Alisha
terperanjat apabila telefon di hadapannya berbunyi. Siapa pula yang call dia time ni? Ketika dia asyik mengelamun ada saja gangguan.
“Helloo..”
perlahan suaranya menyapa.
“Hai
sayang..” Alisha menjauhkan sedikit telefon di telinganya. Kedengaran suara
Zafran ceria di hujung talian. Alisha mengerling jam di pergelangan tangannya.
Apa mimpi lelaki itu menelefonnya?
“Hmm..
Ada apa Encik Haicarl?” soal Alisha bersahaja. Dia mendengar rengusan. Dia
memang sengaja memanggilnya Encik Haicarl.
“Abang
nak ajak keluar..” kedengaran suara Zafran di hujung sana.
“Keluar?
Pergi mana?”
“Pergi
makan tengah hari.. Please..” suara
Zafran merayu. Alisha cuba mencari alasan untuk tidak keluar dengan Zafran.
Malas dia mahu berhadapan dengan muka lelaki itu. Naik menyampah!! Kalau
hari-hari macam ni memang dia boleh naik gila!! Semakin dia mahu melarikan diri
semakin dekat pula Zafran mengejarnya.
“I
dah janji keluar makan dengan kawan..”
“Lelaki
ke perempuan?” suara Zafran bernada cemburu. Entah mengapa semenjak dia bertemu
semula dengan Alisha tidak dapat dia nafikan dia selalu cemburu dengan apa yang
Isha buat atau dengan siapa Alisha keluar dan sebagainya. Sampaikan dia tidak
dapat berfikir hanya kerana wanita yang bernama Alisha itu!!
“Perempuanlah.
Kawan sepejabat..”
“Okey..
Abang tunggu Isha kat bawah sekarang! Kalau Isha tak turun, abang naik ke atas!”
Zafran mengungutnya. Alisha terpempan.
“Tapi..”
“Tut..”
bunyi telefon sudah di letakkan oleh Zafran. Alisha hanya merengus! Kalau dia
tidak jumpa lelaki itu sudah pasti lelaki itu akan mencarinya sampai ke
pejabatnya. Dia terus bangun dan mengambil beg tangannya. Pintu biliknya di
buka. Ternampak pula abangnya juga baru keluar dari biliknya.
“Isha
nak ke mana?” soal Amri.
“Isha
nak jumpa orang..”
“Oh..
abang masuk dululah ya..”
“Okey..”
Alisha terus menuju ke pintu keluar.
Sesampai
sahaja dia di tingkat bawah, matanya terus statik melihat Zafran sedang setia
menantinya di sisi kereta. Zafran Haicarl membuka cermin mata bila melihat
Alisha berdiri di depannya.
Dia
memberi salam. Alisha menjawabnya walaupun dia menunjukkan muka tidak
senangnya. Namun Zafran Haicarl tetap tersenyum manis padanya.
Dia
segera membukakan pintu kereta di bahagian penumpang untuk Alisha. Beberapa
orang gadis yang melihat Zafran dan Alisha tersenyum suka.
“Bertuahnya
kalau boyfriend aku romantic macam
lelaki tu. Dahlah handsome, bergaya
dan gentleman pulak tu..” ujar
seorang gadis yang tidak dapat menahan perasaannya.
“Aku
pun, jelous tengok lelaki yang macam tu.. Bertuah Cik Alisha kitakan?”
Mereka
masing-masing memuji sikap Zafran yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap
wanita.
NAFASNYA di tarik
dalam-dalam. Pandangannya di lemparkan ke luar tingkap. Hatinya bungkam, dengan
perasaan yang resah dan gelisah. Menghadap wajah satu-satunya lelaki yang
paling dia benci bukanlah sesuatu yang mudah. Alisha bengang!!
“Alisha..”
Zafran memanggil dengan nada sedikit mengeluh. Menu di tangannya di letakkan
semula di atas meja. Pandangannya pula tepat berlaga dengan mata yang bersinar
garang itu. Dia tidak bodoh dan dia nampak ada api kebencian di hati Alisha
melalui pandangan itu.
“Alisha..
Tolong jangan buat abang begini? Apa salah abang? Kenapa layan abang macam ni?”
soal Zafran tidak puas hati. Dia ingin tahu dari mana punca keretakan hubungan
mereka berdua. Lima tahun mereka terpisah, Alisha bagaikan berdendam dengan
dirinya. Tetapi apa salah dan silapnya? Kalau ada besar sangatkah kesilapannya
sehinggakan Alisha bersikap begitu?
