Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 22 January 2013

Ada Dia Di Hati 2


Malam itu Zafran Haicarl menunggu Mak Jah bersiap untuk ke majlis kahwin di kampung sebelah. Dia sudah berpakaian kemas. Malam itu dia kelihatan sungguh kacak! Sofia hanya mampu menjeling wajah itu!

Mereka terus bertolak apabila Mak Jah sudah bersiap. Takut lambat kata Mak Jah. Dan dalam diam dia berharap akan berjumpa dengan gadis tepi pantai hari itu. entah mengapa ada sesuatu yang menarik minatnya pasal gadis itu.

Dalam kenduri kahwin itu, Zafran berjalan di belakang Mak Jah. Kiranya Mak Jah memang terkenal juga di kampung itu. Sebab ramai makcik-makcik yang bersalaman dengannya dan menegurnya.

Mata Zafran meliar mencari gadis itu. ‘Tak kan dia tak datang kot? Tapi tak hairan juga kalau dia jenis yang tak suka pergi ke majlis macam ni!’gumam hati Zafran.

“Isha.. sini!” jerit Shikin. Dia melambai-lambai kearah Isha yang baru datang dengan Mak Limah. Dari tadi lagi dia menunggu kedatangan Alisha.

“Hish.. perangai. Malulah sikit. Nanti orang ingat apa!” marah Alisha pada teman baiknya.

“Sini.. cuba kau tengok laki tu.. Yang pakai baju biru laut tu? Handsome tak?” soal Shikin. Mata Isha mencari-cari gerangan yang di maksudkan oleh Shikin. Lelaki yang pakai baju biru laut?

“Tu.. yang berdiri di tepi Mak Jah tu.. Itulah lelaki yang aku cakapkan hari tu..” memuncung mulut Shikin memberitahu.

‘Alamak! Bukan ke itu lelaki yang dia tolong di tepi pantai tempoh hari ke? Kenapa dia ada di sini? Dan kenapa dia berdiri di tepi Mak Jah?’ Dia mendiamkan diri sambil bersembunyi di belakang Shikin.

“Isha!! Isha!! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” marah Shikin. Dia geram dengan sikap Alisha yang tidak pedulikan kata-katanya sebentar tadi! Namun dia hairan bila melihat Alisha bersembunyi di belakangnya.

“Awak ni kenapa?” soalnya hairan!

“Senyaplah!!” bisik Isha lagi. Dan Shikin mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah lelaki yang kacak itu. Tapi kenapa Alisha seperti takut di lihat oleh lelaki itu.

Zafran Haicarl hanya tersenyum bila dia menangkap tubuh yang sedang bersembunyi di belakang insan lain. Entah mengapa matanya sempat menangkap wajah yang di carinya itu.

“Hei dia senyum kat akulah!!” ujar Shikin. Alisha hanya berdiam diri.

“Hishh.. Diamlah.. Nanti dia nampak aku!!” balas Isha pula.

Dia menarik tubuh Shikin agar lari dari tempat itu. Namun Shikin tetap juga tidak berganjak dari situ. Alisha perlahan-lahan melangkahkan kaki lari dari situ. Sekali lagi Zafran HAicarl tersenyum. Dia melihat gadis itu berlalu dari belakang kawannya. ‘Kemana dia nak pergi?’ bisik hatinya.

“Isha.. Dia senyum kat aku lagilah..” suara Shikin separuh menjerit! Namun bila dia berpaling, Isha sudah hilang dari belakangnya. ‘Hish, kemana pula dia pergi ni?’ gumam Shikin keseorangan di situ!

.....................................................

Sudah puas Alisha cuba melarikan diri dan menyembunyikan diri namun dia sendiri pula jadi lelah. Akhirnya dia berdiri di satu sudut yang terpencil dari tetamu yang ramai itu.

“Hai sweet girl?” sapa Zafran. Alisha menoleh. Terkejut dia melihat lelaki itu berdiri betul betul di belakangnya. Baru saja tadi dia mahu melarikan diri dari pandangan lelaki itu. Kini lelaki itu sudah ada di depannya.

