Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 30 March 2012

Hanya Kau Milikku 9



Dalam pejabat yang agak besar itu Mira masuk sambil matanya gatal memandang persekitaran. Hatinya tertanya-tanya kenapa ketua Pengarah ingin berjumpa dengannya. Bak kata Kak Rosnah, bukan calang-calang orang yang panggil masuk untuk berjumpa dengan ketua pengarah syarikat itu. Tapi siapa pula yang menjadi ketua pengarah syarikat itu?

Kerusi yang diduduki oleh seseorang itu dipusing oleh si duduknya. Wajah itu tersenyum mesra kearah Mira. Buat seketika Mira agak terkejut juga. Dia tidak menyangka orang di hadapannya kini ialah bapa mertuanya. Dia sebenarnya belum begitu mengenali keluarga di sebelah suaminya kerana selepas majlis akad nikah itu dia mengikut suaminya tinggal di rumah berasingan dari keluarganya.

“Duduk Mira.. papa ada perkara nak bincang dengan Mira” Terkejut Mira apabila mendengar Dato itu membahasakan dirinya papa!

“Terima kasih Dato..”

“Jangan panggil Dato.. panggil papa lagi mesra” Dato Ismail tersenyum lagi bila Mira memanggil gelarannya. Bukannya papa!!

“Tapi..”

“Tak ada tapi..tapi.. Mulai sekarang, Mira kena panggil saya papa..”

Mira terkedu. Baik betul bapa mertuanya ini. Namun dia dapat merasakan ibu mertuanya tidak sebaik ini. Sebab di hari pernikahan mereka, dia sempat di ejek dan di sindir oleh ibu mertuanya.

“Mira.. tujuan papa panggil  Mira kemari ialah untuk memberitahu, yang papa nak hadiahkan sebuah pakej bulan madu.. Lagi pun papa belum berikan hadiah perkahwinan kamu dengan Iqbal. Kamu pilihlah tempat kamu nak pergi berbulan madu.”

“Tapi da.. pa.. Mira baru je keja.. Nanti apa pula kata pekerja lain?” soal Mira. Itu hanyalah alasannya saja. Kalau boleh dia tidak mahu kemana-mana dengan suaminya itu.

“Jangan dengar cakap dia orang. Mirakan menantu papa. Walau pun sekarang mereka tidak tahu Mira menantu papa tapi suatu hari nanti mereka harus tahu juga. Jadi papa boleh tentukan apa yang terbaik buat kamu berdua” terkedu seketika Mira. Tak sangka bapa mertuanya ini terlalu baik hati. Tidak sampai hatinya ingin menolak pelawaan baik dari bapa mertuanya.

“Nantilah Mira bincang dengan Iqbal..”

“Tak payah bincang.. Papa nak kamu berdua ambil cuti dan pergi bulan madu..” ada nada tegas di hujung suaranya..

“Baik pa.. tapi bukan buat masa sekarang. Apa pun Mira kena bincang dengan Iqbal dulu.”

“Baiklah.. Kamu bincang elok-elok dulu.”

Dengan perlahan Mira mengangguk sahaja. Nak pergi bercuti kat mana? Dia manalah tahu tempat yang menarik.. Aduh masalah ni.. Sebenarnya dia takut untuk berdua-duaan dengan Iqbal Iskandar. Tapi bapa mertuanya seakan-akan mengharapkan hubungan yang baik antara mereka.

........................................................

Ketika baru menyeberang jalan, Mira ternampak seorang lelaki tua yang terjatuh. Dia segera mendapatkan lelaki tua itu. ‘Kasihan mengapa tiada anak atau cucu yang menemankan dia. Dan sampai hati pula anak atau cucunya membiarkan dia berjalan sorang-sorang.’ Bisik Mira dalam hati.

“Atuk tak apa-apa?” tanya Mira.

Lelaki tua tadi mengangkat mukanya. Memandang ke arah gadis yang menegurnya. Hairan juga kerana ada juga orang yang mahu menegurnya.

“Atuk tak apa-apa. Terima kasih kerana sudi menolong atuk. Anak siapa nama?” soal Lelaki tua itu.

“Mira. Ni atuk nak pergi mana ni?” tanya Mira lagi.

“Atuk nak pergi ke pejabat tu..” sambil menunjukkan arah tempat yang di maksudkan.

“Saya pun nak balik ke sana juga. Saya kerja kat situ. Apa kata saya temankan atuk ke sana” ujarnya ramah. Bukan salah tolong orang. Terutamanya umur atuk itu seperti sama dengan umur neneknya. Teringat pula dia pada nenek kesayangannya itu.

“Baiklah terima kasih..”

“Sama-sama. Dah jadi tanggungjawab saya menolong orang yang susah.”

Mira memimpin tangan lelaki tua itu. Nampak bersih saja penampilannya. Mungkin dia bukan calang-calang orangnya. Tetapi atas urusan apa dia nak pergi ke pejabat tempat dia bekerja itu? Arghh!! Buat apa menyemak fikiran dengan pertanyaan yang tiada jawapannya..

“Atuk sebenarnya nak jumpa siapa? Mana tau Mira boleh bawa atuk jumpa dia.”

“Atuk nak jumpa Dato Ismail. Boleh ke?” soal lelaki tua itu tadi.

“Oh.. boleh-boleh.. Biar Mira bawa atuk jumpa dia.”

‘Buat apa lelski tua itu nak jumpa Dato Ismail. Selama ini Iqbal tidak pernah cakap pun dia punya seorang atuk. Atau dia tidak berkesempatan untuk memberitahu kepada dirinya.’ Bisiknya dalam hati.

Sampai di depan pintu pejabat milik Dato Ismail, Mira mengetuk pintu tersebut.

“Masuk..” kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk. Mira menjempuk lelaki tua itu masuk.

“Papa ada orang nak jumpa!” ujar Mira. Walau pun janggal dia menyebut perkataan papa namun dia harus membiasakan dirinya.

Kelihatan lelaki tua itu terkejut. Dato Ismail mengangkat mukanya.

“Sejak bila pula kau ada anak perempuan?” soalnya bila memandang Dato Ismail yang tersenyum lebar.

“Maaflah Pakcik.. Ini menantu Mail. Isterinya si Iqbal. Mira Syafika namanya. Mail tak sempat nak bagitahu masa tu Pakcik masih kat oversea..” kelihatan Dato Ismail bangun dari kerusi yang didudukinya menuju kearah ruang sofa yang terletak di sudut tepi bilik itu.

“Bertuah punya budak. Dah beristeri pun dia tak cakap” ujar lelaki tua itu. Mira hanya menjadi pemerhati dan mendengar. Memang pun Iqbal Iskandar jenis yang sudah nak di jangka perangainya. Rupa-rupanya bukan dia saja yang berpendapat demikian.

“Papa, Mira keluar dulu ya. Dah nak masuk waktu kerja ni.. Atuk, minta maaflah Mira tak kenal dengan atuk tadi” ujar Mira Syafika.

“Tak apa. Terima kasih sebab tolong atuk tadi..”

“Sama-sama..” jawab Mira.

Dia segera keluar dari bilik Dato Ismail. Terus menuju ke departmetnya sendiri. Takut terlewat nanti. Di tambahkan lagi kalau Iqbal mencarinya nanti.

“Cantik dan baik betul budaknya. Pandai Iqbal pilih perempuan jadi isterinya” ujar Encik Fuad.

“Entahlah Pakcik. Budak-budak. Mail pun tak tau nak cakap macam mana. Yang  sebenarnya mereka kahwin bukan di sebabkan mereka dah lama bercinta. Tetapi sebab kena tangkap khalwat” selamba saja Dato Ismail memberitahu.