“Habis
you nak I layan you macam mana? Menghadap you macam raja? Bentang red carpets depan you?” tingkah Alisha
sambil berpeluk tubuh. Pandangan mereka beradu tepat.
Zafran
Haicarl mengeluh perlahan. Sikap dan layanan Alisha benar-benar membuatkan dia
tidak senang duduk. Lama mereka berdua menyepi. Alisha dengan sikap dinginnya,
dan Zafran Haicarl juga begitu. Suasana sunyi namun di dalam hati masing-masing
berperang dengan perasaan yang sangat hebat. Sesekali pandangan mereka berlaga
namun mulut tidak mampu mengeluarkan suara.
Zafran
Haicarl memandang wajah Alisha yang masih termenung memandang keluar tingkap.
Wajah itu masih cantik seperti dulu. Cuma bezanya penampilannya kali ini Alisha
lebih matang dan kemas. Dengan calitan mekap yang nipis, tudung dan pakaian
yang bergaya, wanita ini mampu menarik perhatian banyak mata. Namun bibirnya
yang sedikit mungil itu susah mahu tersenyum. Dan bila memikirkan semua itu
semakin gila dia di buatnya. Rasa cemburu meluap-luap dalam dadanya. Pasti
ramai lelaki yang berminat dengan wanita itu.
“Alisha..
Please bagi tahu abang, apa salah
abang? Kalau ia boleh di perbetulkan abang akan betulkan..” rayu Zafran lagi.
Dia tidak tahu macam mana lagi dia mahu memujuk hati Alisha yang sudah keras
itu. Bagaikan ada sesuatu yang dia buat sampaikan wanita itu terlalu membencinya.
“Apa
salah you? Tanyalah pada diri sendiri! Takkan I nak bagitau apa salah you!”
marah Isha lagi. Dia rasa bagaikan meletup kepala otaknya menahan marah. Kalau
boleh memang dia nak telan hidup-hidup lelaki yang berdiri di depannya
sekarang!
Bimbang
perasaan marahnya tidak dapat di bendung, Alisha terus menolak kasar kerusi
yang didudukinya tadi. Tanpa membuang masa, Alisha mahu terus berlalu. Dia
tidak betah lagi menghadap muka lelaki itu lama-lama. Tolonglah dia ingin benar
menjauhkan diri dari lelaki itu. Tidak sanggup dia memandang wajah yang telah
membawa pergi kebahagiaan dalam hidupnya.
“Alisha!”
Langkah
Alisha mati ketika lengannya di paut oleh Zafran Haicarl. Memang kasar!! Alisha
menjeling tajam!
“Lepaskan
tangan you itu!” ujarnya perlahan. Namun tangan Zafran tetap juga memengang
lengan Alisha.
“I
cakap lepaskan tangan you itu!!” jerit Alisha lagi. Zafran terpaksa mengalah
apabila beberapa orang yang lalu lalang di situ melemparkan pandangan pelik!
“Abang
benar-benar minta maaf. Tapi please
beri peluang pada abang untuk perbetulkan keadaan. Abang tak sanggup berhadapan
dengan keadaan kita macam ni!” Zafran merayu sekali lagi.
“Beri
you peluang? Hei! You kat mana masa I benar-benar perlukan seorang suami di
sisi? You tahu tak apa yang menimpa hidup I selama ini? Oh ya.. Sepatutnya I
tak perlu bagitahu semua itu. Bukan boleh di putar balik pun masa lalu” ujar
Alisha hampir saja mahu menangis bila mengenangkan keperitan hidupnya di saat
lelaki itu meninggalkannya dulu.
“Abang
tahu Isha sangat terseksa. Tapi abang minta, berilah peluang pada abang untuk
menjelaskan perkara yang sebenarnya..” Zafran Haicarl masih tidak berputus asa.
Dia nekad dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan Alishanya kembali. Sejak
dia bertemu dengan Alisha hari itu, dia memang berazam mahu membawa Alisha
kembali dalam hidupnya. Lima tahun dia menantikan saat ini. ‘Jangan harap
sayang akan terlepas dari pandangan abang lagi!’ ujarnya dalam hati.
“After five years?” jawab Alisha dengan
cepat. Mudahnya lelaki ini mahu dia memberi peluang. Tetapi lelaki itu tidak
tahu segala pahit manis yang di laluinya selama lima tahun itu. Dan hari ini,
lelaki itu tiba-tiba muncul pula.
“Please stay away from my life. That all!!”
perlahan Alisha melahirkan kata-kata itu. Dia tidak pasti apakah perasaan
Zafran Haicarl ketika mendengar permintaan itu. Tapi yang pasti Alisha juga
merobek perasaannya sendiri.