“Asalamuailikum...”  jawab Alisha sebaliknya. Zafran Haicarl tersenyum. Malu dengan diri sendiri. Sebagai orang islam dia sepatutnya menegur gadis itu dengan memberi salam. Perlahan-lahan dia menjawab salam si gadis itu.

“Kenapa bersembunyi kat sini? You takut dengan I ke? I tak makan oranglah” gelak Zafran lagi.

“Eh!! Mana ada? Saja je nak jauh sikit. Di sanakan sesak dengan tetamu. Encik tak nampak ke?”  jawab Alisha dengan gelabah. ‘Hish mamat ni.. suka nak buatkan aku terkejut. Nasib baik aku tak ada sakit jantung..” bebel Isha dalam hati.

“Oh ya ke? So what should I call you sweet girl?” soal Zafran sambil tersenyum-senyum dan memandang tepat ke mata gadis itu. ‘Dia ni masih tak berputus asa mahu mengetahui nama aku kot?’ bisik Alisha.

Bertambah meluat lagi bila dia mendengar lelaki itu berbicara dalam bahasa Inggeris. Lelaki ini sudah tak tahu berbahasa melayu lagikah? Mungkin dia ingat nampak mancholah bila berbahasa Inggeris. Menyampah betullah!!

“Dah tak reti nak berbahasa Melayu ke?” soalnya pada lelaki itu.

Lelaki itu ketawa besar sebaik saja mendengar kata-kata Alisha. Alisha membeliakkan matanya, tanda protes dengan tawanya. Alisha tidak tahu apa yang kelakar dengan soalannya tadi sampai lelaki itu boleh tergelak kuat sekali.

Alisha merenung lelaki itu dengan renungan tajam. Rasanya ingin saja dia menelan lelaki itu hidup-hidup. Atau mungkin lelaki ini kurang siuman kot. Dia tak tau ke yang ini kenduri kahwin bukannya pertandingan siapa ketawa kuat!

Why? Don’t you understand English?” soal lelaki itu pada Alisha. Semakin galak pula lelaki itu mengenakan dirinya.

 Suka sangat nak pandang rendah pada dia yang sekadar budak kampung. Kalau di ikutkan hati nak saja aku nak balas balik dengan menggunakan bahasa Inggeris tapi nak buat apa. Kalau sekadar nak menunjuk-nunjuk. Lagipun aku akan cakap melayu dengan orang yang tahu bahasa melayu. Dan begitu juga sebaliknya. Dia ni ingat dia seorang saja ke yang pandai cakap English. Bagi Alisha lelaki ini sudah melampau.

“Kalau macam tu, saya berbahasa melayu saja dengan awak.” Makin galak pula lelaki itu mengenakan Alisha.

“Jadi, macam mana saya nak panggil awak?” desak lelaki itu terus pada Alisha apabila melihat Alisha masih mendiamkan diri.

“Panggil jelah apa-apa. Asal jangan panggil yang pelik-pelik sudah.”

“So I masih kena panggil you sweet girl sajalah..” ujar Zafran sambil tersenyum.

“Mmmm..” jawab Alisha.

“Alisha.. Jom kita balik..” Mak Limah mengajak Alisha balik. Dia tidak sedar ada lelaki yang sedang berdiri di depan anaknya itu. Alisha mengangguk. ‘Alamak! Ibu dah sebut namanya tadi. Pasti lelaki itu sudah tahu namanya.’

“Makcik, boleh saya berkenalan dengan anak Mak cik?” soal lelaki itu. Hishh! Gentlemannya dia! Kalau Shikin tahu memang dia pengsan punyalah!! Sebab tadi Shikin yang terlebih aksi bila melihat lelaki itu dari jauh.

Alisha menjengilkan mata. Terkejut mendengar soalan yang keluar dari bibir lelaki itu.’ Dia nikan sengaja nak kenakan aku.’ Getus hati Alisha.

“Anak ni siapa? Makcik tak pernah nampak pun sebelum ini?” ujar Mak Limah ramah. Dia pun hairan bila menyedari lelaki itu berdiri didepan anaknya tadi.

“Nama saya Zafran Haicarl. Pangil Zaf pun boleh. Saya sebenarnya baru sampai kawasan sini. Saya dengar kampung ni buat kenduri sebab itulah saya datang ke sini..” jawab Zafran dengan ramah.

