Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 27 June 2012

Kau Rantai Hatiku 1



BAB 1

Lima tahun sudah berlalu.

Dia menjejak kaki di KLIA Sepang. Sudah lima tahun berada di luar negara. Melanjutkan pelajaran untuk melupakan kenangan lalu. Kehilangan isteri yang tercinta begitu pedih untuk di kenangkan.  Kini mampukah dia melupakan segala kenangan yang pernah di laluinya bersama insan yang tercinta.

“Kita dah sampai.. Tak sangka ya sudah lima tahun kita berada kat luar negara kan? Eh! Mana orang yang datang jemput kita ni?” soal Isabella mengejutkan lamunan Tengku Elman. Dia tersenyum megah. Siapa tidak bangga dapat berdiri di sebelah lelaki yang kacak bergaya dan juga kaya. Lelaki itu memang manjadi igauan kepada mana-mana gadis di luar sana. itulah dia Tengku Elman Qaufar bin Tengku Harith Ismail.

“Mereka tak datang kot? Rindunya dengan Malaysia” ujar lelaki itu. Isabella menjeling ke sisi sambil tersenyum.

“Mereka mesti datang cuma mungkin lambat. Tadi mummy I ada call...

“Tapi tak nampak pun mereka” ujar Tengku Elman Qaufar. Matanya melilau juga mencari orang yang datang menjemput mereka. Sepatutnya mereka sudah sampai.

“Harap kau tak ingat lagi kenangan lama tu!!” Bella cuba mengingatkannya lagi. Entah mengapa dia sentiasa merasa cemburu pada orang yang di maksudkan.

Tidak lama kemudian kelihatan seseorang datang untuk menjemput Tengku Elman Qaufar menuju ke arah mereka. Lelaki itu menunjukkan nama diri. Tengku Elman mengangguk.

“You pulang dululah, I ada hal penting ni!” ujarnya. Sambil itu dia tersenyum dan melambai-lambai kepada Isabella.

“You nak kemana? Bukankah malam nanti kita ada makan malam dengan mama you?” soalnya tidak puas hati. Baru sebentar tadi dia gembira mendapat undangan makan malam dengan Tengku Suraya bersama Tengku Elman.

Iya I know.. But pleaselah I nak pergi ziarah kubur Ari dulu. Dah lama I tak ke sana” balasnya. Buat apa dia menyembunyikan perkara yang sebenarnya?

“You nikan tak pernah lupakan dia dalam hidup you. Pergilah..” ujar Isabella dengan rasa sakit hatinya. Dia paling tak suka jika Tengku Elman menyebut nama Ari.

Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tahu Isabella sakit hati setiap kali nama Ari muncul di bibirnya tapi apa boleh buat. Perempuan itu pernah menjadi seorang yang istimewa dalam hidupnya. Walau pun ikatan suami isteri antara mereka tidak lama, tetapi mereka bercinta sejak kecil lagi.

“Okey I janji malam nanti kita jumpa. Bye..” tanpa perasaan dia mengucapkan selamat tinggal pada Isabella.

Isabella hanya mampu merengus marah. Memang sejak dulu hingga kini Tengku Elman Qaufar tidak pernah untuk melupakan perempuan itu. Geram!!

“Hi sayang, kenapa ni masam jer?” ujar Datin Melinda yang baru sampai ditempat Isabella berdiri.

Hi mummy!” balas Isabella sambil memeluk ibunya. Rasa marahnya sebentar tadi sedikit reda.

“Ishh..Tengku Elman nak ke mana pula tu?” soal Datin Melinda bila melihat kelibat Tengku Elman Qaufar yang meninggalkan Bella sendirian di situ.

“Biasalah mummy. Mana dia pernah lupakan perempuan itu. Walaupun sudah lima tahun dia meninggal. Ni yang Bella sakit hati ni..” dia memuncungkan bibirnya.

“Ala biarlah dulu.. Tak baik memaksa sangat. Lepas ni Bella kena berusaha lebih. Goda dia sampai korang berkahwin tau.. Jangan lepaskan lubuk emas kita ni” ujar Datin Melinda samba mengurut bahu anaknya.

“Bella faham mummy..  Daddy tak datang ke mummy?” matanya meliar mencari Dato Farid. Daddy itulah panggilannya pada Dato Farid yang sebenarnya bapa tirinya.

“Dia sibuk.. Ada meeting dengan klien. Tapi malam nanti dia akan turut serta makan malam dengan Tengku Suraya” jawabnya.

Mereka berdua terus keluar dari lapangan terbang KLIA menuju ke rumahnya Teratak Humaira. Nama rumah yang tidak pernah di tukar sejak dulu lagi.