“Apa?? Kena tangkap khalwat? Kenapa jadi macam ni?” bukan main terkejut lagi Encik Fuad mendengarnya. Iqbal Iskandar ni memanglah! Kalau dia tengok gadis tu, macam budak yang baik. Tapi apa yang di dengarnya kini, gadis itu terpaksa berkahwin dengan Iqbal kerana di tangkap khalwat.

“Pakcik, bukan tak tahu si Iqbal tu. Dia mesti dapat apa yang dia nak!” jawab Dato Ismail.

“Apa maksud Mail?” soal Encik Fuad ragu-ragu.

“Penahan cinta pandang pertama. Sebab itu jadi begini” ujar Dato Ismail sambil ketawa.

“Budak bertuah tu. Termasuk dengan budak Mira ni?” soal Encik Fuad pula.

Dato Ismail mengangguk. Encik Fuad menggeleng. Tak sangka sungguh bila dia mendengar kata Dato Ismail. Iqbal ni macam-macam perangainya.

“Pada mulanya Mail memang tak percaya mendengar cerita dari mulut Iqbal. Tapi melihat akan kesungguhannya, barulah Mail percaya. Yelah kahwin bukan perkara yang boleh di bawa main.. Ibu bapa mana yang tak risau tentang masa depan anaknya. Tapi Mail bersyukur sangat kalau Iqbal ada pendirian yang begitu.”

“Hei macam-macam dunia sekarang” ujar encik Fuad bila mendengar cerita dari mulut Dato Ismail. Apa pun dia memang berkenan dengan Mira yang merupakan gadis yang baik hati, bersopan santun dan menghormati orang tua. Jika dibandingkan dengan Rozie cucunya sendiri pun dia sokong untuk memilih Mira. Entah cucunya yang seorang itu pun ikut perangai bapanya juga. Dalam diam dia berdoa semoga jodoh mereka berpanjangan. Iqbal Iskandar memang tidak dapat di duga perangainya. Dia seorang lelaki yang berani untuk mendapatkan kebahagiaannya. Bukan sepertinya pada masa dia muda dulu.

“Termenung jauh nampak. Pak cik ada apa-apa ke datang nak jumpa Mail ni?” soal Dato Ismail. Dia sudah menganggap orang tua itu seperti ayahnya sendiri.

“Adalah.. semenjak akhir-akhir ini Pakcik rasa tak begitu sihat. Mungkin sebab dah tua agaknya..” luah Encik Fuad.

“Lumrah hidup Pakcik. Memang macam tu.. inikan pula Pakcik, Mail pun kadang-kadang penat juga bila memikirkan kerja. Kadang-kadang Mail terpikir nak serahkan saja syarikat ini pada Iqbal.”

“Ada baiknya kamu lepaskan kerja kamu sekarang. Percayalah pada Iqbal. Dia akan melakukan yang terbaik. Nampak saja rupanya yang suka main-main, tapi soal kerja dia amat serius” Encik Fuad memberi cadangan.

“Itulah yang saya tengah fikirkan. Tapi Mail nak bagi peluang untuk mereka berbulan madu dulu. Lepas tu barulah saya letak jawatan.”

“Eloklah tu. Mana tau kamu dapat cucu dengan cepat.. Boleh jugalah Pakcik menumpang kasih..”

Mereka berdua ketawa. Memang banyak cerita jika mereka berdua bertemu. Bukan selalu mereka meluangkan masa bersama seperti sekarang ini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

“Berbalik pada tadi, Mail dah jumpa ke dengan anak perempuan arwah Megat?”

“Setakat ni belum Pakcik. Kenapa?” soal Dato Ismail. Kedengaran Encik Fuad mengeluh. Entah apa yang menyebabkan orang tua itu mengeluh pun dia sendiri tidak tahu.

“Sebenarnya hari tu, Ruslan ada datang jumpa Pakcik.”

“Kenapa dia datang jumpa Pakcik?”

“Dia nak Pakcik wariskan harta Pakcik atas nama dia. Anak tak mengenang budi!! Kalau pasal harta cepat je dia tu!!” kedengaran keras saja bunyi yang keluar dari mulut Encik Fuad.

“Wariskan harta? Dari mana dia dapat tahu Pakcik wariskan harta pada anak arwah Megat?”

“Entahlah. Orang yang berhati busuk memang macam tu. Pakcik pun tak tahu macam mana dia boleh tahu hal itu!” ujar Encik Fuad samba mengeluh. Sakit hatinya bila mengenangkan Ruslan sanggup datang bergaduh dengannya gara-gara wasiatnya itu.

“Mungkin dia upah orang untuk siasat kot!” ujar Dato Ismail.

“Mungkin juga. Saya tak pernah sebut berapa nilai harta tersebut pada dia. Sebab dia seorang yang tamak. Nama saja pangkat Tan Sri, tapi dia langsung tak hormat pada Pakcik.” Keruh sekali wajah tua itu. Memang perangai Tan Sri Ruslan berlainan benar dengan perangai arwah Megat. Mereka berdua adik beradik tiri. Arwah Megat merupakan anak dari isteri pertama Encik Fuad, manakala Tan Sri Ruslan anak kepada isteri kedua Encik Fuad.

Mungkin Tan Sri Ruslan mewarisi sifat buruk dari ibunya. Dia kenal benar dengan keluarga tersebut.

“Jangan-jangan dia pun turut cari anak arwah Megat tu!” ujar Dato Ismail.

“Ni yang Pakcik risaukan ni. Kalau boleh Pakcik nak sangat jumpa cucu Pakcik tu. Nak sangat peluk dia sebelum Pakcik menghembuskan nafas terakhir Pakcik.” Ada nada kesedihan di hujung suaranya.

“Kita akan berusaha cari dia Pakcik.. Semoga tuhan mempermudahkan kerja kita.”

“Harap-harap begitulah”

Mereka bergelak ketawa.

*************************

Iqbal Iskandar balik lewat malam itu. Bukan apa dia sudah lama tidak melepak dengan Amirul. Dia juga sibuk dengan kerja di pejabat juga banyak. Dengan perangai Mira lagi dia bertambah kusut. Bukannya ada jalan penyelesaiannya. Hanya dengan Amirul sajalah dia dapat meluahkan segala masalah yang di hadapinya. Dia merasa sungguh penat. Namun matanya sempat juga tertacap ke bilik di hadapannya.

Untuk kebilik tidurnya dia terpaksa melewati bilik tempat Mira tidur. Entah kenapa hatinya mendesak untuk menjenguk Mira. Walaupun hari-hari dia dapat menatap wajah Mira namun hari ini dia betul-betul sibuk dan tak berkesempatan melihat wajah itu.

Perlahan-lahan tombol pintu di pulas, bibirnya mengukir senyum kerana bilik itu tidak berkunci. Argh nasib menyebelahi dia. Mungkin juga Mira terlupa untuk menguncinya. Dengan hati-hati dia membukakan pintu dan melangkah masuk. Terasa macam pencuri pulak pun ada. Dia bukannya buat perkara tak baik, sekadar untuk melihat wajah gadis itu sahaja. Naluri lelakinya yang mendesak.

Suasana bilik itu agak suram, hanya lampu tidur di tepi katil yang terpasang. Jadi tidak sukar bagi Iqbal menyelinap masuk ke bilik itu. Matanya terus terpaku pada susuk tubuh yang nampak tidur mengereng dengan lena sambil memeluk bantal panjang. Seperti bayi, nafasnya teratur di balik selimut tebal yang membalut tubuhnya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Lama dia merenung wajah polos itu sebelum mengambil keputusan untuk duduk di tepi katil. Inilah peluang dia untuk menatap wajah itu dengan sepenuh hati tanpa ada gangguan.

