Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 21 August 2013

Ada Dia Di Hati 23


Hari ini, Alisha membawa Akif keluar berjalan-jalan sambil di temani oleh Maisarah. Dia mahu membeli barang untuk Akif. Maisarah tidak kisah jika Alisha mengajaknya keluar. Lagipun hujung minggu begini dia memang bosan duduk di rumah.

“Mama! Akif nak ke tandas sekejap! Mama tunggu kat sini ya!” pinta anak kecil itu lembut. Belum sempat Alisha menjawab anaknya sudah terkocoh-kocoh masuk kedalam tandas lelaki. Alisha hanya mampu menggelengkan kepala melihat kecergasan anak manjanya. Dia menunggu Akif dengan Maisarah di depan pintu masuk tandas sambil berbual-bual.

Zafran Haicarl memasuki tandas dengan tergesa-gesa. Perutnya rasa tak enak, mungkin dia tersalah makan. Ketika menyimpang masuk satu selekoh, dia bertembung dengan budak kecil yang baru keluar dari tandas. Mujur tubuh si kecil sempat dipaut. Jikalau tidak tubuh budak itu tentu sudah terpelanting kerana terlanggar dengan tubuh sasanya. Zafran Haicarl masih tidak perasan akan wajah anak itu kerana menunduk menyarungkan seliparnya yang tertanggal dari kaki.

I'm sorry uncle!” ucap si kecil lalu mendongak tinggi supaya dapat melihat wajah lelaki bertubuh tinggi tersebut yang dilanggarnya tadi.

It's okay! Errr...” tiba-tiba Zafran tidak dapat meneruskan kata-katanya. Matanya terus terpaku pada seraut wajah si kecil yang sangat memukau pandangannya. Masya-allah! Adakah ini tanda kekuasaanmu ya allah? Budak ini sama sepertiku waktu aku kecil dulu! Bisik hati kecil Zafran Haicarl. Walaupun dia tidak pasti tapi apa yang dirasakannya sekarang tidak dapat dia gambarkan.

“Saya pergi dulu uncle! I'm sorry again!” ujar budak kecil yang sangat comel itu begitu berbudi bahasa. Itulah nilai-nilai murni yang diterapkan oleh ibunya sedari kecil. Zafran Haicarl terpaku. Kagum sungguh dengan ibubapa yang mendidik anak kecil tersebut. Baru si kecil hendak melangkah pergi tangannya disambar oleh Zafran Haicarl perlahan. Si kecil memalingkan semula wajahnya memandang lelaki itu. Tidak pula dia takut pada dirinya. Zafran sekali lagi terkaku. Dia benar-benar asyik merenung mata budak lelaki kecil itu yang seratus peratus sama dengannya. Allah! Apakah dia.... ah! Tak mungkin!

“Berapa umur awak?” soal Zafran Haicarl cuba beramah mesra. Sudah hilang rasa senak dalam perutnya melihat keindahan ciptaan allah itu.

“Empat tahun uncle! Saya baru sambut birthday saya dengan mama dan kawan mama!” beritahu Akif jujur. Dia sudah berada dalam pelukan lelaki itu. Dagu Zafran dimain-main. Zafran Haicarl hanya membiarkan. Suka dengan keletah dan ragam budak kecil tersebut yang sangat menawan dimatanya. Mungkin beginilah anaknya sekiranya isterinya mengandung dahulu. Tiba-tiba terlintas di mindanya akan persoalan itu. Benarkah? Arggh tak mungkin!!

“Siapa nama awak?” soal Zafran teruja.

“Akif!” jawab Akif Hazami lancar. Dia melihat kulit budak comel itu putih melepak sama macam kulit dia dengan kulit Alisha. Ya allah! Kuatkanlah hamba!

“Awak datang dengan siapa?”

“Dengan mama.”

“Papa kamu tak ikut sekali?” budak kecil itu menggeleng.

“Babah ada kerja. Akif datang dengan mama dan kawan mama saja..” jawab si kecil itu. Zafran tersenyum. Bijak sungguh budak ini. Walaupun umurnya empat tahun tetapi dia sangat bijak berbicara!

“Mana mama sayang?” Zafran bertanya lagi. Risau pula kalau mama budak itu menunggu lama. Maklumlah dia juga yang bersalah kerana menahan budak itu.

“Akif lupa uncle! Mama tunggu lama kat luar! Saya pergi dulu ya!” Akif memberitahu dengan segera dia berlalu dari situ. Sebuah ciuman hinggap di pipi Zafran.

Perlahan-lahan Zafran mengatur langkah apabila Akif sudah berlari meninggalkannya. Namun tangannya masih memengang pipi yang di cium oleh Akif tadi.

“Lamanya you pergi toilet. Kau sesat ke?” Soal Fana sebaik saja dia melihat kelibat Zafran yang masih lagi jalan sambil menoleh-noleh. Manalah tahu matanya akan memandang budak comel itu tadi. Tapi dia hampa juga.

Zafran Haicarl menggeleng kepalanya. Dia sebenar berasa teruja sekali dapat berjumpa dengan budak kecil tadi. Sekurang-kurangnya harapannya untuk mencari isterinya masih ada sinar. Entah mengapa dengan menatap wajah anak kecil itu, hatinya mula berkobar-kobar.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu tubuh yang amat di kenalinya. Tapi tak mungkin itu dia. Ya mungkin itu Alisha. Gaya percakapannya, senyumannya, dan cara dia berdiri semuanya mirip Alisha. Wanita yang sangat di rinduinya. Tapi benarkah itu dia. Zafran mempercepatkan langkahnya menuju ke arah wanita itu. Dia melihat wanita itu sedang memimpin tangan seorang budak lelaki. Budak yang di temui di tandas tadi.

“Alisha..” dia cuba memanggil nama itu.

Ternyata wanita itu berpaling. Ada riak terkejut di wajahnya. Tetapi cuba di sembunyikan. Wanita itu cepat-cepat mahu berlalu dari situ.

“Mai.. Saya balik dululah.. Esok jumpa kat pejabat ya. Terima kasih temankan akak dan Akif hari ni..” ujar Alisha.

“Ok sama-sama. Terus nak baliklah ni?” soal Maisarah.

“Ya kami nak balik terus. Penatlah.”

“Ok.. bye.bye. Auntie terima kasih temankan Akif dan mama.” Ujar Akif lagi. Maisarah hanya tersenyum melihat kaletah anak buahnya itu.

“Sama..sama.. ni yang buat Auntie Mai geram sangat tengok dia ni..” usik Maisarah lagi.Dia sungguh senang dengan kaletah Akif. Dia sangat bijak dalam berkata-kata.

Akif bersalam dengan Auntie Maisarahnya. Alisha terus menarik tangan Akif untuk berlalu dari situ.

Tiba-tiba dia terpandang seseorang. Seseorang yang sudah lama hilang dari hidupnya. Hatinya berdetak kencang. Benarkah lelaki itu Zafran Haicarl? Tapi apa yang dia buat di sini? Dia bersama seorang perempuan lagi tu. Nampaknya erat sungguh perempuan itu memaut lengan lelaki itu.

Zafran Haicarl pula seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat tadi. Silap orangkah? Namun tidak mungkin dia silap. Sebab budak itu tadi adalah Akif. Kalau budak itu datang bersama perempuan itu bermakna?

“Sayang.. kenapa ni?” soal Fana terus mematikan segala persoalan di fikirannya.

“Tak ada apalah..” jawab Zafran. Dia tidak mahu Fana tahu apa yang ada dalam kotak fikirannya. Biarlah dia sendiri yang akan mencari.

“Jom kita balik. Lagipun esok nak kerjakan?” soal Zafran dengan lembut. Fana yang mendengar suara Zafran yang lembut itu terus saja mengangguk. Benar juga kata Zafran esok nak kerja. Labih baik dia balik awal supaya dia dapat berehat sepuas-puasnya.

...............................

Zafran Haicarl memandu keluar simpang. Fikirannya masih kepada pertemuan spontan tadi. Benarkah wanita yang di lihatnya tadi itu Alisha. Jadi jika dia benar Alisha, anak kecil itu siapa pula? Tanpa di sedarinya dia terlanggar objek. Dia terus menekan brek dengan kakinya. Kedengaran dentuman di hadapan keretanya. Zafran Haicarl terkejut. Nampaknya dia terlanggar objek. Pada hal tadi dia tidak nampak sesiapa pun yang berjalan di hadapan.

Cepat-cepat dia keluar dari kereta. Dia mahu memastikan sesuatu. Dia bertambah terkejut bila objek yang di langgarnya tadi adalah lelaki separuh umur yang sudah terbaring. Cepat-cepat Zafran menundukkan kepalanya memusing tubuh lelaki itu. sekali lagi dia terkejut!

“Papa!” panggilnya dengan suara yang agak gementar. Apa yang papanya buat di sini? Itulah soalan yang berada di fikirannya. Namun dia cepat-cepat mengangkat tubuh itu di bawa masuk ke keretanya. Dia memasang seltbelt lalu dia cepat-cepat menuju ke bahagian pemandu. Keretanya itu terus meluncur laju menuju ke hospital berdekatan. Apatah lagi dia melihat ada banyak darah yang mengalir dari kepala papanya. Dia sangat cemas dan takut. Mulutnya tidak henti-henti berdoa semoga papanya selamat.

Sesampai sahaja dia di petak bahagian kecemasan, Zafran terus berlari menuju ke kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan. Dua orang lelaki yang menjaga bahagian kecemasan terus membawa katil pesakit. Mereka cepat-cepat mengeluarkan si pesakit yang berada dikereta Zafran. Sementara itu Zafran terus masuk ke keretanya untuk mencari tempat parking. Sementara itu dia sempat menghubungi sahabatnya Shahrul.

Selepas mendapat tempat parking, Zafran terus menuju ke bilik kecemasan. Namun papanya masih lagi dalam rawatan. Dia terpaksa menunggu di luar sahaja. Shahrul datang sebaik sahaja Zafran menelefonnya tadi. Dia segera menuju ke arah Zafran. Dia dapat melihat wajah resah dan gelisah Zafran. Pasti sahabatnya itu sangat tertekan sekarang.

“Macam mana boleh berlaku kemalangan ni Zaf?”

“Entahlah aku keluar simpang tak nampak pun ada sesiapa di depan. Tiba-tiba saja aku ternampak orang lalu. Aku tekanlah break.. yang aku terkilan sangat orang yang aku langgar tu bukannya orang lain. Tapi papa aku sendiri..”

“Hah!! Papa kau? Macam mana dia ada dekat sini?” soal Sharul terkejut. Dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

“Itu yang aku tak tahu..”

Shahrul menepuk-nepuk bahu Zafran supaya dia banyak bersabar. Entah apalah nasib yang menimpa sahabat baiknya itu. Satu persatu pula dia di duga.

Setelah 30 minit kemudian, barulah doktor yang berada di bilik kecemasan itu keluar.

“Siapa saudara pesakit bernama Razman bin Mutalib?” kedengaran doktor Hamidi itu bertanya.

“Saya Zafran Haicarl. Anaknya doktor. Macam mana dengan papa saya doktor?” jawab Zafran sambil mendekati doktor lelaki itu. dalam menunggu tadi dia memang resah dan gelisah. Risau kalau ada apa-apa berlaku pada papanya.

“Sebenarnya, kami berjaya selamatkan dia. Cuma dia masih tidak sedarkan diri. Kita tengoklah berapa lama dia dalam keadaan begitu. Nanti Encik Razman akan di pindah ke bilik icu dulu..” terang doktor Hamidi. Zafran mengucapkan syukur. Begitu juga dengan Shahrul yang mendengar berita baik itu. sekurang-kurangnya papa Zafran selamat.

Doktor itu terus berlalu dari situ. Mungkin ada pesakit lain lagi yang sedang menunggu khidmatnya.

Zafran tersenyum sambil memeluk Shahrul. Dia tidak dapat bayangkan jika papanya tidak selamat. Mujurlah papanya tidak apa-apa. Shahrul menepuk-nepuk belakang Zafran. Dia mahu meredakan segala keresahan di hati sahabatnya itu.

.......................................

Tuan Razman sudah siap di tempatkan di bilik khas itu. Hanya dia seorang saja di dalam bilik icu itu. Manakala Zafran dan Shahrul masih menunggu di luar bilik. Sekali sekala Zafran masuk menjenguk papanya.

“Kau nak jaga papa kau ke?” soal Shahrul kepada Zafran. Zafran hanya mengangguk.

“Mestilah aku kena jaga dia. Aku ni satu-satunya anak yang dia ada..” jawab Zafran perlahan. Shahrul mengangguk. Memang betul pun cakap Zafran. Setahu dia Zafran memang anak tunggal. Dan ibunya telah meninggal dunia sejak Zafran berumur sepuluh tahun. Untung dia kerana sehingga sekarang dia masih mempunyai kedua orang tua yang masih hidup dan sihat.

“Kalau macam tu, aku balik dulu. Tapi kalau kau perlukan apa-apa kau call aku ye..” Shahrul memberi pesan. Kasihan betul dia dengan Zafran. Tak habis-habis dia di duga.

Okey.. Thanks.

For what?” soal Shahrul.

Everything..

Ala small matterlah bro.. Hari ini hari kau. Manalah tahu, esok-esok hari aku pulak!” balas Shahrul. Dia tidak berkira sangat dengan Zafran. Mereka selalu bersama dalam susah dan senang. Selepas itu Shahrul pulang ke rumahnya.

.......................

Zafran Haicarl duduk di kerusi panjang itu. Fikirannya runsing memikirkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Dia rasa sangat menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mengambil peduli tetang papanya. Adakah papanya sihat? Adakah papanya bahagia? Mungkin benar kata Sofia beberapa tahun yang lalu. Mungkin papanya sudah bercerai dengan Sofia. Kalau tidak masakan Sofia tidak datang menjenguk papanya. Tetapi di mana pula Sofia sekarang? Kali terakhir dia berjumpa dengan perempuan itu selepas mereka bergaduh di kelab hari itu.

Lama-kelamaan dia rasa sangat mengantuk. Zafran tertidur di kerusi panjang itu. Pada mulanya dia mahu menjaga dan menunggu sehingga papanya tersedar. Tetapi entah macam mana dia terlena di atas kerusi panjang itu. Mungkin juga disebabkan dia terlalu penat.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Zafran tersedar dari tidurnya bila mendengr azan berbunyi. Dia cepat-cepat menuju ke arah katil yang menempatkan papanya. Nampaknya keadaan papanya masih sama. Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke bilik air. Dia mahu menunaikan solat subuh.