DALAM perjalanan, mata Tengku Elman Qaufar sentiasa memandang sekeliling. Terlalu banyak perubahan yang berlaku semenjak dia pergi ke luar negara. Kuala Lumpur sudah banyak berubah! Namun kenangannya tidak pernah luput di ingatannya!

Memang sukar untuk digambarkan bagaimana perasaannya pada masa itu. Dia benar-benar rasa sedih dan kecewa dan pilu bercampur gaul sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Dia rasa mahu menangis dan dalam masa yang sama dia rasa mahu menjerit sekuat hatinya supaya semua orang tahu akan perasaannya. Kadang kala dia berasa adakah dia hanya bermimpi? Namun dia tahu semua itu adalah kenyataan. Dia terpaksa menerimanya. Dia juga terpaksa menghadapinya.

“Berhenti di depan tu..” ujarnya kepada Encik Johan. Isyarat di berikan untuk berhenti di sebelah kiri. Kereta itu berhenti di tempat kejadian di mana kereta arwah Ariana pernah kemalangan dan keretanya turut meletup. Perlahan-lahan Tengku Elman keluar dari kereta mewah itu. Matanya terpaku pada tempat itu. Tiba-tiba ingatannya kembali pada kejadian lima tahun yang lalu.

Tempat itu masih segar dalam ruang ingatannya. Dimana mereka di beritahu berita yang amat mengejutkan. Kereta yang di naiki arwah Ariana itu meletup sampaikan mayatnya pun susah untuk di kenal pasti. Cuma yang mengesahkan itu mayat Ariana apabila cincin perkahwinan dan beg duit yang tercampak jauh dari tempat kejadian. Masih terbayang akan perasaannya pada ketika itu. Sekali lagi air matanya keluar.

“Tengku tak apa-apa?” soal Encik Johan. Dia memang tahu tuannya itu masih dalam kesedihan. Pemergiannya ke luar negara selama lima tahun masih juga tidak dapat mengubat kesedihan dalam hidupnya.

“Mmm tak. Kita teruskan perjalanan ke perkuburan” jawab Tengku Elman Qaufar perlahan-lahan.

“Baiklah Tengku.”

Setelah Tengku Elman memberi arahan, Encik Johan membawa dia ke kawasan perkuburan di mana tempat Ariana di kebumikan dulu. Walaupun sudah lima tahun berlalu, setiap saat dan setiap detik dia tidak pernah melupakan wajah itu. Dan dia juga tidak percaya Ariana sudah lama meninggalkannya.

Selepas pulang dari perkuburan itu dia mengarahkan Encik Johan untuk menuju ke Time Square. Dia akan memulakan projek barunya. Dia ingin mengabadikan tempat itu sebagai Taman syurga. Itulah impiannya bersama Ariana ketika mereka hidup bersama dahulu.

Dia berkesempatan berjalan-jalan mengelilingi tempat itu. Selepas kematian Ariana, dia akan berusaha mencapai impian yang pernah mereka setujui suatu masa dulu.

‘Ariana.. abang tak pernah melupakanmu..’ dia memegang rantai yang pernah dia belikan satu set dengan rantai yang Ariana pakai. Sempena hadiah perkahwinan mereka. Dan rantai itu yang menjadi peneman di kala dia berduka.

Namun sekarang dia harus menerima kenyataan yang Ariana sudah lama meninggalkannya. Semuanya hanya kenangan. Rantai itu perlahan-lahan di bukakan dari lehernya. Lalu di genggamnya. Perlahan-lahan rantai itu di ciumnya.

‘Aku harus menerima kenyataan yang sayang sudah tiada..’

“Tengku Elman...  Tengku tak apa-apa?” soal Encik Johan. Dia menjadi pengawal peribadi kepada Tengku Elman sejak kecil lagi. Dan dia salah seorang yang terlalu rapat dengan Tengku Elman. Dia juga yang tahu serba serbi semuanya tentang Tengku Elman.

“Saya okey jangan risau..” jawabnya sambil mengesat air matanya. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang.

“Ari!!” panggilnya. Bingkas dia bangun mengejar gadis itu. Matanya tidak salah. Wajah itu mirip Ariana. Dia terus mengejar gadis itu tanpa mempedulikan orang suruhannya.

Gadis itu hilang di celah-celah orang ramai. Tengku Elman tetap mengejar gadis itu. Baru sebentar tadi dia mahu melupakan wajah itu sekarang tiba tiba pula muncul gadis yang serupa dengan wajah Ariana. Mungkin Ariana masih hidup atau pelanduk dua serupa. Pelbagai persoalan yang timbul di fikirannya.