Wajah itu cukup sempurna, manis dan tenang. Setiap inci wajah itu di tenung. Terasa ingin sekali membelai wajah itu. Siang dan malam wajah itu sentiasa hadir dalam mindanya, malah mimpinya juga di penuhi dengan wajah itu. Begitu comel dan dia benar-benar terpesona. Tak puas dia menatap wajah itu. Perlahan-lahan tangannnya mengelus lembut wajah di hadapannya, begitu berhati-hati agar gadis itu tidak terjaga. Tidak dapat di bayangkan apa tindakan gadis itu sekiranya dia terjaga. Dia tersenyum sendiri.

“Aa..awak..?” Iqbal Iskandar terbangun bila tiba-tiba Mira terjaga. Sama-sama kalut. Mira segera bangkit dari tidur. Kepalanya terasa pening kerana terjaga dalam keadaan yang terkejut bila terasa ada sesuatu merayap pada wajahnya. Dia takut pada lipas yang sebenarnya. Tapi rupa-rupanya bukan lipas. Yang merayap tadi ialah tangan Iqbal. Iqbal Iskandar kembali duduk di tepi katil. Mira sudah pun bersila di atas katil dengan wajahnya tajam merenung Iqbal.

“Aa..Awak buat apa kat sini?” mencerlung tajam jelingan Mira sambil bangun dari pembaringannya. Kemudian dia turun dari katilnya.

“Sorry… Abang tak ada niat nak ganggu. Saja nak tengok muka sayang hari ni!” ujar Iqbal.

Terasa dia ingin mengusap rambut Mira yang sedikit kusut itu supaya nampak lebih kemas. Biar lebih cantik walaupun dia memang sudah cantik. Pakaian tidur Mira nampak seksi pula dimatanya. Mungkin masa tidur barulah Mira memakai pakaian tidurnya agar dia selesa untuk tidur. Tiba-tiba perasaannya terasa tidak dapat di kawal. Badan Mira di peluknya. Biarlah Mira marah kepadanya dia tidak peduli. Dia sudah tidak tahan setiap hari dia hanya mampu memandang wajah itu dari jauh sahaja. Mira memberontak.. Berusaha melepaskan diri dari pelukan Iqbal Iskandar.

“Hei apa ni!! Peluk segala.. Mira tak suka!!” marah Mira. Dia terkejut apabila Iqbal Iskandar tiba-tiba memeluknya. Dada Iqbal di pukulnya bertalu-talu. Namun apakan daya dia.

“Mira sayang..” dengan nada lembut sahaja. Sengaja dia melambat-lambatkan percakapannya. Rambut Mira di belai. Haruman syampu masih terasa. Rambutnya yang sedikit basah itu membuatkan dia terbuai.

“Sayang sedar tak, yang sayang ni gadis yang sangat bertuah dapat kahwin dengan abang!”

Iqbal Iskandar berbunyi berlagak sombong. Matanya tak lekang dari menatap setiap inci wajah yang berada dalam pelukannya. Semuanya nampak menarik dan sempurna. Sebenarnya dia ingin menebak perasaan Mira terhadapnya.

“Huhhhh!! Ye ke saya ni gadis bertuah? Atas tiket apa awak boleh kategorikan saya ni bertuah? Memang saya gadis bertuahlah sangat-sangat kerana menjadi mangsa rakus awak dan terpaksa berkahwin dengan awak. Awak ingat saya suka semua yang berlaku ni?” tengking Mira menahan marah.

“Abang tak kisah sebab abang percaya suatu hari nanti sayang hanya akan jadi milik abang. Walaupun sayang bencikan abang, tapi suatu hari nanti hati sayang itu akan tetap jadi milik abang. Hanya kau milikku!” selamba saja dia berkata demikian. Sengaja dia menaikkan darah Mira.

“Awak!!!!!!!!” sekali lagi Mira melepaskan amarahnya. Memang lelaki ni perlu di ajar. Semakin hari semakin menjadi perangainya. Langsung tidak hormatkan dirinya.

Sebuah kucupan lembut singgah di dahi Mira membuatkan Mira terkesima. Dia menelan air liur. Sambil memandang wajah lelaki itu. Dia nampak begitu tenang dan yakin akan kata-katanya sebentar tadi. Semakin membaralah amarah di hati Mira. Matanya mula berkaca akibat menahan marah.

“Awak jangan terlalu yakin sangat. Ya memang saya jadi milik awak dari dulu lagi. Puas hati! Lagi satu saya tak suka awak sentuh dan peluk saya macam ni” balas Mira setengah menjerit.

“Tapi bukan hati sayang tu. Suatu hari nanti, hati sayang tu akan jadi milik abang selamanya..” bisik Iqbal sekali lagi di telinga Mira. Kali ini nadanya begitu lembut sekali. Iqbal tersenyum. Hatinya puas. Suatu malam yang cukup bermakna dalam hidupnya selama mereka bergelar suami isteri walau pun hanya sekejap. Dia melepaskan pelukannya.

“Lebih baik awak keluar sekarang” Mira menuju ke pintu dan membukanya. Sebelum apa-apa berlaku lebih baik dia menghalau Iqbal keluar dari bilik tersebut.

“Okey, abang pergi sekarang. Abang pun nak singgah sekejap je tadi.“

 Iqbal Iskandar mengangkat kedua-dua tangan seakan-akan menyerah. Sambil itu dia mengatur langkah perlahan kearah pintu. Mira yang masih berdiri di pintu sempat mengelak apabila Iqbal mengangkat tangan untuk menyentuh pipinya.

“Selamat malam dan jangan lupa mimpikan yang indah-indah bersama abang ye..” sempat Iqbal Iskandar bersuara sambil menghadiahkan senyuman sebelum keluar dari bilik Mira.

Mira mengurut dada. Lega kerana lelaki itu sudah keluar dari biliknya. Cepat-cepat dia menutup pintu dan menguncinya. Bimbang kejadian tadi berulang. Entah bagai mana dia boleh terlupa mengunci bilik sedangkan selama ini dia tidak pernah lupa untuk menguncinya.

 Dia kembali baring di atas katilnya. Namun matanya berdegil tidak mahu tidur. Mungkin kerana peristiwa tadi membuatkan dia sentiasa terbayang-bayang.

************************************

Pagi ini Mira sudah terlambat. Gara-gara tidak dapat tidur malam tadi, akhirnya dia terlanjur tidur. Segalanya kelam kabut sahaja. Lagipun kalau boleh dia tidak mahu menumpang dengan Iqbal. Tetapi hari ini dia terpaksa menumpang dengan lelaki itu. Bukan senang nak dapatkan teksi waktu ini. Kalau dapat pun mesti dia lambat sampai kat pejabat. Bila di kenang kembali, Mira semakin geram. Dari hari ke hari ada saja yang Iqbal Iskandar buat kepadanya.

Sekarang dengan selamba sahaja Iqbal menyuruhnya naik kereta bersama. Seribu alasan yang dia berikan, satu pun tidak melekat di kepala lelaki itu. Sudahnya sekarang dia buntu mahu memikirkan seribu alasan untuk di berikan kepada yang bertanya. Bukan dia tidak tahu dari hari pertama dia masuk kerja sudah ada tersebar gossip yang kurang enak di dengar. lainlah Iqbal, dia tidak akan berdepan dengan masalah. Keluar saja dari kereta dan kemudian masuk ke bilik. Lelaki itu sudah selamat. Persoalannya dia yang mungkin di soal oleh pekerja di situ.

“Kenapa ni?” soal Iqbal sejak dari rumah lagi dia langsung tak melihat senyuman di bibir Mira dan juga suaranya. Entah apa yang di fikirkan sang isterinya itu.

“Saya takut ada gossip pasal kita” Iqbal Iskandar tergelak kecil. Itu rupanya persoalan besar yang mengganggu Mira. Yang membuat bibir mungil itu sedikit muncung. Mira menjeling tajam. Dah malam tadi lelaki itu buat hal. Pagi-pagi ni dia terpaksa berdepan dengan karenahnya sekali lagi.

“Besar sangat ke masalah tu?”soalnya bersama sisa senyum yang membungai bibir. Mira membuang pandang. Menarik beg tangan lalu di sangkut ke bahu. Malas nak melayan Iqbal Iskandar yang menganggap soalan itu tidak penting.

“Jawab sajalah apa yang patut. Lagi bagus kalau mereka tahu sayang tu isteri kepada bos mereka. Biar padan muka mereka.”

Sebenarnya dia geram bila mengingatkan status bujang yang dikatakan oleh Mira tempoh hari. Apa lagi pekerja lelaki mulalah nak menggatal. Mana dia tak sakit hati. Maklumlah orang cantik memang ramai yang berminat. Sekali lagi dia berasa cemburu terhadap Mira..

Tangan Mira terhenti di pintu kereta. Berpaling sambil melawan renungan redup Iqbal Iskandar. Sedikit terpana apabila satu kenyitan nakal di hadiahi Iqbal Iskandar padanya. Sedikit sebanyak berjaya membuat jiwanya sedikit bergetar. Namun, perasaan itu cepat-cepat di campakkan jauh dari hatinya. Hubungannya dengan Iqbal Iskandar tidak memerlukan semua itu.

“Sayang tunggu apa lagi tu?” Iqbal Iskandar mengusik lagi. Mira sudah menarik muka masam. Terasa semakin di permainkan.

“Awak pergi dulu. Nanti Mira masuk kemudian.”

Iqbal Iskandar berhenti melangkah. Berpaling sambil sebelah mencekak pinggang.

“Apa yang you takutkan sangat ni? Dah, come, masuk office. Sebelum saya membuat perkara yang menarik perhatian mereka nanti. Awak nak gosip hangat ker?” Iqbal Iskandar bersuara lagi. Sempat mengangkat kening sambil tersenyum nakal.

Tanpa banyak bicara Mira mula melangkah. Sama-sama mengatur langkah menuju ke ruang pejabat. Dan bagai di jangka Liza bagai sudah tergambar apa yang sedang bermain di fikiran.

“Good morning, Encik Iqbal.” Tegur Liza selaku setiausahanya.

“Morning..”

“Sama-sama masuk pula hari ini” tiba-tiba Liza mengusik. Dia perhatikan wajah bosnya berseri-seri namun wajah gadis itu masam mencuka. Hari ini baru dia nampak mereka berjalan berdua. Selalunya dia dengar dari rakan sekerja yang lain sahaja.

“Dah memang jalan kami sehala. Tak salahkan saya tumpangkan dia?” jawab Encik Iqbal.

Penipu!!. Banyaklah alasan kau tu, bentak Mira dalam hati. Pagi-pagi begini dia sudah tidak ada mood di buatnya. Walaupun alasan sudah di berikan oleh bos mereka. Namun mereka tetap tidak puas hati bila melihat wajah Mira yang tidak senang dengan jawapan bosnya itu. Sebaik saja Mira melabuhkan punggung di kerusinya terus saja mereka bertanya.

“Kamu dengan bos tu ada apa-apakah? Saya tengok bos caring sangat dengan kamu. Perangainya peliklah. Biasanya dia tak nak layan perempuan lain sebaik itu.”

“Ye ker? Tapi saya tak suka dengan perangai dia tu.. Boleh timbul gossip tau tak!” jawab Mira dengan perasaan tak senang hati.

“Kamu berdua ada apa-apa ke?” soal Liza.

“Kamu tanyalah kat bos. Mira tak dapat bagi jawapan sekarang. Lagi pun Mira baru je keja kat sini. Mira tak tahulah perangai bos tu macam mana?” Mira cuba berdalih. Takut juga kalau rahsia mereka terbongkar.

Selepas itu dia terdengar bunyi pesanan ringkasnya masuk.

 ‘Jangan marah pagi-pagi ni nanti cepat tua. Sayang awak tau.’

Menyampahlah dengan sms awak ni. Mira menarik muka masam. Tak boleh nak layan sangat. Makin di layan makin menjadi perangainya nanti.

**************************************

Petang itu habis saja waktu kerja terus Mira bergegas keluar menunggu teksi. Dia tidak mahu menumpang dengan bos mereka. Kedatangan bersama pagi tadi pun sudah ada yang berbisik-bisik melihat mereka.

Jam di tangan asyik di tilit. Pada hal teksi susah nak dapat pulak hari ni. Rakan-rakan yang lain sudah pulang. Menyesal pula dia tak tumpang dengan Kak Ros tadi.

Hon kereta berbunyi. Mira memandang sepi. Hujan mula nak turun. Macam mana ni? Takkan aku nak tumpang dia lagi. Mesti gossip pula nanti.

“Naiklah.. Hari nak hujan ni..” jeritnya dari dalam kereta.

Mira menggeleng kepala. Dia memprotes. Dengan geram Iqbal Iskandar keluar dari kereta lalu menarik tangan Mira. Terpaksa juga dia gunakan kekerasan. Kalau tidak isterinya akan tetap berdegil.

Dalam kereta, Iqbal menegur.

“Sayang ingat boleh lari dari abang ker? Kenapa tak tunggu abang tadi. Susah-susah je abang mencari-cari Mira kat dalam” Suara lembut kedengaran di telinga Mira. Mira mencebik saja. Tanda protes.

Iqbal Iskandar hanya tersenyum. Dia tahu apa yang bermain-main di fikiran Mira. Dari wajah cemberutnya dia tahu Mira tidak puas hati dengan tindakkannya tadi. Namun ada kalanya dia harus berkeras dengan gadis itu untuk kebaikannya juga.







 


Saturday 17 March 2012

Hanya Kau Milikku 8



Hari pertama masuk kerja memang agak janggar. Namun ini sajalah caranya untuk memenuhi masa dan mengumpul wang untuk di kirimkan kepada Nenek Nab bila dia terima gaji nanti.

“Awak sungguh bertuah kerana di pilih untuk bekerja disini. Macam mana awak boleh dapat keja ni yer?” soal Kak Rosnah. Bukannya senang nak mendapat kerja seperti keadaan sekarang. Ramai lagi penganggur di luar sana yang memerlukan kerja. Dan semestinya orang macam Mira juga tak terkecuali. Memang dia kagum bila mendapat tahu yang inilah kali pertama Mira memohon kerja selepas habis pengajiannya.

“Oh mungkin saya memang bertuah sebab terpilih. Sebenarnya hari tu saya ada hantar resume, tak tahu pula dia call suruh interview dan dapatlah pula keja ni” jawab Mira. Dia terpaksa menipu.

“Oh ya baru aku teringat, hari tu masa interview Encik Iqbal suruh aku call nama Mira Syafika. Bukan ke itu nama penuh awakkan?” soal Liza. Mengingatkan kembali pada hari temuduga tersebut. Berulang kali bosnya mengingatkan dia agar mnenelefon calon tersebut.

Mira mengangguk. Liza pula tersenyum. Cantik gadis ni. Baik pula tu. Mungkin sebab itu bosnya terus terpikat bila melihat dari resume saja. Ada pakej.

Sebenarnya dia memang ada hantar resume ke pejabat ini. Selepas itu dia menerima panggilan untuk di temuduga di bilik hotel kononnya dia di pilih untuk di temuduga dalam bilik itu. Tetapi dia tidak menyangka lain pula jadinya sampai dia terikat dengan lelaki itu untuk sekali lagi. Kalau dia tahu ini syarikat keluarga Iqbal Iskandar sumpah dia tidak akan memperjudikan nasibnya. Biar dia mencari rezeki di tempat lain.