“I
balik dulu..” ujar Alisha sambil melangkah pergi meninggalkan Zafran Haicarl
yang masih berdiri di situ. Dia tidak mahu airmatanya gugur didepan lelaki itu.
Alisha
berlalu dan membuka pintu kereta. Namun tanpa di duga, Zafran menutupnya.
Sedikit kasar. Alisha menoleh dan sempat dia memandang wajah Zafran.
“Alisha
please jangan buat abang macam ni,”
Alisha mendengar suara Zafran yang seakan merayu.
“You
tak dengar ke apa yang I dah cakap tadi. Atau you nak I ulangkan. Please stay away from my life..” ulang
Alisha lagi. Dia berharap sangat Zafran tidak akan merayu-rayu kepadanya lagi.
Dia sendiri pun tidak percaya jika dia boleh bertahan lagi. Sekarang pun air
matanya cuba di tahan dari gugur!
Zafran
Haical hanya memandang Alisha yang semakin jauh. Dia rasa sangat sedih. Kenapa
tiba-tiba Alisha jadi bencikan dirinya. Adakah kerana dia sudah mempunyai
pengganti dirinya atau dia tidak bemaksud begitu! Arrgh!! Fikirannya jadi kusut
sekarang ini.
TUBUHNYA di hempaskan
di sofa. Matanya di pejamkan. Entah mengapa lelaki itu telah muncul dalam
hidupnya. Sekian lama dia menyimpan segala rasa duka dihati, tetapi hari ini
segalanya bagaikan berlumba-lumba mahu lompat keluar. Sesak dadanya menanggung
kesedihan yang bukan sedikit. Semuanya kerana gara-gara lelaki yang bernama Zafran
Haicarl itu!
Zafran
Haicarl... Sekali lagi dia teringat nama yang telah menghancurkan hati dan
perasaannya. Persoalannya mengapa baru sekarang dia muncul kembali dalam
hidupnya. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi semuanya lagi.
“Mama,
kenapa mama menangis ni?” soal Akif. Dari mamanya sampai, mamanya langsung
tidak bertegur dengannya. Malah mamanya duduk di kerusi itu dan termenung. Dia
melihat mamanya mengesat air mata.
“Mama
tak menangis sayang. Ada habuk masuk mata mama..” ujar Alisha sambil mengesat
baki air matanya. Tidak mahu di kesan oleh anak kecilnya itu.
“Mari
sini Akif tiup..”
“Mari
sayang.. Mata mama sakitlah..” ujar Alisha lagi. Sesungguhnya dia rasa terhibur
juga dengan kaletah anak lelakinya itu.
Setelah
habis meniup, Akif tersenyum. Begitu juga dengan Alisha. Terbang segala masalah
yang di fikirkannya sebentar tadi.
“Amboi,
sukanya Akif. Buat apa tadi?” kedua mereka terkejut bila di sapa oleh Amri.
“Tak
adalah babah. Akif cuma tiup mata mama?”
“Kenapa?”
“Mata
mama masuk habuk. Akif tolong tiuplah. Macam mama sesalu buat kat Akif..” jawab
si kecil itu. Namun babahnya melihat mamanya terdiam. Pasti ada perkara yang membuatkan
Alisha diam begitu.
“Pandainya
anak babah..” puji Amri lagi. Dia melihat Akif turut tersenyum. Budak-budak
memang suka di puji. Lagipun Akif sahajalah penghibur mereka dalam rumah itu.
ZAFRAN pergi berjumpa
dengan Shahrul di rumahnya. Dia sudah buntu dengan masalah yang di alaminya
dengan Alisha. Ingatkan bila dia bertemu dengan Alisha kembali, dia akan dapat
hidup bersama seperti dulu. Tetapi dia sudah silap perhitungan.
“Shah,
aku dah jumpa Alisha” ujar Zafran kepada sahabatnya itu. Dia tahu pasti
sahabatnya juga akan berasa gembira kalau mendengar berita itu.
“Dah
jumpa kat mana?” soal Shahrul lagi dengan girang. Memang tidak salah tekaan
Zafran tadi. Dia tersenyum hambar.
“Kat
sinilah.. Tapi dia masih...”
“Kenapa?
Zaf dengan dia ada masalah ke?”
“Entahlah..
Zaf nampak dia macam bencikan Zaf. Dan dalam masa yang sama Zaf masih percaya
yang dia masih cintakan Zaf..”
“Biasalah
tu.. Dengan apa yang berlaku selama lima tahun ni, memang wajarlah dia bersikap
sedemikian. Dia masih marah lagi tu. Kau pujuklah dia baik-baik. Dengan
keikhlasan kau nanti pasti dia akan memaafkan kau. Cuma kau mesti banyak
bersabar. Beri dia waktu. Minta petunjuk dari Allah. Itu jangan lupa.” Shahrul
menasihatinya. Zafran mengangguk!
“Aku
tahu. Tapi aku tak sanggup tengok dia memandang aku dengan perasaan penuh
benci. Aku betul-betul sayang dan cintakan dia. Aku tak nak kehilangan dia
lagi..”
“Aku
faham dengan perasan kau. Tapi kau kena banyak bersabar. Berdoa banyak-banyak.
Minta tuhan bukakan pintu hatinya untuk kau.. Tapi kau jangan terlalu mendesak
dia sangat.. Nanti dia bertambah benci lagi..”
“Terima
kasih atas pertolongan kau selama ini.”
“Itu
tak setanding masa kau tolong aku dulu-dulu. Nasib baik, punya seorang kawan
yang baik macam kau. Inilah masanya aku membalas jasa baik kau.. Cuma aku nak
ingatkan kau berdoalah pada DIA agar Alisha kembali ke pangkuan kau. Dah lama
kamu terpisah.. mestiah dia rasa tak selesa. Janji kau jangan putus asa
saja.”
“Memang
aku selalu mendoakan agar di bukakan pintu Alisha untuk menerima aku kembali.
Aku tak boleh hidup tanpa dia lagi. Lima tahun ni pun aku dah rasa sangat seksa
sekali. Kau pun tahukan?”
Shahrul
mengangguk. Memang dia nampak segala perjalanan hidup Zafran Haicarl sejak di
tinggalkan Alisha lima tahun dulu. Dan sekarang tibalah masanya Zafran
menikmati rasa bahagia. Dan dia sebenarnya berhak bahagia bukan derita seperti
yang di alaminya selama ini.
SELEPAS
balik dari berjumpa dengan Shahrul, Zafran terus mandi. Dia mahu melelapkan
matanya. Namun setelah sejam matanya masih tidak mahu tidur. Dia terus bangun
menuju ke tingkat bawah. Dia mahu membuat air milo. Mungkin selepas minum nanti
matanya boleh terlelap. Dia duduk di meja dapurnya. Entah kenapa dia masih lagi
teringat peristiwa siang hari tadi. Dia bena-benar terkilan dengan sikap
Alisha. Kenapa Alisha sangat membenci dirinya? Sehinggakan tiada peluang
langsung untuk dia mendekati wanita itu.
“Jauhnya
Zaf termenung..” sapa papanya Tuan Razman.
“Eh
papa.. tak adalah. Banyak kerja yang Zaf perlu fikirkan..” jawab Zafran menutup
rasa di hati. Dia tidak mahu papanya merasa serba salah. Dia sudah berjanji
pada dirinya yang dia akan mejaga hati dan perasaan papanya. Lagi pun sekarang
kesihatan papanya tidak begitu mengizinkan.
“Zaf,
papa nak balik esok..” akhirnya uan Razman memberitahu sesuatu. Zafran Haicarl
terkejut.
“Hah!
Cepatnya pa.. Duduklah sini lama sikit..” pujuk Zafran lagi. Dia sedar dia
tidak ada masa untuk menemaninya di rumah tetapi papanya pasti faham pekerjaan
seperti dia itu.
“Papa
pun banyak kerja nak di buat kat sana tu.. Papa tak boleh cuti lama-lama..”
balas Tuan Razman. Dia tidak mahu Zafran terfikir yang bukan-bukan. Mereka
berdua sebenarnya masing-masing sibuk dengan hal kerja.
“Tapi
papa.. Zaf belum puas nak duduk bersembang dengan papa..”
“Hish
anak ayah ni.. Dah besar panjang nak bermanja juga dengan papa..” usik Tuan
Razman lagi. Zafran hanya ketawa mendengar usikan papanya. Memang dia rindukan
kemesraan seperti sekarang. Rasanya sudah lama dia tidak ketawa begitu dengan
papanya.
“Ada
masa nanti Zaf baliklah ke sana jumpa papa..”
“Insyaallah
pa..” balas Zafran lagi. Tenang sedikit hatinya bila dia dapat bersembang
dengan papanya.
bestnye cte nie cpt bku kn dia xsbr nk thu ape ksdah cte dorg nnt..hhehehe
ReplyDeleteTerima kasih. Saya hanya cuba yang terbaik.
DeleteKalau baca kisah ni dari awal macam tak sesuai je Alisha ni benci sangat kat Zafran.
ReplyDeleteX de kelanjutan lg ke??
ReplyDelete