Termengah-mengah nafasnya mengejar gadis itu. Akhirnya gadis itu hilang di tengah-tengah orang ramai. Dari belakang, orang suruhannya turut mengejarnya berhenti.

“Tengku.. Makan malam dengan Tengku Suraya malam ni macam mana?” soal Encik Johan.

“Kita pergi ketempat tu sebelum terlambat” ujarnya. Jam di tangan di beleknya. Sudah pukul 7.30 malam! Memang dia tidak sempat nak balik kerumah menukar pakaiannya.

“Baiklah Tengku..”

Mereka pun terus beredar dari tempat itu.

Makan malam itu, Tengku Elman Qaufar hanya mendiamkan diri. Dia asyik khayal dengan peristiwa di Time Suare itu tadi. Mungkin dia dan juga mungkin tidak. Manalah tahu pelanduk dua serupa. Tetapi hatinya tetap mengatakan itu adalah Ariana.

“Elman..” mamanya memanggil. Dia sedar sejak tadi lagi dia melihat Elman termenung. Entah apa yang di menungnya pun dia tidak tahu. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak tunggalnya itu.

“Mmm ya mama ada apa?” soal Elman balik. Dia tidak mahu mengecewakan hati mamanya. Dahlah hari ini hari pertama dia menjejak kaki di Malaysia selepas lima tahun dia berada di luar negara. Bukan dia tidak mampu balik untuk menjenguk mamanya tetapi hatinya belum cukup kuat untuk menerima tamparan hebat yang melanda hidupnya.

“Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan Bella..”

Tengku Elman mengangguk. Dia melihat Bella tersenyum gembira di samping Datin Melinda.

“Kita buat hujung bulan ni. Cepat lagi bagus” sambung Datin Melinda. Dialah manusia yang paling tidak sabar mendengar berita gembira itu. Kalau Isabella dapat berkahwin dengan Tengku Elman.. Dia akan dapat hidup senang! Walau pun sekarang ini pun dia sudah punya gelaran dan harta.. tetapi dia mahu lebih dari itu.

“Apa tadi ma? Perkahwinan? Bukan bertunang dulu ke mama?” soal Tengku Elman Qaufar. Baru dia perasaan perkataan perkahwinan. Ada perasaan tidak puas hati. Mengapa mamanya tidak bertanya pendapatnya dulu. Bukankan terlalu tergesa-gesa untuk berkahwin. Lagi pun dia akan sibuk dengan projek barunya nanti.

“Elman, kan bagus kalau kamu berkahwin cepat dengan Bella. Lagi pun dah lima tahun perkara itu berlalu. Yang pergi tetap pergi..” ujar Tengku Suraya perlahan-lahan seolah-olah memujuk Tengku Elman.

“Tapi mama tak tanya pun pendapat Elman. Memang Elman akan kahwin tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Kalau bertunang dulu tak apalah..” ujarnya tidak puas hati. Dia melihat Bella sudah menarik muka masam.

‘Kenapa dengan Elman ni? Kan bagus kalau terus saja nikah tak payah nak tunang-tunang dulu’ bisik hati Bella. Baru sebentar tadi dia gembira mendengar keputusan kedua belah pihak menetapkan tarikh perkahwinan tetapi tuan empunya diri pula yang tak setuju.

“Mama, El nak bertunang dulu.. Lepas tu baru tetapkan tarikh perkahwinan kami. Kalau tak nak bertunang bagus juga, tak payah kahwin” keras saja bunyinya suara yang keluar dari mulut Elman.

“Kalau macam tu baik bertunang dululah.. Tak payah tergesa-gesakan Elman. Uncle pun setuju juga. Bertunang dulu lepas tu baru kahwin..” balas Dato Farid.

Dia seakan-akan memahami perasaan menantunya itu. Bukan mudah untuk menerima orang kedua dalam hidup selepas pemergian orang yang di sayang. Bagi dia itu adalah tamparan hebat dalam hidupnya kerana dia kehilangan kedua-dua orang yang di sayangi.

“Yelah bertunang dulu.. Dah empunya badan nak macam tu” ujar Datin Melinda. Dia juga seperti Bella. Baru sebentar tadi angan-angannya sudah melangit, tiba-tiba pula Tengku Elman hanya mahu bertunang. Malunya dia..

“Keputusannya kamu bertunang dululah El. Mama ikut kamu saja..” ujar Tengku Suraya. Dia juga tidak mahu memaksa anak tunggalnya. Ini urusan untuk membina masjid bukannya urusan yang boleh di bawa main. Lagi pun dia faham perasaan anak tunggalnya itu. Dia pernah kehilangan seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Namun dia berdoa semoga di bukakan pintu hatinya agar dapat menerima gadis lain dalam hidupnya.

