Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 21 February 2014

Kau Rantai Hatiku 37



AMIR dan Arin Natasha berjumpa dengan Tengku Elman seperti yang di janjikan. Tempat itu memang jauh dari tumpuan orang ramai. Biar macam mana pun mata Tengku Elman tetap berwaspada dengan orang sekeliling. Manalah tahu Datin Melinda menyuruh orang mengintipnya. Sebab sejak kebelakangan ini, Isabella memang selalu bergaduh dengannya kerana curiga dengan sikapnya.

Dari jauh dia melihat Amir dan Arin sudah sampai. Segera dia melambai-lambai ke arah mereka. Biarlah mereka dapat nampak dirinya yang duduk di situ.

“Ceria wajah kau hari ni..” usik Amir. Dia dari tadi melihat Tengku Elman asyik tersenyum-senyum. Arin Natasha juga tersenyum mendengar gurauan dua sahabat itu.

“Mestilah aku gembira..” ujar Tengku Elman lagi. Siapa tidak gembira bila orang yang di sangka sudah mati, rupa-rupanya masih hidup. Terasa penantiannya selama ini tidak sia-sia. Kalau mereka tahu perkara sebenarnya bagaimana reaksi mereka agaknya!

“Kenapa? Sebab kau akan kahwin dengan Isabella tak lama lagikan?” tebak Amir lagi. Akhirnya Tengku Elman sudah tersedar dari mimpi. Dan dia bersyukur sekiranya sahabatnya itu sudah dapat menerima kenyataan. Hidup itu harus di teruskan walau apa pun yang terjadi! Tengku Elman tersentak! Namun dia tersenyum kembali.senyuman yang terbit di bibirnya itu membuatkan kedua insan itu kehairanan.

“Bukan pasal itulah..” jawab Tengku Elman dengan cepat.

“Habis, kalau bukan pasal tu pasal apa lagi? Ada perkara lain ke selain dari hal perkahwinan kamu berdua?” soal Amir dengan perasaan ingin tahu.

“Sebenarnya, aku ada sesuatu nak cakap.. Aku nak korang berdua dengar baik-baik..” perlahan-lahan Tengku Elman mengatur nafas. Dia memandang sekeliling. Manalah tahu ada orang berada dekat dengan meja mereka yang dia kenal.

“Cakaplah. Apa dia? Aku pula yang jadi takut mendengarnya..” usik Amir. Memang dari dulu lagi sikapnya suka mengusik!

“Sebenarnya Ariana masih hidup!” ujar Tengku Elman perlahan.

What?” kedua insan itu menjerit serentak.

“Ya.. mungkin kamu berdua terkejut mendengar.. Tapi aku lagilah tak sangka. Orang yang aku sangka sudah mati rupa-rupanya masih hidup..” kedengaran Tengku Elman menghela nafasnya.

“Macam mana ini boleh berlaku? Memang ada kejaiban!!” tiba-tiba Arin mencelah. Dia pula terasa teruja mendengar cerita dari mulut Tengku Elman. Dia mahu tahu cerita yang sebenarnya.

“Sebenarnya orang yang kita kenal sebagai Humaira itu memang Ariana. Sebab itu namanya memang Ariana Humaira… dan memang kita tak sangka yang dia masih hidup kerana letupan itu. Tapi tuhan masih sayangkan dia..” terang Tengku Elman perlahan-lahan. Dia tahu kedua insan di depannya itu terkejut mendengar kata-katanya.

“Kalau Humaira itu Ariana, kenapa dia tak nak mengaku dirinya Ari?” soalan Amir itu membuatkan Tengku Elman tersenyum lebar.

“Manusia memang di duga dengan pelbagai cara. Contohnya Humaira. Dia mengalami penyakit amnesia. Panjang ceritanya.. Lagipun nama Humaira di gunakan untuk keselamatan dia..” kini barulah kedua insan di depannya itu mengangguk! Mereka mula faham dengan apa yang Tengku Elman katakan.

“Apa yang sebenarnya berlaku? Macam mana pihak hospital boleh mengesahkan itu mayat Humaira?” soal Amir lagi. Ada perkara yang harus dia siasat selepas ini.

“Sebenarnya, Humaira telah di selamatkan oleh Pak Teh. Pemandu Dato Farid. Kau ingat tak dengan Pak Teh?” soal Tengku Elman kepada Amir.

“Pak Teh? Ingat!!” ujar Amir mengangguk.

“Tapi, apa kaitan Pak Teh dengan hal ini?” sambung Amir lagi. Tengku Elman tersenyum. Memang kawannya itu soal siasat dia macam polis. Tapi memang pun itu kerjanya.

“Masa itu Mak Teh terdengar perbualan telefon Datin Melinda yang mahu mengupah orang untuk melanggar Ira di malam kejadian.. Lepas itu Mak Teh beritahu pada Pak Teh agar mengekori Ira. Memang betul, orang-orang upahan itu mengekori kereta Humaira sejak dia keluar dari rumah. Sampai di satu tempat sunyi mereka pun menjalankan seperti yang di arahkan. Nasib baik Pak Teh sempat menyelamatkan Humaira. Dia sengaja menanggalkan cincin perkahwinan di jari Humaira dan dompetnya. Kemudian Pak Teh terus membawa Humaira ke hospital. Masa kereta itu meletup, Pak Teh tak tahu ada mangsa lain pula yang terkena.”

“Jadi, kenapa selama ini mereka menyembunyikan Humaira dari awak?” soal Amir dengan lebih lanjut. macam menarik saja kisah kawannya yang seorang itu.

“Masa itu Humaira koma selama enam bulan. Lepas itu bila dia sedar, dia amnesia. Sebab itulah dia tidak kenal dengan kita. Lagi pun selepas hal itu berlaku aku terus pergi ke London” terang Tengku Elman.

“Jadi maksudnya memang Datin Melindalah yang punya angkara?” soal Amir lagi. Kes ini boleh di buka semula kalau Tengku Elman mahu! Dan keadilan harus di tuntut!! Geram pula dia dengan manusia seperti Datin Melinda. Kalau betullah Datin Melinda ada kaitan dengan kes ini dia tidak akan lepas tangan!

Perlahan Tengku Elman Qaufar mengangguk. Dia pun tidak tahu kenapa Datin Melinda berdendam dengan Ariana.

“Apa motif dia nak bunuh Humaira?” soal Amir. Dia hairan. Dia sangat kenal dengan Ariana sejak mereka di bangku sekolah lagi. Gadis seperti Humaira itu sangat baik, peramah dan tidak sombong. Mungkin kerana kebaikan itu, dia menjadi mangsa kebencian Datin Melinda.

“Itulah yang aku tak tahu! Kenapa dia sanggup mahu membunuh Humaira? Rasa mahu pecah aku memikirkannya. Dan aku benar-benar bimbang dengan keselamatan Humaira” keluh tengku Elman resah. Sekarang hanya mereka bertiga sahaja yang tahu Ariananya masih hidup. bagaimana kalau suatu hari nanti rahsia mereka akan terbongkar?

“Sekarang Tengku dah tahu Humaira masih hidup. Habis macam mana perkahwinan Tengku dengan Isabella? Tengku nak teruskan juga ke?” Arin bertanya lagi. Dia rasa tak mungkin Tengku Elman akan meneruskan majlis perkahwinannya Isabella, walupun majlis itu akan berlangsung tak lama lagi. Dia tahu Tengku Elman sangat cintakan Humaira. Dari wajah Tengku Elman dia sudah dapat tahu. Kalau Tengku Elman masih meneruskan majlis perkahwinan itu, kesianlah dengan Humaira.

“Itu yang aku fikirkan sekarang. Tapi yang pasti, aku tidak akan berkahwin dengan Isabella. Lagi pun aku tak cintakan dia.. Tapi aku ada perancangan aku sendiri!”

“Apa rancangan kau? Manalah tau nanti aku boleh tolong..” kini giliran Amir pula yang menawarkan diri. Dia mahu insan yang menghancurkan hidup sahabatnya itu akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang di lakukan terhadap Humaira dan juga Tengku Elman.

Tengku Elman Qaufar memberitahu rancangannya. Dia mahu membongkar segala kegiatan jahat Datin Melinda. Dia sendiri seperti tidak percaya yang Datin Melinda sanggup membunuh Humaira, wanita yang paling dia kasihi dan sayangi. Tapi dia harus menegak kebenaran untuk isterinya. Kata-kata Pak Teh tempoh hari seolah-olah mendorong dia agar perbuatan Datin Melinda di bongkarkan! Amir hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Yang pasti selepas ini, Humaira harus berhati-hati. Dia pasti kalau rahsia ini terbongkar, pasti Datin Melinda akan mengupah orang untuk membunuh Humaira buat kali keduanya. semua itu tidak mustahil!

“Awak harus berhati-hati. Manalah tahu rahsia Humaira terbongkar nanti. Kita pun tak tahu apa yang akan Datin Melinda lakukan. Dan awak pun harus cari doktor pakar untuk merawat Humaira..” Amir memberi cadangan.

“Itu sudah tentu. Aku rasa gembira dan bahagia sangat bila mengetahui dia masih hidup. Aku bersyukur.. Pada dua insan yang bersusah payah menolong Humaira itu.. memang budi mereka tak dapat aku balas...”

“Jadi setiap malam awak boleh tidur lenakan?” usik Amir lagi.

“Mestilah.. bukan mudah aku nak tidur lena seperti sekarang ini. Kalau kau nak tahu, dah lima tahun aku tak dapat tidur lena seperti sekarang.”

“Lepas ni kau nak buat apa?”

“Aku fikir lepas majlis pelancaran itu nanti, aku nak bawa dia ke rumah di tepi pantai. Disana tiada orang yang menggangu kami.. Sebab tempat tu agak jauh dari tumpuan orang ramai.. dan masa itu aku akan cuba membuatkan Ariana aku kembali..”

“Baguslah. Semoga dia dapat mengingati sedikit sebanyak memori lama tu.. Kesian dia.. Patutlah dalam ramai-ramai lelaki yang ada di dunia ini, dia hanya ada perasaan pada Tengku saja.. Rupa-rupanya instint dia masih kuat dengan cinta Tengku!” ujar Arin tanpa berselindung. Walaupun Humaira selalu menidaknya namun dia tahu Humaira mula sukakan Tengku Elman dan begitu juga sebaliknya.

“Mestilah.. Akukan suami dia.. Korang jangan bimbanglah.. Aku akan jaga, sayangi dia macam dulu-dulu tu. Tapi kali ini aku rasa berdebar-debar bersama dengan dia. Aku rasa perasaan aku lebih lagi dari lima tahun yang lepas..”

“Baguslah macam tu! Nasib baik Humaira tak tersangkut dengan mana-mana lelaki sebelum ini.”

“Kenapa cakap macam tu?” soal Amir kehairanan.

“Sebenarnya masa kami belajar dulu, dia memang ramai peminat. Yelah orang cantik, pasti lelaki suka.. Tapi dia ingat dan pegang kata-kata Mak Teh..”

“Kata-kata Mak Teh?” giliran Tengku Elman pula yang menyoal.

“Yelah.. Mak Teh selalu pesan kat dia jangan rapat dengan mana-mana lelaki. Humaira cuma ikut je cakap dia. Cuma dengan Azwan jer dia kawan rapat..”

“Azwan?” tiba-tiba wajah Tengku Elman sudah berubah. Ada perasaan cemburu, marah dan geram juga pada lelaki yang bernama Azwan itu!

“Tengku kenal dengan Azwan ke?” soal Arin lagi. Dia hairan melihat reaksi Tengku Elman. Nampaknya macam ada yang tak kena di antara Azwan dan Tengku Elman!

“Kenal.. Ada hal yang berlaku masa kami pergi Jb dulu..”

“Oh.. Macam tu.. Tapi Tengku jangan risau, Azwan dah kahwin dah.. Itu yang Humaira sedih sangat dengan dia..” Tengku Elman terkedu. Humaira cintakan Azwan ke? Tidak! Tak mungkin dia cintakan lelaki itu.. Lagipun lelaki itu sudah jadi suami orang.

“Tengku!!” panggil Arin lagi. Tengku Elman tersentak! Dia tersenyum pahit..

“Korang berdua bila lagi? Amir tak baik tau buat anak dara orang tertunggu-tunggu. Kerja tu kerja juga..” dia menukar topik pula. Kalau buka cerita Humaira pasti tidak akan habis sampai esok sekali pun.

“Nilah nak cakap, kalau tak ada aral melintang, kami nak bertunang dulu.”

“Bila?”

“Minggu depan..”

“Baguslah tu.. Benda baik tak baik nak di tangguhkan. Lagi pun keluarga kamu pun dah setuju..” ujar Tengku Elman lagi. Arin dan Amir tersenyum.

“Sebab itulah kami bertunang dulu. Lagi pun banyak kes aku yang belum selesai. Dan bila dah selesai aku nak minta cuti lama sikit.. Nak buat persiapan perkahwinan lagi.. Nanti baru kahwin, isteri pula merajuk!” gelak Amir sambil merenung wajah Arin yang sudah merah itu.

“Diakan faham kerja kau macam mana. Dia harus bekerja sama.. dan saling memahami..” ujar Tengku Elman. Rasanya Arin Natasha akan memahami pekerjaan Amir yang sentiasa sibuk itu.

“Harap-haraplah bro.. Lagi pun hubungan kami di restui oleh kedua pihak.. Semoga jodoh kami berpanjangan..” balas Amir pula!

Tengku Elman tersenyum. Alangkah indahnya kalau hidup dia dan Humaira seperti pasangan di depannya ini. Menitip bahagia dan menghabiskan sisa hidup bersama dengan orang yang di kasihi.. Dia termenung lagi.

“Broo.. apasal termenung saja ni?”

“Tak ada apalah..” jawab Tengku Elman. Malu dia kerana Amir perasan dengan tingkah lakunya.

“Tengku, Arin harap Tengku banyak-banyakkan bersabar. Sampai satu saat nanti, pasti Tengku dengan Humaira akan hidup bahagia seperti dulu. Kalau memang jodoh kamu berdua kuat, kamu pasti akan hidup bersama semula”

“Terima kasih atas nasihat awak itu.. Memang saya bersabar untuk menunggu saat-saat indah itu nanti. Dan kali ini saya berharap kami akan kekal bersama selamanya. Saya dah tak larat nak menanggung rasa derita ini… tapi memang saya bersyukur kerana di beri kesempatan untuk mencapai bahagia semula dengan Humaira..”

Kedua insan di depannya itu tersenyum.

“Semoga kau selalu tabah walau apa pun yang berlaku. Dan ingat berhati-hatilah kau dengan Humaira. Manalah tahu, Datin Melinda merancang lagi, kalau awak tak jadi kahwin dengan Isabella.”

“Kamikan ada perjanjian sebelum kami bertunang.. Kalau dia kacau Humaira dalam tempoh pertunangan kami ini, saya boleh putuskan pertunangan kami..”

“Baguslah tu.. Macam mana Tengku boleh tahu yang Humaira itu isteri tengku atau secara kebetulan?” soal Arin tidak puas hati. Rasa seronok pula bersembang dengan Tengku Elman pasal Humaira.

“Masa tu memang saya tak tahu dia isteri saya. Tapi perasaan ingin melindungi dia sangat kuat. Di tambahkan lagi Isabella selalu menganggu dia.. Jadi saya pun cakaplah macam tu. Manalah saya tahu yang Humaira itu betul-betul isteri saya..” terang Tengku Elman lagi. Kalau kedua insan di depannya itu tidak percaya, dia juga bagaikan mimpi apabila mengetahui isterinya masih hidup.

Bestnya..” ujar Arin lagi..

Selepas mereka bersembang panjang, akhirnya mereka pun pulang.

 

 

2 comments:

  1. bestnya. semakin mencabar. apa tindakan Datin Melinda dan Isabella nanti ya. Bersabar ya Tengku Elman tentu ada jalan penyelesaian nanti

    ReplyDelete
  2. best sgt cpt smbg. lama dah tggu....

    ReplyDelete