“Oh.. macam tu. Saya Mak Limah. Ini anak saya Alisha.  Kami panggil dia Isha. Dia memang macam tu. Kasar sikit.. Maafkan dia ya..” Mak Limah mewakili anaknya memperkenalkan diri.

“Oh Tak apa makcik. Saya faham. Saya ni orang luar mungkin sebab itu dia tak suka kat saya kot..” balas Zafran sambil tersenyum. Namun matanya tetap memandang wajah gadis yang berada di sebelah Mak Limah itu. Ayunya dia.

“Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih pada Alisha sebab tolong saya hari tu.”

“Bila pula tu? Tolong apa?” soal Mak Limah kehairanan.

“Hari tu tepi pantai. Kaki saya kena sengat. Dia yang tolong saya hari tu. Tapi saya langsung tak sempat nak tanya nama dia...” ujar Zafran Haicarl sambil tersenyum. ‘Berbudi bahasa juga anak muda ni. Ingatkan dah lupa adab sopan.’ Baru Mak Limah teringat di mana Alisha balik lewat petang itu. Masa itu dia ada cakap yang dia menolong orang. Mungkin itu yang di maksudkan lelaki ini.

“Tak ada apalah. Bukannya salah pun tolong orang yang dalam kesusahan..”

“Ibu jom kita balik..” ujar Alisha. Dia rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang. Malu pun ada bila teringatkan sampai termimpi-mimpi wajah lelaki itu. Dan hari ini dia tiba-tiba ada di depannya.

“Kami balik dululah ya. Dah lewat dah ni..” ujar Mak Limah pula.

“Biar saya hantar makcik dan anak makcik balik rumah..” Zafran mula mempelawa. Mak Limah hanya tersenyum. Seganlah nak naik kereta besar dengan anak muda ni.

“Tak apalah. Terima kasihlah. Rumah kita orang dekat je..”

“Jomlah naik sekali.. Ini anak majikan saya.. Jangan malu.” sampuk Mak Jah yang datang entah dari mana pula. Baru Mak Limah tahu siapa gerangan anak muda itu. Patutlah macam pernah nampak rupa-rupanya dia anak kepada pemilik chalet di sebelah sana. Anak Tuan Razman!

Alisha tetap berkeras tidak mahu menaiki kereta itu. Segan katanya di bisikkan ke telinga ibunya. Benar juga kata Alisha, nanti apa pula kata penduduk kampung kalau mereka tumpang kereta Zafran.

...........................................

Dalam perjalanan, Mak Jah dan Zafran masing-masing membisu.

“Sejuk mata memandang anak gadis Mak Limah tukan?” ujar Mak Jah ketika dia berada dalam perut kereta itu. Zafran hanya tersenyum. Nampaknya Mak Jah pun sukakan gadis itu.

“Zaf suka kat dia tak?” soal Mak Jah kepada Zafran. Zafran Haicarl hanya tersengih-sengih. Entahlah dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh terpaut pada seraut wajah itu.

“Entahlah mak. Zaf rasa yalah kot!” guraunya.

“Eh anak bertuah ni, kalau maklah, memang Is..Is.. Apa nama dia?”

“Isha. Alisha..” dengan cepat Zafran menjawab persoalan maknya dengan cepat.

“Mmm cepatnya Zaf jawab!” usik Mak Jah. Dia melihat senyuman di bibir Zafran.

“Mak.. janganlah nak usik Zaf..”

“Zaf malu ke? Kalau Zaf berkenan, bincang dengan papa Zaf, kita pergi hantar rombongan. Tak payah nak tunggu lama-lama.. Manalah tau nanti di kebas orang. Orangnya cantik, bersopan pula tu” Mak Jah memberi cadangan yang memang boleh di pakai. ‘Alamak.. tak terlalu cepat ke?’ bisik hati Zafran.

“Tunggu dululah semua urusan Zaf dah selesai. Kalau memang ada jodoh tak kemana kan mak?” Mak Jah hanya tersenyum mendengar jawapan dari Zafran. Sekurang-kurang anak muda itu sudah terbuka hatinya untuk menerima insan lain dalam hidupnya. Dalam diam dia berdoa semoga Zafran menemui orang yang benar-benar ikhlas menyintainya. Bukannya kahwin hanya kerana harta seperti bini baru majikannya.

..............................................

Shikin singgah sekejap ke rumah Alisha. Entahlah dia tak dapat nak lupakan lelaki yang di lihatnya dalam majlis malam tadi. Dia bagaikan orang mabuk cinta. Sejak dia terpandangkan lelaki yang datang ke kenduri kahwin malam tadi dia bagaikan orang mabuk rindu. Pada sahabatnya itulah tempat dia meluahkan ceritanya.

“Wei handsome betullah lelaki yang datang masa kenduri hari tu. Dia senyum-senyum kat aku. Mungkin dia suka kat aku kot! Alangkah bagusnya kalau dia jadi boyfriend aku..” ujar Shikin. Dia masih menjerit seronok. Dalam kampung ini mana ada lelaki yang kacak macam lelaki itu.

“Hish!! Muka tak malu!! Mana kau tau kalau dia suka kat kau? Dia senyum tak semestinya dia suka kat kau!” ujar Isha lagi. Kalaulah Shikin tau apa yang terjadi, pasti kawannya itu tidak berani nak berangan jauh.

“Betul Isha.. Aku dah syok kat dia! Kalau dia sudi jadi boyfriend aku memang aku akan ikut je cakap dia”

“Kau ni belum apa-apa dah mabuk cinta. Belum lagi kalau dia betul-betul. Rasanya kau akan gila kot!” balas Isha. Malas betul dia nak melayan perangai Shikin yang makin mengarut-ngarut.

“Kau janganlah cakap aku macam tu. Tapi aku memang dah falling in love dengan lelaki tu. Dahlah kacak, bergaya dan dia kaya pulak tu! Kalaulah dia jadi suami aku memang aku tak pandang yang lain dah!!”

“Dah mula nak beranganlah tu!!”

“Isha, aku kena pergi kedai ni. Lupa pula yang mak aku suruh pergi beli lauk tadi..” Shikin baru teringat yang Mak Piah suruhnya pergi ke kedai membeli lauk.

“Okeylah. Baik-baik jalan tau..” pesan Alisha kepada sahabat baiknya itu.

“Okey.. Shikin jalan dulu..”

Dengan cepat, Shikin mengayuh basikalnya menuju ke kedai Pak Ali. Dia mahu cepat-cepat membeli barang untuk di bawa balik ke rumah. Namun dalam perjalanan, sebuah kereta mewah berhenti di tepinya. Tingkap cermin kereta itu di turunkan. Alangkah terkejutnya Shikin apabila melihat siapakah gerangannya itu.

“Adik..”

“Abang panggil saya ke?” soal Shikin. Lelaki itu mengangguk.

“Panggil saya Shikin” cepat Shikin memberitahu namanya.

“Kalau boleh abang tanya sesuatu pada adik?” soal lelaki itu.

“Nak tanya apa bang? Kalau saya boleh jawab saya akan jawab..” ujar Shikin teruja. Baru tadi dia singgah di rumah Alisha bercerita tentang lelaki itu dan sekarang lelaki itu benar-benar terpacak di depannya. Rasanya dia macam bermimpi!!

“Nama abang Zafran. Tapi adik boleh panggil abang Zaf. Begini, saya nak berhubung dengan kawan awak tempoh hari tu?”

“Alisha.. Isha?” Shikin bertanya dengan cepat. Mana ada kawan dia yang lain yang rapat dengan dirinya. Hanya Alisha sahaja!

“Mmmm.. dialah tu..”

“Abang nak tanya apa?”

“Macam mana saya nak berhubung dengan dia? Dia ada nombor telefon tak?” soal Zafran Haicarl.

Shikin menggelengkan kepalanya. Sedangkan dia sendiri pun terpaksa berkunjung ke rumah Alisha jika ada sesuatu yang ingin di kongsikan cerita atau lain-lain. Puas juga dia menyuruh Alisha membeli telefon bimbit. Tapi kata Alisha dia tidak mahu membazirkan duit.

“Habis tu macam manalah?” soal Zafran bila melihat gadis itu menggelengkan kepalanya.

“Kawan saya tu pelik sikit. Dia tidak suka pakai telefon bimbit. Lagipun katanya membazir nak beli telefon bimbit. Saya selalu pergi ke rumahnya kalau ada apa-apa. Dan begitu juga di sebaliknya.

“Boleh Shikin tolong abang tak?” soal Zafran lagi. Dia pun pelik dengan sikap gadis yang di temuinya di tepi pantai hari itu.

“Beginilah bang, abang tulis kat kertas apa yang abang nak tulis, esok Shikin pergi hantar kat dia.” Zafran Haicarl  aic arl mengangguk. Bagus juga idea gadis itu. Lalu dia masuk semula dalam keretanya. Dia mencari kertas dan pen. Mahu menulis sesuatu bagi pada gadis pantai itu. Selepas menulis sesuatu, kertas itu di lipat. Kemudian dia keluar dari dalam keretanya. Kertas itu di hulurkan pada Shikin.

“Harap Shikin dapat bagi pada Isha secepat mungkin. Petang esok abang akan tunggu dia di tepi pantai itu...”

“Okey.. nanti Shikin akan sampaikan pesanan abang tu..”

“Terima kasih..” ucap Zafran. Shikin hanya tersenyum. Beruntungnya kau Isha. Lelaki pujaan aku ni minat kat kau! Bisik hati Shikin.

“Sama-sama.. Shikin balik dululah ya, takut mak Shikin tertunggu-tunggu nanti..” seraya itu Shikin mengayuh basikalnya menuju ke rumahnya. Dia bimbang nanti emaknya membebel kerana lambat bawa lauk untuk di masak petang itu.

.............................................

Shikin terus menuju ke rumah Alisha apabila dia teringat lelaki yang menemuinya semalam. Merayu-rayu lelaki itu meminta nombor telefon Alisha. Tetapi sayangnya Alisha tidak mempunyai telefon bimbit. Shikin duduk di sebelah Alisha. Dia asyik tersenyum dari tadi lagi. Nampak dia gembira sangat.

“Awak ni kenapa? Tersengih-sengih dari tadi lagi.” Soal Alisha sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di tepi Shikin.

“Semalam lelaki itu jumpa aku. Kau nak tahu kenapa dia jumpa aku?”

Alisha menjungkitkan bahunya. “Entah mungkin dia nak ngorat kau kot.” Itu saja jawapan yang terlintas di fikirannya. Dia teringat bagaimana Shikin terlalu teruja bila melihat lelaki yang di maksudkannya itu.

“Ish.. Kau ni tak tahu dek untung tau. Kalau dia nak kat aku memang aku tak tolak punya.” Pantas Shikin menutup andaian Alisha.

“Mamat tu nak jumpa aku sebab dia nak tahu nama penuh kau dan nombor telefon.”

“Bila?” soal Alisha seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Masa aku balik dari kedai Pak Ali. Aku rasa dia minat kat kaulah. Entah-entah dia nak ngorat kau” usik Shikin dengan senyuman nakal yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“Jangan nak merepeklah..”

“Kau nak tahu semalam dia ada minta nombor telefon kau kat aku.. Tapi aku cakap kau tak ada telefon bimbit. Dia nampak macam kecewa sikit.” Ujar Shikin kepada Alisha.

“Nak buat apa dia nak tanya semua tu? Lagipun aku pun tak kenal sangat dengan dia?” ujar Alisha yang duduk bersantai di luar rumahnya.

“Ala biasalah tu. Dia nak ngorat kaulah tu. Beruntungnya kau dalam diam ada orang minat.  Dahlah handsome kaya pulak tu!! Hish kau ni langsung tak bersyukur!!”

“Nak bersyukur amendenya. Bukannya terus dapat kahwin dengan dia pun!” tempelak Alisha.

“Kalau memang kau ada jodoh dengan dia macam mana?”

“Kalau memang dah jodoh aku, terima sajalah..”

Shikin tersenyum mendengar jawapan dari mulut Alisha. Memang benar juga kata Alisha. Kalau memang ada jodoh tak ke mana.Ada Dia Di Hati

1 comment: