Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 1 February 2013

Kau Rantai Hatiku 29



“Wan hairanlah dengan perangai Pak Lang dan Mak Lang tu?” ujar Azwan sebaik saja melabuhkan punggungnya berdepan dengan Ira. Entah kenapa semenjak pulang dari bertemu dengan Pak Lang dan Mak Langnya hari itu dia berasa tidak sedap hati. Tambahan pula sekarang ini dia begitu susah berjumpa dengan Ira.

“Kenapa?” Ira mengerutkan dahinya. Dia tidak faham dengan kata-kata Azwan.

“Iyalah.. Wan ingat nak sunting Ira jadi isteri Wan, tapi mereka tak benarkan.. Kenapa ya?” jawab Azwan. Teringat pula kata-kata Pak Lang dan Mak Langnya tempoh hari.

“Apa???”

“Wan ingat nak sunting Ira jadi peneman hidup. Sebab tulah Wan datang jumpa Pak Lang dan Mak lang hari tu.”

“Mereka tak cakap apa pun dekat Ira” Ira cuba mengingati kalau-kalau ada Mak Teh beritahu kedatangan Azwan ke rumah hari tu.

“Mereka tak cakap ke Wan datang ke rumah hari tu?” soal Azwan. dia pula terkejut mendengar kata-kata Humaira.

“Ya. mereka tak cakap pun yang Wan datang kerumah. Tapi hari tu, Mak Teh ada cakap, Ira tak boleh kahwin dengan mana-mana laki pun. Ira pun tak tanya kenapa?” Ira mengerutkan dahinya bila teringat pesanan dari Mak teh tempoh hari. Dia pun bingung juga kenapa dia tidak terus bertanya masa itu.

“Peliklah. Ira ada rahsiakan apa-apa dari Wan ke?” soalnya. Matanya tertancap pada wajah Ira. Wajah itu sangat di dambakannya. Namun impiannya hancur apabila Mak Teh dan Pak Teh tidak merestui hubungan mereka.

“Eh.. taklah.. Mana ada Ira berahsia apa-apa!” jawab Ira agak gugup.

“Tapi masa Wan tanya kenapa, mereka cakap Ira dah ada orang lain.. Betul ke Ira dah ada orang lain? Jangan-jangan Ira dah jatuh cinta dengan lelaki pelik tu.”

“Tengku Elman..” secara tidak sengaja dia tersebut nama itu. Memang lelaki itu ada di sebelah sana. Sedang menjamu selera dengan tunangnya Isabella.

“Yalah.. diakan kerabat Diraja. Tengku katakan.. Kaya lagi tu. Mana sama taraf dengan Wan ni?” ujar Azwan. Dia memandang ke arah wajah Ira. Semenjak kemunculan lelaki pelik itu, Ira sedikit berubah terhadap dirinya. Jangan-jangan Ira dah jatuh cinta dengan lelaki pelik itu. Siapalah tak suka dengan lelaki yang handsome dan juga kaya seperti Tengku Elman. Tiba –tiba dia berasa cemburu.

“Ira jatuh cinta dengan lelaki itu ke?” soalnya lagi. Dia betul-betul inginkan kepastian dari mulut Ira.

“Awak cakap apa ni?” marah Ira. Dia betul-betul tidak faham dengan sikap Azwan kebelakangan ini. Ada saja modalnya nak cari gaduh.

“Ira dah jatuh cinta dengan dia ke?” ulangnya lagi.

“Awak ni kenapa? Tengku Elman tu dah bertunang.. Tunang dia anak Dato.. Manalah dia nak jatuh cinta dengan Ira yang tak ada apa-apa. Tak percaya tu kat depan kita tu..” Ira mengerling kearah yang di maksudkan.

“Kalau Ira sukakan orang pun bukannya Mak Teh dan Pak Teh benarkan. Mereka asyik ingatkan Ira supaya tak rapat sangat dengan mana-mana lelaki di luar sana. Ira pun tak fahamlah..” kedengaran Ira mengeluh.