MALAM itu Humaira balik awal sedikit. Dia menutup kedai sebaik saja jam 8 malam. Pengunjung pun sudah berkurangan. Balik rumah nanti dapatlah dia berehat  secukupnya. Hari ini dia betul-betul penat. Banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan.

Sesampai saja di rumah dia terus membersihkan diri. Selesai mandi dia terus menuju ke dapur. Kelihatan mereka sedang menunggunya. Perutnya pun mula lapar apa lagi dia berselera untuk makan. Malam itu Mak Teh memasak makanan kegemarannya. Makin berseleralah dia nak makan.

“Tambah lagi nasi tu..” ujar Pak Teh.

“Hari ni Ira berselera nak makan. Tambahan pula lapar sangat ni..”

“Tengah hari tak makan ke?” soal Mak Teh.

“Makan kuih je tak sempat nak jamah nasi. Kerja banyak sangat. Nasib baik cepat habis. Tu yang Ira dapat balik awal sikit.”

“Kalau ya pun jangan lupa makan. Kerja memang tak pandai habis. Tapi makan pun kena jaga jua. Nanti kang sakit siapa yang susah?”

“Baik Mak Teh jangan risau Ira boleh jaga diri. Tu baru sekali ini je Ira tak sempat nak makan tengah hari, sebab Ira kena keluar hantar barang tadi. Pelanggan tu nak cepat. Lagipun dia pelanggan tetap kami. Mana boleh buat acuh tak acuh saja.”

“Oh begitu.. Ha.. makanlah. Kesian kat Ira yang kerja susah payah ni” ujar Mak Teh lagi.

“Tak ada apalah Mak Teh. Kalau nak di bandingkan pengorbanan Mak Teh jaga Ira waktu sakit dulu. Masa tu lagi susahkan?”

“Dahlah.. Apa nak di ungkitkan perkara macam tu..” ujar Pak Teh. Dari tadi lagi dia mendengar Mak Teh dan Ira bersembang di depan rezeki.

Selesai makan malam, Ira menolong Mak Teh membasuh pinggan mangkuk. Memang seperti rutinnya. Dia akan menolong Mak Teh ketika dia ada di rumah. Dia pun tahu Mak Teh bukannya sihat sangat.

Selepas kerja di dapur siap, Humaira menuju pula ke ruang tamu. Dia sekadar berehat sambil menonton tv. Menunggu matanya mengantuk barulah dia berlalu masuk kebiliknya. Masuk awal ke bilik pun bukannya dia dapat tidur awal. Walau pun penat seharian, namun dia hanya akan tidur bila matanya benar-benar mengantuk.

DIBILIK tidur, Tengku Elman Qaufar masih juga tidak dapat melelapkan matanya. Sedangkan sepatutnya dia kepenatan memandangkan penerbangannya dari London pagi tadi masih terasa. Entah kenapa terbayang-bayang wajah gadis yang di lihatnya di Time Suare tadi.

‘Ariana!’ tanpa sedar dia menyebut nama orang yang sudah lama meninggalkannya. Air matanya berguguran lagi. Entah kenapa segaris nama itu tidak pernah luput dari ingatannya.

Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Album gambar di hari pernikahan itu di ambil dari almarinya. Satu persatu di selak. Kadang-kadang dia menyentuh gambar yang mencuit perasaannya. Alangkah bahagianya dia di hari perkahwinannya itu. Segala impian dia dan Ariana tercapai apabila mereka menerima restu dari kedua-dua belah pihak untuk berkahwin. Walaupun umurnya pada ketika itu baru 21 tahun dan Ariana berumur 19 tahun, namun itu bukan penghalang bagi mereka berdua untuk mendirikan masjid yang menjadi impian mereka.

Namun apakan daya di sangkakan panas hingga kepetang namun hujan di tengah hari. Baru dua bulan saja usia perkahwinan mereka, dia dikejutkan berita dengan kemalangan yang menimpa Ariana. Hancur luluh hatinya pada ketika itu. Pada masa itu dia baru pulang dari London atas urusan peribadi. Dia ingin membawa Ariana pergi ke London untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di sana. Namun setiba sahaja dia di tanah air, dia sendiri yang terkejut menerima berita yang akan di ingatinya sampai bila-bila pun.

Air matanya menitis lagi. Entah kenapa tuhan mengambil nyawa orang yang disayanginya terlalu awal. Dia belum sempat menikmati bahagia seperti pasangan lain.


1 comment: