Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 18 April 2013

Ada Dia Di Hati 7


Pagi-pagi lagi Alisha sudah bangun. Dia tidak biasa bangun lambat apalagi meninggalkan solat subuhnya. Dia langsung tidak pedulikan lelaki yang sedang nyenyak tiduk dia atas katil pengantin itu. Mungkin dia biasa tidak solat. Pedulikan dia. Selesai menunaikan kewajipannya, telekung itu di lipat kemas lalu di sidaikan dalam almarinya. Matanya masih memandang wajah yang sedang lena di buai mimpi itu.

Malas nak pedulikannya. Kakinya di langkah menuju ke dapur. Mana tau dia boleh membantu Mak Jah di dapur. Dia melihat Mak Jah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat keluarga Tuannya itu.

“Selamat pagi Mak Jah.. Ada apa-apa yang boleh Isha tolong tak?” ujarnya. Walau pun pertama kali dia menjejaki ke ruang dapur rumah ini namun dia tidak kekok kerana dia sudah biasa membuat kerja di dapur rumahnya.

“Eh selamat pagi Isha.. Awalnya kamu bangun!  Tak rasa penat ker?” Mak Jah membalas dengan senyumannya. Dia kagum dengan sifat dan keperibadian gadis itu. Walaupun sudah bergelar menantu kepada keluarga ini namun sikapnya tidak sombong. Malah pagi ini dia bangun awal pulak untuk membantunya di dapur.

“Tak adalah Mak Jah. Isha dah biasa bangun awal dan sediakan sarapan pagi kalau kat rumah. Suka nak tolong ibu kat dapur. Ni Mak Jah nak masak apa?” Alisha cuba berbual-bual dengan Mak Jah kerana semalam dia tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan pembantu rumah itu.

“Nak masak mee kuning.. Zaf dan p Tuan suka makan mee goreng kuning..”

“Oh.. Isha tak tahu..”  jawabnya malu. Malu kerana dia tidak tahu apa makanan kegemaran suaminya.

“Tak mengapa Mak Jah faham. Kamukan baru kahwin. Mestilah ada banyak perkara yang kamu tak tahu dan tak faham..” Mak Jah menjawab sambil itu dia memotong sawi yang baru di cucinya tadi.

“Kalau macam tu Isha tolong masakkan boleh ker?”

“Pandai ker?” soal Mak Jah sengaja dia ingin mengusik gadis di hadapannya itu. Dia senang dengan perangai gadis itu.

Alisha hanya mengangguk. Lalu dia mengambil alih tugas Mak Jah menggoreng mee kuning itu. Sementara itu Mak Jah menyiapkan ruang meja makan di luar.

Minyak di masukkan kedalam kuali. Kemudian dia masukkan tumisan bawang. Bila bawang sedikit kuning, dia masukkan sotong dan udang. Lalu di gaul sekali. Sedang asyik dia menggaulkan masakan dalam kuali itu, terasa seperti ada tangan yang melilit di pinggangnya. Apa lagi terkejutlah dia. Sudu di tangan hampir saja di hayun untuk memukul si pengacau itu.

“Ait.. Ni abanglah.. Tak baik tau pukul suami sendiri pakai sudu tu..” usik Zafran. Memerah pipi Alisha bila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Eh.. Lepaslah.. Geli tau buat macam ni..” marahnya. Dia mula rasa tidak selesa dengan kelakuan lelaki itu. Pandai betul dia mengambil kesempatan. Mujurlah hanya mereka berdua saja di dapur. Mak Jah pun satu, kenapa dirinya di tinggalkan bersama Zafran!

“Tak nak. Abang nak peluk juga macam ni.. Dahlah malam tadi kita belum.. tut..tut..” kata Zafran separuh berbisik di telinga Alisha.

“Hish.. Bagi malu jer.. Nanti Mak Jah nampak. Lepaslah..” Alisha memohon simpati. Namun makin Zafran mengeratkah lagi tangannya di pinggang Alisha siap dia meletakkan dagunya di bahu Alisha lagi. Membuatkan pergerakan Alisha terkunci!!

Sengaja dia menggeselkan bibirnya di pipi Alisha. Makin Alisha rasa sakit hati. Ambik kesempatan betul laki dia ni!!!

“Amboi-amboi awal pagi dah romantik kat dapur ni..” ujar Mak Jah sambil tersenyum-senyum melihat pengantin baru sama-sama ada di dapur. Dia sebenarnya gembira bila melihat kemesraan di antara Zafran dan Alisha. Rasa bersyukur pula kerana walaupun perkahwinan mereka terlalu cepat namun dia percaya pasangan ini akan bahagia.

“Ala mak ni, Zaf romantik pun dengan isteri Zaf sendiri. Bukan dengan orang lain pun..” Kali ini baru dia lepaskan tangannya dari pinggang Alisha.

Lega rasanya Alisha apabila Zafran melepaskan pelukannya sebentar tadi. Memang dia mula rimas dengan kelakuan lelaki itu. Namun dia tidak dapat melawan memandangkan mereka berada di rumah keluarga Zafran.

Pada masa itu Sofia yang baru hendak melangkah ke ruang dapur tidak jadi meneruskan langkahnya apabila melihat kemesraan Zafran bersama Alisha dan gurauan Mak Jah itu sangat menyakitkan hatinya. Dia rasa cemburu!! Perempuan tak tahu malu! Pagi-pagi dah tunjuk adegan mesra dengan Zafran! Hatinya betul-betul sakit!!

..............................

Di ruang meja makan Alisha hanya membisu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Zafran. Terasa kerdil sahaja dirinya jika di bandingkan dengan suaminya itu.

“Mmmmm... Nampak sedap jer mee goreng kuning tu.. Mee goreng basah pulak tu.. Papa rasa bukan Mak Jah yang masakkan?” Tuan Razman kenal sangat dengan cara masakan Mak Jah. Ini mee goreng basah memang mee goreng kesukaannya.

“Memang bukan Tuan, menantu Tuan, Cik Alisha yang tolong masak tadi..” jawab Mak Jah yang sedang menuang air teh kedalam cawan di atas meja itu.

“Eleh macamlah sedap sangat.. Entah-entah dia letak ilmu pengasih di dalamnya. Sebab itu semua orang puji masakan ni sedap!!” ujar Sofia selamba. Dari tadi lagi telinganya panas mendengar pujian yang di tujukan kepada Alisha. Tuan Razman yang memulakankannya tadi.

“Kalau awak tak suka tak payah nak cakap.. Makan sajalah...” jawab Zafran. Dia perasan sejak mereka duduk di ruang meja makan itu, Sofia sering kali melemparkan renungan tajam pada Alisha. Sofia tidak suka dengan Alisha! Tetapi Alisha isterinya yang sah. Dan dia berhak meneyebelahi isterinya yang tidak tahu apa-apa tentang mereka. Dalam kesenyapan itu tangannya sudah manggenggam tangan Alisha di bawah meja. Dia tidak mahu Alisha terasa dengan kata-kata Sofia sebentar tadi. Dia tahu walau pun Alisha sneyap itu tak bermakna dia tidak terasa dengan kata-kata sofia yang melampau itu.

...................................

Baru saja Alisha melabuhkan pinggangnya di sofa tempat dia tidur malam tadi, terdengar pula bunyi pintu bilik di buka. Pasti bukan orang lain. Ah.. pedulilah.

 Dia duduk sambil menyambung membaca novelnya yang beberapa hari tidak di sentuhnya kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinannya.

Zafran Haicarl sengaja melabuhkan punggungnya disebelah Alisha. Sengaja dia mahu mengalih perhatian si gadis itu. Alisha tidak pedulikannya. Masih juga matanya menatap novel yang berada di tangannya. Zafran makin geram. Boleh dia buat tak tau aku ada di sebelahnya.

Dia mencari idea. Nak mengusik gadis di hadapannya ini. Masa ini saja kesempatan yang ada. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik.

“Ada apa ni kacau jelah..” ujar Alisha bila terasa ada tangan yang cuba hinggap di bahunya.

“Tau pun.. Sayang tak boleh ingnore abang macam tu je..”

“Yelah kalau ada apa-apa nak cakap cakap jelah. Tangan tu jangan nak menggatal pula..” di jelingnya lelaki yang berada di tepinya itu. Zafran Haicarl tersenyum nakal.