“Manalah Wan tahu.. Kot-kot Ira dah jatuh cinta dengan lelaki tu” Hatinya sedikit lega mendengar jawapan dari mulut Ira. Tetapi dalam hatinya siapa tahu. Memang Tengku Elman sudah bertunang, tetapi dia boleh putuskan tunang bila-bila masa saja.

“Orang yang berkahwin lagikan boleh bercerai apa lagi orang yang baru bertunang.” ujarnya perlahan namun boleh di dengar oleh Humaira.

“Hish.. Tak baik tau cakap macam tu.. Wan ni kenapa?”

“Saja.”

“Huh.. buang masa je Ira keluar dengan awak ni..” sambil itu Ira terus bangkit dari tempat duduk nya. Sudah tidak ada selera dia mahu makan di situ lagi. Ditambahkan lagi dengan perangai Azwan yang kuat cemburu dan curiga terhadap dirinya. Ini belum lagi kahwin.

“Ira.. Ira.. tunggu..”

Tengku Elman terus menoleh bila mendengar nama Humaira di panggil. Isabella juga sama. dia ternamapak lelaki yang mengikut di belakang Humaira. kini barulah dia percaya yang Humaira sudah punya teman istimewa namun dia tetap juga rasa risau.

AZWAN pulang ke Johor dengan perasaan sakit hati. Malam ini kalau boleh dia mahu berhibur untuk menghilangkan rasa resah di hatinya. Sebelum pulang petang tadi dia bertengkar hebat dengan Humaira. Tidak pernah sekali pun selama perhubungan mereka, mereka bergaduh besar seperti itu.

 Dia tidak menafikan perasaan cemburu bila dia melihat cara pandangan Humaira pada Tengku Elman. Sebagai seorang lelaki dia tahu.

Dia mula meminum air yang tidak pernah selama ini di sentuh. Namun hari ini, malam ini dia mahu melupakan segala masalahnya dengan Humaira. Lupakan untuk seketika. Bunyi muzik yang rancak itu telah melekakan fikiran Azwan.

Sally dari tadi melihat Azwan meneguk air yang tidak pernah di sentuhnya selama ini. Bukan dia tidak mengajak Azwan minum bersama tetapi selalu saja di tolak oleh Azwan. Entah mengapa malam ini dia ternampak Azwan meneguk air itu. Tanpa membuang masa dia terus mendekati Azwan.

“Hi Azwan.. Minum sorang-sorang je ke?”

“Habis you nampak I minum dengan siapa?” soal Azwan lagi. Dia berasa malas mahu berbalah dengan sesiapa ketika dan saat ini. Kepalanya sudah sedikit pening.

“Kalau macam tu apa kata I temankan you minum malam ni. Lagi pun inilah kali pertama I nampak you sentuh air tu..”

Mereka berdua pun minum bersama. Sehinggakan Azwan yang baru minum dua gelas air yang memabukkan sudah merasa kepalanya berpinar-pinar. Sally hanya tersenyum senang. Akhirnya lelaki itu akan jatuh ke tangannya juga.

Humaira berkurung di dalam bilik. Pulangnya dari pertemuan dengan Azwan petang tadi dia terus saja mengurungkan diri. Entah dia tidak faham apa yang mereka bertengkarkan petang tadi. Namun apa yang dia tahu itu bukan pertengkaran biasa. Nampaknya Azwan benar-benar marah. Azwan kecewa dengan dirinya.

Humaira dari petang tadi cuba menelefon Azwan. Namun satu panggilannya tidak berjawab. Masih marahkan Azwan terhadapnya. Kalau iaya pun marah mengapa telefon bimbitnya di tutup. Dia pening memikirkan masalahnya dengan Azwan. Manalah tahu lelaki itu benar-benar merajuk. Dia bimbang juga. Akhirnya malam itu dia tertidur lewat.

KEESOKAN harinya Azwan terbangun dari tidurnya. Alangkah terkejutnya dia bila dia mendapati dirinya tidur di sebelah seorang perempuan dengan pakaian yang bertaburan di atas lantai. Kepalanya yang masih sakit itu cuba di tahan.

