah hati. Tidak mengapa kau tunggulah apa akan aku lakukan katanya di dalam hati.

Iqbal terus berlalu meninggalkan Rozie serta rakan-rakannya disitu. Dia berjalan menuju ke arah Mira dan lelaki yang sedang bersembang dengannya.

“Jom balik. Dah lewat ni” dengan selamba sahaja dia menarik tangan Mira. Mira yang dari tadi asyik bercerita dengan lelaki itu terkejut. Kedua mereka berpandangan.

“I am sorry, I kena balik dulu. See you on the next time” ujar Mira sengaja membakar perasaan Iqbal. Bila sudah jauh dari tempat itu, Mira memprotes.

“Kenapa dengan awak ni? Lepaskan tangan saya. Lepaskan.”

Mira bermohon berkali-kali. Tak cukup dengan itu dia menampar tangan yang kemas memaut lengannya. Namun Iqbal Iskandar tidak mengendahkannya sebaliknya dia terus menarik lengan Mira menuju ke keretanya.

............................................

Dalam perjalan mereka banyak berdiam. Kesejukan aircond yang terpasang itu masih tidak mampu menyejukkan hati Iqbal yang sedang panas kini.

“Siapa lelaki tu?” soal Iqbal garau.

“Lelaki? Oh yang tadi tu? Kawan!” Jawab Mira selamba. Sengaja dia mahu menyakitkan hati Iqbal.

“Sukalah layan jantan lain depan mata abang lagi tu” Iqbal cuba memecah kesunyian antara mereka berdua. Cemburu sudah merajai jiwanya.

Mira merenung wajah Iqbal Iskandar, Cemburu? Hatinya menggeletek tak henti.

“Abang yang tinggalkan Mira sorang-sorang macam orang bodoh boleh pulak?” bentak Mira. Sebenarnya dari tadi lagi dia sakit hati dengan perangai Iqbal yang meninggalkan dia di sudut meja makan. Dia pergi melayan perempuan gedik tu boleh. Kita yang sembang bagus-bagus dengan lelaki lain dia naik cemburu pulak! Gerutu Mira dalam hati.

“Lain kali tak payah nak ajak Mira pergi kemana-mana majlis pun kalau abang nak marah-marah Mira macam ni. Kan dari awal lagi Mira tak nak pergi tapi abang paksa juga. Sekarang nak marah-marah pula. Tak fahamlah Mira ni dengan perangai abang tu.”

‘Sayang tak akan faham dengan perangai abang sebab abang terlalu cintakan sayang. Abang tak nak mana-mana lelaki pun yang rapat dengan Mira. Abang akan rasa cemburu’ Detik hati Iqbal Iskandar. Dia mendiamkan diri. Menyesal kerana membawa Mira ke majlis itu. Alih-alih dia yang makan hati bila melihat kemesraan Mira dengan lelaki lain. Seolah-olah dia tidak wujud di hadapan gadis itu.

Sepanjang perjalanan mereka diam membisu. Sehinggalah sampai di rumah. Masing-masing melayan perasaan sendiri.