Baru dia teringat mungkin Iqbal Iskandar menjejakinya melalui resume yang di hantarnya beberapa minggu yang lalu. Sampai dia terperangkap di bilik hotel itu. Sungguh memalukan peristiwa yang berlaku pada masa itu. Seandainya ada pekerja di pejabat itu tahu peristiwa hitam itu alangkah malunya dia. Dia cuba tersenyum manis.

Tiba-tiba kelibat seorang perempuan melintas di hadapannya. Seksi, dengan tubuh yang tinggi ala-ala model dan skirt yang di pakai hanya paras atas lutut. Kasut tumit tinggi lima incilah tu. ‘Nak menayang peha dan betis yang putih gebu dialah tu kononnya. Pirah!! Aku punya peha lagi gebulah. Tapi model sesat mana pulak ni? Ada buka modeling agensi ke kat syarikat ni? Kalau ada bolehlah aku mencuba nasib’ ujar Mira dalam hati. Tapi conform kena rejaect sebab dia isteri kepada bosnya itu!

Rozie berjalan dengan lenggang lenggoknya di hadapan para pekerja berjalan menuju ke arah bilik Encik Iqbal Iskandar. Semua pekerja hanya memandang sinis saja terhadapnya. Mereka tahu Rozie sedang kemaruk cinta dengan bos mereka tetapi bos mereka jarang melayannya. Jika layan pun atas urusan kerja.

“Hi ada staff baru masuk keja ke hari ni?” Soalnya bila dia terpandang kearah meja Mira Syafika. Dia terasa tidak senang hati setiap kali melihat ada pekerja wanita yang baru masuk bekerja. Terutama sekali jika dia melihat wanita itu lebih cantik dari dirinya. Dia segera merasa cemburu! Dia takut kalau Iqbal tiba-tiba jatuh cinta dengan gadis itu. Sedangkan dia bertahun-tahun menaruh hati pada Iqbal. Iqbal langsung tiada respon padanya. Beku sangatkah hati lelaki itu. Entah perempuan manalah yang dapat cairkan hati lelaki itu?

Iqbal Iskandar mendengar bunyi bising dari luar. Cepat-cepat dia bangun melihat apa yang terjadi di luar biliknya. Dia pasti Rozie buat hal lagi, terutamanya bila ada staff baru yang masuk kerja.

“Hai Rozie. Wanna see me?” Iqbal mengangkat kening. Sedikit terkejut melihat Rozie yang sudah menapak ke bilik pejabatnya.

“Datang sini mestilah nak jumpa you.. Hmm.. Berseri-seri je muka you tu. Ada apa-apa yang I tak tahu pasal you ker?” Iqbal terus mempelawa Rozie masuk ke pejabatnya. Kalau boleh dia tidak mahu Rozie lama-lama diluar itu. Kerana kehadiran seorang pekerja baru itu, Rozie boleh mengamuk dengan dirinya dan juga pekerjanya.

Pecah ketawa Iqbal. Tak sangka dalam keadaan begini masih ada orang yang perasan tentang wajah cerianya itu. Mestilah dia ceria kerana dia merupakan pengantin baru!! Kalaulah berita itu tersebar mcam manalah agaknya respon si Rozie.

“You pergi mana sampai dua minggu I call you tak dapat? Selalunya you tak pernah pun ambil cuti panjang macam ni..” ujarnya manja. Matanya meratah setiap inci wajah Iqbal.

“Ala saja je nak ambil angin lama sikit. Penat sangat asyik nak keja saja.. Apa salahya kan sekali-sekala pergi bercuti. Lagi pun ada papa I tolong handlekan semua kerja kat pejabat ni..”

Rozie mengeluh panjang. Patutlah dua minggu ni dia tak dapat menjejaki Iqbal Iskandar. Wajah yang dirinduinya itu di tatap dalam.

Ketukan di pintu membuatkan pandangan Iqbal terus beralih kearah berkenaan. Liza masuk sambil menatang dulang berisi dua cawan minuman. Di letakkan tertib di atas meja sofa sambil menganggukkan kepala kepada Rozie. Tiada balasan. Iqbal memandang Liza. Tersenyum.

“Thanks Liza.”

Setiausaha itu mengangguk kepala seraya melangkah kearah pintu. Di tarik dan tutup perlahan-lahan. Iqbal melangkah ke arah Rozie. Di labuhkan duduk di hadapan Rozie.

“Minum Rozie...”

“Thanks..  Iqbal you ada staff baru ke? Tadi masa I lalu tadi nampak ada orang baru. Cantik pulak tu...“ terus saja dia bertanya. Dia hairan sebelum ini tidak ada pun Iqbal memberitahu ada jawatan kosong dalam pejabatnya.

“Yupp.. Lupa pula I nak kenalkan.. Nantilah..” jawab Iqbal acuh tak acuh. Dia tahu Rozie maksudkan Mira Syafika. Selepas minum, mereka berdua keluar dari bilik Iqbal. Rozie terus memeluk lengan Iqbal dengan gaya yang melentuk-lentuk.

“Oh ya saya lupa nak kenalkan. Semua staff beri perhatian. Hari ini ada pekerja baru masuk. Saya memperkenalkan Mira Syafika. Dan harap kamu semua dapat beri kerjasama dengan dia” Iqbal memandang kearah Mira.

“Single lagi ke..? Kalau single bolehlah nak menguratkan gitu En. Iqbal?” Ujar Borhan.

 Iqbal Iskandar menjeling tajam kearah Borhan. Pantang sekali tengok staff perempuan baru masuk mesti nak di urat. Kalau orang lain boleh tapi jangan kau cuba nak mengurat bini aku desisnya dalam hati.

“Memang saya masih single” Mira menjawab spontan. Dia tiada niat membohongi sesiapa. Kerana dalam resumenya itu, status dia memang masih single. Tapi sekarang dia sudah menjadi isteri orang. Pedulikan perasaan Iqbal Iskandar marahnya dalam hati.

Sakit hati Iqbal Iskandar mendengar pengakuan dari mulut Mira. Dia terasa tercabar. Sampai hati dia cakap dirinya masih single!! Balik nanti tahulah aku nasihatkan kau!!

********************************

Habis waktu bekerja Mira cepat-cepat mengemas meja dan berangkat pulang, dia tidak mahu terserempak dengan Iqbal Iskandar. Lagi pun pagi tadi Iqbal Iskandar sudah berinya kunci rumah jadi tidak susahlah dia untuk balik ke rumah lebih awal. Kalau menunggu dia mesti banyak gossip pual tentang dia dengan bosnya itu.

Dia menunggu di stesen bas, berkira untuk naik teksi balik ke rumah.  Tadi Kak Rosnah ada mempelawa nak tumpangkan dia, tetapi dia menolak. Dia harus belajar berdikari sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Lepas apa yang jadi tadi, tak ingin nak balik dengan suaminya.

“Ish.. Mana teksi ni? Lambatlah aku sampai kat rumah ni?” Mira mengomel sendirian. Jam di tangan di kerling. ‘Sudah pukul 5.30 petang. Peraturan mesti sampai kat rumah sebelum jam 6 petang. Macam mana ni? Nak masak lagi.. Arghh!!!’

Tiba-tiba BMW putih berhenti betul-betul di hadapannya. Terkebelakang dia sedikit mengelak kereta yang berhenti terlalu hampir dihadapannya.

“Gila!!!” ujar Mira menyumpah si pemandu yang tidak prihatin itu. Dia tidak sedar dia telah memarahi suaminya sendiri. ‘Nasib baik tak langgar aku!! Suka sangat nak berlagak!’ Bentak hati Mira.

“Naik!!” arah Iqbal mendatar namun kedengaran tegas pada telinga Mira. Terkejut bukan kepalang lagi Mira di buatnya. Dia ingatkan orang lain tadi. Kerana rasa marahnya Mira buat tak peduli sahaja.

Peduli apa aku?? Terus Mira memeluk tubuhnya sambil membuat muka berlagaknya. Di pandangnya sebelah kanan. Manalah tahu kot-kot ada teksi ketika ini. Langsung tidak mempedulikan kata-kata Iqbal Iskandar.

“Sayang jangan degil boleh tak??” penat je aku tunggu dia kat lobi tadi, rupanya dia tunggu kat stesen bas. Terus Iqbal Iskandar keluar dari kereta dan menyentap tangan Mira memaksanya masuk ke dalam kereta. Hatinya makin sakit bila Mira buat tak endah dengan kata-katanya tadi. Nak kena ajar sikit.

“Ouchh!!! Sakitlah tau tak!” Mira mengaduh kesakitan. Pergelangan tangannya dah naik merah direntap suaminya tadi. Digosok-gosok pergelangannya yang terasa sedikit perit. Sempat dia menjeling tajam kearah suaminya itu. Tanda tidak puas hati. Suka hati dia saja nak tarik tangannya tadi.

“Tau pun sakit… Lain kali jangan degil sangat, dengar je cakap abang” balas Iqbal Iskandar dengan nada memerli. Dia bukannya mahu menyakiti gadis itu namun bila teringat kembali peristiwa pagi membuatkan dia geram dengan tingkah laku isterinya.

Sesekali dikerling tangan isterinya yang ternyata merah. Kuat sangat ke aku tarik tadi? Baru tarik sikit dah sakit.

“Oh dalam pejabat tadi bukan main lagi sayang ye, siap cakap diri tu single lagi. Apa dah tak sedar diri ke, yang awak tu dah jadi isteri orang!!” Iqbal menghamburkan rasa tidak senang hatinya. Bukan dia tidak tahu macam mana pekerja bawahannya! Asal ada gadis cantik semuanya cuba cucuk jarum. Dia memang tak nak mereka kacau Mira!

“Aik. Awak marah ke Mira cakap macam tu? Memang dalam resume hari tu masih status singlekan? Macam mana kalau saya cakap saya dah kahwin mesti diorang terkejut. Takkan dalam masa dua minggu Mira dah jadi isteri orang? So Mira cakap sajalah” jawab Mira. Tidak pernah dia mahu menjaga perasaan suaminya yang mungkin terasa dengan kata-katanya itu.

“Tak ada yang mustahil. Lagipun kitakan kahwin ekpress!! Mana dia orang tahu hal-hal yang ekpress macam ni?” jawab Iqbal lagi.

“Huh.. awak cakap semua senangkan? Bukannya ada hati dan perasan memikirkan orang lain. Semuanya nak ikut kepentingan diri sendiri. Selfish!!”

Iqbal tersenyum saja bila mendengar Mira memarahinya. Entah kneepad bebelan Mira terasa syadu pula di telinganya. Sengaja dia embakar perasaan Mira agar dia dapat bercakap dengannya. Jika tidak memang jangan harap dia dapat mendengar suara Mira.

Terus mata Mira dihalakan ke luar tingkap, malas nak bertengkar lagi. Menyakitkan hati je. Bagus dia melayan perasaannya sendiri.

***********************

Sampai saja di rumah, terus Mira naik ke bilik. Malas nak tengok suaminya lama-lama, Buat sakit jiwa. Baik aku mandi tenteramkan diri. Selepas mandi dia membaringkan badannya di atas katil. Akhirnya dia terlelap. Bila waktu magrib terus dia bangun. Menunaikan kewajipannya.

“Alamak perut rasa laparlah pulak..”

Dia terus keluar dari bilik menuju ke dapur. Peti ais di buka melihat kalau ada makanan yang boleh di masak. Kemudian dia mengeluarkan isi perut peti ais itu. Dia mula memasak. Setelah siap semuanya dia berkira-kira macam mana nak memanggil Iqbal Iskandar turun makan. Walau pun dia tidak bersedia dengan tanggung jawab yang lain namun kewajipannya menjaga makan minum Iqbal Iskandar tetap di jalankan. Masih terngiang-ngiang amanat dari Nenek Nab. Kemudian dia tersenyum sendiri. Memanglah kalau di ikutkan rasa hati memang mati. Ikutkan rasa binasa.

Akhirnya dia berjalan menuju ke pintu bilik Iqbal Iskandar. Walau pun rasa marah masih terasa, tetapi kewajipan dia sebagai seorang isteri tidak patut di abaikan.

 Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik itu. Namun tiada jawapan. Mira ketuk lagi. Tiada jawabnya juga. Manalah tahu kalau-kalau Iqbal tidur sampai tak sedar dia mengetuk pintunya. Lalu dia memulas tombol pintu itu.

Terkejut dia bila melihat Iqbal Iskandar masih memakai tuala separas pinggang baru keluar dari bilik mandi. Iqbal pun sama terkejut!!

“Masuklah jangan malu. Ada apa cari abang?” sengaja dia mahu melihat wajah Mira yang sedikit terkejut melihat keadaan dirinya.

“Aaa.. ma..makan malam dah siap. Maaflah Mira dah ceroboh bilik awak” teringat kembali pesanan Iqbal yang tidak mah dia menceroboh biliknya. Dalam hati menyesal kerana membuka pintu bilik itu tadi kalau dia tahu keadaan macam ini yang di tonton bagus dia tak payah masuk. Dia terus turun menuju ke dapur sambil menunggu Iqbal Iskandar turun dari bilik.

Iqbal Iskandar hanya tersenyum. Dia tahu Mira malu melihat keadaannya yang cuma bertuala separas pinggang. Nampak sangat wajah itu naik merah menahan malunya. Tapi dia tidak kisah. Dia lagi suka membuatkan Mira merasa malu terhadap dirinya. Sekurang-kurangnya dia tahu apa rasa hati Mira.

Tanpa berlengah lagi dia terus turun menuju ke ruang makan. Perutnya yang lapar tadi di isi. Dia menikmati makanan malam itu. Semua makanan yang di masak Mira begitu sedap sekali. Dia tidak menyangka Mira seorang yang pandai memasak. Rasanya dia tidak silap memilih pasangan hidupnya.

“Sedapnya sayang masak. Bertuah abang punya isteri yang pandai masak.” Pujinya. Dia puji ikhlas.

“Makan sajelah. Tak payah nak puji-puji. Bukan dapat award ke hadiah ke dari Mira” jawab Mira. Dia memang tidak suka di puji. Kecualilah jika orang itu benar-benar ikhlas.

“Sayang.. Abang puji ikhlas tau.. Tak baik buruk sangka dengan abang!” Iqbal masih juga mahu membela diri.

“Suka hatilah..” ujar Mira dingin.

Akhirnya kedua-dua mereka terdiam sampai habis makan.

 Selepas makan Mira mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk yang telah di gunakan tadi. Dia sedar ada sepasanag mata yang sedang memerhatinya namun dia buat tidak endah saja. Jika di layan semua kerja pun tidak akan menjadi.

Setelah selesai semuanya dia terus melangkah menuju ke ruang tamu. Di tekan remote tv. Dia teringat cerita yang paling di gemarinya. Baru nak bermula. Nasib baiklah dia sempat tadi. Bisiknya dalam hati...

Iqbal Iskandar sengaja melabuhkan punggungnya dekat dengan Mira. Dia sudah tidak tahan bila menghidu haruman wangi dari badan Mira. Sengaja dia mendekatkan dirinya dengan badan Mira. Di cium wangian itu. Masih tidak berubah. Seperti wangian yang di pakainya semasa mereka berdua bersama di hotel dulu.

“Hish.. Apa ni kacau orang nak menonton?” ujar Mira tidak senang. Dahlah dari tadi Iqbal Iskandar melihatnya bagaikan singa lapar, sekarang dia menggeselkan badannya dengan badannya pula..

“Abang nak manja-manja dengan isteri abanglah. Takkan itu pun tak boleh kot..?”

“Mira tak sukalah.. Tak senonoh..” namun matanya masih melotot melihat cerita kegemarannya. Semakin lama semakin ada pula tangan yang menjalar di bahunya. Lalu Mira melihat dengan matanya. Iqbal Iskandar sudah tersenyum. Mira jadi marah. Tak boleh tengok orang senang agaknya!!

Mira mahu bangkit dari tempat duduknya. Malas dia nak menonton cerita kegemarannya. Dia tidak betah duduk bersama dengan orang yang gatal tangannya. Namun belum sempat dia melangkah lagi, dia terjatuh di atas paha Iqbal. Tiba-tiba bibirnya mendarat tepat pada bibir Iqbal. Mukanya menjadi merah seperti udang kena bakar saja.

“Manisnya bibir sayang.. Pakai liploss juga ke malam-malam? Sayang nak pergi mana? Kan sayang nak tengok cerita ni..” bertalu-talu pertanyaan yang keluar dari bibir Iqbal. Dia tersenyum melihat wajah Mira yang kemerahan menahan malu.

“Malaslah nak duduk dengan orang yang gatal tangannya. Mira tak selesa. Bagus Mira naik tidur. Lagipun esok Mira nak keja..” dia berusaha merungkaikan pelukan Iqbal.

Namun Iqbal Iskandar tetap memeluk tubuh itu. Tidak membenarkan Mira pergi dari situ. Walaupun beberapa kali Mira meronta-ronta namun usahanya hanya sia-sia saja. Tangan Iqbal Iskandar memeluknya kuat sambil matanya meratah kesemua wajah yang dekat dengannya. Kudrat Iqbal Iskandar lebih kuat darinya. Bukan selalu dia mendapat peluang untuk memandang wajah itu dari dekat.

.............................................

Pagi-pagi lagi Amirul melihat Rozie sudah bertenggek di depan meja Liza. Namun dia masuk juga ke bilik Iqbal. Dia harus menyampaikan pesanan dari Dato Ismail.

“Assalammuailikum” sapa Amirul.

“Waalaikumussalam.” Jawab Iqbal sambil mengangkat mukanya. Dari dalam dia ternampak Rozie sedang bersembang dengan Liza, PAnya.

“Sebelum tu aku nak tanya, apa Rozie buat kat sini? Awal-awal pagi macam ni?” Pelik. Rasanya, dia tiada temujanji dengan Rozie hari ini. Matanya jatuh pada wajah Rozie yang berdiri di depan Kak Ros.

“Nak jumpa kaulah. Nak apa lagi?” Amirul sengih sinis sekali.

“Oh, aku tak de appointment pun dengan dia hari ini.” kerut dahi Iqbal.

“Bagus kau bersihkan otak perempuan tu dengan status kau, aku tengok dia dah kemaruk cinta kat kau.” Gelak. Dia bukan bodoh nak baca hati perempuan macam Rozie tu. Iqbal saja yang dungu mentafsir. Atau dia sengaja buat-buat tak tahu. Hai dunia...

“Kau ni mungkin dia ada urgent kes kot” dalih Iqbal meski pun dia rasa ada betulnya cakap Amirul. Memang kedatangan Rozie amat merimaskan dia. Namun untuk menjaga nama baik syarikat dia terpaksa mengikut rentak Rozie itu.

“Ikut suka kaulah Iqbal. Aku pergi dulu. Menyampah aku tengok muka dia yang dengan makeup tebal tu” cepat-cepat dia bangun bila langkah Rozie semakin dekat menuju ke bilik Iqbal.

“Kau pun ada sekali Am. I ganggu you all berdua ker?” tegur Rozie sebaik saja kakinya melangkah ke dalam pejabat Iqbal.

“Taklah dah selesai pun perbincangan kami. Awak bolehlah teruskan hasrat awak tu” jawab Amirul dan terus melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. Dia rimas bila berdepan dengan minah gedik yang makeup ala-ala cat Nippon paint itu. Berwarna-warni. Macam manalah Iqbal boleh tahan melayan karenah perempuan gedik macam tu. Kalau dia bagi free pun haramlah!!

“Hi sayang.. busy ker hari ni?” soal Rozie dengan suara gediknya.

“Busy. Maklumlah baru balik dari bercuti. Nanti I ada meeting. Ada apa hal datang sini?” soal Iqbal endah tak endah saja.

“La.. buat tak tau pulak.. I call you tak dapat-dapat.. Siap buat appointment lagi dengan you ni. Lunch time kita keluar sama nak tak? Rasanya dah lama kita tak keluar sama” Rozie sudah mula menggedik. Lelaki di hadapannya itu di tatapnya.

“Mmm, I dah janji keluar makan dengan papa Ilah.. Sorry tak dapat temankan you makan..”

“Hurmm.. Kalau begitu lain kalilah ya.. Tapi no excuse lagi tau!” balas Rozie dengan rasa kecewa.

Iqbal mengangguk saja tanpa melihat ke arah Rozie. Dia bukan sengaja member alasan sebegitu tetapi memang papanya sudah awal-awal call agar mereka berdua makan tengah hari bersama.

 “I ada meeting ni dengan papa I kalau tak keberatan you pergi dululah ya..”ujar Iqbal.

“Okey.. sure next time you boleh keluar makan dengan I kan?” Iqbal Iskandar hanya mengangguk. Malas dia nak lebih-lebih.

..............................................

Selesai mesyuarat ahli Lembaga, Dato Ismail mendekati Iqbal Iskandar. Sudah beberapa hari ini dia asyik terfikirkan peristiwa yang berlaku sampai menyebabkan anaknya Iqbal Iskandar boleh menikahi gadis yang langsung dia tidak kenali. Namun begitu dia tidak bersikap prejudis seperti isterinya. Pada pandangan mata tuanya gadis itu terlalu polos dan mungkin ada sesuatu hal yang dia tidak ketahuinya. Dengan itu dia bercadang untuk bertanya hal itu kepada anaknya. Mungkin juga anaknya tidak sempat untuk memberitahu hal sebenarnya yang berlaku.

“Lunch dengan papa. Ada hal yang papa nak bincang.”

“Oklah. Sekejap ya..”

Tengah hari itu Iqbal Iskandar makan tengah hari dengan papanya. Sebelum keluar tadi dia mencari-cari kelibat Mira namun dia di beritahu oleh setiausahanya Mira sudah keluar makan dengan Kak Rosnah. Lalu dia biarkan saja.

Sementara mereka menungu makanan mereka sampai, Dato Ismail mengambil peluang ini untuk bertanya. Semenjak dari hari pernikahan anaknya, dia terasa ada sesuatu yang di sembunyikan oleh anaknya.

“Papa nak Iqbal berterus terang tentang kejadian hari tu.. Kenapa boleh sampai kena tangkap khalwat pula? Yang papa hairan Iqbal langsung tak marah dengan kejadian yang berlaku? Siap mahu bertanggung jawab pula tu.. kenapa? Cuba cakap dengan papa? Nasib baik tak ada orang yang tahu sangat. Kalau tak ia boleh menjejaskan reputasi syarikat kita tau..” serius saja bunyi dari Dato Ismail.

“Sebenarnya papa.. Ini semua rancangan Iqbal. Iqbal tak nak kahwin dengan Rozie tu. Bukan papa tak tahu, mama asyik paksa Iqbal terima si Rozie tu..” jawab Iqbal perlahan-lahan. Dato Ismail menarik nafas lega. Memang pada mulanya dia tidak faham akan tindakan Iqbal.

“Mira tahu tak ini rancangan Iqbal?” Iqbal menggeleng kepalanya.

“Pa.. kalau Mira tahu, biar mati sekali pun dia tak akan terima Iqbal pa..” jawab Iqbal. Ada Betul juga kata Iqbal. Walaupun dia tidak suka dengan cara Iqbal tetapi dia mengharapkan anaknya itu tahu menghargai gadis sebaik Mira Syafika itu.

Malah Iqbal Iskandar degan senang hati menceritakan pada papanya bahawa itu semua adalah rancangannya untuk menggagalkan hasrat mamanya untuk mengahwinkannya dengan Rozie. Pada mulanya papanya terkejut. Namun, dia tiba-tiba papanya tergelak kuat. Iqbal Iskandar pelik dengan sikap papanya saat itu.  Rupa-rupanya papanya sudah mengesyaki semua itu namun dia menunggu anaknya untuk memberitahunya secara bersemuka dengannya tanpa gangguan sesiapa.

Malah, papanya menyokong tindakannya untuk menikah dengan Mira Syafika. Lantas, dia memeluk erat tubuh papanya yang sudah semakin dimamah usia. Dia merasa amat terharu dengan sifat penyayang papanya. Dato Ismail juga merasa sebak dengan kelakuan anak lelaki tunggal kesayangannya. Beberapa titis air mata tumpah kepipi tuanya. Dia membalas pelukan anaknya dengan erat sambil mengusap-usap belakang tubuh anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Berkali-kali ubun-ubun anaknya menjadi sasaran bibir tuanya. Dia amat menyayangi anaknya yang satu ini. Sayangnya pada anaknya melebihi sayangnya pada isterinya walaupun cintanya pada isterinya masih kekal utuh seperti dahulu. Dia bertekad untuk menyokong anaknya untuk berhak mendapat kebahagiannya. Dia akan membuat rancangannya sendiri untuk membuktikan kebenaran bahawa menantunya, Mira Syafika bukanlah seorang perempuan seperti yang digembar-gemburkan oleh ahli keluarga yang lain.

“Tapi kenapa Iqbal pilih Mira Syafika? Tentu dia seorang gadis yang istemewa bukan?” Dato Ismail bertanya lagi. Dia pun hairan dalam banyak-banyak gadis di luar sana kenapa Iqbal Iskandar memilih gadis itu menjadi ‘penyelamatnya’.

“Sebenarnya papa.. Iqbal pernah buat salah kat dia masa di universiti dulu. Masa tu dia masih lagi dalam tahun pertama. Iqbal sebenarnya sudah jatuh cinta sejak pertama kali pandang wajah dia..”

“Hebatnya anak papa.. Jadi maknanya jatuh cinta pandang pertamalah ni ya..? Tapi kenapa Iqbal tergamak buat dia macam tu? Langsung tak fikirkan akibatnya pada Mira”

“Pada mulanya memang Iqbal tak terfikir pun buat macam tu dekat dia. Saya iklhas nak berkawan dengan dia. Sebab dia menolak niat baik saya dan dia pernah tampar muka saya di khalayak ramai. Lalu Iqbal berdendam dengan dia. Salah satu caranya ialah dengan membuatkan dia rasa dirinya tidak ada maruah lagi. Tapi percayalah papa Iqbal sudah menyesal sekarang. Sepatutnya Iqbal tak menurutkan nafsu ketika itu.”

Dato Ismail mengangguk perlahan. Kini barulah dia tahu kenapa Iqbal memilih Mira Syafika sebagai isterinya. Ada perasaan sedih terpamer diwajah Iqbal.

“Dah lama Iqbal mencari dia pa... Namun tuhan masih mahu beri peluang untuk Iqbal menebus segala dosa-dosa Iqbal yang lalu. Bila Iqbal terjumpa resume dia masa di pejabat tu, Iqbal tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira tu. Jadi Iqbal dan Amirul merancang untuk mengenakan dia. Iqbal tak peduli apa akan berlaku lepas ini janji Iqbal dapatkan dia kembali dalam hidup Iqbal.” Ujarnya bersungguh-sungguh.

“Rumit juga hidup anak papa ni rupanya. Patutlah mama Iqbal mengamuk sakan sebab tak dapat bermenantukan si Rozie tu. Tapi tak apa, papa lebih sukakan menantu papa yang sekarang.  Walaupun papa belum berkesempatan nak berkenalan lebih dekat dengan dia” ujar Dato Ismail samba tersenyum. Entah sejak pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu dia merasakan ada sesuatu. Tetapi dia tidak dapat nak katakan apakah ia. Wajah itu ada iras-iras orang yang dia kenal.

“Ala biarlah mama tu..! Cuma Iqbal berharap suatu hari nanti dia akan sedar kesilapannya. Iqbal akan buktikan bahawa pilihan Iqbal memang tepat.”

“Tapi macam mana penerimaan Mira terhadap Iqbal..?”

“Biasalah papa. Manalah dia mahu nak menerima Iqbal sebenarnya. Apa lagi Iqbal pernah buat salah pada dia. Tapi Iqbal berharap suatu hari nanti dia akan sedar akan keiklasan dan perasaan cinta Iqbal terhadapnya..” segala isi hati di luahkan pada papa tersayang. Dia sebetulnya bertuah mempunyai seorang ayah yang sangat memahami dan menyayanginya. Tidak seperti mamanya. Lebih percaya orang lain dari anaknya sendiri.

Kini hatinya tenang. Semoga dengan ini anaknya dapat hidup tenang. Sudah lama Iqbal menyimpan rahsia ini. Patutlah Iqbal seperti tidak menyukai mana-mana gadis yang tergedik-gedik kat dia. Termasuklah si Rozie tu. Dia memang menyokong Iqbal.

“Apa kata Iqbal ambil cuti dan pergi honeymoon. Mana tahu dalam masa tu nanti Mira dapat mengubah perasaannya terhadap Iqbal..”

“Hasrat hati memang nak pergi honeymoon.. Tapi Iqbal takut Mira tak nak pergi.. Lagi pun sekarang dia dah keja.. Susah juga dia nak dapat cuti...” ujar Iqbal Iskandar.

“Ala itu papa boleh uruskan. Diakan menantu papa.. Nantilah papa bincang dengan dia. Tak kan dia sanggup tolak pelawaan papa. Ni papa nak tanya, kamu nak buat tak majlis resepsi kat hotel tu?” Dato Ismail tersenyum senang. Dia mahu menolong anaknya. Tidak mungkin dia akan melepaskan menantu yang sebaik Mira Syafika itu.

“Terima kasih papa. Rasanya tak payahlah. Yang penting akad nikah. Nanti kita buat buat majlis sempena ulang tahun perkahwinan papa dengan mama masa tulah kita boleh bagi tau pada para tetamu. Jemput jugalah sekali dengan pekerja kita tu.”

“Betul juga tu. Papa akan tolong setakat yang papa mampu.. Selebihnya Iqbal kena berusaha.. Jangan lupa berdoa pada Allah, agar dibukanya pintu hati Mira untuk Iqbal. Kalau ada masa tu jangan lupa bawa balik isteri kamu ke rumah. Papa pun ingin juga berkenalan dengan lebih dekat dengan dia.”

Iqbal Iskandar mengangguk. Dia tidak pernah lupa berdoa supaya suatu hari nanti pintu hati Mira terbuka untuknya.