“Sayang nikan jangan jeling abang macam tu tau!! Nanti abang kiss your eyes dan bibir tu baru tau!!” memang bunyinya seolah-oleh dia mengusik tapi itulah hakikatnya. Entah dari malam tadi lagi hatinya akan berdebar-debar bila berdepan dengan Alisha.

“Ye ada apa cik abang sayang oi.. Kalau ada benda nak cakap, cakaplah sekarang..” ujar Isha dengan nada geram.

“Macam tulah isteri abang...” jawab Zafran lagi. Dia terasa lucu pula bila melihat mimic muka Alisha itu.

“Mmmm..”

“Sayang, abang nak sayang packing barang sekarang. Boleh?” soalnya perlahan.

“Boleh. Tapi nak pergi ke mana?” jawab Isha dengan cepat. Tetapi dalam pemikirannya dia naik hairan. Mereka mahu kemana nak kemas barang?

Pagi itu, Zafran mahu Alisha mengemas beg pakaiannya. Dia mahu membawa Alisha jauh dari rumah agam ini. Selagi dia bernafas dalam ruang rumah agam itu, dia rasa rimas. Dia juga penat nak bergaduh dengan papanya dan juga Sofia. Bukannya dia suka dengan keadaan ini tapi entahlah.

“Abang sebenarnya nak bawa Isha jauh dari tempat ni..” ujar Zafran perlahan.

“Kita nak pergi mana?” soal Alisha lagi.

“Kita pergi jalan-jalan. Nak pergi melancong. Pasti Isha sukakan?” soalnya lagi.

“Tapi kita nak pergi mana?” Alisha tetap menyal kemana mereka akan pergi.

“Kalau abang beri Isha pilihan, Isha rasa nak pergi mana?” soal Zafran lagi. Dia melihat isterinya tersenyum. Alangkah cantiknya senyuman itu. dan dia mahu isterinya tersenyum begitu hanya dengan dirinya sahaja! Hishh.. melampau betul pemikirannya itu.

“Korea..”

“Kenapa Korea?”

“Sebab jejaka di sana handsome.. Macam dalam cerita tu.. Manalah tau dapat jumpa artis sana..” terang Isha dengan penuh minat. Dia selalu menonton cerita Korea. Dan memang tidak di nafikan pelakon lelaki Korea memang kacak dan pelakon wanitanya pula cantik. Dan paling dia suka melihat suasana yang di gambarkan dalam sesebuah cerita. Sangat sejuk dan cantik sekali!!

“Habis muka abang ni tak handsomelah!” soal Zafran tidak puas hati. Adakah patut, isterinya memuji lelaki lain lebih kacak dari dirinya.

“Entahlah..”

Buku novel di tangannya terus di tutup. Dia terus bangun menuju kearah almari pakaian. Dia mengeluarkan beg pakaian. Lalu dia memasukkan pakaian ke dalam beg tersebut. Petang nanti tak payahlah dia kelam kabut mengemas lagi.

“Boleh kemaskan beg abang sekali tak?” soal Zafran Haicarl kepada isterinya.

“Boleh.. itukan tanggungjawab Isha..” jawab Alisha tanpa memandang wajah itu.

Sekali lagi Zafran memandang wajah itu. Polos benar wataknya. Tak boleh jadi ni.. Rasa geram juga dia melihat wajah itu. Cukup memikat hatinya.

“Hello jangan pandang Isha macam tu boleh tak.. Isha malulah...” tegur Alisha apabila dia menyedari lelaki itu dari tadi asyik merenung ke arahnya. Tidak senang dia di buatnya.

“Sorry. Tapi you my wife sekarang.. Dan mata ni asyik nak pandang wajah sayang saja..” Zafran menjawab terus terang.

“Ada yang tak kena dengan wajah Isha ker?” soal Alisha hairan.

“Tak adalah..” Zafran menutup malunya. Malu jika gadis di hadapannya itu tahu dia sudah mula terpikat dengannya. Mungkin pencariannya selama ini akan terhenti selepas dia berkahwin dengan gadis itu.

1 comment:

  1. best nak lg,kau rantai hatiku x ada n3 baru ke rindu la,

    ReplyDelete