Sally juga tersedar dalam masa yang sama melihat Azwan yang terduduk tanpa kata itu. Namun dia tersenyum tenang.

“I minta maaf Sally.. I tak tahu apa yang I dah buat pada you..” Azwan berkata perlahan.

“I tak kisahlah Wan.. Salah I juga..” jawab Sally dengan tenang.

“I akan bertanggungjawab..” Azwan berkata lemah. Dia sudah tiada daya lagi. Fikirannya kini bertambah serabut. Dia cintakan Humaira dalam masa yang sama dia harus bertanggung jawab pada Sally. Ingin saja dia meraung saat itu! Biar semua orang tahu apa yang ada di hatinya ini.

HUMAIRA datang ke kedai untuk menjenguk Arin. Rasanya sudah lama dia tidak singgah ke sana. Arin memang menantikan kedatangan Humaira pagi Sabtu itu. Ada banyak perkara yang ingin di bincangkannya bersama Humaira.

Namun dia perasan wajah Humaira sekarang ini tidak riang seperti selalu. Pernah juga hari itu Humaira menelefonnya dan mengadu masalahnya pasal Azwan. Tapi itu beberapa hari yang lalu.

“Hai kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah tunjuk muka moyok..” soal Arin sebaik saja Humaira melabuhkan pinggang di kerusi.

“Tak ada apalah..” jawab Humaira pendek. Namun wajahnya tetap menunjukkan dia seperti ada masalah. Mana Arin mahu percaya alasannya.

“Cakap tak ada apa.. tapi aku perasanlah wajah kau tu ada masalah.. ni mesti pasal Wankan?” soal Arin sambil memandang wajah Humaira. Humaira mengeluh panjang.

“Memang pun dah sebulan dia tak telefon aku. Selepas  kami bergaduh hari tu.. Takkanlah dia merajuk lama-lama kot? Selama kami berkawan, dia tak pernah buat perangai pun..”

“Kan aku dah cakap, ni mesti masalah kau dengan dia belum selesai lagi..”

“Betullah. Dia betul-betul marahkan aku!”

“Pasal apa dia marah sangat kat kau? kau ada buat salah dengan dia ke?”

“Hari tu, dia ada datang jumpa Pak Teh dan Mak Teh. Katanya dia nak berterus terang pasal hubungan kami..”

“Maksudnya dia nak datang melamar?” ujar Arin dan Humaira mengangguk.

“Tapi Pak Teh dan Mak Teh tak setuju...”

“Alasannya?”

“Alasannya , Ira dah ada yang lain.. Marahlah si Wan tu!” ujar Humaira lagi. Dia sendiri pun tidak faham kenapa Mak Teh dan Pak Teh tak merestui hubungan dia dengan Azwan.

“Habis tu apa yang berlaku?”

“Wan tuduh Ira ada hubungan dengan Tengku Elman. Pada hal Tengku Elman dah bertunang pun dengan Cik Isabella..” Humaira cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya.

“Wan tu terburu-buru sangat. Siasat dulu sebelum dia nak marahkan Ira. Itu yang Arin tak suka pasal Wan. Suka sangat nak bertindak terburu-buru.”

“Tapi aku sedihlah dia buat aku macam ni.. Aku call, dia langsung tak di angkat. Dia apalagi, langsung tak call Ira. hantar sms pun dia tak balas. Aku risaulah Rin..”

“Ira ada tanya kat Mak Teh dan Pak Teh tak, kenapa mereka cakap macam tu?” soal Arin lagi tidak puas hati. Memang dia tahu sejak dulu lagi, Mak Teh dan Pak Teh melarang Humaira rapat dengan mana-mana lelaki. Humaira menggeleng. Tak terfikir pun dia untuk bertanyakan hal itu kepada keluarga angkatnya itu.

“Apa pun banyak-banyakkan bersabarlah Ira. Ini mungkin ujian tuhan pada Ira..” pujuk Arin lagi. Dia turut bersimpati dengan nasib Humaira.

