HARI minggu ini, Azwan
terpaksa menemani Sally untuk memilih pakaian di hari pernikahan mereka. Walau
pun dia tidak gembira namun dia terpaksa juga menemani Sally ke butik
pengantin. Dia duduk menantikan Sally untuk memilih pakaiannya.
“Honey, yang ini okey tak?” soal Sally
kepada Azwan. Azwan yang duduk membaca majalah terus menutup majalah itu sambil
memandang tepat ke arah Sally. Dari tadi lagi dia duduk menanti Sally di ruang
sofa itu hanya mengangguk. Dia sendiri tiada hati dengan pernikahan ini. Tetapi
dia harus bertanggungjawab keatas perbuatan yang di lakukannya malam itu.
“You..
seriuslah sikit.. Ni cantik tak?” soal Sally tidak puas hati. Dia memusingkan
badannya agar Azwan melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya itu.
“Apa
pun yang you pakai semuanya cantik. Sebab you memang cantik pun..” jawab Azwan
sambil tersenyum. Senyuman itu hanya senyuman yang di buat-buat agar Sally
tidak berkecil hati dengannya. Sally tersenyum gembira. Dia tidak menyangka
malam itu malam yang membuatkan dia dapat memiliki Azwan selamanya.
HARI
ini Azwan sudah sah bergelar suami kepada Sally. Majlis pernikahannya
berlangsung secara sederhana sahaja. Lagipun mereka tiada masa untuk
mempersiapkan majlis kahwin seperti yang di impikan. Dia langsung tidak menduga
perkara ini akan berlaku terhadap dirinya. Walaupun dia suami kepada wanita
lain, dalam hatinya dia hanya mencintai Humaira. Dia tidak pernah membuang nama
Humaira dalam hatinya. Namun bagai mana penerimaan Humaira terhadap dirinya
jika gadis itu tahu tentang status dirinya. Dia tidak sanggup menghadapi
keadaan itu.
Setiap
kali dia melihat nama si pemanggil di telefonnya, hatinya rasa ingin menangis.
Dia tidak tahu apa yang akan dia katakan kepada Humaira jika hal ini sampai ke
pengetahuan Humaira. Buat masa sekarang lebih baik dia menyepikan diri. Dia
tidak mau melukakan hati gadis yang amat di cintainya itu.
SUDAH sebulan Azwan
menyepikan diri darinya selepas pergaduhan mereka hari itu. Dia langsung tidak
menelefon Humaira. Apabila Humaira menelefon sengaja pula Azwan memutuskan
talian itu. Humaira benar-benar sedih dan sakit hati. Besar sangatkah
kesalahannya sampaikan Azwan bertindak menyepikan dirinya. selalunya Azwan
tidak pernah bersikap begini kepadanya. dia sedar Azwan benar-benar marahkan
dirinya.
PAGI ini mereka akan
menghadiri mesyuarat. Projek itu akan di lancarkan tak lama lagi. Dan dalam
pemilihan pekerja untuk ke Johor Bahru, Humaira di pilih. Yang mengejutkan pula
ialah hanya dia dan Tengku Elman saja yang pergi. Ini membuatkan Isabella tidak
puas hati. Sekarang dia sudah jadi tunang Tengku Elman. Tapi takkan pula Tengku
Elman memilih untuk pergi ke Johor bersama Humaira!
“Kenapa
tidak I saja yang pergi dengan you?” soalan Isabella itu menyentap hati
Humaira. Betul juga kenapa Tengku Elman memilih dirinya untuk menemani dia ke
Johor Bahru. Lagipun dia sedar dia tak setanding Cik Isabella. Kalau nak di
bandingkan tentang kemampuan, dia memang kalah dengan Cik Isabella.
“Kalau
you pergi dengan I siapa nak jaga pejabat semasa ketiadaan I..” jawab Tengku
Elman Qaufar. Dia masih berlagak selamba. Sebagai ketua dia berhak memilih
sesiapa saja untuk pergi dengannya.
“Serahkan
tugas tu pada Encik Johan..” jawab Isabella. Dia mula rasa geram kerana Tengku
Elman tidak memilihnya untuk pergi ke Johor Bahru. Matanya sudah menjeling ke
arah Humaira. Humaira hanya menunduk.
“Ini
soal kerja.. I bukan nak pergi bermain-main dengan Humaira. lagi pun Encik
Johan ada banyak kerja yang perlu di selesaikan” jawapan tegas dari Tengku
Elman Qaufar itu membuatkan wajah Isabella makin masam mencuka.
Selepas
mesyuarat semua orang keluar dari bilik itu. Humaira tergesa mengejar Tengku
Elman dari belakang. Ada sesuatu yang ingin di katakan kepadanya.
“Tengku..”
panggilnya. Tengku Elman Qaufar menoleh. Sementara itu Isabella juga
memberhentikan langkahnya. Pandangan tajam di hadiahkan kepada Humaira. entah
apa lagi yang gadis ini mahukan dari Tengku Elman. Sengaja saja dia nak
menunjuk-nunjuk di depan Tengku Elman.
“Ada
apa?” soal Tengku Elman.
“Kalau
saya tak nak pergi ke Johor itu boleh ke?” soal Humaira teragak-agak. Tengku
Elman merenung tajam ke arah anak mata Humaira.
“What??”
“Kalau
saya tak nak pergi ke Johor boleh ke?” ulang Humaira lagi. Tengku ini memang
sengaja buat tak dengar kot? Bisik hati Humaira.
“What your reason?” suara Tengku Elman
kedengaran tegas!
“Sebab
saya memang tak nak pergi. Itu saja alasannya.”
“Awak
tak ada alasan yang kukuh pun untuk tidak pergi ke Johor. Apa, awak ingat saya
sesuka hati nak suruh awak pergi? Apa ni?” soal Tengku Elman dengan keras. dia
tidak suka kalau ada pekerja yang melanggar cakapnya.
Humaira
mengetap bibir. Memang dia tiada alasan untuk menolak permintaan bosnya itu.
Tetapi dia hanya tidak mahu pergi ke Johor berdua dengan Tengku Elman.
“Kalau
awak ada masalah, cakap sekarang!” ujar Tengku Elman.
“Ma..Maafkan
saya.. Saya tak ada masalah. Cuma saya tak nak pergi ke Johor itu saja.” Jawab
Humaira dengan tergagap-gagap. Kecut perut juga dia bila mendengar Tengku Elman
meninggikan suaranya.
“Lain
kali, kalau awak ada masalah peribadi, awak jangan masukkan dalam masalah
kerja.. Sebab itu adalah dua perkara itu berbeza. Faham!! Dan esok saya nak
awak tunggu saya depan bangunan sebelum pukul 7 pagi. Awak jangan lambat!!”
tegas Tengku Elman lalu dia melangkah meninggalkan Humaira dan Isabella di
situ.
“Mengada-ngada!!
Kalau Tengku yang suruh you pergi, pergi sajalah.. Ni banyak pula songeh..”
marah Isabella pula. Isabella meninggalkan Humaira disitu. Humaira hanya
menunduk. Lemah rasa nyawanya bila terkenangkan dia terpaksa pergi berduaan dengan
Tengku Elman ke Johor Bahru.
Di
dalam bilik, Tengku Elman tersenyum sendirian. Tak dapat dia menahan hati bila
mengenangkan wajah pucat Humaira ketika dia meninggikan suaranya tadi. Itulah
siapa suruh dia tak nak pergi Ke johor. Dahlah dia tak ada alasan pun untuk
menolak tugas itu.
Dia
memusing-musingkan kerusi yang di dudukinya. Entah mengapa dia berasa gembira
sangat dalam hatinya. Sekejap-sekejap dia tersenyum sendirian.
Sekurang-kurangnya dia harus pandai memanfaatkan masa dan peluang itu bersama
Humaira.
MALAM itu, Humaira
mengemaskan pakaiannya. Dia sudah memberitahu tentang pemergiannya ke Johor
Bahru dengan Mak Teh dan Pak Teh. Dia mahu tidur awal malam ini. Biar esok dia
tidak terlambat untuk ke tempat kerja. Teringat kembali dengan pesanan Tengku
Elman pagi tadi. Lelaki itu selalu bersikap tegas dalam kerja. Tetapi bila
berada di luar dia menjadi orang lain pula. Sungguh dia tidak faham dengan
perangai Tengku Elman.
Manakala,
Tengku Elman sudah tidak sabar menantikan hari esok untuk perjalanannya bersama
Humaira ke Johor Bahru.
PAGI
itu Humaira terpaksa mengikut Tengku Elman Qaufar pergi ke Johor Bahru. Pada
mulanya dia enggan pergi kerana tidak manis jika dia pergi bersama Tengku Elman
Qaufar yang kini menjadi tunangan orang. Namun Tengku Elman Qaufar berkeras
juga mahu dia mengikutinya pergi ke Johor Bahru.
Dalam
perjalanan Humaira hanya diam. Dia masih geram dengan sikap Tengku Elman yang
seperti sengaja mahu mencari ruang untuk bersamanya. Namun tidak tahukah Tengku
Elman bahawa dia merasa sangat rimas dan entah mengapa hatinya seperti mahu
memberontak sahaja.
“You
tak suka ke pergi ke johor dengan I?” soal Tengku Elman.
Humaira
hanya mendiamkan diri. Tiada topic yang boleh di bualkan bersama Tengku Elman.
Sekarang ini hanya hatinya yang mendongkol geram, marah dan benci pada lelaki
sebelahnya itu.
“Ira..
you tak suka ke pergi dengan I ni?” soal Tengku Elman Qaufar apabila Humaira
masih lagi membisu.
“Memang
Ira suka pergi ke Johor tapi bukan dengan Tengku!” jawab Ira keras. Sungguh
kalau ada pilihan lain, itu lebih baik dari mengikut lelaki sebelahnya itu.
“Why? I ada buat salah ker?” soalan
Tengku Elman membuatkan Humaira makin geram. ‘Dia nikan sengaja nak tanya
soalan bodoh macam tu!’
“Bukan
buat salah tapi tak manis kalau orang tengok dan nampak!”
‘Hish
lelaki ni buat-buat tak faham bahasalah pulak!’
“Apa
salahnya. I ni kan bos you.. You datang ke Johor pun sebab urusan kerja. Bukan
kita nak pergi berseronok..” ujar Tengku Elman tidak puas hati!
Teringat
kembali bagaimana Isabella merayu-rayu agar Tengku Elman memilih dia yang pergi
ke Johor bersama dengannya.
“Tengku
cakap memang senang. Tapi yang menanggungnya Ira.. Tengku faham tak! Lain kali
lebih baik Tengku ajak Cik Isabella pergi outstation.”
“Masalahnya
kerja ini memerlukan perhatian you bukannya individu lain. Cik Isabella awak tu
memang tunang saya tapi ini urusan kerja bukan urusan peribadi..” Tengku Elman
pula naik geram mendengar alasan Humaira yang memang tak masuk akal. Kenapalah
dia ni tak faham-faham antara urusan kerja dengan urusan peribadi.
“Suka
hati Tengkulah.. Ira nak cakap macam
mana? Tengkukan bos! Boskan erhak buat keputusan!” ujar Humaira dengan nada
meninggi. Dia mengalihkan padangannya ke sisi sebelah tingkap kereta pacuan
empat roda itu. Tengku Elman juga mendiamkan diri. Hanya Dj radio yang menemani
sepanjang perjalanan mereka.
Sekali-sekala
Tengku Elman mengalihkan pandangan dari depannya. Gadis itu langsung tak
berbunyi. Dia rasa bosanlah pula. Dia ingatkan perjalanan kali ini dia dapat
mengembalikan suasana dingin antara dia dengan Humaira. Namun sangkaannya
meleset sekali.
DIdalam
pejabatnya, Isabella langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja.
Ingatannya hanya pada Tengku Elman yang jauh di mata. Mengenagkan tunangnya itu
bersama Humaira hatinya jadi bungkam! Dia tidak dapat lari dari perasaan
cemburu! Biar pun dia tahu Humaira tidak ada hati dengan Tengku Elman tetapi
dia juga manusia biasa. Manalah tahu tiba-tiba Tengku Elman jatuh cinta pada
Humaira..
Beberapa
kali dia mendail nombor Tengku Elman namun hanya suara operator saja yang
menjawab. Lelaki itu memang suka menyakitkan hatinya. Kalau tidak kerana sayang
dan cintanya pada lelaki itu sudah lama dia tinggalkannya.
“Tok..tok..tok..”
“Masuk!” jawab Isabella dari dalam. Aya terus membuka
pintu bilik tersebut. Dia membawa fail yang di minta oleh Cik Bellanya.
“Ni
fail yang Cik Bella nakkan..” ujar Aya. Dia sendiri tidak faham kenapa Cik
Bella mahukan fail peribadi itu. Fail itu berpindah tangan. Isabella membuka
fail tersebut. Dia mula membaca isi kandungan fail itu. Kemudian dengan kasar
tangannya menutup kembali fail itu.
“Bukan
ini fail yang I nak!! You ni tak pandai buat kerja ke? Lain fail yang I minta,
lain pula yang you bagi kat I..” marah Isabella tiba-tiba. Wajah Aya di
renungnya. Aya pula terkejut mendengar Isabella memarahinya. Tapi memang betul
itu fail yang di minta oleh cik Isabella itu. Aya terus keluar membawa fail
yang di lemparkan Isabella kepadanya.
“Mentang-mentang
bos tak ada kat sini, suka hati dia saja nak marahkan kita..” ujar Aya. Dia
geram dengan sikap Isabella. Semasa ketiadaan Tengku Elman, dia yang berkuasa
sepenuhnya.
“Kenapa
ni Aya?” soal Zana yang kebetulan mendengar Aya membebel seorang diri. Dari
tadi lagi mulut Aya tidak habis-habis mengomel.
“Cik
Bella punya pasallah.. dia juga yang nak minta fail ni tadi.. bila Aya bagi kat
dia dia cakap bukan fail ini yang dia minta. Aku pun tak faham fail apa yang
dia nak.. lepas tu dia marah-marah pulak! Mentang-mentang bos tak ada kat sini
dia nak tunjuk kuasa pulak!”
“Kau
sabar jelah dengan perangai dia.. Bukan kau tak tahu, dia jelous sebab Humaira yang pergi ke Johor dengan bos. Bukan dia!
Jadi mungkin dia benganglah tu..” jawab Zana lagi.
“Kalau
ya pun dia jelous tu janganlah nak
marah-marahkan pekerja..”
“Apa
yang bising sangat tu?” tegur satu suara garang. Kedua mereka terkejut melihat
Isabella sudah berjalan menghampiri mereka.
“Tak
ada apa-apa..” jawab Zana dengan pantas. Dia sudah ketakutan melihat wajah
begis Isabella. Dia juga tidak menyangka Isabella keluar pada masa itu.
“Kalau
ada orang cari I nanti cakap I keluar..” ujar Isabella pada Zana.
“Baik
Cik Bella..” jawab Zana lagi. Isabella
terus melangkah meninggalkan Zana dan Aya di situ.
“Fuh!!!
Nasib baik dia tak dengar aku marah-marah dia..” ujar Aya sambil mengurut
dadanya tanda lega.
“Itulah
kau.. Nak marah-marah tu tengoklah kiri kanan. Dah tiba-tiba dia muncul.. nasib
baik dia tak dengar apa-apa..” Zana menepuk bahu Aya.
“Terima
kasih kerana menyelamatkan aku tadi.. kalau tak memang mampuislah aku kena bom lagi
dengan Cik Bella...
“Sama-sama..
buatlah kerja..” ujar Zana kepada Aya. Mereka berdua masing-masing menuju ke
meja kerja.
“AWAL
Bell balik hari ni?” soal Datin Melinda sebaik saja melihat kelibat anak gadis
kesayangannya di muka pintu. Isabella yang mendengar teguran dari Datin Melinda
terus berpaling.
“Tak
ada mood nak buat kerjalah mummy..”
“Kenapa?
Kan hari tu Bell cakap Tengku Elman pergi Johor hari ni.. Pasal tu ke?” soal
datin Melinda lagi. Dia melihat wajah anaknya muram sahaja. Tidak lain tidak
bukan mesti dia punya masalah dengan Tengku Elman.
“Pasal
siapa lagi mummy. Hidup Bell hanya
untuk Elman yang tak ada hati perut tu..”
“Kenapalah
anak mummy jadi macam ni? Jangan
kerana seorang lelaki, Bell jadi lemah macam ni..”
“Masalahnya
mummy, dia pergi ke Johor dengan
Humaira. Bell cemburu tau! Manalah tahu kot-kot Elman terjatuh cinta dengan
dia..” Isabella merungut lagi.
“Bell..
cubalah fikir rasional sikit.. Be
profesional.. ini soal kerja. Pasal projek pertama Tengku Elman. Tak kanlah
Bell nak tengok dia gagal dalam projek ni.. Kalau dia berjaya, Bell pun kena
tempias dia tau tak!” pujuk Datin Melinda.
“Bell
taulah mummy. Tapi Bell tak dapat nak
elak rasa curiga dan cemburu. Bila Bell ingat Elman dengan gadis lain, memang
Bell tak dapat nak control perasaan
Bell” Isabella berterus terang. Mungkin dia terlampau cemburu kerana tidak mahu
kehilangan Tengkuu Elman.
Datin
Melinda memeluk Isabella. Dia membelai belakang anak gadisnya itu.
“Cemburu
tu perlu tapi jangan terover sangat.
Nanti Tengku Elman lari.. Siapa yang susah? Bell dan mummy juga!” bisik Datin Melinda ke telinga Isabella. Isabella
meleraikan pelukan. Dia tersenyum senang. Dalam saat-saat begini, dia sangat
beruntung kerana mempunyai seorang ibu seperti Datin Melinda di sisinya.
Best la citer ni.tk sbr tgu citer seterusnya.good job writer
ReplyDeleteLambatnya update.tk sbr dh ni
ReplyDeleteNape lmbt update..sibuk ke?
ReplyDeletesorrylah memang sibuk sikit.. time cuti, saya balik kampung.. apapun terima kasih kerana sudi ikuti cerita saya yang tak seberapa ini.. terima kasih..
ReplyDelete