HUMAIRA pulang ke rumah. Dia mahu bertanya tentang sesuatu kepada Mak Teh. Selama ini dia hanya mendiamkan diri. Namun hari ini dia ingin bertanya serius kepada Mak Teh tentang alasannya menolak niat baik Azwan. Biarpun dia tidak mencintai Azwan, namun dia tidak sanggup mengecewakan hati Azwan yang benar-benar cintakan dirinya.

Sesampai sahaja di rumah, dia melihat Mak Teh sedang sibuk menyediakan ramuan untuk memasak makan malam. Humaira terus sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi itu selepas memberi salam. Mak Teh menoleh lalu menjawab salam Humaira.

“Mak Teh masak apa hari ini?” soal Humaira memulakan bicara.

“Masak kari ketam. Makanan kesukaan Ira..” jawab Mak Teh sambil membasuh bawang besar yang sudah di kupasnya tadi.

Humaira masih lagi teragak-agak mahu bertanyakan hal yang sering bermain di fikirannya itu. Wajah Mak Teh di renungnya. Dia sangat menghormati wanita separuh umur itu. Dia juga sudah menganggap Mak Teh seperti ibu kandungnya sendiri. Walaupun dia sendiri tidak pasti asal usulnya.

“Mak Teh, boleh Ira tanya sesuatu?” Humaira bertanya lagi. Mak Teh menoleh kearahnya. Ada riak kehairanan di wajahnya.

“Nak tanya apa?” lembut Mak Teh menjawab.

“Kenapa Mak Teh dan Pak Teh tak setuju dengan hubungan Ira dan Wan?”

Mak Teh sudah menduga soalan itu akan keluar juga dari mulut Humaira suatu hari nanti. Dan hari ini Humaira sudah pun menyatakannya.

“Mmmm..” belum sempat Mak Teh mahu menjawab soalan itu, Zeti pula sampai di ruang dapur sambil duduk bersebelan Humaira.

“Kak Ira.. Hari ini Zeti seronok sangat kat sekolah..”

“Kenapa?” soal Humaira. Dia menjadi lupa soalan yang di ajukan kepada Mak Teh tadi. Sebaliknya dia beralih topic kepada Zeti. Dalam diam Mak Teh mengurut dadanya tanda lega. Alangkah risaunya dia sebentar tadi ketika Humaira menyoal dia tadi. Nasib baiklah Zeti tiba pada waktunya.

HUMAIRA berjalan-jalan di sekitar Time square itu. Dia mahu melapangkan fikiran yang telah di bebani masalahnya dengan Azwan. Manalah tahu dengan berbuat demikian dia akan melupakan sekejap masalahnya dengan Azwan!

Dia duduk di sebuah kerusi yang di sediakan khas di dalam Time square itu. Sekali sekali matanya di jamu dengan pelbagai gelagat manusia. Tanpa di sedarinya, ada seorang wanita yang duduk di kerusi yang sama dengannya.

Sekali wanita separuh umur itu berpaling, kedua-dua mereka terkejut.

“Ni Humairakan?”

“Puan, Tengku Surayakan?” kedua-dua bertanya serentak. Akhirnya kedua-dua mengangguk. Meletus tawa dari kedua-dua bibir mereka.

“Ira seorag saja ke?” soal Tengku Suraya. Humaira mengangguk.

“Puan?” soal Humaira sambil matanya mencari-cari wajah lain. Manalah tahu kalau-kalau ada Cik Isabella bersama dengan Tengku Suraya.

“Saya pun datang sorang-sorang. Kalau macam tu apa kata Ira temankan auntie pergi membeli belah. Rasa bosan pula nak jalan sorang-sorang..” ujar Tengku Suraya. Teringat dia ketika suatu masa dulu. Setiap kali dia keluar membeli barang, Ariana mesti setia menemaninya.

“Ira tak menyusahkan Auntie ke?” soal Humaira lagi.

Tengku Suraya menggeleng. Dia tersenyum. Malah dia gembira kalau Humaira dapat menerima ajakannya. Tiba-tiba dia rindukan wajah seseorang!

“Kalau macam tu Ira tak kisah. Lagi pun Ira baru balik dari butik tadi. Ada hal sekejap dengan kawan. Dan lepas ni Ira dah lapang.” jawab Humaira lagi.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Hubungan mereka semakin rapat. Manakala Tengku Suraya pula seperti menganggap yang Humaira itu adalah Ariana. Semua ciri-ciri dan perwatakannya sama seperti menantunya dulu. Cuma wajahnya memang sedikit berbeza.

Selepas penat membeli belah, Tengku Suraya mengajak Humaira singgah minum di sebuah restoran mewah. Pada mulanya Humaira menolak. Tetapi akhirnya dia mengalah apabila Tengku Suraya pandai memujuknya.

“Ni Auntie nak tanya, Ira jangan ambil hati ya?” Tengku Suraya menyusun kata-kata dengan berhati-hati. Manalah tau tiba-tiba gadis itu tersinggung dengan soalan yang bakal di ajukan nanti.

“Ada apa auntie?” soal Humaira hairan.

“Humaira dengan Tengku Elman ada apa-apa ke?” soalan itu mengejutkan Humaira.

“Tak ada apa-apa. Kenapa Auntie tanya macam tu?” soal Humaira dengan perasaan tidak selesanya. Tengku Suraya menarik nafas. Matanya tetap tidak jemu memandang wajah yang berada di depannya.

“Sebenarnya, sebelum pertunangannya dengan Bella, Tengku Elman pernah menolak untuk tidak meneruskan pertunangan itu. Katanya dia sudah ada gadis pilihan. Dan auntie rasa orang yang di maksudkan itu ialah Ira..” ujar Tengku suraya lagi.

“Tengku Elman cakap macam tu?”

Tengku Suraya mengangguk.

“Dia minta pertunangan itu tidak di teruskan. Tapi Auntie tak dapat buat apa-apa. Sebab auntie dah berjanji dengan Datin Melinda sebelum mereka belajar di luar negara dulu. Lima tahun yang dulu..”

Kini giliran Humaira pula yang mengeluh. Teringat kembali bagaimana perlakuan Tengku Elman yang seperti memaksanya untuk mengaku perasaan kepadanya.

“Ira minta maaf, auntie. Kalau di sebabkan Ira berlakunya perkara sebegini.”

“Ira tak bersalah.. Cuma mungkin juga Tengku Elman keliru sebenarnya dengan wajah Ira. Lagipun Ira boleh panggil auntie mama..” kata-kata itu mengejutkan Humaira. Bagaimana Tengku Suraya boleh menyuruhnya memanggil dengan perkataan mama. Nanti apa pula kata orang sekeliling. Terutamanya Isabella!!

“Kenapa Auntie cakap macam ni? Seganlah Ira..”

Auntie sebenarnya rindu sangat nak dengar orang panggil auntie mama.. Ira boleh panggil auntie mamakan?” ujar Tengku Suraya dengan penuh mengharap.

“Habis tu macam mana dengan Isabella?” dalam keadaan yang terdesak ini pun Humaira sempat memikirkan kepentingan orang lain!

“Dia tak sama macam Ira..”

“Apa pun Ira berharap hubungan Tengku Elman dengan Isabella berkekalan. Sebab Ira nampak Isabella betul-betul sayangkan Tengku Elman.”

Tengku Suraya memandang tepat ke arah wajah Humaira. Di sebalik wajah itu dia teringatkan seseorang.

“Ira pula macam mana? Langsung sikit pun tiada perasaan dengan Tengku Elman?” soal Tengku Suraya pula. Dia tahu anak gadis itu seperti menyimpan sesuatu. Perlahan-lahan Humaira menggeleng kepalanya. Tengku Suraya menepuk lembut bahu Humaira.

 

 

 

3 comments:

  1. Love ur story ^_^

    ReplyDelete
  2. dah dpt agak Humaira mmg isteri tengku. moga tengku dpt bongkar semua perbuatan jahat mak tiri Humaira. cepat-cepat sambung yer. x sabar nak tau kisah selanjutnya.

    ReplyDelete
  3. nak lg please jangan lama sangat ya tq.

    ReplyDelete